MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
1
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM
PSIKOLOGI KANAK-KANAK DAN KELUARGA
1. Pengenalan
Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial (SPKS) telah ditubuhkan pada tahun 1997 dengan
menawarkan empat program iaitu Psikologi Kanak-Kanak dan Keluarga, Psikologi
Industri dan Organisasi, Pembangunan Belia dan Komuniti, Psikologi Kaunseling dan
Kerja Sosial. Setakat ini, kesemua program telah mengeluarkan graduannya sejak
konvokesyen pertama Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada bulan September 1999.
2. Latihan Praktikum
Latihan Praktikum adalah salah satu syarat bagi memenuhi syarat pengurniaan
Ijazah Sarjana Muda Psikologi bagi semua program di SPKS. Latihan Praktikum
dilaksanakan pada semester akhir pengajian bagi setiap pelajar yang mendaftar
sebagai pelajar sepenuh masa di Universiti Malaysia Sabah.
Bagi pelajar-pelajar yang mengikuti Program Psikologi Kanak-Kanak dan Keluarga,
Latihan Praktikum adalah pelengkap dan keperluan bagi pengurniaan Ijazah Sarjana
Muda. Latihan Praktikum ini sebenarnya merupakan latihan amali di situasi sebenar
untuk mengintergrasi ilmu teori yang diperoleh. Latihan Praktikum ini selaras dengan hasrat Universiti Malaysia Sabah untuk:
i. Menyediakan graduan menghadapi kerjaya yang baik dalam bidang
akademik mahupun bukan akademik dengan semangat dan penampilan profesionalisme yang tinggi;
ii. Menyediakan program-program pengajian yang bersifat teori dan gunaan
sesuai dengan keadaan semasa yang menekankan pengurusan yang cekap
dan bermutu tinggi.
3. Objektif Umum
Objektif Latihan Praktikum ini adalah selaras dengan beberapa objektif Universiti Malaysia Sabah sendiri, khususnya:
• Mencapai kecemerlangan kesarjanaan akademik, bertaraf antarabangsa dalam
program pelbagai bidang;
• Meneroka, memelihara dan memanfaatkan ilmu dengan berkesan untuk
pembangunan masyarakat dan negara yang selaras dengan etos universiti dan
negara;
• Mengadakan program-program pengajian, penyelidikan dan kerja amali yang
berkualiti serta relevan kepada masyarakat dan negara;
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
2
• Menjalinkan hubungan kerjasama yang rapat lagi berguna antara Universiti Malaysia Sabah dengan sektor perindustrian, kerajaan, swasta, badan-badan
profesional dan masyarakat.
4. Status Dan Jam Kredit
Latihan Praktikum ini merupakan satu alternatif wajib kepada pelajar di bawah
program ini yang mana pelajar boleh memilih untuk tidak menjalani Latihan
Praktikum tetapi menggantikannya dengan Latihan Ilmiah. Latihan Praktikum
diperuntukkan sebanyak enam (6) jam kredit. Prestasi pelajar dalam Latihan
Praktikum akan dikira dalam PNGK dalam proses pengijazahan.
5. Tempoh
Tempoh Latihan Praktikum ini tidak kurang dari dua belas (12) minggu bagi
program tiga tahun yang dijalankan pada semester akhir di penghujung sesi.
6. Prosedur
Sebelum menjalani Latihan Praktikum, pelajar-pelajar perlu melengkapkan perkara-
perkara berikut:-
i. Mendaftar, mengikuti dan LULUS Teras Sekolah peringkat 10000, 20000 dan
30000.
ii. Mendaftar, mengikuti dan LULUS empat (4) kursus berikut:
a. PA10203 - Psikologi Perkembangan Bayi dan Kanak-Kanak b. PA20403 - Pengenalan Kepada Keibubapaan dan Keluarga Bukan
Tradisional
c. PA30903 - Analisis Keluarga Kepada Kanak-Kanak Kurang Upaya
d. PA30803 - Penaksiran Fizikal dan Kognitif Kanak-Kanak
e. PA31003 - Teknik Teraputik Dengan Kanak-Kanak
iii. Pelajar perlu berusaha untuk mendapatkan tempat bagi Latihan Praktikum
lebih awal untuk mengelakkan pelajar tercicir daripada mendapat tempat
praktikum pada saat-saat akhir.
iv. Pelajar perlu menyediakan satu proposal kepada Penyelaras Latihan
Praktikum dan juga tempat praktikum. Proposal ini harus mengandungi
rangka kerja pelajar tersebut sepanjang menjalani praktikum termasuk
cadangan mini kajian. Perbincangan dengan Penyelia Lapangan adalah perlu
untuk menyediakan proposal ini.
v. Pelajar juga perlu mengikuti satu bengkel kecil sebelum mengikuti Latihan
Praktikum. Dalam bengkel ini pelajar akan diberi pendedahan mengenai
cara menulis laporan akhir di samping perkara-perkara berikut:
a. Teknik berkomunikasi
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
3
b. Ketrampilan diri
c. Perlakuan dan etika kerja
d. Memahami struktur organisasi
e. Memahami keperluan organisasi dalam menangani masalah-masalah
dan tekanan-tekanan sosial
f. Mengetahui ekspektasi organisasi dan masyarakat amnya terhadap
peranan pelajar Program Psikologi Kanak-Kanak dan Keluarga
g. Pelajar membentangkan proposal (cadangan) Latihan Praktikum
Bengkel ini akan dikendalikan oleh tenaga akademik dan juga penceramah
jemputan Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial.
vi. Mendaftar untuk menjalani Latihan Praktikum satu semester sebelum menjalaninya dengan mengisi borang yang disediakan oleh Bahagian
Perkhidmatan Akademik, UMS, dan disahkan oleh Penyelaras Latihan
Praktikum yang dilantik oleh Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial.
vii. Mengisi dan menghantar Buku Catatan Latihan Praktikum serta menulis
Laporan Akhir Latihan Praktikum mengikut format yang disediakan oleh
program dan sekolah.
viii. Pelajar hendaklah mengisi Buku Catatan Praktikum sebagai rekod aktiviti
harian di tempat latihan dengan disahkan oleh Penyelia Lapangan Latihan
Praktikum.
ix. Pelajar hendaklah menyediakan Laporan Latihan Praktikum yang telah
dijalankan dan hendaklah menyerahkan kepada Penyelia Akademik Latihan
Praktikum pada tarikh yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Pelajar juga dikehendaki memberikan salinan laporan tersebut kepada Penyelia
Lapangan Latihan Praktikum.
7. Peranan Penyelia Akademik (PA)
Peranan Penyelia Akademik (PA) yang dilantik oleh pihak sekolah untuk tugas-tugas
berikut:-
i. Berbincang dengan pelajar mengenai objektif penempatan sesuatu
organisasi.
ii. Berbincang dengan Penyelia Lapangan mengenai latihan kerja
pelajar.
iii. Memberikan khidmat nasihat dan bimbingan kepada pelajar semasa
menjalani Latihan Praktikum.
iv. Menyelia pelajar-pelajar di bawah penyeliaan sekurang-kurangnya
satu (1) kali sepanjang tempoh Latihan Praktikum.
v. Menilai prestasi Latihan Praktikum pelajar pada akhir semester dengan melihat kepada laporan bertulisnya, prestasi di organisasi
dan maklum balas daripada pihak organisasi yang terlibat.
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
4
vi. Membuat laporan penilaian terhadap organisasi (borang LP3/SPKS)
vii. Mengisi borang penilaian pelajar melalui borang penilaian yang
disediakan oleh pihak sekolah (borang LP2/SPKS).
8. Peranan Penyelia Lapangan Praktikum (PLP)
Penyelia Lapangan Praktikum (PLP) adalah individu yang dilantik oleh organisasi
terbabit di mana pelajar ditempatkan untuk menjalani Latihan Praktikum.
Perlantikan ini adalah berdasarkan persetujuan yang dicapai bersama antara pihak
sekolah dengan pengurusan organisasi terbabit. PLP akan bertanggungjawab
memastikan pelajar menjalani Latihan Praktikum dalam tempoh yang ditetapkan. Bidang tugas PLP ialah seperti berikut:-
i. Membincangkan keperluan penempatan pelajar di organisasi
berkenaan bersama-sama Penyelia Akademik.
ii. Memberi khidmat nasihat kepada pelajar selama menjalani Latihan
Praktikum.
iii. Menilai prestasi pelajar berdasarkan borang penilaian akhir Latihan
Praktikum melalui borang LP1/SPKS yang telah disediakan oleh
pihak sekolah.
iv. Menyemak dan mengesahkan Buku Catatan Praktikum pada hari
terakhir bekerja (latihan) pada setiap minggu. Penyelia Lapangan
Praktikum hendaklah menyemak dan mengesahkan Buku tersebut dan menyerahkannya semula kepada pelajar pada hari pertama
bekerja (latihan) pada minggu berikutnya.
9. Peranan Pelajar
Pelajar yang mengikuti Latihan Praktikum mestilah:-
i. Mengisi Borang Maklumat Diri Pelajar yang disediakan oleh pihak
sekolah (borang LP4/SPKS).
ii. Melaporkan aktiviti-aktiviti dalam Buku Catatan Praktikum.
iii. Berbincang dengan penyelia lapangan masing-masing sebelum
melaksanakan sesuatu aktiviti.
iv. Berbincang dengan PA dan PLP mengenai kesesuaian aktiviti dan
matlamat Latihan Praktikum.
v. Menyediakan Laporan Akhir Latihan Praktikum mengikut format
yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
vi. Menyerahkan Laporan Akhir tersebut kepada PA pada tarikh yang
telah ditetapkan.
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
5
vii. Menyerahkan salinan Laporan Akhir tersebut kepada PLP pada
tarikh yang telah ditetapkan.
viii. Memelihara martabat dan imej universiti serta mematuhi peraturan
organisasi/agensi di mana pelajar ditempatkan. Pelajar juga harus
sedar bahawa mereka masih lagi tertakluk kepada Peraturan-
Peraturan Pra-Siswazah Universiti Malaysia Sabah.
10. Penilaian
Prestasi pelajar yang menjalani Latihan Praktikum dinilai berdasarkan kepada
perkara-perkara berikut:
Bahagian A:
� Latar belakang organisasi,
struktur pentadbiran, aktiviti-
aktiviti organisasi, fungsi dan
objektif organisasi
� Penilaian pelajar terhadap organisasi tersebut
� Perancangan intervensi
� Tindakan intevensi
� Kesimpulan dan saranan
20 MARKAH
4 Markah
4 Markah
4 Markah
4 Markah
4 Markah
Bahagian B:
� Mini Kajian (12-15 muka surat tidak termasuk Rujukan &
Lampiran)
� Pembentangan**
30 MARKAH
20 Markah
10 Markah
Bahagian C:
� Laporan Penilaian Penyelia
Lapangan
� Laporan Penilaian Penyelia
Akademik
� Laporan Harian
� Laporan Mingguan
50 MARKAH
10 Markah
10 Markah
10 Markah
10 Markah ** Semua pelajar WAJIB hadir semua sesi pembentangan.
Penyelia Akademik bertanggungjawab mengumpulkan kesemua Borang Penilaian,
Buku Catatan Mingguan, serta Laporan Akhir untuk pengiraan markah dan penentuan gred sebelum diserahkan kepada Penyelaras Program. Gred yang telah
disahkan oleh Penyelaras Program akan dimajukan kepada Dekan Sekolah untuk
disahkan di peringkat sekolah sebelum dimajukan kepada Bahagian Perkhidmatan
Akademik, Universiti Malaysia Sabah.
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
6
11. Arahan kepada pelajar yang akan menjalani Latihan Praktikum
i. Anda dikehendaki melapor diri kepada pegawai di organisasi yang
telah dikenalpasti sebagai Penyelia Lapangan Praktikum yang
dihubungi oleh Penyelaras Praktikum sekolah.
ii. Anda hendaklah memahami dan mematuhi sepenuhnya peraturan
organisasi/institusi.
iii. Sewaktu melaporkan diri dan menjalani Latihan Praktikum, anda
hendaklah sentiasa berpakaian kemas. Patuhi kehendak organisasi
(misalnya; jika perlu memakai tali leher, pelajar perlu memakainya).
Dalam kebanyakan keadaan, seluar jean dan baju ‘T’ tidak boleh dipakai kecuali mendapat kebenaran dari organisasi/institusi.
iv. Datang bertugas awal dan menepati waktu kerja organisasi/institusi
di mana anda ditempatkan. Sentiasa mematuhi waktu keluar masuk
organisasi/institusi di mana anda ditempatkan. Jika terpaksa berada
di tempat lain, tinggalkan pesanan/maklumkan kepada Penyelia
Lapangan anda.
v. Perlu diingatkan bahawa masa kerja di organisasi swasta dan
kerajaan adalah berlainan. Anda perlu menunjukkan sikap
bekerjasama serta membuktikan keupayaan anda untuk memenuhi keperluan tugas anda.
vi. Anda hendaklah melakukan tugas-tugas sama ada diarahkan atau
tidak dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Jika menghadapi masalah, anda janganlah teragak-agak untuk memberitahu Penyelia
Lapangan anda atau Penyelia Akademik.
vii. Setiap tugasan yang diarahkan perlu dilakukan seberapa segera
bersesuaian dengan mutu dan kehendak organisasi. Anda juga
disarankan supaya memperbanyakkan bacaan bagi mendapatkan
maklumat mengenai organisasi di mana anda ditempatkan.
viii. Anda perlu bersikap ramah, berbudi bahasa, bersedia untuk bekerja
dan jangan takut untuk bertanya sekiranya tidak tahu.
ix. Anda dikehendaki mencatatkan aktiviti dan tugas-tugas harian
Latihan Praktikum dalam Buku Catatan Praktikum. Tarikh anda
menjalankan tugas-tugas tersebut juga perlu dicatatkan. Buku
Catatan Praktikum ini hendaklah diserahkan bersama Laporan Latihan Praktikum kepada Penyelia Akademik sekembalinya dari
praktikum.
x. Anda hendaklah menyerahkan Borang Penilaian (Borang LP1/SPKS)
kepada Penyelia Lapangan anda semasa melaporkan diri. Terangkan
kepada penyelia tersebut bahawa pihaknya perlu menyerahkan
borang tersebut kepada Penyelaras Akademik untuk tujuan pemarkahan apabila tempoh latihan tamat. Laporan ini adalah SULIT
dan anda tidak dibenarkan untuk melihatnya.
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
7
xi. Segala hasil maklumat yang diperolehi semasa menjalani latihan
hendaklah difailkan dengan teratur untuk dilampirkan bersama
Laporan Praktikum anda.
xii. Sebarang perubahan jadual Latihan Praktikum yang hendak
dilakukan seperti cuti (tidak digalakkan kecuali terpaksa), anda
hendaklah memberitahu Penyelia Lapangan terlebih dahulu dan
dapatkan kebenarannya. Anda hendaklah mematuhi dan mengikuti
prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak organisasi/institusi di
mana anda ditempatkan.
xiii. Sekiranya anda sakit atau memerlukan rawatan kesihatan, anda
boleh pergi ke klinik panel/hospital kerajaan/klinik-klinik yang lain yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Segala resit
rawatan perlu disimpan untuk tujuan tuntutan. Ini adalah tertakluk
kepada kontrak anda dengan organisasi di mana anda ditempatkan
(sebagaimana yang tercatat dalam surat tawaran).
xiv. Organisasi tidak bertanggungjawab membayar elaun harian atau
perjalanan anda dalam menjalani tugas semasa Latihan Praktikum.
Bagaimanapun, anda boleh menerima saguhati yang diberi oleh
pihak organisasi.
xv. Anda hendaklah bersedia untuk menerima kunjungan Penyelia Akademik dan bersedia menerangkan kepadanya mengenai latihan
yang anda jalani.
xvi. Perlu diingatkan bahawa sebagai pelajar universiti, anda merupakan pembawa imej Universiti Malaysia Sabah. Oleh itu anda perlu
mengawasi tingkah laku anda dan menjaga nama baik Sekolah
Psikologi dan Kerja Sosial dan juga Universiti Malaysia Sabah.
xvii. Semasa menjalani Latihan Praktikum, anda masih lagi terikat dengan
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 1984) dan
peraturan-peraturan lain yang sedang berkuatkuasa. Tindakan
tatatertib akan diambil terhadap pelajar yang melanggar mana-mana
akta dan peraturan universiti.
12. Panduan Umum Menyediakan Laporan Latihan Praktikum Sekolah
Psikologi Dan Kerja Sosial
a. Para pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan mengenai Latihan Praktikum yang telah tamat mereka jalani.
b. Penulisan laporan ini akan dimulakan apabila tamat tempoh latihan.
Bagaimanapun, pelajar-pelajar yang terlibat dinasihatkan supaya
menyediakan bahan-bahan, data, rajah-rajah dan apa jua maklumat yang
difikirkan relevan dengan lebih awal, iaitu sebaik sahaja mereka
memulakan latihan tersebut.
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
8
c. Catatan harian latihan boleh digunakan sebagai rujukan dalam membuat
laporan berkenaan.
d. Laporan yang telah siap hendaklah diserahkan kepada Penyelia
Akademik (PA) pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak Sekolah
Psikologi dan Kerja Sosial.
e. Panduan bagi format laporan ditunjukkan dalam buku manual ini.
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
9
FORMAT PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN PRAKTIKUM
SEKOLAH PSIKOLOGI DAN KERJA SOSIAL
BAHAGIAN A (Organisasi)
Tajuk
Penghargaan
1.0 Pendahuluan
2.0 Latar belakang organisasi:
• Objektif/falsafah penubuhan
• Aktiviti utama/deskripsi tugas/tanggungjawab
• Jenis perkhidmatan
• Pencapaian organisasi
3.0 Penilaian pelajar terhadap organisasi:
• Perkara yang disentuh ialah penerangan bagaimana organisasi
tersebut mencapai matlamat perkhidmatannya.
• Fungsi-fungsi khusus jabatan-jabatan/unit-unit tertentu.
• Membincangkan secara terperinci mengenai aktiviti di jabatan di
mana pelajar ditempatkan. Melalui pemerhatian, para pelajar
diharapkan dapat mengetahui:-
o Prestasi organisasi
o Bagaimana organisasi bertindak menangani sesuatu kes sosial
o Menilai kelemahan dan kekuatan organisasi secara kritis dan
membina
4.0 Perancangan intervensi (berdasarkan perancangan oleh organisasi)
5.0 Tindakan intervensi (berdasarkan cadangan pelajar dan pelaksaanan aktiviti
yang sesuai seperti bengkel, seminar dan lain-lain)
6.0 Kesimpulan dan saranan
** Buku/ bahan rujukan sepanjang membuat laporan tentang organisasi :
i. Laporan tahunan;
ii. Dokumen; iii. Buku Akademik ;
iv. Lampiran;
v. Gambar-gambar di organisasi berkenaan (sekiranya dibenarkan);
vi. Gambar aktiviti-aktiviti yang dijalankan (sekiranya ada).
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
10
BAHAGIAN B (Mini Kajian)
1.0 Pendahuluan
2.0 Permasalahan kajian
3.0 Tujuan kajian
4.0 Hasil kajian
5.0 Perbincangan hasil kajian
6.0 Penutup
7.0 Rujukan
8.0 Pembentangan
** Buku rujukan sepanjang membuat mini kajian:
Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Penyelidikan (Buku 1). Kuala Lumpur: McGrawHill.
Semua buku rujukan bagi kursus Teras Sekolah Sepunya, Teras Sekolah Psikologi dan
Teras Program yang berkenaan boleh digunakan.
BAHAGIAN C (Laporan)
i. Penilai:
• Laporan penilaian Penyelia Lapangan
• Laporan penilaian Penyelia Akademik
ii. Pelajar:
• Laporan Harian
• Laporan Mingguan
• Laporan Akhir (lengkap)
** Buku rujukan sepanjang membuat laporan harian/ mingguan:
Mohd. Sharani Ahmad (2008). Intervensi kanak-kanak bermasalah
pembelajaran. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad (2003). Panduan Kurikulum
Prasekolah. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Semua buku rujukan bagi kursus Teras Sekolah Sepunya, Teras Sekolah Psikologi dan
Teras Program yang berkenaan boleh digunakan.
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
11
PERINGATAN :
i. Semua laporan hendaklah ditaip di atas kertas A4 - ketebalan 80gsm.
ii. Setiap bahagian (Bahagian A, B dan C) hendaklah dipisahkan dengan kertas
A4 berwarna (hijau sahaja).
iii. Helaian pertama selepas muka depan haruslah mencatatkan perkara
berikut:
• Nama dan No. Matrik
• Organisasi/institusi Latihan Praktikum
iv. Markah akan diberi kepada laporan yang bertulis lengkap.
v. Spesifikasi teknikal penulisan laporan:
• Saiz huruf (font size) : Tahoma 11, 1.5 spacing.
• Jidar (margin) : Atas (3.0 cm)
Bawah (2.5 cm)
Kiri (3.8 cm )
Kanan (2.5 cm)
• Nombor halaman diletakkan di sudut sebelah kanan 15 mm dari birai
atas dan 25 mm dari birai kanan.
• Jumlah halaman adalah 40 - 100 muka surat tidak termasuk lampiran.
• Naskah akhir:
Dua (2) naskah yang dijilid ‘soft cover’ dan perlu diserahkan kepada:
o 1 naskah kepada Penyelia Akademik
o 1 naskah kepada Penyelia Lapangan
Tiga (3) naskah bentuk ‘soft copy’ - CD dan perlu diserahkan kepada:-
o 1 naskah kepada sekolah (bentuk soft copy, CD)
o 1 naskah kepada perpustakaan (bentuk soft copy, CD) o 1 simpanan kepada pelajar (jika perlu)
vi. Pembentangan merangkumi keseluruhan Laporan Akhir, namun fokus
utama adalah kepada hasil Mini Kajian.
PROGRAM PSIKOLOGI KANAK-KANAK DAN KELUARGA
SEKOLAH PSIKOLOGI DAN KERJA SOSIAL
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BEG BERKUNCI NO. 2073
88999 KOTA KINABALU
SABAH
NO. TEL: 088-320000 Samb. 8255 atau 8189,
NO. FAKS: 088-320101
E-MAIL: [email protected] atau [email protected] atau [email protected]
http:// www.ums.edu.my/spks
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
12
BORANG LP1/ SPKS
SEKOLAH PSIKOLOGI DAN KERJA SOSIAL
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
LATIHAN PRAKTIKUM
LAPORAN PENYELIA LAPANGAN PRAKTIKUM
Nama Pelajar : _________________________________________________________________________
No. Matrik : _________________________________________________________________________
Nama Penyelia : _________________________________________________________________________
Alamat Organisasi : ______________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
E-Mail : ________________________________________________________________________
Saya telah menyelia pelajar tersebut di atas yang menjalani Latihan Praktikum di organisasi
saya dari ___________________ hingga ______________. Penilaian saya terhadap prestasi beliau
adalah seperti berikut:
Bahagian A:
1. Kesesuaian pakaian waktu kerja / 10
2. Kebolehan menjalankan tugas / 10
3. Kebolehan berhubung dengan kakitangan / 10
4. Kecenderungan mengumpul pengetahuan semasa latihan / 10
5. Kebolehan serta kesungguhan pelajar / 10
6. Waktu bekerja (ketepatan masa) / 10
7. Kehadiran / 10
8. Penglibatan pelajar yang mencerminkan sikap (tanggungjawab,
inisiatif, disiplin) terhadap pekerjaan di tempat latihan
/ 10
9. Kepimpinan / 10
10. Kreativiti / 10
JUMLAH KESELURUHAN / 100
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
13
Bahagian B:
Penilaian keseluruhan: Sila tandakan (/) di tempat yang disediakan.
Pelajar ini boleh dikategorikan dalam golongan:
A Sangat baik
B Baik
C Sedarhana
D Lemah
E Amat Lemah
Bahagian C:
1. Pada pendapat tuan/puan, adakah pelajar dapat memanfaatkan program Latihan
Praktikum ini?
2. Adakah penempatan pelajar dari Program Psikologi Kanak-Kanak dan Keluarga ini
bersesuaian dengan organisasi anda?
3. Komen dan cadangan:
Tarikh: ________________________ ___________________________________
Tandatangan Penyelia Lapangan
Nama:
Jawatan dan Cop Rasmi:
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
14
BORANG LP2/SPKS
SEKOLAH PSIKOLOGI DAN KERJA SOSIAL
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
LATIHAN PRAKTIKUM
LAPORAN PENYELIA AKADEMIK
Nama Pelajar : _________________________________________________________________________
No. Matrik : _________________________________________________________________________
Nama Penyelia : _________________________________________________________________________
Alamat Organisasi : ______________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
Saya telah melawat dan menyelia pelajar yang tersebut di atas di tempat Latihan Praktikum
beliau pada _________________ dan memberi penilaian berikut berhubung dengan prestasi pelajar semasa menjalani Latihan Praktikum:
i. Cara pelajar memberikan laporan lisan kepada Penyelia
Akademik
/10
ii. Kefahaman pelajar mengenai tugas /10
iii. Keupayaan pelajar menyesuaikan diri dengan suasana
organisasi
/10
iv. Keyakinan diri /10
v. Kesanggupan pelajar belajar /10
vi. Usaha dan kreativiti /10
vii. Komitmen dan tanggungjawab terhadap tugas /10
viii. Perbincangan pelajar dengan Penyelia Akademik /10
ix. Perbincangan pelajar dengan Penyelia Lapangan /10
x. Persediaan pelajar membuat Laporan Akhir /10
JUMLAH KESELURUHAN /100
Tarikh: ________________________ ___________________________________
Tandatangan Penyelia Akademik
Nama:
Jawatan dan Cop Rasmi:
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
15
BORANG LP3/SPKS
SEKOLAH PSIKOLOGI DAN KERJA SOSIAL
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
LATIHAN PRAKTIKUM
LAPORAN PENYELIA AKADEMIK MENGENAI ORGANISASI
Nama Pelajar : ______________________________________________________________________________
No. Matrik : _________________________________________________________________________
Nama Penyelia : ________________________________________________________________________
Alamat Organisasi : ______________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
Program : ________________________________________________________________________
Saya telah melawat dan menyelia pelajar yang tersebut di atas di tempat Latihan Praktikum
beliau pada ________________ dan memberi penilaian berikut berhubung organisasi tersebut:
1 Keupayaan Organisasi Memberi Latihan
• Perancangan Program
• Kerapian Penyediaan
• Pemberian Bimbingan
• Kesesuaian Tempoh Latihan
• Kesesuaiaan Latihan Yang Diberi
2 Kesesuaiaan Organisasi
• Keselesaan Ruang Kerja
• Kemudahan Pengangkutan
• Kemudahan Penginapan yang berdekatan
• Kemudahan Rujukan
• Kemudahan Elaun
5 = Sangat Baik 4 = Baik 3 = Sedarhana 2 = Lemah 1 = Amat Lemah
Markah Penilaian : _______________________
Tarikh : _______________________
Tandatangan Penyelia Akademik : ______________________________
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
16
BORANG LP4/SPKS
SEKOLAH PSIKOLOGI DAN KERJA SOSIAL
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
LATIHAN PRATIKUM
MAKLUMAT DIRI PELAJAR
Nama Penuh Pelajar : _________________________________________________________________________
No. Matrik : _________________________________________________________________________
No. Kad Pengenalan : __________________________________________________________________________
Tarikh Lahir : ________________________________________________________________________
Tempat Lahir : ______________________________________________________________________________
Program : __________________________________________________________________________
Alamat (tetap) : ____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
Alamat (semasa praktikum) : ___________________________________________________________
__________________________________________________________
____________________________________________________________
No. Tel. (yang boleh dihubungi) : ____________________________________________________________
E-mail : ____________________________________________________________________
Nama dan Alamat Organisasi : _____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Nama Penyelia Lapangan Praktikum : ____________________________________________________________
Jawatan PLP di Organisasi : ____________________________________________________________
Nama Penyelia Akademik : ____________________________________________________________
Tempoh Latihan Praktikum : Dari ___________________ Hingga _________________________
Gambar
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
17
PERJANJIAN PRAKTIKUM
PELAJAR DAN INSTITUSI
Nama Pelajar : __________________________________________________
Institusi/Organisasi : __________________________________________________
Dengan ini dimaklumkan bahawa setelah berbincang di antara kedua-dua belah pihak, kami
bersetuju tentang tugas-tugas berikut sepanjang tempoh Latihan Praktikum:
1. Pendedahan lapangan (konsultasi) 2. Penyelidikan/Pemerhatian langsung
3. Penilaian dan rawatan
4. Perkembangan Profesionalisme
5. Pendokumenan
6. Pentadbiran
Deskripsi Tugas
1. Pendedahan lapangan (konsultasi) merujuk kepada perjumpaan dengan ibu
bapa kanak-kanak atau pun dengan kakitangan dalam organisasi. Perjumpaan
tersebut merangkumi pengenalpastian masalah anak, analisis masalah, perancangan dan juga penilaian perancangan.
2. Penyelidikan/Pemerhatian langsung merujuk kepada mini kajian yang akan
dilakukan oleh pelajar di institusi/organisasi tersebut.
3. Penilaian dan rawatan merujuk kepada diagnosis dan rawatan yang dipelajari oleh pelajar dari pakar terlatih di organisasi berkenaan.
4. Perkembangan profesionalisme merujuk kepada semua aktiviti yang berkaitan
dengan perkembangan kerjaya contohnya pengendalian bengkel, ceramah, kerja
sukarelawan dan sebagainya.
5. Pendokumenan merujuk kepada semua rekod secara formal atau tidak formal
segala aktiviti pelajar sepanjang tempoh praktikum. Rekod ini termasuklah hasil
mini kajian yang dilakukan di organisasi tersebut.
6. Pentadbiran merujuk kepada kerja-kerja pentadbiran dalam institusi/organisasi
tersebut.
Sekian, terima kasih.
______________________________ ______________________________
Tandatangan Wakil Institusi/Organisasi Tandatangan Pelajar
Nama : ________________________ Nama : ________________________
Tarikh : ________________________ Tarikh : _______________________
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
18
CONTOH
JADUAL WAKTU LATIHAN PRAKTIKUM
HARI/MASA
ISNIN
SELASA
RABU
KHAMIS
JUMAAT
SABTU
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
19
CONTOH
LAPORAN HARIAN
HARI 1
Arahan : Pelajar dikehendaki mengisi borang ini pada setiap hari.
Nama Aktiviti :
Tarikh :
Masa :
Penyelia :
Langkah 1 :
Langkah 2 :
Langkah 3 :
Langkah 4 :
Kesimpulan :
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
20
CONTOH
LAPORAN MINGGUAN
MINGGU 1
Arahan : Pelajar dikehendaki mengisi borang ini pada setiap minggu.
Nama Pelajar : ___________________________________________
Tempat Praktikum : ___________________________________________
Ringkaskan kegiatan anda seperti berikut:
A. Aktiviti:
B. Penilaian/Pembelajaran:
C. Rawatan yang dipelajari:
D. Lain-lain:
Tandatangan Pelajar : ___________________________ Tarikh : _________________
Tandatangan PLP : ___________________________ Tarikh : _________________
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
21
LAMPIRAN
ALAMAT TEMPAT PRAKTIKUM
Selangor
1. Kiwanis Down Syndrome Centre
59, Jalan Gasing,
463000, Petaling, Selangor.
2. Daysprings Day Training Centre
4, Solok Limau,
41000, Kelang, Selangor.
3. The Selangor and Federal Territory Spastic Children Assosiation
14, Jalan Utara A,
46100 Petaling Jaya, Selangor.
4. Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Kajang Selangor
17, Jalan Seksyen 2/14,
Taman Kajang Utama,
43000 Kajang, Selangor.
5. Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor
Tingkat 2, Bangunan Darul Ehsan,
No 3, Jalan Indah, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 603-55445415
Faks : 603-55190232
6. Hua Ming Autism Society (Training Centre)
No. 2 Jalan 20/8,
Taman Paramount,
46300 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03-79587385
7. KIWANIS Centre for Children with Learning Disabilities
No. 46, Jalan BU 2/7,
Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03-79558829
8. Kiwanis Down Sydrome Foundation (Klang Centre)
No. 28, Jalan Kampar,
41300 Klang, Selangor.
Tel : 03-33428259
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
22
9. Kiwanis Down Syndrome Centre (Petaling Jaya Centre)
No. 57 & 59, Jalan Gasing,
46000 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03-79571179
http://www.kdsf.netmyne.com/main.htm
10. Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM)
No. 59, Jalan Gasing,
46000 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03-42579818
11. Centre for the Achievement of Human Potential (CAHP) No. 2, Lorong Kolam Air Lama 2,
68000 Ampang Jaya, Selangor.
Tel : 03-42563531
12. The YMCA of Petaling Jaya
No. 21, Jalan 20/1,
46300 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03-78765810
13. Taman Megah Handicap and Disabled Children’s Home
No. 2, Jalan SS24/10, Taman Megah,
47301 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03-78061143 [email protected]
14. Taman Megah Handicap and Disabled Children’s Home
(Bukit Beruntung Branch)
No. 27, Jalan Melur 1B,
Seksyen BB3, Bandar Bukit Beruntung,
Rawang, Selangor.
Tel : 03-60283527
15. Day Spring Training Centre for Persons with Learning Difficulties
No. 4, Solok Limau, Taman Meru,
41500 Klang, Selangor.
Tel : 03-33427467
16. Malaysian Association of Speech and Hearing (MASH)
P.O.Box 610,
Pejabat Pos Jalan Sultan,
46770 Petaling Jaya, Selangor.
Fax : 03-6028 4601
[email protected] www.mash.org
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
23
17. Dignity & Services
No. 33D, Jalan 4/47,
Off Jalan Penchala,
46050 Petaling Jaya, Selangor.
Dignity & Services
PO Box 498,
Jalan Sultan,
46760 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03-77830849
18. Dorset Rehab Products & Services Sdn. Bhd. No 297, Jalan 17/38,
46400 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03-79600720
www.geocities.com/dorset_rehab
19. Persatuan Mobiliti Selangor dan Kuala Lumpur
Bilik 8 & 9, Tingkat 4,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
No. 16, Lorong Utara ‘A’,
46200 Petaling Jaya, Selangor. Tel : 03-79577255
www.mobiliti.info/
20. SUREA Centre for Individual Education Programme
No. 1, Jalan 7/4, Section 7,
46050, Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03-79588535
www.krista.com.my
21. The National Autism Society of Malaysia (NASOM)
35A, Jalan SS 21/ 37, Damansara Uptown,
47400 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03-7710 4098 Faks : 03-7710 4149
22. Pengetua
Kiwanis Down Syndrome Foundation Petaling Jaya Lot 13490, Jalan Jenjarum, off Jalan SS23/1,
Taman SEA, PJU 6A,
47400, Petaling Jaya, Selangor.
23. Guru Besar
Tadika Krista Seksyen 7
No. 80 Jalan Kristal 7/ 74, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
24
24. Penguasa
PDK Kg. Kenanga, Rawang
No. 2, Jalan Ros, Kampung Kenanga,
48000 Rawang, Selangor.
25. Agape Counseling Centre Malaysia
Jalan PJS 1/46, Taman Petaling Utama,
Petaling Jaya, Selangor.
26. Rozen Kids Enrichment Centre
Shah Alam, Selangor.
27. Tadika Islam Permata Indah Puchong, Selangor.
Kuala Lumpur
28. The Selangor School for the Deaf
Convent Bukit Nanas,
523, Jalan Bukit Nanas,
50350, Kuala Lumpur.
29. Kampung Pandan Cued Speech Centre
National Children’s Welfare Council of Malaysia, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
30. YMCA Deaf Club
95, Jalan Kandang Kerbau, 50470 Kuala Lumpur.
31. Wisma Harapan
522, Jalan Sultan Abdul Samad,
Brickfields 50470, Kuala Lumpur.
32. The National Autistic Education Centre (NASOM)
4, Jalan Chan Chin Mooi,
Off Jalan Pahang, Kuala Lumpur.
Tel : 03-40223744
33. Institute Masalah Pembelajaran & Autisma (IMPIAN)
No. 4, Persiaran Titiwangsa,
53000, Kuala Lumpur.
Tel : 03-40220308
34. Malaysian Association for the Blind (MAB)
MAB Complex, Jalan Tebing,
Off Jalan Tun Sambathan 4,
Brickfields 50470, Kuala Lumpur.
Tel : 03-22722672
[email protected] www.mab.org.my
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
25
35. National Council for the Blind, Malaysia
No 94B, Jalan Tun Sambathan,
50470, Kuala Lumpur.
Tel : 03-22724959/03-22735508
36. Total Child Education
Jalan Sepakat, United Garden (OUG),
Kuala Lumpur.
37. National Society for the Deaf
No. 25A, Jalan Kampong Pandan,
55100, Kuala Lumpur. Tel : 03-92870739
38. Pusat Majudiri for The Deaf (YMCA Kuala Lumpur)
No. 95, Jalan Padang Belia,
50470, Kuala Lumpur.
Tel : 03-22741439
39. YMCA (Deaf Specialist)
Pusat Majudiri Y for The Deaf (YMCA Kuala Lumpur)
No. 95, Jalan Padang Belia, 50470, Kuala Lumpur.
Tel : 03-22741439
www.geocities.com/pmydeaf
40. Sri Raflesia Learning Support Services
No 38-2, Jalan 24/70A,
Desa Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur.
Tel : 03-23000760
www.sriraflesia.com
41. The Dyslekxia Association (Kuala Lumpur)
No. 6, Persiaran Kuantan,
Setapak, 53200, Kuala Lumpur.
Tel : 03-40255109
42. Taman Megah Handicap and Disabled Children’s Home
No. 68-3 2nd Floor,
Jalan Raden Tengah,
Bandar Baru Seri Petaling,
57000, Kuala Lumpur.
Tel : 03-90571704
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
26
43. Speech Therapy Kuala Lumpur
Block A-2-18, 2nd Floor,
Millennium Court,
Jalan Elmu, Off Jalan Universiti,
59100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-79602030
44. Bangsaria Training and Day Care Centre
No. 11, Lorong Maarof Satu,
Bangsar Park,
59000, Kuala Lumpur.
45. Calvary Life Ministries
No 38-2, Jalan 24/70A,
Desa Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur.
Tel : 03-77103360
46. Malaysian Child Resources Institute
No 40-5-1, Jalan 1/101C,
Cheras Business Centre, Off Jalan Cheras,
56000 Kuala Lumpur.
Tel : 03-91308635
47. Pejabat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Aras 3, Blok E, Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana,
Jalan Dato Onn, 50515 Kuala Lumpur.
Tel : 03-26930095,
Faks : 03-3446938564
48. Ketua Pengarah
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Bangunan LPPKN, 12B, Jalan Raja Laut, Peti Surat 10414,
50712 Kuala Lumpur.
49. Pengetua Pusat Pembangunan Potensi CADS Kuala Lumpur dan Selangor
8 Lrg San Ah Wing off Jalan Semarak,
54100 Kuala Lumpur.
50. Pengerusi
Peratuan Sindrom Down Malaysia
79 Lengkongan U Thant, 55000 Kuala Lumpur.
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
27
51. Guru Besar
Tadika Naluri Kreatif
No: 30, Lorong 3/ 27C, Seksyen 5,
Wangsa Maju, Kuala Lumour,
53300 Wilayah Persekutuan.
52. Pengerusi
Tasputra PERKIM
3498, Jalan Ampang Hilir 5,
55000 Kuala Lumpur.
53. Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental
Hospital Kuala Lumpur Jalan Pahang, Kuala Lumpur.
54. Pusat Pendidikan Darul Iqra Centre
101, Blok 5, SD Apartment 2,
Persiaran Meranti, PJU 9,
Bandar Seri Damansara,
52200 Kuala Lumpur.
Johor
55. Rumah Sinar Harapan Tampoi Jalan Hospital Tampoi,
Tampoi, Johor.
Kelantan
56. Jabatan Psikiatri
Pusat Pengajian Sains Perubatan
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian, Kelantan.
Terengganu
57. Yayasan Islam Terengganu
Kuala Terengganu, Terengganu.
Kedah
58. Taman Sinar Harapan
Jitra, Kedah.
59. Pusat Dalam Komuniti Putra Jaya
Alor Setar, Kedah.
Sabah
60. Hospital Labuan PO Box 80832, 87018 Wilayah Persekutuan, Labuan.
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
28
61. Sekolah Seri Mengasih
PWD 75 Petagas Avenue,
Jalan Selangor, Tanjung Aru,
89450 Kota Kinabalu, Sabah.
62. Unit Intervensi dan Pengayaan Kanak-Kanak
Hospital Mesra Bukit Padang
Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088-240984
Faks : 088-244703
63. Persatuan Child
(CitaCita Learning Centre) 366, Jalan Saga, Lorong Likas 2
Kg Likas 88400,
Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088-385 761
Faks : 088-385 761
64. Persatuan untuk Orang-Orang Pekak Tawau
Jakalan Kuhara, Batu 12 1/2,
Taman Lim Den Choi,
91000 Tawau, Sabah. Tel : 089-715 144
Faks : 089-714 526
65. Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Sabah Cancer Societry Building,
No: 15 Jalan Tuopai 3,
Teck Guan Villa, Jalan Penampang,
Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088-269 614
Faks : 088-269 614
66. Tadika Baptis Likas
P. O. Box 30,
88856 Likas, Sabah.
Tel : 088-425 572 Faks : 088-425 497
67. Tadika Didik Mesra
(Yik Tze Early Childhood) No. 3, Lorong Punai Dekut, Off Jalan Saga,
88450 Likas, Sabah.
Tel : 088-388 506/088-426 340
68. Learning Centre
Sekolah Rendah Swasta Datuk Simon Fung
Peti Surat 14146, Taman Kingfisher,
88847 Kota Kinabalu, Sabah.
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
29
69. Community based rehabilitation for children with special needs
P. O. Box 72,
89057 Kudat, Sabah.
Tel : 088- 623023
Faks : 088-612486
70. Pengarah
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
Tingkat 3, Rumah Persekutuan,
Jalan Mat Salleh,
88590 Kota Kinabalu, Sabah.
71. Persatuan Bagi Orang-Orang Pekak Sabah Jalan UKM Lama,
Bukit Padang,
P. O. Box 13971,
88846 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088-230 894
Faks : 088-252 972
72. Penguasa
Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Sri Stella
Peti Surat 1397, Jalan Air Panas,
91049 Tawau, Sabah.
73. Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Sembulan
Kota Kinabalu, Sabah,
74. Kompleks Pemulihan Orang Kurang Upaya
Kimanis, Papar, Sabah.
75. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)
Cawangan Tawau, TBB 322, Tingkat 3,
Bangunan Kompleks Fajar,
Jalan Haji Karim,
91007 Tawau, Sabah.
76. SK Pendidikan Khas
Sek Keb Bandar 2 P/S 61364,
910230 Tawau, Sabah.
77. SK Pendidikan Khas Sek Keb Pekan
P/S 15, 89657 Tambunan, Sabah.
78. Taska & Tadika Permai Ria
B9-36, Lrg. 15, Taman Indah Permai,
Jln. Sepanggar, 88450 Menggatal,
Kota Kinabalu, Sabah.
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
30
79. SK Pendidikan Khas Kota Kinabalu
Tuaran, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.
80. Tadika Seri Bintang
Peti Surat 688,
89608 Papar, Sabah.
81. Hospital Likas
Kota Kinabalu, Sabah.
Sarawak
82. Special School for Mentally Retarded Children Jalan Ridgeway-One Tiang Swee,
92300 Kuching, Sarawak.
83. Persatuan Autisma Kuching
(Banglo LADA), Jalan Bampfylde,
PO Box 2492,
93748 Kuching, Sarawak.
84. Association for Children With Special Needs Sibu
Off Agape Centre, Alan Road,
96000 Sibu, Sarawak. Tel : 084-217 912
Faks : 084-213902
85. Methodist Care Centre
Off Agape Centre, Alan Road,
96000 Sibu, Sarawak.
Tel : 084-219 914
Faks : 084-219 914
86. Sibu Autistic Association
Agape Centre, Upper Lanag,
96000 Sibu, Sarawak.
Tel : 084-213 786 Faks : 084-213 785