UUUNNNIIIVVVEEERRRSSSIIITTTIII TTTEEEKKKNNNOOOLLLOOOGGGIII MMMAAALLLAAAYYYSSSIIIAAA
BBBOOORRRAAANNNGGG PPPEEENNNGGGEEESSSAAAHHHAAANNN SSSTTTAAATTTUUUSSS TTTEEESSSIIISSS
JJJUUUDDDUUULLL :::KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN DAN ALATAN DAN KAEDAH TUNJUK CARA (DEMONSTRASI) DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN TEKNIKAL DARI PERSPEKTIF GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH PASIR MAS KELANTAN
SSSEEESSSIII PPPEEENNNGGGAAAJJJIIIAAANNN::: 2007/2008
Saya WAN MOHAMMAD KAMAL AZMAN BIN WAN AZIZ
Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia2. Perpustakaan Universiti Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.4. **Sila tandakan (√)
SULIT(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh,
_____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:NO 17 LORONG IS 4, DR. ABDUL RAHIM BIN PERKAMPUNGAN INDERA SEMPURNA HAMDAN 25150 KUANTANPAHANG
Tarikh: Tarikh:
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
Catatan: * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa0organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursusu dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) dari Universiti
Teknologi Malaysia
Tandatangan : ………………………………..
Nama penyelia : Dr. Abdul Rahim Bin Hamdan
Tarikh : …………………………
ii
KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN DAN ALATAN DAN
KAEDAH TUNJUK CARA (DEMONSTRASI) DALAM MATA PELAJARAN
KEMAHIRAN TEKNIKAL PERINGKAT MENENGAH RENDAH DARI
PERSPEKTIF GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN DI DAERAH PASIR MAS KELANTAN
WAN MOHAMMAD KAMAL AZMAN BIN WAN AZIZ
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti teknologi Malaysia
APRIL 2008
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : …………………………………...
Nama Penulis : Wan Mohammad Kamal Azman Bin Wan Aziz
Tarikh : …………………………….
iv
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji atas limpah
dan kurniaan Allah s.w.t Tuhan Semesta Alam, Selawat & Salam ke atas junjungan besar
kita, Nabi Muhammad s.a.w
Khas Buat
Ma dan Bak Tersayang
Zainon bte Mohd Amin & Wan Aziz bin Wan Ismail
Doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidupku, Tiap langkah kuingati
pengorbananmu. Walau mencapai usiamu, tidak mungkin anakmu ini dapat
membalasnya. Semoga Allah memberkati dirimu selamanya…
Isteri Tercinta
Masni Salfarinda bte Mohamad
Yang terlalu memahami dan banyak berkorban. Pengorbananmu dan keikhlasanmu tidak
termampu diungkapkan. Terima kasih Sayang…..
Puteri Permata Hatiku
Wan Amyra Syahirah bte Wan Mohammad Kamal Azman
&
Wan Aleeya Qalisya bte Wan Mohammad Kamal Azman
“Abah mahu menjadi seperti kasturi yang wangi dan mewangikan orang lain, juga
menjadi matahari yang terang dan menyinari semua insan”
Sahabat Seperjuangan…..
Awi, Seli, Sedi, Ikram, Mie, Sepu, Miji, Ibrahim, Bujal, Fiesa dan ….
Terima kasih atas segala kebaikan. Mudah-mudahan keberkatan bagi semua……..
v
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian bagi Allah s.w.t dan selawat ke atas junjungan kita Nabi
Muhammad s.a.w. Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana memberi kekuatan dan
kesabaran untuk menyiapkan laporan kajian mengenai “Kesesuaian isi kandungan, masa,
kemudahan dan alatan dan kaedah tunjuk cara (demonstrasi) dalam mata pelajaran
kemahiran teknikal dari perspektif guru-guru kemahiran hidup di Sekolah Menengah
Kebangsaan di daerah Pasir Mas, Kelantan” ini sehingga selesai.
Dengan penuh keinsafan rasa pesanan ilmuan dan pengajaran ajaran ilahi yang
suci... sesungguhnya ini adalah satu amanah Allah, ini adalah pilihan Allah... Allah maha
mengetahui.... pasti diri saya ini ada kekuatan dari ilahi untuk meneruskan perancangan
yang telah saya aturkan ini.
Berkat doa dan usaha serta sokongan pihak yang terlibat dapat membantu saya
melaksanakan tugasan ini. Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Dr. Abdul Rahim Bin Hamdan selaku penyelia saya di atas segala
tunjuk ajar dan pengorbanan masa yang dicurahkan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada
pihak sekolah yang terlibat kerana tanpa penglibatan pihak sekolah sudah pasti kajian ini
tidak akan terlaksana sebagaimana sepatutnya.
Akhir kata, buat rakan-rakan seperjuangan, tidak kurang juga orang perseorangan
yang telah membantu dan mendorong secara langsung atau tidak langsung untuk
menyempurnakan projek ini. Jutaan terima kasih diucapkan, semoga Allah s.w.t akan
memberikan ganjaran yang sewajarnya.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian isi kandungan, peruntukan
masa, kemudahan dan alatan dan kaedah tunjuk cara (demonstrasi) dalam mata pelajaran
Kemahiran Teknikal dari perspektif guru-guru Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah
Kebangsaan di Daerah Pasir Mas, Kelantan. Instrumen kajian yang digunakan dalam
kajian ini ialah kaedah tinjauan berbentuk soal selidik. Sampel yang digunakan terdiri
daripada 40 orang guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Teknikal. Data yang
diperolehi dianalisis menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS) Versi 11.5.
Hasil daripada analisis diterjemahkan dalam bentuk frekuensi, peratus dan min. Hasil
kajian mendapati nilai purata min keseluruhan bagi empat persoalan mencatatkan 3.80
iaitu pada tahap penilaian tinggi. Jika dihalusi secara lebih terperinci mengikut item
menunjukkan bahawa persoalan kajian yang kedua mencatatkan nilai min 3.19 iaitu pada
tahap penilaian sederhana. Bagi persoalan kajian pertama, ketiga dan keempat nilai min
berada pada tahap penilaian tinggi. Di samping itu, ujian-t digunakan untuk melihat
perbezaan kesesuaian isi kandungan, peruntukan masa, kemudahan dan alatan dan
kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) antara jantina guru dalam mata pelajaran
Kemahiran Teknikal peringkat Menengah Rendah. Dapatan daripada ujian-t
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesesuaian isi
kandungan, peruntukan masa, kemudahan dan alatan dan kesesuaian kaedah tunjuk cara
(demonstrasi) antara jantina guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat
Menengah Rendah. Disarankan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pihak
Pentadbir Sekolah supaya mengkaji peruntukan masa yang dibekalkan untuk pengajaran
mata pelajaran Kemahiran Teknikal.
vii
ABSTRACT
This research aimed to identify the appropriateness of the content, time
allocation, facilities and tools, as well as demonstration techniques for lower secondary
school students who are learning Living Skills’ subject. This study is merely from the
perspective of Living Skills’ subject teachers who are teaching the Technical subjects in
the district of Pasir Mas, Kelantan. The research instruments used in this study are
questionnaires. The samples for this study are 40 Technical Skills teachers. The data and
findings of this study are processed using the Statistical Package for the Social Sciences
(SPSS) version 11.5. The data analysis from the findings is presented in the forms of
frequency, percentage and min. The result shows that min values for the four research
questions are 3.80 which are at the high level. By evaluating this accordingly to the item,
it is clearly shown that the second research question shows an average min value of 3.19
. For the first, third and fourth research questions, the min value are high. Instead of that,
the t-test is used to differentiate the appropriateness of contents, time allocation, facilities
and demonstration techniques during the lesson as far as the teachers’ gender are
concerned. Result shows that there are no significant differences towards the
appropriateness of the content, time allocation, facilities and tools, as well as the
suitability of demonstration techniques, to be compared with the teachers’ gender
teaching the subject matters. It is recommended to the Ministry of Education and School
Administrator to evaluate the justification of the time allocation provided for teaching
and learning of the Technical Subject.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA i
HALAMAN JUDUL ii
AKUAN DIRI iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI LAMPIRAN xiv
SENARAI SINGKATAN xv
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Hipotesis 8
1.7 Rasional Kajian 9
ix
1.8 Skop Batasan 10
1.8.1 Tempat Kajian 10
1.8.2 Sampel Kajian 10
1.8.3 Bilangan Sampel Kajian 11
1.9 Definisi Istilah 11
1.9.1 Kemahiran Hidup Bersepadu 11
1.9.2 Guru Kemahiran Hidup 12
1.9.3 KemahiranTeknikal 12
1.9.4 Sukatan Kemahiran Hidup 13
1.9.5 Isi Kandungan 13
1.9.6 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran 13
2 SOROTAN PENULISAN 14
2.1 Pengenalan 14
2.2 Kemahiran Hidup Bersepadu 15
2.3 Isi Kandungan 16
2.4 Peruntukan Masa 19
2.5 Kemudahan Asas Di Sekolah 21
2.6 Alatan Dan Kemudahan 22
2.7 Kaedah Pengajaran Dan Pambelajaran 25
2.7.1 Konsep Kaedah 25
2.7.2 Pemilihan Prinsip Yang Boleh DiaplikasikanDalam Kaedah Pengajaran 27
2.7.3 Jenis-Jenis Kaedah 28
2.7.3.1 Kaedah Kerja Praktik 29
2.7.3.2 Kaedah Tunjuk Cara (Demonstrasi) 29
2.7.3.3 Kaedah Latih-Tubi 30
x
3 METODOLOGI KAJIAN 31
3.1 Pengenalan 31
3.2 Rekabentuk Kajian 32
3.3 Sampel Kajian 32
3.4 Instrumen Kajian 33
3.5 Kajian Rintis 35
3.6 Prosedur Kajian 37
3.7 Penganalisisan Data 38
4 ANALISIS DATA 41
4.1 Pengenalan 41
4.2 Keputusan Dan Analisis data Bahagian A 43
4.2.1 Taburan Peratusan Responden Mengikut Jantina 43
4.2.2 Taburan peratusan responden Mengikut Umur 44
4.2.3 Taburan peratusan responden Mengikut Bangsa 44
4.2.4 Taburan peratusan responden Mengikut Kelulusan Ikhtisas 45
4.2.5 Taburan peratusan responden Mengikut Jawatan 46
4.2.6 Taburan peratusan responden Mengikut Pengalaman Mengajar 46
4.3 Keputusan Dan Analisis Bahagian B 47
4.3.1 Persoalan Kajian Pertama 47
4.3.2 Persoalan Kajian Kedua 49
4.3.3 Persoalan Kajian Ketiga 52
4.3.4 Persoalan Kajian Keempat 54
4.3.5 Persoalan Kajian Kelima 56
4.4 Rumusan Analisis Keseluruhan 59
xi
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 61
5.1 Pengenalan 61
5.2 Rumusan Dan Perbincangan 62
5.2.1 Isi Kandungan Mata Pelajaran Kemahiran Teknikal Sesuai Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran Peringkat Menengah Rendah 63
5.2.2 Masa Yang Diperuntukan Sesuai Untuk Sesuatu Sesi Pengajaran Mata Pelajaran Kemahiran Teknikal Peringkat Menengah Rendah 65
5.2.3 Kemudahan Dan Alatan Mencukupi Bagi Proses Pengajaran Pembelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Teknikal Peringkat Menengah Rendah 66
5.2.4 Kaedah Tunjuk Cara (Demonstrasi) Sesuai Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Teknikal Peringkat Menengah Rendah 67
5.3 Cadangan Kajian 69
5.3.1 Pihak Guru 69
5.3.2 Pihak Sekolah 70
5.3.3 Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia 70
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 71
5.5 Penutup 72
RUJUKAN 73
Lampiran A – F
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Komponen yang terdapat di dalam kemahiran hidup bersepadu 3
3.1 Senarai Tempat Kajian Yang Dijalankan 32
3.2 Taburan Soalan Mengikut Persoalan Kajian 34
3.3 Skor Skala Likert 35
3.4 Nilai Statistik Alpha Cronbach 36
3.5 Item Persoalan Kajian Yang Telah Diubah Suai 37
3.6 Pengkelasan Semula Skala Likert 39
3.7 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 39
3.8 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 40
4.1 Pengkelasan Semula Skala Likert 42
4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden MengikutJantina 43
4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Umur 44
4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 44
4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden MengikutKelulusan Ikhtisas 45
4.6 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Jawatan 46
xiii
4.7 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 46
4.8 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden YangMenjawab Item Bagi Kesesuaian Isi Kandungan Mata Pelajaran Kemahiran Teknikal 47
4.9 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden YangMenjawab Item Bagi Masa Yang Diperuntukan Dalam P&P Kemahiran Teknikal 50
4.10 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden YangMenjawab Item Bagi Alatan Dan Kemudahan Dalam P&P Kemahiran Teknikal 52
4.11 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden YangMenjawab Item Bagi Kaedah Demonstrasi Dalam P&P Kemahiran Teknikal 54
4.12 Analisis Perbezaan Kesesuaian Isi Kandungan Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Teknikal Peringkat Menengah RendahBerdasarkan Jantina 56
4.13 Analisis Perbezaan Kesesuaian Masa Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Teknikal Peringkat Menengah RendahBerdasarkan Jantina 57
4.14 Analisis Perbezaan Kemudahan Dan Alatan Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Teknikal Peringkat Menengah RendahBerdasarkan Jantina 58
4.15 Analisis Perbezaan Kesesuaian Kaedah Tunjuk Cara (Demonstrasi) Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Teknikal Peringkat Menengah Rendah Berdasarkan Jantina 58
4.16 Analisis Keseluruhan Bagi Setiap Persoalan Kajian 59
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 78
B Surat Kelulusan Menjalankan KajianDi Sekolah (EPRD) 85
C Surat Kebenaran Menjalankan KajianDi Sekolah (JPNK) 87
D Surat Memohon Kebenaran MenjalankanKajian 89
E Surat Pengesahan Penyelidik 91
F Abstract Approval 93
xv
SENARAI SINGKATAN
EPRD - Bahagian Penyelidikan Dasar Pendidikan
JPNK - Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
KH - Kemahiran Hidup
KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
KT - Kemahiran Teknikal
PPD - Pejabat Pelajaran Daerah
S - Setuju
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SMT - Sekolah Menengah Teknik
SPSS - Statistical Package for Social Science
SS - Sangat Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
% - Peratus
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu mula dilaksanakan pada tahun
1989 selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
adalah berupa hasil daripada perubahan kurikulum melalui pelaksanaan Dasar
Pelajaran kebangsaan dan Dasar Pentadbiran Negara pada tahun 1979 dan kurikulum
ini merupakan satu keseimbangan daripada Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR).
Sejajar dengan matlamat Wawasan 2020 bagi menghadapi cabaran-
cabarannya, Kementrerian Pelajaran Malaysia dan agensi-agensinya telah mengatur
beberapa strategi untuk mengubah sikap masyarakat terhadap Pendidikan teknik
khususnya Pendidikan Vokasional kerana sebelum ini masyarakat memandang
rendah terhadapnya. Justeru itu, mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
diperkenalkan dalam program KBSM. Melalui mata pelajaran ini, objektif tersebut
dapat dicapai dengan mendedahkan pelajar-pelajar menengah rendah kepada
2
Pendidikan Teknik dan Vokasional, disamping menekankan terhadap nilai-nilai yang
tinggi seperti keupayaan untuk bekerja keras, semangat untuk memajukan diri, etika
kerja yang baik, disiplin serta semangat untuk bersaing (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 1991).
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah satu mata pelajaran teras
berunsurkan teknologi di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Kemahiran Hidup
Bersepadu (KHB) merupakan mata pelajaran berbentuk pra-vokasional yang telah
digubal semula berasaskan mata pelajaran elektif Seni Perusahaan, Perdagangan dan
Sains Pertanian (Draf Kemahiran Hidup Program Peralihan, 1989).
Ia juga merupakan satu mata pelajaran amali yang berunsurkan teknologi. Ia
ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Mata pelajaran
ini dirancang adalah untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan
produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan
produktif (Huraian Sukatan Pelajaran KHB Tingkatan 1, 2003).
Mata pelajaran ini juga digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan
Negara. Ia dirancang untuk meningkatkan lagi daya pengeluaran negara melalui
penglibatan masyarakat dan tenaga kerja secara produktif berlandaskan teknologi
sejajar dengan dasar dan keperluan negara. Mata pelajaran ini merupakan sebahagian
usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan.
Mata pelajaran ini membekalkan kemahiran yang berguna dan berfungsi agar murid
boleh bertindak dan mengendalikan kehidupan harian secara produktif dalam dunia
teknologi dan industri yang kompleks dan sentiasa berubah. Murid dipupuk sikap
kerja yang positif seperti menghargai kerja yang berkualiti tinggi, berinovasi dalam
pembinaan projek, penuh yakin dan berdikari dalam daya usaha.
Oleh itu, mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu digubal sedemikian
rupa dengan harapan dapat memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia
mengorak langkah dalam menjayakan Matlamat Falsafah Pendidikan Negara iaitu
3
melahirkan generasi negara akan datang yang seimbang dari aspek rohani, jasmani,
emosi dan intelek serta berketrampilan.
Dengan demikian, keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Kurikulum yang
bersidang pada 29 September 1988 telah memutuskan
Bahawa mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu hendaklah
dilaksanakan di semua sekolah menengah pada tahun 1989
yang menggantikan Mata pelajaran elektif (Anika Jurusan).
Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup semakan terbaru (2002),
mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah satu mata pelajaran yang
berunsurkan teknologi di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Ia dirancang untuk
meningkatkan daya pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat dan tenaga
kerja secara produktif berlandaskan teknologi sejajar dengan dasar dengan keperluan
Negara (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002)
Jadual 1.1: Komponen yang terdapat di dalam kemahiran hidup bersepadu
Mata pelajaran
Teras Rekabentuk Teknologi
Pilihan 1 Kemahiran Teknikal
Pilihan 2 Ekonomi Rumah Tangga
Pilihan 3 Pertanian
Pilihan 4 Perdagangan Dan Keusahawanan
4
1.2 Latarbelakang Masalah
Pendidikan Kemahiran Hidup Bersepadu adalah mata pelajaran pra-
vokasional yang bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran
asas. Ini adalah untuk membolehkan pelajar mengendalikan kehidupan secara
produktif dalam dunia teknologi dan perindustrian yang kompleks dan sentiasa
berubah-ubah. Kemahiran ini tertumpu kepada kemahiran menjalankan kerja buat
sendiri yang mudah serta boleh dilakukan dalam pelbagai situasi.
Mengikut Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 4 November
1988 semua guru Kemahiran Hidup dimestikan mengajar semua komponen yang
terdapat dalam Kemahiran Hidup Program Peralihan. Pada tahun 1991, sukatan sekali
lagi dirombak dan digantikan dengan Kemahiran Hidup Bersepadu. Rombakan
terkini sukatan mata pelajaran kemahiran Hidup adalah dalam tahun 2002 dengan
menawarkan pilihan elektif Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumahtangga, Pertanian
dan Perdagangan dan Keusahawanan.
Dapatan Jemaah Nazir sekolah menunjukkan guru kurang yakin serta kurang
keupayaan untuk melaksanakan pengajaran KHB secara total. (Utusan Malaysia, 7
September 1996). Ia meliputi penyampaian dan pembelajaran pengetahuan serta
kemahiran yang terkandung dalam sukatan tersebut. Keluh kesah ini timbul bukan
sahaja mereka kurang yakin terhadap kebolehan mereka, faktor minat, keadaan
bengkel, bahan dan peralatan serta kefahaman isi kandungan sukatan.
Bertitik tolak daripada sukatan mata pelajaran KHB yang dirombak pada
tahun 2002, penyelidik merasa perlunya dibuat kajian bagi mengenalpasti kesesuaian
sukatan KHB elektif Kemahiran Teknikal berdasarkan kesesuaian isi kandungan,
masa, kemudahan dan alatan dan juga kaedah tunjuk cara (demonstrasi) yang
dijalankan oleh guru mengikut pandangan guru-guru Kemahiran Hidup peringkat
menengah rendah.
5
1.3 Pernyataan Masalah
Secara umumnya guru-guru Kemahiran Hidup peringkat menengah rendah
dijangka dapat mendalami pengetahuan dan kefahaman mengenai matlamat mata
pelajaran Kemahiran hidup, menguasai isi kandungan sukatan pelajaran ini melalui
strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta mempraktikkan pelbagai
strategi pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan di dalam bilik darjah.
Sukatan pelajaran Kemahiran Hidup (rombakan 2002) dirangka untuk
mencapai tujuan tersebut. Walaupun struktur sukatan pelajaran ini merangkumi
semua aspek yang perlu diajar oleh guru Kemahiran Hidup, namun adakah ianya
bersesuaian dengan tahap pelajar menengah rendah dari segi isi kandungan, masa,
kemudahan dan peralatan yang mencukupi atau tidak atau kaedah tunjuk cara
(demonstrasi) yang digunakan oleh guru itu sendiri dalam melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran.
Sejauhmana kesesuaian sukatan Kemahiran Teknikal untuk pelajaran
peringkat menengah rendah. Bagi menjawab persoalan tersebut, satu kajian yang
terperinci dibuat bagi menilai kesesuaian sukatan pelajaran Kemahiran Teknikal dari
segi isi kandungan, masa, kemudahan dan alatan dan kaedah tunjuk cara
(demonstrasi) untuk pelajaran menengah rendah mengikut pandangan guru-guru
Kemahiran Hidup.
6
1.4 Objektif Kajian
Dalam mengkaji masalah ini, beberapa objektif telah dikenalpasti bagi
mengetahui kesesuaian sukatan Kemahiran Teknikal mengikut pandangan guru-guru
Kemahiran Hidup. Objektif kajian ini ialah untuk :
1. Mengenalpasti kesesuaian isi kandungan mata pelajaran Kemahiran Teknikal
bagi pengajaran dan pembelajaran peringkat menengah rendah.
2. Mengenalpasti masa yang diperuntukkan sesuai bagi sesuatu sesi pengajaran
mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat menengah rendah.
3. Mengenalpasti kemudahan dan alatan mencukupi bagi proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat menengah
rendah.
4. Mengenalpasti kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) dalam pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah
rendah.
5. Mengenalpasti perbezaan kesesuaian isi kandungan, masa yang diperuntukan,
kemudahan dan alatan dan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) antara
jantina guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah
rendah.
7
1.5 Persoalan Kajian
Di dalam kajian ini penyelidik akan cuba mencari jawapan berpandukan
kepada pernyataan masalah, objektif kajian dan beberapa persoalan yang timbul.
Persoalan kajian yang menjadi asas kepada kajian ini ialah:
1. Adakah isi kandungan mata pelajaran Kemahiran Teknikal sesuai untuk
pengajaran dan pembelajaran peringkat menengah rendah?
2. Adakah masa yang diperuntukan sesuai untuk sesuatu sesi pengajaran mata
pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat menengah rendah?
3. Adakah kemudahan dan alatan mencukupi bagi proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat menengah rendah?
4. Adakah kaedah tunjuk cara (demonstrasi) sesuai dalam pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah rendah?
5. Adakah terdapat perbezaan kesesuaian isi kandungan antara jantina guru-guru
mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah rendah?
6. Adakah terdapat perbezaan kesesuaian masa yang diperuntukan antara jantina
guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah rendah?
7. Adakah terdapat perbezaan kesesuaian kemudahan dan alatan antara jantina
guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah rendah?
8. Adakah terdapat perbezaan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi)
antara jantina guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah
rendah?
8
1.6 Hipotesis
Hipotesis yang dibina adalah berdasarkan persoalan kajian berikut :
1.6.1 Adakah terdapat perbezaan kesesuaian isi kandungan antara jantina guru-guru
mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah rendah?
Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesesuaian isi
kandungan antara jantina guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal
peringkat menengah rendah.
1.6.2 Adakah terdapat perbezaan kesesuaian masa yang diperuntukan antara jantina
guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah rendah?
Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesesuaian masa
yang diperuntukan antara jantina guru-guru mata pelajaran kemahiran
teknikal peringkat menengah rendah.
1.6.3 Adakah terdapat perbezaan kesesuaian kemudahan dan alatan antara jantina
guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah rendah?
Ho3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesesuaian
kemudahan dan alatan antara jantina guru-guru mata pelajaran
kemahiran teknikal peringkat menengah rendah.
1.6.4 Adakah terdapat perbezaan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi)
antara jantina guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat
menengah rendah?
9
Ho4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesesuaian kaedah
tunjuk cara (demonstrasi) antara jantina guru-guru mata pelajaran
kemahiran teknikal peringkat menengah rendah.
1.7 Rasional kajian
Melalui kajian ini diharapkan ianya dapat memberikan gambaran tentang
kesesuaian sukatan pelajaran Kemahiran Teknikal mengikut persepsi guru-guru
Kemahiran Hidup Bersepadu di peringkat menengah rendah. Begitu juga semoga
kajian ini dapat memberi panduan kepada beberapa pihak iaitu:
1. Dari segi profesion perguruan, diharapkan dapatan kajian ini akan menjadi
panduan kepada guru dalam melaksanakan dan memotivasikan diri khususnya dalam
mempertingkatkan kesediaan guru dalam mengajar mata pelajaran Kemahiran
Teknikal.
2. Kementerian Pelajaran Malaysia dalam merangka isi kandungan mata
pelajaran Kemahiran Teknikal yang sesuai dan dapat dilaksanakan dengan berkesan
oleh guru-guru.
3. Pihak Kementerian boleh menggunakan dapatan penyelidikan ini untuk
membantu menangani masalah yang dihadapi oleh guru-guru mata pelajaran
Kemahiran Teknikal.
4. Pihak sekolah agar dapat membuat perancangan atau tindakan bagi
penyusunan jadual, penyelenggaraan bengkel dan pembahagian guru-guru Kemahiran
Teknikal.
10
1.8 Skop Batasan
Walaupun skop dan bidang kajian luas dan menyeluruh, pengkaji
menjalankan kajian mengikut batasan tertentu berdasarkan tempat kajian, sampel
kajian dan bilangan sampel kajian.
1.8.1 Tempat Kajian
Kajian ini dijalankan di 16 buah Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah
Pasir Mas, Kelantan. Segala keputusan dan rumusan hanyalah benar bagi tempat yang
berkenaan.
1.8.2 Sampel Kajian
Sampel kajian dipilih adalah seluruh populasi guru-guru yang mengajar mata
pelajaran Kemahiran Teknikal Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Pasir Mas,
Kelantan.
11
1.8.3 Bilangan Sampel Kajian
Bilangan sampel kajian ialah keseluruhan populasi iaitu 40 orang guru yang
mengajar mata pelajaran Kemahiran Teknikal Peringkat Menengah Rendah sahaja
iaitu mengikut Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Pasir Mas, Kelantan.
1.9 Definisi Istilah
Terdapat beberapa konsep dan istilah yang boleh diperjelaskan bagi
menerangkan dengan lebih tepat akan kehendak dan keperluan tentang perkara-
perkara yang dibincangkan oleh penyelidik dalam kajian ini. Antaranya adalah seperti
berikut:
1.9.1 Kemahiran Hidup Bersepadu
Kemahiran hidup bersepadu merupakan mata pelajaran teras dalam kurikulum
bersepadu sekolah menengah bagi tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Mata
pelajaran ini diperkenalkan pada tahun 1989 yang bertujuan untuk membekalkan
pelajar-pelajar dengan kemahiran-kemahiran asas bagi membolehkan mereka
mengendalikan kehidupan harian dengan produktif di dalam dunia teknologi dan
perdagangan yang kompleks lagi sentiasa berubah. Matlamatnya adalah untuk
melahirkan insan yang kenal faham teknologi, mempunyai sifat yakin diri, kreatif,
12
inovatif dan produktif serta boleh berinteraksi dengan baik bersesuaian dengan
matlamat Falsafah Pendidikan Negara. (Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia, September 1989)
1.9.2 Guru Kemahiran Hidup
Guru Kemahiran Hidup ialah guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran
Hidup di sekolah menengah kebangsaan bantuan kerajaan dari Tingkatan satu hingga
Tingkatan tiga.
1.9.3 Kemahiran Teknikal
Kemahiran Teknikal ialah salah satu pilihan elektif Kemahiran Hidup
Bersepadu. Kemahiran ini membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan praktis
dalam bidang teknologi.
13
1.9.4 Sukatan Kemahiran Hidup
Merupakan dokumen yang memperincikan kandungan yang perlu
dilaksanakan dan diajarkan kepada pelajar dalam subjek kemahiran hidup.
1.9.5 Isi Kandungan
Merupakan dokumen yang memperincikan kandungan yang perlu
dilaksanakan dan diajarkan kepada pelajar mata pelajaran kemahiran hidup. Sukatan
dan huraian ini boleh didapati di sekolah dan dibekalkan oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia digunakan oleh guru sebagai garis
panduan dalam pengajaran sepanjang tahun.
1.9.6 Kaedah pengajaran dan pembelajaran
Menurut Mok (1992), pengajaran didefinisikan sebagai satu proses
komunikasi, sains dan seni. Manakala pembelajaran pula sebagai perubahan tingkah
laku. Dalam konteks kajian ini pengajaran dan pembelajaran dilihat sebagai satu
proses dan strategi yang dapat memperlihatkan ciri-ciri pendidikan yang terkini
dalam penggunaan komputer di dalam bilik darjah.
14
BAB 2
SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan
Dalam bab ini, penyelidik akan membuat sorotan beberapa petikan dan
kajian-kajian yang telah dibuat berkaitan dengan mata pelajaran Kemahiran Teknikal.
Tumpuan perbincangan adalah berkisar tentang kesesuaian mata pelajaran Kemahiran
Teknikal di sekolah bagi pelajar menengah rendah dari beberapa aspek iaitu isi
kandungan mata pelajaran, peruntukan masa, kemudahan dan alatan dan kaedah
tunjuk cara (demonstrasi) dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mohd Najib
(1999), semua kajian yang hendak dijalankan seharusnya dilandaskan kepada kajian
lepas yang berkaitan bagi membentuk satu pengetahuan yang boleh menyumbang
kepada perbandingan dapatan atau manfaat untuk pengkaji yang akan datang.
15
2.2 Kemahiran hidup bersepadu
Sukatan pelajaran ini telah dirombak sekali lagi apabila mata pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu mula diperkenalkan pada tahun 1991. Elektif
Perdagangan telah dimansuhkan dan yang tinggal hanyalah Manipulatif Tambahan,
Ekonomi Rumah Tangga dan Sains Pertanian. Bagi pilihan Manipulatif Tambahan
peratusan bidang yang terkandung di dalamnya adalah terdiri daripada 40 peratus
bidang Manipulatif, 20 peratus Perdagangan dan Keusahawanan dan 20 peratus
bidang Pertanian. Bagi pilihan Ekonomi Rumah Tangga dan Sains Pertanian 60
peratus dari Manipulatif, 20 peratus Perdagangan dan Keusahawanan dan 20 peratus
lagi adalah dari bidang masing-masing.
Untuk menyediakan guru-guru yang bersesuaian dengan sukatan pelajaran
baru ini, sekali lagi pihak Pusat Perkembangan Kurikulum telah mengadakan kursus
khas untuk guru-guru kanan dari sistem Aneka Jurusan. Guru-guru yang dilatih khas
ini dikenali sebagai kakitangan sumber mata pelajaran kemahiran hidup. Seramai 100
orang guru kanan dari seluruh Malaysia telah dibawa untuk berkursus di Maktab
Perguruan Temenggong Ibrahim selama 8 hari bermula 8 Mei hingga 29 Mei 1990
(Pekeliling PPK April, 1990)
Pada 3 Mei hingga 5 Mei satu kursus peringkat kemahiran dalam bidang
elektronik untuk kakitangan sumber sekolah menengah telah diadakan di Pusat
Perkembangan Kurikulum Kuala Lumpur. Bermula dari tahun 1990, Maktab
Perguruan Teknik mula membuat pengambilan pelatih untuk pengkhususan
kemahiran hidup bersepadu. Kumpulan pelatih pertama pengkhususan ini mula
mengajar pada tahun 1992.
Pada tahun 1996, bidang rekacipta telah dimasukkan ke dalam sukatan
pelajaran kemahiran hidup bersepadu. Bidang ini telah disepadukan dalam sukatan
16
yang sedia ada. Pelajar didedahkan dengan konsep rekacipta dan mereka digalakkan
untuk membuat projek amali berasaskan rekacipta mereka sendiri.
Kesimpulan daripada penjelasan di atas dapatlah dikatakan bahawa guru-guru
yang mengajar mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu kini mempunyai tugas dan
tanggungjawab yang besar.
Mereka terpaksa sentiasa meningkatkan keupayaan diri bagi memastikan
kejayaan pelaksanaannya. Daripada harapan dan amanah yang besar ini, tidak dapat
dinafikan lagi pelbagai perkara atau aktiviti perlu dilakukan oleh guru-guru
berkenaan di peringkat sekolah untuk memenuhi kehendak pelaksanaan pembaharuan
ini.
Salleh Hassan (1994), menyatakan Kemahiran Hidup Bersepadu adalah mata
pelajaran yang lengkap. Ia meliputi pelbagai bidang kemahiran dan nilai-nilai murni.
Pelaksanaannya dapat memenuhi falsafah dan aspirasi kurikulum bersepadu sekolah
menengah iaitu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.Untuk mencapai tahap
pengajaran yang lebih baik dalam pengajaran kreatif dan kreatif, inisiatif guru
merupakan penggerak yang utama ke arah pencapaian berkenaan.
2.3 Isi Kandungan
Dalam membuat penyusunan terhadap sukatan pelajaran, kesesuaian sesuatu
sukatan pelajaran perlulah diambil kira. Menurut Ramachandran dan Azni Jaffar
(2003) di dalam jurnalnya, berdasarkan kepada persepsi guru-guru KH mengenai isi
kandungan mata pelajaran Kemahiran Hidup, didapati majoriti daripada guru-guru
bersetuju bahawa isi kandungan Kemahiran Hidup relevan dengan Falsafah
17
Pendidikan Negara. Ini menunjukkan bahawa Kementerian Pendidikan mengambil
kira kepentingan masyarakat dan kehendak negara.
Tyler (1950) yang menyatakan bahawa sesuatu program itu perlu mengikut
kehendak masyarakat dan negara adalah sesuai. Falsafah Pendidikan Negara menjadi
asas kepada Dasar Pendidikan Negara. Ia perlu seiring dengan kehendak dan
wawasan Negara dan perlu dipatuhi. Dalam perancangan sesuatu program, penilaian
konteks menjadi sumber asas kepada penilaian input, proses, dan produk untuk
memastikan ia berjalan dengan lancar. Di dalam melaksanakan mata pelajaran
kemahiran hidup, didapati masalah persekitaran seperti guru sebagai tenaga
penggerak perlu dikenalpasti kerana guru adalah orang yang terlibat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan dapatan kajian oleh Ramanchandran dan Azni Jaffar (2003)
menunjukkan majoriti daripada guru KH tidak suka perubahan-perubahan yang
dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini berpunca daripada perubahan yang
dibuat terlalu drastik dan guru-guru tidak bersedia dari segi pengetahuan dan
Kemahiran. Kementerian Pendidikan tidak mengambil kira pandangan guru-guru
dalam merealisasikan program baru. Mengikut Stufflebeam, Forley dan Guba (1971),
untuk merencanakan sesuatu program baru, masalah yang wujud sebelum itu perlu
diambil kira. Ini adalah untuk memastikan masalah itu diselesaikan.
Abu Bakar Nordin (1991) telah mencadangkan kepada pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia supaya membuat pilihan yang rapi terhadap aktiviti-aktiviti dan
kurikulum bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Beliau
mencadangkan tiga langkah sebagai panduan semasa memilih setiap kurikulum
tersebut, iaitu menentukan objektif yang paling sesuai untuk kurikulum-kurikulum
itu, mengetahui keadaan yang membolehkan sesuatu kurikulum itu mencapai
kejayaan, dan meneliti sifat-sifat kurikulum berkenaan untuk mengetahui bahagian
yang tetap dan bahagian yang boleh diubahsuai mengikut keadaan. Di antara
kurikulum yang sesuai untuk strategi pengajaran dan pembelajaran bagi guru-guru
18
ialah kuliah, tunjukcara, pemerhatian, temuramah, percambahan fikiran,
perbincangan kelompok kecil dan main peranan.
Mengikut Abdul Raof Dalip (1991) sesungguhnya kejayaan isi kandungan
baru bergantung besar kepada keupayaan guru untuk melaksanakannya dengan penuh
semangat dan dedikasi. Oleh itu, guru sepatutnya memahami dan menguasai terlebih
dahulu tentang sesuatu kurikulum dari segi matlamatnya dan perlu diberi latihan yang
secukupnya. Sepertimana yang kita sedia maklum KH merupakan gabungan kepada
empat kemahiran iaitu Sains Pertanian, Seni Perusahaan, Perdagangan dan Ekonomi
Rumah Tangga. Ini merumitkan guru untuk mengajar topik yang mereka tidak pernah
belajar. Ada guru-guru tidak diberi latihan yang mencukupi untuk melaksanakan
program KH. Didapati, majoriti daripada guru tidak diberi kursus yang mencukupi
dalam topik-topik yang terdapat dalam isi kandungan KH seperti enjin, lukisan
teknik, perakaunan, letrik dan sebagainya. Akibatnya mereka sukar menerima
perubahan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kerana mereka tidak
bersedia untuk mengajar kurikulum yang baru dalam mata pelajaran KH.
Mengikut Stufflebeam (1971) sesuatu program dikira berjaya jika kelemahan-
kelemahan dalam setiap dimensi itu berjaya diperbaiki dan hasil setiap dimensi
menunjukkan tanda-tanda yang baik. Dengan mengkaji pencapaian objektif
pengajaran dan pembelajaran KH, guru dapat mengetahui sama ada objektif KH ini
tercapai atau tidak. Objektif KH adalah untuk melatih pelajar-pelajar berdikari dan di
samping menggunakan pelajaran yang mereka pelajari untuk kegunaan di rumah.
Dengan cara ini kita akan dapat maklumat akan keberkesanannya nanti. Sebagai
rumusan daripada dimensi produk, didapati keberkesanan secara keseluruhannya
adalah sederhana.
19
2.4 Peruntukan masa
Che Wa (1997) menyatakan penyediaan bahan amali pelajar adalah memakan
masa dan 22 orang (84.6%) guru bersetuju bahawa mereka menggunakan waktu
lapang dan waktu rehat mereka untuk menyediakan bahan amali pelajar.
Peruntukan masa yang diberikan dalam mata pelajaran KH ialah empat waktu
seminggu yang mengandungi 160 minit. Pengagihan waktu seminggu di dalam KH
tidak seragam. Ini semua bergantung kepada budi bicara pihak pentadbir sekolah.
Dalam penyediaan jadual waktu, faktor kesesuaian mata pelajaran perlu
dipertimbangkan untuk memenuhi kehendak mata pelajaran tersebut. Didapati dalam
kajian Ketua panitia KH, ada dalam jawatankuasa jadual waktu bagi memudahkan
mereka menyusun jadual waktu. Penjadualan waktu pengajaran haruslah disusun
dengan baik supaya mata pelajaran itu dapat disampaikan pada waktu yang sesuai
kepada pelajar. Disamping itu, jadual waktu yang tersusun kurang merumitkan
pelaksanaan pengajaran.
Pada asasnya, matlamat pentadbiran sekolah adalah untuk meningkatkan lagi
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Adalah menjadi tanggungjawab
pengetua untuk mewujudkan serta mengekalkan suasana yang sesuai untuk
pembelajaran dan memastikan pencapaian pelajar nanti adalah baik. Didapati
pengetua secara keseluruhannya telah berjaya memainkan peranan dengan baik dalam
membantu melicinkan pelaksanaan KH dapat berjalan dengan baik. Kebanyakan
pengetua sentiasa memberi peluang kepada guru-guru KH mencuba ide-ide yang
difikirkan baik dan juga sentiasa memberi ide untuk meningkatkan pencapaian mata
pelajaran KH. Ini dapat dilihat kebanyakan pengetua memberi keutamaan kepada
mata pelajaran KH dalam penyusunan jadual waktu. Keperihatinan pengetua juga
dapat dilihat dari aspek mereka sanggup mendengar masalah-masalah yang dihadapi
oleh-guru-guru KH. Dengan sikap yang ditunjukkan oleh kebanyakan pengetua
terhadap KH, maka tidak syak lagi masalah pelaksanaan KH di sekolah tidak timbul.
20
Untuk melicinkan pelaksanaan KH, pihak sekolah telah memberi kerjasama
yang baik bagi memastikan bahawa program KH dapat dilaksanakan dengan lebih
berkesan. Keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu bergantung kepada
kesesuaian dalam penyusunan jadual waktu (Fowziah,1991). Di sinilah terletaknya
kemahiran dan pengetahuan seseorang pengetua, penolong-penolong kanan dan
penyelia petang dalam menyusun jadual waktu agar ia sesuai dengan kehendak guru
yang mengajar mata pelajaran tersebut. Dalam kajian ini didapati kebanyakan
daripada sekolah menggunakan kombinasi jadual waktu dua waktu (double period)
sekali dalam satu masa pengajaran. Ini amat sesuai dengan perjalanan program KH
kerana ia memudahkan untuk merancang kerja projek yang berbentuk amali. Jadual
waktu yang sistematik kurang menimbulkan masalah kepada guru-guru terutamanya
dari segi kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran (Fowziah (1991).
Disamping itu juga didapati penyusunan jadual waktu dibuat dengan baik dan
mengambil kira kehendak mata pelajaran tersebut. Tidak banyak berlaku pertindihan
dalam penggunaan bengkel dan ia berjaya dielak oleh pihak sekolah. Perjalanan amali
pertanian juga dibuat mengikut situasi amali iaitu pada waktu pagi. Kajian ini juga
tidak selari dengan dapatan yang dibuat oleh penyelidik-penyelidik sebelum ini. Di
antaranya ialah Mardevan (1990) yang menyatakan bahawa pelaksanaan jadual waktu
KH tidak sesuai dengan waktu amali contohnya dalam amali pertanian di mana guru
membawa pelajar-pelajar ke kebun pada waktu 12.00 tengah hari. Ini tidak sesuai
dengan amalan pertanian yang sebenarnya. Guru-guru merungut kerana penyusunan
jadual yang tidak memuaskan.
21
2.5 Kemudahan Asas Di Sekolah
Menurut James M. Thrasher (1972), pihak yang terlibat dalam merancang
penyediaan kemudahan fizikal sekolah ialah pihak pentadbir pendidikan, lembaga
sekolah, perunding pendidikan, masyarakat tempatan dan juga pihak pelajar itu
sendiri.
Dalam kajian Glasman dan Biniamior (1981), berbagai kaedah pengajaran
guru didapati boleh memberi kesan positif dalam pembelajaran pelajar. Alat bantu
mengajar mestilah dianggap sebagai sebahagian dari proses pengajaran. Noraziah
Abd. Hamid, (1981), penggunaan alat bantu mengajar adalah perlu untuk pelajar
memahami konsep abstrak yang tidak difahami melalui pembelajaran biasa.
Iklim dan persekitaran sekolah mempunyai pengaruh yang kuat ke atas
kecemerlangan pencapaian pelajar. Menurut T Marimuthu (1989), untuk mencapai
prestasi akademik yang lebih baik, pihak sekolah harus mempunyai kemudahan
fizikal yang boleh disifatkan sebagai memadai, lingkungan sosial sekolah atau iklim
sosial sekolah.
Suasana bilik darjah tidak kurang pentingnya untuk mewujudkan pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan. Bilik darjah yang cerah, berwarna-warni, selesa,
riang dan interaksi guru murid serta murid-murid yang seronok sudah pasti akan
menghasilkan pembelajaran murid yang lebih mudah dan kekal jika dibandingkan
dengan keadaan-keadaan yang berlawanan.
Atan Long (1993), keadaan fizikal bilik darjah itu amat penting kerana murid-
murid akan merasa gembira di dalam bilik darjah yang mempunyai suasana yang
selesa. Suasana bilik darjah yang selesa akan mempengaruhi minat pelajar untuk
menumpukan pelajaran dengan penuh perhatian. Bilik darjah yang kondusif akan
menarik minat pelajar untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran.
22
Sharifah Alawiyah Alsagoff(1984), keadaan fizikal bilik darjah itu amat
penting kerana ia dapat menggalakkan atau menghalang proses pembelajaran.
Menurut Wilson (1959), murid-murid belajar di sekolah orang-orang berada
akan mendapat markah yang lebih baik jika dibandingkan dengan murid-murid
miskin yang belajar di sekolah-sekolah pondok. Kenyataan ini membuktikan kepada
kita bahawa murid-murid yang belajar di dalam suasana sekolah yang lengkap
kemudahan asasnya akan mendapat markah yang lebih baik dan begitulah keadaan
sebaliknya.
Campbell dan Alexander (Abu Bakar, 1986), status sekolah adalah berkait
rapat dengan kawan baik seseorang murid daripada status yang sama dengannya.
Kawan pula boleh merupakan pengaruh yang penting di antara pengaruh sekolah dan
aspirasi melanjutkan pelajaran.
Menurut Mok Soon Sang (1996), untuk mencapai prestasi yang baik di bidang
akademik pihak sekolah sepatutnya mempunyai kemudahan fizikal yang baik seperti
meja, kerusi, alat-alatan, dan ruang pembelajaran yang selesa bagi memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran tanpa ada sebarang gangguan dari pihak luar.
Pengelolaan bilik darjah yang baik akan mewujudkan suasana yang selesa, sistematik,
berdisiplin dan dapat mempengaruhi pencapaian yang baik.
2.6 Alatan dan kemudahan
Untuk memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran KH,
pihak sekolah perlulah menyediakan peralatan yang mencukupi supaya pelajar dapat
23
belajar dalam keadaan yang memuaskan tanpa sebarang halangan yang boleh
mengganggu proses pembelajaran (Rohana, 1996). Dari aspek persediaan bengkel,
ladang dan rumah bunga perlu disediakan bagi melicinkan pelaksanaan kurikulum
KH. Dengan adanya kemudahan tersebut latihan amali dapat dijalankan tanpa
sebarang gangguan daripada pihak lain (Rohana, 1996). Pelajar-pelajar akan bergerak
ke tempat amali sementara guru akan menunggu di bengkel atau pun di ladang.
Dengan cara ini murid-murid mempunyai tempat khas untuk menjalankan projek dan
menyimpan hasil-hasil projek.
Punca pencapaian objektif KH ditahap sederhana ialah peralatan dan bengkel
tidak mencukupi. Ketidakcukupan peralatan ini menyebabkan pelajar tidak
mempunyai kemahiran yang tinggi. Pelajar-pelajar mungkin mahir tetapi ditahap
yang rendah dan sederhana. Mengikut Friedenberg (1991), untuk menentukan sesuatu
program itu berjaya, sumber-sumber dalam dimensi input perlu mencukupi bagi
memastikan penggunaan yang optimum. Walaupun guru-guru dan pelajar
menyatakan hasil yang diperolehi dari aspek tingkahlaku, kemahiran dan
pengetahuan adalah baik selepas tamat tingkatan tiga, tetapi ia tidak mencerminkan ia
berjaya seratus peratus kerana kejayaan sesuatu program ditentukan dengan
kemudahan asas yang disediakan. Sedangkan dari aspek input kekurangan begitu
ketara sekali seperti guru tidak mahir, tanah terhad, kawasan tidak berpagar, air tidak
mencukupi dan bilangan bengkel terhad. Masalah ini sudah lama wujud sebelum KH
diimplemenkan dan perkara ini tidak di atasi sebelum melaksanakan program KH.
Di samping itu juga bengkel/ladang yang sedia ada tidak mencukupi.
Akibatnya, pelajar tidak dapat menjalankan kerja-kerja kursus dengan lebih berkesan.
Ini ditambahkan dengan kekurangan alat-alat untuk kegunaan pelajar dalam latihan
kemahiran. Dalam program KH peralatan dan bengkel/ladang merupakan faktor yang
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran KH. Jaffar (1995), menyatakan
bahawa peralatan untuk kegunaan pertanian tidak mencukupi kerana bilangan pelajar
terlalu ramai. Ini menunjukkan bahawa pihak tertentu tidak mengutamakan masalah
24
yang sedia ada sebelum KH dilaksanakan. Masalah sebelum KH dilaksanakan dibawa
sehingga sekarang.
Apa yang dapat dilihat dalam kurikulum KH, didapati sukatannya terlalu
banyak untuk diajar. Akibatnya guru-guru terpaksa menghabiskan sukatan diluar
waktu persekolahan iaitu datang pada waktu petang atau pun pada waktu cuti. Guru-
guru juga, ada yang terpaksa mengajar secara 'dua alam’, iaitu pagi dan petang. Ini
sudah tentu membebankan guru-guru tersebut yang terpaksa membuat kerja-kerja
rumah dan sekolah.
Dalam kajian Chew (1993) menyatakan masalah yang timbul dari perubahan,
persediaan dan kesediaan guru adalah faktor penting untuk menentukan keberkesanan
pelaksanaan sesuatu kurikulum baru. Memandangkan topik KH terlalu banyak dan
peruntukan waktu yang terhad, pelajar-pelajar kadang-kadang terpaksa menyiapkan
kerja projek sehingga dua minggu di rumah kerana peruntukan masa yang digunakan
di sekolah tidak mencukupi untuk menyiapkan kerja tersebut. Di sini perancangan
perlu dibuat agar pelaksanaan sesuatu program dapat dijalankan dengan lebih teratur
dan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar (Sharifah, 1990).
Sebagai kesimpulan, di dalam penilaian konteks, didapati banyak masalah
yang timbul dalam pelaksanaan KH, iaitu sikap guru terhadap perubahan tidak
memuaskan dan guru kurang keyakinan untuk mengajar KH. Mengikut Stufflebeam
(1971), penilaian konteks menjadi penentu kepada jumlah dan kualiti yang diperlukan
oleh input, proses yang hendak diikuti, dan produk/hasil yang boleh dijangkakan
dengan sumber yang sedia ada.
Sebagai kesimpulan daripada penilaian input, didapati kurang berkesan dari
segi peralatan dan bengkel, latihan, sokongan pengetua dan kemahiran . Sumber-
sumber ini adalah amat penting untuk melaksanakan program KH. Kesemua variabel
yang terdapat dalam dimensi input menjadi pemangkin dan petunjuk untuk
25
meneruskan ke peringkat proses. Sumber amat penting untuk memastikan
pelaksanaan di peringkat proses berjalan dengan lancar.
2.7 Kaedah pengajaran dan pembelajaran
2.7.1 Konsep Kaedah.
Kaedah merupakan salah satu siri tindakan guru yang teratur, kemas dan
bersistematik dengan bertujuan mencapai objektif pelajaran tertentu untuk spesifik
dalam jangka pendek. Secara ringkasnya, kaedah mengajar ialah cara mendekati
sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang teratur serta
bersistematik
Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, kaedah adalah merujuk kepada cara atau
peraturan membuat sesuatu (terutamanya yang bersistem atau yang biasa). Manakala
pengajaran pula adalah perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan
mengajar (seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang dipentingkan dan lain-lain
yang berkenaan dengannya). Bagi Abd Ghafar Md Din di dalam bukunya bertajuk
“Prinsip dan Amalan Pengajaran” pula, beliau mendefinisikan pengajaran adalah satu
proses penyampaian iaitu untuk menyampaikan maklumat. Cara penyampaian
maklumat ini dikatakan sebagai kaedah dan teknik pengajaran. Kaedah pula beliau
merujuk kepada peringkat dimana suatu teknik pengajaran dipraktikkan.
26
Sharifah Alawiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah
peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur.
Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya
bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk
memberi kefahaman kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu
adalah kaedah. Melihat kepada contoh-contoh yang diutarakan oleh Sharifah Alawiah
Alsagoff (1986), Mok Soon Seng (1992), Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib
(1995), Atan Long (1980) dan Mahfudh Salahuddin (1987), nampaknya yang
dikatakan kaedah itu ialah yang ada nama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi,
Socrates, simulasi, inquiri penemuan, Forebel dan sebagainya.
Pembentukan konsep ialah sejenis pembelajaran penemuan yang melibatkan
pembentukan hipotesis, pengujian dan juga membuat generalisasi daripada contoh-
contoh khusus. Melalui proses pembentukan konsep, maka perbezaan konsep-konsep
yang telah diperolehi dengan cara asimilasi, konsep akan berlaku, kebanyakan
konsep baru akan diperolehi dengan cara asimilasi konsep, perbezaan progresif dan
penyesuaian intergratif’, Sharifah Alawiyah Alsagoff (1986).
Menurut Edward M. Anthong (1963), ‘Method is an overall plan for the
orderiy presentation off language material, no part of which
contradicts, and all of which is based, the selected approach. An
approach is axiomatic, a method is procedural. Within one approach,
there can be many methods.’
Kaedah adalah satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set
prosedur yang tersusun berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih.
Manakala menurut Sharifah Alawiyah Alsagoff (1983) kaedah pengajaran
ialah peredaran ke arah sesuatu tujuan pengajaran yang telah dirancang dengan
27
teratur. Kaedah-kaedah yang betul adalah sangat penting dalam sesuatu pendidikan
yang ideal. Setiap kaedah yang digunakan oleh guru dalam bilik darjah mempunyai
objektifnya yang tertentu.
Guru perlulah memilih menggunakan kaedah-kaedah yang paling sesuai bagi
membantu pelajar-pelajarnya dan dirinya sendiri mencapai objektif-objektif
pengajaran yang dirancangnya. Hal ini penting kerana wujudnya faktor-faktor yang
mempengaruhi sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran seperti perbezaan latar
belakang pelajar, keadaan persekitaran sekolah, suasana dan keadaan fizikal bilik
darjah, persediaaan peralatan, bilangan pelajar dan masa.
Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), guru disyorkan
mempelbagaikan kaedah pengajaran. Ini tidak bermakna kaedah-kaedah pengajaran
tradisional seperti kaedah kuliah tidak sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran malah jika dirancang dengan baik bersesuaian dengan tajuk dan
objektif pengajaran ianya amat berkesan.
2.7.2 Pemilihan Prinsip Yang Boleh Diaplikasikan Dalam Kaedah
Pengajaran.
Menurut Tyler (1951) dari kajian Johari Abd. Aziz (1999),
mengemukakan lima prinsip yang boleh digunakan untuk memilih kaedah
pengajaran.
28
2.7.2.1 Pelajar diberi peluang untuk melakukan tingkah laku yang dinyatakan dalam
objektif.
2.7.2.2 Kaedah yang digunakan dapat memuaskan hati pelajar.
2.7.2.3 Kaedah ini bersesuaian dengan taraf kebolehan pelajar.
2.7.2.4 Berbagai-bagai jenis kaedah yang digunakan untuk mencapai beberapa
objektif atau objektif yang sama.
2.7.2.5 Satu-satu kaedah itu dapat mewujudkan beberapa hasil.
2.7.3 Jenis-Jenis Kaedah.
Kaedah yang baik dan sesuai dapat membantu pelajar-pelajar membina nilai
yang baik dan sikap yang betul terhadap kerja, menekankan pembelajaran yang
bertujuan konkrit dan realistik, memberi peluang pelajar menggunakan pengetahuan
yang dipelajari, melatih murid belajar sendiri, mengembangkan kebolehan berfikir
dan melahirkan pendapat dengan jelas dan meluaskan minat pelajar-pelajar (Musa
Daia, 1992).
Kini, berbagai-bagai pendekatan dan kaedah lain telah dikemukakan, dikaji
dan kemudian diaplikasikan. Tiada satu kaedah yang paling baik untuk semua
situasi pengajaran. Kebiasaannya berbagai-bagai kaedah digunakan bersama
mengikut kesesuaian. Menurut Sharifah Alawiyah Alsagoff (1983) guru harus
mengetahui, memahami dan dapat menggunakan kesemua kaedah ini, dan memilih
29
kaedah-kaedah yang paling berkesan untuk pengajarannya. Kaedah kerja amali
dibahagikan kepada empat kaedah iaitu:
2.7.3.1 Kaedah Kerja Praktik.
Kerja praktik boleh ditakrifkan sebagai suatu aktiviti yang mempunyai tujuan
untuk mendapatkan hasil daripada kerjanya. Dalam pengajaran amali, kaedah kerja
praktik ialah suatu kaedah yang digunakan untuk melatih murid-murid menggunakan
alatan dan yang paling utama ia digunakan untuk menguasai kemahiran dalam
sesuatu bidang kursus. Dalam pengajaran amali kimpalan, kaedah kerja praktik
merupakan kaedah yang utama.
2.7.3.2 Kaedah Tunjuk Cara (Demontrasi)
Tunjuk cara atau lebih dikenali sebagai demonstrasi adalah satu teknik
pengajaran dan pembelajaran yang boleh diamalkan oleh guru-guru dalam bengkel.
Teknik ini menegaskan pemusatan aktiviti yang melibatkan individu tertentu
menunjukkan cara membuat sesuatu atau menghasilkan sesuatu di hadapan individu-
individu lain. Teknik ini menekankan kepada pemusatan perhatian pelajar-pelajar
terhadap langkah-langkah atau prosedur, atau peraturan-peraturan yang terlibat
30
dengan sesuatu proses ‘manual’. Tujuan teknik ini ialah untuk menunjukkan sesuatu
prinsip supaya pelajar-pelajar dapat melakukan sesuatu itu dengan cara yang
sistematik, teratur, kemas dan berkesan. Apabila sesuatu demontrasi ditunjukkan
dengan cara yang berkesan, maka para pelajar akan dapat meniru perilaku guru tadi,
dan kaedah ini juga boleh dipanggil ‘peniruan pasif’.
2.7.3.3 Kaedah Latih-Tubi.
Merupakan satu penyampaian pengajaran yang mengulang-ulangkan
perlakuan untuk mendapat kemahiran. Cara ini telah berzaman lamanya
diamalkan oleh guru-guru. Ianya berbentuk latihan untuk mendapat teknik
kemahiran yang sebenar. Latih-tubi dalam pelajaran amali merupakan latihan
pengukuhan yang dijalankan berulang-kali supaya pembelajaran melampau
(over-learning) dapat berlaku. Sekiranya latih-tubi diamalkan secara sistematik
dan berterusan, pencapaian dan kamahiran pelajar akan meningkat. Ahli-ahli
psikologi khasnya telah menjalankan kajian tentang bentuk latih-tubi yang lebih
berkesan. Rumusan mereka ialah untuk menguasai sesuatu kemahiran, latih-tubi
yang singkat (spaced practice) tetapi kerap adalah lebih berkesan daripada latih-
tubi yang memakan masa yang panjang (massed practice).
31
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Metodologi merupakan satu perkara penting di dalam menjalankan
sesuatu penyelidikan. Ia menggambarkan aliran kerja bagaimana sesuatu kajian
itu dijalankan agar persoalan kajian dapat dijawab. Tujuannya supaya maklumat
yang diperolehi boleh dipercayai dan mempunyai tahap kesahan yang tinggi.
Bab ini akan membincangkan perkara-perkara yang berhubung dengan
metodologi kajian khususnya mengenai reka bentuk kajian, lokasi kajian, sampel
kajian, instrumen kajian, kajian rintis, kebolehpercayaan instrumen, prosedur kajian
dan analisis data. Kejayaan sesuatu kajian bergantung kepada pemilihan metodologi
kajian yang sesuai dan tepat yang mana akhirnya kajian itu dapat menyumbangkan
kepada peningkatan ilmu dan pengetahuan.
32
3.2 Reka Bentuk Kajian
Rekabentuk kajian yang digunakan ialah kajian deskriptif atau tinjauan iaitu
dengan mengambil data menggunakan soal selidik. (Mohd Najib, 1999). Bagi kajian
ini, pengumpulan data dan maklumat dibuat dengan menggunakan soal selidik untuk
mengenalpasti kesesuaian isi kandungan, masa, kemudahan dan alatan dan kaedah
tunjuk cara (demonstrasi) bagi mata pelajaran kemahiran teknikal mengikut
pandangan guru-guru kemahiran hidup di sekolah menengah kebangsaan di daerah
Pasir Mas, Kelantan.
3.3 Sampel Kajian
Kajian ini dijalankan di sekolah menengah kebangsaan di daerah Pasir Mas.
Terdapat 17 buah sekolah menengah dalam daerah kajian dan daripada jumlah
tersebut 16 buah sekolah merupakan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dipilih
sebagai kajian. Satu sekolah yang tidak terlibat dalam kajian adalah Sekolah
Menengah Teknik (SMT). Kajian ini meliputi seluruh populasi iaitu seramai 40 orang
guru Kemahiran Teknikal yang mengajar di SMK di daerah Pasir Mas, Kelantan (data
daripada PPD Pasir Mas/Tumpat). Sampelan bertujuan digunakan iaitu penyelidik
dengan sengaja memilih sampel dengan tujuan mendapatkan jumlah sampel yang
mewakili populasi. Antara sekolah-sekolah yang terlibat adalah :
Jadual 3.1 : Senarai tempat kajian yang dijalankan dan bilangan sampel.
BIL NAMA SEKOLAH BIL SAMPEL
1 Sekolah Menengah Kebangsaan Bunut Susu 3
2 Sekolah Menengah Kebangsaan Chetok 2
33
3 Sekolah Menengah Kebangsaan Kedongdong 3
4 Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bemban 2
5 Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan 3
6 Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim 1 3
7 Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim 2 3
8 Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong 3
9 Sekolah Menengah Kebangsaan To’Uban 2
10 Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang 2
11 Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja 3
12 Sekolah Menengah Kebangsaan Meranti 2
13 Sekolah Menengah Kebangsaan Gual Periok 2
14 Sekolah Menengah Kebangsaan Tiang Chandi 3
15 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Lati 2
16 Sekolah Menengah Kebangsaan Baroh Pial 2
3.4 Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan set soal
selidik untuk maklumat dari responden. Soalan-soalan ini dibahagi kepada dua
bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B yang dibina sendiri dengan mendapat
keesahan daripada pensyarah penyelia. Bahagian A mengandungi 6 soalan bagi
mendapatkan maklumat tentang diri responden. Bahagian ini menggunakan skala
nominal bagi memudahkan responden menjawab dengan menanda pada kotak
jawapan pilihan. Bahagian B terdiri daripada 40 item yang mewakili 4 pembolehubah
kajian. 10 item mewakili pembolehubah isi kandungan sukatan mata pelajaran
Kemahiran Teknikal untuk pengajaran dan pembelajaran peringkat menengah rendah.
10 item mewakili pembolehubah masa yang diperuntukkan sesuai untuk sesuatu sesi
34
pengajaran mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat menengah rendah. 10 item
mewakili pembolehubah kemudahan dan alatan mencukupi bagi proses pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat menengah rendah
dan 10 item mewakili pembolehubah kaedah tunjuk cara (demonstrasi) dalam mata
pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah rendah.
Jadual 3.2 : Taburan soalan mengikut persoalan kajian
Persoalan Kajian Nombor Item Jumlah Item
1. Adakah isi kandungan
matapelajaran Kemahiran Teknikal
sesuai untuk pengajaran dan
pembelajaran peringkat menengah
rendah?
1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 10
2. Adakah masa yang diperuntukan
sesuai untuk sesuatu sesi pengajaran
subjek Kemahiran Teknikal
peringkat menengah rendah?
11,12,13,14,15,16,17,18,19,20 10
3. Adakah kemudahan dan alatan
mencukupi bagi proses pengajaran
dan pembelajaran subjek
Kemahiran Teknikal peringkat
menengah rendah?
21,22,23,24,25,26,27,28,29,30 10
4. Adakah kaedah tunjuk cara
(demonstrasi) sesuai dalam
pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran kemahiran teknikal
peringkat menengah rendah?
31,32,33,34,35,36,37,38,39,40 10
35
Jawapan kepada soal selidik bahagian B menggunakan Skala Likert yang
mengandungi lima aras iaitu sangat tidak setuju (STS), tidak setuju (TS), tidak pasti
(TP), setuju(S) dan sangat setuju (SS).
Jadual 3.3 : Skor Skala Likert
Skor Aras
1 Sangat Tidak Setuju STS)
2 Tidak Setuju (TS)
3 Tidak Pasti (TP)
4 Setuju (S)
5 Sangat Setuju (SS)
Responden dikehendaki menjawab dengan menandakan skor yang terdapat
pada jawapan yang disediakan. Jika responden sangat setuju dengan kenyataan yang
diberikan, mereka akan menanda dengan membulatkan jawapan pada ruang jawapan
skor 5. Jika responden sangat tidak setuju mereka akan menanda dengan
membulatkan jawapan pada skor 1. Responden dikehendaki menanda hanya satu skor
sahaja iaitu yang paling sesuai bagi item berkaitan.
3.5 Kajian Rintis
Satu kajian rintis dijalankan di Sekolah Menengah Tunku Abdul Majid,
Majidee, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tebrau dan Sekolah Menengah
36
Kebangsaan Taman Molek, Johor Bahru. Kajian rintis ini menggunakan item-item
dalam borang soal selidik yang akan digunakan sebagai alat pengumpulan data untuk
kajian ini. Kajian rintis ini bertujuan untuk menguji keesahan dan kebolehpercayaan
item-item yang dikemukakan di samping dapat memperbaiki sebarang kelemahan
yang timbul semasa kajian rintis ini dijalankan. Hasil dari kajian rintis ini dianalisis
menggunakan perisian SPSS (Statistical Package of Social Science for Windows)
Release 11.5.
Analisis data kajian rintis menggunakan statistik Alpha Cronbach iaitu
‘realibility coefficient’ atau pekali kebolehpercayaan untuk menguji keesahan dan
kebolehpercayaan item. Jadual di bawah menunjukkan nilai pekali Alpha Cronbach,
jika nilai alpha menghampiri 1 bermakna kebolehpercayaan amat tinggi, baik dan
berkesan. Jika nilai antara 0.6 hingga 0.7 ia boleh diterima dan jika melebihi 0.8
adalah sangat baik.
Jadual 3.4 : Nilai Statistik Alpha Cronbach
(Ubahsuai dari Mohd Najib, 1998)
Kajian rintis telah dijalankan ke atas 10 orang guru di tiga buah sekolah
tersebut. Dari kajian rintis yang dijalankan nilai alpha yang diperolehi adalah 0.742
dan beberapa perubahan telah dibuat bagi memantapkan soalan yang dikaji. Jadual di
bawah menunjukkan item persoalan kajian yang telah diubah suai setelah kajian rintis
dijalankan dengan nasihat penyelia.
Nilai Tahap
0.0 – 0.2 Rendah (ubah ke semua item)
0.2 – 0.8 Sederhana (ubah sebilangan item)
0.8 – 1.0 Tinggi (item boleh diterima)
37
Jadual 3.5 : Item Persoalan Kajian Yang Telah Diubah Suai
No
Item Item semasa Kajian Rintis Item Selepas Kajian Rintis
3 Isi kandungan Kemahiran Teknikal
membolehkan pelajar melibatkan diri
secara aktif dan selamat dalam P&P
Isi kandungan Kemahiran
Teknikal menggalakkan pelajar-
pelajar meningkatkan minat
terhadap pembelajaran mata
pelajaran ini.
10 Tajuk yang dipilih untuk setiap tahap
dapat diaplikasikan mengikut kebolehan
pelajar tersebut.
Isi kandungan yang disusun
adalah bersesuaian dengan tahap
pelajar.
30 Ruang kerja di dalam bengkel selesa
untuk proses kerja amali.
Meja kerja yang terdapat di dalam
bengkel Kemahiran Hidup selesa
untuk pelajar menjalankan kerja
amali.
40 Pelajar akan lebih cepat menyiapkan
kerja amali sekiranya saya melakukan
kaedah demonstrasi dalam pengajaran
Pelajar akan merasa lebih yakin dan berani untuk melakukan amali sekiranya saya melakukan pengajaran menggunakan kaedah demontrasi.
3.6 Prosedur Kajian
Sebelum memulakan kajian pengkaji membuat proposal. Proposal tersebut
dihantar kepada Bahagian Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD) bagi mendapatkan
kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melakukan
kajian di sekolah-sekolah Menengah di daerah Pasir Mas. Selepas mendapat
38
pengesahan daripada EPRD pengkaji pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
(JPNK) untuk mendapatkan persetujuan daripada bahagian negeri untuk melakukan
kajian ini.
Setelah melakukan kajian rintis, pengkaji seterusnya membuat kajian sebenar
di sekolah yang telah dipilih. Borang soal selidik diedarkan kepada guru-guru yang
mengajar Kemahiran Teknikal oleh pengkaji. Responden diberi masa selama dua hari
untuk menjawab soal selidik bagi mengelakkan responden merasa tidak tertekan.
Selepas itu, kesemua borang soal selidik ini dikumpulkan oleh pengkaji untuk
dianalisis. Segala borang soal selidik digunakan untuk dianalisis menggunakan SPSS
(Statistical Package For Social Science, Version 11.5).
3.7 Penganalisisan Data
Menurut Mohd Majid (1990), pemprosesan data merupakan teknik untuk
pengumpulan, pengolahan, penganalisisan, penyimpanan dan pengeluaran data.
Matlamat pemprosesan data adalah untuk mendapatkan maklumat yang berguna dan
bermakna daripada data. Data-data yang dikumpul daripada sesuatu penyelidikan
pendidikan merupakan bahan mentah yang tidak mempunyai nilai kecuali setelah
diproses.
Semua data mentah yang diperolehi disemak agar maklumat yang diberikan
oleh responden mengikut kehendak soalan. Data-data yang diperolehi dianalisis
menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Science, Version 11.5).
Kaedah yang digunakan bagi memproses data-data yang diperolehi adalah
berdasarkan kepada peratusan dan min. Di samping itu, ujian-t digunakan untuk
menentukan perbezaan kesesuaian isi kandungan, masa yang diperuntukan,
39
kemudahan dan alatan dan kaedah tunjuk cara (demonstrasi) terhadap mata pelajaran
kemahiran teknikal antara jantina guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal
peringkat menengah rendah.
Takrifan terhadap fakta adalah hak individu pengkaji (Mohd Majid,1994).
Oleh itu pengkaji membuat takrifan bahawa sekiranya responden memberi jawapan
bersetuju bermakna ia mempunyai persepsi yang positif dan sekiranya tidak
bersetuju ia adalah persepsi yang negatif.
Jadual 3.6 : Pengkelasan Semula Skala Likert
Likert Pengkelasan
5 dan 4 Bersetuju
3 Tidak Pasti
2 dan 1 Tidak Bersetuju
Menurut Sulaiman Ngah Razali (1996), ujian-t digunakan untuk
membandingkan antara min yang dimiliki oleh kumpulan kawalan dengan min yang
dimiliki oleh eksperimen dengan syarat kedua-dua kumpulan itu mempunyai
kumpulan yang sama. Daripada penganalisisan tersebut pengkaji dapat membuat
penilaian terhadap responden dengan mengkategorikan penilaian tersebut kepada
beberapa tahap tertentu.
Jadual 3.7 : Tahap penilaian responden berdasarkan peratus
Sumber : Mohd Najib Ghafar, 1997
Peratus Skor
61 – 100 Tinggi
31 – 60 Sederhana
0 – 30 Rendah
40
Jadual 3.8 : Tahap penilaian responden berdasarkan min
Sumber : Mohd Najib Ghafar, 1998
Min Tahap Penilaian
3.5 – 5.0 Tinggi
2.5 – 3.4 Sederhana
1.0 – 2.4 Rendah