1
RINGKASAN EKSEKUTIF RANCANGAN KAWASAN KHAS TASIK KENYIR 2008 ‐ 2020
1.1 TUJUAN PENYEDIAAN RANCANGAN KAWASAN KHAS
Rancangan Kawasan Khas (RKK) adalah satu rancangan
pemajuan yang disediakan dalam masa yang singkat
untuk tujuan pelaksanaan. Hasil utama RKK ialah satu
pelan tindakan pembangunan yang disediakan sama ada
dalam bentuk pelan susunatur atau pelan pengurusan
yang disokong oleh spesifikasi pembangunan terperinci
dan jadual tindakan pembangunan. Ia juga menyediakan
cadangan program pembangunan yang mengandungi
fasa, kos, agensi pelaksanaan dan pendekatan
pengurusan pelaksanaan. RKK disediakan mengikut
keperluan subsekyen 16B(1), 16B(2) dan 16B(3) Akta 172.
Dokumen kajian ini akan menjadi satu dokumen yang sah
dari segi undang‐undang apabila ia dilulus untuk
diwartakan dan diterima pakai.
1.2 MATLAMAT KAJIAN
1.0 Pengenalan
“ Membangunkan Pusat Pertumbuhan Gawi
sebagai pusat pelancongan dan pusat
perkhidmatan di pintu masuk utama Taman
Negara Tasik Kenyir. Pembangunan akan
memfokuskan kepada cadangan untuk
membangun dan mempertingkatkan
kemudahan-kemudahan pelancongan serta
kemudahan awam untuk pelancong dan
penduduk tempatan.”
2
RINGKASAN EKSEKUTIF RANCANGAN KAWASAN KHAS TASIK KENYIR 2008 ‐ 2020
1.3 ASPIRASI PEMBANGUNAN TASIK KENYIR OLEH KERAJAAN NEGERI DAN KETENGAH
Kajian yang dijalankan adalah selaras dengan aspirasi
Kerajaan Negeri dalam membantu membangunkan Tasik
Kenyir sebagai sebuah Pusat Destinasi Pelancongan
Terunggul di rantau Asia. Ianya juga akan mengukuhkan
fungsi dan peranan Tasik Kenyir dalam aspek berikut :‐
a. Memposisi semula (repositioning) peranan dan
fungsi Tasik Kenyir dari Pusat Pelancongan
Tempatan kepada sebuah Pusat Pelancongan
Utama yang menawarkan kepelbagaian aktiviti eko
lancong.
b. Mengembelingkan kekuatan dan potensi yang ada
di Tasik Kenyir bagi menjadikannya sebuah
destinasi pelancongan eko yang unggul.
c. Penjenamaan semula (rebranding) Tasik Kenyir
sebagai pusat destinasi pelancongan yang
menawarkan pelbagai produk‐produk pelancongan
yang berteraskan pembangunan mampan.
d. Menjadikan Tasik Kenyir sebagai sebuah pusat
pelancongan yang maju dan mampu berdaya saing
(competitive edge) dengan lain‐lain pusat
pelancongan yang seumpama dengannya di rantau
Asia.
Pembangunan Tasik Kenyir adalah berasaskan kepada
konsep 5A dan 1C iaitu Attraction,
Accessibility, Activity, Accommodation,
Advertising & Promotion dan Conservation
& Preservation.
ATTRACTION Mengekalkan tarikan semulajadi dengan penambahbaikan dan memberi nilai tambah ke atas tempat‐tempat menarik
ACCESSIBILITY Meningkatkan kemudahan masuk ke Tasik Kenyir dan perhubungan di dalam Tasik Kenyir
ACTIVITY Meningkatkan aktiviti bagi menggalakkan kedatangan pelancong harian dan menginap secara berulang dan tinggal lebih lama di Tasik Kenyir
ACCOMMODATION Menyediakan penginapan yang sesuai untuk pelbagai golongan‐hotel bertaraf bintang dan bajet melalui pelaburan sektor swasta dalam pembangunan resort.
ADVERTISING & PROMOTION ‐ Mempelbagaikan aktiviti promosi dalam dan luar negara. ‐ Think‐Tourism dan Act‐Tourism melalui latihan pendidikan dan kempen kesedaran
CONSERVATION & PRESERVATION Menggalakkan aspek pengekalan dan pemeliharaan alam semulajadi dalam setiap pembangunan pelancongan di Tasik Kenyir.
3
RINGKASAN EKSEKUTIF RANCANGAN KAWASAN KHAS TASIK KENYIR 2008 ‐ 2020
2.1 KAWASAN KAJIAN
Jeti Pengkalan Gawi adalah merupakan pengkalan utama
untuk keseluruhan kawasan Tasik Kenyir. Kawasan
penempatan penduduk tempatan, sekolah rendah, surau,
dewan serbaguna dan kedai runcit terletak di Kg. Basong,
Kg. Padang Setebu dan Kg. Pasir Dula yang merupakan
kampung‐kampung tradisi. Jarak di antara Pengkalan
Gawi dan Kg. Basong adalah kira‐kira 8km.
2.2 PROFIL PENDUDUK Pada tahun 2007 terdapat sejumlah 8069 orang
penduduk di Mukim Hulu Telemong. Terdapat 570 orang
penduduk yang tinggal di kawasan pentadbiran JKKK
Kampung Basung dan 50 orang penduduk tinggal di
Kampung Padang Setebu dalam kawasan JKKK
Kampung Pasir Dula. Dari segi komposisi bangsa, 100
peratus penduduk adalah bangsa Melayu.
2.3 ASAS EKONOMI
Sektor pertanian merupakan penyumbang utama aktiviti
ekonomi penduduk iaitu 70 peratus tenaga kerja bekerja
di ladang kelapa sawit, getah dan lain‐lain. Manakala, 30
peratus lagi adalah aktiviti sokongan seperti
pelancongan, perkhidmatan, kakitangan kerajaan dan
bekerja sendiri. Pada keseluruhannya tahap pendapatan
penduduk masih rendah.
PROFIL KAWASAN KAJIAN
LUAS 902 HEKTAR DAERAH HULU TERENGGANU
MUKIM HULU TELEMONG & HULU TERENGGANU
JALAN UTAMA JALAN T156
KAMPUNG TERLIBAT ‐ KG. PADANG SETEBU‐ KG. BASONG
PERSEKITARAN
‐ SG. TELEMUNG (UTARA)‐ PULAU POH TASIK KENYIR
(SELATAN) ‐ KAWASAN HUTAN (UTARA)
2.0 Profil Tasik Kenyir Profil Penduduk
Penduduk : - 8069 orang penduduk
Mukim Hulu Telemung
- 620 orang penduduk - 570 orang di JKKK
Kampung Basong - 50 orang di Kampung
Padang Setebu, JKKK Kampung Pasir Dula.
- 100% berbangsa Melayu.
Asas Ekonomi Penduduk
Aktiviti utama : - Pertanian
Aktiviti Sokongan : - Pelancongan
- Perkhidmatan - Kakitangan kerajaan - Bekerja sendiri - Pelancongan
4
RINGKASAN EKSEKUTIF RANCANGAN KAWASAN KHAS TASIK KENYIR 2008 ‐ 2020
Gambarajah 1: Kawasan kajian dalam konteks makro
5
RINGKASAN EKSEKUTIF RANCANGAN KAWASAN KHAS TASIK KENYIR 2008 ‐ 2020
Jalan Pengkalan UtamaJalan Pengkalan UtamaJalan Pengkalan UtamaJalan Pengkalan UtamaJalan Pengkalan UtamaJalan Pengkalan UtamaJalan Pengkalan UtamaJalan Pengkalan UtamaJalan Pengkalan Utama
Jalan Negeri T156Jalan Negeri T156Jalan Negeri T156Jalan Negeri T156Jalan Negeri T156Jalan Negeri T156Jalan Negeri T156Jalan Negeri T156Jalan Negeri T156
Jalan Negeri T156Jalan Negeri T156Jalan Negeri T156Jalan Negeri T156Jalan Negeri T156Jalan Negeri T156Jalan Negeri T156Jalan Negeri T156Jalan Negeri T156
Rentis TNB
Rentis TNB
Rentis TNB
Rentis TNB
Rentis TNB
Rentis TNB
Rentis TNB
Rentis TNB
Rentis TNB
Kg. BasungKg. BasungKg. BasungKg. BasungKg. BasungKg. BasungKg. BasungKg. BasungKg. Basung
Ke Gua MusangKe Gua MusangKe Gua MusangKe Gua MusangKe Gua MusangKe Gua MusangKe Gua MusangKe Gua MusangKe Gua Musang
Ke Kuala BerangKe Kuala BerangKe Kuala BerangKe Kuala BerangKe Kuala BerangKe Kuala BerangKe Kuala BerangKe Kuala BerangKe Kuala Berang
Ke PelungKe PelungKe PelungKe PelungKe PelungKe PelungKe PelungKe PelungKe Pelung
Sg. TelemungSg. TelemungSg. TelemungSg. TelemungSg. TelemungSg. TelemungSg. TelemungSg. TelemungSg. TelemungRentis TNBRentis TNBRentis TNBRentis TNBRentis TNBRentis TNBRentis TNBRentis TNBRentis TNB
Pulau PohPulau PohPulau PohPulau PohPulau PohPulau PohPulau PohPulau PohPulau Poh
Ladang RISDALadang RISDALadang RISDALadang RISDALadang RISDALadang RISDALadang RISDALadang RISDALadang RISDASg. GawiSg. GawiSg. GawiSg. GawiSg. GawiSg. GawiSg. GawiSg. GawiSg. Gawi
Pengkalan GawiPengkalan GawiPengkalan GawiPengkalan GawiPengkalan GawiPengkalan GawiPengkalan GawiPengkalan GawiPengkalan Gawi
2.4 GUNA TANAH SEMASA
Kawasan kajian juga terletak di dalam Kawasan Sensitif
Alam Sekitar Tahap 1 dan Tahap 2 kerana kedudukannya
di kawasan Hutan Simpan dan kawasan yang bertanah
tinggi. Sebahagian kecil sahaja dari kawasan kajian ini
sesuai untuk dibangunkan untuk tujuan pembangunan.
Kajian terperinci dari segi topografi dan alam sekitar
diperlukan untuk menentukan sebarang pembangunan
boleh dijalankan di dalam kawasan kajian.
Guna tanah Keluasan (Hektar) Peratus (%)
Pertanian 476.55 52.83
Hutan 308.80 34.23
Badan Air 46.81 5.19
Pengangkutan dan Rizab Jalan 45.14 5.00
Kemudahan Masyarakat 4.11 0.46
Kediaman 2.95 0.33
Kawasan Lapang dan Rekreasi 1.84 0.20
Infrastruktur dan Utiliti 15.66 1.74
Perindustrian 0.17 0.02
Jumlah 902.00 100.00
Gambarajah 2: Gunatanah kawasan kajian
Carta pai menunjukkan kawasan berpotensi dan berhalangan di kawasan kajian
6
RINGKASAN EKSEKUTIF RANCANGAN KAWASAN KHAS TASIK KENYIR 2008 ‐ 2020
3.1 ISU DAN MASALAH PEMBANGUNAN
SOSIO‐EKONOMI• Bilangan penduduk yang rendah dan aras ekonomi yang kurang berdaya maju.
• Aktiviti ekonomi yang berteraskan pelancongan yang masih baru dan belum matang.
• Keadaan geofizikal tapak yang berhalangan dan menjadi kesukaran kepada pelaksanaan program pembangunan.
KEMUDAHAN• Kedudukan kawasan kajian yang berada jauh dari pusat perkhidmatan.
• Kemudahan perkedaian dan kemudahan masyarakat yang tidak mencukupi.
PELANCONGAN• Kemudahan pelancongan yang kurang menarik, terhad dan tidak sistematik.
• Kemudahan pengangkutan awam yang terhad dari Kuala Berang dan Kuala Terengganu.
• Kekurangan kemudahan perkhidmatan sokongan bagi menyokong aktiviti pelancongan.
• Kurang usaha bersepadu untuk meningkatkan produk‐produk kampung di kawasan kajian
• Kekurangan penyelenggaraan kawasan khususnya di Pengkalan Gawi
• Jangkamasa purata pelancong yang datang menginap di Pengkalan Gawi dan Tasik Kenyir adalah kurang
daripada dua malam.
• Kadar sewa tambang bot yang masih tinggi berbanding keupayaan pelancong untuk berbelanja.
ISU & MASALAH
3.0 Isu & Potensi Pembangunan
7
RINGKASAN EKSEKUTIF RANCANGAN KAWASAN KHAS TASIK KENYIR 2008 ‐ 2020
3.2 POTENSI PEMBANGUNAN
POTENSI PEMBANGUNAN
Terdapat beberapa
lokasi strategik yang
berpotensi untuk
dibangunkan sebagai
pusat pelancongan Mempunyai kualiti
pandangan visual yang
menarik iaitu
pandangan kawasan
tasik dan hutan
semulajadi.
Cadangan pusat latihan,
penyelidikan dan pendidikan
mampu menjadi pemangkin
kepada usaha menarik masuk
penduduk ke Tasik Kenyir.
baru
Berpotensi untuk
memperkenalkan
pelbagai produk
pelancongan baru.
baru
Mempunyai aset bagi
dibangunkan sebagai
pusat eko‐lancong
yang utama di rantau
ini.
Memastikan perancangan yang
saling berintegrasi di antara pelbagai
agensi Kerajaan Negeri, KETENGAH
dan pihak swasta dalam
membangunkan Tasik Kenyir dan
kawasan persekitarannya.
POTENSI TASIK KENYIR
TAPAK KAJIAN Telah dikenali sebagai kawasan pelancongan semulajadi serta tasik buatan terbesar di Asia Tenggara yang berasaskan ekologi dan warisan semulajadi.
PENGANGKUTAN Dengan siapnya Lebuhraya Pantai Timur dan Lebuhraya Rimur Barat II, memberi kesan positif hubungan antara daerah ini dengan kawasan Barat Semenanjung Malaysia.
LOKASI Terletak dalam Koridor Tempatan – Tasik Kenyir Taman Negara – Kuala Terengganu – Dungun dan juga dikenali sebagai Koridor Tempatan Cameron Highland – Lojing – Gua Musang – Kuala Terengganu.
PERSEKITARAN Pandangan visual yang menarik iaitu pandangan kawasan tasik dan hutan semulajadi di mana aset tersebut boleh dibangunkan sebagai pusat eko‐lancong.
8
RINGKASAN EKSEKUTIF RANCANGAN KAWASAN KHAS TASIK KENYIR 2008 ‐ 2020
4.1 KONSEP PEMBANGUNAN
PELANCONGAN SEBAGAI TERAS UTAMA AKTIVITI
EKONOMI
PEMBANGUNAN KEMUDAHAN
INFRASTRUKTUR & UTILITI
PEMBANGUNAN TERANCANG KAWASAN
PETEMPATAN
PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN
PELUANG PEKERJAAN
ISU DAN POTENSI
PEMBANGUNAN
DASAR‐DASAR PEMBANGUNAN
NEGARA / NEGERI
MATLAMAT RKK TASIK KENYIR
Membangunkan Pusat Pertumbuhan Gawi sebagai pusat pelancongan dan pusat perkhidmatan di pintu masuk
utama Taman Negara Tasik Kenyir.
VISI KAWASAN KAJIAN
PENTERJEMAHAN DASAR-DASAR DI PERINGKAT
WILAYAH DAN NEGERI
DASAR WAWASAN NEGARA
“ Membasmi kemiskinan tanpa
mengira bangsa, penstrukturan
semula masyarakat dan
pembangunan yang seimbang “
RANCANGAN FIZIKAL NEGARA (RFN)
“ Pembentukan rangka spatial
Negara yang efisien, saksama dan
mampan untuk memandu
pembangunan keseluruhan Negara
ke arah mencapai tahap Negara
maju menjelang tahun 2020 “
DASAR PERBANDARAN NEGARA
“ Mewujudkan Bandar
Berwawasan dengan Komuniti dan
Kehidupan yang Sejahtera
Menerusi Pembangunan
Perbandaran yang Mampan“
WAWASAN NEGERI MAJU MENJELANG 2020
“ Mewujudkan sebuah masyarakat
beriman, bertaqwa, dan berakhlak
di samping meningkatkan kualiti
hidup rakyat ke tahap sempurna“
4.0 Arah Tuju Pembangunan
9
RINGKASAN EKSEKUTIF RANCANGAN KAWASAN KHAS TASIK KENYIR 2008 ‐ 2020
4.2 STRATEGI PEMBANGUNAN
STRA
TEGI 4
PENERAJU 1 : PELANCONGAN SEBAGAI TERAS UTAMA AKTIVITI EKONOMI
Strategi pembangunan pelancongan bagi kawasan kajian akan lebih fokus kepada aspek‐aspek berikut.
STRA
TEGI 1
STRA
TEGI 2
STRA
TEGI 3
KEPELBAGAIAN PRODUK PELANCONGAN
Kepelbagaian produk pelancongan ini meliputi cadangan kawasan air, pusat rekreasi sukan ekstrim, program homestay dan lain‐lain dengan strategi ke arah menjadikan kawasan kajian sebagai Family Base Tourism Activity.
PENINGKATAN KEMUDAHAN PENGINAPAN
Penyediaan pelbagai kemudahan kategori penginapan dan pembangunan kawasan yang sesuai untuk kemudahan penginapan
PENINGKATAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR PELANCONGAN
Penyediaan kawasan perniagaan termasuk kompleks kereta kabel, kiosk perniagaan dan perkhidmatan, Dataran Budaya, Pusat Eko Sains dan Muzium Eko Gawi
GATEWAY KE TASIK KENYIR
Laluan masuk ke Kg. Basong dinaiktaraf dengan rekabentuk elemen pintu masuk, perabot jalan dan kemudahan infrastruktur pelancongan harus menggambarkan identiti Tasik Kenyir sebagai sebuah pusat pelancongan eko lancong.
Esplanade di kawasan tasik
Sukan Ekstrim
Resort Hotel
Taman Pesisiran Pengkalan Gawi
Medan Awam
10
RINGKASAN EKSEKUTIF RANCANGAN KAWASAN KHAS TASIK KENYIR 2008 ‐ 2020
STRA
TEGI 1
STRA
TEGI 2
STRA
TEGI 3
PENERAJU 2 : MENINGKATKAN PERTAMBAHAN PENDUDUK DAN KEPELBAGAIAN AKTIVITI EKONOMI
Strategi kajian ini adalah untuk memastikan sehingga tahun 2020, kawasan kajian mampu menempatkan sehingga 4500 orang penduduk. Penduduk yang tinggal di sini akan terlibat dalam pelbagai kegiatan ekonomi dengan tumpuan utama adalah dalam sektor pelancongan, perkhidmatan perniagaan dan pertanian. Manakala pembangunan kawasan institusi awam dan swasta akan menjadi pemangkin kepada usaha menambah bilangan penduduk dalam kawasan kajian.
PEMBANGUNAN KAWASAN INSTITUSI
Cadangan zon pembangunan kawasan institusi dilihat sebagai usaha untuk meningkatkan bilangan penduduk dalam kawasan kajian. Ia akan melibatkan penempatan kawasan latihan dan pendidikan selain peruntukan tapak rizab kerajaan untuk pelbagai agensi kerajaan beroperasi.
PUSAT‐PUSAT PELANCONGAN BARU
Cadangan produk pelancongan dan kawasan pusat pelancongan baru memerlukan tambahan tenaga kerja baru yang bakal bekerja dalam sektor pelancongan dan perkhidmatan. Oleh itu, penyediaan peluang peluang pekerjaan baru mampu menarik masuk penduduk untuk tinggal dan bekerja di dalam kawasan kajian.
PENGLIBATAN PENDUDUK TEMPATAN DALAM AKTIVITI EKONOMI
Mencadangkan pemasaran produk produk hasil pertanian setempat secara sistematik melalui cadangan pusat pemasaran agrotani di Kg. Basong. Produk hasil tani yang lain dan perikanan air tawar juga dikenalpasti bagi menyokong usaha penduduk untuk memasarkannya.
Taman Tema Air dan Pusat Rekreasi
Kawasan Institusi Gawi
Kem Pusat Latihan Khidmat Negara
Gerai Jualan
11
RINGKASAN EKSEKUTIF RANCANGAN KAWASAN KHAS TASIK KENYIR 2008 ‐ 2020
STRA
TEGI 1
STRA
TEGI 2
STRA
TEGI 3
PENERAJU 3 : PEMBANGUNAN TERANCANG KAWASAN PERNIAGAAN DAN PETEMPATAN
Cadangan pembangunan kawasan petempatan bertujuan meningkatkan kualiti persekitaran, menyusun semula guna tanah kawasan perkampungan, mencadangkan kawasan kediaman terancang untuk menampung penduduk baru serta pembentukan pusat perkhidmatan untuk keperluan penduduk dan pelancong.
PUSAT PERKHIDMATAN KENYIR ONE
Strategi ini bertujuan membentuk sebuah pusat perkhidmatan perniagaan bagi penduduk yang tinggal di Pengkalan Gawi dan perkampungan berdekatan. Cadangan ini akan membolehkan penduduk yang tinggal serta pelancong yang datang dapat menikmati kemudahan perkhidmatan perniagaan yang disediakan. Pembangunan akan melibatkan pembinaan kediaman terancang yang dicadangkan berhampiran Pengkalan Gawi.
PUSAT DESA KAMPUNG BASONG
Strategi ini bertujuan menyusun semula guna tanah Kampung Basong secara sistematik. Ia melibatkan perancangan kampung tersusun, pengekalan kampung, mengadakan program homestay, meningkatkan penyediaan kemudahan awam, mencadangkan pusat agrotani serta kawasan perniagaan dan perancangan taman gerbang masuk Kampung Basong. Melalui perancangan semula Kampung Basong, ia berpotensi menjadi produk pelancongan baru dalam kawasan RKK.
PUSAT PELANCONGAN PENGKALAN GAWI
Strategi akan melibatkan peningkatan kemudahan infrastruktur, memperbaiki kemudahan pelancongan, penyediaan kawasan penginapan baru, mempelbagai produk pelancongan baru serta mengambilkira potensi kawasan berhampiran untuk penyediaan prasarana pelancongan tahap tinggi pada masa hadapan.
Hotel 5 Bintang
Taman Pesisir Air Sg. Telemung
Pusat Perkhidmatan Kenyir One
Kawasan Esplanade Tasik
Menara Tinjau
12
RINGKASAN EKSEKUTIF RANCANGAN KAWASAN KHAS TASIK KENYIR 2008 ‐ 2020
STRA
TEGI 1
STRA
TEGI 2
STRA
TEGI 3
PENERAJU 4 : MENINGKATKAN PEMBANGUNAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR DAN UTILITI
Keutamaan adalah untuk memastikan tahap aksessibiliti ke kawasan pelancongan yang baik, mengatasi masalah kawasan banjir, penyediaan bekalan kemudahan utiliti yang mencukupi bagi memastikan perancangan pembangunan dapat dilaksanakan mengikut tempoh pelaksanaan yang dirancang.
MENINGKATKAN TAHAP AKSESSIBILITI
Strategi ini adalah untuk memastikan perancangan jalan baru ke kawasan keutamaan pembangunan mengikut hierarki dan rekabentuk yang dicadangkan. Ini bertujuan untuk memastikan setiap kawasan pembangunan mempunyai tahap aksessibiliti yang baik.
MENGATASI MASALAH KAWASAN BANJIR
Bagi mengatasi masalah banjir, beberapa pendekatan pembaikan Sg. Telemung seperti pelurusan sungai, pemasangan ban dan pendalaman sungai akan dijalankan bagi mengatasi masalah banjir.
MENINGKATKAN TAHAP KEMUDAHAN UTILITI
Selaras dengan pembangunan kawasan pusat pelancongan dan kawasan perbandaran, kemudahan bekalan utiliti akan dipertingkatkan selaras dengan tahap tampungan yang diperlukan.
Cadangan Pelurusan Sg. Telemung
Jalan Empat Lorong
Pencawang Elektrik
Kolam Oksidasi
13
RINGKASAN EKSEKUTIF RANCANGAN KAWASAN KHAS TASIK KENYIR 2008 ‐ 2020
Gambarajah 3: Pelan Konsep Pembangunan Kawasan Kajian
4.3 PELAN KONSEP PEMBANGUNAN
PETUNJUK
Zon Pusat Pelancongan Pengkalan Gawi
Zon Pusat Perkhidmatan Kenyir One
Zon Pusat Desa Kg. Basong
Zon Pusat Institusi
Zon Pengekalan Kawasan Hutan & Pertanian
Arah Perkembangan
Entrance Gateway
Zon Keselamatan (500meter)
1
2
3
(1a) PENGKALAN GAWI
• Resort Hotel • Budget Hotel • Esplanade • Restoran Terapung • Terminal Bas dan Teksi • Tempat Letak Kereta • Menara Tinjau • Kereta Kabel • Taman Awam • Taman Eko-Sains • Kompleks Kastam, Imigresen
& Kuarantin • Esplanade Café
(1c) KENYIR LAKE RESORT & SPA
• Resort Hotel • Chalet
(1b) PUSAT REKREASI AIR TASIK KENYIR
• Taman Budaya • Garden Cafetaria • Flora/Fauna Park • Wakaf • Kafeteria • Skatepark • Tempat Letak Kereta • Menara Tinjau • Taman Rekreasi Awam • Muzium Eko-Gawi • Tempat Letak Kereta • Surau
1. ZON PUSAT PELANCONGAN PENGKALAN GAWI
b
c
a
• Kawasan Perumahan Terancang • Kedai • Kawasan Rekreasi • Pusat Rehat dan Rawat • Balai Polis • Surau • Tadika • Dewan Komuniti • Tempat Letak Kereta • Stesen Minyak • KETENGAH, MDHT • KDRM, PDRM, RK • Pusat Bina Insan • Pusat Latihan Khidmat Negara • Sekolah Integrasi
• Taman Gerbang Masuk • Pusat Tempatan
• Kedai • Tempat Letak Kereta • Kraftangan • Stesen Minyak • Pusat Makanan
• Homestay • Kampung Tersusun • Surau • Tadika • Pusat Agrotani • Klinik Kesihatan • Logi Rawatan Kumbahan • Menara Telekomunikasi
3. ZON PUSAT DESA KG. BASONG 2. ZON PUSAT PERKHIDMATAN KENYIR ONE
• Cadangan Pelurusan Sungai Telemung • Pelebaran & Pendalaman Sungai Telemung
• Cadangan Pelebaran Jalan Kg.Basong‐Pengkalan Gawi
• Pengindahan Landskap sepanjang jalan utama,
• Pengekalan Kawasan Pertanian dan hutan sedia
ada.
1
2
3
b b
a
c
14
RINGKASAN EKSEKUTIF RANCANGAN KAWASAN KHAS TASIK KENYIR 2008 ‐ 2020
4.4 PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN
ZON GUNA TANAH LUAS (HEKTAR)
Pusat Pelancongan Pengkalan Gawi • Gawi Esplanade • Taman Tasik Gawi • Taman Eko Sains • Resort Hotel & Budget Hotel
111.3
Pusat Perkhidmatan Kenyir One 86.2
Pusat Institusi Kenyir One 35.4
Pusat Desa Kg. Basong 22.4
Kawasan Hutan Simpan 289.0
Kawasan Pertanian 255.9
Kemudahan Utiliti 25.4
Rezab Jalan 76.2
JUMLAH 902.0
15
RINGKASAN EKSEKUTIF RANCANGAN KAWASAN KHAS TASIK KENYIR 2008 ‐ 2020
4.4.1 PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN PENGKALAN GAWI
CADANGAN KOMPONEN PEMBANGUNAN
UNIT LUAS (EKAR)
Resort Hotel 1 10.3 Hotel Bajet 1 3.4 Kompleks Kereta Kabel 1 3.0 Taman Eko‐Sains 1 4.0 Esplanade Pengkalan Gawi 1 22.0 Restoren Terapung 1 ‐ Kafe Terbuka 6 2.0 Rumah Kelab 1 2.0 Kiosk Perniagaan 23 0.5 Photographic Spot 1 0.5 Stesen Bas 1 0.5 Medan Selera 1 0.2 Menara Tinjau 1 0.2 Logi Rawatan Kumbahan 1 0.33 Tempat Letak Kereta 1 8.0 Tempat Letak Kereta Bertingkat
1 1.0
Jalan ‐ 17.0 Kawasan Lapang 5 11.0 Taman Permainan Kanak‐kanak
2 1
Taman Esplanede 1 ‐ JUMLAH KESELURUHAN ‐ 85.0
16
RINGKASAN EKSEKUTIF RANCANGAN KAWASAN KHAS TASIK KENYIR 2008 ‐ 2020
4.4.2 PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN TAMAN TASIK GAWI 2020
CADANGAN KOMPONEN
PEMBANGUNAN UNIT LUAS
(EKAR)
Taman Tasik Gawi 1 104.0 Kompleks CIQ Bebas Cukai 1 5.0
Muzium Eko Gawi 1 10.0 Pusat Perkhidmatan 1 2.0
JUMLAH KESELURUHAN ‐ 121.0
17
RINGKASAN EKSEKUTIF RANCANGAN KAWASAN KHAS TASIK KENYIR 2008 ‐ 2020
4.4.3 PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN PUSAT PERKHIDMATAN KENYIR ONE 2020
CADANGAN KOMPONEN PEMBANGUNAN
UNIT LUAS (EKAR)
Rumah Sesebuah 43 16.37 Rumah Berkembar 128 9.0 Rumah Teres 348 15.0 Rumah Kedai 2 tingkat 22 1.0 Medan Selera 1 0.7 Stesen Minyak 1 1.5 Dewan Serbaguna 1 0.6 Surau 1 0.6 Tadika 1 0.3 Balai Polis 1 0.5 Klinik Kesihatan 1 0.5 Pejabat KETENGAH 1 4.0 Majlis Daerah Hulu Terengganu
1 2.0
Perumahan Kastam dan Imigresen
1 6.0
Institusi Awam 1 11.0 Sekolah Berintegrasi Kenyir One
1 12.0
Pusat latihan Khidmat Negara
1 28.0
Rizab Kerajaan 1 5.0 Loji Rawatan Kumbahan 2 1.8 Kolam Tadahan 1 3.2 Tangki Air 1 0.6 Pencawang Elektrik 3 0.2 Menara Telekomunikasi 1 0.9 Rumah Sampah 3 0.15 Tempat Letak Kereta 1 0.35 Jalan ‐ 73.64 Kawasan Lapang 6 16.44 Pembangunan Akan Datang 1 2.65
JUMLAH ‐ 213.0
18
RINGKASAN EKSEKUTIF RANCANGAN KAWASAN KHAS TASIK KENYIR 2008 ‐ 2020
4.4.4 PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN KG. BASONG 2020
CADANGAN KOMPONEN PEMBANGUNAN
UNIT LUAS (EKAR)
Rumah Sesebuah 64 6.0 Rumah Berkembar 171 12.3 Rumah Teres 53 2.0 Homestay Kg. Basung 1 12.9 Kedai 2 tingkat 12 1.0 Medan Selera 1 0.8 Stesen Minyak 1 1.44 Pusat Agrotani 1 0.8 Pusat Kraftangan 1 1.32 Klinik Kesihatan 1 0.52 Surau 1 0.2 Tadika 1 0.2 Logi Rawatan Kumbahan
1 0.33
Pencawang elektrik 3 0.15 Menara Telekomunikasi
1 1.1
Rumah Sampah 3 0.15 Tempat Letak Kereta 1 1.0 Jalan ‐ 6.4 Kawasan Lapang 3 4.81 Taman Gerbang Masuk
1 2.0
JUMLAH KESELURUHAN
‐ 55.4
19
RINGKASAN EKSEKUTIF RANCANGAN KAWASAN KHAS TASIK KENYIR 2008 ‐ 2020
SENARAI PROJEK, ANGGARAN KOS, AGENSI PELAKSANA DAN FASA PEMBANGUNAN
Projek Kos (RM Juta)
Agensi Pelaksana Fasa Pembangunan
1) ZON PUSAT PELANCONGAN PENGKALAN GAWI 1. Hotel Resort 30.0 Swasta 1 2. Restoren Terapung 3.0 KETENGAH / Swasta 1 3. Esplanade Utama 20.0 KETENGAH / Swasta 1 4. Pusat Fotografik 2.0 KETENGAH 1 5. Kafe Terbuka 2.5 Swasta 1 6. Hotel Budget 15.0 Swasta 1 7. Kiosk Perniagaan 6.0 KETENGAH 1 8. Wakaf dan Menara Tinjau 3.0 KETENGAH 1 9. Pengindahan Landskap 8.0 KETENGAH 1 10. Tempat Letak Kereta Bertingkat 5.0 KETENGAH 1 11. Kompleks Kastam, Imigresen & Kuarantin 10.0 KDRM / imigresen 1 12. Terminal Pengangkutan Awam 5.0 KETENGAH 2 13. Muzium Eko‐Gawi 10.0 Swasta / Jab. Muzium 2 14. Dataran Budaya Gawi 5.0 KETENGAH 2 15. Skate Park Gawi 2.0 KETENGAH 2 16. Kereta Kabel Pengkalan Gawi‐Pulau Poh 26.0 Swasta 2 Jumlah 125.5 ‐ ‐
5.0 Senarai Projek Utama
20
RINGKASAN EKSEKUTIF RANCANGAN KAWASAN KHAS TASIK KENYIR 2008 ‐ 2020
SENARAI PROJEK, ANGGARAN KOS, AGENSI PELAKSANA DAN FASA PEMBANGUNAN
Projek Kos (RM Juta)
Agensi Pelaksana Fasa Pembangunan
2) ZON PUSAT PERKHIDMATAN KENYIR ONE 17. Rumah Kedai 2 Tingkat 5.0 Swasta 1 18. Medan Selera 2.0 KETENGAH 1 19. Stesen Minyak 4.0 Swasta 1 20. Landskap dan Rekreasi 3.0 KETENGAH 1 21. Surau 4.0 KETENGAH 1 22. Pusat Komuniti 2.0 KETENGAH 1 23. Taman Awam 2.0 KETENGAH 1 24. Balai Polis 5.0 PDRM 1 25. Klinik Kesihatan 2.0 KKM 1 26. Tadika 1.0 KETENGAH / Swasta 1 27. Pusat Institusi Agensi Awam 30.0 Agensi Awam 1 28. Perumahan 40.0 Swasta 1 Jumlah 100.0 ‐ ‐
21
RINGKASAN EKSEKUTIF RANCANGAN KAWASAN KHAS TASIK KENYIR 2008 ‐ 2020
SENARAI PROJEK, ANGGARAN KOS, AGENSI PELAKSANA DAN FASA PEMBANGUNAN
Projek Kos (RM Juta)
Agensi Pelaksana Fasa Pembangunan
3) ZON PUSAT PERKHIDMATAN KG. BASONG 29. Rumah Kedai 2 Tingkat 5.0 Swasta 1 30. Pusat Agrotani 1.25 KETENGAH 1 31. Pusat Kraftangan 1.25 KETENGAH 1 32. Homestay Kg. Basong 2.0 Swasta 1 33. Kampung Tersusun 6.0 Swasta 1 34. Gerbang Masuk dan Papan Tanda 2.5 KETENGAH 1 35. Surau 2.0 KETENGAH 1 36. Klinik Kesihatan 1.5 KKM 1 37. Stesen Minyak 4.0 Swasta 1 38. Medan Selera 1.5 Swasta 1 39. Tadika 1.0 KETENGAH 1 Jumlah 28.0 ‐ ‐
22
RINGKASAN EKSEKUTIF RANCANGAN KAWASAN KHAS TASIK KENYIR 2008 ‐ 2020
SENARAI PROJEK, ANGGARAN KOS, AGENSI PELAKSANA DAN FASA PEMBANGUNAN
Projek Kos (RM Juta)
Agensi Pelaksana Fasa Pembangunan
4) ZON PUSAT PERKHIDMATAN INFRASTRUKTUR DAN UTILITI 40. Jalan Baru dan Pembaikan Persimpangan (Kg. Basong, PPKO, Zon Institusi)
20.0 JKR 1
41. Kolam Tadahan (PPKO) 6.0 JPS 1 42. Loji Rawatan Kumbahan (Kg. Basong, Pg. Gawi dan PPKO)
5.0 JPP 1
43. Menara Telekomunikasi (PPKO dan Kg Basong)
1.5 Swasta 1
44. Pelurusan Sg. Telemung 8.0 JPS 1 45. Tangki Air ( PPKO) 1.5 SATU 1 Jumlah 42.0 ‐ ‐ JUMLAH KESELURUHAN RM280.50 ‐ ‐