RANCANGAN PENGAJARAN BAGI SET PENGAJARAN 1
Tingkatan : 5 Cempaka
Bil. Pelajar : 30 orang
Tarikh : 2 Mac 2011
Masa : 40 minit
Mata Pelajaran : Geografi
Tajuk : Dinamik penduduk
Sub Tajuk : Taburan penduduk
Objektif pembelajaran : Pada akhir pengajaran pelajar (a) dapat :
(Hasil Pembelajaran)
1. Mengenalpasti taburan penduduk Asia (b) (dalam masa 5 minit )(c)
dengan tepat (d).
2. Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan
penduduk Asia (b) (dalam masa 7 minit)(c)dengan tepat (d)
3. Menghuraikan dengan jelas faktor-faktor yang mempengaruhi
taburan penduduk (b) beserta contoh yang sesuai sehingga
memuaskan hati guru (d).
Bahan Bantu Mengajar : Tayangan jadual perangkaan, peta dinding Asia, soalan-
soalan yang telah dirancang, papan putih, maker.
Nilai : Hormat-menghormati, disiplin, bertanggungjawab, keberanian, kerjasama
antara guru dan pelajar, kebebasan dan rasional.
KBKK : Mengenal pasti, menjana idea, membanding beza, menganalisis, kemahiran
membuat hipotesis, dan membuat kesimpulan.
Kemahiran Generik : Kemahiran bahasa, kemahiran intrapersonal, kemahiran interpersonal,
kemahiran spatial, kemahiran kinestetik.
Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar-pelajar telah mempelajari topik penduduk semasa
tingkatan 2.
PELAKSANAN P&P :
LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
CATATAN
SET INDUKSI( 3 minit)
Bacaan doa
Mentafsir jadual
Guru meminta seorang pelajar lelaki untuk mengetuai bacaan doa.
Seorang wakil pelajar bangun dan mengetuai bacaan doa manakala pelajar lain mengaminkan.
Guru merangsang minat pelajar dengan menayangkan jadual perangkaan. (Rujuk Lampiran 1) Guru menarik perhatian pelajar dengan mengajukan beberapa soalan.Conto soalan :
1. Apakah negara yang mempunyai penduduk paling ramai?
2. Apakah negara yang mempunyai kepadatan penduduk paling tinggi ?
3. Apakah negara yang mempunyai kepadatan penduduk paling rendah?
Pelajar meneliti dan cuba mentafsir jad-ual berdasarkan soalan-soalanrangsangan daripada guru.
BBM: Tayangan jadual perangkaan
KBKK: mengenal pasti, menganalisis dan membanding beza
Kemahiran Generik :Kemahiran bahasa, kemahiran Interpersonal dan kemahiran intrapersonal
Nilai: Rasional dan disiplin
AKTIVITI 1 ( 7 minit)
Menerangkan konsep :
i) Penduduk padat
ii) Penduduk sederhana
iii) Penduduk jarang
Guru menjelaskan konsep taburan penduduk padat, sederhana dan jarang.
Pelajar mendengar sambil merujuk buku teks dan mencatat isi-isi penting. Guru mengedarkan lembaran kerja A kepada semua pelajar.
Guru memberi arahan kepada pelajar su-paya tidak mengisi lampiran tersebut se-hingga diberi arahan.
Guru menggunakan peta dinding Asia untuk menerangkan taburan penduduk di Asia.
Pelajar mendengar dengan tekun.
BBM: Peta dinding Asia, buku teks
KBKK: Mengingat dan mencirikan
Kemahiran Generik :Kecerdasan kinestetik
Nilai: Bertanggungjawab, menghormati guru
LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
CATATAN
AKTIVITI 2 ( 7 minit)
Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk negara Malaysia.
Guru menggunakan teknik sumbang saran untuk mendapatkan faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi penduduk daripada pelajar.
Pelajar memberikan jawapan masing-masing satu-persatu.
Guru dan pelajar menilai dan memilih faktor-faktor yang tepat secara bersama.
Guru menghasilkan peta minda faktor yang mempengaruhi taburan penduduk dengan menggunakan hasil perbincangan.
Pelajar menyalin nota-nota penting.
BBM: Papan putih, maker
KBKK: Menjana idea,menganalisis
Kemahiran Generik :Kemahiran intrapersonal
Nilai: Keberanian,kebebasan, disiplin dan kerjasama
AKTIVITI 3 ( 20 minit)
Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk negara Malaysia beserta contoh.
Guru membahagikan pelajar kepada enam kumpulan (satu kumpulan lima orang).
Guru memberikan tugasan kepada setiap kumpulan Arahan :
1. Kumpulan 1 dan 2 menjelaskan tentang faktor yang mempengaruhi taburan penduduk padat.
2. Kumpulan 3 dan 4 menjelaskan tentang faktor yang mempengaruhi taburan penduduk sederhana.
3. Kumpulan 5 dan 6 menjelaskan tentang faktor yang mempengaruhi taburan penduduk jarang.
Guru meminta pelajar berbincang di dalam kumpulan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk beserta contoh negara yang sesuai.
Pelajar berbincang di dalam kumpulan dan menyatakan idea masing-masing.
Guru meminta wakil bagi setiap kumpulan untuk berpidato selama 3 minit bagi membentangkan hasil perbincangan setiap kumpulan.
BBM : Buku teks
KBKK: Kemahiran mengenai pasti dan menjana idea
Kemahiran Generik :Kecerdasan bahasa, Kemahiran interpersonal, intrapersonal Nilai: Keberanian, disiplin dan kerjasama
LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
CATATAN
PENUTUP( 3 minit)
Rumusan Guru meminta seorang pelajar untuk merumuskan apa yang telah dipelajari.
Guru memberitahu secara ringkas isi-isi utama dan kata kunci yang perlu pelajar ingati.
Guru meminta pelajar mengisi lembaran kerja yang telah diberikan dirumah.
Guru menasihati pelajar agar dapat membaca buku lain bagi menambah kefahaman masing-masing.
BBM: buku teks
KBKK: Kemahiran menganalisis dan membuat kesimpulan
Nilai: bertanggungjawab
REFLEKSI:
(Dilengkapkan setelah selesai proses pengajaran & pembelajaran)
._________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
RANCANGAN PENGAJARAN BAGI SET PENGAJARAN 2
Tingkatan : 5 Cempaka
Bil. Pelajar : 30 Orang
Tarikh : 4 Mac 2011
Masa : 40 minit
Mata Pelajaran : Geografi
Tajuk : Dinamik penduduk
Sub Tajuk : Taburan penduduk
Objektif pembelajaran : Pada akhir pengajaran pelajar (a) dapat :
(Hasil Pembelajaran)
1. Mengenalpasti taburan penduduk Asia (b) (dalam masa 5 minit )(c)
dengan tepat (d).
2. Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan
penduduk Asia (b) (dalam masa 5 minit)(c) dengan tepat (d).
3. Menghuraikan dengan jelas faktor-faktor yang mempengaruhi
taburan penduduk (b) beserta contoh yang sesuai sehingga
memuaskan hati guru (d).
Bahan Bantu Mengajar : Tayangan video, nota tambahan, buku teks, papan putih dan
maker.
Nilai : Hormat-menghormati, bertanggungjawab,keberanian, kerjasama antara guru
dan pelajar, kebebasan, keberanian dan rasional.
KBKK : Mengenal pasti, menjana idea, menganalisis, kemahiran
membuat hipotesis, menumpukan perhatian, mereka cipta, membuat
kesimpulan.
Kemahiran Generik : Kemahiran bahasa, kemahiran interpersonal, kemahiran visual dan
kemahiran kinestetik.
Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar-pelajar telah mempelajari topik penduduk semasa
tingkatan 2.
PELAKSANAN P&P :
LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
CATATAN
SET INDUKSI( 5 minit)
Menarik minat pelajar terhadap proses pengajaran.
Guru membuat tayangan video tentang perbezaan taburan penduduk yang berlaku didunia.
Pelajar memahami dan memerhati dengan penuh teliti.
Guru meminta beberapa pelajar menghuraikan apa yang mereka faham tentang video yang ditunjukkan. Guru memberikan nota tambahan kepada pelajar.
BBM: Tayangan video, nota tambahan.
KBKK: Menumpukan perhatian
Kemahiran generik:Kemahiran visual
Nilai: Rasional
AKTIVITI 1 Pengenalan
kepada taburan
penduduk ( 5 minit)
Menerangkan konsep :
i) Penduduk padat
ii) Penduduk sederhanaiii) Penduduk
jarang
Guru meminta pelajar dalam masa 3 minit membaca tentang konsep taburan penduduk dengan merujuk buku teks dan nota tambahan.
Pelajar membaca dan memahami konsep.
Guru meminta beberapa orang pelajar untuk menerangkan apa yang mereka faham tentang taburan penduduk beserta contoh yang sesuai.
BBM: Buku teks, nota tambahan.
KBKK: Memahami, membuat kesimpulan
Kemahiran generik:Kemahiran bahasa
Nilai: Rajin, menghormati, keberanian
AKTIVITI 2 ( 5 minit)
Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk negara Malaysia.
Guru menggunakan kaedah sumbangsaran untuk mencari faktor yang mempengaruhi taburan penduduk.
Pelajar mengutarakan idea mereka dengan pantas.
Guru dan pelajar berbincang untuk memilih faktor yang tepat.
Guru mengasingkan faktor-faktor yang tepat di tempat lain supaya pelajar mudah untuk mengambil nota.
BBM: Papan putih, maker
KBKK: Menjana idea
Kemahiran Generik:Kemahiran interpersonal
Nilai: Berani, menghormati, kerjasama
LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
CATATAN
AKTIVITI 3 ( 20 minit)
Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk beserta contoh negara yang sesuai.
Guru membahagikan pelajar kepada 3 kumpulan (1kumpulan 10 orang)
Guru meminta pelajar berbincang di dalam kumpulan untuk satu membuat simulasi tentang faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk
TugasanKumpulan 1 : Merancang dan mempersembahkan satu lakonan tentang situasi dikawasan penduduk padat dengan menggunakan faktor-faktor yang ingin ditekankan.Kumpulan 2 : Merancang dan mempersembahkan satu lakonan tentang situasi dikawasan penduduk sederhana dengan menggunakan faktor-faktor yang ingin ditekankan.Kumpulan 3 :Merancang dan mempersembahkan satu lakonan tentang situasi dikawasan penduduk jarang dengan menggunakan faktor-faktor yang ingin ditekankan.
Guru meminta setiap kumpulan menyediakan seorang jurucakap untuk menerangkan faktor yang cuba ditonjolkan.
Pelajar berbincang di dalam kumpulan dan menyatakan idea masing-masing untuk menjadikan simulasi dapat difahami.
Guru meminta setiap kumpulan mempersembahkan hasil kerja mereka.
BBM: Buku teks dan arahan guru
KBKK: Kemahiran menjana idea, mengenal pasti, mereka cipta
Kemahiran Generik :Kemahiran kinestetik. Kemahiran intrapersonal
Nilai: Keberanian, kerjasama, rasioanal
PENUTUP( 5 minit)
Rumusan tentang isi pembelajaran.
Guru meminta pelajar membuat rumusan dengan apa yang telah dipelajari pada hari tersebut.
Guru memberi pujian kepada murid yang memberi kerjasama yang baik semasa proses pengajaran.
KBKK: Kemahiran membuat kesimpulan
Nilai: Kesedaran kendiri
REFLEKSI:
(Dilengkapkan setelah selesai proses pengajaran & pembelajaran)
._________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
LAMPIRAN
RANCANGAN PENGAJARAN 1
1. Jadual perangkaan
2. Lembaran Grafik
Lorekkan peta grafik Malaysia dibawah mengikut kepadatan penduduk
RANCANGAN PENGAJARAN 2
1.Tayangan video pada laman sesawang (http://www.youtube.com/watch?v=9_9SutNmfFk) atau (http://www.youtube.com/watch?v=KbwNgI_gFMI&feature=related)
2. Nota tambahan : Taburan penduduk
Tanah rata
SOALAN TAKSIRAN
1. Taburan penduduk tidak sekata terbahagi kepada tiga iaitu..
I. Padat
II. Sederhana padat
III. Jarang
IV. Sederhana jarang
A I,II dan III
B I,II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV
Jawapan :
A I,II dan III
2. Berdasarkan rajah diatas, ciri ketiga-tiga kawasan diatas boleh dikaitkan dengan
I Kuala Lumpur
II Ipoh
III Gua Musang
IV Lembah Klang
A I,III dan IV
B II,III dan IV
C I,II dan IV
D I,II dan III
Jawapan :
C I,II dan IV
Kemajuan ekonomi Kemudahan
infrastruktur
3. Yang manakah antara berikut benar mengenai taburan penduduk
A Taburan penduduk adalah sekata bagi semua kawasan
B Faktor infrastruktur tidak mempengaruhi taburan penduduk
C Kawasan yang mempunyai darjah ketersampaian yang rendah mempunyai
penduduk jarang
D Faktor ekonomi tidak mempengaruhi taburan penduduk
Jawapan :
C Kawasan yang mempunyai darjah ketersampaian yang rendah mempunyai
penduduk jarang
4. Apakah faktor yang menyebabkan terdapatnya kawasan yang berpenduduk jarang?
A Bentuk muka bumi yang bergunung-ganang
B Darjah ketersampaian yang tinggi
C Kawasan tanah pamah
D Faktor ekonomi yang maju
Jawapan :
A Bentuk muka bumi yang bergunung-ganang
Negara Jumlah penduduk Kepadatan
(orang /km)
P 1156 427
Q 180 4
R 1567 356
S 560 12
5.Negara yang manakah yang akan mengalami taburan penduduk padat?
A P
B R
C Q
D S
Jawapan :
A P
6. Antara yang berikut yang manakah menyebabkan perubahan penduduk di sesebuah
Negara?
I MigrasiII Transmigrasi
III Kadar kematianIV Kadar kelahiran
A I,II,IIIB I,II,IVC I,III,IVD II,III,IV
Jawapan :
C I,III,IV
7. Pernyataan diatas merujuk kepada kawasan yang mempunyai taburan penduduk ?
A Jarang
B Padat
C Sederhana
D Sempit
Jawapan :
C Sederhana
8. Apakah yang dimaksudkan dengan taburan penduduk jarang?
A Kawasan yang mempunyai jumlah penduduk yang banyak
B Kawasan yang mempunyai jumlah penduduk yang sedikit berbanding luas
kawasan
C Kawasan yang mempunyai jumlah penduduk yang sederhana banyak
D Kawasan yang mempunyai jumlah penduduk yang banyak berbanding luas
kawasan
Jawapan :
B Kawasan yang mempunyai jumlah penduduk yang sedikit berbanding luas
kawasan
Merupakan tanah yang dibangunkan untuk mewujudkan petempatan baru seperti (CTH : FELDA & FELCRA)
9. Antara berikut merupakan faktor-faktor taburan penduduk padat, KECUALI
A Faktor ekonomi yang maju
B Faktor Fizikal yang bertanah rata
C Faktor darjah ketersampaian yang rendah
D Faktor Kemudahan infrastruktur yang banyak
Jawapan :
C Faktor darjah ketersampaian yang rendah
10. Berdasarkan pernyataan diatas, apakah persamaan ketiga-tiga kawasan diatas?
I Kawasan bergunung ganang
II Kemudahan infrastruktur yang banyak
III Ekonomi yang maju
IV Darjah ketersampaian rendah
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan :
B I dan IV
Gua Musang Endau Rompin Tenom