SEL DAN TISU TUMBUHAN
Diaediakan oleh:Mohd Hafiz Bin Che Lat
Kamarul Aizat Bin Kamaronzaman3 PPISMP RBT 2
Jenis-Jenis TisuMeristem Tisu Ringkas Tisu Kompleks
MERISTEMMeristem ApeksMeristem Lateral
Meristem apeks bertanggungjawab terhadap pertumbuhan primer manakala meristem lateral terhadap pertumbuhan sekunder.
Pertumbuhan primer di meristem apeks ialah di kawasan hujung pucuk dan hujung akar.
Sel meristem di hujung pucuk dan hujung akar boleh dibahagikan kepada tiga zon, iaitu:zon pembahagian sel. zon pemanjangan sel. zon pembezaan sel.
Pokok-pokok berkayu renek tumbuh lebih tinggi melalui aktiviti meristem apeks dan di samping pertambahan lilitan.
Pertambahan lilitan berlaku kerana aktiviti meristem apeks dan disertai oleh aktiviti meristem lateral.
Meristem lateral merangkumi aktiviti sel di kambium vaskular dan kambium gabus.
Pertumbuhan sekunder menambah lilitan batang bagi menyokong pertambahan beban pokok.
Epidermis Lapisan sel setebal satu sel sahaja.Merupakan sel hidupBerfungsi sebagai pelindung pada jasad
tumbuhanSel-sel epidermis tersusun rapat tanpa
sebarang ruang antara sel
Kolenkima Merupakan sejenis tisu ringkas yang berkait
rapat dengan parenkima.Selnya kekal hidup atau aktif sepanjang usia.Wujud dalam korteks batang, di bahagian
epidermis tangkai daun dan di sepanjang urat daun.
Sel ini berfungsi menyediakan sokongan mekanikal dalam daun dan batang tumbuhan.
SklerenkimaBerfungsi untuk menyokong, melindungi dan
memperkuatkan tisu tumbuhan.Sel sklerenkima boleh dibahagikan kepada 2
jenis iaitu gentian dan sklereid.
GentianSel yang sangat panjang, berbentuk
gelendong dengan hujung yang meruncingSel ini liat dan kuat tetapi mudah melenturGentian sklerenkima wujud sebagai satu
lapisan tisu di sebelah luar korteks batang dan akar tumbuhan
Biasanya disusun rapat tanpa sebarang ruang antara sel
SklereidLebih pendek daripada gentianMempunyai dinding berlignin yang lebih tebal
dan lumen yang lebih kecilSklereid adalah sel mati yang berdinding
lignin dan mempunyai liang bersifat ringkasSklereid ringkas yang tidak bercabang
dikenali sebagai sel batuSklereid berfungsi sebagai pelindung
Xilem Merupakan tisu vaskular yang berfungsi
dalam pengangkutan air dan bahan-bahan mineral terlarut dalam tumbuhan.
Membantu dalam penyokongan mekanikalTerdiri daripada 4 jenis sel iaitu trakeid, salur
atau vesel, gentian dan parenkima xilem.
TrakeidTerlibat dalam pengangkutan airMemberi kekuatan mekanikal dan sokongan
kerana mempunyai dinding sekunder berlignin yang tebal
Trakeid merupakan satu sel tunggal yang panjang bersisi lima atau enam.
Salur atau veselTerlibat dam pengangkutan airLebih cekap daripada trakeidAir yang mengalir melalui salur ini tidak
mempunyai banyak sekatan.
Gentian dan parenkima xilemGentian dalam xilem adalah bersklerenkima.Dindingnya lebih tebal dan lumen lebih kecil
berbanding lumen pada salur dan trakeidBertindak sebagai tisu penguat.Parenkima adalah sel hidup berdinding nipis
dan tidak berlignin yang terdapat dalam tisu xilem.
Sel parenkima menyimpan makanan untuk xilem
Memainkan peranan penting bagi gerakan air dalam arah lateral.
Tisu xilem terbahagi kepada dua iaitu:Xilem primer
Xilem pertama yang dibentuk dalam tumbesaran sesuatu tumbuhan iaitu terdiri daripada protoxilem dan metaxilem
Xilem sekunderTerbentuk semasa penebalan sekunder akibat
pembahagian kambium vaskular
Floem Selari dengan kedudukan xilemTisu ini berlainan daripada xilem kerana
bahan-bahan boleh bergerak melaluinya sama ada ke atas atau ke bawah.
Mengangkut atau mengalirkan makanan seperti karbohidrat yang terhasil semasa proses fotosintesis, asid amino, hormon dan lain-lain lagi dari daun ke bahagian-bahagian lain tumbuhan.
Floem terdiri daripada 4 jenis sel iaitu:Sel atau unsur tiub tapiso Merupakan sel hidup berbentuk tiub dan boleh
mengekalkan sitoplasma.
Sel rakano Yang terdapat serentak dengan tiub tapis dan berasal
daripada sel awal meristem yang sama.o Bentuknya memanjang dan terdiri daripada dinding
primer sahaja.o Adalah sel aktif yang hidup hingga peringkat
matang.o Dipercayai membawa tenaga dan mempengaruhi
aktiviti-aktiviti tiub tapis.o Memainkan peranan dalam pergerakan makanan ke
dalam dan keluar tiub tapis.
Gentian dan parenkimao Gentian floem hanya menjalankan fungsi
mekanikal sahaja iaitu untuk sokongan.o Berdinding tebal dan berlignin.o Juga merupakan sel mati.o Sel parenkima floem merupakan sel panjang
yang berliang.o Ia mampu menjalankan aktiviti-aktiviti
simpanan makanan serta mengangkut air dan bahan-bahan makanan yang terlarut secara lateral.
Sel atau unsur tiub lapis
Sel Rakan