1
SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN
SEKOLAH (SPPBS)
MANUAL PENGGUNA BAGI GURU MATA PELAJARAN
Versi 2.0
2
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
SENARAI KANDUNGAN
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1 Pengenalan 3
2 Keperluan Sistem 3
3 Keterangan Umum SPPBS 3 - 4
4 Penggunaan Sistem Secara Menyeluruh 5
4.1 Laman Utama SPPBS 5 - 6
4.2 Login 7
4.3 Kemaskini Profil 8 - 9
4.4 Laman Utama Guru Matapelajaran 9
4.5 Daftar Murid Dengan Mata Pelajaran 10
4.5.1 Daftar Murid 10 - 11
4.6 Kemasukan Prestasi 12 - 15
4.7 Laporan 16
4.7.1 Senarai Murid 16
4.7.2 Senarai Murid Tiada Prestasi 17
4.7.3 Laporan prestasi Murid 18 - 19
4.8 Cetakan 20
4.8.1 Pernyataan Pelaporan Prestasi Murid (Formatif) 21
4.8.2 Pernyataan Pelaporan Prestasi Murid (Sumatif). 22
4.8.3 Setup komputer windows XP bagi capaian pelaporan Bahasa Cina dan Bahasa Arab.
23 - 32
4.9 Pengguna 33
4.9.1 Kemaskini Profil 33
4.10 Bantuan 34
4.10.1 Pegawai Yang Boleh Dihubungi 34
4.10.2 Manual Pengguna 34
4.11 Keluar 34
3
1. PENGENALAN
Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dibangunkan bagi kemasukan prestasi murid berlandaskan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Sistem ini dibangunkan secara atas talian.
2. KEPERLUAN SISTEM
SPPBS boleh dicapai menerusi http://apps.moe.gov.my/sppbs. Keperluan perisian untuk mencapai sistem SPPBS adalah :
i. Pelayan web contoh
a. Internet Explorer versi 7.0 ke atas
b. Mozilla Firefox
ii. Adobe Acrobat Reader (PDF Reader)
3. KETERANGAN UMUM SPPBS
Secara umumnya, berikut adalah gambarajah proses kerja utama keseluruhan SPPBS untuk guru matapelajaran.
4
SPPBS menyediakan skrin-skrin bagi melakukan proses-proses kerja yang diperlukan oleh Guru Mata Pelajaran. Skrin-skrin tersebut dapat dicapai melalui menu yang boleh dipilih sebelah kiri skrin. Senarai menu tersebut ialah :
a. Login
b. Laman Utama
c. Murid
i. Daftar Murid
d. Kemasukan Prestasi
e. Laporan
i. Senarai Murid
ii. Senarai Murid Tiada Markah
iii. Laporan Prestasi Murid
f. Cetakan
i. Pernyataan Pelaporan Prestasi Murid (Formatif)
ii. Pernyataan Pelaporan Prestasi Murid (Sumatif).
g. Pengguna
i. Kemaskini profil
h. Bantuan
i. Pegawai Yang Boleh Dihubungi
ii. Manual Pengguna
i. Keluar
5
4. PENGGUNAAN SISTEM SECARA MENYELURUH 4.1 LAMAN UTAMA SISTEM
Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) terbahagi kepada dua iaitu Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Bagi guru Sekolah Rendah, sila klik pada menu ‘Sekolah Rendah’.
6
SKRIN MENU SPPBS (SEKOLAH RENDAH).
Skrin ini akan dipaparkan pada permulaan sistem apabila memasuki laman web Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) bagi Sekolah Rendah. Pengguna Guru Mata Pelajaran perlu klik pada menu Guru untuk ke laman seterusnya.
Klik untuk ke laman Guru Mata Pelajaran
7
4.2 LOGIN Guru Mata Pelajaran perlu memasukkan Nama Login dan Kata Laluan seperti yang terdapat dalam Surat Login Sekolah. Setelah itu, butang <Masuk> perlu diklik bagi tujuan pengesahan pengguna sistem.
Skrin Nama Login dan Kata laluan yang tidak sepadan Sekiranya Nama Login dan Kata Laluan tidak sepadan atau salah, satu mesej peringatan akan dipaparkan. Guru Mata Pelajaran perlu memasukkan semula Nama Login dan Kata Laluan bagi tujuan pengesahan sekali lagi. Perlu diingatkan, Pengguna hanya dibenarkan mencuba sebanyak tiga (3) kali sahaja untuk memasuki sistem. Jika tidak, akses pengguna akan disekat dan pengguna perlu menghubungi pihak SUP atau PPD bagi memperolehi kata laluan semula. Langkah ini bertujuan untuk melindungi sistem dari pihak yang tidak berkenaan.
1. Masukkan nama login dan
kata laluan
2. Klik butang masuk
8
4.3 KEMASKINI PROFIL Bagi pengguna yang pertama kali login, perlu membuat kemaskini kata laluan yang baru. Ia bertujuan untuk keselamatan sistem serta melindungi data dalam sistem. Menu sistem yang dipaparkan pada bahagian kiri atas pada skrin di atas ialah <Laman Utama> dan <Keluar> sahaja.
Skrin jika kata laluan tidak sepadan untuk kemaskini profil. Sekiranya kata laluan tidak sepadan seperti yang diberikan, maka skrin seperti dibawah akan dipaparkan. Guru Mata Pelajaran perlu mengulangi langkah memasukkan kata laluan lama, kata laluan baru dan Ulangan kata laluan. Kata laluan baru dan Ulangan kata laluan yang dimasukkan juga perlu sepadan. Perlu diingatkan SEMUA ruangan kosong pada skrin ini PERLU DIISI oleh pengguna.
2. Isi ruangan kata laluan
1. Isi ruangan nama dan telefon bimbit
9
Jika proses kemaskini ini berjaya, pengguna akan dapat melihat mesej pengesahan penerimaan kemaskini kata laluan seperti skrin di bawah.
4.4 LAMAN UTAMA GURU MATA PELAJARAN Skrin Laman Utama Guru Mata Pelajaran akan memaparkan maklumat mengenai pengguna Guru Mata Pelajaran yang telah didaftarkan. Di sebelah kiri skrin pula memaparkan Menu Sistem yang boleh dicapai oleh Pengguna Guru Mata Pelajaran.
Mesej pengesahan
10
4.5 DAFTAR MURID DENGAN MATA PELAJARAN
4.5.1 PILIH MURID
Guru Mata Pelajaran perlu klik pada menu <Murid> dan kemudian klik pada submenu <Daftar Mata Pelajaran>. Kemudian skrin seperti di bawah akan dipaparkan. Guru Mata Pelajaran perlu memilih tahun taksiran,tahun, kelas dan mata pelajaran yang ingin didaftarkan keatas muridnya. Kemudian, tekan butang <Cari>.
1. Guru buat pilihan tahun taksiran,
Tahun,kelas dan mata pelajaran
2. Klik butang cari
11
Senarai murid yang berdaftar dalam tahun dan kelas yang dipilih akan dipaparkan seperti skrin dibawah. Setiap satu skrin akan memaparkan senarai sebanyak 25 orang murid sahaja. Guru perlu memilih murid yang diajarnya dari senarai murid tersebut dengan mengklik tanda √. Setelah pilihan murid dilakukan, tekan butang <Daftar>.
Jika terdapat tanda ' ' yang berwarna HIJAU, ini bermaksud murid tersebut belum didaftar atau bukan
senarai pelajar yang diajar. Sila pilih murid yang diajar dengan klik tanda ' ' untuk didaftarkan. Murid yang telah berjaya didaftarkan dengan mata pelajaran yang diajar oleh guru akan bertukar daripada HIJAU
kepada warna HITAM yang bermaksud murid telah didaftarkan. Jika tiada sebarang perubahan, tanda ' ' kekal berwarna hitam.
1. Tanda ' ' berwarna hitam bermaksud murid telah
didaftarkan
12
4.6 KEMASUKAN PRESTASI
4.6.1 Guru Mata Pelajaran perlu klik pada menu <Kemasukan Prestasi>, kemudian skrin seperti dibawah akan dipaparkan. Guru Mata Pelajaran perlu melengkapkan terlebih dahulu butiran tahun taksiran,bulan,tahun, kelas dan Mata Pelajaran. Setelah selesai, klik pada butang cari.
1. Guru memilih tahun taksiran, bulan, tahun, kelas dan mata pelajaran
2. Klik butang Cari
Klik butang OK untuk langkah
seterusnya
13
4.6.2. Seterusnya skrin seperti berikut akan dipaparkan. Ianya mengandungi butiran maklumat pelajar peserta kod band, kod deskriptor, kod evidens serta prestasi keseluruhan bagi Mata Pelajaran berdasarkan bulan yang dipilih.
4.6.3. Untuk mengetahui penerangan berkenaan maksud kod evidens dengan lebih terperinci,
pengguna Guru Mata Pelajaran perlu menghala kursor tetikus ke atas kod seperti E1, E2, E3 dan sebagainya. Jika tiada maklumat, pengguna dikehendaki membuat 'update' ke atas perisian Internet Explorer terlebih dahulu.
Prestasi bulan yang dipilih
Halakan kursor ke atas kod evidens yang dikehendaki untuk penerangan lebih
terperinci
14
4.6.4. Tandakan √ pada prestasi yang telah dicapai oleh murid. Setelah tandaan √ dilakukan, tekan
butang simpan.
Satu mesej akan dipaparkan dimana pengguna perlu mengesahkan sebarang kemasukan prestasi yang telah
dilakukan. Sebarang pindaan kemasukan prestasi tidak akan dibenarkan selepas butang <OK> di klik.
15
Jika Pengguna Guru Mata Pelajaran klik pada <Prestasi Keseluruhan>, ia akan menghubungkan terus ke skrin laporan Prestasi Murid. Contohnya adalah seperti di bawah.
Skrin Laporan Prestasi Murid akan terpapar.
Klik Prestasi Keseluruhan untuk ke pautan
Laporan Prestasi Murid
16
4.7 LAPORAN
4.7.1 SENARAI MURID
Pengguna perlu klik pada menu <Laporan>, kemudian klik pada sub menu <Senarai Murid>. Pilih tahun taksiran, bulan, tahun, kelas dan matapelajaran yang dikehendaki.klik butang <Cari>.
Senarai semua murid akan dipaparkan seperti di bawah. Sekiranya prestasi murid ingin dikemaskini, klik pada gambar .
Klik butang cari
Klik ikon untuk kemaskini prestasi murid
17
4.7.2 SENARAI MURID TIADA PRESTASI
Guru Mata Pelajaran perlu klik pada menu <Laporan>, kemudian klik pada sub menu <Senarai Murid Tiada Markah>.Pilih tahun taksiran, bulan, tahun, kelas dan mata pelajaran yang dikehendaki, klik butang <cari>.
Senarai semua murid yang tiada markah mengikut pilihan yang telah dimasukkan akan dipaparkan seperti di bawah. Sekiranya Guru Mata Pelajaran ingin membuat kemaskini prestasi murid, klik pada gambar .
Klik ikon untuk kemaskini prestasi murid
1. Guru pilih tahun, bulan, darjah kelas dan mata pelajaran
2. Klik butang cari
Klik ikon untuk kemaskini prestasi murid
18
4.7.3 LAPORAN PRESTASI MURID
Guru Mata Pelajaran perlu klik pada menu <Laporan>, kemudian klik pada sub menu <Laporan Prestasi Murid>, skrin di bawah akan dipaparkan. Pilih tahun taksiran, tahun, kelas dan mata pelajaran yang dikehendaki dan klik butang <Cari>.
1. Pilih butiran yang dikehendaki
2. Klik butang cari
19
Berikut ialah contoh skrin yang akan memaparkan maklumat laporan prestasi murid.
Prestasi Sumatif murid
Klik di sini untuk ke pautan skrin kemasukan prestasi murid
Prestasi Sumatif murid
Prestasi Formatif murid
20
4.8 CETAKAN
Apabila menu <Cetakan> diklik, skrin di bawah akan dipaparkan. Pilih sama ada cetak Pernyataan Pelaporan Prestasi Murid (Formatif) atau Pernyataan Pelaporan Prestasi Murid (Sumatif).
Klik untuk pilihan
cetakan
21
4.8.1 Pernyataan Pelaporan Prestasi Murid (Formatif)
Pada skrin ini, Guru Mata Pelajaran perlu memilih tahun taksiran, bulan, tahun, kelas dan mata pelajaran. Kemudian, tekan butang <Semak>. Sebelum membuat cetakan, pastikan Guru Mata Pelajaran mempunyai perisian Adobe Acrobat Reader pada komputer/Laptop. Jika tiada, sila muat turun perisian tersebut terlebih dahulu dengan klik pada perkataan 'Get Adobe Reader' pada ruangan menu di bahagian kiri skrin
Contoh cetakan akan dipaparkan dalam bentuk file .pdf seperti dibawah.
Pilih butiran yang
dikehendaki
Klik butang semak
22
4.8.2 Pernyataan Pelaporan Prestasi Murid (Sumatif) Pada skrin ini, Guru Mata Pelajaran perlu memilih tahun, bulan, darjah, kelas dan mata pelajaran. Kemudian tekan butang <Semak>. Sebelum membuat cetakan, pastikan Guru Mata Pelajaran mempunyai perisian Adobe Acrobat Reader pada komputer/Laptop. Jika tiada, sila muat turun perisian tersebut terlebih dahulu dengan klik pada perkataan 'Get Adobe Reader' pada ruangan menu di bahagian kiri skrin
Cetakan akan dipaparkan dalam bentuk file .pdf seperti dibawah.
Pilih butiran yang
dikehendaki
Klik butang semak
23
4.8.3 Setup komputer windows XP bagi capaian pelaporan Bahasa Cina & Bahasa Arab
1. Setup ini diperlukan agar pelaporan Bahasa Cina dan Arab (tulisan cina dan jawi ) boleh dibaca oleh PC. 2. Klik Start>Control Panel
3. Klik menu Date,Time,Language and Regional Options
24
4. Klik menu Regional and Language Options
5. Pilih Tab Languages
6. Untuk pelaporan bahasa Arab, tandakan √ pada :
6.1 Install files for East Asian languages 7. Skrin di bawah akan dipaparkan dan klik OK
25
8. Untuk pelaporan bahasa Cina, tandakan √ pada : 8.1 Install file for complex script and right-to-left languages (including Thai) 9. Skrin di bawah akan dipaparkan dan klik OK
10. Kemudian Klik Apply 11. Paparan kemasukan CD Windows XP akan dipaparkan. Masukkan CD Windows XP
mengikut services pack yang di install dalam komputer dan klik OK
26
12. Klik Browse dan cari fail AGT040D.DL_ di dalam CD Windows XP berkenaan dan klik Open
13. Klik OK seperti pada skrin dibawah
27
14. Sekiranya setup tidak dapat mencari fail kbdpash.dll, maka klik Cancel
15. Sekiranya skrin dibawah dipaparkan, maka klik YES
28
16. Sekiranya setup tidak dapat mencari fail kbdnepc.dll, maka klik Cancel
17. Sekiranya skrin dibawah dipaparkan, maka klik YES
29
18. Klik Browse dan cari fail MSDLG874.FO_di dalam CD Windows XP berkenaan dan klik Open
30
19. Klik Browse dan cari fail IMJPCIC.DL_ di dalam CD Windows XP berkenaan dan klik Open
31
20. Klik Browse dan cari folder LANG di dalam CD Windows XP berkenaan dan klik OK
21. Klik YES untuk restart computer
32
22. Setelah komputer restart, pelaporan Bahasa Cina dan Arab akan boleh dipaparkan seperti di bawah 23. Pelaporan Bahasa Cina
24. Pelaporan Bahasa Arab
33
4.9 PENGGUNA
4.9.1 KEMASKINI PROFIL
1. Pada menu ini terdapat sub menu <Kemaskini Profil> dimana pengguna Guru Mata Pelajaran boleh
membuat kemaskini kata laluan.
2. Apabila sub menu <Kemaskini Profil> diklik, Skrin di bawah akan dipaparkan. Pengguna Guru Mata Pelajaran boleh memilih untuk membuat kemaskini kata laluan sekiranya perlu.
2. Klik butang kemaskini
1. Masukkan kata laluan
34
4.10 BANTUAN
3.10.1 PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI
Guru Mata Pelajaran perlu klik pada menu <Bantuan>, kemudian klik pada sub menu <Pegawai Yang Boleh Dihubungi>, maka paparan berkenaan pegawai yang boleh dihubungi oleh Guru Mata Pelajaran akan dipaparkan. 4.10.2 MANUAL PENGGUNA
Guru Mata Pelajaran perlu klik pada menu , kemudian klik pada submenu <Manual Pengguna>, maka manual pengguna Guru Mata Pelajaran akan dipaparkan.
4.11 KELUAR
Apabila menu <Keluar> diklik, Guru Mata Pelajaran tidak dapat mencapai segala proses yang boleh dilakukan di dalam sistem. Guru Mata Pelajaran perlu memulakan semula proses dengan memasukkan nama login dan kata laluan sekiranya hendak memasuki sistem.
Recommended