Struktur Bahasa Melayu
Huraikan persamaan dan perbezaan pandangan antara Asmah (2008/1993) dan Nik Safiah Karim et al (2008) tentang gejala alomorf bagi morfem awalan meN / peN dalam tatabahasa Bahasa Melayu.
PENGENALAN
Konsep dan Definisi
Sebelum kajian ini dimulakan, perlu diperkenalkan definisi-definisi yang penting
dalam morfologi atau kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa.Antara
istilah-istilah yang berkait rapat dalam morfologi ialah fonem, morfem dan alomorf.
Fonem merupakan unit bahasa yang terkecil yang membezakan makna seperti
huruf d dan t dalam perkataan pedang dan petang. Fonem /d/ dan /t/ adalah unit yang
terkecil yang dapat membezakan makna tetapi kedua-dua /d/ dan /t/ tidak mendukung
makna. Ini berbeza dengan definisi morfem.
Morfem merupakan unit nahu yang terkecil yang mempunyai makna
seperti dalam contoh perkataan makan dan makanan. Dua perkataan ini menunjukkan
persamaan dan perbezaan antara makna yang didukungnya. Persamaannya ialah pada
makna yang didukung oleh makan dalam kedua-dua perkataan itu. Perbezaannya pula
ialah keseluruhan makna kata makanan berbeza dengan keseluruhan makna makan.
Yang menimbulkan perbezaan itu ialah akhiran –an yang merupakan morfem. Maka
dengan itu makanan mempunyai morfem makan dan –an yang masing-masing
mempunyai maknanya tersendiri.
Alomorf pula merupakan varian morfem. Sesuatu morfem diwujudkan
dalam bentuk fonologi sebagai suku kata, dan suku kata pula diwujudkan oleh fonem.
Yang kita dengar apabila disebut sesuatu kata, kata dasar atau morfem terikat ialah
kewujudan yang sebenar. Kewujudan inilah yang dinamakan alomorf dalam ilmu
linguistik. Misalnya, awalan me(N)- mempunyai banyak alomorf iaitu me-, mem-, men-,
meny-, meng- dan menge-. Begitu juga dengan awalan pe(N) yang mempunyai alomorf
pe-, pem-, pen-, peny-, peng- dan penge-.
Batasan Kajian
Kajian ini akan membataskan perbincangan kepada pandangan Prof.
Emeritus Datuk Dr. Asmah Haji Omar dan Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim
perihal morfem yang memfokuskan kepada pengimbuhan awalan me(N). Dalam kajian
ini akan dijelaskan pandangan serta pendapat kedua-dua penulis serta menghuraikan
apakah persamaan dan perbezaan yang ketara antara kedua-dua penulis ini.
Bahan Kajian
Kajian ini akan menumpukan pandangan dan pendapat yang terkandung
dalam dua buah buku yang terkini iaitu Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima oleh Asmah
Haji Omar (2009) dan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga oleh Nik Safiah Karim et al
(2009).
ISI DAN PERBINCANGAN
Nik Safiah Karim serta rakan-rakan seperjuangannya dalam buku
Tatatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2009 hlm 43), mendefinisikan morfem sebagai unit
yang terkecil dalam bahasa yang mempunyai fungsi gramatis atau menjalankan tugas
nahu. Morfem terbahagi kepada morfem bebas dan morfem terikat. Morfem bebas ialah
morfem yang dapat wujud bersendirian manakala morfem terikat hanya wujud bersama-
sama morfem lain kerana morfem terikat tidak boleh wujud tanpa kata dasar (ibid, hlm
44). Antara contoh morfem bebas ialah rumah, sekolah dan ajar. Perkataan-perkataan
ini dapat berdiri dengan sendiri dan dapat mendukung makna yang tersendiri tanpa
memerlukan bantuan perkataan atau morfem lainnya. Dalam perkataan tersenyum,
memasak dan pengelap pula, terdapat morfem terikat bagi setiap perkataan itu iaitu ter-
dalam tersenyum, me- dalam memasak dan penge- dalam pengelap. Morfem-morfem
terikat yang tersenarai ini memerlukan kata atau morfem lain untuk mendukung makna.
Dalam erti kata yang lain, morfem terikat ter- memerlukan morfem senyum untuk
menjadikan perkataan tersenyum itu bermakna. Terdapat morfem terikat ter- dan
morfem bebas senyum dalam perkataan tersenyum.
Menurut Nik Safiah Karim, perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu
terdiri daripada kata dasar dan kata bentuk terbitan. Kata dasar merupakan bentuk kata
terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan manakala kata bentuk terbitan ialah
bentuk yang dihasilkan daripada proses memperluas kata dasar tadi melalui berbagai-
bagai cara pembentukan kata. Proses inilah yang dinamakan imbuhan. Dalam proses
imbuhan, atau penambahan unit-unit bahasa yang tertentu, akan berlakunya perubahan
makna nahu. Imbuhan terbahagi kepada awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem
kosong dan bentuk fleksi. Dan kajian ini akan hanya memberikan tumpuan kepada
imbuhan awalan khususnya awalan me(N).
Jika Nik Safiah membahagikan morfem kepada morfem terikat dan morfem
bebas, Asmah Haji Omar pula merincikan lagi pembahagian morfem atau varian
morfem ini kepada dua jenis iaitu alomorf lingkungan dan alomorf bebas. Rincian ini
merupakan perbezaan yang amat ketara dalam perbezaan pendapat dan pandangan
kedua-dua penulis.
Menurut Asmah Haji Omar, alomorf lingkungan adalah alomorf yang wujudnya itu
didasarkan pada lingkungan-lingkungan tertentu seperti lingkungan fonologi, lingkungan
nahu atau lingkungan leksikal. Salah satu ciri alomorf lingkungan ini ialah saling
menyisihkan. Alomorf lingkungan fonologi merupakan alomorf yang wujudnya
ditentukan oleh ciri bunyi atau ciri-ciri fonologi yang ada di sekitarnya. Alomorf
lingkungan nahu pula ditentukan oleh ciri-ciri nahu sementara alomorf lingkungan
leksikal pula ditentukan oleh ciri-ciri perbendaharaan kata.
a. Alomorf Lingkungan Nahu
Prof Asmah menjelaskan (ibid, hlm 10) bahawa untuk alomorf jenis ini, ditentukan oleh
ciri-ciri nahu seperti dalam perkataan tertawa.
Perkataan Proses Imbuhantertawa tiada pengguguran mentertawakan
tulis t digugurkan menulis
Tiada pengguguran huruf t dalam perkataan mentertawakan manakala huruf t akan
digugurkan dalam perkataan menulis. Ini disebabkan ter- dalam perkataan
mentertawakan adalah awalan dan pengekalan t akan mempertahankan kedudukan ter-
sebagai awalan. Dalam erti kata lain, terdapat dua penambahan dalam perkataan
mentertawakan iaitu penambahan pertama, awalan ter- dan diikuti dengan
penambahan kedua, awalan men-. Manakala huruf t akan digugurkan dalam perkataan
menulis kerana awalan men- merupakan awalan yang diterima oleh kata dasar tulis.
a. Alomorf Lingkungan Leksikal
Alomorf jenis ini ditentukan oleh ciri-ciri perbendaharaan kata seperti dalam perkataan
belajar.
Kata Dasar Proses awalan Perkataanajar bel- belajarkerja be- bekerja
Hanya perkataan belajar sahaja yang menerima proses awalan bel-. Dalam erti kata
yang lain, ajar hanya boleh menerima proses awalan bel- sahaja. Begitu juga dengan
perkataan kerja yang hanya menerima be- dan tidak ber- atau bel-.
c. Alomorf Bebas
Menurut Prof Asmah, alomorf bebas merupakan alomorf yang boleh
menggantikan satu sama lain. (ibid, hlm 10) Dalam penggunaan bahasa lisan,
perkataan tedaya dan terdaya seringkali kita ucapkan. Dalam bentuk lisan, timbul
alomorf bebas te- dan ter-. Perlu ditegaskan bahawa untuk bahasa tulisan, perkataan
daya hanya menerima alomorf ter- dan bukan alomorf te-.
Jika Nik Safiah mengkategorikan morfem kepada morfem terikat dan morfem
bebas, fungsi alomorf lingkungan oleh Asmah Haji Omar, yang dirincikan lagi dan
terkandung di dalamnya tiga bahagian iaitu fonologi, merupakan ciri-ciri alomorf yang
menentukan morfem.
Berdasarkan penerangan yang terkandung dalam Nahu Melayu Mutakhir ,
Asmah Haji Omar juga membahagikan morfem kepada morfem bebas dan morfem
terikat. Sama seperti Nik Safiah Karim, definisi morfem bebas adalah morfem yang
boleh berdiri sendiri sebagai satu kata atau sebagai ayat minimal. Sementara Morfem
terikat pula merupakan morfem yang memerlukan bantuan morfem lain untuk
membentuk kata (2009, hlm 13).
PENGIMBUHAN dan PENAMBAHAN
Menurut Nik Safiah Karim serta rakan-rakannya dalam Tatabahasa
Dewan (2009 hlm 57), Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang tergolong ke
dalam jenis bahasa aglutinatif atau bahasa yang bersifat derivatif. Perkataan-perkataan
dalam bahasa ini terbentuk melalui proses pengimbuhan atau penggabungan morfem
kata dasar dengan morfem imbuhan yang digabungkan secara serentak.
Nik Safiah Karim mendefinisikan imbuhan sebagai unit-unit bahasa tertentu yang
ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya
(ibid, hlm 45). Bentuk awalan merupakan salah satu bentuk yang tercakup dalam
pengimbuhan selain daripada akhiran, apitan dan sisipan. Menurut pandangan
Asmah Haji Omar dalam bukunya Nahu Melayu Mutakhir, istilah yang digunakan ialah
penambahan. Penambahan didefinisikan sebagai proses dimana sesuatu morfem
terikat itu ditambahkan atai ditempelkan kepada morfem bebas (ibid, hlm 25) Proses ini
terdiri daripada empat jenis iaitu penambahan awalan, penambahan akhiran,
penyisipan dan penambahan serentak awalan dan akhiran.
Dari penerangan ini, terdapat perbezaan istilah yang digunakan oleh
kedua-dua penulis ini. Asmah Haji Omar menggunakan istilah penambahan manakala
Nik Safiah Karim pula menggunakan istilah ‘pengimbuhan’. Walaupun istilah yang
digunakan berbeza, tetapi maksud istilah penambahan dan pengimbuhan adalah sama.
Kedua-dua istilah ini menerangkan proses penerimaan atau gandingan morfem terikat
dengan morfem bebas. Selain daripada definisi istilah yang digunakan membawa erti
yang sama, kedua-dua penulis ini mengklasifikasikan ‘penambahan’ dan ‘pengimbuhan’
kepada empat jenis iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Menurut Nik Safiah Karim et al, dalam proses pengimbuhan, lahirlah bentuk
perkataan yang disebut kata terbitan (2009, hlm 67). Dan kata terbitan ini terbahagi
kepada empat iaitu kata terbitan awalan, akhiran, apitan dan sisipan (2009, hlm 72)
Imbuhan me(N) merupakan salah satu kata terbitan berawalan yang wujud dalam kata
kerja.
Menurut Asmah Haji Omar pula, penambahan boleh berlaku pada tempat-
tempat tertentu iaitu penambah awalan, akhiran, sisipan dan penambah terbahagi.
Penambah boleh dikategorikan berdasarkan fungsinya dalam kata. Asmah Haji Omar
berpendapat bahawa kata kerja terdapat dalam bentuk akar, berlapis, majmuk dan
gandaan. Kata Kerja dalam bentuk akar merupakan kata kerja yang hanya terdiri
daripada satu morfem bebas dan tidak terdapat padanya sebarang penambah,
misalnya, tiup, bangun, alir, duduk dan sebagainya. Kata Kerja Berlapis pula
merupakan kata kerja yang terdiri daripada satu morfem bebas dan sekurang-
kurangnya satu morfem terikat, atau yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua
morfem terikat (2009, hlm 135). Bentuk berlapis untuk kata kerja ini dihasilkan dengan
proses penambahan dan penambah me(N) merupakan salah satu penambah yang
menghasilkan kata kerja berlapis.
Terdapat persamaan dalam proses penambahan atau pengimbuhan.
Kedua-dua penulis mengklasifikasikan penambahan atau pengimbuhan ini berlaku
pada bahagian awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Yang membezakan kedua-dua
penulis ini ialah istilah yang berbeza untuk menerangkan proses Kata Nama Terbitan.
Asmah Haji Karim menggunakan istilah ‘kata kerja berlapis’ manakala Nik Safiah Karim
menggunakan istilah ‘kata kerja terbitan’. Selain perbezaan penggunaan istilah, kedua-
dua penulis ini bersetuju bahawa penambah me(N) atau imbuhan me(N) menghasilkan
kata kerja berlapis atau kata kerja terbitan.
1a) Pandangan Nik Safiah Karim et al dalam Tatabahasa Dewan
Alomorf bagi morfem awalan me-
Awalan meN- ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama ada
transitif atau tak transitif. Awalan ini mempunyai empat varian iaitu me-, mem-, men-
dan meng-. Varian awalan meN- ini bergantung kepada huruf pertama kata dasar yang
bercantum dengannya. Awalan me- dipengaruhi oleh bunyi atau fonem pertama dalam
kata dasar yang bermula dengan huruf l, m, n, ny, ng, r, w dan y seperti dalam contoh
perkataan-perkataan yang berikut:
Awalan me- (ibid, hlm 151)Huruf Kata dasar Imbuhan me-
awall lawan melawan
m masak memasakn nanti menantiny nyala menyalang nganga mengangar rayu merayuw wangi mewangiy yakin meyakin(kan)
Ditambahkan juga ke dalam jenis ini kata dasar yang bermula dengan
huruf p, t, k dan s. Huruf pertama dalam kata dasar berubah menjadi bentuk sengau
yang sama daerah artikulasinya iaitu m menggantikan p, n menggantikan t, ng
menggantikan k dan ny menggantikan s.
Awalan me- (ibid, hlm 152)Hurufawal
Kata dasar Digugurkan Digantikan Imbuhan me-
p pesan p m memesanpukul memukul
t tetap t n menetaptari menari
k karang k ng mengarangkata mengata
s salin s ny menyalinsinar menyinar
1b) Pandangan Asmah Haji Omar dalam Nahu Melayu Mutakhir
Alomorf bagi morfem awalan me-
Terdapat perbezaan yang ketara dalam senarai varian me(N)- pada pandangan
Asmah Haji Omar. Jika Nik Safiah menyenaraikan hanya empat varian me(N)- iaitu
me-, mem-, men- dan meng-, Asmah Haji Omar menyenaraikan enam varian me(N)-
dalam Nahu Melayu Mutakhir iaitu tambahan meny- dan menge- (2009, hlm 9).
Menurut Asmah Haji Omar, morfem awalan me dipengaruhi oleh bunyi
atau fonem pertama dalam kata dasar yang bermula dengan huruf l, m, ng, ny, m dan w
seperti dalam contoh perkataan-perkataan yang berikut:
Awalan me- (ibid, hlm 9)Hurufawal
Kata dasar Imbuhan me-
l lukis melukism masak memasakng nganga mengangany nyanyi menyanyir raung meraungw warna mewarna
Terdapat perbezaan pandangan dalam senarai huruf yang memerlukan
imbuhan me-. Menurut Asmah Haji Omar, huruf n dan y tidak termasuk dalam senarai
bunyi atau fonem pertama dalam kata dasar yang memerlukan imbuhan me. Selain
perbezaan huruf n dan y, terdapat juga perbezaan pendapat serta pandangan oleh
Asmah Haji Omar dengan kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s.
Lazimnya kata dasar yang bermula dengan huruf n dan y dalam Bahasa
Melayu merupakan perkataan yang memerlukan bukan sahaja awalan me- tetapi
akhiran –i atau –kan, kecuali perkataan nanti.
Huruf
awal
Kata dasar Imbuhan me-
nanti
menanti
menantikan
naik
menaiki
menaikkannafi menafikan
n
nasihat
menasihati
menasihatkan
nama
menamai
menamakannikmat menikmatinoda menodai
y yakin
meyakini
meyakinkan
Tidak terdapat kata dasar yang lain selain daripada perkataan yakin, yang bermula
dengan huruf y yang tersenarai dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) yang
menerima imbuhan me-.
2a) Pandangan Nik Safiah Karim et al dalam Tatabahasa Dewan
Alomorf bagi morfem awalan mem-
Awalan meN- menjadi mem- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula
dengan huruf b, perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf f, p dan v serta gugus
konsonan yang bermula dengan huruf b dan p.
Awalan mem- (ibid, hlm 152)Huruf
awal
Kata dasar Imbuhan mem-
b
beri memberibantu membantubilas membilas
Perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf f,p dan v yang mengekalkan huruf
pertamanya untuk mempertahankan etimologi kata asalnya seperti:
Awalan mem- (ibid, hlm 153)Huruf Kata dasar Imbuhan mem-
awal
f
fitnah memfitnahfatwa memfatwa(kan)
v veto memveto
p
pamer mempamer(kan)popular Mempopular(kan)proses memprosespraktik mempraktikplaster memplaster
b
blok memblokbrek membrek
Menurut Nik Safiah, terdapat beberapa perkataan yang bermula dengan huruf p yang
menerima awalan mem- seperti contoh:
Awalan mem- (ibid, hlm 153)Huruf
awal
Kata dasar Imbuhan mem-
p
pelopor mempelopor(i)pelawa mempelawapercaya mempercaya(i)punya mempunya(i)peduli mempeduli(kan)
2b) Pandangan Asmah Haji Omar dalam Nahu Melayu Mutakhir
Alomorf bagi morfem awalan mem-
Hanya terdapat perbezaan pada pandangan Asmah Haji Omar perihal kata dasar
yang bermula dengan huruf p. Tiada pengguguran yang berlaku dalam proses
penambahan yang lain kecuali huruf p seperti dalam perkataan-perkataan yang berikut:
Awalan mem- (ibid, hlm 9)Huruf
awal
Kata dasar Pengguguran Imbuhan mem-
pukul memukul
p p digugurkan
panjat memanjatpusing memusing(kan)putar memutar(kan)
pandang memandangb bancuh
Tiada pengguguran
membancuhf fail memfailv variasi memvariasi
3a) Pandangan Nik Safiah Karim et al dalam Tatabahasa Dewan
Alomorf bagi morfem awalan men-
Awalan meN- menjadi men- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang
bermula dengan huruf d, c, j, sy dan z, perkataan yang bermula dengan huruf t,s serta
perkataan pinjaman yang mengandungi gugus konsonan yang juga bermula dengan
huruf t dan s.
Awalan men- (ibid, hlm 153)Huruf
awal
Kata dasar Imbuhan mem-
d
deru menderudayung mendayungduga menduga
c
cari mencaricuci mencuci
j
jemur menjemurjaja menjaja
sy
syarat mensyarat(kan)syukur mensyukur(i)
z
ziarah menziarah(i)zalim menzalim(i)
Terdapat juga perkataan pinjaman yang mengekalkan huruf pertamanya
untuk mempertahankan etimologi kata asalnya iaitu:
Awalan men- (ibid, hlm 154)Huruf
awal
Kata dasar Imbuhan mem-
t
tadbir mentadbirtafsir mentafsirtakrif mentakrif
tauliah mentauliahterjemah menterjemah
transkripsi mentranskripsi
s
sintesis mensintesisswasta menswastastabil menstabilskru menskru
Terdapat dua kecualian pada bentuk kata dasar iaitu ternak dan tertawa
yang menerima awalan men- tanpa berlaku pengguguran.
Awalan men- (ibid, hlm 154)Huruf
awal
Kata dasar Imbuhan mem-
t
ternak menternaktertawa mentertawa(kan)
3b) Pandangan Asmah Haji Omar dalam Nahu Melayu Mutakhir
Alomorf bagi morfem awalan men-
Morfem awalam men- pula dipengaruhi oleh kata dasar yang bermula dengan s,
t, c dan d. Hanya huruf s dan t sahaja yang gugur sewaktu proses penambahan seperti
dalam contoh perkataan-perkataan berikut:
Awalan men- (ibid, hlm 9)Huruf
awal
Kata dasar Pengguguran Imbuhan men-
s saman s digugurkan menyamant tanda t digugurkan menandac cantas Tiada
pengguguranmencantas
d dongak mendongak
4a) Pandangan Nik Safiah Karim et al dalam Tatabahasa Dewan
Alomorf bagi morfem awalan meng-
Awalan meN- menjadi meng- apabila digabungkan dengan kata dasar yang
bermula dengan huruf g, gh, kh dan h (bunyi konsonan) dan semua huruf vokal.
Awalan meng- (ibid, hlm 155)Huruf
awal
Kata dasar Imbuhan mem-
g
gali menggaligulung menggulung
gh
ghairah mengghairahghaib mengghaib(kan)
kh
khusus mengkhususkhayal mengkhayal
h
hantar menghantarheret mengheret
a
ambil mengambilalir mengalir
e
ejek mengejekembun mengembun
elak mengelaki ikut mengikut
ikat mengikato olah mengolah
u ulang mengulangulit mengulit
Menurut Nik Safiah, perkataan pinjaman yang huruf pertamanya huruf k, tidak akan
mengalami pengguguran demi mempertahankan etimologi kata asalnya seperti berikut:
Awalan meng- (ibid, hlm 155)Huruf
awal
Kata dasar Imbuhan mem-
k
kabul mengkabul(kan)kanun mengkanun(kan)katalog mengkatalog(kan)kategori mengkategori(kan)
klasifikasi mengklasifikasi(kan)kritik mengkritik
Nik Safiah dan rakan-rakan seperjuangannya telah mengklasifikasikan menge- dalam
penjelasan imbuhan meng-. Imbuhan meng- akan bertukar menjadi menge- apabila
diimbuhkan pada kata dasar yang bersuku kata satu, baik perkataan Melayu mahupun
kata pinjaman seperti:
Awalan menge- (ibid, hlm 155)Kata dasar Imbuhan mem-
cat mengecatbom mengebomsah mengesahpos mengepostin mengetinkod mengekod
Berdasarkan penerangan Nik Safiah Karim, terdapat pengecualian pada kata pinjaman
yang bermula dengan gugus konsonan iaitu meng- tidak berubah menjadi menge-
seperti dalam contoh:
Awalan meng- (ibid, hlm 155)Kata dasar Imbuhan meng-
stor mengstorbrek mengbrekklip mengklip
4b) Pandangan Asmah Haji Omar dalam Nahu Melayu Mutakhir
Alomorf bagi morfem awalan meng-
Seperti Nik Safiah Karim, Asmah Haji Omar juga berpendapat bahawa morfem
awalan meng- dipengaruhi oleh kata dasar yang bermula dengan huruf k, g, h, kh, gh
dan semua vokal. Hanya huruf k yang akan gugur dalam proses penambahan seperti
dalam perkataan-perkataan berikut:
Awalan meng- (ibid, hlm 9)Huruf
awal
Kata dasar Imbuhan meng-
k kunci menguncig gari menggarih halau menghalaukh khatam mengkhatamgh ghairah mengghairaha ambil mengambile eram mengerami ikut mengikuto olah mengolahu upah mengupah
Walaupun, penerimaan imbuhan menge- akan berlaku sekiranya digabungkan
dengan kata dasar yang mempunyai satu suku kata, seiring dengan pendapat Nik
Safiah, Asmah Haji Omar pula berpendapat bahawa imbuhan menge- merupakan salah
satu varian yang tersendiri dalam alomorf me(N).
Morfem awalan menge- ditentukan oleh kata dasar yang mempunyai satu suku
kata seperti contoh perkataan-perkataan yang diberikan.
Awalan menge-Satu suku kata Imbuhan menge-
bom mengebomcam mengecamcat mengecathad mengehadpos mengepos
Lazimnya, pengguguran konsonan pertama dalam alomorf me(N) itu merupakan fonem
yang tidak bersuara.
Menurut pandangan dan penerangan Asmah Haji Omar dalam bukunya
Nahu Melayu Mutakhir (2009, hlm 9), awalan meny- dipengaruhi oleh kata dasar yang
bermula dengan s dan c. Dalam proses penambahan, hanya huruf s yang akan gugur
seperti dalam senarai di bawah.
Awalan meny-Huruf
awal
Kata dasar Imbuhan meny-
s
sesuai menyesuaisalah menyalahsahut menyahut
Tiada pula kata dasar yang bermula dengan huruf c yang menerima imbuhan
meny- dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Tiada penjelasan yang diberikan oleh Nik
Safiah Karim mengenai imbuhan awalan meny-.
Rumusan
Proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses
penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam
kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan.
Berlandaskan kajian yang telah dibentangkan ini, bahasa Melayu mampu berkembang
dan berevolusi berlandaskan teori dan pendekatan yang ada sejajar dengan peredaran
semasa. Walaupun terdapat dua cendekiawan yang menzahirkan pendapat dan
pandangan yang bercambah, ianya merupakan sumber rangsangan serta
memperkayakan pemikiran setiap pembaca terutama sekali kepada penuntut yang ingin
mendalami bidang ini.
Asmah Haji Omar, 2009. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Asmah Haji Omar, 2008. Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood, 2009.
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
2007. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
http://hardiaziqin.blogspot.com/2011/10/struktur-bahasa-melayu.html