7/25/2019 SYARAT Kemasukan Taska KEMAS
1/1
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
KE TASKA PERMATA KEMAS TAHUN 2017
1. Kanak-kanak yang mempunyai statusWarganegara Malaysiasahaja.
2. Terbuka untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun.
3. Permohonan kemasukan ke Taska PERMATA KEMAS tahun 2017 akan dibuka
mulaiJun hingga Oktober 2016.
4. Borang permohonan boleh dimuat turun melalui portak Jabatan Kemajuan
Masyarakat (http://www.kemas.gov.my) serta di semua Taska PERMATA
KEMAS.
5. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu minimum 10orang dan maksimum 30 orang (mengikut keluasan dalaman sesebuah kelas
iaitu 3.5 meter bagi seorang kanak-kanak).
6. Nisbah seorang Pemaju Masyarakat adalah 5 6 orang kanak-kanak.
7. Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan
hendaklah dihantar terus ke Taska PERMATA KEMAS yang berdekatan.
8. Pihak Jawatankuasa Pemilihan Tabika akan mengeluarkan surat jawapan
Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.
9. Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat-
lewatnya padaminggu kedua bulan November 2016.
Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran :-
1. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
2. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
3. Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
4. Dua (2) keeping gambar kanak-kanak berukuran passport.
5. Rekod kesihatan kanak-kanak.
(Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan)
http://www.kemas.gov.my/http://www.kemas.gov.my/