Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual
Tahun : 4
Bidang : Membentuk dan membuat binaan
Aktiviti : Mobail
Tajuk : Buah - buahan
Masa : 60 minit
Objektif Modul : Guru dapat mengajar murid menghasilkan mobail
buah – buahan dengan menggunakan kertas lukisan.
Objektif Pengajaran
Dan Pembelajaran : Pada akhir pelajaran murid dapat :
1. memilih gambar buah – buahan dari
komputer.
2. menghasilkan mobail buah-buahan dengan
menggunakan teknik cantuman.
Keperluan : 1. Alat : Komputer, gunting
2. Bahan : kad manila, benang, gam, lidi
3. Rujukan: Buku Sumber Pendidikan Seni, HSP,
Print Artist.
Prosedur 1. Guru menentukan aras pembelajaran dalam Pengajaran dan
Pembelajaran.
2. Guru perlu merancang strategi pengajaran dan pembelajaran
dengan menerapkan Teori Konstruktivisme dan ICT.
3. Pengajaran dimulakan dengan memperdengarkan lagu ‘ buah –
buahan’ dan diikuti dengan sesi soal jawab.
4. Tunjuk cara dan bimbingan.
5. Pembelajaran diakhiri dengan Sesi Apresiasi dan
Refleksi.
BUTIRAN KEGIATAN
HASIL PEMBELAJARAN
STRATEGI PEMBELAJARAN
Set Induksi : Guru memperdengarkan lagu ‘buah – buahan’ Bersoal jawab tentang buah – buahan
Murid menghayati lagu dan menyenarai buah-buahan dan menamakan pelbagai buah-buahan yang diketahui.
TKP – visual muzik
Aktiviti 1 : Mendapatkan gambar buah buah dari perisian computer sebagai panduan untuk melakar ( Perisian Print Artist )
Aras 1 : Murid memilih gambar buah – buahan yang sesuai dari komputer.
Kemahiran ICT
Aktiviti 2 : Guru menunjukkan cara-cara menghasilkan mobail buah-buahan.
- melakar - mewarna - menggantung
Aras 2 : Murid mengetahui langkah-langkah menghasilkan mobail buah-buahan
KBKK – kritis Mengikut urutan
Aktiviti 3 : Guru membimbing murid menghasilkan mobail dengan mengutamakan konsep imbangan
Aras 3 : Murid membuat mobail buah-buahan
KBKK – kreatif Menjana idea
Apresiasi dan refleksi : Guru meminta murid menggantung hasilan seni mereka
Murid – murid menilai keupayaan diri dan rakan
TKP verbal linguistic
Recommended