T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 1
ABSTRAK
Kajian ini membincangkan mengenai tarian tradisional di Malaysia dengan memberi
fokus kepada bagaimana kedudukan tarian tradisional ini dalam konteks masyarakat negara
Malaysia yang berbilang kaum. Pertumbuhan dan perkembangan tarian tradisional di Malaysia
berkaitrapat dengan antropologi tariannya. Namun struktur koreografinya menjadikannya
sebagai satu tanda yang membantu perkembangan ciri-ciri kemasysrakatan dan kebudayaan
kebangsaan Malaysia masa kini. Keterkaitan seni persembahan tarian dalam masyarakat dikenal
pasti sebagai mengandungi dinamisme masyarakat, kebudayaan, keseniaan, bangsa, suku, adat
istiadat, norma, etika dan nilai yang berlaku dalam masyarakat Malaysia itu sendiri. Seni tari
merupakan warisan budaya yang menghiasi keunikan kaum-kaum di Malaysia sama ada orang
Melayu,orang Cina,orang India,dan bumiputra Sabah dan Sarawak. Tarian-tarian yang
dipersembahkan oleh kaum-kaum tersebut benar-benar eksotik dan menawan apabila ianya
ditambah dengan gerak anggota badan yang dilakukan dengan lemah lembut sambil diiringi
dengan bunyian muzik. Kaedah penyelidikan yang kami gunakan adalah seperti sumber bertulis
seperti buku, majalah, risalah-risalah, kajian perpustakaan, melayari internet serta menemu bual
beberapa individu yang berpengalaman dalam tarian ini yang boleh memberi maklumat dalam
pengkajian
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 2
1.0 PENGENALAN
TARIAN 1 MALAYSIA
Definisi tarian dari segi bahasa ialah gerakan badan serta tangan dan kaki berirama
mengikut rentak muzik (Kamus Dewan, Edisi Ketiga), manakala tafsiran ahli sejarah pula
mendefinisikan seni tari sebagai gerakan yang berirama (C.Sachs). Tarian boleh diertikan
sebagai seni lakon dibawah unsur kesenian dan dilihat dibawah aspek kebudayaan. Ianya dapat
dizahirkan melalui sebarang gerakan yang dapat melambangkan kebudayaan sesuatu masyarakat
dan gerakan yang dilakukan pula menggambarkan perasaan jiwa manusia.
Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis tarian sama ada dari segi tarian berbentuk tradisional
mahupun kontemporari. Tarian tradisional merangkumi beberapa tarian yang mengikut etnik
dan ada juga yang mewakili kenegerian. Tarian tradisional pula walaupun di telan zaman, ia
masih ditarikan di dalam acara-acara kesenian mahupun majlis-majlis kenamaan.
Mahupun begitu, tarian tradisional sering dihubungkaitkan dengan semangat ritual dan
mistik. Sejajar dengan proses globalisasi, kemasukan tarian kontemporari dari negara barat
semakin menular dalam kalangan masyarakat Malaysia dan amat digemari oleh anak-anak muda
masa kini. Kebiasaannya, tarian seringkali dikaitkan dengan iringan muzik. Tarian dan muzik
bagaikan ritma yang tidak dapat dipisahkan. Selain itu, tarian juga dapat dijadikan sebagai suatu
alat yang dapat mengeratkan perhubungan sesama manusia disamping memuliharanya agar ia
tidak ditelan zaman.
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 3
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
1) Menambahkan pengetahuan tentang tarian tradisional dalam kalangan masyarakat
Malaysia mengikut adat kaum masing-masing.
2) Memberi pendedahan dalam mengenali dan memahami asal usul tarian tradisional seperti
tarian zapin, tarian lilin (masyarakat Melayu), tarian singa, tarian kipas (masyarakat cina),
tarian bharata natyam, tarian giddha (masyarakat india), tarian ngajat (masyarakat iban),
dan lain-lain lagi.
3) Memupuk minat generasi muda untuk mengetahui kekayaan khazanah budaya yang
terdapat di negara Malaysia khususnya dalam seni tarian tradisional .
4) Menyemai nilai-nilai patriotisme seperti kerjasama, saling bantu membantu, bangga
terhadap kaum dan bangsa sendiri dalam memperkenalkan seni budaya yang terdapat pada
kaum masing-masing.
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 4
3.0 KAEDAH KAJIAN
1) Kajian kepustakaaan (sumber-sumber bertulis seperti buku dan majalah).
2) Melayari laman internet.
3) Temubual mendalam bersama beberapa orang informan utama yang berpengalaman dalam
tarian tradisional.
4) Melakukan pemerhatian di tempat-tempat seperti muzium negara, arkib negara yang boleh
memberi maklumat tambahan kepada kajian kami.
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 5
4.0 JENIS-JENIS TARIAN 1 MALAYSIA
4.1 TARIAN MASYARAKAT MELAYU
4.1.1 TARIAN ZAPIN
PENGENALAN
Tarian zapin tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Melayu. Maksud tarian zapin
ialah zapin berasal dari bahasa Arab “ Zafn” yang mempunyai erti pergerakan kaki cepat
mengikut rentak pukulan peralatan muzik. Tarian zapin ini merupakan sejenis tarian rakyat
Melayu tradisional. Sejarah tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari
Yaman serta tarian ini telah tersebar meluas dalam kalangan penggemar seni tari di Nusantara
iaitu di Semenanjung Tanah Melayu , Berneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana
bergiat aktif dari dulu hingga kini di Malaysia , Brunei , singapura dan indonesia .
Bagaimanapun. Tarian ini telah menerima sedikit pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya
yang ternyata ebih tradisional sifatnya.
Tarian zapin ini mempunyai beberapa pecahan tersendiri mengikut tempat yang ditarikan.
Antara tarian zapin Arab, tarian zapin Johor, zain lenga, zapin pekan dan zapin Tenglu. Tarian
ini sangat mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu . Manakala
mengikut sejarah tarian ini , pada mulanya tarian ini adalah sebagai tarian hiburan di istana
setelah dibawa dari Hadramaut, Yaman oleh pedagang Arab pada awal abad ke 16. Pada masa
itu negeri johor menjadi penggant kepada peranan Melaka sebagai sebuah entrepot antarabangsa
pada kurun ke 16.
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 6
Tarian ini kemudianya tersebar ke negeri-negeri sekitar johor seperti Riau , iaitu pusat
pemerintahan Johor lama , singapura , wilayah serawak dan Brunai Darussalam. Contoh tarian
zapin:-
TARIAN ZAPIN DI JOHOR
Di Malaysia , tarian tradisional zapin sangat popular di Negeri Johor. Selain kuda kepang
yang diperkenalkan oleh masyarakat Jawa di Johor, zapin juga mempunyai nilai-nilai estetika
tersendiri . Jika sekumpulan penari membuat persembahan yang baik dan teratur ia mampu
menarik perhatian orang ramai di sesebuah majlis. Bayangkan jika dalam majlis contohnya
majlis perkahwinan dan tarian ini dipersembahkan ia mampu mempersonakan tetamu yang hadir
hingga mereka terupa kehadiran pengantin.
Tarian zapin Johor ini dipercayai diperkenalkan sekitar daerah pekan Pahang oleh tukang
songkok yang berasal dari sumatera bernama Adam pada tahun 1930 an . Tarian ini bercorak
tarian persembahan atau pertunjukkan . Gerak tarinya berasaskan kepada langkah penari.
Walaupun tarian ini berasal dari Arab parsi namum penari memekai busana tradisional Melayu
selengkapnya.
Di Johor, tarian ini digerakkan oleh dua penari hingga enam pasangan penari antara lelaki
dan prempuan yang memakai baju kurung gombang pahang yang bersampin songket tenun dan
bersongkok untuk kaum lelaki dan baju kurung yang ditenun swbagai pakaian wanita yang
sesuai dengan tarian ini. Tarian di johor ditampilkan tiga peringkat . perinkat pertama ,
permulaan tarian atau pembukaan tarian. Peringkat kedua ialah pechan atau gerak serta lenggang
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 7
tari dan peringkat ketiga adalah peringkat akhir iaitu penutup tirai tarian . Anak-anak muda yang
bergiat dalam tarian ini mempunyai tenaga dan keupayaan menari dengan cepat mengikut rentak
irama paluan muzik zapin. (Tarian Zapin, 2011)
ALAT MUZIK TARIAN ZAPIN
Pelbagai alat muzik yang digunakan bagi merancakkan tarian zapin ini . Antara peralatan
muzik yang mengiringi tarian zapin adalah gambus , gendang, rebana, rebab dan marakas . Biola
tidak tergolong dalam peralatan muzik tarian zapin. Namun begitu, terdapat salah anggapan salah
dalam kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang dihasilkan rebab mempunyai persamaan
geseran dengan geseran biola.
PAKAIAN ZAPIN
Bunga yang dililit pada sebelah kiri sanggol menandakan pemakainya masih belum
berpunya berbanding dengan lilitan yang dibuat pada sebelah kanan senggol yang menandakan
bahawa pemakaianya sudah berstatus sebagai wanita yang sudah berumah tangga . Jadi cara
liltan ini akan menentukan statusseseorang penari tersebut.
Penari lelaki memakai baju kurung yang berbentuk leher teluk belanga . Aksesori
tambahan untuk busana baju kurung Teluk Belanga untuk penari lelaki yang menarikan zapin
adalah kancing baju yang diperbuat daripada suasa atau perak dan diikat dengan batu delima,
zamrud dan sebagainya.
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 8
Manakala, bagi kaum wanita pula,memakai baju kurung gombang pahang dan memakai
kancing yang diperbuat daripada emas, perak atau suasa diikat engan batu intan dan sebut
sabagai Garam sebuku atau kunang sekebun .Pada zaman kini, busana tersebut boleh sahaja
digantikan dengan kancing biasa yang banyak terdapat dijual dipasar. Penari zapin wanita ini
juga kadangkalanya memakai aksesori tambahan yang pernah dipakai untuk dipadankan dengan
pakaianya seperti seutas rantai emas yang sesderhana panjang yang disebut sebagai Belati ,
sepasang anting-antng telekap yang dipanggil anting-anting kopi dan gelang tangan yang
membelit yang dikeali sebagai gelang Berderai.
GERAKAN LANGKAH TARIAN ZAPIN
Versi paling asasialah gerakan mengikut aluan muzik dan kiraan 123 dan 4. Pada kiraan
ke 4 kaki dilanjurkan ke sebelah kiraan terakhir di buat. Ia boleh dilakukan setempat atau
gerakan ke depan atau belakang . Semasa melalukan geraka , kendisi tubuh penari biasanya
dalam keadaan tegak dan agak mendada.
Zapin biasanya diringi oleh beberapa insrumen muzik tradisional dan genre lagunya
biasanya genre samrah . Alat muzik yang terlibat adalah seperti gambus, marakas, gendang,
rebana dan rebab.Dalam tarian ini , tiada peraturan yang teta dalam menentukan berapa orang
penari yang diperlukan untuk persembahan . Namun penari mestilah perlu berinteraksi antara
satu sama lain tarian zapin digalakkan untuk dilakukan secara berpasangan dalam gandaan 2.
Penari-penari kemudian akan berinteraksi dengan pasangan masing-masing dengan bergrau ,
mencabar atau menikmati aluan muzik dan lenggok tarian masing-masing.
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 9
Terdapat banyak bentuk tarian dan semuanya telah berevolusi daripada ragam yang asal.
Antara variasi tarian yang popular ialahzapin tengliu yang berasal daripada Mersing . Variasi ini
elah di ilhamkan dari para nelayan yang sering urun kelaut dan mereka menari diatas kapal
dengan mengikut arus ombak laut. Kalau kita melihat variasi ini penari seolah-olah sedang
menari sambil badannya terhujung-hayang ke kiri dan kana sambil tangannya memegang tali
kapal . Ia juga banyak melakukan gerakan yang tidak disangka-sangka seperti pusingan badan
dan pinggang diikuti dengan hentian mengejut dengan kaku, tangan , dan bahu.
Antara lagu-lagu yang dicipta untuk persembahan zapin ilah Ya salam, yale-yale ,
tanjung serindit , sri pekan , lanchang kuning, gambus palembang dan lancang daik. Lagu
tersebut teah dicipta oleh pemuzik bernama Tengku Mansor serta pada mulanya lagu tersebut
dinyayikan oleh isterinya sendiri iaitu Cik Norlia yang berasal dari singapura.
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 10
4.2 TARIAN MASYARAKAT CINA (TARIAN KIPAS DAN TARIAN SINGA)
4.2.1 TARIAN KIPAS CINA
PENGENALAN TARIAN KIPAS
Tarian ini pula merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7
wanita dan 2 lelaki. Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati
dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai
alat keperluan. Tarian ini juga sebagai simbolik kerana angin juga merupakan elemen penting
dalam masyarakat cina yang mempercayai “ Fung shui” iaitu suatu kepercayaan masayarakat
cina umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di
tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan
atau “Fung Shui” yang baik kepada seluruh anggota masyarakat.
SEJARAH TARIAN KIPAS
Tarian Tradisional Cina atau secara singkat Tarian Cina adalah kumpulan tarian dari
negeri Cina yang awalnya adalah ritual pemujaan dan penghormatan Dewa Mitologi Cina seperti
tercatat pada Sejarah Musim Semi dan Gugur oleh Tuan Lu oleh Lu Buwei. Tujuan keagamaan
itu kemudian berkembang menjadi bentuk hiburan dalam bentuk sekelompok wanita yang
menghibur tetamu pada acara jamuan kenegaraan dan akhirnya menjadi bentuknya yang
sekarang. Cina adalah negara yang memiliki 56 suku. Setiap suku memiliki kebudayaan dan
tarian masing-masing. Tarian tradisional cina menggabungkan semua elemen dari tarian masing-
masing etnik, opera cina, kung fu dan opera rakyat. Hasilnya sekarang tarian tradisional cina
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 11
yang sudah melewati pengembangan dan peremajaan lebih dari ratusan tahun. Setiap daerah dan
setiap suku memiliki ciri khas yang menarik untuk diketahui. Tarian di timur laut Cina berciri
khas maskulin sedangkan pada daerah daratan tengah Cina sekitar daerah Shaanxi menggunakan
pita merah. Daerah selatan terkenal dengan tarian Kipas. Di daerah Yunnan tarian terkenal
memiliki semangat dan kerap menghiasi festival-festival.
Suku-suku minoriti memiliki ciri khasnya masing-masing. Suku Tibet memiliki sebuah
tarian dimana perempuan memakai pakaian dengan buntut lembu dan lonceng sedangkan para
wanita menabuh genderang kulit lembu. Bunyi-bunyian harus seirama untuk menghasilkan
kesempurnaan dalam tarian ini. Sedangkan pada suku Korea, mereka menggunakan kipas dan
genderang. Selain genderang, penari pun menggunakan kipas yang tertutup atau sumpit yang
dihentak-hentakkan pada paha sesuai hentakan irama. Mimik wajah dan tempo serta hentakan
gerakan penari akan mengikuti irama muzik pengiring. Irama cepat dan riang diiringi dengan
gerakan yang pantas dan lincah, sedangkan untuk muzik yang sedih dan mendayu diiringi
dengan gerakan lembut yang lambat. Teknik yang berbeza dan ciri khas dari tarian suku Korea
ini adalah teknik pernafasannya yang mengikuti alunan hentakan muzik pengiring. Tarian kipas
adalah tarian yang berasal dari Korea, pada mulanya tarian ini merupakan tradisi Korea
Shamanisme dan kemudiannya berkembang menjadi satu bentuk tarian. Hari ini, tarian kipas
telah menjadi satu latihan yang disayangi oleh masyarakat pertengahan umur. Di Chengdu, setiap
taman dan plaza komuniti, walaupun musim panas atau musim sejuk, setiap hari ramai warga
emas memegang kipas dan menari bersama.
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 12
Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam
masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat
keperluan. Tambahan lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat
cina mempercayai "Fung Shui" iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina umumnya tentang suatu
pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis
tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan atau "Fung Shui" yang baik
kepada seluruh anggota masyarakat. Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis tarian yang terkenal
di kalangan masyarakat Cina antaranya seperti Seni Tarian Binatang Rusa (Hai Lu), Seni Tarian
Musim Bunga (Chun Hua Siang), Seni Tarian Kipas Cina (San Wu) , Seni Tarian Mengutip
Buah-buahan (Chai Hwa Ko), Seni Tarian Pedang (Zhiang Wu) dan Seni Tarian Anak Panah.
Seni Tarian Hai Lu (gambar di atas) merupakan sejenis tarian yang lebih bercorak kepada
pergerakan seekor rusa. Jenis tarian ini biasanya ditari oleh kaum perempuan dan dianggotai 5
orang anggota. Tarian ini bermaksud masyarakat harus menyanjung sifat rusa yang dikatakan
bijaksana. Ini kerana rusa merupakan binatang yang rajin dan mempunyai pergerakan yang
halus. Jenis tarian ini biasanya dimainkan di Negara Utara China. (Sejarah Tari Kipas)
PERALATAN TARIAN KIPAS
Alat muzik tradisional China ialah seruling buluh kerana buluh banyak di negara China.
Kedatangan orang Mongol membawa satu lagi alat muzik iaitu ‘hu-Chin’ atau kecapi Mongol
yang dmainkan secara menggesek (seperti menggesek biola). Dinasti Yuan telah memberi satu
sumbangan kepada perkembangan muzik China iaitu sumbangan irama lagu yang baru dengan
gabungan lagu dan kecapi. Peralatan yang digunakan ialah kipas yang bewarna terang. Kipas
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 13
tersebut mempunyai banyak jenis, ada yang berkain panjang,berbulu-bulu, ada yang diperbuat
daripada buluh dan kertas juga.
PAKAIAN TARIAN KIPAS
Kostum yang dipakai oleh penari Tarian Kipas Cina ialah Ceongsam, Samfu dan pakaian
tradisional Cina yang lain.
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 14
4.2.2 TARIAN SINGA
SEJARAH TARIAN SINGA
Tarian Singa ataupun dalam bahasa Cina “舞狮”(Pinyin: wǔshī) merupakan sejenis tarian
tradisional yang penting dan melambangkan adat dan kebudayaan warisan masyarakat Cina.
Tarian ini dipercayai wujud sejak zaman Dinasti Tang ( 618-907) dan telah berusia lebih 2,000
tahun sehingga kini. Masyarakat percayai bahawa Tarian singa akan mendatangkan tuah dan
kekayaan kepada sesebuah keluarga , individu ataupun perniagaan. Selain itu , Tarian singa ini
juga dikatakan merupa pelindung kepada penghuni premis tempat tarian dilakukan dan akan
membuang semangat jahat.
CIRI-CIRI TARIAN SINGA
Tarian singa dimainkan oleh maksimun 2 penari yang mana penari akan meniru setiap
pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Salah satu seorang memainkan di
bahagian depan dengan menggerakan kepala kostum , mata and mulut singa manakala pasangan
penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut dengan menggerakkan
ekor.Penari melakukan loncatan atau atraksi diiringi oleh gong , dram dan dentuman mercun
yang dikatakan akan membawa tuah. Kedua-dua penari bergerak seakan-akan di atas pentas yang
disediakan. Kostum yang dipakai harus terlihat seperti singa yang terdiri daripada warna merah ,
jingga , kuning , hitam dan putih. Pakaian yang dipakai oleh kedua-dua penari adalah bebas
tetapi celana mereka harus seragam kerana celana melambangkan kaki daripada singa tersebut.
(Nadea, 2010)
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 15
TARIAN SINGA SELATAN DAN UTARA
Tarian singa menjadi adat di negara China , Taiwan , Jepun , Korea , Thailand ,Vietnam
dan Malaysia. Setiap negara mempunyai corak dan bentuk tersendiri yang berbeza. Dua tarian
singa yang amat popular ialah “ Tarian Singa Utara” dan Tarian Singan Selatan”. Tarian singa
Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan
Diraja . Kostum singa mereka menggunakan warna merah , jingga dan kuning . Bagi kostum
singa betina , mereka akan menggunakan warna hijau. Tarian Singa Utara adalah lebih banyak
pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan . Manakala Tarian Singa Selatan lebih
membawa perlambangan alam sekitar. Tarian ini kebanyakkan dipersembahkan sebagai istiadat
upacara membuang semangat jahat dan upacara meminta tuah.Bagi warna kostum Tarian Singa
Selatan , mereka menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum mempunyai mata yang lebih
besar daripada Singa Utara dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.
PERANAN TARIAN SINGA
Tarian Singa bukan sahaja merupakan satu persembahan hiburan untuk penonton di
bawah pentas sahaja , ia juga merupakan satu adat tradisional yang penting dan bermakna bagi
orang cina . Orang cina sangat mengambil berat tentang tarian singa terutamanya semasa dalam
perayaan Tahun Baru Cina. Semasa Tahun Baru Cina , penari atau persatuan-persatuan tertentu
akan mempersembahkan lebih banyak Tarian Singa Selatan berbanding dengan Tarian singa
Utara. Hal ini disebabkan Tarian Singa Selatan merupakan sesuatu lambang yang membawa
penanda yang baik dan tuah kepada seseorang.
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 16
Tuan rumah akan menjemput penari-penari singa selatan ke rumahnya untuk membuat
persembahan tarian tersebut bagi membawa tuah kepada tuannya. Barang-barang yang tertentu
seperti limau , sayur dan ang pau juga akan digunakan bersama dalam persembahan kerana
dipercayai semua barang ini menunjukkan sesuatu keadaan yang sangat ceria dan gembira.
Penari akan menggunakan teknik-teknik yang mahir untuk menggerakkan kepala singa supaya
nampaknya seakan-akan seekor singa sedang menari. Singa itu akan makan limau dan sayur
yang disediakan oleh pihak tertentu. (Lion Dance, 2010)
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 17
4.3 TARIAN MASYARKAT INDIA
4.3.1 TARIAN BHARATA NATYAM
PENGENALAN
Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klassik India. Tarian klassik
Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk
menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan,
kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang
dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.
Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India. Secara
tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita.
Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai
Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini
menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi ).
CARA TARIAN BHARATA NATYAM DITARIKAN
Tarian ini dianggap sebagai tarian api, yang ditunjukkan dengan jelas oleh metafizik
batin dan unsur api dalam badan manusia. Biasanya tarian ini diiringi dengan muzik klasik
Carnatic. Tarian klasik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi,
yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai
gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari untuk mempersembahkan tarian warisan
lama yang dihormati ini secara lengkap dan penuh dengan kegemilangan.
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 18
Secara tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara solo oleh seorang penari wanita.
Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat dikenali sebagai
Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini
menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya. Seorang penari profesional tarian ini
harus mempunyai beberapa sifat, antaranya kelihatan muda, langsing, bermata besar,
berkeyakinan diri, berkeupayaan mengikut alunan muzik dan menyanyi.
Bharata Natyam dari campuran abstrak dan emosi yang berasal daripada campuran dua
unsur utama iaitu nritta (tarian tulen tanpa makna perasaan) & nritya (tarian yang mempunyai
perasaan). Bharata Natyam berasal daripada perbezaan yang banyak antara unsur-unsur yang
digunakan. Nritta merangkumi adavus, yang merupakan tarian asas Bharata Natyam. Setiap
adavu mempunyai 3 elemen penting iaitu posisi berdiri asas (sthanaka), gerakan kaki (chari) dan
pergerakan tangan yang dihias (nritta-hasta).
PAKAIAN BHARATA NATYAM
Dari teks zaman dahulu, kita dapat melihat bahawa pakaian asli tidak menutupi
sebahagian besar badan penari Bharata Natyam. Pada zaman pertengahan, amalan dan
kepercayaan tok-tok alim menyebabkan devadasis memakai pakaian sari yang khusus dan berat
yang sangat membatasi gerakan penari. Ada beberapa jenis pakaian Bharata Natyam, ada yang
tidak membatasi gerakan penari, manakala yang lain sebaliknya. Pakaian zaman sekarang sangat
simbolik, kerana tujuannya adalah untuk mengeluarkan aura penari pada zaman kebendaan ini.
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 19
LAGU BHARATA NATYAM
Muzik iringan untuk Bharata Natyam ialah muzik Carnatic gaya India Selatan. Biasanya
kumpulan pemain muzik Carnatic menggunakan instrumen iaitu mridangam (drum),
nagaswaram (paip panjang berbentuk tanduk yang dibuat daripada kayu hitam), suling, biola dan
veena (alat muzik dengan tali yang dimainkan dengan menyentuh tali-tali dengan penggesek
yang berkait dengan Saraswati, dewi Hindu.Bahasa Tamil, Telugu, Kannada dan Sanskrit
biasanya digunakan dalam Bharata Natyam.
BIASANYA PERKARA-PERKARA PERSEMBAHAN BHARATA NATYAM ZAMAN
SEKARANG TERMASUK:
Ganapati vandana - Doa tradisional kepada dewa Hindu Ganesh, yang menghilangkan
halangan.
Alarippu - Persembahan daripada Tala dengan ucapan ringkas oleh penari. Ini adalah
seruan kepada tuhan untuk memberkati persembahan.
Jatiswaram - Tarian abstrak dimana gendang mengatur rentak. Di sini penari
menampilkan kemahiran pegerakan kaki yang rumit dan gerak-geri tubuh yang sopan.
Shabdam – Tarian diiringi oleh puisi atau lagu yang bersifat kebaktian atau tema cinta
kasih.
Varnam - Pusat bahagian persembahan. Ia adalah bahagian persembahan yang paling
lama dan melibatkan pergerakan yang kompleks dan rumit. Posisi tangan dan tubuh mengatakan
cerita, biasanya cinta dan kerinduan untuk kasih sayang.
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 20
Padam – Bahagian persembahan yang paling seksi dimana penari meluahkan beberapa
aspek cinta: kecintaan kepada Maha Kuasa; atau kasih ibu untuk anak, atau kasih dan cinta bagi
kekasih.
Thillana - Bahagian terakhir adalah tarian tulen (nritta), dimana kemahiran luar biasa
muzik dicerminkan dalam pergerakan kaki yang kompleks dan pergerakan penari yang
menawan.
Angikam - Ini adalah lagu bersifat kebaktian kepada Tuhan Shiva dan salah satu perkara
Bharata Natyam. Juga dipersembahkan dalam gerakan lambat byapti. (Tarian Bharata Natyam,
2008)
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 21
4.4 TARIAN MASYARAKAT IBAN
4.4.1 TARIAN NGAJAT
PENGENALAN
Tarian Ngajat amat terkenal di negeri Sarawak. Tarian Ngajat merupakan tarian
kebanggaan bagi Kaum Iban. Tarian Ngajat amat berbeza dari tarian-tarian lain yang ada di
Malaysia. Hal ini kerana tarian Ngajat dipengaruhi dengan dunia mistik dan keajaiban. Tarian
Ngajat ini kebiasaannya ditarikan sempena Sambutan Hari Gawai. Sambutan Hari Gawai
merupakan satu perayaan yang selalunya di lakukan pada setiap tahun awal bulan Jun. Hal ini
bertujuan sebagai tanda kesyukuran atas hasil penuaian padi. Tarian ini dahulunya merupakan
sejenis tarian bagi pahlawan taridisional Kaum Iban sebelum dan selepas perang. Kini, tarian
Ngajat sering dipersembahkan pada perayaan Gawai Dayak.
JENIS-JENIS TARIAN NGAJAT
Pelbagai jenis tarian ngajat yang dapat dilihat, antaranya :-
- Ngajat Lesong - Ngajat Ngalu Temuai
- Ngajat Bunuh - Ngajat Pua Kumbu
- Ngajat Induk - Ngajat Kuta
Tarian Ngajat Lesong
Tarian ini hanya dipersembahkan oleh golongan lelaki. Hal ini kerana tarian ini menari
sambil menggigit lesong. Oleh sebab itu hanya golongan lelaki sahaja yang sesuai dalam
persembahan ini. Golongan lelaki merupakan golongan yang gagah dan kuat.
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 22
Tarian Bunuh
Tarian bunuh ini juga dipersembahkan oleh golongan lelaki. Tarian ini merupakan tarian
peniruan atau pergulungan yang dilakukan sama seperti semasa mereka menghadapi musuh-
musuh ketika melakukan aktiviti memburu.
Ngajat Induk
Tarian ini dipersembahkan oleh golongan wanita. Hal ini kerana tarian ini merupakan
tarian seni budaya dan adat isitiadat masyarakat pribumi kaum Iban. Gerak tari setiap
persembahan mempunyai maksud tersirat dan menggambarkan aktiviti seharian masyarakat Iban.
Oleh sebab itu, tarian ini sesuai ditarikan golongan wanita kerana golongan wanita mempunyai
kelembutan.
Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu )
Tarian ini merupakan tarian untuk menyambut kedatangan tetamu yang datang ke tempat
mereka. Kebiasaanya, tarian ini dilakukan untuk perasmian majlis rasmi yang dihadiri oleh
tetamu terhormat serta orang ramai.
Ngajat Pua Kumbu
Tarian ini dipersembahkan juga oleh golongan wanita. Pua Kumbu ialah sejenis kain.
Oleh sebab itu, penari akan menari sambil membawa kain pua kumbu sebagai alat dalam
persembahan mereka.
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 23
Ngajat Kuta
Tarian ini dipersembahkan oleh golongan lelaki dan wanita. Kebiasaanya, tarian ini
diadakan untuk sambutan upacara perasmian sesebuah persembahan kebudayaan dan sebagainya.
PAKAIAN TARIAN NGAJAT
Gagung (Baju Burung)
Setiap jenis tarian mempunyai pakaian tradisi yang melambangkan jati diri mereka.
Tarian Ngajat juga mempunyai pakaian tradisi yang tersendiri. Penari yang melakukan
persembahan akan memakai pakaian tradisi seperti sirat dan gagung. Gagung ialah sejenis baju
yang tebal dan keras. Baju tersebut yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang
yang tidak dijahit kiri dan kanan. Selain itu, penari juga akan memakai topi yang dihias dengan
bulu-bulu burung. Seterusnya, memakai kain merah yang diikat pada bahagian pinggang hingga
ke paras bagi penari yang lakukan persembahan. Penari juga akan dipakaikan sejenis lagi baju
yang diperbuat daripada bulu burung yang tidak dijahit kiri dan kanan.
CARA TARIAN NGAJAT
Cara tarian ini ialah berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan
melompat bersama dengan iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian
dengan upacaranya. Penari juga akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan
kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan
ke kanan.
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 24
LAGU TARIAN NGAJAT
Lagu iringan dibunyikan dari alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak,
bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar. (Tarian Ngajat Identiti
Istimewa Masyarakat Iban, 2008)
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 25
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS
Encik Shakif (22 tahun), salah seorang responden untuk bahagian tarian zapin
mengatakan bahawa tarian zapin ini berasal dari Tanah Arab yang dibawa ke semenanjung
Malaysia. Tarian ini dahulunya hanya ditarikan oleh golongan lelaki sahaja tetapi kini golongan
wanita juga sudah mula melibatkan diri. Unsur muzik yang dimainkan dalam tarian ini ialah
berunsurkan instrument tradisional. Peralatan muzik yang biasa digunakan seperti rebana.
gambus, gendang, dan rebab. Pakaian yang biasa digunakan untuk tarian ini ialah baju tradisional
melayu seperti baju kebaya, baju melayu, kain songket, songkok dan perhiasan di badan. Beliau
menyatakan bahawa antara cabaran-cabaran dalam memperkembangkan tarian tradisional di
Malaysia ialah penyebaran tarian moden dari korea dalam kalangan remaja pada masa kini
sehingga dapat membuatkan seseorang itu taksub terhadap tarian korea itu. Dengan adanya sifat
begitu, minat golongan belia terhadap tarian traditional semakin berkurangan. Beliau sangat
bersetuju dengan pernyataan bahawa tarian tradisional dapat mengeratkan hubungan antara kaum
di Malaysia. Hal ini kerana melalui tarian tradisional ini semua bangsa dapat mempelajari
tentang kesenian dan kebudayaan seterusnya dapat mengekalkan rasa hormat kepada bangsa lain
dan mengeratkan hubungan antara bangsa. (Shaharuddin, 2012)
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 26
Encik Jawa (54 tahun), salah seorang responden untuk bahagian tarian Bharatha
Natyam mengatakan tarian Bharatha Natyam merupakan salah satu gaya tarian klasik India.
Tarian bharatha nayam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk
menguasai perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai pergerakan tangan,
kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang
dihormati ini secara lengkap dan penuh dengan kegemilangan. Tarian ini berasal daripada
wilayah Tamil Nadu di bahagian selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan
secara solo oleh seorang penari wanita. Unsur muzik yang dimainkan lebih bercerun kepada jenis
muzik yang tradisional tetapi ia boleh dimainkan dengan pelbagai muzik yang berlainan sama
ada cepat ataupun lambat (Carnatic style). Pada zaman pertengahan, amalan dan kepercayaan
tok-tok alim menyebabkan devadasis memakai pakaian sari yang khusus dan berat yang sangat
membatasi gerakan penari. Ada beberapa jenis pakaian Bharata Natyam, ada yang tidak
membatasi gerakan penari, manakala yang lain sebaliknya. Pakaian zaman sekarang sangat
simbolik kerana tujuannya adalah untuk mengeluarkan aura penari pada zaman kebendaan ini.
Beliau menyatakan bahawa cabaran yang dihadapi untuk mengembangkan tarian tradisional
ialah golongan remaja tidak berminat dalam tarian tradisional dan menyukarkan untuk
menurunkan tarian tersebut kepada golongon remaja sekarang. Beliau bersetuju dengan pendapat
bahawa tarian tradisional dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelbagai bangsa. Hal ini
kerana tarian adalah sejenis aktiviti yang memerlukan semangat yang sangat erat sesama lain.
(Nehru, 2012)
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 27
Cik Maybel (35 tahun), salah seorang responden untuk bahagian tarian kipas
berpendapat bahawa tarian kipas ini adalah tarian yang unik walaupun peralatan yang digunakan
hanya kipas. Menurut Cik Maybel yang mempunyai pengalaman selama 8 tahun dalam tarian
cina, tarian kipas ini memerlukan 9 orang penari wanita dan 2 orang penari lelaki. Tarian ini
simbolik kepada penggunaan kipas cina yang penting dalam kalangan dewa dewi pada masa
dahulu. Kini,tarian ini ditarikan supaya dapat memberi kebaikan atau ‘Fung Sui’ yang baik
kepada seluruh anggota masyarakat. Mengeksplorasi gerak tari bedana menggunakan kipas
sebagai media pembelajaran yang digunakan dalam pembelajaran tari supaya peningkatan
kreativiti dapat dilihat seperti gerak kaki dan tangan dari bentuk gerak teknik kaki berjalan
kedepan dengan adanya lompatan kerana adanya bunyi dari penggunaan kipas yang digerakkan
dengan cara membuka dan menutup kipas yang dapat menimbulkan bunyi maka dapat
dibandingkan ragam gerak yang asli dengan ragam gerak yang menggunakan kipas. Tarian
Tradisional Cina atau secara singkat Tarian Cina adalah kumpulan tarian dari negeri Cina yang
awalnya adalah ritual pemujaan dan penghormatan Dewa Mitologi Cina seperti tercatat
pada Sejarah Musim Semi dan Gugur oleh Tuan Lu oleh Lu Buwei . Tujuan keagamaan itu
kemudian berkembang menjadi bentuk hiburan dalam bentuk sekelompok wanita yang
menghibur tamu pada acara jamuan kenegaraan dan akhirnya menjadi bentuknya yang sekarang.
Cina adalah negara dengan banyak ragam budaya yang memiliki 56 suku. Setiap suku memiliki
kebudayaan dan tarian masing-masing. Tarian Tradisional Cina menggabungkan semua elemen
dari tarian masing-masing etnik, Opera Cina, Kungfu dan opera rakyat. Hasilnya adalah apa yang
kita sekarang kenal dengan Tarian Tradisional Cina yang sudah melewati pengembangan dan
peremajaan lebih dari ratusan tahun. Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai
erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 28
kipas sebagai alat keperluan. Tambahaan lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina
yang mana masyarakat cina mempercayai ”ung Shui” iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina
umumnya tentang suatu petanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat
mereka. Pada akhir perbualan kami Cik Maybel menyuarakan pendapat beliau bahawa
perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat dapat diwujudkan menerusi kepelbagaian
kebudayaan. Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia merupakan aspek yang penting untuk
mewujudkan perpaduan. Walaupun terdiri daripada latar belakang yang berbeza, namun apabila
dikaitkan dengan kebudayaan, semua rakyat boleh menerimanya tanpa wujud prasangka. Apabila
diadakan sesuatu persembahan untuk meraikan hari kebesaran atau menerima kedatangan orang
kenamaan, akan dipersembahkan tarian oleh pelbagai kaum seperti tarian Zapin dan tarian Inang
oleh masyarakat Melayu. Tarian kipas, tarian singa dan tarian piring oleh masyaraat Cina, Tarian
Bharatanatiam dan Tarian Kollattam oleh masyarakat India. Persembahan kebudayaan yang unik
ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelancong asing yang berkunjung ke negara ini.
Tegasnya, kepelbagaian kebudayaan yang ada di negara kita dapat mewujudkan perpaduan
kaum dan mengenali antara satu sama lain kerana tak kenal maka tak cinta. (Lim, 2012)
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 29
Encik Sheng (22 tahun), salah seorang responden untuk bahagian tarian singa
mengatakan tarian singa adalah satu persembahan yang tradisional berasal dari china. Ia dicipta
untuk menyembut perayaan tahun baru cina dan sekarang menjadi satu persembahan yg
mengandungi pelbagai jenis. Unsur muzik ada 2 instrument iaitu dram dan cymbal. Muzik ini
dimainkan mengikuti gerakan singa. Pakaian yang dipakai untuk membuat persembahan tarian
ialah seluar panjang, kasut sukan, dan peralatan persembahan singa. Encik Lim menyatakan
bahawa cabaran untuk mengembangkan tarian tradisional ialah pemuda-pemuda sekarang lebih
fokus kepada pelajaran dan teknologi. Walaupun kerajaan menyokong dan berusaha
mengembangkan tetapi masyarakat yang tidak mahu mengambil peluang ini. Encik Lim
berpendapat bahawa tarian tradisional dapat mengeratkan hubungan antara kaum. (Sheng, 2012)
Cik Shirley (20 tahun), salah seorang responden untuk bahagian tarian ngajat
mengatakan tarian ngajat menurut cerita orang (nenek moyang saya) dahulu kala , tarian ngajat
ini mula dipelajari oleh seorang lelaki yang berani dikenali sebagai Bujang Ilang Lengain. Beliau
mempelajari ilmu tarian ngajat dari dunia luar (dunia ghaib) atau Petara iaitu syurga bagi
kepercayaan masyarakat Iban. Pada mulanya, tarian ini dipersembahkan oleh golongan lelaki dan
perempuan semasa pemulangan Bujang Berani (lelaki yang baru balik dari pertempuran iaitu
perang memenggal atau potong kepala musuh untuk tujuan menghapuskan musuh-musuh jahat
yang menganggu kehidupan masyarakat Iban pada dahulu kala). Selain itu, tarian ini juga sering
dipersembahkan semasa meraikan Hari Gawai, perkahwinan, menyambut kedatangan tetamu dan
pelbagai lagi keramaian. Terdapat pelbagai jenis tarian ngajat yang dapat dipelajari. Antaranya
adalah ngajat Pua Kumbu, ngajat Kumang dan ngajat Kuntau. Unsur muzik yang dimainkan
dalam tarian ini lebih bersifat harmoni dan beralunan lemah gemalai. Hal ini kerana perempuan
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 30
banyak mengenakan aksesori pada pergelangan tangan serta kaki dan kain Pua kumbu dan
manik-manik. Cik Shirley juga menyatakan bahawa antara cabaran-cabaran untuk
memperkembangkan tarian tradisional ialah golongan remaja pada masa kini tidak banyak yang
mewarisi tarian tradisional kaum mereka sendiri. Malah ada yang menganggap bahawa
mempelajari tarian tradisonal adalah sesuatu yang kuno. Selain itu, terdapat perubahan pada
tarian tradisonal,dimana dari yang asal,berubah kepada gaya yang baru. Ibubapa pada masa kini,
kurang memberikan pendedahan tentang tarian tradisonal kepada anak-anak mereka dan
kekurangan pakar dalam tarian tradisional. Cik Shirley bersetuju dengan pendapat bahawa tarian
tradisional dapat mengeratkan hubungan antara kaum. Dengan mempelajari sesuatu tarian
tradisional kaum lain, masyarakat mula timbul perasaan minat terhadap keunikan tarian
tradisional sesuatu kaum dan ini sekaligus memberi impak kepada hubungan antara masyarakat
yang mewujudkan perpaduan selari dengan slogan ‘1 Malaysia’. (Lampam, 2012)
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 31
6.0 KESIMPULAN
Hasil daripada kajian ini, kami dapat mengenal pasti kebudayaan bangsa supaya dapat
dikekalkan untuk menjadi tatapan generasi masa hadapan.Tarian tradisional
dapat mewujudkan semangat cinta akan khazanah negarasupaya kita sama-sama dapat
memelihara budaya ini agar tidak luput ditelan zaman. Bak kata pepatah µtidak lapuk dek hujan,
tidak lekang dek panas´. Ia juga dapat memberi kesedaran kepada generasi muda agar menyedari
bahawatarian tradisional ini mempunyai signifikannya untuk mewujudkan perpaduan
diMalaysia. Dalam kita mengharungi arus kemodenan ini,adalah tidak wajar kita meninggalkan
seni warisan nenek moyang kita.Oleh yang demikian,satu usaha yang drastik perlu dilaksanakan
bagi mengekalkan dan memelihara seni warisan ini daripada terus ditenggelami oleh arus
kemodenan.Jika hal ini tidak dilakukan,suatu masa nanti seni warisan ini pasti tidak akan
berfungsi lagi dalam masyarakat kelak dan akan terus terkubur.Maka yang akan wujud pada
masa akan datang mengenai seni tarian tradisi ini hanyalah di muzium dan arkib Negara sebagai
unsur kajian serta sejarah.
Bermula dari zaman kolonial hinggalah pasca merdeka, Malaysia telah mewarisi cara
hidup zaman kolonial yang mengamalkan dasar “divide and rule” iaitu pecah dan perintah.
Masyarakat secara tidak langsung telah terbahagi kepada golongan atau ras dengan kebudayaan
yang bercorak sukuan. Hal ini menyebabkan masyarakat Malaysia tidak mempunyai dasar-dasar
kebudayaan yang mampu menjadi tunjang utama. Kesannya masyarakat Malaysia tidak
mempunyai jati diri dan jiwa Malaysia. Manakala warganegara yang berasal dari golongan
imigran masih meletakkan taat setia dan berkiblat kepada negara asalnya. Oleh itu, wujudnya
kekangan budaya (cultural barrier) antara golongan imigran dengan penduduk peribumi
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 32
Malaysia. Sememangnya perbezaan keturunan atau ras tidak dapat dihapuskan,namun begitu
ciri-ciri kebudayaan yang utama harus ditonjolkan agar dapat menentukan corak keperibadian
kebangsaan yang dapat memperlihat identiti masyarakat Malaysia. Dengan cara yang demikian
corak kebudayaan sukuan dapat diperkecilkan dan semangat (hal.199) kebangsaan Malaysia
dapat diperkukuhkan demi untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersepadu.
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 33
BibliografiTarian Bharata Natyam. (2008, November 14). Retrieved November 2012, from Jabatan
Penerangan Malaysia: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/185-masyarakat-majmuk/3282-tarian-bharata-natyam.html
Tarian Ngajat Identiti Istimewa Masyarakat Iban. (2008, November 14). Retrieved November 2012, from Jabatan Penerangan Malaysia: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/395-artikel/6645-tarian-ngajat-identiti-istimewa-masyarakat-iban-.html
Lion Dance. (2010, March). Retrieved November 2012, from http://www.chinatownology.com/lion_dance.html
Tarian Zapin. (2011, May 8). Retrieved November 2012, from Kumpulan Kebudayaan Nurmutiara/as-salam: http://warisanmelayujohor.blogspot.com/2011/05/tarian-zapin.html
Lampam, S. A. (2012, November). Tarian Ngajat, Ketua Tarian Ngajat Perkumpulan Anak Sarawak di USM. (N. M. Yasin, Interviewer)
Lim, H. C. (2012, November). Tarian Kipas, Guru Tarian Sekolah Jenis Kebangsaan Rawang. (N. b. Ismail, Interviewer)
Nadea, N. (2010, August 13). Tarian Singa. Retrieved November 2012, from Pengajian Malaysia: http://natranadea.blogspot.com/2010/08/makanan-cina-dan-tarian-singa_13.html
Nehru, J. L. (2012, November). Tarian Bharata Natyam, Penolong Kanan dalam Pusat Tarian. (N. Y. Sheng, Interviewer)
Sejarah Tari Kipas. (n.d.). Retrieved Oktober 2012, from Asal Usul Sejarah Budaya: http://plapon.com/sejarah-tari-kipas
Shaharuddin, M. S. (2012, November). Tarian Zapin, Ketua Tarian ADIKARMA di USM. (N. b. Awang, Interviewer)
Sheng, L. Z. (2012, November). Tarian Singa, Pelajar di USM. (O. X. Kenn, Interviewer)
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 34
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
LAMPIRAN
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 35
SOALAN TEMU BUAL RESPONDEN MENGENAI TARIAN 1MALAYSIA
Nama :
Nama Gelaran :
Umur :
Kerjaya :
1. Bolehkan encik/cik menceritakan tentang sejarah tarian?
2. Boleh encik/cik terangkan tentang unsur muzik yang dimainkan dalam tarian tersebut?
3. Bagaimana dengan pakaian dan peralatan yang diperlukan dalam tarian ini?
4. Apakah cabaran-cabaran yang encik/cik lihat dalam memperkembangkan lagi tarian
tradisional di Malaysia?
5. Adakah encik/cik setuju bahawa tarian tradisional di Malaysia dapat mengeratkan lagi
hubungan antara kaum?
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 36
Tarian Zapin
Tarian Kipas
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 37
Tarian Singa Selatan Tarian Singa Utara
Tarian Singa
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 38
Tarian Bharata Natyam
Tarian Ngajat
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 39
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 40
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 41
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)