7/31/2019 Teori Terapi Gestalt
1/19
EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
7/31/2019 Teori Terapi Gestalt
2/19
EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
Teori yang paling berkaitan dengan slot bimbingan yang telah kami laksanakan
ialah Teori Terapi Gestalt. Gestalt adalah satu bentuk terapi eksistensial yangberdasarkan bahawa manusia mesti mencari jalan sendiri di dalam kehidupan dan
menerima tanggungjawab kalau mereka mahu kematangan. Teori ini sangat
menekankan kepada makna manusia dan bagaimana manusia itu membuat
pengamatan dan penanggapan serta pengetahuan terhadap segala pengalaman
mereka. Matlamat asas klien dalam Teori Terapi Gestalt ialah untuk mendapat
kesedaran daripada apa yang dialami dan dilakukan. Klien belajar menerima
tanggungjawab daripada apa yang dirasakan , difikirkan atau dilakukan. Kami telah
mengaplikasikan teori ini dalam slot bimbingan yang telah diadakan. Kami telah
membantu klien untuk memahami diri sendiri dengan bertanyakan beberapa soalan.
Contoh soalan-soalan yang telah dikemukakan adalah seperti berikut:
Apakah diri anda sebenarnya ?
Siapakah yang bertanggungjawab dalam menguruskan diri anda ?
Siapakah sebenarnya yang perlu dipersalahkan disebabkan masalah tingkah
laku yang anda hadapi ?
Apakah manfaat yang anda peroleh daripada tingkah laku ini ?
Soalan-soalan di atas dapat membantu klien untuk menyedari kelemahan diri
sendiri dan memaklumkannya kepada kaunselor. Setelah klien memaklumkannya
kepada kauselor, kami telah menerangkan tentang kesan tingkah laku mereka ke atas
diri mereka, keluarga, masyarakat dan negara.
Andaian asas Teori Gestalt ialah individu boleh mengendalikan masalah diri
sendiri dengan berkesan terutama kalau mereka sedar apa yang berlaku sekelilingnya.
Terapi memberi halangan dan cabaran untuk mendapatkan pengetahuan dan
kesedaran supaya mendapat kehidupan yang lebih bermakna. Klien dijangkakan
mempunyai kebolehan untuk membantu diri dan mengambil peluang menjalankan
TEORI TERAPI GESTALT
7/31/2019 Teori Terapi Gestalt
3/19
EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
terapi sendiri. Dalam konteks ini, kami guru pelatih sebagai kaunselor telah
menjelaskan kepada klien bahawa hanya mereka sahaja yang mampu mengubah
tingkah laku mereka. Sekiranya, mereka berusaha untuk mengatasi masalah tingkah
laku mereka , mereka mesti boleh melakukannya.
Kaunselor Gestalt berpendapat manusia ini sebenarnya lengkap dan
berkemampuan menyesuaikan diri dengan apa yang berlaku dan terjadi pada mereka.
Apa yang mereka alami itu sebenarnya diarahkan oleh matlamat dan tujuan sendiri.
Justeru itu, manusia berkebolehan mengandaikan tanggungjawab peribadinya dan
hidup sebagai manusia yang berguna, seperti personalitI yang sihat itu lahir daripada
pengalaman manusia yang bermakna. Gestalt memberi penekanan kepada keadaan
semasa dan belajar menikmati dan mengalami sepenuhnya apa yang ada. Passons
(1975) telah berpendapat bahawa seorang individu itu berupaya membuat pilihan di
atas kesedarannya. Manusia sendiri berkebolehan memerintah kehidupan mereka
dengan baik dan berkesan.
Terapi Gestalt ini memusatkan kepada perasaan-perasaan klien, kesedaran
masa itu, mesej tubuh / badan, dan halangan-halangan kesedaran sendiri. Oleh itu, ia
ditekankan kepada membantu klien supaya berurusan dengan nyata dan ketara. Maka,
tugas kaunselor ialah mencabar kliennya, sehingga mereka itu belajar menggunakan
semua deria sepenuhnya. Adalah peranan kaunselor menggunakan kemahiran-
kemahiran dalam mempergunakan dua derianya iaitu telinga dan mata membantu klien
hadir dalam masa sekarang. Kami sebagai kaunselor telah menjelaskan tentang
kepentingan mengubah tingkah laku klien mengikut peredaran masa sekarang. Adalah
tanggungjawab setiap insan untuk membentuk tingkah laku positif bagi melalui
kehidupan yang bermakna di dunia yang penuh dengan pelbagai cabaran. Klien-klien
dapat mengakuit tingkah laku mereka yang negatif dan berjanji bahawa mereka akan
mengubah tingkah laku mereka secepat mungkin.
7/31/2019 Teori Terapi Gestalt
4/19
EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
Terapi ini berorientasikan humanistik di mana manusia bersifat positif dan
bercenderungan kearah penyempurnaan kendiri. Orang yang bertanggungjawab
memperkenalkan teori Terapi Pemusatan Klien ialah Carl Rogers. Beliau yang
dilahirkan pada tahun 1902, adalah seorang yang menunjukkan cara terbuka untuk
membuat perubahan . Beliau mempunyai azam yang kuat untuk menempuh sesuatu
bidang yang belum pernah diterokai oleh sesiapapun. Teori Terapi Pemusatan Klien ini
diperkenalkan oleh Carl Rogers dalam buku pertamanya, Counseling and
Psychotherapy yang diterbitkan pada tahun 1942. Dalam buku ini, Rogers
mempamerkan pendekatan hasil daripada reaksinya terhadap pendekatan tradisi
sebelumnya iaitu kaedah-keadah psikoanalisis yang menekankan kepada aspek-aspek
diagnostik, mendalami dan pentafsiran. Tetapi Rogers memulakan pemusatannya
kepada pengalaman-pengalaman klien dan juga subjektifnya terhadap fenomena dunia
ini.
Bagaimanakah pandangan Rogers terhadap manusia?
Setiap individu adalah unik.
Manusia berpotensi meningkatkan personaliti dan konsep kendirinya,
Kesedaran kendiri seseorang berlaku dalam konteks di mana dia berada,
Setiap orang berkebolehan untuk membuat pilihan yang sesuai mengenai
kehidupannya.
TEORI TERAPI PEMUSATAN KLIEN
7/31/2019 Teori Terapi Gestalt
5/19
EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
Berpandukan pandangan terhadap manusia, Rogers menegaskan kepentingan
peranan fenomenologi ( rangka rujukan ) dan kendiri seseorang untuk memahami
tingkah lakunya. Teori personaliti Rogers mempunyai empat ciri seperti berikut :
Reaksi seseorang terhadap dunia fenomenanya bergantung kepada persepsi
dan pengalamannya .
Fenomenologi seseorang merupakan indikator yang paling baik untuk
memahami tingkah lakunya .
Tingkah laku seseorang itu adalah selaras dan kongruen dengan konsepkendirinya.
Makin banyak pengalaman yang ditimba dan diterima oleh seseorang makin
mudah baginya menerima dan memahami orang lain.
Merujuk kepada konsep utama di atas, antara matlamat kaunseling termasuk :
(a) Membantu klien memerihalkan perasaan mereka
(b) Mengenalpasti dan membezakan antara parasaan-perasaan yang timbul
(c) Mengubah atau menerima perasaan tersebut.
7/31/2019 Teori Terapi Gestalt
6/19
EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
Bagi mencapai matlamat kaunselor tersebut, kaunselor akan berusaha untuk
mengurangkan serta menghapuskan segala halangan dan penentangan yang wujud
dalam diri klien, seterusnya mengembangkan kebolehannya untuk meluahkan
segala perasaan yang terpendam. Kami sebagai guru pelatih yang berperanan
sebagai kaunselor telah berusaha untuk mengembangkan kebolehan klien-klien
untuk meluahkan segala perasaan yang terpendam dalam hati mereka. Kami telah
meminta klien untuk bersikap terbuka dan menceritakan segala rintangan hidup
yang sedang dihadapi.
Pendek kata, hubungan antara kaunselor dan klien berasas interaksi dalam
persekitaran yang selamat dan kondusif bertujuan meningkatkan proses
pertumbuhan klien menjadi individu yang berfungsi dengan sempurna. Dalam pada
itu, kaunselor lebih berperanan sebagai pembimbing, bukannya pakar. Kami telah
berusaha secara maksimum untuk klien merapatkan diri mereka dengan kami dan
sanggup meluahkan perasaan mereka yang sebenarnya semasa melakukan tingkah
laku yang negatif.
Rogers yakin terapi Pemusatan Klien ini adalah berlandaskan kepada teori yang
kukuh daripada teori-teori lain kerana ia lebih dekat kepada hubungan teori
perkembangan dengan teori personaliti. Beliau memberi Sembilan garis panduan teori
personaliti yang digunakan dalam pendekatan pemusatan klien ini. Berikut adalah garis
panduan teori personaliti yang digunakan dalam pendekatan pemusatan klien.
Semua individu lahir dengan perubahan yang berlanjutan tentang dunia
pengalamannya, di mana dirinya menjadi pusat. Bidang fenomena ini termasuklah
pengalaman peribadinya, sekalipun ia cuma hadir dalam kesedaran sahaja. Yang
penting ialah hanya dia yang mampu dan dapat menyiapkan segala pengalamannya
7/31/2019 Teori Terapi Gestalt
7/19
EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
sendiri. Tiada siapa yang dapat memahami pengalaman dan penerimaan seseorang
itu dalam sesuatu situasi tertentu.
Kebanyakan individu bertindak balas dengan bidang fenomenanya sebagaimana
yang dialami dan diterimanya. Para individu tidak bertindak balas terhadap
kenyataan sebagaimana yang seharusnya diterima. Justeru itu, pendapat
pemusatan klien ini terhadap pemahaman seseorang individu tentang bidang
fenomenanya akan dapat dibantu menerusi tanggapannya sendiri sebagai
sebahagian daripada proses terapeutik.
Tingkah laku adalah berlandaskan matlamat terarah yang dicuba oleh setiap
individu dalam mencapai kehendak-kehendak yang dialaminya, di dalam bidangfenomena yang diterimanya. Yakni manusia tidak bertindak balas kepada kenyataan
yang sebenar sebaliknya mereka bertindak balas mengikut tanggapan mereka
sendiri terhadap sesuatu kenyataan itu sahaja.
Fakta yang baik dan lebih menguntungkan bagi mengetahui tingkah laku adalah
menerusi rujukan pada suatu rangka di mana seseorang individu itu sendiri ada di
dalamnya. Rogers mengenal pasti bahawa rangka dalaman terdiri daripada
sensasi, tanggapan, pentafsiran makna , dan ingatan-ingatan yang berguna pada
kesedaran.
Konsep diri sendiri ini menjadi tapak atau asas kepada sistem pemusatan klien.
Konsep ini sebenarnya dapat menggambarkan keselarian tanggapan seseorang
terhadap dirinya semata-mata dan pada orang lain serta benda-benda di
sekelilingnya bersama-sama dengan nilai-nilai yang terdapat pada tanggapannya.
Keadaan tidak seimbang yang kerap berlaku antara harapan kesedaran individu
dengan tingkah lakunya merupakan hasil perpecahan antara konsep diri seseorang
dengan pengalamannya sendiri. Rogers berpendapat , apabila seseorang itu
mendapat kesedaran diri, dia membina keperluan pada pandangan positif dan
pandangan diri yang positif.
7/31/2019 Teori Terapi Gestalt
8/19
EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
Apabila ketidakseimbangan antara gambaran diri dengan pengalaman seseorang itu
semakin luas,wujudlah keraguan. Keraguan ini difahami sebagai hasil daripada
ketidakseimbangan diri unggul seseorang dengan dirinya yang sebenar.
Bagi mengurangi rasa keraguan itu, konsep dirinya hendaklah lebih seimbang
dengan pengalaman-pengalaman sebenar seseorang. Oleh itu, diri unggul dengan
diri sebenar hendaklah lebih serupa.
Seseorang yang berfungsi penuh adalah benar-benar terbuka kepada seluruh
pengalaman, mempamerkan sifat menurut kata. Pengalaman-pengalaman
seseorang yang tidak bersyarat dan pandangan diri positif adalah di antara contoh-
contohnya. Konsep diri adalah seimbang dengan pengalaman-pengalaman , dan
seseorang itu boleh mengemukakan asas kecenderungan yang benar.
Oleh kerana pandangan pemusatan klien mengatakan bahawa kaunselor harus
membenarkan kliennya mengadakan matlamat-matlamatnya, maka dipercayai bahawa
individu itu ada tenaga pendorong, kehendak pada kesempurnaan diri, yang
membolehkannya membina tingkah lakunya sendiri. Kaunselor yang menyediakan
matlamat-matlamat pada kliennya tidak dapat membantu seseorang itu belajar
membina kepercayaan diri sendiri.
Pada tahun 1977, pandangan Rogers tentang tujuan terapi bukanlah semata-mata
hendak menyelesaikan masalah, tetapi juga hendak membantu klien di dalam proses
supaya dia sanggup menghadapi semua masalah yang sedang dihadapi dan yang akan
dihadapi pada masa depan.
Tujuan yang tersembunyi di dalam terapi ini ialah memberi suasana yang sesuai
untuk membantu individu menjadi seorang yang betul-betul berfungsi. Sebelum dapat
HASIL DARIPADA PROSES INI
7/31/2019 Teori Terapi Gestalt
9/19
EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
berbuat demikian, seseorang itu mestilah membuang topeng yang ada padanya. Ini
boleh didapati dengan bercampur dengan orang lain. Klien akan sedar bahawa dia
sudah tidak mengawal diri sendiri dengan memakai topeng ini. Apabila berada di dalam
sesi terapi, klien sedar akan beberapa jalan yang mungkin boleh diambil.
Apabila topeng-topeng telah hilang semasa proses terapiutik apakah yang ada pada
seseorang ? Rogers ( 1961) menceritakan bahawa, manusia menjadi orang sebenar
adalah seperti berikut:
Terbuka kepada beberapa pengalaman .
Boleh mempercayai diri sendiri.
Mempunyai sumber penilaian dari dalam.
Mempunyai kesanggupan untuk meneruskan perkembangan.
Ini adalah ciri-ciri yang menjadi matlamat asas bagi terapi pemusatan manusia.
Rogers berpendapat, terapi pemusatan klien lebih mengarah kepada hubungan
kaunseling. Dalam rangka kerja pemusatan klien ini, teknik-teknik penerimaankomunikasi, penghormatan, persefaman dan perkongsian dengan klien bagi
membina perasaan penerokaan dan juga bentuk dalaman rujukannya oleh
pemikiran waras dan tenang dinyatakan. Apa pun bentuk teknik yang timbul
mestilah pernyataan yang jujur daripada kaunselor atau terapinya.
Penekanan yang diutamakan ialah hal-hal sekarang. Kaunselor tidak berhak dan
tidak patut mengambil tahu hal-hal yang sudah lepas dan sejarah masa lalu
kliennya sehingga mewujudkan keadaan sekarang . Yang dipentingkan ialah apa
yang terjadi sekarang dan bagaimana menghadapi masa ini dan masa depannya.
Pengubatan perawat tidak diperlukan, kerana ia mencadangkan bahawa manusia
mempunyai kekuatan menimbangkan apa yang benar bagi semua individu itu..
Semua manusia bertanggungjawab terhadap segala tindakannya . Jadi, kami telah
TEKNIK DAN PROSEDUR
7/31/2019 Teori Terapi Gestalt
10/19
EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
memperfahamkan klien bahawa segala tindakan mereka akan mempengaruhi masa
depan mereka.
Satu lagi penekanan yang dianggap penting ialah menumpukan perhatian kepada
emosi daripada unsur-unsur intelektualisme dalam hubungan kaunseling.
Sebenarnya manusia itu ada pengetahuannya, tetapi ia dilindungi oleh perasaan
dan emosi daripada rasa kesedaran sebenar dan terus ia menerima tingkah
lakunya itu.
Peranan terapis yang berpusatkan manusia berpunca daripada beberapa cara
untuk hidup dan sikapnya, bukan teknik yang digunakan untuk klien memilih
sesuatu. Hasilnya penyelidikan terapi pemusatan manusia menunjukkan bahawa
sikap lebih berguna daripada pengetahuan, teori atau teknik untuk mencepatkan
pertukaran personaliti bagi klien.
Terapis yang mengamalkan pemusatan manusia mengadakan satu perhubungan di
mana klien mengalami satu kesedaran untuk bebas mencari bidang-bidang di dalam
kehidupan mereka ketika itu, sudah tidak diberi atau sudah terpesong. Klien kurang
mempertahankan diri dan lebih terbuka kepada beberapa kemungkinan datang dari
dalam diri sendiri.
Kami sebagai kaunselor semasa slot bimbingan ini telah menggunakan
teknik-teknik ini secara maksimum bagi membolehkan murid menyedari diri
sendiri dan memahami bahawa segala tindakan yang dilakukannya akan
mempengaruhi masa depan mereka. Kami telah menjelaskan bahawa hanya
mereka sahaja yang dapat membantu diri mereka untuk mengubah tingkah
laku negatif mereka dan menjadi seorang pelajar yang berfungsi kepada
keluarga, masayarakat dan negara.
7/31/2019 Teori Terapi Gestalt
11/19
EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
7/31/2019 Teori Terapi Gestalt
12/19
EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
Modifikasi tingkah lakumelalui ubah suaian
Luaran
( modelling)
Modifikasi tingkah lakumelalui ubah suaian Dalaman/
kendiri
Kaunseling Kelompok
Kemahiran Pemudahcaraan
KEMAHIRAN ASASKAUNSELINGKELOMPOK
7/31/2019 Teori Terapi Gestalt
13/19
EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
Pemudahcaraan merupakan proses yang memudahkan sesuatu tindakan . Dalam
dunia pendidikan, pemudahcaraan ialah proses yang menggerakkan sesuatu aktiviti
pembelajaran agar dapat dijalankan dengan lancar. Maka kemahiran pemudahcaraan
merupakan kecekapan guru yang berjaya memotivasikan murid-murid bersedia belajar,
membimbing mereka menjalani aktiviti pembelajaran dengan lancar , menggalakkan
mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti p&p.
Kemahiran menentukkan struktur perbincangan.
Kami sebagai kaunselor telah menentukan struktur perbincangan sebelum
mengadakan perbincangan ini.
Teknik memulakan perbincangan.
Kami telah memulakan perbincangan melalui satu persembahan power-point dan
tayangan klip video mengenai tingkah laku negatif yang berkenaan dengan murid.
Teknik mengawal proses perbincangan.
Kesan penggunaan kemahiran pemudahcaraan:
a) Teknik melibatkan klien-klien menyertai aktiviti perbincangan.
b) Kemahiran menggunakan teknik lisan dan bukan lisan.
c) Kemahiran menggunakan teknik menyoal.
Kemahiran mewujudkan suasana kondusif untuk perbincangan.
Kami telah menyediakan makmal komputer yang luas dan sedia dengan kemudahan
hawa dingin bagi mengadakan slot bimbingan kaunseling ini supaya murid berasa
selesa dan mampu mengeluarkan pemikiran dan pandangan mereka.
7/31/2019 Teori Terapi Gestalt
14/19
EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
Kemahiran membimbing klien klien merumus dan membuat cadangan.
Pada akhir slot bimbingan, kami telah memberikan satu borang senarai semak
kepada klien bagi merumus dan membuat cadangan mengenai slot bimbingan
yang telah diadakan.
Kaunseling kelompok ialah proses sosial tentang masalah perkembangan dan
sikap para murid di bawah keadaan terkawal. Ini kandungan kaunseling kelompok
merangkumi keperluan dan minat bersama di kalangan sekumpulan murid.
Peringkat-peringkat Kaunseling Secara Kelompok :
1. Mengenal pasti dan membentuk kumpulan serta objektif untuk Kaunseling secara
kelompok.
Kami guru pelatih telah menetapkan objektif slot bimbingan selepas mengenalpasti
masalah klien.
2. Sesi sumbangsaran:
Orientasi dan pendedahan diri.
Konflik dan pertentangan
Perkembangan hubungan yang rapat dan integrasi
Mengusulkan alternatif penyelesaian masalah
Membuat keputusan berdasarkan rumusan.
3. Tindakan susulan.
7/31/2019 Teori Terapi Gestalt
15/19
EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
Untuk mengubah tingkah laku murid yang bermasalah kepada tingkah laku positif,
salah satu cara ialah penggunaan modifikasi tingkah laku melalui ubah suaian dalaman,
iaitu ubahsuaian kendiri. Ubah suaian dalaman ini boleh diuruskan melalui dua cara ,
iaitu pengurusan diri dan pengubahsuaian kognitif. Kami telah menggunakan cara
pengurusan diri dalam slot bimbingan yang telah kami adakan.
Modifikasi Tingkah laku Melalui Pengurusan Diri
Modifikasi tingkah laku pengurusan diri meliputi langkah-langkah berikut:
Menetapkan matlamat yang hendak dicapai oleh murid sendiri.
Murid berusaha mengubah tingkah laku sendiri.
Murid sendiri menilai kemajuan kendiri atau pencapaiannya dengan menggunakan
senarai semak atau carta.
Berdasarkan maklum balas daripada hasil penilaian, mengambil tindakan susulan
untuk membaiki tingkah laku yang telah diubahsuai.
Modifikasi Tingkah laku Melalui Ubah Suaian Luaran ( Modelling)
Modifikasi tingkah laku melalui permodelan ini merujuk kepada peniruan melalui
pemerhatian tingkah laku seorang model yang disanjungi dan secara tidak
langsung mengubah tingkah lakunya.
Ciri dan Proses Permodelan Bandura
a) Unsur- unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan.b) Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan.
c) Murid meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai
modelnya, dan dapat menguasai kemahiran itu jika dia memperoleh kepuasan
dan peneguhan yang berpatutan.
7/31/2019 Teori Terapi Gestalt
16/19
EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
d) Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan
dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai.
Kami telah mengaplikasikan Proses Permodelan
Bandura ketika slot bimbingan ini diadakan. Di kelas
4V ini terdapat seorang klien yang bernama Sai Nath
yang merupakan murid yang paling memberi tumpuan
di kelas semasa aktiviti p&p dijalankan. Murid ini
sangat menghormati guru, mendengar arahan gurudan bekerjasama dalam aktiviti kumpulan. Murid ini
dapat menyiapkan segala tugasan yang diberikan
oleh guru dan digelar sebagai murid yang pandai dan
aktif di kelas 4 V ini. Kami telah memanggil murid di
hadapan kelas semasa aktiviti slot bimbingan dan
telah memberitahu kepada murid-murid yang lain
bahawa mereka perlu menganggap perbuatan murid
ini sebagai teladan dan Role model kepada mereka
dalam mengatasi masalah tingkah laku mereka.
7/31/2019 Teori Terapi Gestalt
17/19
EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
Kemahiran Menyoal
Kemahiran Mendengar
Kemahiran Memberi
Perhatian
Kemahiran Membina
hubungan
Kemahiran asasKaunseling
Individu
7/31/2019 Teori Terapi Gestalt
18/19
EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
Proses kauseling merupakan perhubungan antara kaunselor dengan kliennya
yang meminta bantuan. Untuk mencapai objektif kaunseling denga berkesan , maka
membina hubungan atau rapport di antara kaunselor dengan klien merupakan syarat
yang amat penting. Kami telah menggunakan kemahiran ini semasa slot bimbingan
kami.
Semasa sesi kaunseling, memberi perhatian biasanya merujuk kepada komunikasi
bukan lisan, walaupun ia juga diperlukan dalam komunikasi lisan. Komunikasi bukan
lisan boleh dibahagikan kepada beberapa komponen iaitu gaya badan, gerak isyarat,
air muka, kontak mata dan juga nada suara. Kami guru pelatih yang berperanan
sebagai kaunselor telah menggunakan kemahiran-kemahiran ini secara sepenuhnya
dalam slot bimbingan.
Mendengar adalah berkaitan dengan memberi perhatian. Rogers ( 1951)
merumuskan :
Tanpa perhatian, mendengar sahaja tidak akan membawa kefahaman, maka
komunikasi tidak akan wujud. Sewaktu slot bimbingan, masa digunakan untuk mendengar berlaku lebih banyak
daripada berucap dan respons, terutama di dalam peringkat awal slot bimbingan.
Kaunselor telah mendengar punca tingkah laku klien dan klien mendengar slot
bimbingan kaunselor dengan teliti.
MEMBINA HUBUNGAN
KEMAHIRAN MEMBERI PERHATIAN
KEMAHIRAN MENDENGAR
7/31/2019 Teori Terapi Gestalt
19/19
EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
Di dalam bidang kaunseling, fokus menyoal bukan ditumpukan untuk mencungkil
maklumat seperti temu bual yang lain. Apabila kemahiran menyoal diaplikasikan dalam
kaunseling, sungguhpun untuk memperolehi maklumat yang tertentu, fokusnya adalah
ditumpukan untuk membangkitkan perasaan. Kami juga telah menggunakankemahiran
ini semasa sesi bimbingan diadakan secara maksimum.
KEMAHIRAN MENYOAL