NOR BAHIYAH BT
_________________________________________________________________________________________________________
Pengenalan
Saya telah melihat pengajaran dan pembelajaran seorang guru Bahasa Melayu yang
mengajar murid Tahun 5 Bestari. Beliau bernama Pn. Nooraini bt. Mohamed. Saya dapati beliau
menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pendekatan teori
Behaviorisme.
a) Apakah pendekatan teori yang digunakan oleh guru tersebut bagi mengajar
pelajar sekolah rendah?
Pendekatan teori yang digunakan oleh Pn. Nooraini bt Mohamed ketika menyampaikan
pengajaran dan pembelajaran ialah menggunakan kemahiran lisan atau pertuturan perlu
dilakukan terlebih dahulu sebelum diikuti kemahiran membaca dan menulis. Kemahiran lisan
digunakan ketika pemulaan pengajaran dan pembelajaran iaitu ketika set induksi diadakan.
Ketika set induksi dijalankan, guru tersebut menanya murid apakah makanan kegemaran mereka,
murid menjawab secara spontan makanan kegemaran mereka seperti nasi ayam, mi goreng,
bihun sup dan pelbagai jawapan lain yang boleh diterima pakai.
Tujuan set induksi adalah untuk menarik minat murid untuk mempelajari pelajaran pada
hari tersebut. Kemahiran lisan juga di dapati digunakan dalam langkah 3 iaitu murid menyebut
isi-isi penting yang terdapat di dalam petikan. Nyanyian lagu Dikir Barat juga merupakan
kemahiran lisan yang digunakan oleh guru ini. Saya dapati murid menyanyikan dengan penuh
kegembiraan dan kadangkala guru tidak dapat mengawal keadaan. Hal ini berlaku kerana
terdapat beberapa orang murid yang begitu teruja untuk menyanyikan lagu tersebut sehingga
berlari ke sana sini. Setelah guru tersebut menegur perbuatan murid tersebut, barulah aktiviti
tersebut berjalan dengan lancar.
Kemahiran membaca dilakukan pada langkah 1 iaitu murid membaca petikan yang
terdapat di dalam buku teks. Kemahiran membaca juga didapati pada langkah 2 dan 3. Guru
tersebut menggunakan kemahiran tulisan dahulu pada langkah 2 barulah diikuti kemahiran lisan
iaitu guru tersebut menyuruh murid menulis penanda wacana di papan putih dan seterusnya
_____________________________________________________________________________________
HBML3303
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
1
NOR BAHIYAH BT
_________________________________________________________________________________________________________
menyuruh membaca wacana tersebut. Kemahiran menulis pula, guru itu gunakan pada langkah 2,
4 dan 5.
Dalam langkah 2, murid menulis wacana, langkah 4 contoh makanan di dalam borang
yang disediakan dan langkah 5 pula, murid menulis kata kerja transitif dan kata kerja tak
transitif. Kesimpulannya, guru tersebut menggunakan kemahiran lisan dahulu dan diikuti
kemahiran membaca dan menulis. Guru tersebut juga menggunakan ketiga-ketiga kemahiran di
dalam satu langkah supaya pengajaran dan pembelajaran pada hari itu berjaya dilaksanakan.
Pengajaran mestilah menekankan pengulangan dan latih tubi. Ini adalah kerana
penguasaan bahasa diperolehi secara mekanis. Pengulangan dan latih tubi didapati digunakan
ketika membaca mekanis dan akaliah. Perkara ini bertujuan murid akan faham petikan yang
dibaca. Guru ini juga menggunakan pengulangan dan latih tubi pada langkah 2 iaitu murid
menulis penanda wacana dan membaca kembali penanda wacana tersebut. Ini bertujuan supaya
mengingat apa yang ditulis.
Dalam langkah 3 pula, guru tersebut menyuruh murid membaca kembali isi-isi penting
yang telah didapati dalam petikan. Pengulangan dan latih tubi juga digunakan oleh guru ini di
dalam langkah 3. Ketika menyanyi juga, guru menyuruh murid menyanyikan lagu Dikir Barat
sebanyak dua kali. Proses pengulangan juga terdapat di dalam aktiviti ini.
Nahu tidak perlu diajarkan secara langsung kerana kemahiran bahasa boleh dikuasai
secara pengulangan. Pembentukan pelaziman adalah dipentingkan. Ini dapat dikesan ketika guru
mengajar penanda wacana. Dalam langkah 2, murid dikehendaki mengumpul penanda wacana
yang terdapat di dalam petikan. Selepas itu, murid dikehendaki menulis penanda wacana tersebut
di papan putih dan akhir sekali murid membaca penanda wacana tersebut. Ini juga menujukkan
pengulangan ketika mengajar penanda wacana.
_____________________________________________________________________________________
HBML3303
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
2
NOR BAHIYAH BT
_________________________________________________________________________________________________________
Alat bantu mengajar amat dipentingkan ketika mengajar kemahiran bahasa. Ini adalah
hasil daripada operasi rangsangan dan gerak balas. Alat bantu mengajar yang digunakan oleh
guru ini ialah buku teks, MyCD Bahasa Melayu Tahun Lima, Komputer Riba, LCD dan
lembaran kerja. Buku teks digunakan untuk murid-murid membaca petikan yang terdapat di
dalam muka surat 58 dan 59. MyCD bahasa Melayu Tahun Lima pula digunakan untuk
menyanyi lagu Dikir Barat sebagai pengukuhan pembelajaran pada hari itu. Murid menunjukkan
minat ketika menyanyikan lagu Dikir Barat.
Guru mestilah menjadi model yang baik kerana kesilapan dianggap sebagai kegagalan
di dalam membentuk pelaziman. Guru membimbing murid ketika mencari isi-isi penting dalam
petikan. Guru membina soalan untuk mewujudkan jawapan mencari isi-isi penting. Guru juga
membimbing murid yang tidak dapat membezakan kata kerja transitif dan kata kerja tak
transitif.
. Ganjaran juga diberikan bagi mendorong wujudnya rangsangan bagi menggalakkan
pengulangan dan pengukuhan pembelajaran. Contoh ganjaran ialah kata-kata pujian daripada
guru. Guru juga meminta murid menepuk tangan sebagai ganjaran kepada murid yang dapat
membina ayat dengan menggunakan penanda wacana dengan betul.
_____________________________________________________________________________________
HBML3303
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
3
NOR BAHIYAH BT
_________________________________________________________________________________________________________
b) Apakah prinsip pedagogi yang dipegang oleh guru tersebut?
Prinsip pedagogi yang dipegang oleh guru tersebut ialah berdasarkan Teori Bahaviorisme
iaitu pembelajaran berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Ahli-ahli bahasa yang mendokong
teori ini ialah Bloomfield, Sapir, Boas, Fries dan Brooks. Menurut mereka, penguasaan bahasa
adalah suatu proses mekanis. Mereka berpendapat, bahasa dikuasai melalui proses pengulangan
iaitu mengulang sebanyak mungkin sesuatu kemahiran bahasa sehingga menjadi suatu kebiasaan.
Rangsangan dan gerakbalas melalui bahasa akan mempercepatkan proses penguasaan
bahasa. Teori ini juga mementingkan aspek komunikasi. Mereka menganggap bahawa bahasa
adalah alat penting dalam perhubungan. Proses komunikasi dan interaksi akan meningkatkan
penguasaan bahasa. Teori ini juga mementingkan pengukuhan yang dapat ditimbulkan melalui
ganjaran yang diberikan kepada seseorang pelajar yang memberi gerak balas yang betul. Ini
bermaksud ganjaran yang berupa pujian atau tepukan diberikan kepada pelajar yang dapat
menjawab soalah yang diberikan dengan betul.
Dengan ganjaran yang diberikan, telah mendorong pelajar terbabit untuk mengulangi
tingkah laku itu. Secara tidak langsung , pembelajaran telah pun berlaku. Dalam aspek huraian
bahasa, golongan behavioris berpegang kepada huraian bahasa secara deskriptif atau struktural.
Huraian bahasa secara deskriptif ini mementingkan penghuraian bahasa atas apa yang dituturkan
bukan apa yang ditulis.
_____________________________________________________________________________________
HBML3303
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
4
NOR BAHIYAH BT
_________________________________________________________________________________________________________
c) Apakah pendekatan yang diamalkan dalam pembelajaran bahasa?
Mengikut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil
bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah. Dalam konteks
pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran
yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu mata pelajaran. Dengan perkataan lain, pendekatan
merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya.
Pendekatan secara umumnya terbahagi kepada empat pendekatan yang utama iaitu
pendekatan induktif, deduktif, elektif dan komunikatif. Pendekatan yang dipilih oleh guru
tersebut ialah pendekatan komunikatif. Littlewood (1981) telah menggariskan beberapa prinsip
asas proses pembelajaran dan pengajaran bahasa mengikut pendekatan komunikatif iaitu:
a) Prinsip komunikasi. Aktiviti-aktivi yang melibatkan komunikasi sebenar akan
menggalakkan proses pembelajaran.
b) Prinsip tugasan. Aktiviti-aktiviti yang dapat menggunakan bahasa bagi melaksanakan pelbagai
tugsan juga akan menggalakkan pembelajaran.
c) Prinsip tugasan. Bahasa yang bermakna kepada murid akan mengukuhkan proses pembelajaran.
Prinsip-prinsip tersebut amat sesuai digunakan oleh guru-guru bahasa dalam pengajaran mereka.
Mereka mesti mewujudkan pelbagai peluang komunikasi di dalam pengajaran dan pembelajaran
mereka. Sebagai contoh kemahiran lisan.
Freeman (1986) pula telah menyenaraikan beberapa kriteria utama pengajaran pendekatan
komunikatif berdasarkan pemerhatiannya terhadap sebuah kelas yang menggunakan pendekatan ini.
_____________________________________________________________________________________
HBML3303
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
5
NOR BAHIYAH BT
_________________________________________________________________________________________________________
Antara prinsip tersebut ialah:
a) Seboleh mungkin, bahasa yang dipelajari hendaklah daripada bahasa yang digunakan dalam
konteks sebenar atau bahasa yang autentik (seperti guru memberikan edaran yang diambil
daripada akhbar semasa)
b) Kebolehan mengenalpasti maksud penutur atau penulis adalah sebahagian ciri seseorang
yang mempunyai keupayaan berkomunikasi (seperti guru meminta murid mengenai ramalan,
andaian dan persaan penulis)
c) Bahasa tersebut hendaklah menjadi bahasa komunikasi kelas dan bukan hanya sebagai objek
pembelajaran (seperti guru memberikan arahan pengajarannya dengan menggunakan bahasa
yang dipelajari).
d) Sesuatu fungsi mungkin dakan dapat disampaikan melalui bebebrapa struktur linguistik.
Oleh kerana fokus pembelajaran dan pengajaran adalah bahasa sebenar, maka pelbagai
struktur lingistik tersebut hendaklah dipelajari (seperti pelajar cuba menyatakan maksud
penulis dalam pelbagai bentuk struktur ayat.
e) Murid hendaklah mempelajari ciri-ciri bahasa yang berkaitan dengan perhubungan atau
perkaitan antara ayat-ayat.
f) Permainan bahasa adalah penting kerana ia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan pelbagai
aktiviti komunikasi sebenar. Aktiviti ini bertujuan untuk bertukar maklumat dan pandangan,
di samping penutur akan dapat menerima secara langsung maklum balas daripada pendengar
sama ada ia telah berkomunikasi dengan baik atau tidak. Jika tugasan ini dilakukan dalam
kumpulan yang kecil akan dapat memaksimakan jumlah latihan berkomunikasi kepada
mereka.
g) Murid mesti diberi peluang yang sewajarnya untuk menyampaikan idea dan pandangan
mereka. Guru sentiasa menggalakkan murid ikut serta dalam perbincangan.
h) Kesalahan bahasa dibenarkan dan dilihat sebagai hasil semula jadi dalam perkembangan
pelbagai kemahiran berkomunikasi. Kejayaan murid dalam pengusaan bahasalebih diukur
dari aspek kelancaran berbahasa berbanding ketepatan bahasa. Oleh itu, guru dan murid lain
mengabaikan pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh seseorang.
_____________________________________________________________________________________
HBML3303
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
6
NOR BAHIYAH BT
_________________________________________________________________________________________________________
i) Huru bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana yang sesuai untuk merangsang
komunikasi. Contohnya, guru memberikan pernana yang tertentu kepada murid untuk
dilakukan dalam pelbagai situsai komunikasi.
j) Interaksi komunikasi menggalakkan sifat kerjasama di kalangan murid. Ia akan memberi
peluang kepada murid untuk memilih pelbagai maksud yang hendak disampaikan.
_____________________________________________________________________________________
HBML3303
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
7
NOR BAHIYAH BT
_________________________________________________________________________________________________________
d) Apakah kaedah yang digunakan untuk memulakan pengajaran dan bagi
tujuan mencapai objektif pelajaran?
Kaedah yang digunakan oleh Pn. Nooraini ketika mengajar pengajaran Bahasa Melayu Tahun 5, didapati terdapat empat kaedah iaitu:
i) Kaedah Pengajaran Direktif
Strategi pengajaran direktif bertujuan membantu murid bagi memahami dan mencari maklumat
berasaskan pembacaan dan penaakulan kritis. Dalam pendekatan ini, murid dikehendaki
menguasai tingkah laku dan kemahiran yang ditunjukkan oleh guru. Hal ini melibatkan latih
tubi, amali, pembelajaran masteri dan pengajaran langsung dalam bilik darjah.
ii) Kaedah Kontekstual
Pengajaran kontekstual adalah merupakan satu konsep pengajaran dan pembelajaran yang
membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi sebenar iaitu . Keadaan
tersebut secara tidak langsung berupaya memotivasikan murid-murid untuk membuat perkaitan
antara pengetahuan dan mengaplikasinya di dalam kehidupan seharian mereka sebagai ahli
keluarga, warga masyarakat dan pekerja.
Terdapat beberapa teori yang menyatakan bahawa pelajar dapat memproses maklumat
atau pengetahun baru dengan cara bermakna dalam rangka minda dan maklumat disampaikan
dalam perlbagai konteks. Ia lebih bermakna kepada murid dan guru mewujudkan kepelbagaian
persekitran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Berdasarkan teori
pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat
atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna
kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori,
pengalaman dan tindakbalas mereka sendiri).
_____________________________________________________________________________________
HBML3303
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
8
NOR BAHIYAH BT
_________________________________________________________________________________________________________
iii) Kaedah Pengajaran Koperatif
Murid dalam pengajaran koperatif bekerja dalam kumpulan untuk menyempurnakan tugasan
kumpulan,bertukar pendapat, membuat perancangan dan mencadangkan penyelesaian kepada
masalah. Pengajaran koperatif adalah satu strategi yang melibatkan penyertaan murid-murid
dalam aktiviti pembelajaran kumpulan kecil dan mengalakkan interaksi positif.
Pembelajaran koperatif menyumbangkan kepada pencapaian akademik, mudah
dilaksanakan dan tidak mahal. Tingkah laku dan rekod kedatangan pelajar yang bertambah baik
dan lebih sukakan sekolah adalah antara kebaikan yang dikenal pasti (Slavin, 1987).
Pembelajaran koperatif dapat meningkatkan motivasi pelajar, menggalakkan proses
kumpulan, memupuk interaksi social dan akademik di kalangan pelajar dan memberi ganjaran
kepada penyertaan kumpulan yang berjaya. Ia juga dapat memperbaiki perhubungan pelajar
dengan rakan sebayanya, lebih-lebih lagi mereka yang datang dari kumpulan sosialetnik yang
lain.
iv) Kaedah Pengajaran ICT
Penggunaan komputer dalam pendidikan telah membawa banyak perkembangan kepada sistem
pendidikan yang semakin canggih. Ia juga membawa reformasi serta perkembangan baru dalam
pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pengajaran –
pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan latihan
guru.
Pembangunan pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia bermatlamat memberi
penekanan kepada pembangunan ICT yang menyeluruh, antaranya ialah meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran ICT dalam kalangan pelajar, pendidik dan personel serta _____________________________________________________________________________________
HBML3303
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
9
NOR BAHIYAH BT
_________________________________________________________________________________________________________
menekankan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran supaya lebih berkesan,
menarik dan mencabar.
Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru tersebut menggunakan ICT ketika
menyanyikan lagu Dikir Barat. Murid-murid menyanyikan lagu dengan iringan muzik.
_____________________________________________________________________________________
HBML3303
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
10
NOR BAHIYAH BT
_________________________________________________________________________________________________________
e) Adakah strategi bahasa yang digunakan oleh guru tersebut sesuai dan
apakah strategi teknik yang boleh digunakan untuk mencapai objektif
pelajaran yang optimum?
Mengikut Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk
mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi pula bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan
sesuatu perkara. Dalam bidang pendidikan. Konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan
memimilh pendekatan sertakecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran
berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan.
Pada pendapat saya, strategi yang digunakan oleh guru tersebut sesuai kerana terdapat:
Strategi Pengajaran
i) Strategi penggabung jalinan kemahiran-kemahiran bahasa seperti pertuturan yakni
lisan, membaca dan menulis.
ii) Strategi penyerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran.
iii) Strategi gabungan keseluruhan kelas dengan kaedah pasangan.
Strategi Pemusatan Murid
Murid memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Murid-murid digalakkan
melibatkan secara aktif di dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara berpasangan atau
individu. Aktiviti pembelajaran murid lebih banyak masa akan diperuntukkan ketika proses
pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara
dua hala. Guru menggunakan kaedah menyoal untuk membimbing murid supaya berfikir dan
_____________________________________________________________________________________
HBML3303
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
11
NOR BAHIYAH BT
_________________________________________________________________________________________________________
bertindak balas dengan memberi jawapan mereka. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih
mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid. Guru memberi peluang interaksi di
antara murid dan sifat-sifat sosial positif seperti tolong-menolong, bekerjasama dan bertolak
ansur. Murid-murid menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.
Strategi Pemusatan Bahan
Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran terbahagi kepada
dua kategori iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran yang digunakan
oleh guru ini ketika pengajaran dan pembelajaran ialah carta, MyCD, komputer riba, LCD dan
skrin. Manakala bahan pembelajaran ialah buku teks dan lembaran kerja. Penggunaan buku taks
adalah penting untuk murid membaca petikan yang telah disediakan. Persembahan yang
berwarna-warni menarik minat murid untuk belajar. Guru menggunakan MyCD ketika
menyanyikan lagi Dikir Barat juga dapat menghiburkan dan menarik minat murid untuk
menyanyi.
_____________________________________________________________________________________
HBML3303
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
12
NOR BAHIYAH BT
_________________________________________________________________________________________________________
f) Kaji proses pelajaran yang berlaku.
Guru ini memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan set induksi
bersoal jawab tentang makanan kesukaan masing-masing. Ada murid menyebut nasi ayam, mi
goreng, bihun sup dan sebagainya. Guru juga menunjukkan carta gambar makanan dan
mengaitkan tajuk pelajaran pada hari itu iaitu Kesihatan Asas Kesejahteraan. Proses ini
mengambil masa tiga minit.
Dalam langkah 1, beliau mengarahkan murid membuka buku teks Bahasa Melayu Tahun
5 muka surat 58. Beliau mengarahkan murid membaca teks secara kelas, kumpulan dan individu.
Murid membaca teks secara kumpulan, kelas dan individu.
Dalam langkah 2, beliau menyuruh murid mengenal pasti penanda wacana yang terdapat
di dalam petikan. Murid menulis penanda wacana di papan tulis. Murid membaca penanda
wacana tersebut secara bergilir-gilir. Setelah murid membaca penanda wacana, beliau menyuruh
murid membina ayat secara lisan menggunakan penanda wacana tersebut. Beliau akan
membetulkan ayat sekiranya terdapat kesilapan. Antara penanda wacana yang di dapati di dalam
petikan tersebut ialah sekiranya, oleh yang demikian, apatah lagi, selain itu, hal ini demikian
kerana, oleh sebab itu , sesungguhnya dan sehubungan dengan itu. Beliau membetulkan ayat
yang dibina oleh murid sekiranya terdapat kesilapan. Contoh ayat menggunakan penanda
wacana. Sekiranya Sarah tidak ke sekolah, dia akan membantu ibunya di dapur.
Dalam langkah 3 pula, beliau menyuruh murid membaca petikan secara akaliah untuk
mencari isi-isi penting. Beliau membimbing murid mencari isi-isi penting. Antara isi-isi penting
yang disebut oleh murid ialah kesihatan diri amat penting, tubuh badan memerlukan zat makanan
yang seimbang, kesihatan diri dapat dijaga melalui aktiviti riadah dan amalan pemakanan dan
beriadah merupakan amalan yang baik. Murid menyebut secara bergilir-gilir isi-isi penting yang
terdapat di dalam petikan sebagai pengukuhan.
_____________________________________________________________________________________
HBML3303
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
13
NOR BAHIYAH BT
_________________________________________________________________________________________________________
Dalam langkah 4, secara berpasangan murid-murid mengelaskan maklumat tentang
contoh makanan mengikut jenisnya. Contoh makanan tersebut ditulis di dalam borang yang
disediakan. Setelah siap, borang tersebut dihantar kepada beliau. Belaiu membincangkan secara
kelas contoh makanan mengikut jenisnya.
Contoh makanan mengikut jenisnya:
Karbohidrat Protein Vitamin Garam Galian Lemak
nasi
roti
ubi
kentang
ikan
udang
kacang
telur
limau
jambu
kiwi
epal
sawi
bendi
tomato
kubis
daging
keju
mentega
minyak
Langkah 5, beliau mengedarkan senarai kata kerja kepada murid-murid. Beliau menyoal
murid tentang maksud kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Beliau meminta murid
mengumpul kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Murid-murid menulis kata kerja
transitif dan kata kerja tak transitif di dalam buku latihan tatabahasa. Sebelum itu beliau
menerangkan maksud kata kerja transitif iaitu mesti disertai objek untuk menjadi frasa kerja.
Manakala kata kerja tak transitif dapat berdiri sendiri tanpa objek.
_____________________________________________________________________________________
HBML3303
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
14
NOR BAHIYAH BT
_________________________________________________________________________________________________________
Contoh:
Kata Kerja Transitif Objek Kata Kerja Tak Transitif
menjaga
menghindarkan
melalui
memerlukan
mengamalkan
memperkukuh
menjadikan
kesihatan
diri
pelbagai aktiviti
zat makanan
cara pemakanan
sistem
kesibukan
beriadah
sakit
jumpa
sihat
dengar
Setelah selesai mengumpul maklumat seperti di atas, murid-murid membuat latihan tatabahasa
yang ditulis oleh guru di papan putih.
Langkah 6 pula, guru menayang lagu Dikir Barat menggunakan MyCD di skrin. Murid-
murid menyanyi lagu dikir barat tersebut dengan perasaan gembira.
Sebagai penutup pengajaran dan pembelajaran, beliau menyuruh murid merumus
pelajaran pada hari itu dan menyebut nilai-nilai murni yang terdapat dalam isi pelajaran.
_____________________________________________________________________________________
HBML3303
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
15
NOR BAHIYAH BT
_________________________________________________________________________________________________________
BIBLIOGRAFI
Abd. Aziz Abd. Talib, 2000. Pedagogi Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors.
Abdullah Hassan, 1993.Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu, Kuala Lumpur:Utusan
Publications & Distribution Sdn. Bhd.
Arbak Othman , 1985. Mengajar Tatabahasa , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah bt. Hj Ahmad,1989.Pedagogi 1, Selangor:Longman Malaysia Sdn.Bhd.
Adenan Ayob & Nathesan Sellapan , 2009 .HBML 3303 Psikolinguistik dan Semantik, Kuala
Lumpur: Open University Malaysia.
Ee Ah Meng, 1989.Pedagogi Satu Pengenalan, Kuala Lumpur:Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng,1987, Pedagogi Untuk Bakal Guru, Petaling Jaya:Fajar Bakti, Petaling Jaya.
Kamarudin Husin, 1988.Pedagogi Bahasa, Kuala Lumpur :Longman(M).
Kaye, Barrington,1970. Participation in Learning, London :George Allen &Unwin, London
Mok Soon Sang, 1994. Asas Pedagogi dalam Pengajaran-Pembelajaran,Kuala
Lumpur:Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Raminah Sabran & Rahim Syam ,1985. Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia, Kuala
Lumpur:Fajar Bakti.
Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib,1996.Pengajaran Dalam Bilik Darjah ,Kajang:Masa
Enterprise
Zulkifley Hamid. (2006 ). Aplikasi Psikolinguistik. PTS Professional, Publishing Sdn.
Bhd. Kuala Lumpur.
_____________________________________________________________________________________
HBML3303
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
16
NOR BAHIYAH BT
_________________________________________________________________________________________________________
LAMPIRAN
_____________________________________________________________________________________
HBML3303
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
17
NOR BAHIYAH BT
_________________________________________________________________________________________________________
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Tarikh : 6 Julai 2009
Masa : 9.10 – 10.10
Tahun : 5 Bestari
Bilangan Murid : 38
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Sukan dan Kesihatan
Tajuk : Kesihatan Asas Kesihatan
Hasil Pembelajaran : F.U 3.1
Aras 1 (i)
Mengelaskan maklumat berdasarkan sesuatu topik yang dibincangkan.
F.U 6.3
Aras 1 (i)
Membaca dan mengecam isi-isi penting daripada pelbagai bahan bacaan,
F.U 8.5
Aras 1 (i)
Memilih dan mengenal pasti penanda wacana
Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
i) Mengambil penanda wacana yang terdapat di dalam petikan.
ii) Menyenaraikan 4 isi penting yang terdapat di dalam petikan.
iii) Mengumpul kata kerja transitif dan tak transitif.
Sistem Bahasa : Tatabahasa : penanda wacana
Pengisian Kurikulum : Ilmu : Pendidikan Muzik
Nilai Murni : Bekerjasama
KBT : Kemahiran Berfikir – mengelaskan
BBM : Buku teks
MyCD BM Tahun 5
_____________________________________________________________________________________
HBML3303
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
18
NOR BAHIYAH BT
_________________________________________________________________________________________________________
Komputer riba
Lembaran kerja
Pengetahuan Sedia Ada: Murid tahu jenis-jenis makanan kegemaran.
Langkah/Masa
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi(3 minit)
Langkah 1(5 minit)
Langkah 2(10 minit)
Langkah 3(5 minit)
Jenis Makanan
Membaca petikan(Petikan m/s 58 dan 59)
Penanda Wacana* sekiranya* oleh yang demikian* apatah lagi* selain itu* hal ini demikian kerana* oleh sebab itu* sesungguhnya* sehubungan dengan itu
Membaca petikan(Petikan m/s 58 dan59)
1.Guru dan Murid bersoal-jawab tentang makanan kesukaan masing-masing.
1. Murid membaca teks secara mekanis.
1. Guru menyuruh murid mengambil penanda wacana yang terdapat di dalam petikan.
2. Murid menulis penanda wacana di papan putih.
3. Murid membaca penanda wacana yang ditulis.
1. Guru menyuruh murid membaca petikan secara akaliah untuk mencari isi-isi penting.
Pengisian Kurikulum- Kontekstual
Kemahiran Komunikasi
Kemahiran Berfikir
Kemahiran Berfikir
_____________________________________________________________________________________
HBML3303
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
19
NOR BAHIYAH BT
_________________________________________________________________________________________________________
Langkah 4(10 minit)
Langkah 5(10 minit)
Jenis makanan
KarbohidratProtinVitaminGaram galianLemak
Kata kerja transitif dan tak transitif
2. Murid membaca petikan secara akaliah dan mencari isi-isi penting.
3. Murid menyebut isi-isi penting yang terdapat di dalam petikan.
1. Guru menyuruh murid secara berpasangan mengelaskan contoh makanan mengikut jenisnya.
2. Murid mengelaskan contoh Makanan mengikut jenisnya secara berpasangan di dalam borang yang disediakan.
1. Guru mengedarkan senarai kata kerja kepada murid- murid.
2. Guru meminta murid mengumpul kata kerja transitif dan tak transitif.
3. Murid mengumpul kata kerja transitif dan tak transitif ditulis di dalam buku latihan tatabahasa.
4. Murid membuat latihan tatabahasa yang ditulis oleh guru di papan putih.
Mengelaskan
Kemahiran Berfikir
Kemahiran menulis
_____________________________________________________________________________________
HBML3303
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
20
NOR BAHIYAH BT
_________________________________________________________________________________________________________
Langkah 6(5 minit)
Penutup(2 minit)
Nyanyian Lagu Dikir Barat
Rumusan
1. Murid menyanyikan lagu dikir barat yang terdapat di dalam halaman rangsangan di dalam buku teks.
1. Murid merumus isi pelajaran dan nilai murni.
Kecerdasan Pelbagai- Pendidikan Muzik
Kemahiran Berfikir- Merumus
_____________________________________________________________________________________
HBML3303
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
21
NOR BAHIYAH BT
_________________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HBML3303
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
22