FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR
DALAM LUKISAN KEJURUTERAAN DI SEKOLAH AKADEMIK :
SATU KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT
GUNTONG DAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MANIR,
KUALA TERENGGANU
ZURAIDAH BINTI ALIAS
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
FAKTOR-FAKTOR YANG MENPENGARUHI PELAJAR DALAM LUKISAN
KEJURUTERAAN DI SEKOLAH AKADEMIK : SATU KAJIAN DI SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT GUNTONG DAN SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN MANIR, KUALA TERENGGANU,
TERENGGANU
ZURAIDAH BINTI ALIAS
Tesis ini dikemukakan sebagai
Memenuhi syarat penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
iii
DEDIKASI
Teristimewa Buat,
Ayahanda dan Bonda yang dikasihi…
(Alias Mohammed dan Tun Hasnah Tun Salim)
yang sentiasa mendoakan kejayaanku….jasa dan pengorbanan kalian membesarkanku
selama ini akan ku kenang hingga ke akhir hayat…segala doa, pengorbanan, kerinduan dan
kesabaran kalian besar ertinya buatku…
Khas Buat,
Abang-abang serta Kakak-kakak tersayang…
terima kasih di atas nasihat serta dorongan yang diberikan selama ini…nasihat dan doa
kalian membakar semangat untuk ku mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi…
Jua Buat,
Saudara dan Sahabat handai…
yang telah banyak membantu…jasa dan pengorbanan kalian tidak akan
ku lupakan…
Semoga Kalian diberkati Allah S.W.T
iv
PENGHARGAAN
Assalamualaikum W.B.T
Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya
akhirnya saya berjaya menyelesaikan Projek Sarjana Muda ini dengan sempurna.
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada penyelia saya Tn. Hj. Mohd Mohsin B.
Uzir di atas kesungguhan beliau membimbing dan memberi tunjuk ajar di
sepanjang perjalanan kajian ini sehingga selesai.
Tidak lupa juga ribuan terima kasih diucapkan kepada mereka yang
memberikan bantuan samaada secara langsung ataupun tidak langsung
khususnya pengetua dan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit
Guntong dan Sekolah Menengah Kebangsaan Manir yang terlibat dalam kajian
ini.
Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada pihak Jabatan Pelajaran
Negeri Terenggganu (Unit Perhubungan) di atas kerjasama yang diberikan dalam
usaha melancarkan dan menjayakan kajian ini.
Ucapan terima kasih juga diucapkan buat rakan-rakan seperjuangan yang
banyak membantu dalam mengeluarkan pendapat bagi menjayakan kajian ini.
Sekian, Terima Kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi
pencapaian mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Mata pelajaran ini adalah salah satu
mata pelajaran yang ditawarkan kepada para pelajar di Sekolah Menengah Akademik
kini. Soalan-soalan yang berkaitan gaya pengajaran guru, minat pelajar, sikap pelajar
dan kemudahan pembelajaran ditekankan di dalam kajian ini. Kajian dibuat di dua buah
sekolah di Kuala Terengganu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Guntong dan
Sekolah Menengah Kebangsaan Manir. Sampel kajian terdiri daripada 54 pelajar
tingkatan 5 tahun 2006 yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
Instrumen kajian adalah dengan menggunakan set borang soal selidik kerana ianya lebih
praktikal serta menjimatkan masa. Nilai kebolehpercayaan alat kajian ini adalah α =
0.82. Data yang dikumpul, dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package
For Social Science) 12.0 untuk mendapatkan frekuensi, peratusan dan min. Dapatan
kajian mendapati aspek-aspek yang dikaji berada di tahap sederhana. Daripada dapatan
kajian jelas membuktikan bahawa aspek-aspek yang dikaji telah memainkan peranan
yang penting dalam mendorong pelajar untuk menguasai mata pelajaran ini di sekolah.
vi
ABSTRACT
The aim of this research was to identify the factors that influences form
five students achievement in Engineering Drawing, is one of the subject offered to
students in ordinary daily secondary school. The main focus of this research is to look at
various aspects such as teaching styles, student interest, student attitude and study
facilities in order to have good examination result. This research was done at two
secondary schools in Kuala Terengganu. The school involved were Sekolah Menengah
Kebangsaan Bukit Guntong and Sekolah Menengah Kebangsaan Manir. The pupils
involved were 54 students, all from form five student, who studied in Engineering
Drawing in 2006. The instrument was questionnaire which were more practical and save
time. The reliability of the instrument is α = 0.82. Data collected was analysed using
the SPSS (Statistical Package For Social Science) 12.0 for windows to obtain
frequencies, percentages and means. The result shows that the factors such as teaching
styles, student interest, student attitude and study facilities are at medium level.
However, those aspects are important factors in motivating the students in learning the
subject at school.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Halaman Judul i
Halaman Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan vi
Abstrak v
Abstract vi
Senarai Kandungan vii
Senarai Lampiran xi
Senarai Jadual xii
Senarai Singkatan xiv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang 2
1.3 Penyataan Masalah 8
1.4 Persoalan Kajian 8
1.5 Objektif Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Skop Kajian 10
viii
1.8 Batasan Kajian 10
1.9 Definisi Istilah 10
1.10 Penutup 13
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 14
2.1.1 Gaya Pengajaran 14
2.1.2 Faktor Minat 16
2.1.3 Faktor Sikap 18
2.1.4 Faktor Kemudahan Pembelajaran 19
2.2 Kesimpulan 21
BAB III METODOLOGI
3.1 Pengenalan 22
3.2 Rekabentuk Kajian 22
3.3 Populasi dan S ampel Kajian 23
3.4 Instrumen Kajian 23
3.4.1 Bahagian A 23
3.4.2 Bahagian B 24
3.5 Kajian Rintis 25
3.6 Kesahan Soal Selidik 26
3.7 Prosedur Pengumpulan Data 26
3.7.1 Pengedaran Soal Selidik 27
3.7.2 Pengumpulan Data 27
ix
3.8 Analisis Data 27
3.9 Penutup 29
BAB IV ANALISIS
4.1 Pendahuluan 30
4.2 Analisis Data Bahagian A
(Latar Belakang Responden) 31
4.2.1 Sekolah 31
4.2.2 Jantina 32
4.2.3 Bangsa 32
4.3 Analisis Bahagian B 33
4.3.1 Gaya Pengajaran Guru 34
4.3.2 Minat Pelajar 38
4.3.3 Sikap Pelajar 42
4.3.4 Kemudahan Pembelajaran 46
4.4 Analisis Keseluruhan 49
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 51
5.2 Rumusan 51
5.3 Perbincangan 54
5.3.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 54
5.3.2 Perbincangan Berdasarkan Persoalan Kajian 55
5.3.2.1 Persoalan Kajian 1 56
5.3.2.2 Persoalan Kajian 2 58
x
5.3.2.3 Persoalan Kajian 3 60
5.3.2.4 Persoalan Kajian 4 63
5.4 Cadangan
5.4.1 Pelajar 65
5.4.2 Guru 66
5.4.3 Pihak Sekolah 66
5.5 Cadangan Lanjutan 67
5.6 Penutup 68
BIBLIOGRAFI
Bibliografi 69
LAMPIRAN
Lampiran A - E 73 - 83
xi
SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Soal Selidik 73
B Surat Kebenaran Kementerian
Pelajaran Malaysia (EPRD) 79
C Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran
Negeri Terengganu (JPN) 81
D Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan 82
E Kesahan Soal Selidik 83
xii
SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1 Mata pelajaran pilihan bagi Sijil Pelajaran Malaysia 3
yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia
1.2 Analisa Keputusan Peperiksaan Lukisan Kejuruteraan SPM 2004
Mengikut Bilangan Pelajar Bagi
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Guntong 5
1.3 Analisa Keputusan Peperiksaan Lukisan Kejuruteraan SPM 2004
Mengikut Bilangan Pelajar Bagi
Sekolah Menengah Kebangsaan Manir 5
3.1 Susunan Item-Item Dalam Set Soal Selidik 24
3.2 Skala Likert 25
3.3 Skala Pemeringkatan 28
3.4 Julat Min Bagi Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian
Pelajar Dalam Lukisan Kejuruteraan 29
4.1 Taburan Bilangan Responden Mengikut Sekolah 31
4.2 Jantina Responden 32
4.3 Taburan Responden Mengikut Peratus dan
Min Bagi Gaya Pengajaran Guru Yang Dapat
Mempengaruhi Pencapaian Pelajar 34
4.4 Taburan Responden Mengikut Peratus dan
Min Bagi Minat Pelajar Dalam Lukisan Kejuruteraan
Mempengaruhi Pencapaiannya 38
xiii
4.5 Taburan Responden Mengikut Peratus dan
Min Bagi Sikap Pelajar Dalam Lukisan Kejuruteraan
Mempengaruhi Pencapaiannya 42
4.6 Taburan Responden Mengikut Peratus dan
Min Bagi Kemudahan Pembelajaran Yang Dapat
Mempengaruhi Pencapaiannya 46
4.7 Analisis Keseluruhan 49
xiv
SENARAI SINGKATAN
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Package For Social Science
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
% - Peratus
f - Frekuensi
EPRD - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
JPN - Jabatan Pelajaran Negeri
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan merupakan satu keperluan dalam kehidupan. Ianya melibatkan satu
proses pengajaran dan pembelajaran samaada secara formal ataupun tidak formal.
Menurut Ralph W.Tyler (1991), pendidikan ialah satu proses menukarkan pola tingkah
laku manusia di mana ianya bermaksud tingkah laku dalam pengertian yang luas,
termasuk pemikiran dan perasaan serta perbuatan nyata. Robiah Sidin (1994) pula
menyatakan pendidikan adalah bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai yang diingini
untuk suatu sistem pendidikan yang dianggap baik atau berguna kepada masyarakat. Siti
Fatimah Yakob (2000), dalam kajiannya menyatakan pendidikan sebagai satu kaedah
atau pendekatan yang dikenalpasti dapat membantu dalam melahirkan masyarakat yang
berkebolehan dan mahir dalam bidang teknikal serta mampu menjana sebagai
penyumbang teknologi kepada masyarakat dan negara.
Bagi merealisasikan matlamat negara untuk menjadi sebuah negara maju
menjelang 2020, pelbagai usaha dijalankan oleh pihak Kementerian Pelajaran dalam
memastikan sistem pendidikan di Malaysia tidak ketinggalan jauh berbanding dengan
negara luar. Antara langkah yang diambil oleh pihak kementerian ialah dengan
memperkenalkan Sistem Pensijilan Terbuka bagi Sijil Pelajaran Malaysia. Sistem ini
2
diperkenalkan pada tahun 2000 yang mana menawarkan mata pelajaran vokasional,
teknikal dan teknologi kepada pelajar-pelajar sebagai mata pelajaran pilihan. Salah satu
daripada mata pelajaran yang ditawarkan sebagai mata pelajaran pilihan ialah Lukisan
Kejuruteraan (Sumber: Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2001).
Lukisan Kejuruteraan diperkenalkan dalam sistem pensijilan terbuka bertujuan
melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran asas dalam bidang kejuruteraan awam,
elektrik dan jentera. Ini kerana sektor kejuruteraan menjadi antara sektor yang
menawarkan banyak pekerjaan di negara kita. Kepesatan industri negara secara tidak
langsung meningkatkan permintaan untuk jurutera dan juruteknik. Dengan
memperkenalkan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di sekolah akademik, secara
tidak langsung ia dapat memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran
dalam bidang kejuruteraan dan juga dapat membantu pelajar-pelajar ke arah kerjaya
yang lebih cerah (Sumber : Kementerian Pelajaran, 2001).
1.2 Latar belakang
Lukisan Kejuruteraan telah diperkenalkan kepada pelajar-pelajar di sekolah
akademik yang terpilih pada tahun 1995 sebagai mata pelajaran elektif baru bagi
tingkatan empat dan lima dalam program Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM). Bagaimanapun pada tahun 2000, Kementerian Pelajaran mula
memperkenalkan Sistem Pensijilan Terbuka di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
dan menjadikan Lukisan Kejuruteraan sebagai mata pelajaran pilihan untuk pelajar yang
berminat dalam bidang kejuruteraan. Lukisan Kejuruteraan ini diperkenalkan bertujuan
untuk melahirkan generasi yang cenderung dalam bidang kejuruteraan ( Sumber :
Kementerian Pelajaran, 2001). Jadual 1.1 di bawah menunjukkan sebahagian senarai
mata pelajaran pilihan yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran untuk pelajar-
pelajar tingkatan 4 dan 5 di sekolah-sekolah akademik.
3
Jadual 1.1 : Mata Pelajaran Pilihan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang
ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sumber : Lembaga Peperiksaan Malaysia, (2001)
BIL KOD NAMA MATA PELAJARAN 1 2205 Literature In English 2 2215 Kesusasteraan Melayu 3 2280 Geografi 4 2361 Bahasa Arab Tinggi 5 2611 Pendidikan Seni 6 2621 Pendidikan Muzik 7 3472 Matematik Tambahan 8 3528 Sains Pertanian 9 3755 Perdangagan 10 3756 Prinsip Akaun 11 3757 Ekonomi Asas 12 3758 Ekonomi Rumah Tangga 13 3759 Lukisan Kejuruteraan 14 3760 Pengajian Kejuruteraan Jentera 15 3761 Pengajian Kejuruteraan Awam 16 3762 Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 17 3763 Reka Cipta 18 3764 Teknologi Kejuruteraan 19 3765 Teknologi Maklumat 20 4531 Fizik 21 4541 Kimia 22 4551 Biologi 23 4561 Sains Tambahan 24 4571 Pengetahuan Sains Sukan 25 5226 Tasawwur Islam 26 5227 Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah 27 5228 Pendidikan Syariah Islamiah 28 6351 Bahasa Cina 29 6354 Bahasa Tamil 30 6362 Bahasa Arab (Komunikasi) 31 8811 Teknologi Bengkel Mesin 32 8812 Kerja Menggegas dan Memesin 33 8813 Lukisan Geometri dan Mesin
4
Menurut Hatta Ismail (2001), Lukisan Kejuruteraan merupakan mata pelajaran
yang memerlukan pelajar mengaplikasikan segala kefahaman dan pengetahuan yang
dipelajari kepada bentuk atau geometri.
Lukisan Kejuruteraan dijadikan sebagai satu bahasa grafik atau juga dikenali
sebagai bahasa kejuruteraan. Lukisan Kejuruteraan ini digunakan sebagai media utama
terutamanya kepada jurutera, juruteknik dan pereka bentuk. Ketepatan, kejituan serta
mudah difahami adalah ciri-ciri penting dalam lukisan kejuruteraan kerana fungsinya
adalah untuk menerangkan atau menyampaikan sesuatu maksud bagi tujuan tertentu.
Bagi memenuhi ciri-ciri ini, seseorang pelajar perlu menguasai dan memahami tentang
kaedah untuk melukis serta berkemampuan untuk menghasilkan lukisan yang bersih,
jelas dan tepat (Mohd Razman Mainal, et al. 2000).
Dalam sistem pendidikan di Malaysia, tahap penguasaan dan pemahaman
tentang kaedah untuk melukis seseorang pelajar dapat dinilai melalui keputusan
peperiksaan yang dijalankan oleh pihak sekolah dan pihak kementerian terutamanya
peperiksaan kebangsaan utama iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Proses penilaian
merupakan suatu proses bagi menentukan setakat mana objektif pendidikan dapat
dicapai melalui program kurikulum dan pangajaran (Ralph W.Tyler). Menurut Suria
Salleh (2000), setiap individu terutamanya para pelajar berhasrat untuk mempunyai
pencapaian yang cemerlang di dalam peperiksaan dan ianya dijadikan sebagai matlamat
utama hasil daripada pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
“Di dalam bidang pendidikan, keperluan pencapaian ada kaitannya dengan
keinginan untuk mencapai kejayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang dikehendaki. Seseorang murid yang mempunyai
keperluan pencapaian yang tinggi sentiasa mahukan kejayaan di dalam pelajaran
dan tidak berpuas hati dengan apa yang telah dilaksanakan. Ia sentiasa ingin
menghasilkan sesuatu yang lebih baik. Dengan itu ia dapat mengekalkan
kedudukan pencapaian yang tinggi.” (Atan Long, 1982)
5
Dalam memperkatakan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ini, pencapaian di
dalam peperiksaan diambilkira bagi mengukur sejauhmana kejayaan suatu proses
pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan di sekolah samada ianya berjaya
ataupun tidak. Jadual 1.2 dan 1.3 di bawah menunjukkan pencapaian pelajar dalam
peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 tahun 2005 bagi mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan bagi dua buah sekolah akademik di Kuala Terengganu iaitu Sekolah
Menengah Kebangsaan Bukit Guntong dan Sekolah Menengah Kebangsaan Manir.
Jadual 1.2 : Analisa Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 2005
Dalam Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Mengikut Bilangan Pelajar bagi
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Guntong.
Pangkat
Cemerlang Kepujian Lulus Gagal
%
Lulus
Jumlah
calon
Calon
Hadir 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G
24 24 0 0 0 0 0 2 3 3 16
33.3
Sumber : Setiausaha Peperiksaan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Guntong, Kuala
Terengganu.
Jadual 1.3 : Analisa Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 2005
Dalam Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Mengikut Bilangan Pelajar bagi
Sekolah Menengah Kebangsaan Manir.
Pangkat
Cemerlang Kepujian Lulus Gagal
%
Lulus
Jumlah
calon
Calon
Hadir 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G
30 30 0 1 0 0 0 1 1 4 23
22.58
Sumber : Setiausaha Peperiksaan Sekolah Menengah Kebangsaan Manir, Kuala
Terengganu.
6
Daripada jadual dapat dilihat bahawa bilangan pelajar yang mendapat keputusan
cemerlang begitu kecil jika dibandingkan dengan bilangan pelajar yang mendapat
kepujian manakala keputusan gagal pula besar. Ini menunjukkan keputusan bagi mata
pelajaran Lukisan Kejuruteran di kedua-dua sekolah ini adalah di tahap yang kurang
memuaskan. Pencapaian yang kurang memuaskan akan memberikan impak yang
negatif kepada negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Ini
kerana bidang kejuruteraan telah menjadi satu bidang yang terpenting di negara kita.
Lukisan Kejuruteraan merupakan mata pelajaran yang berbentuk amali yang
memerlukan pelajar menguasai konsep, prinsip serta kemahiran di dalam pembelajaran.
Menurut Ahmad Zamri Abdul Rahman (2002), kelemahan menguasai konsep, prinsip
serta kemahiran dalam pembelajaran Lukisan Kejuruteraan akan memberi kesan kepada
pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan mereka. Secara tidak langsung ianya akan
menjejaskan pencapaian seseorang pelajar. Pencapaian seseorang pelajar boleh
dikaitkan dengan beberapa faktor seperti gaya pengajaran guru, minat pelajar, sikap
pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan dan kemudahan pembelajaran di
sekolah itu sendiri.
Menurut Musa Daia (1978) dalam Noor Syuhaila Ismail Basha (2003), gaya
pengajaran seorang guru adalah penting dalam menentukan corak suatu pengajaran yang
teratur dan tersusun. Jika pengajaran guru tidak memberi semangat kepada pelajar, tidak
teratur, secara acuh tak acuh dan dengan perasaan yang tidak menyakinkan, sudah tentu
pelajar juga tidak berminat dengan mata pelajaran yang diajar. Dalam kajian Lim Twan
Pei (2000), mendapati mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan banyak bergantung kepada
guru kerana jika guru tidak mampu untuk mengendalikan pengajaran dengan baik, maka
pelajar tidak dapat menerima pengajaran guru.
Dalam kajian Ahmad Zamri Abdul Rahman (2002), minat juga boleh dikaitkan
dengan pencapaian pelajar. Menurut beliau, seseorang yang berminat terhadap sesuatu
perkara akan berusaha melakukannya dengan baik manakala seseorang yang tidak
berminat tentang perkara tersebut akan mengelakkan diri dari melakukannya.
7
Berdasarkan kajian Nazibar Mustaffa (2003), menunjukkan bahawa melalui
minat, pelajar akan berusaha untuk mempelajari Lukisan Kejuruteraan dan akan sentiasa
rajin serta berusaha membuat latihan dan mengulangkaji pelajaran mereka untuk
mencapai kecemerlangan ilmu.
Sikap juga merupakan antara satu faktor yang dapat mempengaruhi pencapaian
seseorang pelajar dalam Lukisan Kejuruteraan. Sikap secara keseluruhannya
menggambarkan tentang sifat-sifat diri atau tingkahlaku seseorang terhadap sesuatu
perkara (Suria Salleh , 2000). Menurutnya lagi, sikap pelajar adalah penting bagi
membantu menimbulkan minat dalam mata pelajaran yang dipelajarinya.
Selain itu, pencapaian juga bergantung kepada faktor kemudahan pembelajaran
di mana berlakunya sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi mencapai hasrat
Kementerian Pelajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) iaitu
untuk melahirkan insan yang baik dan berkembang secara harmonis serta seimbang dari
segi intelek, rohani, jasmani dan emosi, suasana sekolah yang sesuai harus diwujudkan
(Asmah Hj. Ahmad, 1991). Menurut Zazalli Lazin (2000), kemudahan pembelajaran
perlulah sesuai dan menarik perhatian pelajar. Daripada hasil kajian Lim Twan Pei
(2000), kapur warna yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat
membantu pelajar mendapat kefahaman dalam Lukisan Kejuruteraan. Selain itu,
menurutnya kemudahan serta keselesaan dari segi kelengkapan meja lukisan dan kerusi
di dalam bilik Lukisan Kejuruteraan juga dapat menarik perhatian pelajar dalam
mempelajari mata pelajaran ini.
Daripada kajian-kajian yang dinyatakan di atas, didapati pelbagai faktor yang
boleh dikaitkan yang mungkin dapat mempengaruhi pencapaian pelajar di dalam
Lukisan Kejuruteraan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dengan ini
pengkaji amat berminat dalam mengenalpasti serta mencari faktor sebenar yang dapat
mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar dalam Lukisan Kejuruteraan di sekolah
akademik pada masa kini.
8
1.3 PENYATAAN MASALAH
Berdasarkan kepada masalah yang dikemukakan oleh Lim Twan Pei (2000),
Nazibar Mustaffa (2003), Suria Salleh (2000) dan Zazalli Lazin (2000) dalam kajian
mereka berkenaan dengan faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar dalam mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan, maka pengkaji ingin mengkaji kaitan antara gaya
pengajaran guru, minat pelajar, sikap pelajar dan kemudahan pembelajaran di sekolah
yang dapat mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar dalam Lukisan Kejuruteraan di
sekolah akademik.
1.4 PERSOALAN KAJIAN
Persoalan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti apakah faktor-faktor yang
mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Di
antara faktor-faktor yang menjadi persoalan kajian adalah:
1. Apakah gaya pengajaran seseorang guru mempengaruhi pencapaian
pelajar ?
2. Adakah minat seseorang pelajar dalam mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan mempengaruhi pencapaiannya?
3. Apakah sikap seseorang pelajar akan mempengaruhi pencapaiannya di
dalam Lukisan Kejuruteraan?
4. Adakah kemudahan pembelajaran di sekolah mempengaruhi pencapaian
pelajar dalam Lukisan Kejuruteraan?
9
1.5 OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan kepada penyataan masalah yang telah dibincangkan di atas, maka
secara khususnya objektif kajian ini adalah bertujuan untuk :
1. Mengetahui samaada gaya pengajaran seseorang guru mempengaruhi
pencapaian pelajar.
2. Mengenalpasti sejauhmana minat seseorang pelajar dapat mempengaruhi
pencapaiannya dalam Lukisan Kejuruteraan.
3. Mengenalpasti sikap seseorang pelajar dalam menentukan pencapaiannya
di dalam Lukisan Kejuruteraan.
4. Mengetahui samaada kemudahan pembelajaran di sekolah mempengaruhi
pencapaian seseorang pelajar dalam Lukisan Kejuruteraan.
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Melalui kajian ini, pengkaji dapat menghuraikan faktor-faktor yang
mempengaruhi pencapaian pelajar-pelajar sekolah akademik dalam menguasai mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Kajian ini diharap dapat membantu pelajar-pelajar
sekolah akademik dalam merancang dan menentukan matlamat utama pembelajaran
mereka untuk memperolehi pencapaian yang baik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM). Selain itu, kajian ini juga bertujuan memberikan panduan kepada guru-guru
bagi mengenalpasti gaya pengajaran yang sesuai dan boleh digunakan bagi menarik
minat pelajar di dalam Lukisan Kejuruteraan. Kajian ini juga diharapkan dapat
membantu pihak pentadbiran sekolah dalam usaha menyediakan satu garis panduan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
Recommended