31
5.3 PENGGANTIAN IMPORT Pada dekad 1950-an dan 1960-an, program perindustrian di negeri ini dijalankan sebagai usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara yang pada masa itu amat bergantung pada getah dan bijih timah . 1

Ekonomi - Penggantian Import

  • Upload
    nur-az

  • View
    643

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Ekonomi Dalam Pengurusan Awam 2

Citation preview

Page 1: Ekonomi - Penggantian Import

5.3 PENGGANTIAN IMPORT

Pada dekad 1950-an dan 1960-an, program perindustrian di negeri ini dijalankan sebagai usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara yang pada masa itu amat bergantung pada getah dan bijih timah.

1

Page 2: Ekonomi - Penggantian Import

Industri hanya tertumpu kepada industri penggantian import (Keluaran untuk mengganti barangan yang diimport).

Keseluruhan industri adalah berbentuk industri-industri ringan seperti membuat sabun, minuman, kasut, pakaian dan barangan getah yang lain.

2

Page 3: Ekonomi - Penggantian Import

Ini selaras dengan manifesto Kerajaan untuk menggalakan pemodal-pemodal tempatan .

Pada peringkat perindustrian ini, terutamanya sehingga akhir tahun 1960-an, proses perindustrian masih berada di tingkat yang mudah dan tidak memerlukan kemahiran yang tinggi.

 3

Page 4: Ekonomi - Penggantian Import

Peringkat ini bolehlah dianggap sebagai peringkat pengeluaran barang-barang pengguna.

Sedikit demi sedikit perusahaan

telah mula meningkat kepada pengeluaran barang-barang modal dan barang-barang perantaraan terutamanya pada akhir tahun 1960-an. 4

Page 5: Ekonomi - Penggantian Import

Antara tahun 1959-63, industri penggantian import telah menyumbangkan hampir 41% daripada keseluruhan pertumbuhan output industri.

Manakala sumbangan industri eksport adalah negatif (Tiada barangan untuk dieksport langsung, malahan masih import)

5

Page 6: Ekonomi - Penggantian Import

Pada tahun-tahun ini peranan barang-barang pengguna adalah lebih tinggi daripada peranan barang-barang perantaraan dan pelaburan.

Pada tahun 1963-68, peranan barang-barang pelaburan dalam pertumbuhan output industri melebihi peranan barang-barang pengguna.

6

Page 7: Ekonomi - Penggantian Import

Begitu juga dengan barang-barang perantaraan yang telah menyamai peranan barang-barang pengguna. (iaitu Keluaran barangan pelaburan semakin meningkat)

Di samping itu, dalam jangka waktu tersebut, sumbangan industri eksport dalam pertumbuhan output industri telah berkembang dengan jumlah yang ketara daripada -1.29% kepada 12.2% (rujuk Jadual 4.1)

7

Page 8: Ekonomi - Penggantian Import

8

Page 9: Ekonomi - Penggantian Import

5.4 ORIENTASI EKSPORT

Pada akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an, beberapa usaha mempelbagaikan industri telah dilaksanakan termasuklah memperkenalkan Akta Galakan Pelaburan 1968, sebagai kempen menggalakkan industri intensif buruh dan industri berorientasikan eksport.

9

Page 10: Ekonomi - Penggantian Import

Kedatangan modal asing semakin digalakkan terutamanya selepas penubuhan Lembaga Kemajuan Perindustrian Persekutuan (FIDA) pada tahun 1965.

Sehingga akhir tahun 1972 projek-projek perindustrian Malaysia berkeupayaan untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan dan pasaran dunia (J. Jegathesan, 1975: 59).

10

Page 11: Ekonomi - Penggantian Import

Didapati perluasan eksport akan dapat menyerap lebih banyak buruh per unit output dan modal berbanding industri penggantian import dan perluasan permintaan domestik.

• Contoh-contoh industri di peringkat ini ialah barang kimia, logam, jentera-jentera dan alat-alat pengangkutan.

11

Page 12: Ekonomi - Penggantian Import

Sektor perkilangan berkembang lebih pesat menjelang tahun 1970-an.

Peranan sektor perindustrian dari segi guna tenaga dan KDNK juga semakin berkembang.

Hal ini demikian adalah kerana dasar

perindustrian pada tahun 1970-an disusurgalurkan untuk mencapai tingkat pertumbuhan industri yang lebih cepat dan untuk mencapai matlamat-matlamat DEB.

12

Page 13: Ekonomi - Penggantian Import

5.5 PERTUMBUHAN MAMPAN (INDUSTRI BERAT)

Bermula dari dekad 1980-an, sebagai langkah untuk memperkukuh dan mempertingkat sektor perindustrian, maka kerajaan telah menggalakkan penubuhan industri berat yang melibatkan :

13

Page 14: Ekonomi - Penggantian Import

Pelaburan yang besar, Tempoh perancangan yang lebih

panjang serta Pulangan modal yang

hanya dapat diterima dalam jangka panjang.

14

Page 15: Ekonomi - Penggantian Import

Di samping itu, keutamaan yang tinggi juga akan terus diberi kepada penubuhan industri barang modal dan perantaraan dan industri berorientasikan eksport.

Penubuhan industri berat dengan

teknologi yang tinggi dirasakan perlu untuk mengurangkan pergantungan kepada negara-negara maju.

15

Page 16: Ekonomi - Penggantian Import

Bagi tujuan ini, kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pada tahun 1980.

Beberapa projek di bawah HICOM telah dilancarkan seperti penubuhan kilang simen, loji keluli, enjin dan projek kereta nasional Malaysia iaitu Proton.

Malaysia mempunyai faedah berbanding dalam penawaran tenaga buruh dan bahan mentah bagi industri FDI yang seperti ini.

16

Page 17: Ekonomi - Penggantian Import

Diharapkan melalui berbagai-bagai industri yang ada termasuk industri berat akan dapat menggerakkan pencapaian matlamat Wawasan 2020.

• Untuk tujuan kemajuan, industri berat tidak lagi ditumpukan ke kawasan maju dan bandar sahaja, tetapi juga di kawasan luar bandar, pedalaman dan negeri-negeri kurang maju.

17

Page 18: Ekonomi - Penggantian Import

5.5 PERTUMBUHAN MAMPAN (EKSPORT)

• Keluaran perkilangan negara telah meningkat secara purata setinggi 9.7% di antara tahun 1963-68 dan kadarnya terus meningkat kepada 13.4% di antara tahun 1968-73.

18

Page 19: Ekonomi - Penggantian Import

Walaupun pertumbuhannya hanya pada kadar 11.0% di antara tahun 1973-78, namun dilihat dari segi keseluruhan, kadar ini adalah agak tinggi dan memuaskan.

Lebih menggalakkan lagi kadar pertumbuhan eksport sektor ini telah meningkat hampir dua kali ganda daripada 6.7% di antara tahun 1963-68 kepada 12.0% di antara tahun 1968-73 dan

19

Page 20: Ekonomi - Penggantian Import

• Sekali lagi di antara tahun 1973-78, sebanyak dua kali ganda kepada 24.7%

• Kemelesetan ekonomi dunia telah menjejaskan tingkat kedua-dua kadar (keluaran dan eksport) tersebut. Walau bagaimanapun, pemulihan ekonomi yang bermula sejak pertengahan tahun 1980-an telah membaiki keadaan ini (Jadual 4.5).

20

Page 21: Ekonomi - Penggantian Import

21

Page 22: Ekonomi - Penggantian Import

• Peranan sektor perkilangan kepada eksport negara semakin bertambah penting. Daripada sumbangannya 9.5% pada tahun 1966, ia terus meningkat kepada hampir 22% pada tahun 1980,

Menjelang tahun 2000 dan 2003, masing-masing 85.2% dan 83% daripada jumlah eksport datangnya dari sektor perkilangan (Jadual 4.6).

22

Page 23: Ekonomi - Penggantian Import

23

Page 24: Ekonomi - Penggantian Import

Di antara berbagai-bagai jenis perusahaan ternyata pada peringkat permulaan perindustrian, industri makanan dan barang petroleum memainkan peranan terpenting daripada keseluruhan eksport perindusrian.

Namun kematangan peringkat

perindustrian telah mengubah keadaan ini, di mana,

24

Page 25: Ekonomi - Penggantian Import

Didapati kepentingan industri makanan dan barang petroleum telah menurun dan…

Sebaliknya industri-industri yang mengeluarkan barangan mesin, elektrik dan elektronik menjadi semakin penting.

25

Page 26: Ekonomi - Penggantian Import

Sejak tahun 1980 sehingga tahun 1990-an, separuh (lebih) daripada eksport perkilangan datangnya daripada barang mesin, perkakas elektrik dan elektronik.

Ini menunjukkan bahawa perindustrian jentera dan alatan elektrik bukan sahaja menjadi semakin penting dalam penyerapan guna tenaga, bahkan kepentingannya juga semakin diperkuat dengan sumbangan yang besar dalam eksport (rujuk Jadual 4.6).

26

Page 27: Ekonomi - Penggantian Import

27

Page 28: Ekonomi - Penggantian Import

Dilihat dari segi kepentingan eksport perkilangan negara sedang membangun (NSM) pada tahun 1965,…..

didapati daripada keseluruhan eksport perkilangan NSM, 21.5% daripadanya datang dari Hong Kong, manakala Malaysia hanya menyumbangkan 1.5% pada tahun tersebut.

28

Page 29: Ekonomi - Penggantian Import

Walau bagaimanapun menjelang tahun 1975, peratus bahagian eksport ini bagi Malaysia telah meningkat kepada 2.0%. (daripada 1.5% tahun 1965)

Walaupun angka dan kenaikan ini agak kecil tetapi ia cukup bermakna bagi perkembangan industri dan eksport perindustrian Malaysia (lihat Jndual 4.7).

29

Page 30: Ekonomi - Penggantian Import

30

Page 31: Ekonomi - Penggantian Import

Di antara tahun 1970-76, eksport barang-barang kayu dan perabort Malaysia adalah yang terbesar, iaitu 24.1% daripada keseluruhan eksport perrkilangan NSM. (iaitu tertinggi dalam eksport barangan ini)

Ini menunjukkan Malaysia adalah pengeluar barang-barang perabot dan kayu yang terbesar di kalangan NSM (lihat Jadual 4.8).

31