Upload
preciousafiqah
View
116
Download
8
Embed Size (px)
Citation preview
PENDIDIKAN ISLAM BAB 38
ADAB BERNIAGA
GALAKAN BERNIAGA
Islam menggalakkan perniagaan. Sebelum Rasulullah dilantik menjadi rasul, beliau pernah menjadi wakil peniaga kepada Khadijah r.a. di Syam. Dikalangan sahabat ada yang memiliki kedai dan gedung perniagaan yang besar di Mekah dan Madinah. Contohnya, Abdul Rahman bin Auf dan Usman bin Affan. Firman Allah :Surah al-baqarah, 2:275Maksudnya : Allah menggalakkan berjual beli dan mengharamkan riba.
ADAB-ADAB BERNIAGA
Islam menggariskan beberapa adab untuk diamalkan semasa berjual beli. Adab-adab ini bertujuan untuk memastikan perniagaan dapat berjalan dengan baik dan tidak timbul sebarang penipuan serta perbalahan antara penjual dan pembeli.
Adab-adab berjual beli ialah :
(1)Amanah Amanah bermaksud penjual dan pembeli bersikap jujur dan tidak menipu dalam perniagaan. Contohnya, seorang penjual tidak boleh mencampurkan buah yang busuk dengan buah yang baik dan menjual dengan harga yang mahal.
(2) Ihsan Ihsan bermaksud penjual melaksanakan perniagaan dengan sebaik mungkin dan tidak sekadar mementingkan keuntungan semata-mata. Perniagaan hendaklah dilakukan untuk mendapat keberkatan daripada Allah disamping memperoleh keuntungan.
(3) KerjasamaPenjual dan pembeli hendaklah bertolak ansur sekiranya timbul sebarang perkara yang tidak diingini.
(4) Tekun Perniagaan hendaklah dilakukan dengan tekun danbersungguh-sungguh agar perniagaan yang dijalankan itu maju dan berkembang.
(5) Menjauhi perkara yang haramPenjual juga hendaklah menjauhi perkara yang haram semasa berniaga. Contohnya riba, menipu dalam timbangan atau nilai barang, menyorok barang dan menjual barang-barang yang haram seperti arak dan dadah.
(6) Melindungi hak-hak penjual dan pembeli
Penjual dan pembelihendaklah saling melindungi hak masing-masing. Contohnya, penjual hendaklah memberii peluang secukupnya kepada pembeli untuk membuat pilihan semasa hendak membeli sesuatu barang. Sekiranya adab-adab diatas diamalkan oleh orang yang melakukan jual beli, maka akan lahirlah masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Oleh itu, tidak akan berlaku lagi penindasan dan penipuan.
PENGHAYATAN
(1)Kita hendaklah berusaha untuk menceburi bidang perniagaan. Kerajaan menggalakkan bumiputera terlibat dalam perniagaan untuk meningkatkan tahap ekonomi.
(2) kita hendaklah mengamalkan adab-adab berniaga dalam perniagaan.