7
AGENDA TEMPATAN 21 LMCP1532 PENSYARAH: Prof. Dato’ ir dr Riza Atiq abdullah O.K. Rahmat Pelajar: Zuhaira Nasrin binti Mohamed Zin (A14747)

Agenda tempatan 21

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Agenda tempatan 21

AGENDA TEMPATAN 21LMCP1532

PENSYARAH:Prof. Dato’ ir dr Riza Atiq abdullah O.K. Rahmat

Pelajar:Zuhaira Nasrin binti Mohamed Zin (A14747)

Page 2: Agenda tempatan 21

Anda diminta oleh Datuk Bandar untuk memberi penilaian dan cadangan mengenai perlaksanaan Agenda Tempatan 21 (Local Agenda 21) bagi bandar anda. Tuliskan cadangan ringkas beserta gambar dan rajah-rajah.

SOALAN

Page 3: Agenda tempatan 21

Agenda tempatan 21 ialah kerja-kerja yang diterajui oleh kerajaan tempatan yang melibatkan masyarakat secara meluas untuk membentuk strategi yang menyeluruh bagi melindungi alam sekitar, kemantapan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Agenda Tempatan 21 juga merupakan satu dasar mikro kearah merealisasikan pembangunan mapan atau pembangunan lestari. Secara khususnya Agenda Tempatan 21 adalah merupakan satu program yang dibuat untuk menubuhkan satu perkongsian antara pihak berkuasa tempatan iaitu yang terdiri daripada Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya dan Dewan Bandaraya, masyarakat dan syarikat perniagaan yang terdiri daripada sektor swasta untuk membincangkan, mendapat kata sepakat, merancang seterusnya bertindak terhadap isu- isu pembangunan mapan yang mempengaruhi kehidupan.

Definisi

Page 4: Agenda tempatan 21

Pencemaran bau sungai Semenyih di Jalan Sungai Lalang merupakan salah satu pencemaran alam sekitar yang menjadi tumpuan terutama penduduk tempatan yang disebabkan oleh premis yang tidak bertanggungjawab.

Ianya turut menjejaskan bekalan air yang meliputi Daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang Dan Petaling.

Cadangan: menutup premis tersebut dan memindahkan tapak premis ke tempat yang lebih sesuai yang tidak melibatkan keharmonian penduduk tempatan.

Cadangan perlaksanaan (Alam Sekitar)

Page 5: Agenda tempatan 21

Semenyih merupakan bandar yang sedang membangun. Terdapat banyak kilang yang dibuka dan ianya memberi sumbangan kepada ekonomi negera. Namun, kebanyakan peluang pekerjaan dibuka kepada warga asing.

Justeru, peluang pekerjaan kepada warganegara Malaysia adalah terhad.

Cadangan: mengeluarkan akta had bilangan pekerja warga asing bagi setiap kilang. dengan ini, ekonomi negara dapat dimantapkan dengan memberi upah kepada warga tempatan.

Cadangan perlaksanaan (kemantapan ekonomi)

Page 6: Agenda tempatan 21

Kemudahan awam menjamin kesejahteraan rakyat di sesebuah kawasan. Contohnya, masjid yang bersih memberi keamanan kepada penduduk setempat.

Cadangan: menyatakan pekeliling atau akta yang mewajibkan semua penduduk setempat bekerjasama dalam menjaga kesejahteraan.

Cadangan perlaksanaan (kesejahteraan rakyat)

Page 7: Agenda tempatan 21

Agenda tempatan 21 adalah sangat penting bagi pembangunan bandar mapan dan kelestarian. Oleh itu, saya berbesar hati sekiranya cadangan saya mendapat perhatian oleh pihak yang berwajib.

kesimpulan