Upload
awangyie
View
354
Download
12
Embed Size (px)
Citation preview
1.0 PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah … saya berasa gembira kerana saya dapat melaksanakan
tugasan Kerja Kursus PJM3182 ( Kecederaan Dalam Sukan ) ini dengan jayanya.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Hisham Bin Mohamed
selaku pensyarah pembimbing kami yang dedikasi dan telah banyak mengorbankan
masa dan membimbing saya sehinggalah terhasilnya tugasan ini. Sesunguhnya tanpa
bantuan dan bakti beliau adalah agak sukar bagi saya juga rakan-rakan yang lain
untuk menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Tugasan ini banyak menyedarkan saya betapa pentingnya untuk memahami konsep
asas kecederaan dalam sukan dan prinsip asas pertolongan cemas yang mana
membawa maksud bantuan permulaan atau rawatan awal yang diberikan kepada
mangsa atau pesakit yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau
sakit secara mengejut/tiba-tiba dengan menggunakan objek sekeliling sebelum
ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke
hospital.
Saya juga sedar akan matlamat utama Pertolongan Cemas ini adalah untuk
menyelamatkan nyawa di dalam situasi yang mengancam nyawa dan untuk
mengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk serta
mampu untuk mengurangkan kesakitan dengan memberi keselesaan, keyakinan dan
kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan kepada pesakit. Saya juga dapat
menilai dan membuat ulasan terhadap kajian-kajian yang telah dijalankan dan dapat
menimba banyak ilmu baru tentang isu kecederaan dalam sukan yang berlaku di
seluruh dunia dengan mengambil kira jenis kecederaan yang berlaku dalam pelbagai
jenis sukan yang diceburi.
Jutaan terima kasih juga saya ucapkan buat rakan-rakan sekelas kerana banyak
membantu dan bertukar maklumat dalam menjayakan tugasan ini. Semoga segala
maklumat dan kerjasama yang diberikan dapat dimanfaatkan dan diaplikasikan.. Tidak
1
lupa juga kepada semua individu khususnya suami dan anak-anak , serta pihak yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di dalam menghasilkan tugasan ini.
2.0 PENGENALAN
Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan pada masa kini amat
memberangsangkan dan penyertaannya semakin meningkat sekaligus menjadi satu
cabaran dalam dunia sukan. Sukan menjadi faktor penting dalam hidup dan menjadi
satu keperluan utama bagi setiap individu.
Dengan bersukan ianya sama sekali membantu meningkatkan tahap kecergasan
setiap individu dan kecergasan juga menjadi faktor utama untuk mencapai kepuasan
dalam bersukan. Kecederaan adalah sesuatu yang boleh berlaku kepada setiap
makhluk yang bernyawa samada secara sedar ataupun tidak. Terdapat dua kategori
kecederaan iaitu kecederaan dalaman dan kecederaan luaran. Kecederaan dalaman
memerlukan kemahiran pakar untuk dikenalpasti dan memerlukan peralatan yang
canggih. Ia biasanya berlaku di bahagian dalam badan seperti implikasi jantung, hati,
paru-paru dan sebagainya.
Manakala kecederaan luaran pula dapat dikenalpasti dengan hanya menggunakan
mata kasar untuk pengesahannya. Selain itu kecederaan luaran ini mungkin dapat
dilihat melalui kesannya. Contohnya pendarahan, bengkak dan lebamlebam. Oleh itu
setiap orang yang ingin bersukan perlu menitikberatkan aspek-aspek keselamatan
kerana di dalam bersukan, kecederaan sentiasa boleh berlaku.
2
Setiap atlet yang bersukan sentiasa terdedah kepada kecederaan samada
kecederaan
serius seperti patah, pendarahan dalaman, koma dan mungkin boleh menyebabkan
kematian. Bagi kecederaan yang biasa pula seperti bengkak, lebam, pendarahan luka,
dan pengsan sudah semestinya akan menggugat prestasi seseorang ahli sukan. Oleh
itu, semasa seseorang atlet berlatih atau bertanding mempunyai implikasi kecederaan
yang ketara ke atas badan bukan sahaja boleh membahayakan keselamatan malah
boleh mendatangkan maut kepada atlet tersebut .(Powers dan Howley, 2004)
Bagi mereka yang berminat untuk bersukan, pastikan keselamatan diri dengan
memakai peralatan sukan yang sesuai dan selamat serta tidak melebihi kemampuan
diri sendiri. Sebelum memulakan sesuatu permainan sukan adalah dinasihatkan
supaya membuat beberapa latihan regangan (stretching) untuk mengelakkan dari
kecederaan sukan yang serius. Latihan penyejukan (cooling down) juga mustahak
untuk membekalkan semula oksigen yang telah digunakan dan untuk mengelak
anggota badan dari kecederaan apabila selesai menjalani sesuatu latihan fizikal,
beriadah atau bersukan.
Konsep asas dalam pengurusan kecederaan ialah pertolongan cemas. Pertolongan
cemas ditakrifkan sebagai Bantuan Permulaan/Bantu Mula/Rawatan Awal yang
diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang
kemalangan atau sakit secara mengejut/tiba-tiba dengan menggunakan objek
sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum
mangsa dihantar ke hospital.
Tujuan utama pengurusan kecederaan ini ialah untuk menyelamatkan nyawa dengan
memberi bantuan awal di dalam situasi yang mengancam nyawa seperti pendarahan
yang banyak, terhenti pernafasan dan jantung, terbakar dan melecur dan lain lain lagi.
Ia juga untuk mengelakkan keadaan kecederaan mangsa ataupun atlet bertambah
buruk dengan memberikan rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk
3
serta mampu untuk mengurangkan kesakitan dengan memberi keselesaan, keyakinan
dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan kepada pesakit.
Selain daripada pengetahuan dalam pengurusan kecederaan ini, seseorang atlet
ataupun jurulatih juga perlu tahu tentang pencegahan kecederaan seperti konsep dan
prinsip latihan yang boleh dilakukan sebelum, semasa dan selepas bersukan seperti
memanaskan badan, penggunaan alatan sukan yang betul serta teknik ataupun
kaedah latihan sesuai kepada individu mengikut beza dari segi toleransi, response,
metabolism badan dan kesan psikologi. Kesimpulannya beberapa perkara yang
4
PENGURUSAN
KECEDERAAN
TOTAPS
RICE
DR ABC
CPR
dinyatakan amat penting bagi individu atau ahli sukan dan patut di titikberatkan dalam
mencegah kecederaan dalam sukan.
3.0 5 REVIEW ARTIKEL KECEDERAAN DALAM SUKAN
3.1 Review artikel kajian Asha Hasnimy Binti Mohd Hashim & Mat Azmin Bin Bakar (2008). Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ( Mengenal pasti Kecederaan Yang Dialami Oleh Atlet Silat Olahraga Semasa Kejohanan Silat )
Kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti jenis-jenis kecederaan yang
merangkumi bahagian, sebab dan tahap kecederaan dialami oleh atlet silat olahraga
yang mewakili sebuah negeri ke SUKMA 2008. Kaedah soal selidik digunakan yang
merangkumi butiran peribadi atlet,maklumat sukan yang diceburi dan maklumat
kecederaan. Seramai 15 orang atlet silat termasuk lelaki dan perempuan yang
mewakili sebuah negeri yang berumur dalam lingkungan 17 tahun hingga 23 tahun
telah dipilih menjadi responden.
Data-data mentah yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Microsoft Office
Excel 2003. Keputusan menunjukkan jenis kecederaan yang paling tinggi adalah
lebam (39.9%), manakala bahagian pergelangan kaki adalah yang paling kerap
mengalami kecederaan (21.1%), dan penyebab kecederaan utama adalah kesilapan
teknik semasa pertandingan (20.0%). Hasil dapatan ini dapat memberi gambaran
kepada jurulatih dan juga atlet itu sendiri mengenai kecederaan yang sering dialami,
seterusnya dapat menggalakkan keperluan pengubahsuaian latihan, teknik-teknik dan
cara untuk mengelak dan mengawal kecederaan daripada berlaku.
Hasil daripada kajian ini telah memberikan suatu maklumat yang berguna kepada
pihak pengurusan dan sama sekali memudahkan semua pihak mengenalpasti
kecederaan-kecederaan yang boleh berlaku terhadap atlet. Pihak pengurusan sudah
semestinya dapat menangani sebarang kecederaan yang berlaku serta dapat
memberikan pengetahuan tentang kecederaan kepada setiap atlet di bawah
5
pengurusannya. Kajian ini juga dapat membantu jurulatih dalam mengenalpasti setiap
jenis-jenis kecederaan yang berlaku semasa pertandingan. Ini sama sekali dapat
menjadi sumber rujukan kepada para jurulatih untuk melatih setiap atlet dengan lebih
berkesan pada masa depan dan berjaya untuk mengelakkan daripada berlakunya
kecederaan semasa latihan dan pertandingan khasnya.
Bagi atlet pula ianya telah menjadi asas kepada atlet silat untuk mengenalpasti jenis-
jenis kecederaan yang mungkin dialami oleh mereka. Kesedaran tentang kecederaan
semasa melakukan aktiviti sukan adalah satu faktor yang dapat membantu atlet
mencapai tahap prestasi yang memberangsangkan dan cemerlang dalam
pertandingan. Tambahan pula,setiap atlet terutamanya silat haruslah mengetahui
tentang kecederaan yang boleh berlaku terhadap mereka semasa pertandingan dan
jika pengetahuan ini sudah sedia ada dalam diri masing-masing sudah semestinya
kecederaan dapat dielakkan.
Dengan penambahbaikan melalui kajian seperti ini diharap setiap atlet akan
mempunyai kesedaran tentang kecederaan yang mungkin dialaminya dan berusaha
untuk mengelakkan dari kecederaan serta tahu untuk mencari alternatif bagi
mengelakkan daripada mengalami kecederaan. Selain itu juga diharapkan setiap atlet
dapat meningkatkan prestasi mereka dalam kejohanan yang akan datang nanti.
3.2 Review aktikel kajian Verinoca Rajes Shanmukam (2004). Universiti Teknologi Malaysia. ( Satu Kajian Terhadap Prestasi Pemain Bola Sepak Johor Setelah Menjalani Pembedahan Lutut ).
Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau sejauh manakah rawatan moden yakni cara
pembedahan boleh mempengaruhi prestasi pemain Bola Sepak Johor. Seramai 3
pemain Bola Sepak Johor yang pernah menjalani pembedahan meniscal repairdi
bahagian lutut dan masih giat bermain dipilih. Sampel yang terlibat adalah berusia
dalam lingkungan 19-26 tahun.
6
Dua jenis ujian telah dijalankan ke atas sampel iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos. Kedua-
dua ujian ini dijalankan dengan menggunakan ‘Bench Step Test’. Data yang diperolehi
telah dianalisis dengan menggunakan perisian ‘Statistical Package for Social Science’
(SPSS) versi 11.5. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan
sinifikan terhadap prestasi pemain Bola Sepak Johor sebelum dan selepas menjalani
pembedahan lutut berdasarkan nilai-t yang diperolehi. Jika rawatan pemulihan
dilakukan dengan teratur dan baik, maka atlit dapat beraksi dengan baik seperti
sediakala.
Secara kesimpulannya, jurulatih, guru dan juga atlet dapat mengetahui bahawa tidak
terdapat perbezaan terhadap prestasi pemain bola sepak sebelum dan selepas
pembedahan lutut. Atlit boleh kembali bersukan sepenuhnya selepas lima hingga
enam bulan jika telah tamat menjalani program rehabilitasi/pemulihan. Kajian ini boleh
ditambahbaikkan dengan mengutarakan proses pemulihan seperti dalam program
rehabilitasi, interaksi pesakit, doktor dan ahli fisioterapi adalah penting untuk
mendapatkan hasil yang sempurna.
Sebagai seorang jurulatih juga harus tahu akan jenis aktiviti spesifik sukan yang boleh
dilakukan oleh atlit yang dalam proses pemulihan sebagai contoh, bagi pemain bola
sepak, senaman yang diberikan adalah seperti berjoging pada garisan lurus, berjoging
dalam pergerakan huruf lapan dan berbasikal.
Kesimpulannya ,kejayaan dalam mendapatkan kembali kekuatan asal lutut dan
kembali aktif bersukan memerlukan program rehabilitasi yang intensif. (Pakar
Perunding Bedah Ortopedik, Hospital Pakar Shah Alam, Dr. Ariff Sukimin Shukri.)
3.3 Review artikel Thung Jin Sen. (2009). Master Sains Universiti Putra Malaysia. ( Kesan aktiviti regangan Rossiter Sistem terhadap pemulihan kesengalan serat cetusan lewat ).
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan rawatan beberapa modaliti
fizikal terhadap kesengalan serat ( DOMS ) selepas latihan. Tujuan kajian ini adalah
mengenalpasti keberkesanan aktiviti regangan Rossiter System® dan aktiviti aerobik
7
ringan terhadap proses pemulihan DOMS. Seramai 36 orang subjek lelaki sihat
menyertai kajian ini secara sukarela dan dibahagikan secara rawak kepada tiga
kumpulan iaitu Kumpulan Kawalan (KK), Kumpulan Rossiter (KR) dan Kumpulan
Aerobik Ringan (KA). Kesan DOMS telah dicetuskan melalui aktiviti bicep curls
esentrik dengan dumbbell seberat 13kg, 10kg, 7kg, 5kg dan 3kg.
Subjek dihendaki melakukan fasa penurunan bicep curls esentrik selama lima saat
sehingga lesu pada setiap set. KK tidak melakukan sebarang aktiviti sebaik sahaja
selepas senaman. KR melakukan regangan Rosister System® manakala KA
melakukan 50 ulangan bicep curls tanpa dumbbell mengikut tempoh masa sendiri
sebaik sahaja selepas senaman. Data tahap kreatin kinase (CK) dalam sampel plasma
darah, ukur lilit biceps dan skala persepsi kesengalan direkodkan sebelum, sebaik
sahaja dan selepas, pada 24, 48, 72, 120 dan 168 jam selepas DOMS dicetuskan.
Subjek diingatkan supaya tidak memakan suplemen, melakukan aktiviti sukan secara
agresif dan mengurut tangan kajian sepanjang tempoh kajian. Tiga subjek disingkirkan
daripada kajian ini kerana tidak memenuhi syarat-syarat kajian.
Keputusan kajian menunjukkan tidak ada perbezaan yang signifikan di antara KR dan
KA berbanding dengan KK pada semua sesi ujian. Tiada perbezaan yang signifikan
didapati antara KR dan KA bagi ketiga-ketiga pembolehubah bersandar. Kajian ini
menyimpulkan bahawa lakuan kedua-dua modaliti fizikal kajian ini adalah tidak
berkesan jika dilakukan hanya sekali sahaja selepas DOMS dicetuskan. Walau
bagaimanapun, terdapat satu trend yang menunjukkan KR mengalami kurang DOMS
berbanding dengan KA dan KK pada 24 jam yang pertama. KA pula kurang
mengalami DOMS berbanding dengan KK pada 24 jam yang pertama. Kajian lanjutan
seharusnya memberi fokus kepada rawatan berulang kali selepas DOMS dicetuskan.
Melalui kaijan ini jurulatih dapat mengetahui tahap kesengalan serat adalah
bergantung kepada pengalaman atlet terhadap aktiviti yang dilakukan, intensiti dan
isipadu latihan, ketegangan otot, velositi penguncupan otot, sudut penguncupan otot
8
dan kelesuan (Connolly et al, 2003). Justeru itu, semakin tinggi intensiti atau velositi
penguncupan otot semakin tinggi DOMS bakal dialami selepas latihan.
Kesimpulannya kajian ini, membantu meningkatkan pemahaman jurulatih dan atlet itu
sendiri mengenai kesan-kesan kecederaan tisu akibat daripada aktiviti senaman juga
membantu menjelaskan kewujudan DOMS selepas latihan. Perkara ini adalah penting
bagi para jurulatih, atlet dan pakar-pakar sains sukan yang sentiasa mencari jalan
untuk memastikan proses pemulihan atlet berada di paras maksimum selepas latihan
dan pertandingan. Ini secara langsung memastikan perkembangan atau adaptasi
latihan atlet berada di tahap optimum.
3.4 Review artikel kajian Zainal Abidin Bin Zainuddin .(1999) Universiti Putra Malaysia .( Pengaruh Anthropometri tubuh badan ke atas prestasi aerobik dan anaerobi serta kekerapan kecederaan fizikal terhadap pemain bolasepak Liga Perdana Johor).
Kajian ini dijalankan untuk mengaitkan bentuk badan tertentu dengan risiko
kecederaan. Oleh sebab itu aspek anthropometrik tubuh badan wajar menjadi satu
kriteria pemilihan pemain untuk sesuatu pasukan yang dijalankan oleh jurulatih.
Sehubungan dengan itu penyelidik kajian ini telah mengambil inisiatif untuk
menjalankan kajian agar mendapat gambaran yang lebih tepat lagi mengenai
pengaruh anthropometric terhadap prestasi aerobik dan anaerobik dan kekerapan
kecederaan fizikal.
Dapatan kajian telah diperolehi melalui kajian soal selidik dan tiga (3) jenis ujian iaitu
ujian pengukuran bentuk badan, ujian kuasa anaerobik dan ujian kuasa aerobik.
Dapatan kajian juga telah menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara
bentuk badan dengan prestasi aerobik dengan nilai t = -3.089. P :::..0.05 dan
perbezaan yang sangat signifikan antara bentuk badan dengan kekerapan cedera F =:
40.326, p< 0.05 .Perbandingan antara 3 bentuk tubuh badan mendapati bentuk badan
mesomorf adalahyang paling sesuai untuk bersaing dalam sukan diikuti oleh ektomorf
dan endomorph. Dari aspek kekerapan kecederaan pula, bentuk badan ektomorf
paling kerap cedera diikuti oleh bentuk badan endomorf dan mesomorf.
9
Kesimpulannya ,kajian ini dapat menunjukkan wujudnya pertalian antara bentuk
badan dan kecederaan fizikal. Bentuk badan yang berotot di dapati lebih sesuai untuk
bersaing dalam sukan. Bentuk badan yang kurus pada mata kasar tentunya
merupakan satu bentuk kekurangan individu untuk bersaing dalam sukan yang
berprestasi tinggi. Kajian ini juga akan melihat perkaitan antara bentuk badan dan
kekerapan kecederaan fizikal pada individu yang terlibat secara langsung dalam sukan
Kajian ini juga membantu jurulatih dan guru panduan ataupun kriteri yang sesuai untuk
membuat pemilihan pemain bagi mewakili sesuatu pasukan. Pemilihan atlet
seharusnya menjadi lebih menarik kerana pemilihan peringkat awal akan mengambil
kira faktor bentuk badan sekiranya ia benar-benar menyumbang kepada prestasi dan
kecederaan. Kriteria bentuk badan akan diambil kira untuk pemilihan pemain kerana
bentuk badan tertentu dikenalpasti mempunyai kelebihan dan kekurangan dari aspek
tenaga dan kekerapan kecederaan.
Namun, diharapakan dapatan kajian akan memberikan panduan pada masa akan
datang mengenai kualiti sesuatu jenis bentuk badan dalam konteks prestasi aerobik
dan anaerobik
3.5 Review artikel journal Hassan I and Dorani B.J (2001). Sports related fractures in children in north east England .(Kepatahan berkaitan sukan di kalangan kanak-kanak di selatan utara England).
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menerangkan epidemiologi kepatahan di
kalangan kanak-kanak yang berkaitan sukan yang boleh dilihat di hospital awam
bahagian kemalangan dan kecemasan. Kajian ini dijalankan ke atas kanak-kanak yang
berumur 5 hingga 10 tahun yang mengalami kepatahan berkaitan sukan daripada 1
September 1997 hingga 31 Ogos 1998. Keputusan menunjukkan, seramai 255 orang
kanak-kanak berumur 5 hingga 15 tahun mengalami kepatahan berkaitan sukan
sepanjang tempoh kajian dijalankan.
10
Secara keseluruhannya, bola sepak, kasut roda, basikal dan bola jaring merupakan
penyebab utama berlaku patah. Tempat paling tinggi berlakunya kecederaan ialah
kawasan perumahan. Kebanyakkan kepatahan ini berlaku di bahagian atas anggota
badan. Kesimpulan kajian ini ialah, kanak-kanak kelima yang mengalami kecederaan
berkaitan sukan ialah kepatahan. Pelbagai faktor boleh mendorong kepada
peningkatan kemalangan berkaitan sukan yang menyebabkan kepatahan ini.
Kesimpulannya, kajian ini boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa dan jurulatih
mengenai sukan yang boleh mendatangkan risiko kepatahan kepada kanak-kanak
seperti bola keranjang, bola sepak, hoki dan sebagainya. Ia juga boleh membantu
ibubapa ataupun guru untuk mengenalpasti ciri-ciri kecederaan yang berlaku seperti
lebam,bengkak,pendarahan dalaman sebagai langkah rawatan awal untuk
mengelakkan masalah yang lebih serius berlaku pada kanak-kanak.
Selain itu ibu bapa dan guru juga boleh belajar tentang pencegahan kecederaan dan
cara rawatan yang terbaik bagi membantu masalah kecederaan serta mengurangkan
jumlah kanak-kanak yang mengalami kepatahan ini dengan memberi tumpuan kepada
aktivti yang dilakukan mereka semasa berada di rumah. Ini kerana kajian
menunjukkan kawasan perumahan merupakan tempat utama berlakunya kecederaan.
11
4.0 RUMUSANKecederaan sukan berlaku semasa bersukan, beriadah ataupun semasa
kemalangan kecil. Faktor lain yang menyumbang kepada kecederaan itu juga
termasuk latihan yang tidak sempurna atau alatan yang tidak sesuai. Kebanyakan atlit
mengalami kecederaan tersebut disebabkan oleh latihan yang tidak mencukupi.
Latihan memanaskan badan yang tidak mencukupi juga akan menyumbang kepada
kecederaan sukan.
Penglibatan dalam sukan juga mempunyai banyak aspek positif ke atas kehidupan
seseorang. Namun demikian seseorang itu harus mengetahui dan mengambil
langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan diri dari mengalami kemalangan
semasa melibatkan diri dalam aktiviti sukan yang diminati. Pemilihan pakaian dan
peralatan sukan harus selesa, sesuai dengan saiz tubuh badan dan membenarkan
penyejatan peluh berlaku. Pakaian yang dibuat daripada kapas adalah yang paling
sesuai digunakan dalam cuaca negara kita kerana ia membenarkan peluh diserap dan
disejatkan. Ini mengelakkan peningkatan suhu
badan. Pakaian yang terlalu ketat akan menjerutkan peredaran darah dan akan
membawa kesan yang buruk kepada atlit.
Peralatan sukan yang digunakan juga perlu yang sesuai dengan umur, ketinggian dan
keupayaan fizikal individu itu bukan sahaja dapat membolehkan individu itu menikmati
aktiviti sukan yang diceburi malah dapat mengurangkan risiko kecederaan. Kayu hoki,
kasut bola, reket tenis yang dibuat khas mengikut saiz badan dan keupayaan fizikal
harus digunakan terutamanya oleh kanak-kanak dan remaja. Selain itu, peralatan dan
persekitaran untuk bersukan juga perlu sentiasa berada dalam keadaan baik dan
selamat digunakan.
12
Sebagai seorang guru ataupun jurulatih yang berilmu adalah satu keperluan untuk
mengetahui bahawa aktiviti sukan yang berpanjangan dan berintensiti tinggi boleh
mengakibatkan kehilangan cecair badan melalui peluh sebanyak 2-3 liter setiap jam.
Kehilangan ini mewakili kehilangan sebanyak 6-10% daripada berat badan. Rasa
kedahagaan atau kekeringan tekak bukan satu indikator baik bagi menunjukkan badan
kehilangan air. Seseorang atlit harus minum air yang banyak sebelum, semasa dan
selepas sesuatu sesi aktiviti fizikal. Air sejuk merupakan cecair yang paling sesuai
untuk diminum.
Kesimpulannya , semua langkah keselamatan yang diambil dapat mengelakkan
berlakunya kemalangan atau kecederaan. Perhatian dan tindakan yang sewajarnya
perlu diambil oleh guru atau jurulatih bagi memastikan murid atau atlet mereka
selamat ketika menjalankan aktiviti sukan atau fizikal seperti mengamalkan kaedah
latihan yang sistematik, mengenalpasti tahap dan kecergasan murid, mengetahui
ndang-undang dan peraturan permainan atau sukan, menyediakan kemudahan alatan
dan peka dengan faktor persekitaran, p enyeliaan , arahan dan bimbingan. Kesemua
elemen ini akan dapat membantu mengurangkan risiko kepada kecederaan semasa
bersukan.
13
5.0 REFLEKSI
Sepanjang penghasilan tugasan ini, saya telah sedikit sebanyak didedahkan
dengan bidang Kecederaan Dalam Sukan yang mana telah banyak memberi ilmu
pengetahuan kepada saya sebagai seorang guru dan juga jurulatih sukan di sekolah.
Terdapat beberapa pengalaman yang saya dapat semasa melaksanakan tugasan ini.
Pengalaman yang saya dapati adalah berkenaan dengan jenis-jenis kecederaan yang
terjadi ketika sesuatu permainan. Selain itu, melalui tugasan ini juga, saya dapat
mengenal pasti apakah jenis prosedur bantu mula untuk setiap kecederaan yang
terjadi ketika bermain.
Berdasarkan pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang penyediaan tugasan ini
saya memperolehi pelbagai ilmu baharu yang diperolehi melalui jurnal ataupun kajian
kes yang berhubung dengan jenis kecederaan yang berlaku dalam pelbagai jenis
sukan. Saya banyak membuat bacaan di internet yang mana sangat berguna
walaupun bagaimanapun ianya sukar didapati di dalam buku. Oleh sebab itulah,
melalui tugasan ini pembacaan pelbagai jenis bahan-bahan akademik sama ada
dalam bentuk maujud mahupun media elektronik merupakan antara pengalaman
baharu yang mengajar saya dalam meneroka ilmu yang saya kehendaki terutama
berhubung kecederaan dalam sukan ini.
Walaubagaimanapun, saya agak kurang bijak menguruskan masa untuk membuat
tugasan ini. Ini kerana, saya mengambil masa yang begitu lama untuk membuat
tugasan ini sedangkan masih banyak lagi tugasan yang lain menanti dan ianya perlu
dihantar pada waktu yang sama dengan tugasan ini. Hal ini juga adalah disebabkan
dengan tugasan di sekolah yang mana menyebabkan saya terpaksa melupakan
seketika tugasan kerja kursus ini. Oleh sebab yang demikian, saya telah mengambil
14
inisiatif dengan tidak melengahkan masa membuat tugasan ini agar saya boleh fokus
kepada tugasan yang lain.
Cabaran seterusnya pula, saya mendapati saya kurang mahir dalam Bahasa inggeris
kerana tajuk tugasan yang diberikan kepada saya lebih mudah diperolehi dalam
Bahasa inggeris . Ini menyebabkan saya merasa agak tertekan dan ianya
membuatkan saya sedar betapa pentingkan untuk mempelajari Bahasa inggeris demi
kemudahan di masa hadapan. Tetapi dengan bantuan guru-guru Bahasa inggeris di
sekolah, saya telah dapat meyelesaikan masalah bahasa ini dengan sebaiknya. Selain
itu juga, saya turut membuat perbincangan dengan beberapa orang rakan saya untuk
mendapatkan idea serta maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tugasan.
Bagi cadangan penambahbaikan untuk diri saya, saya perlu membuat pembacaan
yang banyak dan meluas tentang topik yang berkaitan dengan tugasan. Hal ini dapat
menjadikan huraian yang dihasilkan bersifat matang dan diterima ramai. Selain itu,
saya juga perlu mencari bahan tugasan di laman sesawang yang rasmi seperti web
Berita Harian Online, Kosmo Online, Utusan Online, wikipedia dan sebagainya yang
mempunyai kesahihan maklumat yang tepat. Seterusnya adalah saya perlu
membahagikan masa dengan baik melalui cara membuat perancangan tugasan agar
kesemua tugasan dapat dihasilkan dengan berkualiti dan dapat dihantar tepat pada
masanya.
Melalui penambahbaikan ini, saya yakin bahawa tugasan yang dibuat dapat
dihasilkan mengikut kriteria yang cemerlang dan bermutu tinggi. Secara
kesimpulannya, sepanjang penghasilan tugasan ini, saya telah didedahkan dengan
banyak perkara yang berkaitan dengan Kecederaan Dalam Sukan serta prosedur
bantu mula. Dengan ilmu-ilmu yang telah sedia ada, saya telah mengaitkan hasil
dapatan dan pemahaman saya untuk dimuatkan dalam tugasan yang telah
diamanahkan ini.
15
Diharapkan tugasan ini dapat wahana kepada saya dalam membuat keputusan untuk
membantu atlet atau murid-murid yang mengalami kecederaan semasa bersukan
mahupun semasa menjalani proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani di sekolah.
6.0 RUJUKAN
6.1 Modul Kecederaan Dalam Sukan. 2011. Program Pensiswazahan
Guru(PPG). Institut Pendidikan Guru. Cyberjaya
6.2 http://www.academia.edu/10145259/KECEDERAAN_DALAM_SUKAN
6.2
http://uewa07.blogspot.com/2013/01/kecederaan-dalam-sukan-semester-
8.html
6.3 http://www.myhealth.gov.my/index.php/sukan-a-kecederaan
6.4 http://2014infosihat.blogspot.com/2014/04/kecederaan-dalam-sukan.html
6.5 ewa07.blogspot.com/2013/01/kecederaan-dalam-sukan-semester-8.html
16
lampiran
17