Upload
fitri-ibrahim
View
3.172
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Citation preview
WAJ 3107
PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN
Penekanan kepada pergerakan kini banyak tertumpu kepada potensi nilai
pendidiknya, potensi sumbangan terhadap perkembangan kecerdasan dan potensi
sebagai pemangkin kemahiran dan tabii sosial yang murni. Matlamat pendidikan
pergerakan dalam konteks persekolahan adalah untuk menyediakan pengalaman-
pengalaman yang berkaitan bagi membantu pelajar untuk mencapai keupayaan
sebagai warga negara yang bertanggungjawab dan penyumbang yang aktif dalam
masyarakat. Pengetahuan asas dalam pergerakan ini terbahagi kepada tiga iaitu
Pergerakan Asas, Pendidikan Pergerakan dan Pendidikan Pergerakan Kreatif.
Rajah Pengetahuan Asas dalam Pergerakan
Pergerakan Asas
Istilah pergerakan membawa maksud proses yang memandu pelajar untuk
memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah
dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan
kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala, pendidikan
pergerakan pula ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk
belajar. Pendidikan pergerakan dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibahagikan kepada dua
kategori seperti yang berikut:
| BAHASA MELAYU C 45
Pengetahuan Asas dalam Pergerakan
Pergerakan AsasPendidikan Pergerakan
Pendidikan Pergerakan Kreatif
WAJ 3107
Gambar Rajah Kategori Pendidikan Pergerakan
Program pergerakan atau aktiviti berirama ini dirangka secara seimbang
untuk memanfaatkan pelajar dengan pengalaman-pengalaman berkaitan dengan
memberi penekanan kepada aspek-aspek seperti dalam rajah berikut:
| BAHASA MELAYU C 46
Pendidikan Pergerakan
Belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar
Pergerakan Kreatif Gimnastik
Penekanan aspek-aspek Pergerakan
Ritma Asas
Ritma KreatifLagu Pergerakan
Permainan
Kemahiran gimnastik
Rajah Penekanan aspek-aspek
pergerakan
WAJ 3107
Pergerakan asas seperti berjalan, berlari, melompat, memintal, berpusing, meregang
dan menguncup adalah penting dan merupakan kunci dalam aktiviti pergerakan.
Kemahiran ini membolehkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Malah, gabungan aktiviti seperti berjalan dengan melompat dalam tarian zapin dan
joget mengikut iringan muzik juga merupakan bentuk pergerakan asas. Keupayaan
kanak-kanak memupuk kemahiran pergerakan yang lebih kompleks ini terletak
kepada pemupukan kemahiran-kemahiran pergerakan asas.
Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor
Pergerakan ini juga umumnya dikaitkan dengan pendidikan jasmani. Pergerakan
asas terbahagi kepada dua iaitu pergerakan lokomotor dan bukan
lokomotor. Pergerakan lokomotor merupakan pergerakan yang
memerlukan individu bergerak dari satu tempat ke tempat lain
dan pergerakan lokomotor terbahagi kepada dua jenis iaitu
lokomotor ritma sekata dan lokomotor ritma tidak sekata.
Manakala pergerakan bukan lokomotor pula merupakan
pergerakan yang tetap atau statik di sesuatu tempat pergerakan yang tidak
mengubah dasar menyokong pelaku. Contoh pergerakan
lokomotor ritma sekata yang biasa dilakukan merupakan
berjalan, berlari, merangkak dan sebagainya manakala
pergerakan lokomotor ritma tidak sekata pula seperti gallop,
skip dan lain-lain. Pergerakan bukan lokomotor seperti
imbangan, duduk, mendekam dan lain-lain.
| BAHASA MELAYU C 47
Pergerakan Asas
berjalan berlarimelomp
atmemint
alberpusi
ngmerega
ngmenguc
up
Rajah Pergerakan Asas
WAJ 3107
Rajah Jenis Pergerakan Asas
Rajah Contoh Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor
Kemahiran Persepsi Motor
Kepelbagaian aktiviti persepsi motor adalah penting bagi pembinaan pergerakan
berkoordinasi. Pelajar perlu mempunyai rasa kewujudan dirinya dalam ruangan dan
mengenal pasti arah kiri dan kanan dan boleh memahami perkaitan bentuk atau
corak. Perkembangan persepsi motor juga memainkan peranan dalam pencapaian
akademik kanak-kanak. Kemahiran persepsi motor diperlukan bagi membaca huruf
isyarat dan kemahiran ini merupakan suatu keperluan awal bagi kemahiran
membaca.
| BAHASA MELAYU C 48
Pergerakan Asas
Pergerakan Lokomotor
Pergerakan yang memerlukan individu
bergerak dari satu tempat ke tempat lain.
Pergerakan bukan LokomotorPergerakan yang tetap atau statik di sesuatu tempat pergerakan
yang tidak mengubah dasar menyokong
pelaku.
Lokomotor
Berjalan
Berlari
Meloncat
Melompat
Lari skip
Memacu seperti kuda
Meluncur
Contoh Pergerakan
Bukan Lokomotor
Membongkok
Meregang
Memulas
Berpusing
Mengangkat badan
Merebah
Menghayun
WAJ 3107
| BAHASA MELAYU C 49
Kemahiran Persepsi
Motor
mengimbang
kesedaran badan
kesedaran ruang
kesedaran hala datar
kesedaran arah
koordinasi tangan-mata /
kaki-mata
Rajah Jenis Kemahiran Persepsi Motor
- berdiri di atas sebelah kaki
contoh: ketinting, berjalan di atas palang pengimbang a)
mengimbang
- persepsi tentang diri sendiri- saiz - Pengetahuan tentang bahagian-bahagian tubuh badan - perkaitannya di antara satu dengan yang lain
contoh: membongkok, melurus, memusing, mengilas
b) kesedaran
badan
WAJ 3107
Rajah Kemahiran Persepsi Motor
| BAHASA MELAYU C 50
- menyedari tubuh badan kita serta perkaitannya di antara benda-benda di sekitar
contoh: melunjurkan kaki dan tangan yang boleh dilunjurkan ke hala semua arah.
c) kesedaran
ruang
- kordinasi bahagian kiri dan kanan tubuh badan atau pergerakan yang bertentangan pelajar
contoh: menelentang di lantai dan menggerakkan kaki serta tangan membentuk gerakan membulat.
d) kesedaran hala datar
- m enyedari arah ke kiri, kanan atas, bawah hadapan dan belakang d i dalam ruang persekitarannya .
- pela jar dapat m em biasakan dan m enyesuaikan pengalam an yang d iperlukan apabila m em erhati baris-baris perkataan sem asa m em baca.
e) kesedaran
arah
- in teraksi yang lic in d i antara kum pulan-kum pulan otot im bangan yang sem purna dan turutan jangkaan yang betul.
contoh: m ain bola f) koordinasi
tangan-m ata /
kaki-m ata
WAJ 3107
Kemahiran Manipulatif
Kemahiran manipulatif ialah kemahiran yang memerlukan penggunaan anggota
badan untuk mengawal, menangani atau mengawasi sesuatu objek seperti
membaling, menyambut, memukul, menendang atau menyepak serta menggelecek.
Kesemua kemahiran manipulatif ini juga dapat mempertingkatkan perkembangan
kordinasi tangan-mata dan kaki-mata. Disamping itu, kemahiran ini turut dapat
memberi keyakinan dan membentuk sikap pelajar untuk menjadi seorang yang
berjaya dalam menempuh kehidupannya.
Rajah Kemahiran Manipulatif
Pendidikan Pergerakan
Pendidikan pergerakan membolehkan perkembangan yang menyeluruh bagi diri
kanak-kanak iaitu perkembangan fizikal, psikologi dan afektif serta kebolehan untuk
belajar dan bergaul di antara satu dengan lain. Perasaan terhadap diri sendiri dan
perhubungan dengan persekitarannya juga turut berkembang melalui pelbagai
pergerakan. Pendidikan pergerakan dapat melatih kebolehan menghubungkaitkan
kemahiran-kemahiran seperti yang ditunjukkan dalam Jadual berikut:
Kemahiran Contoh
| BAHASA MELAYU C 51
membaling
menyambut
memukul
menendang / menyepak
menggelecek
WAJ 3107
Hubung kait motor-penglihatan
Menangkap bola
Melambungkan bola melalui gelung rotan
Menggelecek bola hoki
Pemindahan motor-penglihatan
Mengulang semula sesuatu pergerakan
Melakukan kedudukan pergerakan seperti yang terdapat
di dalam sesuatu gambar
Membaca dan melakukan pergerakan seperti yang
terdapat di dalam sesuatu arahan
Hubung kait motor-pendengaran
Menari mengikut muzik
Melahirkan pergerakan kreatif mengikut muzik seperti pic
yang berbunyi rendah dan kuat yang digambarkan
dengan langkah yang kuat dan badan yang direndahkan.
Penukaran motor-pergerakan
Mendengar dan melakukan arahan
Melahirkan urutan ritma seperti bertepuk atau mengetuk
mengikut irama
Kinestatik Aktiviti penyedaran tubuh badan
Aktiviti mengimbangkan badan.
Hubung kait motor-taktil
Memanjat (jungle gym)
Merangkak menerusi terowong.
Hubungkait Pergerakan
| BAHASA MELAYU C 52
WAJ 3107
Gimnastik Pendidikan
Gimnastik pendidikan terbahagi kepada dua kategori iaitu pengalaman lantai dan
pengalaman peralatan. Pengalaman lantai ialah pengalaman atas rumput, tikar
getah atau permainan yang tidak banyak memerlukan peralatan untuk meningkatkan
cabaran. Pengalaman peralatan pula terdiri daripada pergerakan yang
menggunakan alat-alat seperti bangku panjang, palang, alang, peti pelana dan
peralatan taman permainan. Pada peringkat awal, sebahagian besar latihan
ditumpukan kepada aktiviti-aktiviti lantai, tetapi apabila pelajar sudah mahir,
sebahagian besar tumpuan dialihkan pula kepada kegiatan-kegiatan pengalaman
peralatan.
Rajah Gimnastik Pendidikan
| BAHASA MELAYU C 53
Gimnastik Pendidikan
Penagalaman Lantai
Pergerakan tanpa menggunakan alatan
dengan menumpukan aksi-aksi satu bentuk paduan.
Contoh: Mengguling
Pengalaman Peralatan
Pergerakan menggunakan peralatan-peralatan
gimnastik.
Contoh: palang imbangan, palang selari, peti pelana, bangku
panjang dan gelang
WAJ 3107
Gimnastik Irama
Gimnastik irama ialah pelaksanaan kemahiran yang
dilakukan secara beransur-ansur dan kemudian
diikuti dengan iringan irama muzik. Aktiviti gimnastik
berirama ini biasanya dilakukan pada bentuk awalan
dengan menggunakan peralatan seperti bola, gelang,
rotan, tali dan reben. Apabila pelajar itu telah mahir
menggunakan peralatan itu, bolehlah dia
menggabungkan pergerakan dengan pola rutin yang
mudah. Penggabung jalinan rutin-rutin termasuklah
gimnastik bola berirama, gimnastik gelang berirama atau gimnastik reben berirama
dan lain-lain itu ke dalam program gimnastik.
| BAHASA MELAYU C 54
Gimnastik Irama pelaksanaan kemahiran yang dilakukan secara beransur-
ansur dan kemudian diikuti dengan
iringan irama muzik.
Jenis-jenis Peralatan
bola
belantan
gelung
reben
taliRajah Gimnastik Irama
WAJ 3107
Gimnastik Artistik
Untuk melaksanakan gimnastik artistik, pelajar seharusnya telah boleh menguasai
semua asas gimnastik. Ini bermakna tahap penggunaan dan kecekapan itu sudah
boleh memanipulasi tubuh mereka serta mempunyai asas pengalaman gimnastik
seperti aksi-aksi dirian tangan, roda kereta, gulingan, imbangan dan sebagainya.
Rajah Gimnastik Artistik
| BAHASA MELAYU C 55
Gimnastik Artistik
Penggunaan dan kecekapan memanipulasi tubuh serta
mempunyai asas pengalaman gimnastik
Gulingan
Lakuan memindahkan beban berat bahagian-bahagian anggota yang
lain disekeliling suatu paksi.
ImbanganKestabilan yang dihasilkan
oleh pengagihan berat yang
sama rata di kedua-dua belah paksi
menegak, yang juga mempunyai ciri kesepaduan unsur-unsur
estetik yang menarik. Contoh: aksi berjalan,
berlari, melompat, mengguling,
meloncat dan meluncur
WAJ 3107
Pendidikan Kreatif
Interpretasi idea
Gardner 1993, kreativiti adalah aspek yang penting dalam fungsi kognitif. Aspek
kreatif otak ini boleh membantu menerang dan menterjemahkan konsep-konsep
abstrak dengan melibatkan kemahiran-kemahiran seperti ingin tahu, penerokaan,
penciptaan, kekaguman dan minat.
Pembelajaran bagi kanak-kanak adalah satu proses yang aktif dan
melibatkan membuat keputusan. Mereka perlu diberikan ruang dan masa untuk
meneroka dan mencuba idea dengan cara mereka tersendiri. Mengikut Torrance
(1969), terdapat beberapa ciri yang dapat membantu dalam pembelajaran secara
kreatif seperti yang ditunjukkan dalam rajah yang berikut:
Rajah Ciri-ciri dalam membantu pembelajaran secara kreatif
| BAHASA MELAYU C 56
Mampu menumpukan perhatian dalam jangka
masa yang lamaKeupayaan untuk
menyusun
Melihat dari sudut atau perspektif yang
berlainan
Meneroka sebelum pengajaran formal
Menggunakan “silence” dan “hesitation”
Melihat dengan lebih dekat
Menggunakan fantasi dan imaginasi untuk
menyelesaikan masalah
Bercerita dan menyanyi
WAJ 3107
Perasaan dan Tanggapan Deria
Lowenfeld dan Brittain (1982) mencadangkan empat peringkat dalam perkembangan
kreativiti pelajar seperti dalam rajah yang berikut:
Rajah Peringkat Perkembangan Kreativiti Pelajar
(a) Peringkat “scribbling” di mana pelajar meneroka alam sekitar dengan
menggunakan pancaindera yang dijelmakan melalui lakaran-lakaran secara
rawak. Mereka meneroka dengan warna, ruang dan bahan-bahan 3D.
Lakaran ini kemudian menjadi lebih sistematik dan terkawal.
(b) Praskema: Pelajar cuba menggambarkan pengalaman mereka.
(c) Skema: Pelajar meneroka cara dan kaedah baru, mencari pola untuk
menerangkan perhubungannya dengan alam sekitar. Pada peringkat ini,
pelajar telah mula menggunakan simbol.
(d) Realisme visual: Pelajar mula menyedari peranan kumpulan sosial.
Menunjukkan minat untuk bekerja dan boleh mengawal perasaan dalam
kumpulan yang tidak dikawal oleh orang dewasa. Lukisan menjadi lebih
realistik dalam menggambarkan pengalaman sebenar.
| BAHASA MELAYU C 57
Scribbling
Praskema
Skema
Realisme Visual
WAJ 3107
Unsur Pergerakan – Tubuh Badan, Ruang, Masa dan Daya
Dalam pergerakan kreatif, pelajar akan berasa bebas untuk bergerak untuk
meluahkan perasaannya. Dia tidak memerlukan orang dewasa untuk dijadikan
contoh untuk dibuat peniruan. Dengan itu, pergerakan kreatif boleh berlaku di mana-
mana sahaja. Antara objektif pergerakan kreatif adalah seperti dalam rajah berikut:
Rajah Objektif Pergerakan Kreatif
Manakala, untuk memahami unsur pergerakan dengan lebih baik, rajah berikut
menunjukkan komponen-komponen asas pergerakan:
Rajah Komponen Asas Pergerakan
| BAHASA MELAYU C 58
Pergerakan yang bebas
untuk menggerakkan
anggota badan
Mendapat pengalaman
untuk meluahkan perasaan,
masa, beban dan ruang serta idea
Meningkatkan tahap
kesediaan
Mempertingkatkan tahap
interpretasi ritma dan kordinasi anggota badan.
Imbangan Badan Masa
Ruang Aliran
WAJ 3107
(a) Imbangan badan
Tenaga yang digunakan untuk bergerak.
Bahagian bawah anggota badan mencerminkan kekuatan tenaga badan.
Bahagian atas mencerminkan keringanan.
(b) Masa
Pergerakan yang cepat sedikit menggunakan masa.
Pergerakan lambat banyak menggunakan masa.
Kederasan pergerakan tidak semestinya berterusan.
Had laju atau kederasan pergerakan bolehlah dijadikan sebagai rentak,
Degupan (beat) atau denyutan (pulse).
(c) Ruang
Merupakan lingkungan pergerakan sama ada lingkungan umum (personal
space) atau lingkungan kendiri (general space).
Aras: tinggi, sederhana dan rendah.
Arah: depan, belakang, sisi, atas, bawah.
(d) Aliran
Pergerakan yang dilakukan itu sama ada bergerak secara bebas atau
terkawal.
| BAHASA MELAYU C 59