Upload
zahni7078
View
210
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
HBEF3103
1.0 Pengenalan
Rancangan mengajar atau persedian mengajar harian boleh didefinasikan sebagai sebuah
persediaan mengajar harian yang mengandungi unsur – unsur seperti pengetahuan sedia ada
murid, objektif pelajaran, media pengajaran, kaedah dan teknik pengajaran, set induksi,
perkembangan, penilaian dan penutup untuk satu atau dua waktu pengajaran. Factor penting
yang perlu dipertimbangkan oleh guru semasa menyediakan rancangan pengajaran harian adalah
matlamat yang mahu dicapai dari intipati pengajaran yang hendak disampaikan serta impaknya
terhadap penerimaan isi pelajaran dan pembelajaran murid – murid. Penggunaan teori
pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam menentukan
keberkesanan sesuatu pengajaran melalui Teori Konstruktivisme sangat penting dalam proses
pembelajaran kerana murid – murid digalakkan membina konsep sendiri dengan menghubung
kaitkan perkara yang dipelajari dengan pengetahuan sedia ada pada mereka. Teori
konstruktivisme menjadi penyesuaian bagi memilih dan menggunakan media pengajaran secara
umum. Untuk subjek Sains Teori Konstruktivisme sesuai digunakan dengan Model Lima Fasa
Needham yang digunakan dalam kajian ini. Berikut adalah lima fasa dalam Teori
Konstruktivisme Model Lima Fasa Needham:-
Fasa Orientasi
Guru menyediakan suasana pembelajaran untuk menimbulkan minat pelajar terhadap
pelajaran. Cara yang boleh ditunjukkan ialah dengan menunjukkan tayangan video, keratin
akhbar, tayangan filem dan sesi soal jawab.
Fasa Pencetus idea
Guru memainkan peranan sebagai fasilitator atau pembimbing dengan membekalkan bahan
dan membimbing murid - murid untuk menggalakkan murid membuat kumpulan
perbincangan kecil. Selain itu murid boleh membuat laporan dengan mengaitkan
pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru yang akan mereka belajar. Pelajar akan
berbincang dalam kumpulan dan berkongsi pengalaman yang sama serta interaksi yang rapat
antara satu sama lain.
1
HBEF3103
Fasa Penstrukturan semula idea
Guru menyediakan aktiviti atau memberikan tugasan berstrukur untuk membolehkan murid
– murid mencabar idea asal murid dan juga idea daripada rakan dan membina struktur
pengetahuan sendiri yang lebih bermakna dan berkesan. Dalam fasa ini, kemahiran
berbahasa akan membantu pelajar membuat pengubahsuaian atau penyusunan semula idea
secara berturutan. Peranan guru ialah mengukuhkan konsep atau idea yang tepat.
Fasa Aplikasi Idea
Murid – murid akan mengaplikasikan pengetahuan baru dengan menyelesaikan masalah
dalam situasi baru. Ini mewujudkan pemahaman yang baru dan mengalakkan inkuiri dalam
kalangan pelajar.
Fasa Refleksi
Murid membandingkan pengetahuan asal dengan pengetahuan yang baru dan merenung
kembali proses pembelajaran yang menyebabkan perubahan kepada idea mereka. Murid juga
boleh membuat refleksi untuk melihat sejauh mana idea asal mereka telah berubah. Guru
boleh menggunakan kaedah penulisan kendiri, perbincangan secara kumpulan dan catatan
peribadi pelajar untuk meneliti tahap pemahaman pelajar.
2
HBEF3103
2.0 Definisi Teori Konstruktivisme
Jean Piaget (1976), dalam bukunya ‘ To Understand is Invent : The Future of Education ‘
menjelaskan bahawa pengetahuan berkembang hasil daripada pembinaan pengetahuan
individu selepas pemahaman individu tersebut. Piaget menekan pengetahuan semasa bersifat
sementara dan bertukar mengikut masa. Ia merupakan sebuah proses secara berterusan dan
sentiasa disusun semula. Konsep konstruktivisme merupakan satu pendekatan pengajaran
dan pembelajaran yang menerangkan bagaimana manusia belajar dengan cara pengetahuan
di susun dalam minda manusia. Penggunaan teori sangat penting kerana teori terbukti sangat
dominan dalam pendidikan sekarang kerana menyediakan perubahan paradigma kepada
pendekatan yang lebih berasaskan kognitif berbanding pendekatan secara tradisional yang
lebih kepada behaviourisme. Kajian yang dilakukan oleh Peter Abiadun dan Jonatahan
(2010) menunjukkan bahawa pendekatan konstruktivisme memberikan kesan yang positif
kepada akademik murid. Pelajaran berasaskan teori konstruktivisme di gunakan secara
meluas dalam mata pelajran sains menggunakan Model Five Needhams.
Teori Konstruktivisme menurut Abdul Jalil dan Bakhtiar (2005) menyatakan bahawa
murid membina makna mengenai dunia dengan mengsintesis pengalaman baru terhadap apa
– apa yang mereka telah fahami sebelumnya. Selain itu menurut teori konstruktivisme,
konsep – konsep yang dibina pada struktur kognitif seseorang akan berkembang dan berubah
apabila ia mendapat pengalaman baru. Rumelthart dan Norman (1978) menjelaskan
seseorang akan dapat membina konsep dalam struktur kognitifnya dengan menghubungkan
pengetahuan baru dengan pengetahuan yang sedia ada padanya dan proses ini dikenali
sebagai accretion. Selain itu, konsep – konsep yang ada pada seseorang boleh berubah
selaras dengan pengalaman baru yang dialami nya dan ini dikenali sebagai penalaan atau
turning. Seseorang boleh membina konsep – konsep dalam struktur kognitifnya dengan
menggunakan analogi, iaitu berdasarkan konsep baru juga boleh di bina dengan
menggabungkan konsep – konsep yang sedia ada pada seseorang dan ini dikenali sebagai
parcing.
Pendekatan konstruktivisme sangat penting dalam proses pembelajaran kerana pelajar
digalakkan membina konsep sendiri dengan menghubungkaitkan perkara yang dipelajari
3
HBEF3103
dengan pengetahuan yang sedia ada pada mereka. Dalam proses ini, pelajar dapat
meningkatkan pemahaman mereka dengan sesuatu perkara. Teori konstruktivisme
menjelaskan kepada kita bagaimana konstruktivisme membantu pelajar membina sendiri
makna sesuatu pengetahuan berasaskan persekitaran mereka. Dalam kajian ini, pengkaji
telah menggunakan satu model dihasilkan sebagai Model Konstruktivisme Lima Fasa
Needham yang telah dihasilkan oleh Needham di United Kingdom pada tahun1987.
Needham telah mencadangkan model pembelajaran dan pengajaran ini dalam “ Children’s
Learning in Science Project “ di Universiti Of Leeds unruk meningkatkan pemahaman
pelajar tentang sesuatu konsep sains serta menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif
dalam bilik darjah.
McBrian & Brandit (1997) menyatakan konstruktivisme adalah satu pendekatan
pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar.
Kebanyakkan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya
menerima pengetahuan daripada orang lain. Briner, M, (1999) pula menyebut pelajar
membina sendiri pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikan nya kepada situasi baru dan
mengintergrasikan pengetahuan baru yang di perolehi dengan binaan intelektual yang sedia
wujud.
Menurut Brooks & Brooks (1993), teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid
membina makna tentang dunia dengan mensintesiskan pengalaman baru kepada apa yang
mereka telah faham sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi mereka
dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang
tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada menginterpretasi apa yang
mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau mereka akan
menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan lebih
baik.
Sushkin, N (1999), pula menyatakan bahawa dalam teori konstruktivisme penekana
diberikan lebih kepada pelajar berbanding guru. Ia kerana pelajar lah yang berinteraksi
dengan bahan dan peristiwa dan memperolehi kafahaman tentang bahan dan peristiwa
4
HBEF3103
tersebut. Justeru pelajar membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada
masalah. Autonomi dan inisiatif hendaklah diterima dan digalakkan. Nik Aziz Nik Pa
(1999), menyebut konstruktivisme adalah tidak lebih dari satu komitmen terhadap
pandangan bahawa manusia membina pengetahuan nya sendiri. Ini bermakna bahawa
sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti
yang dilakukan oleh individu tersebut dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang
diterima secara pasif daripada luar.
Daripada pandangan – pandangan yang telah dibincangkan maka pengertian
pembelajaran secara konstruktivisme bolehlah dirumuskan sebagai satu fahaman bahawa
pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan kepada
pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan
pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
Implikasi daripada teori ini adalah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar.
Pengetahuan yang dimiliki oleh pelajar itu adalah hasil daripada aktiviti yang telah
dilakukan oleh pelajar tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif. Guru pula
memainkan peranan sebagai fasilitator untuk membantu pelajar membina pengetahuan dan
menyelesaikan masalah. Guru juga sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang
menyediakan ruang kepada pelajar untuk membina satu pengetahuan yang baru. Guru akan
mengenal pasti pengetahuan sedia ada pelajar dan merancang kaedah pengajarannya dengan
sifat asas pengetahuan tersebut. Ciri- ciri pembelajaran secara konstruktivisme adalah
mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh pelajar, menggalakkan pelajar
bertanya dan berdialog dengan pelajar lain dan gurunya, menggalakkan proses inkuiri pelajar
melalui kajian dan eksperimen, memberi peluang kepada pelajar untuk membina
pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan pelajar dengan situasi dunia
yang sebenar, mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana pelajar belajar sesuatu idea,
menyokong pembelajaran secara koperatif, menganggap pembelajaran sebagai satu proses
yang sama penting dengan hasil pembelajaran, menggalakkan dan menerima daya usaha dan
autonomi pelajar dan akhirnya menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan oleh pelajar
yang digunakan sebagai panduan merancang pengajaran.
5
HBEF3103
Untuk melihat bagaimana teori ini digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
pelajar, model konstruktivisme 5 Fasa Needham digunakan. Needham (1987) menyatakan
dalam model ini pelajar digalakkan bertukar – tukar fikiran melalui fasa pencentusan idea.
Fasa ini juga dapat merangsang pelajar meninjau semula idea asal mereka. Dalam fasa
penstrukturan semua idea, guru digalakkan merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu
pelajar mengubah idea asal mereka. Pelajar diberikan peluang untuk mencabar idea asal
sendiri dan juga idea rakan – rakan mereka. Dipercayai idea baru yang dibina oleh pelajar
sendiri biasannya lebih mudah diterima oleh mereka jika sekiranya idea ini mudah difahami
dan berguna.
5 fasa yang dinyatakan di atas adalah:
i. Fasa Orientasi (orientation)
Fasa bertujuan untuk menarik minat dan perhatian pelajar serta memotivasikan pelajar agar
mereka terus berminat dalam pengajaran yang berlangsung. Antara contoh aktiviti yang boleh
dijalankan dalam fasa ini ialah membuat tunjukcara atau demonstrasi oleh guru, membuat
tayangan filem atau tayangan video dan mengemukakan soalan – soalan yang boleh menjana
perasaan ingin tahu kepada murid – murid. Kesan daripada pembelajaran dalam fasa ini adalah
pelajar boleh berfikir dengan lebih mendalam dan akan merasa seronok dengan aktiviti yang
dijalankan.
ii. Fasa Pencetusan idea (Eliciting Idea)
Dalam fasa ini, guru – guru mengenalpasti kerangaka alternative pelajar. Idea – idea pelajar yang
terdahulu akan dikenalpasti melalui soalan – soalan yang diajukan untuk mendorong mereka
berfikir mengapa idea mereka tidak selari denagan idea saintifik. Soal jawab yang mendorong
pemikiran boleh dijalankan oleh guru. Guru boleh menggunakan kaedah inkuiri untuk
menyelongkar dan menyiasat melalui eksperimen yang dijalankan. Antara contoh aktiviti yang
boleh dijalankan adalah membuat amali, perbincangan dalam kumpulan yang kecil, pemetaan
konsep dan laporan. Kesan kepada dalam fasa ialah pelajar lebih berfikir, seronok dan lebih
berkemahiran social. Pelajar lebih berfikir kerana dalam membina pengetahuan baru pelajar akan
berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan yang bijak dalam
6
HBEF3103
menghadapi pelbagai kemungkinan. Ini boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan
penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data, membuat
interpritasi dan membuat kesimpulan. Pelajar lebih seronok kerana mereka sendiri yang
membina pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini akan menjadikan mereka lebih faham,
lebih yakin dan lebih seronok untuk belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai
kemungkinan dan cabaran.
iii. Fasa Penstrukturan Semula Idea (Restructing Idea)
Dalam fasa ini, pelajar berpeluang untuk mengubahsuai kerangka alternative kepada idea
saintifik. Idea – idea baru akan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk yang sesuai dengan
kecerdasan pelajar. Penerangan beserta dengan aktiviti yang sesuai dengan kecerdasan masing –
masing akan digunakan untuk membantu membentuk konsep yang baru ini. Pelajar akan dapat
membuat definisi, menerangkan konsep, menyoal tentang penerangan lanjutan dan meminta
justifikasi serta penjelasan. Contoh aktiviti adalah perbincangan dalam kumpulan kecil dan
membuat laporan. Kesan keatas pembelajaran pelajar dalam fasa ini adalah pelajar lebih yakin
dan berani mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat
ramalan. Pelajar mempunyai banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka
terutama melalui perbincangan dalam kumpulan.
iv. Fasa Aplikasi Idea (Application Idea)
Fasa ini bertujuan untuk mengenalpasti idea yang baru diubah suai atau dibina dalam fasa
penstrukturan semula idea dapat diapklikasi dalam situasi yang baru. Konsep yang telah dibina
dikaitkan dan dikembangkan di dalam bidang yang lain atau di dalam dunia sebenar. Contoh
aktiviti adalah penulisan sendiri kerja projek pelajar. Kesan keatas pembelajaran pelajar adalah
pelajar lebih faham dan ingat. Kefahaman pelajar tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas
apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Seorang pelajar
yang memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam
kehidupan dan situasi baru. Setelah memahami sesuatu konsep, pelajar akan dapat mengingati
konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima
dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
7
HBEF3103
v. Fasa Refleksi (Reflecting Idea)
Fasa bertujuan untuk menilai kefahaman murid dan menilai sama idea terdahulu telah berubah.
Contoh aktiviti adalah membuat penyoalan kepada murid secara reflektif seperti menyoal mereka
apakah yang mereka fikirkan, apakah bukti yang anda ada atau apakah yang anda tahu tentang
sesuatu perkara itu. Ahli konstruktivisme mencadangkan bahawa pelajar membina pengalaman
baru berdasarkan pengetahuan sedia ada. Guru perlu mengambil kira idea pelajar yang terdahulu
dalam proses pengajaran. Guru perlu membina pengalaman yang dapat mencabar idea yang
dimiliki pelajar untuk membantu mereka menstrukturkan idea yang baru.
8
HBEF3103
3.0 Huraian Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Mengikut Teori Konstruktivisme 5
Fasa Needham
Berikut adalah penjelasan tentang penggunaan Teori Konstruktivisme dalam penegajaran
guru dapat memberikan kesan keatas pembelajaran pelajar bagi matapelajaran Sains Tahun
Lima dengan tajuk Rantai Makanan.
Tajuk : Rantai Makanan
Objektif : Rantai makanan memberikan kepada haiwan dan tumbuhan.
Masa : 60 minit
Pengetahuan sedia ada : Pelajar telah mengetahui makanan yang dimakan oleh haiwan dan
cara tumbuhan membuat makanan nya sendiri.
Berikut adalah aktiviti Teori Konstruktivisme 5 Fasa Needham.
1. Fasa Orientation (Orientation 5 minit) :
Bagi tajuk Rantai Makanan yang akan diajar murid telah mengetahui bahawa tumbuhan hijau
membuat makanan nya sendiri melalui pengetahuan sedia ada. Dengan pengetahuan sedia ada
pelajar juga dapat mengelaskan haiwan dalam tiga kategori iaitu kategori herbivor, karnivor dan
omnivore. Pengetahuan sedia ada pelajar telah diperolehi oleh murid melalui pengalaman ketika
kelas yang lepas. Dalam fasa ini guru telah membuat satu persembahan puppet haiwan tentang
makanan kegemaran haiwan tersebut seperti untuk kategori haiwan herbivor puppet haiwan ialah
arnab, bagi haiwan karnivor pula haiwan harimau, dan haiwan omnivore pula ialah ayam. Selain
itu guru juga menyediakan bahan audio yang lain seperti memasang lagu “Bangau Oh Bangau”
dan juga memasang slaid power point tentang “Rantai Makanan”. Dengan cara ini dapat
memancing perasaan ingin tahu pelajar tentang “Rantai Makanan” bagaimana tumbuh –
tumbuhan saling bergantung diantara haiwan. Selain itu pelajar juga akan dipanggil ke depan
untuk melakonkan watak – watak puppet yang telah disebut diatas tadi. Dengan cara ini dapat
9
HBEF3103
menarik minat murid secara kinestatik kerana mereka akan belajar dengan lebih baik jika ada
penglibatan secara pergerakan fizikal.
2. Fasa Pencetusan Idea (Eliciting Idea 15 minit)
Dalam fasa ini, guru akan menyoal beberapa soalan kepada murid. Murid akan menjawab
berdasarkan apa yang telah mereka lakukan ketika menyanyikan lagu “Bangau Oh Bangau”,
melakonkan watak puppet dan menonton slaid. Guru menyoal beberapa soalan kepada
pelajar. Antara soalan yang perlu dijawab oleh pelajar ialah :
a. Haiwan apakah yang dilakonkan dalam pertunjukkan puppet sebentar tadi?
b. Anda diminta menyenaraikan haiwan yang makan tumbuh – tumbuhan sahaja, haiwan
yang makan daging sahaja dan haiwan yang makan daging dan tumbuh – tumbuhan?
c. Senaraikan nama – nama haiwan yang terdapat dalam lirik lagu “Bangau Oh Bangau”
d. Senaraikan makanan yang dimakan oleh haiwan tersebut?
Dengan mengadakan aktiviti soal jawab ini dapat mengcungkil jawapan kepada perasaan
ingin tahu murid terhadap hubungan tumbuh – tumbuhan dengan haiwan disekeliling kita.
3. Fasa Penstrukturan Semula Idea (restricting idea 30 minit)
Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil Sains. Kemudian guru mengagihkan
kepada murid beberapa sampul surat yang mana didalam sampul tersebut terdapat beberapa
keping gambar tumbuh – tumbuhan dan haiwan. Sampul terdiri dalam empat set dimana:
Sampul A : gambar tumbuh – tumbuhan
Sampul B : gambar haiwan yang makan tumbuhan sahaja iaitu “HERBIVOR”
Sampul C : gambar haiwan yang makan daging sahaja iaitu “ KARNIVOR”
Sampul D : gambar haiwan yang makan daging dan tumbuhan “OMNIVOR”
10
HBEF3103
Guru juga menyediakan beberapa perisian “powerpoint” tentang rantai makanan yang mana
pelajar harus membuat satu “Rantai Makanan” yang lengkap bagi setiap setiap
kumpulan.aktiviti ini dapat menjana kefahaman murid tentang konsep rantai makanan.
4. Fasa Aplikasi Idea ( Application Ideas 15 minit)
Murid ditunjukkan satu dokumentari tentang satu kehidupan di sebuah hutan di Afrika. Di dalam
tayangan yang di adaptasi dari siri National Geografi murid dapat melihat sendiri kehidupan
sebenar saling bergantungan diantara tumbuh – tumbuhan dan haiwan disekeliling hutan hijau
tersebut. Guru kemudian mencetus satu persoalan kepada murid dengan meminta murid – murid
menjelaskan tentang Ranatai Makanan untuk kehidupan di dalam air dan kehidupan di sawah
padi. Disini murid mengaplikasikan tentang satu situasi baru daripada tayangan dokumentari
yang disiarkan. Melalui tayangan dokumentari itu murid akan disoal dengan beberapa soalan
a. Siapakah pengeluar dalam rantai makanan di dalam dokumentari yang ditayangkan?
b. Senaraikan haiwan yang memakan tumbuhan sahaja dan nyatakan kelas haiwan tersebut?
c. Senaraikan haiwan yang memakan daging sahaja dan nyatakan kelas haiwan tersebut?
d. Senaraikan haiwan yang memakan daging dan tumbuhan dan nyatakan kelas haiwan
tersebut?
5. Fasa Refleksi ( Reflecting Idea 5minit)
Guru mengedarkan soalan – soalan kuiz pendek untuk dijawab oleh murid selama 5 minit. Guru
seterusnya meminta murid – murid membina satu peta minda tentang apa yang telah dipelajari
pada hari itu. Tujuan aktiviti ini adalah untuk menilai kefahaman murid – murid tentang Rantai
Makanan.
11
HBEF3103
4.0 Huraian media dan bahan bantu mengajar
Pemilihan bahan yang digunakan dalam pengajaran amatlah penting. Guru perlu merancang
bagaimana bahan yang dipilih tersebut dapat digunakan secara optimum untuk mencapai objektif
pengajaran. Bagi memastikan bahan tersebut digunakan secara optimum beberapa langkah perlu
diambil oleh guru baik sebelum atau semasa pengajaran sedang berlangsung.
Sebelum penggunaan bahan yang dipilih atau dibina, guru harus terlebih dahulu
mengadakan pratonton media tersebut sama ada manual penggunaan nya, laporan, lampiran atau
melihat sendiri sama ada melalui paparan komputer atau mendengar audio supaya ia sesuai
dengan objektif pembelajaran. Bahan – bahan tersebut perlu dikendalikan dengan baik oleh guru
pada setiap tahap penyampaian isi kerana ia memberikan kesan yang positif atau sebaliknya.
Guru juga mestilah mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan tentang kemahiran penggunaan
media pengajaran seperti penggunaan komputer, LCD dan perisian komputer seperti
“powerpoint” dan sebagainya. Keperluan bilik yang digunakan juga perlu diambil perhatian dari
segi keamatan cahaya, punca kuasa dan sebagainya.
Pembelajaran sains yang menggunakan perisian komputer sebenarnya banyak membantu
menarik minat murid untuk meneroka isi pembelajaran yang akan disampaikan. Menurut Rio
Sumanji Shariffuddin ( 1997) dalam kajian nya ‘Pengajaran Dan Pembelajaran Sains
Berbantukan Komputer’ mendapati pengajaran yang menggunakan kaedah tinjauan (exploratory)
dan penemuan lebih berjaya berbanding dengan pelajar yang didedahkan dengan cara tradisional.
Sementara itu kajian ilmiah yang dijalankan oleh Kulik (1983, 1984, 1986) dan Robyler (1988)
telah membuktikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer atau
penggunaan perisian (courseware) telah meningkatkan mutu dan prestasi pengajaran.
Kaedah perbincangan juga adalah antara medium yang boleh digunakan untuk
melibatkan murid dalam proses pengajaran seperti dalam fasa orientation di mana guru
menggunakan pendekatan lakonan puppet dan nyanyian lagu kanak – kanak “Bangau Oh
Bangau”. Langkah ini membolehkan guru menarik minat murid dan pengetahuan sedia ada
murid untuk mengadakan sesi soal jawab di antara guru dan murid. Murid boleh mengaitkan
topik “Rantai Makanan “ dengan keadaan sebenar di tempat mereka. Dengan ini guru telah
12
HBEF3103
membuka ruang dengan mudah untuk menerangkan tentang konsep rantai makanan dan
seterusnya pembinaan rantai makan. Contoh media yang digunakan dalam dalam pembelajaran
Rantai Makanan ini adalah penggunaan perisian “Powerpoint” dan juga penggunaan audio iaitu
radio sebagai medium bahan bantu mengajar pelajar.
Contoh slaid powerpoint yang digunakan
13
HBEF3103
14
HBEF3103
15
HBEF3103
Lirik lagu BANGAU OH BANGAU
Bangau oh bangau
Kenapa engkau kurus
Macam mana aku tak kurus
Ikan tak mahu timbul 2x
Ikan oh ikan
Kenapa tak mahu timbul
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat 2x
Rumput oh rumput
Kenapa panjang sangat
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku 2x
Kerbau oh kerbau
Kenapa tak makan rumput
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit 2x
Perut oh perut
Kenapa engkau sakit
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah 2x
Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah
Macam mana aku tak mentah
Kayu api basah 2x
Kayu oh kayu
Kenapa engkau basah
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku 2x
Hujan oh hujan
Kenapa timpa kayu
Macam mana aku tak timpa
Katak panggil aku 2x
Katak oh katak
Kenapa panggil hujan
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku 2x
Ular oh ular kenapa nak makan katak
Macam mana aku tak makan
Memang makanan aku 2X
5.0 Huraian Rancangan Mengajar
16Science
Year 5
HBEF3103
Date 8th November 2012
Time 7.40 – 8.40 ( 1 hour)
Class 5 Osman (5B)
Number of pupils 30 pupils
Subject Science
Topic Food chain
Learning objective Understand that food chain give a lot of benefit to the animals and plants
Learning outcomes At the end of the lesson pupils should be able to:
Identified animals and the food they eat.
Classify animals into herbivore, carnivore and omnivore.
Contstruct food chain
Identified producer and consumer
Pupils prior
knowledge
Pupils have knowledge about the food that animals eat. They also know
that plant need sunlight to stay alive
Scientific skills Classifying
Pupils categories animals based on the type of food they eat.
Thinking skills Attributing
17
HBEF3103
Pupils list down the food that particular animals eat.
Sequencing
Pupils arrange the animals and plant in a linear.
Relating
Pupils relate the characteristic of food and categories of animals
Scientific attitude Having an interest and curiosity towards the environment.
Pupils become aware of the roles of each animals and plants play in
maintaining tha balance of nature.
Noble value Being responsible about the safety of the environment.
Pupils list way of taking care of animals and plants im the
environment.
Teaching and
learning resources
Pictures of various animals and plants. Models of the animals.
18Rancangan Pengajaran
HBEF3103
Prase / time Content Teaching and learning
activities
remarks
Orientation
( 5 minute)
Animals
catergorised
Teacher bring animals
puppet in the class
Teacher call out several
pupils
Teacher give them the
script of each puppets
The title of the puppet
show “ My favourite
food”
Teacher also give a
lyrics of “Bangau Oh
Bangau songs.
After the puppets show
pupils will sing the
song of “ Bangau Oh
Bangau”
BBM : models of
puppet such as
tiger, rabbit,
chicken
Communicating
Eliciting idea
( 15 minute)
Animals
catergorised
Teacher ask pupils
what animals in the
puppet show.
Teacher ask pupils to
catergories which
animals eat only plants,
Attributing
19
HBEF3103
animals that only eat
meat and animals eat
meat and vegetables
Restructing
iedea
(30 minute)
Animals
catergorised
Teacher divide pupils
into small group.
Teacher then give each
group an envelope.
Then teacher ask pupils
to look at the power
point presentation.
The powerpoint
presentation is about the
food chain.
Pupils will see the
powerpoint presentation
before they open the
envelope.
After the presentation,
pupils are allowed to
open the envelope.
Each envelope have
several pictures of
animals and plant.
Pupils need to
categories each pictures
in their own classes
BBM:
Powerpoint
presentation,
pictures of plants
and animals.
20
HBEF3103
such as producer,
herbivores, carnivores
and omnivores
Application
Idea
(15 minutes)
Animals
catergorised
Teacher explain to
pupils that animals are
catergorising according
to the food they eat.
Plants are known as
producer because plants
do their own food.
From the animals
catergorised, pupils can
relute all the
catergorised in the food
chain.
Scientific attitudes
Reflecting
idea
(5 minute)
Conclusion Teacher told class that
one of the omnivores
are human being.
As human we can eat
vegetables (plant) and
meat(chicken and meat)
Teacher then give them
hand out to answer the
given questions.
Noble values
5.0 Rumusan
21
HBEF3103
Dari huraian di atas dapat dirumuskan bahawa konstructivisme adalah satu daripada teori
pembelajaran yang pada asasnya merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana
pengetahuan sedia ada disusun dalam minda pelajar untuk membentuk pengetahuan baru.
Melalui pembelajaran secara konstruktivisme, pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh
pelajar itu sendiri dan tidak diterima secara pasif daripada persekitarannya. Pelajar membina
pengetahuan mengikut pengalaman masing – masing dan pengetahuan sedia ada mereka. Ini
menjadikan pelajar lebih seronok dan berminat untuk belajar kerana pengetahuan yang dibina
adalah hasil usaha pelajar sendiri. Selain itu untuk memastikan proses pertukaran idea berlaku
pada tahap optimum, gaya pengajaran guru perlulah setara dengan gaya pembelajaran yang
terdapat pada setiap pelajar untuk memastikan mereka terus termotivasi untuk mengikuti
pengajaran yang disampaikan. Bagi menunjukkan bagaimana teori konstruktivisme ini dapat
digunakan untuk pengajaran guru dan memberikan kesan ke atas pembelajaran murid – murid,
maka 5 fasa Needham digunakan. Model ini menggunakan lima fasa dalam proses p & p iaitu
fasa orientasi ( orientation), fasa pencetus idea ( eliciting idea), fasa penstrukturan semula
idea( restructing idea), fasa aplikasi idea ( application idea) dan fasa refleksi (reflection). Kelima
– lima fasa ini perlu diikuti secara sistematik oleh guru untuk mendapatkan keberkesanan yang
tinggi. Secara ringkasnya fasa pertama adalah untuk merangsang perasaan ingin tahu pelajar
dengan melakukan aktiviti seperti tayangan slaid perisian komputer “powerpoint”, permainan
puppet dan nyanyian lagu kanak – kanak “Bangau Oh Bangau”. Fasa kedua pula berkaitan
tentang pencetusan idea supaya pelajar dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan ilmu
yang baru diperolehi. Fasa ketiga pula fasa penstrukturan semula idea di mana pelajar dapat
menstrukturkan semula idea asal dengan idea yang baru dan mengubahsuainya dengan lebih
saintifik. Fasa keempat adalah fasa aplikasi di mana idea yang telah dibina dikukuhkan dengan
situasi baru. Fasa terakhir adalah fasa refleksi di mana pelajar dapat membuat penilaian sejauh
mana idea asal telah berubah dan setakat mana idea baru itu betul. Dengan ini jelaslah kepada
kita semua bahawa Teori Konstruktivisme Model 5 Fasa Needham adalah amat berkesan dalam
rancangan pengajaran harian guru.
(4000 patah perkataan)
22
HBEF3103
LAMPIRAN
23
HBEF3103
24
HBEF3103
RUJUKAN
Abdul Jalil Othman & Bakhtiar Omar. (2005). Aplikasi pembelajaran secara konstruktivisme
dalam pengajaran . Makalah Pendidikan, 4: 6-8
25
HBEF3103
Afendi Hamat & Mohammad Amin Embi. (2010). Constructivisme in the design of online
learning tools. European Journal Of Education Studies 2: 3-13
Arif Sukardi. (1987). Prinsip – prinsip (teori) Pembelajaran.
http://www.Ut,AcId/OlSupp/Fkip/Pgsm3803/(20 Dis 2000)
Briner, M.(1999)
http://carbon.cunder.edu/mryder/itcdata/constructivism/html
brooks,J.G. & Book,M.G.(1993). In search of understanding: the case for contructivist
classrooms.johnson, P. & Gott,R.(1996). “Constructivisme and Evidence From Children’s
Ideas.” Science Education80.561-577
Rio Sumardi Shariffuddin & Tang Howe Eng “ Effectiveness of Condiff as a cognitif Tools for
the learning of differentiation” Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan , UKM,2002
Mc Brien ,J.L & Brant,R.S(1997). The Language of learning : A guide to education terms.
Alexandria, VA. Association for supervision and curriculum development.
Nik Aziz Nik Pa(1999). Pendekatan Konstruktivisme Radikal dalam pendidikan matematik,
Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya
Mok Soon Sang(2003). An Education Course for KPLI Theme 2. Subang Jaya. Kumpulan
Budiman SDN BHD.
Mok Soon Sang ( Disember 1996). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 1.
Subang Jaya. Kumpulan Budiman SDN BHD.
Needham , R (1987). “ Teaching Strategies for Developing Undestanding in Science.” Leeds ,
children’s learning in science project, University of Leeds.
Kulik, J, Bangert, R & William , G(1983). Effect of computer based teaching on secondry
students. Journal of education Psychology, 75 (1) 19 – 26
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Malay Language Educational Jurnal, (Mei 2012), ISSN :
2180 – 4842, Vol 2, Bil 1 : 79 – 9226
HBEF3103
Pusat Perkembangan kurikulum.1991. Pembelajaran secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur :
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sushkin,N.(1999)
http://carbon.cudenver.edu/mryder/itcdata/constructivisme .html
27