Upload
akmal-amethyst
View
224
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
SKP2204 Hubungan Etnik/Bab 2/UPM2012
1
BAB 2POTRET HUBUNGAN ETNIK
Kandungan Slide1) Hasil pembelajaran2) Kesultanan Melayu Melaka –
lambang pertemuan masyarakat pelbagai etnik3) Pembentukan masyarakat majmuk
era kolonialisme Inggeris4) Kerangka teoritikal5) Kerangka konseptual6) Konsep-konsep hubungan etnik
SKP2204 Hubungan Etnik/Bab 2/UPM2012 2
Hasil Pembelajaran1) Memahami Kesultanan Melayu Melaka sebagai
lambang kemuncak kepada pluraliti di Nusantara.
2) Memahami kesan penjajah Barat kepada masyarakat pelbagai etnik di negara ini.
3) Menguasai kemahiran untuk menganalisis fenomena sosial dan masalah hubungan etnik negara ini.
3SKP2204 Hubungan Etnik/Bab 2/UPM2012
PengenalanMasyarakat dalam negara yang berlatar belakangkan
pelbagai etnik cenderung untuk mengkategorikan dan menilai sesuatu kumpulan masyarakat yang lain berdasarkan pemikiran dan pemahaman sendiri selain terpengaruh oleh pelbagai faktor termasuk melalui perspektif budaya majoriti atau budaya tersendiri.
Justeru perlunya pemahaman mendalam dan tepat tentang teori dan definisi tentang budaya, ras, dan etnik bagi mengelakkan konflik antara etnik.
4SKP2204 Hubungan Etnik/Bab 2/UPM2012
Kesultanan Melayu Melaka – Lambang Pertemuan Masyarakat Pelbagai EtnikMelaka di gelar The Venice of the East yang menjadi tempat
pertemuan pedagang seluruh dunia.
Pemerintahan - Hukum Kanun Melaka; Undang-undang Laut Melaka; pemerintahan secara diplomasi dan terbuka; mementingkan keharmonian kaum, buktinya pegawai istana meliputi etnik Melayu dan India; amalan perkahwinan campur seperti perkahwinan puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah.
Perdagangan - Undang-undang Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka berteraskan Islam. Bertujuan menjaga keselamatan laut Melaka dari ancaman perompak dan lanun; dan pemerintahan terbuka dan pentadbiran sistem pelabuhan yang cekap oleh Laksamana Melaka.
5SKP2204 Hubungan Etnik/Bab 2/UPM2012
Kependudukan - Zaman Pluraliti akibat penghijrahan pedagang dari Arab, India, China dan negara lain tanpa memerlukan pasport atau visa sebagai pengenalan diri untuk memasuki sesuatu kawasan, di samping bebas berdagang dan berinteraksi menyebabkan berlakunya proses asimilasi dan amalgamasi.
Kepelbagaian Budaya - Melaka sebagai kota metropolitan dan kota multibudaya. Pluralisme budaya hasil daripada interaksi pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan Eropah - Portugis, Sepanyol, Belanda dan British dengan budaya alam Melayu sejak abad 5 masihi.
6SKP2204 Hubungan Etnik/Bab 2/UPM2012
Pembentukan Masyarakat Majmuk Era Kolonialisme InggerisPemisahan antara agama dan sains moden yang
dinamakan Rocks of Ages: Sciences and Religion in the Fullness of Life oleh Stephen Jay Gould (2002) berlaku pada abad ke-15 masihi apabila agama dianggap sebagai penyumbang perselisihan pendapat dalam kalangan manusia, pergaduhan dan peperangan. Sains pula dianggap sebagai bersifat sarwajagat menyatukan manusia dengan kefahaman yang sama, dan hidup aman damai.
7SKP2204 Hubungan Etnik/Bab 2/UPM2012
Dasar pemisahan agama dengan negara diteruskan oleh British di Tanah Melayu dengan British menguasai pentadbiran negara, manakala Sultan menjaga hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu, dan pengenalan sistem pentadbiran berdasarkan pengagihan kuasa antara Kehakiman, Eksekutif dan Perundangan.
Pertembungan "Islam sebagai agama dan para penganutnya" dan "negara kolonial sekular".
8SKP2204 Hubungan Etnik/Bab 2/UPM2012
Negara yang lebih awal mengalami pengalaman yang sama ialah negara Asia Selatan seperti India, Pakistan, Bangladesh, Bhutan, Sri Lanka dan Nepal.
Bernard Cohn ahli antropologi Amerika yang mengkaji sejarah India mengutarakan kolonialisme bukan hanya melibatkan penaklukan ruang fizikal tetapi juga penaklukan ruang epistemologi melalui siri modus penyiasatan dengan proses penguraian sistem pemikiran peribumi yang mengakibatkan hilangnya kekuatan sistem pemikiran peribumi sebagai kuasa pentakrifan kehidupan.
Ilmu yang dihimpunkan diklasifikasikan dan ditransformasi ke dalam bentuk laporan, sejarah, gazet, kanun undang-undang dan ensiklopedia.
9SKP2204 Hubungan Etnik/Bab 2/UPM2012
SKP2204 Hubungan Etnik/Bab 2/UPM2012
10
Penghijrahan etnik Cina dan India secara besar-besaran pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 di Tanah Melayu akibat daripada perusahaan lombong bijih timah dan getah mengakibatkan terbentuknya masyarakat majmuk pelbagai etnik, namun tetap mengekalkan kebudayaan masing-masing dari segi agama, bahasa dan cara hidup.
Penghijrahan etnik Cina di Sabah untuk bekerja di ladang getah dan tembakau, manakala di Sarawak bekerja sebagai pedagang, petani dan pelombong.
Kesan migrasi dan faktor migrasi massa golongan migran Cina dan India demi memenuhi tuntutan kepentingan ekonomi penjajahan Barat telah mewujudkan masyarakat pelbagai etnik yang bersegmen mengikut kegiatan ekonomi.
Pelbagai kumpulan etnik hidup secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan masing-masing, namun wujud persefahaman dan keharmonian yang erat.
11SKP2204 Hubungan Etnik/Bab 2/UPM2012
Kerangka TeoriGeertz (1963) menyatakan setiap etnik terikat kepada
sentimen primordial mereka yang menguatkan kesetiaan dan ikatan kepada kelompok sendiri dan menyebabkan mereka bersikap stereotaip dan prejudis terhadap etnik lain.
Kajian hubungan etnik menumpu kepada persoalan asas dalam hubungan etnik, memahami dan menjelaskan bentuk hubungan antara manusia yang dikenalpasti melalui bekerjasama, penyesuaian, persaingan dan konflik.
12SKP2204 Hubungan Etnik/Bab 2/UPM2012
KERANGKA TEORITIKAL
Teori\Ekologi.pptx
Teori\Freudian.pptx
Teori\Kelas.pptx
Teori\Pilihan Rasional.pptx
Teori\Pasaran Buruh
Terpisah.pptx
Teori\Masyarakat
Majmuk.pptx
Teori\Pertukaran Sosial.pptx
Teori\Sistem Ekologikal.pptx
SKP2204 Hubungan Etnik/Bab 2/UPM2012 13
SKP2204 Hubungan Etnik/Bab 2/UPM2012
14
Caucasoid.pptx
Negroid.pptx
Mongoloid.pptx American Indian.pptx
Austroloid.pptx
HOMO-SAPIENS
RAS
SKP2204 Hubungan Etnik/Bab 2/UPM2012 15
KERANGKA KONSEPTU
AL Ras.pptx
Rasisme.pptxEtni
k.pptx
Etnosentrisme.pptx
Budaya.pptxSter
eotaip.pptx
Prejudis.pptx
Diskriminasi.pptx
Konsep Ras dan Etnik di MalaysiaKonsep ras merujuk kepada warisan fizikal, manakala etnik
merujuk kepada warisan kebudayaan. Namun, batas atau sempadan dalam kumpulan etnik dan ras tidak jelas dan tetap kerana dua konsep ini sering bertindih dan maknanya kabur.
Seseorang itu tidak boleh dilabel berdasarkan ciri-ciri fizikalnya atau warisan kebudayaan dan nenek moyangnya.
Percampuran ras disebabkan perkahwinan campur menyebabkan ciri-ciri warisan fizikal berubah seperti warna kulit. Contohnya perkahwinan antara etnik Cina dan India melahirkan anak menyerupai etnik Melayu.
SKP2204 Hubungan Etnik/Bab 2/UPM2012 16
Dalam masyarakat kontemporari, ketebalan batas etnik dipengaruhi oleh faktor sosioekonomi seperti material, status dan sosial. Aktiviti harian dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia tidak dipengaruhi semata-mata oleh pengiraan etnik atau batas etnik yang sedia ada. Hubungan simbiosis atau saling bergantungan wujud dan menipiskan batas etnik sehingga membentuk satu sistem sosial yang kompleks.
Pengkategorian kumpulan memang wujud tetapi masyarakat mempunyai pilihan sama ada menebalkan, menipiskan atau melenyapkan batas-batas etnik dengan mengenali dan mengakui kelebihan dan kekuatan setiap kumpulan etnik.
Tanpa mengira ketulenan batas fizikal dan etnik, manusia akan bertindak berlainan berbanding dengan ahli-ahli daripada kumpulan sosialnya atas sebab kepentingan dan perkiraan sosial dalam masyarakat itu sendiri.
SKP2204 Hubungan Etnik/Bab 2/UPM2012 17
SKP2204 Hubungan Etnik/Bab 2/UPM2012
18
Integrasi
• “Proses penyatuan kelompok-kelompok etnik yang berbeza latar belakang menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama”
• “Pelaksanaan proses bagi mewujudkan identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial, pekerjaan dan lokasi.”
19
SegregasiPemisahan atau pengasingan antara satu
kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara
Contoh, Dasar Apartheid di Afrika Selatan (1948-1994)
SKP2204 Hubungan Etnik/Bab 2/UPM2012
de Jure (didasari undang-undang):Dasar Apartheid 1948-1994
de Facto (tidak didasari undang-undang):Pengasingan tempat tinggal, pengangkutan,kemudahan awam
SKP2204 Hubungan Etnik/Bab 2/UPM2012 20
SKP2204 Hubungan Etnik/Bab 2/UPM2012
21
AKOMODASI
Proses mempertahankan budaya masing-masing.Bebas mengamalkan budaya masing-masing.Perbezaan kebudayaan adalah lazim & tidak dapat dielakkan
serta kekal dengan identiti masing-masing.
Menerima;Setiap etnik mempunyai hak terhadap warisan.
Menyedari & menghormati budaya etnik lain.
A + B + C = A + B + C
22
Proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.
Contoh – Malaysia dan Switzerland
SKP2204 Hubungan Etnik/Bab 2/UPM2012
SKP2204 Hubungan Etnik/Bab 2/UPM2012
23
AKULTURASI Peminjaman dan penerimaan unsur kebudayaan di kalangan
kelompok lain.
Biasanya, kelompok minoriti mempelajari daripada kelompok dominan.
Unsur kebudayaan asing akhirnya diterima dan diolah ke dalam kebudayaan sendiri.
Tidak menyebabkan kehilangan identiti asal kelompok menerima.
Ai + B + C = Ai + Bi + Ci
SKP2204 Hubungan Etnik/Bab 2/UPM2012
24
ASIMILASICara hidup atau kebudayaan sesuatu masyarakat
(biasanya migran dan minoriti) telah diserap oleh kebudayaan dominan tanpa membawa perubahan kebudayaan yang menyerap.
Kelompok B dan C akan kehilangan budaya, bahasa dan agama masing-masing dan akan mengamalkan budaya, bahasa dan agama kelompok A.
A + B + C = A
25
Proses pencantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama
Asimilasi mutlak – penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti
SKP2204 Hubungan Etnik/Bab 2/UPM2012
26
Contoh – Melayu di Thailand; masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya di Malaysia. (tetapi tidak melibatkan anutan agama)
Proses yang panjang dan kesanggupan etnik minoriti
SKP2204 Hubungan Etnik/Bab 2/UPM2012
27
AMALGAMASI
Percampuran budaya mewujudkan budaya baru. Asimilasi biologi.
Jenis 1: Percantuman budaya sahaja.Contoh 1: Masyarakat Portugis (Melaka).Kaedah 1: Budaya Portugis + Budaya MelayuImplikasi 1: Percantuman 2 budaya
menghasilkan budaya baru.
A + B + C = D
SKP2204 Hubungan Etnik/Bab 2/UPM2012
28
Satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru
Cara utama – perkahwinan campur
SKP2204 Hubungan Etnik/Bab 2/UPM2012
29
KesimpulanHubungan etnik tidak wajar dilihat dari
sudut luaran sahaja tetapi lebih penting dari sudut konseptual
Aspek-aspek yang menjadi teras kebudayan kebangsaan sewajarnya dipelihara kerana ia berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini
SKP2204 Hubungan Etnik/Bab 2/UPM2012
30
Penerimaan unsur kebudayaan lain yang sesuai menunjukkan bahawa kebudayaan kebangsaan itu tidak meminggirkan kebudayaan lain
Sebaliknya meraikan kepelbagaian yang ada di Malaysia
SKP2204 Hubungan Etnik/Bab 2/UPM2012
31
Perpaduan merupakan cabaran besar kerana kejayaan mewujudkan perpaduan akan menjamin keharmonian sosial, kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi.
Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk yang berjaya mewujudkan perpaduan nasional kerana sikap kesederhanaan, bertolak ansur dan bekerjasama terhadap kepelbagaian.
“KESEPADUAN SOSIAL”
SKP2204 Hubungan Etnik/Bab 2/UPM2012