3
Seminar Baitul Muslim- Hilal Asyraf (1434) SEBELUM AKU BERNIKAH Apabila cinta dicerita dengan betul, ia akan menjadi pelaburan ummah dan menjadi saham akhirat. Ramai yang melihat cinta dengan definasi yang buruk. Daripada mana kita ambil definasi cinta? Kita mengambil definasi cinta daripada orang yang tidak faham Islam. Contohnya, filem Bollywood, Jepun, Korea. Kita dapat lihat bagaimana mereka ini menguasai media sehingga orang Islam mengambil fatwa tentang cinta daripada cerita cinta mereka. Apabila hero dan heroin bercinta, watak mereka digambarkan dengan yang salah, seperti cium, pegang-pegang. Sehinnga cinta diterjemahkan kepada seks. Love=sex. It’s wrong! Kita telah terperangkap dengan permainan media. Maka jadilah, mereka yang terpengaruh bercakap dengan cinta, definasi cinta menjadi buruk dan kotor! Impak definasi yang salah, maka apabila bercinta, jadi lalai, alpa, kerana dia rasa jika tidak begitu, bukan cinta. Sebenarnya, cinta adalah membawa kepada syurga Allah, jika apa-apa yang membawa kepada neraka, maka itu bukan cinta! Jika benar kita katakana cinta, kita harus bawa dia ke syurga Allah, kita tidak akan membawa dia ke neraka Allah. Sekiranya tindakan itu membawa kepada neraka, tindakan itu tidak dinamakan cinta walau semanis apa pun kata-kata dia. Jika kita mahu syurga, kita akan serius mempersiapkan diri untuk cinta yang sebenar. Cara kita bercinta akan berubah jika definasi positf. Cara akan jadi lebih matang dan dibersihkan daripada dosa. Maka kita layak menghuni syurga Allah SWT. Adakah mereka lalai, melakukan maksiat, tidak bertanggungjawab? Tidak. Mereka yang ingin ke syurga Allah akan menjadi displin dalam bercinta. Lihat sirah Rasulullah, tiada sahabat, tabi’ yang bercinta secara kotor. Bercintalah dengan cara yang matang. Cara yang Islam mahu. Orang yang bercinta secara matang, ada target. Mengislamikkan cinta tidak perlu, kerana cinta itu telah islamik. Cinta yang bersalut dengan kulit Islam, isinya haprak adalah salah.

Baitul Muslim seminar Bahasa Melayu 3

Embed Size (px)

Citation preview

Seminar Baitul Muslim- Hilal Asyraf (1434) SEBELUM AKU BERNIKAH

Apabila cinta dicerita dengan betul, ia akan menjadi pelaburan ummah dan menjadi

saham akhirat.

Ramai yang melihat cinta dengan definasi yang buruk. Daripada mana kita ambil definasi

cinta?

Kita mengambil definasi cinta daripada orang yang tidak faham Islam. Contohnya, filem

Bollywood, Jepun, Korea. Kita dapat lihat bagaimana mereka ini menguasai media

sehingga orang Islam mengambil fatwa tentang cinta daripada cerita cinta mereka.

Apabila hero dan heroin bercinta, watak mereka digambarkan dengan yang salah, seperti

cium, pegang-pegang.

Sehinnga cinta diterjemahkan kepada seks. Love=sex. It’s wrong! Kita telah terperangkap

dengan permainan media. Maka jadilah, mereka yang terpengaruh bercakap dengan cinta,

definasi cinta menjadi buruk dan kotor!

Impak definasi yang salah, maka apabila bercinta, jadi lalai, alpa, kerana dia rasa jika

tidak begitu, bukan cinta.

Sebenarnya, cinta adalah membawa kepada syurga Allah, jika apa-apa yang membawa

kepada neraka, maka itu bukan cinta!

Jika benar kita katakana cinta, kita harus bawa dia ke syurga Allah, kita tidak akan

membawa dia ke neraka Allah. Sekiranya tindakan itu membawa kepada neraka, tindakan

itu tidak dinamakan cinta walau semanis apa pun kata-kata dia. Jika kita mahu syurga,

kita akan serius mempersiapkan diri untuk cinta yang sebenar.

Cara kita bercinta akan berubah jika definasi positf. Cara akan jadi lebih matang dan

dibersihkan daripada dosa. Maka kita layak menghuni syurga Allah SWT.

Adakah mereka lalai, melakukan maksiat, tidak bertanggungjawab? Tidak. Mereka yang

ingin ke syurga Allah akan menjadi displin dalam bercinta. Lihat sirah Rasulullah, tiada

sahabat, tabi’ yang bercinta secara kotor.

Bercintalah dengan cara yang matang. Cara yang Islam mahu. Orang yang bercinta secara

matang, ada target.

Mengislamikkan cinta tidak perlu, kerana cinta itu telah islamik. Cinta yang bersalut

dengan kulit Islam, isinya haprak adalah salah.

COMPAQ
Highlight
COMPAQ
Highlight
COMPAQ
Highlight
COMPAQ
Highlight

Penipuan dan fitnah kepada Islam jika berlaku begini.

Kita suka benda-benda yang fantasi, magis dalam bercinta. Maka terjadilah fitnah

istikharah!

Surah Alhujurat:13

Kadang-kadang kita terpangaruh dengan novel-novel, apabila istikharah, terus dapat

mimpi. Hebat! Mengalahkan wali.

Bukan siapa jodoh kita, aku bagaimana? Ini yang kita harus fikirkan.

Apabila kita mencintai seseorang bermakna kita berani dan mampu bawa dia ke syurga.

Allah! Bagaimanakah kita?

Rohani, emosi, material. Perkara ini perlu ditimbangkan sebelum bernikah.

Anak-anak membesar dengan melihat kita sebagai guru pertama.

Jangan tanya masyarakat “Kenapa masyarakat tidak faham Islam?” Tanyalah, “Aku

bagaimana dahulu?”

Kita rasa cinta ini wangi sebelum berkahwin, namun selepas berkahwin, bau bermacam-

macam kita akan dapat bau.

Buku Men from mars… elok dibaca.

Kita sibuk fikir tentang siapa jodoh kita, jarang kita melihat siapa kita. (untuk diperbaiki)

Lebih baik kita mengembara dahulu dengan hidup, membina kemantapan diri, cari kerja,

cari duit daripada membina alasan “aku akan bermaksiat jika tidak berkahwin” untuk

berkahwin awal.

Pengalaman Hilal Asyraf:

1. Bergaul dengan veteran. Luangkan masa kongsi pengalaman, tanya sepak terajang

dalam rumah tangga. Supaya kita didedahkan lebih awal dengan hitam putih

rumah tangga. Proses inilah akan menjadikan kita lebih matang dan bersedia.

2. Jatuh cinta. Bagaimana pengurusannya? Tanya orang yang rapat dengannya

tentangnya. Pergi jumpa ibu ayah.Ambil masa untuk fikir. Sibukkan diri, supaya

syahwat tidak menjangkiti diri.

3. Ditolak cinta. Kecewa ditolak cinta sehingga tahap buat keputusan untuk ambil

anak angkat. Mungkin belum layak untuk bercinta. Ketahuilah, kenapa bercinta?

Untuk ke syurga. Jika untuk ke syurga, jika ditolak, kita doakan kebahgiaan dia

dan semoga kita mendapat yang terbaik daripada Allah. Sepenuhnya daripada

COMPAQ
Highlight
COMPAQ
Highlight
COMPAQ
Highlight
COMPAQ
Highlight
COMPAQ
Highlight
COMPAQ
Highlight
COMPAQ
Highlight
COMPAQ
Highlight

Allah! Teruskan bergerak dan hidup. Rupanya bukan ditolak sebab tidak suka,

tetapi kerana tidak bersedia.

4. Pertunangan. Orang buat fitnah, tertekan dan terpaksa kahwin. Berhubung melalui

email. Minta ibu ayah belah perempuan baca email. Lebih banyak telefon dengan

ibu ayah belah peempuan.

5. Hubungan dengan ibu bapa. Skype dengan bakal mertua.

Jika benar cinta itu mahu bawa kepada cinta Allah, perlu berdisplin, mempunyai jadual

hidup, perncangan diri. Sangat penting!

“Jika tidak berkahwin, aku akan berzina.”, ini alasan atau betul-betul? Bagaimana sampai

boleh berzina? Semak semula apa yang tidak kena, dan ubah.

Nabi berbangga umatnya ramai, tidak kita terfikir, tidakkah nabi akan bersedih jika

umatnya ramai tetapi seperti buih?

Allah akan soal bagaiman kita bercinta! Hati-hati!

COMPAQ
Highlight
COMPAQ
Highlight