Upload
tamilmozhi-tamil
View
4.798
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
buku panduan
Citation preview
JABATAN PERPADUAN NEGARA KEMENTERIAN PELAJARAN DAN INTEGRASI NASIONAL MALAYSIA JABATAN PERDANA MENTERI
BBUUKKUU PPAANNDDUUAANN KKEELLAABB RRUUKKUUNN NNEEGGAARRAA
2
KANDUNGAN 1. Prinsip‐Prinsip Rukun Negara 2. Lirik Lagi Lima Prinsip Rukun Negara 3. Pendahuluan 4. Latar Belakang Penubuhan Kelab Rukun Negara 5. Objektif Penubuhan Kelab Rukun Negara 6. Modus Operandi Kelab Rukun Negara 7. Pengisian Aktiviti Kelab Rukun Negara 8. Sumber Kewangan 9. Kesimpulan 10. Peraturan Kelab Rukun Negara 10.1 Pendahuluan 10.2 Prosedur Penubuhan Kelab Rukun Negara 10.3 Peraturan 11. Lampiran B ‐ Aktiviti Kelab Rukun Negara 12. Lampiran C ‐ Cadangan Perancangan Tahunan Aktiviti
Kelab Rukun Negara
3
Rukun Negara
Pengisytiharan
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
mendukung cita‐cita hendak
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran
Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi‐tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, Rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita‐cita tersebut berdasarkan atas prinsip‐prinsip yang berikut:
• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA • KELUHURAN PERLEMBAGAAN • KEDAULATAN UNDANG‐UNDANG • KESOPANAN DAN KESUSILAAN
4
Lima Prinsip Rukun Negara
Lima Prinsip Rukun Negara Harus Menjadi Cara Hidup Kita Bukan Sekadar Ikrar Sahaja Sekali Sekala Dibaca Semata
Lima Prinsip Rukun Negara
Telah Menjadi Teras Perpaduan Membentuk Satu Negara
Tanpa Mengira Agama Dan Bangsa
Chorus:
Amalkanlah Rukun Negara Dalam Hidup Harian Kita Tanpa Mengira Tua Muda Mengekalkan Warisan Kita
Lima Prinsip Rukun Negara
Telah Menjadi Teras Perpaduan Membentuk Satu Negara
Tanpa Mengira Agama Dan Bangsa
Lima Prinsip Rukun Negara
Ikrar: Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang‐Undang Kesopanan Dan Kesusilaan
Itulah Lima Prinsip Rukun Negara
5
Lagu Ciptaan : Dato’ Wah Idris Lirik Oleh : Dato’ Cosmas J. Abah Dato’ Azman Amin Hassan
6
1. PENDAHULUAN
1.1 Peristiwa rusuhan kaum/etnik pada 13 Mei 1969 telah
mengganggugugat keamanan dan kestabilan negara pada ketika
itu dan tindakan serta merta telah diambil untuk mengisytiharkan
darurat di seluruh negara. Dengan pengisytiharan tersebut, sistem
kerajaan berparlimen telah digantung dan seterusnya Majlis
Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan untuk
mengembalikan keamanan, menegakkan semula undang‐undang
negara serta memupuk suasana harmoni dan percaya mempercayai
di kalangan rakyat.
1.2 Berikutan dengan peristiwa itu juga, MAGERAN telah
menubuhkan Majlis Perundingan Negara di bawah Peraturan‐
Peraturan Perlu Majlis Perundingan 1970 yang berfungsi untuk
membincangkan serta meneliti isu‐isu perpaduan nasional dan
mencari jalan bagi menyelesaikan masalah‐masalah berkaitan
dengan hubungan antara kaum. Melalui beberapa perbincangan
dan mesyuarat, Majlis Perundingan Negara telah memutuskan
bahawa Malaysia yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum
memerlukan satu ideologi negara yang boleh diamalkan oleh
seluruh rakyat ke arah membentuk sebuah negara yang bersatu
padu. Berdasarkan kepada keputusan tersebut, maka terbentuklah
Rukun Negara yang telah diisytiharkan oleh DYMM Seri Paduka
Baginda Yang di‐Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 menjadi
pegangan, panduan dan amalan oleh seluruh rakyat Malaysia ke
arah pemupukan dan pengukuhan semangat perpaduan, ketaatan
dan kecintaan kepada bangsa dan negara.
7
1.3 Dalam usaha menyuntik kesedaran dan penghayatan murid‐murid
mengenai prinsip‐prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara,
maka Kelab Rukun Negara yang telah diperkenalkan di sekolah‐
sekolah dan di Institusi Pengajian Tingggi (IPT) dimantapkan dan
diperkukuhkan lagi selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah
Menteri pada 11 Ogos 2004.
2. LATAR BELAKANG PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA
2.1 Penubuhan Kelab Rukun Negara (KRN) ini telah diilham dan
disarankan oleh Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad
Badawi (ketika itu selaku Timbalan Perdana Menteri) semasa
merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan
2000 di Melaka. Malah sebelum itu, ketika merasmikan Hari
Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang, beliau telah
menyeru agar seluruh rakyat Malaysia sentiasa berpegang kepada
prinsip‐prinsip Rukun Negara untuk menjamin perpaduan dan
kemakmuran negara terus berkekalan. Menerusi Kelab Rukun
Negara ini, para pelajar akan didedahkan mengenai prinsip‐prinsip
tersebut supaya mereka benar‐benar dapat memahami serta
menghayatinya agar dapat diamal dan dijadikan budaya hidup
seharian.
2.2 Selaras dengan saranan tersebut, pihak Kementerian Pendidikan
pada masa itu telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Kelab
Rukun Negara di sekolah‐sekolah menengah seluruh negara.
Inisiatif ini dilaksanakan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
8
17/2000: Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah‐sekolah
bertarikh 16 November 2000 kepada semua Pengarah Pendidikan
Negeri. Walau bagaimanapun, sejak Kelab Rukun Negara
ditubuhkan, tiada sebarang garis panduan yang terperinci
dikeluarkan untuk dijadikan sebagai panduan pengurusan dan
pengisian program serta aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab ini.
2.3 Atas kesedaran untuk mengukuhkan perhubungan kaum dan
meningkatkan penghayatan masyarakat terhadap prinsip‐prinsip
Rukun Negara, maka Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi
Nasional, Jabatan Perdana Menteri (JPNIN, JPM) telah
dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan kerjasama erat
dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian
Pengajian Tinggi bagi tujuan tersebut (Keputusan Mesyuarat
Jemaah Menteri bertarikh 11 Ogos 2004).
3. OBJEKTIF PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA
3.1 Memperkenalkan prinsip‐prinsip Rukun Negara;
3.2 Memberi pengertian dan kefahaman tentang lima prinsip Rukun
Negara;
3.3 Menyubur dan mempertingkatkan kesedaran kerohanian akan
kepentingan Rukun Negara sebagai asas norma kehidupan; dan
3.4 Menjadikan prinsip‐prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan
cara hidup yang berterusan bagi melahirkan masyarakat yang
mempunyai jati diri, setia, bersatu padu, berwawasan, bermaruah,
bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan negara.
9
4. MODUS OPERANDI KELAB RUKUN NEGARA
Peranan yang perlu dimainkan bagi mewujud dan memperkukuhkan
Kelab Rukun Negara di sekolah‐sekolah adalah seperti berikut:‐
JABATAN TANGGUNGJAWAB TINDAKAN /
PELAKSANAAN
1. Jabatan
Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional
- Ketua Pengarah - Bahagian Perpaduan
Masyarakat Dan Integrasi Negara
- Garis Panduan - Cadangan aktiviti - Kepegawaian /
Fasilitator - Bahan cetak - Promosi - Kewangan - Pemantauan - Pelaporan
10
JABATAN TANGGUNGJAWAB TINDAKAN /
PELAKSANAAN
2. Kementerian
Pelajaran Malaysia
- Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia - Pengarah Bahagian
Sekolah - Pengarah Bahagian
Pendidikan Guru
- Garis Panduan - Cadangan aktiviti - Kepegawaian /
Fasilitator - Bahan cetak - Promosi - Kewangan - Pemantauan - Pelaporan
3. Jabatan
Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri /Jabatan Pelajaran Negeri
- Pengarah Jabatan
Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri
- Pengarah Pelajaran Negeri
- Arahan - Kewangan - Cadangan dan
pelaksanaan aktiviti - Pemantauan - Pelaporan
4. Pejabat
Perpaduan Daerah /Bahagian/ Pejabat Pelajaran Daerah/
Bahagian
- Pegawai Perpaduan
Daerah/Bahagian - Pegawai Pelajaran
Daerah/Bahagian
- Pelaporan - Penyelarasan
11
JABATAN TANGGUNGJAWAB TINDAKAN /
PELAKSANAAN
5. Sekolah
- Pengetua/Guru Besar - Guru Penasihat
- Penubuhan kelab - Pelaksanaan aktiviti- Pemantauan - Pelaporan - Sumber Kewangan
12
5. PENGISIAN PROGRAM DAN AKTIVITI KELAB RUKUN NEGARA
5.1 Kelab Rukun Negara yang diwujudkan di sekolah‐sekolah akan
melaksanakan pelbagai aktiviti yang berteraskan kepada
pengukuhan pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan
pengamalan (4P) Rukun Negara di kalangan murid. Selain
daripada matlamat untuk memperkenal dan menyedarkan murid
tentang kepentingan Rukun Negara, kelab ini juga akan dijadikan
sebagai salah satu strategi utama ke arah pengukuhan semangat
perpaduan dan integrasi nasional di kalangan murid pelbagai
kaum. Bagi mencapai matlamat ini, aktiviti Kelab Rukun Negara
akan dirangka dan dilaksanakan berlandaskan kepada lima prinsip
Rukun Negara iaitu:
* Kepercayaan Kepada Tuhan
* Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
* Keluhuran Perlembagaan
* Kedaulatan Undang‐Undang
* Kesopanan dan Kesusilaan
5.2 Antara aktiviti‐aktiviti yang boleh dilaksanakan melalui Kelab
Rukun Negara ialah seperti di Lampiran A, manakala Cadangan
Perancangan Tahunan Aktiviti Kelab Rukun Negara adalah
seperti di Lampiran B.
5.3 Selain daripada aktiviti‐aktiviti yang dinyatakan di atas, dari
semasa ke semasa Jabatan ini juga akan terus merancang dan
merangka pelbagai aktiviti lain yang difikirkan lebih berkesan,
13
mantap dan relevan dengan situasi semasa. Selain itu,
Jawatankuasa Kelab Rukun Negara yang akan ditubuhkan di
sekolah juga digalakkan untuk melaksanakan aktiviti yang
menjurus kepada peningkatan penghayatan dan pengamalan nilai‐
nilai yang terkandung dalam Rukun Negara serta pengukuhan
semangat patriotisme, perpaduan dan integrasi nasional di
kalangan murid.
6. SUMBER KEWANGAN
6.1 Peruntukan daripada pihak pentadbiran sekolah (menggunakan
peruntukan kokurikulum sedia ada);
6.2 Peruntukan daripada Ibu Pejabat Jabatan Perpaduan Negara Dan
Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri;
6.3 Sumbangan daripada pihak PIBG Sekolah;
6.4 Sumbangan daripada agensi‐agensi kerajaan, pertubuhan‐
pertubuhan bukan kerajaan dan swasta;
6.5 Perkongsian bijak dengan agensi‐agensi kerajaan, pertubuhan‐
pertubuhan bukan kerajaan dan swasta; dan
6.6 Sumbangan individu dan lain‐lain yang difikirkan sesuai.
7. KESIMPULAN
Bagi mencapai matlamat untuk membina bangsa Malaysia yang bersatu
padu selaras dengan wawasan negara, penubuhan Kelab Rukun Negara
akan menjadi pemangkin kepada proses untuk mencapai perpaduan yang
unggul di negara ini. Justeru, peranan Kelab Rukun Negara dari semasa
14
ke semasa akan diperkemas dan diperkukuhkan lagi supaya pencapaian
matlamat tersebut dapat direalisasikan. Pengetahuan, pemahaman,
penghayatan dan pengamalan (4P) terhadap falsafah Rukun Negara perlu
dipertingkatkan terutamanya di kalangan murid untuk menjadikan
mereka sebagai rakyat yang lebih bertanggungjawab dan prihatin dalam
sebuah negara majmuk. Bagi mencapai matlamat ini, Jabatan Perpaduan
Negara akan mewujudkan kerjasama erat dan berterusan dengan
Kementerian Pelajaran Malaysia.
15
PERATURAN‐PERATURAN KELAB RUKUN
NEGARA
1. PENDAHULUAN
1.1 Penubuhan Kelab Rukun Negara adalah diwajibkan kepada semua
sekolah rendah dan menengah.
1.2 Pelaksanaan kelab ini di sekolah rendah dan menengah akan
dikendalikan oleh murid dengan bimbingan guru kelab/pihak
sekolah.
1.3 Kelab yang ditubuhkan di sekolah akan dipantau oleh satu
jawatankuasa yang dibentuk di peringkat kebangsaan dan negeri.
Selain memantau, jawatankuasa ini juga bertanggungjawab kepada
perancangan aktiviti, garis panduan, peraturan dan segala perkara
yang berkaitan dengan Kelab Rukun Negara.
2. PROSEDUR PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA
2.1 Pengetua/Guru Besar hendaklah melantik Jawatankuasa Penaja di
peringkat sekolah masing‐masing.
2.2 Jawatankuasa Penaja tersebut hendaklah mengemukakan satu
permohonan penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah masing‐
masing.
16
2.3 Setelah menerima kelulusan daripada pendaftar, Pengetua/Guru
Besar, Jawatankuasa ini perlu memanggil satu mesyuarat agung
untuk menubuhkan Kelab Rukun Negara dan memilih ahli‐ahli
jawatankuasa.
2.4 Jawatankuasa Penaja hendaklah dibubarkan setelah terbentuknya
Jawatankuasa Kelab Rukun Negara sekolah melalui mesyuarat
agung.
2.5 Jawatankuasa hendaklah mengemukakan secara bertulis kepada
Pengetua/Guru Besar dalam tempoh 14 hari laporan‐laporan
seperti berikut:‐
i) Perlembagaan kelab;
ii) Senarai Ahli Jawatankuasa dan minit mesyuarat agung;
iii) Senarai aktiviti utama kelab; dan
iv) Laporan Kewangan.
2.6 Jawatankuasa Kelab Rukun Negara perlu mengadakan mesyuarat
sekurang‐kurangnya 3 kali setahun.
3. PERATURAN
Peraturan 1: Nama Pertubuhan
1.1 Kelab Rukun Negara ini boleh ditubuhkan sebagaimana yang
terkandung dalam Peraturan Penubuhan Kelab/Persatuan Sekolah
1997.
17
1.2 Nama pertubuhan ini ialah ‘Kelab Rukun Negara’ dan diikuti
dengan nama sekolah masing‐masing.
1.3 Alamat pertubuhan adalah alamat sekolah di mana kelab tersebut
ditubuhkan.
Peraturan 2 : Objebtif
2.1 Objektif Kelab Rukun Negara ditubuhkan untuk:
2.1.1 Memperkenalkan Rukun Negara kepada murid supaya
mereka dapat mengetahui dan memahami falsafah serta
prinsip‐prinsip Rukun Negara;
2.1.2 Menyemai prinsip‐prinsip yang terkandung dalam Rukun
Negara di kalangan murid;
2.1.3 Mempertingkatkan kesedaran dan pemahaman murid
tentang kepentingan Rukun Negara kepada negara;
2.1.4 Mendidik murid supaya memahami, menghayati dan
mengamalkan Rukun Negara;
2.1.5 Menyemai dan mempertingkatkan lagi semangat perpaduan
di kalangan murid berasaskan sikap saling percaya‐
mempercayai, hormat‐menghormati, toleransi dan
kerjasama antara kaum;
18
2.1.6 Mempertingkatkan penghayatan agama yang dianuti;
2.1.7 Mempertingkatkan kefahaman dan menghormati budaya,
adat resam dan pantang larang kaum‐kaum di Malaysia.
Peraturan 3 : Keahlian
3.1 Semua murid sekolah rendah dan menengah adalah digalakkan
menjadi ahli Kelab Rukun Negara. Justeru, mereka hendaklah
terlibat secara aktif dengan aktiviti‐aktiviti yang dilaksanakan oleh
kelab ini.
3.2 Keahlian Kelab Rukun Negara mestilah terdiri daripada pelbagai
kaum dan tidak boleh dipelopori oleh satu kaum sahaja kecuali
bagi sekolah‐sekolah yang muridnya terdiri daripada satu kaum
sahaja.
3.3 Ahli kelab adalah tertakluk kepada peraturan kelab dan berjanji
mentaati perkara‐perkara berikut:‐
3.3.1 Saling hormat‐menghormati di antara satu kaum dengan
kaum yang lain sama ada dalam kelab mahupun di mana‐
mana sahaja dan dalam apa jua keadaan.
19
3.3.2 Setiap ahli dikehendaki melibatkan diri dalam setiap aktiviti
yang dilaksanakan oleh kelab;
3.3.3 Setiap ahli dilarang mempengaruhi ahli atau orang lain
membuat propaganda yang boleh memecah‐belahkan
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum;
3.3.4 Setiap ahli dilarang mengamalkan diskriminasi antara kaum
dan seterusnya memantau agar amalan tersebut tidak
diamalkan.
3.3.5 Setiap ahli dilarang menyentuh atau membicarakan secara
terbuka perkara yang sensitif bagi sesuatu kaum;
3.3.6 Berusaha ke arah memelihara semangat perpaduan sehingga
menjadi satu budaya di kalangan rakyat Malaysia.
Peraturan 4 : Aktiviti
4.1 Kelab Rukun Negara yang ditubuhkan harus melaksanakan
aktiviti‐aktiviti berdasarkan kepada lima prinsip Rukun Negara
seperti berikut:‐
4.1.1 Kepercayaan Kepada Tuhan
‐ Program/aktiviti yang berbentuk keagamaan;
20
4.1.2 Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
- Program/aktiviti yang berbentuk patriotisme;
4.1.3 Keluhuran Perlembagaan
- Program/aktiviti yang berdasarkan perlembagaan;
4.1.4 Kedaulatan Undang‐Undang
‐ Program/aktiviti yang berkaitan dengan undang‐
undang;
4.1.5 Kesopanan Dan Kesusilaan
‐ Program /aktiviti yang berbentuk pemahaman mengenai
tatasusila dan kebudayaan sesuatu kaum.
4.2.1 Program/aktiviti lain yang difikirkan sesuai seperti dalam Buku
Panduan Kelab Rukun Negara.
Peraturan 5 : Pentadbiran
5.1. Jawatankuasa Induk Kelab Rukun Negara – Peringkat
Kebangsaan
Jawatankuasa ini adalah bertanggungjawab dalam menggubal
dasar serta menentukan hala tuju Kelab Rukun Negara.
21
Jawatankuasa ini adalah seperti berikut :
1. Penaung ‐ Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bersama ‐ Menteri Pelajaran Malaysia 2.
Pengerusi
‐ ‐
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional
3.
Timbalan Pengerusi
‐
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Jabatan Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional
4.
Setiausaha
‐ ‐
Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Pengarah Bahagian Perpaduan Masyarakat dan Integrasi Negara
5.
Ahli
‐
a) Bahagian Perpaduan Masyarakat dan Integrasi Negara
b) Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
c) Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia
d) Jabatan Penerangan Malaysia e) Bahagian Teknik dan Vokasional
22
Kementerian Pelajaran Malaysia f) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri
5.2. Jawatankuasa Pelaksana Kelab Rukun Negara – Peringkat Negeri
Jawatankuasa ini adalah bertanggungjawab dalam pelaksanaan
aktiviti Kelab Rukun Negara di peringkat Negeri. Di samping itu,
peranannya juga adalah dalam melaksanakan dan memantau
pengendalian Kelab Rukun Negara di peringkat daerah dan
sekolah‐sekolah.
Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:
i. Penaung ‐ Exco Perpaduan ii. Pengerusi bersama ‐ Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri/ Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri
iii. Setiausaha ‐ Penolong Pengarah JPNIN
Negeri Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri
iv. Ahli ‐ Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri
‐ Pegawai Pelajaran Daerah/Bahagian
23
‐ Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian
5.3 Jawatankuasa Peringkat Daerah/Bahagian
1. Penasihat
‐
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri/ Pengarah JPNIN Negeri
2.
Pengerusi Bersama
‐
Pegawai Pelajaran Daerah/ Pegawai Perpaduan Daerah
3.
Setiausaha
‐
Penyelia Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Pembantu Pembangunan Masyarakat JPNIN
5. Ahli ‐ Pengetua/Guru Besar (yang dilantik)
5.4 Jawatankuasa Peringkat Sekolah
Keanggotaan Jawatankuasa Kelab Rukun Negara di peringkat
sekolah adalah seperti berikut:
i)
Penaung
‐
Pengetua/Guru Besar
ii)
Penasihat
‐
Penolong Kanan Kokurikulum
iii) Penyelaras ‐ Guru Penasihat iv)
Pengerusi
‐
Seorang murid
v)
Timbalan Pengerusi
‐
Seorang murid
vi)
Setiausaha
‐
Seorang murid
24
vii)
Penolong Setiausaha
‐
Seorang murid
viii)
Bendahari
‐
Seorang murid
ix)
Ahli Jawatankuasa
‐
10 orang murid
x)
Juru Audit Dalam
‐
2 orang (seorang guru dan seorang murid)
Jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha,
Penolong Setiausaha dan Bendahari adalah Jawatankuasa
Eksekutif yang dilantik melalui Mesyuarat Agung Tahunan
yang perlu diadakan sebelum 31 Mac setiap tahun. Jawatan
Juru Audit Dalam dilantik oleh Pengetua atau Guru Besar.
Peraturan 6 : Tugas Jawata tankuasa
Pengerusi ‐ Bertanggungjawab ke atas keseluruhan perjalanan kelab.
‐ Mempengerusikan mesyuarat kelab. ‐ Menyusun dan merangka aktiviti kelab.
‐ Merapatkan hubungan dengan Kelab‐kelab Rukun Negara yang lain.
‐ Berhubung dengan Pejabat Perpaduan Negeri / Daerah / Bahagian untuk mendapatkan bahan penerbitan dan sebagainya.
‐ Lain‐lain tugas pentadbiran kelab.
Timbalan Pengerusi ‐ Bertanggungjawab kepada Pengerusi.
‐ Membantu Pengerusi mentadbir kelab.
‐ Mempengerusikan kelab semasa ketiadaan Pengerusi.
25
‐ Membantu Pengerusi merancang aktiviti kelab.
‐ Tugas‐tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi.
Setiausaha
‐
Mencatat minit mesyuarat.
‐ Menyediakan laporan kegiatan dan aktiviti.
‐ Menguruskan urusan surat‐menyurat.
‐ Menyimpan dan merekodkan segala fail‐fail kelab.
‐ Tugas‐tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.
Penolong Setiausaha ‐ Membantu Setiausaha menjalankan tugas‐tugas kesetiausahaan.
‐ Menjalankan tugas Setiausaha semasa ketiadaan Setiausaha.
Bendahari
‐
Bertanggungjawab menguruskan urusan kewangan kelab.
‐ Menyimpan dan merekodkan segala urusan kewangan kelab.
‐ Mengusahakan sumber kewangan kelab.
‐ Tugas‐tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.
AJK
‐
Bertanggungjawab sepenuhnya kepada Pengerusi/Timbalan Pengerusi.
‐ Membantu Jawatankuasa Eksekutif menjalankan urusan kelab.
‐ Menghadiri mesyuarat kelab apabila dipanggil.
‐ Membantu Pengerusi menambah keahlian kelab.
‐ Membantu pengerusi menjalankan aktiviti kelab.
‐ Tugas‐tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi.
26
Juru Audit Dalam
‐
Memeriksa dan mengesahkan penyata perbelanjaan Kelab Rukun Negara sekurang‐kurangnya dua kali setahun.
Peraturan 7 : Peraturan Pengurusan Kewangan Kelab Rukun Negara
7.1 Akaun bagi tiap‐tiap kelab di sekolah dan hendaklah di bawah
kawalan Pengetua /Guru Besar.
7.2 Pengetua/Guru Besar hendaklah menyimpan atau menyebabkan
supaya disimpan suatu akaun yang sewajarnya dan hendaklah
menyimpannya di bawah jagaannya bagi tempoh tidak kurang dari
enam bulan setelah berakhir tiap‐tiap tahun kewangan dan hendaklah
sedia ada bagi pemeriksaan oleh pihak pendaftar.
7.3 Apa‐apa tajaan atau kutipan derma bagi setiap kelab di sekolah
hendaklah mendapat kelulusan Pengetua/Guru Besar
Peraturan 8 : Mesyuarat Agung
8.1 Setiap Kelab Rukun Negara hendaklah mengadakan mesyuarat agung
pada setiap tahun.
8.2 Peranan Mesyuarat Agung
a) Memilih Jawatankuasa Kelab;
27
b) Membentangkan Laporan Tahunan Kelab;
c) Membentangkan Penyata Kewangan Kelab;
d) Menerima dan meluluskan usul dan resolusi;
e) Hal‐hal lain.
Peraturan 9:
9.1 Jawatankuasa Induk Kelab Rukun Negara berhak untuk membatal,
meminda dan menambah mana‐mana peraturan yang terkandung di
dalam buku ini pada bila‐bila masa dan tanpa terikat kepada mana‐
mana pihak.
28
29
PRINSIP 1: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI
PELAKSANAAN TINDAKAN
1.
LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA
Supaya murid sentiasa menghayati falsafah serta prinsip‐prinsip Rukun Negara
• Arahan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. (KPM)
• Setiap perhimpunan sekolah.
• Hari Korikulum
• Majlis rasmi.
• Sambutan Bulan Kemerdekaan
• Sambutan Bulan Perpaduan.
• Kumpulan pembaca ikrar terdiri daripada pelbagai kaum.
• Pengetua/ Guru Besar • Semua murid • AJK Kelab Rukun Negara • Pegawai Perpaduan
Daerah (Pemantauan)
2.
MEMPAMERKAN PRINSIP‐PRINSIP RUKUN NEGARA
Supaya murid sentiasa mengingati prinsip‐prinsip Rukun Negara.
• Di pintu masuk
hadapan sekolah. • Sudut khas dalam
kelas dan pejabat. • Mural di dinding • Papan kenyataan
• Pengetua/Guru Besar • AJK KRN
3.
NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN ’NEGARAKU’ DAN NEGERI
Menyemai rasa cinta dan bangga terhadap raja dan negara
• Semasa majlis sekolah.• Setiap perjumpaan
kelab.
• Pengetua/Guru Besar • AJK KRN
30
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI PELAKSANAAN
TINDAKAN
4.
FORUM‐ MEMAHAMI KEPELBAGAIAN AGAMA
1. Memperkenalkan nilai‐nilai sejagat dalam agama. 2. Menghormati kepercayaan agama lain. 3. Menghormati penganut‐penganut agama lain.
• Menjemput ahli panel yang mewakili agama masing‐masing.
• Semua murid • AJK KRN
5.
CERAMAH‐ Penerapan nilai sejagat dalam agama
1. Mendedahkan nilai‐nilai sejagat dalam agama. 2. Menerapkan unsur‐unsur positif dalam kehidupan.
• Menjemput panel
penceramah bertauliah daripada JPNIN, KPM dan Jabatan Penerangan Malaysia.
• Pengetua/Guru
Besar • PIBG • JPNIN
6.
PERTANDINGAN PIDATO/DEBAT PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
1. Mengasah minda dan mencungkil bakat murid 2. Memupuk minat membaca. 3. Menggalakkan penggunaan ICT untuk mencari bahan.
• Pertandingan
terbuka kepada setiap murid.
• Sempena Bulan Kemerdekaan / Bulan Perpaduan
• Peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan.
• KPM • JPNIN • Sekolah • AJK KRN
31
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI PELAKSANAAN
TINDAKAN
7.
LAWATAN KE RUMAH‐RUMAH IBADAT
1. Mengenali secara
lebih dekat rumah‐rumah ibadat penganut agama lain.
2. Menyemai perasaan/sikap menghormati prinsip kebebasan beragama di kalangan setiap warganegara.
• Menganjurkan lawatan ke rumah‐rumah ibadat yang dibuka untuk lawatan/seperti di Masjid Negara/Putrajaya, Batu Caves Selangor, Sam Poh Tong di Ipoh, Perak.
• Mendapatkan kebenaran bertuulis daripada ibu bapa.
• Mendapat kebenaran daripada rumah‐rumah ibadat.
• Sekolah • AJK KRN
8.
MERAIKAN HARI PERAYAAN PELBAGAI KAUM
Mendedahkan murid kepada pelbagai hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Hari Gawai dan Pesta Kaamatan.
• Mengadakan majlis sambutan di sekolah. Murid digalakkan melibatkan diri di dalam aktiviti‐aktiviti yang dianjurkan.
• Program dianjurkan dalam bulan‐bulan berkaitan.
• Pengetua/Guru Besar
• AJK KRN
32
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI PELAKSANAAN
TINDAKAN
9.
PERTANDINGAN PENYEDIAAN FOLIO/BUKU SKRAP
1. Memupuk sikap
mencintai dan menghargai anugerah Tuhan di kalangan murid.
2. Memberi kesedaran dan keinsafan kepada murid tentang kesan terhadap alam sekitar akibat daripada perbuatan manusia.
3. Menggalakkan penggunaan ICT untuk mencari bahan.
• Pertandingan Buku Skrap tentang kepercayaan kepada Tuhan.
• Sebelum dan selepas Hari Perayaan Agama; contoh: pada hari Maulidur Rasul.
• Mengumpul bahan‐bahan berkaitan dengan keindahan dan kemusnahan alam ciptaan Tuhan.
• Guru
Agama/Guru Pendidikan Moral
• AJK KRN
10.
KEM BINA INSAN
Mempertingkatkan kerohanian dan nilai‐nilai murni di kalangan murid.
Mengadakan ceramah, forum, bengkel dan sebagainya.
• Pengetua/Guru Besar
• AJK KRN • JPNIN
11.
BAHAN PENERBITAN
Mempertingkatkan kerohanian dan nilai‐nilai murni di kalangan murid.
Mengadakan ceramah, forum, bengkel dan sebagainya.
• Pengetua/Guru Besar
• AJK KRN • JPNIN
33
PRINSIP 2: KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI
PELAKSANAAN TINDAKAN
1.
LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA
Supaya murid sentiasa menghayati falsafah serta prinsip – prinsip Rukun Negara
• Arahan daripada KPM.
• Setiap perhimpunan sekolah.
• Hari Kokurikulum.
• Majlis rasmi.
• Sambutan Bulan Perpaduan.
• Kumpulan pembaca ikrar terdiri daripada murid pelbagai kaum.
• Pengetua/Guru
Besar • Semua murid • AJK Kelab
Rukun Negara • (KRN) • Pegawai
Perpaduan Daerah (Pemantauan)
2.
NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN ’NEGARAKU’ DAN NEGERI
Menyemai rasa cinta dan bangga terhadap raja dan negara.
• Semasa majlis sekolah.
• Setiap perjumpaan kelab.
• Pengetua/Guru
Besar • AJK KRN
34
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI
PELAKSANAAN TINDAKAN
3.
LAWATAN
Memberi pendedahan mengenai Sistem Pemerintahan Raja Berperlembagaan.
• Lawatan ke Istana, Muzium DiRaja dan Muzium Negeri
• Lawatan Integrasi semasa Hari Keputeraan Agong.
• Lawatan semasa Persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
• Semua murid • AJK KRN
4.
PERTANDINGAN BUKU SKRAP/FOLIO SALASILAH KESULTANAN NEGERI
1. Menyemai rasa cinta dan
bangga kepada Raja dan Negara.
2. Memberi pendedahan mengenai sistem pemerintahan negeri‐negeri di Malaysia.
3.
• Bersifat pertandingan
• Kerja kumpulan.
• Dijalankan di peringkat sekolah.
• Pengetua/Guru
Besar • AJK KRN
35
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI PELAKSANAAN
TINDAKAN
5.
KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG DAN BENDERA NEGERI
Menyemai dan memupuk semangat patriotisme di kalangan murid.
• Mengadakan majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Bendera Negeri.
• Nyanyian lagu Jalur Gemilang dan patriotik
• Tayangan gambar berunsurkan patriotik untuk semua kaum.
• Ahli KRN menyertai Perbarisan sempena ulang tahun Hari Kemerdekaan.
• Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan.
• Majlis rasmi yang lain.
• Pengetua/Guru
Besar
• AJK KRN
• JPNIN
6.
PENGKISAHAN SEJARAH NEGARA OLEH TOKOH‐TOKOH NEGARA DAN TEMPATAN
1. Mengingati dan
menghayati sejarah dan pembangunan negara.
2. Menghargai jasa‐jasa pemimpin negara.
• Bersifat pertandingan
• Kerja kumpulan.
• Dijalankan di peringkat sekolah.
• Pengetua/Guru
Besar
• AJK KRN
36
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI PELAKSANAAN
TINDAKAN
7.
PAMERAN (Sejarah Negara)
1. Mengenali dan
menghayati sejarah negara.
2. Memupuk perasaan cintakan negara.
3. Menghargai jasa‐jasa pemimpin tempatan dan pejuang negara.
• Mengadakan pameran.
• Menyediakan bahan.
• Mengadakan lawatan ke pameran yang dianjurkan oleh agensi‐agensi lain.
• Pengetua/Guru
Besar
• AJK KRN
8.
PERTANDINGAN KEBUDAYAAN/ KESENIAN DAN WARISAN
1. Mencungkil bakat.
2. Membentuk keyakinan
diri.
• Menguruskan pertandingan:‐
a) puisi
b) drama
• Pengetua/Guru
Besar • AJK KRN
37
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI PELAKSANAAN
TINDAKAN
3. Memberi pendedahan
kepada murid tentang kebudayaan dan kesenian kaum‐kaum lain.
c) mencipta lagu patriotik
d) menyanyi
e) tarian
f) buku skrap
g) cerpen
h) kata bestari kenegaraan
i) pertandingan pertandingan lain yang difikirkan sesuai dan selaras dengan prinsip‐prinsip Rukun Negara.
• Pengetua/Guru
Besar
• AJK KRN
9.
KARNIVAL PATRIOTIK
1. Memupuk semangat
patriotik dan menyuburkan semangat perpaduan di kalangan murid.
2. Menyemarakkan jati diri murid.
Koir, sajak, pentomen dan sebagainya.
• Pengetua/Guru
Besar • AJK KRN
38
PRINSIP 3: KELUHURAN PERLEMBAGAAN
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI
PELAKSANAAN TINDAKAN
1.
LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA
Supaya murid sentiasa menghayati falsafah serta prinsip – prinsip Rukun Negara
• Arahan daripada KPM.
• Setiap perhimpunan sekolah.
• Hari Kokurikulum.
• Majlis rasmi.
• Sambutan Bulan Kemerdekaan
• Sambutan Bulan Perpaduan.
• Kumpulan pembaca ikrar terdiri daripada murid pelbagai kaum.
• Pengetua/Guru
Besar
• Semua murid
• AJK Kelab
• Rukun Negara (KRN)
• Pegawai Perpaduan Daerah (Pemantauan)
2.
NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN ’NEGARAKU’ DAN NEGERI
Menyemai rasa cinta dan bangga terhadap raja dan negara.
• Semasa majlis sekolah.
• Setiap perjumpaan kelab.
• Pengetua/Guru
Besar • AJK KRN
39
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI PELAKSANAAN
TINDAKAN
3.
CERAMAH
Memberi kesedaran dan kefahaman tentang keluhuran perlembagaan/pembentukan perlembagaan/kontrak sosial.
• Semasa kempen/ minggu kesedaran sivik.
• Salah satu aktiviti Kursus Kepimpinan/ Perkhemahan.
• Salah satu aktiviti Bulan Patriotisme.
• Semua murid
• AJK KRN
• JPNIN
4.
LAWATAN KENEGARAAN
1. Memberi peluang
kepada murid menyaksikan proses sistem perundangan Negara dijalankan.
2. Mempertingkatkan kefahaman murid mengenai sistem perundangan negara.
• Menganjurkan lawatan ke Sidang Dewan Undangan Negeri/Parlimen
• Pengetua/Guru
Besar • AJK KRN
5.
KUIZ / PERBAHASAN (PERLEMBAGAAN)
1. Memupuk
kemahiran pengucapan awam.
2. Menilai/menguji tahap pengetahuan murid tentang perlembagaan.
• Menganjurkan lawatan pertandingan peringkat sekolah/daerah
• Pengetua/Guru
Besar
• AJK KRN
40
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI
PELAKSANAAN TINDAKAN
6.
PERKHEMAHAN (MOTIVASI)
1. Memupuk sifat‐
sifat kepimpinan berlandaskan prinsip‐prinsip Rukun negara.
2. Meningkatkan pengetahuan murid tentang sistem perlembagaan negara.
• Aktiviti luar sekolah/ceramah motivasi.
• Kerjasama dengan agensi kerajaan / swasta.
• Pengetua/Guru
Besar
• AJK KRN
7.
PERMAINAN BERASASKAN PRINSIP KETIGA RUKUN NEGARA
1. Menggalakkan
integrasi kaum.
2. Memupuk perpaduan dan nilai kerjasama.
3. Menambah pengetahuan dan pengalaman tentang sistem perlembagaan negara.
• Permainan Mencari Harta Karun (Treasure Hunt)
• ’Clue’ yang digunakan berdasarkan sistem perlembagaan negara.
• Pelaksanaan agensi‐agensi kerajaan/swasta.
• Pengetua/Guru
Besar
• AJK KRN
41
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI PELAKSANAAN
TINDAKAN
8.
PERTANDINGAN MENULIS
1. Memupuk
kemahiran kreatif menulis tentang isu‐isu perlembagaan negara.
2. Mencungkil bakat‐bakat dalam bidang berkaitan.
3. Kesedaran tentang isu‐isu semasa perlembagaan negara.
• Pertandingan Menulis Esei Cerpen / Puisi peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan
• Berkala
• Pengetua/Guru
Besar
• AJK KRN
9.
DRAMA / SKETSA
1. Memupuk daya
kreativiti.
2. Menghayati sistem perlembagaan negara.
3. Sebagai pemangkin percambahan fikiran.
4. Menggalakkan integrasi kaum.
• Dalam bentuk pertandingan.
• Berkala
• Pengetua/Guru
Besar
• AJK KRN
42
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI PELAKSANAAN
TINDAKAN
10.
FORUM PERLEMBAGAAN
1. Meningkat
pengetahuan tentang perlembagaan.
2. Perkongsian pengetahuan dan pengalaman.
3. Memperjelaskan isu‐isu semasa yang timbul (kurang difahami/keliru)
• Dianjurkan di peringkat sekolah.
• Kerjasama dengan agensi luar.
• Pengetua/Guru
Besar
• AJK KRN
• JPNIN
11.
PERTANDINGAN BUKU SKRAP
1. Memupuk daya
kreativiti murid.
2. Kesedaran tentang isu‐isu semasa dalam sistem perlembagaan.
• Bersifat pertandingan.
• Kerja kumpulan
• Peringkat sekolah.
• Pengetua/Guru
Besar
• AJK KRN
43
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI PELAKSANAAN
TINDAKAN
12.
PAMERAN KENEGARAAN
1. Memupuk daya
kreativiti murid.
2. Kesedaran isu‐isu semasa dalam sistem perlembagaan.
• Kerja keumpulan untuk mengendalikan pameran.
• Menonjolkan pencapaian individu/syarikat yan berjaya.
• Melibatkan PIBG.
.
• Pengetua/Guru
Besar
• AJK KRN
13.
BULAN KEMERDEKAAN
1. Memupuk
kesedaran kebangsaan yang merangkumi Prinsip Rukun Negara.
2. Menghayati idea kebebasan dan demokrasi.
3. Mengetahui tentang latar belakang kronologi penggubalan perlembagaan Malaysia.
4. Memupuk semangat setia dan cintakan negara
• Kerja keumpulan untuk mengendalikan pameran.
• Menonjolkan pencapaian individu/syarikat yan berjaya.
• Melibatkan PIBG.
• Menganjurkan aktiviti‐aktiviti yang boleh menyemarakkan semangat patriotisme. Contoh: Pertandingan mencipta lagu patriotik, melukis poster dan lain‐lain.
.
• Pengetua/Guru
Besar
• AJK KRN
44
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI PELAKSANAAN
TINDAKAN
14.
MENGADAKAN AKTIVITI ALA MINI PARLIMEN DI SEKOLAH
1. Mencungkil bakat
murid sebagai pemimpin negara.
2. Memberi kebebasan membahas isu penting untuk pembangunan negara.
• Melibatkan semua murid
• Peringkat antara sekolah.
.
• Pengetua/Guru
Besar
• AJK KRN
15.
BULAN KESEDARAN PERLEMBAGAAN
1. Memberi kesedaran
dan kefahaman tentang pembentukan perlembagaan/keluhuran perlembagaan/kontrak sosial
2. Memperjelaskan isu‐isu yang timbul yang kurang difahami/keliru.
3. Perkongsian pengetahuan dan pengalaman.
• Mempamerkan naskhah Perlembagaan Negeri/Persekutuan dalam Pusat Sumber Sekolah dan di papan kenyataan.
• Menganjurkan ceramah mengenai perlembagaan daripada agensi‐agensi yang terlibat.
.
• Pengetua/Guru
Besar
• AJK KRN • JPNIN
45
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI PELAKSANAAN
TINDAKAN
16.
KUIZ KELUHURAN PERLEMBAGAAN
1. Meningkatkan
pengetahuan dan kefahaman murid tentang perlembagaan negara.
• Penyeragaman dalam penyediaan soalan kuiz.
• Hadiah disediakan oleh JPN KPM/JPNIN.
.
• Pengetua/Guru
Besar
• AJK KRN
46
PRINSIP 4: KEDAULATAN UNDANG‐UNDANG
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI
PELAKSANAAN TINDAKAN
1.
LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA
Supaya murid sentiasa menghayati falsafah serta prinsip – prinsip Rukun Negara
• Arahan daripada KPM.
• Setiap perhimpunan sekolah.
• Hari Kokurikulum.
• Majlis rasmi.
• Sambutan Bulan Kemerdekaan
• Sambutan Bulan Perpaduan.
• Kumpulan pembaca ikrar terdiri daripada murid pelbagai kaum.
• Pengetua/Guru
Besar
• Semua murid
• AJK Kelab
• Rukun Negara (KRN)
• Pegawai Perpaduan Daerah (Pemantauan)
2.
NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN ’NEGARAKU’ DAN NEGERI
Menyemai rasa cinta dan bangga terhadap raja dan negara.
• Semasa majlis sekolah.
• Setiap perjumpaan kelab.
• Pengetua/Guru
Besar • AJK KRN
47
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI PELAKSANAAN
TINDAKAN
3.
KEMPEN MENDAULATKAN UNDANG‐UNDANG NEGARA DAN PERATURAN SEKOLAH
1. Memberi
kesedaran tentang kepentingan undang‐undang serta penghayatan terhadap tugas‐tugas penguatkuasa.
2. Menghayati cara undang‐undang dipraktikan.
3. Mengetahui cara‐cara penggubalan dasar‐dasar dan peraturan tertentu.
• Syarahan semasa perhimpunan sekolah.
• Mempamerkan keratan akhbar di papan kenyataan.
• Pertandingan buku skrap pertandingan melukis/fotografi.
• Semua murid
• AJK KRN
4.
MINGGU KESEDARAN SIVIK
1. Menghayati nilai‐
nilai murni.
2. Pemahaman terhadap tugas‐tugas penguatkuasa undang‐undang.
• Menganjurkan pameran dengan kerjasama agensi‐agensi yang berkaitan seperti PDRM, Majlis Perbandaran, Pihak Berkuasa Tempatan dan AADK.
• Pengetua/Guru
Besar
• AJK KRN
• Agensi Berkaitan
48
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI PELAKSANAAN
TINDAKAN
• Tayangan Multimedia/slaid berkenaan tugas‐tugas unit penguatkuasa undang‐undang.
• Bahan dibekalkan oleh Unit‐unit Majlis Perbandaran/Pihak Berkuasa Tempatan/PDRM/JPJ/Jabatan Penerangan Malaysia.
5.
LAWATAN
1. Kesedaran
tentang implikasi melanggar undang‐undang.
2. Melihat sendiri cara‐cara pentadbiran tempat berkenaan.
• Menganjurkan lawatan ke Mahkamah Penguasa Tempatan.
• Lawatan ke institusi‐institusi pemulihan seperti Pusat Serenti/sekolah pemulihan akhlak dan sebagainya.
• Pengetua/Guru
Besar
• AJK KRN
49
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI PELAKSANAAN
TINDAKAN
6.
PERMAINAN (EXPLOLAW)
1. Menggalakkan
interaksi murid pelbagai kaum.
2. Memberi pengalaman tentang pelaksanaan undang‐undang.
• Permainan mengenali peraturan sekolah/undang‐undang negara.
• Kerjasama dengan agensi kerajaan / swasta.
• Pengetua/Guru
Besar
• AJK KRN
50
PRINSIP 5: KESOPANAN DAN KESUSILAAN
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI
PELAKSANAAN TINDAKAN
1.
LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA
Supaya murid sentiasa menghayati falsafah serta prinsip – prinsip Rukun Negara
• Arahan daripada KPM.
• Setiap perhimpunan sekolah.
• Hari Kokurikulum.
• Majlis rasmi.
• Sambutan Bulan Kemerdekaan
• Sambutan Bulan Perpaduan.
• Kumpulan pembaca ikrar terdiri daripada murid pelbagai kaum.
• Pengetua/Guru
Besar
• Semua murid
• AJK Kelab
• Rukun Negara (KRN)
• Pegawai Perpaduan Daerah (Pemantauan)
2.
NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN ’NEGARAKU’ DAN NEGERI
Menyemai rasa cinta dan bangga terhadap raja dan negara.
• Semasa majlis sekolah.
• Setiap perjumpaan kelab.
• Pengetua/Guru
Besar • AJK KRN
51
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI PELAKSANAAN
TINDAKAN
3.
SEMINAR / FORUM/ CERAMAH
1. Memperkenalkan
dan memupuk prinsip‐prinsip Rukun Negara di kalangan murid.
2. Mempertingkatkan kesedaran murid tentang nilai‐nilai murni dalam masyarakat.
• Menjemput penceramah dari agensi kerajaan/ swasta dan lain‐lain.
• Pertandingan Syarahan (wujudkan piala) di peringkat sekolah/daerah.
• Ceramah mengenai kesopanan dan kesusilaan untuk pemimpin‐pemimpin murid:‐
- Pengawas
- Ketua Kelas
- Pengerusi/AJK Kelab/ Persatuan
• Forum mengenai adat resam pelbagai kaum/budaya/ agama.
• KPM
• JPNIN
• JPN
• Biro Tata Negara
52
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI PELAKSANAAN
TINDAKAN
4.
LAWATAN
1. Memberi keinsafan
dan kesedaran semasa melakukan lawatan ke institusi‐institusi yang berkenaan.
2. Menyemai dan memupuk nilai‐nilai murni seperti kasih sayang, simpati dan hormat‐menghormati di kalangan murid.
Menganjurkan lawatan ke Rumah Orang Tua, Anak Yatim dan sebagainya.
• Pengetua/Guru
Besar • AJK KRN
5.
PERKHEMAHAN (MOTIVASI)
3. Memberi pengertian
dan menerapkan nilai‐nilai murni bagi mengukuhkan semangat perpaduan kaum.
• Penerangan budaya antara kaum.
Contoh:‐
a) Adat Resam/ Pantang Larang
b) Permainan Tradisional/ Sukaneka
c) Kebudayaan
• Pengetua/Guru
Besar • AJK KRN
53
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI PELAKSANAAN
TINDAKAN
6.
KEMPEN BERBUDI BAHASA
1. Menentukan
pertuturan yang baik di kalangan murid.
2. Menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan semua peringkat umur.
3. Memupuk sikap beradab sopan dikalangan murid.
Memilih murid yang terbaik bertutur dan berbudi bahasa.
• Pengetua/Guru
Besar • AJK KRN
7.
HARI KELUARGA/ HARI IBU BAPA
Memupuk dan mengeratkan kasih sayang yang mendalam antara ahli keluarga.
• Pendedahan dan panduan kepada ibu bapa dan murid di peringkat sekolah.
• Ibu bapa dan murid akan melaksanakannya di rumah untuk seluruh keluarga.
• Pengetua/Guru
Besar
• AJK KRN
• Ibu Bapa
• Murid
54
AKTIVITI‐AKTIVITI LAIN
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI PELAKSANAAN
TINDAKAN
1.
HARI TERBUKA KELAB RUKUN NEGARA
1. Meningkatkan minat
murid untuk menjadi ahli Kelab Rukun Negara.
2. Mempromosikan Kelab Rukun Negara di kalangan murid pelbagai kaum.
• Peringkat sekolah,
Contoh: gerai jualan dan pameran.
• Pameran Kelab Rukun Negara.
• Pengetua/Guru
Besar • AJK KRN
2.
BULAN PENGHAYATAN RUKUN NEGARA
Mengingatkan murid tentang kepentingan Rukun Negara dalam mengekalkan keharmonian kaum di negara ini.
Pelbagai aktiviti ke arah meningkatkan penghayatan Rukun Negara di kalangan murid dilaksanakan.
• Pengetua/Guru
Besar
• AJK KRN
3.
PROGRAM PERTUKARAN MURID KE SABAH/SARAWAK/LABUAN/ SEMENANJUNG.
Mengeratkan hubungan antara murid berbilang kaum.
• Sekurang‐kurangnya satu bulan.
• Peringkat kebangsaan
• KPM
• JPNIN
55
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI PELAKSANAAN
TINDAKAN
4.
LAWATAN INTEGRASI
1. Memupuk semangat
setiakawan dan perpaduan di antara murid.
2. Memahami dan menghayati adat resam sesuatu kaum.
• Lawatan antara sekolah/daerah/ negeri/wilayah.
• Berkonsepkan Homestay (Program Anak Angkat). Contoh: Rumah Panjang Baba dan Nyonya, Perkampungan Melayu dan sebagainya.
• Pengetua/Guru
Besar
• AJK KRN
• JPNIN
5.
KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN PERPADUAN
Memupuk semangat cintakan kesenian dan kebudayaan ke arah menyatupadukan rakyat pelbagai kaum.
• Persembahan / pertunjukkan tarian/ nyanyian tradisional.
• Pameran budaya adat resam pelbagai kaum.
• Pengetua/Guru
Besar
• AJK KRN
6.
SUKAN
1. Menggalak dan
memupuk semangat kesukanan di kalangan murid.
2. Memahami dan menghayati adat resam sesuatu kaum.
• Menganjurkan:‐
i) Larian Perpaduan
ii) Permainan Tradisional/Sukaneka
• Pengetua/Guru
Besar
• AJK KRN
56
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI PELAKSANAAN
TINDAKAN
7.
PROGRAM PRA LATIHAN KHIDMAT NEGARA
Memupuk semangat perpaduan dan sahsiah yang tinggi di kalangan murid.
• Gotong royong di Rumah Orang Tua/Anak Yatim/Kawasan Rekreasi/Rumah Ibadat dan sebagainya.
• Memberi sumbangan dalam kerja‐kerja kebajikan anjuran agensi kerajaan/swasta.
• Pengetua/Guru
Besar
• AJK KRN
• NGO
• KPM
• JPNIN
• JLKN
57
LAMPIRAN C CADANGAN PERANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI KELAB
RUKUN NEGARA
58
CADANGAN PERANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI KELAB RUKUN NEGARA
(ARAHAN: Semua aktiviti yang dilaksanakan MESTILAH berdasarkan kepada lima
prinsip Rukun Negara)
Bulan Aktiviti Objektif Strategi Pelaksanaan
Tindakan
Januari
1. Lafaz ikrar Rukun Negara
Sila rujuk Lampiran B
2. Nyanyian lagu kebangsaan ’Negaraku’ dan lagu negeri.
Sila rujuk Lampiran B
3. Mesyuarat penaja/ Agung KRN
1. Melantik Jawatankuasa Kelab Rukun Negara.
2. Merangka aktiviti tahunan.
3. Mengemukakan aktiviti tahunan/kewangan kepada Pengetua/ Guru Besar.
● Membuat hebahan
● Poster ● Promosi ● Kain rentang ● Borang keahlian
● Pengumuman dalam perhimpunan sekolah
● Kempen
Guru Penasihat Kelab
59
Bulan Aktiviti Objektif Strategi Pelaksanaan
Tindakan
Februari
1. Lafaz ikrar Rukun Negara
Sila rujuk Lampiran B
2. Nyanyian lagu kebangsaan ’Negaraku’ dan lagu negeri.
Sila rujuk Lampiran B
3. Mesyuarat Jawatankuasa Kelab Rukun Negara.
Membincang dan mengelolakan aktiviti sekolah/negeri. (rujuk Lampiran B)
● Kertas kerja ceramah Rukun Negara. ● Pertandingan buku skrap.
● Guru Penasihat Kelab
● AJK Kelab
4. Ceramah Rukun Negara (Latar belakang)
1. Melantik Jawatankuasa Kelab Rukun Negara.
2. Merangka aktiviti tahunan.
Memaklumkan kepada JPNIN Daerah/Negeri untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk mengadakan ceramah.
● Guru Penasihat Kelab
● AJK KRN ● JPNIN
60
5. Pertandingan Buku Skrap
Memupuk kreativiti murid.
Pertandingan, kerja berkumpulan.
● Guru Penasihat Kelab
6. Pertandingan menulis rencana mengenai perpaduan nasional (Peringkat kebangsaan.)
Mencungkil bakat di kalangan murid dalam bidang penulisan rencana mengenai perpaduan dan integrasi nasional.
● Anjuran JPNIN Ibu Pejabat ● Syarat‐syarat pertandingan akan diedarkan melalui pihak KPM
● Guru Penasihat Kelab
● AJK KRN ● JPNIN Negeri/ Ibu Pejabat
7. Hari Thaipusam
Sila rujuk Lampiran B
8. Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina (tarikh sambutan mengikut kesesuaian)
Sila rujuk Lampiran B
61
Bulan Aktiviti Objektif Strategi Pelaksanaan
Tindakan
Mac
1. Lafaz ikrar Rukun Negara
Sila rujuk Lampiran B
2. Nyanyian lagu kebangsaan ’Negaraku’ dan lagu negeri
Sila rujuk Lampiran B
3. Mesyuarat pertandingan debat perpaduan dan integrasi nasional peringkat sekolah.
. Sila rujuk Lampiran B
4. Pertandingan debat perpaduan dan integrasi nasional peringkat sekolah. (tarikh pertandingan mengikut kesesuaian.)
Sila rujuk Lampiran B
62
BULAN AKTIVITI / PERAYAAN TINDAKANApril 1. Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W
(Maulidur Rasul) 2. Hari Keputeraan Sultan Perak 3. Hari Keputeraan Sultan Johor
● Guru Penasihat Kelab
● AJK Kelab
Mei 1. Sambutan Bulan Perpaduan peringkat kebangsaan dan Negeri (boleh dibincang bersama dengan JPNIN/Daerah/Bahagian)
2. Hari Wesak 3. Hari Ulang Tahun Keputeraan Tuanku
Raja Perlis 4. Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) 5. Bengkel Kelab Rukun Negara Peringkat
Kebangsaan
● Guru Penasihat Kelab
● AJK Kelab
Jun 1. Perayaan Hari Dayak (Gawai) 2. Hari Keputeraan S. P. B. Yang di‐Pertuan Agong
● Guru Penasihat Kelab
● AJK Kelab
Julai 1. Harijadi T. Y. T. Yang di‐Pertua Negeri Pulau Pinang
2. Hari Keputeraan Tuanku Yang di‐Pertuan Besar Negeri Sembilan 3. Hari Keputeraan Sultan Johor
● Guru Penasihat Kelab
● AJK Kelab
Ogos 1. Pelancaran Perayaan Bulan Kemerdekaan 2. Ulang tahun kemerdekaan negara 3. Kempen Kibar Jalur Gemilang 4. Peristiwa Israk dan Mikraj
● Guru Penasihat Kelab
● AJK Kelab
63
BULAN AKTIVITI / PERAYAAN TINDAKANSeptember 1. Harijadi T. Y. T. Yang di‐Pertua Negeri
Sarawak 2. Hari Pembentukan Malaysia (16 September 1963) 3. Harijadi T. Y. T. Yang di‐Pertua Negeri Sabah 4. Umat Islam menjalani ibadah puasa
● Guru Penasihat Kelab
● AJK Kelab
Oktober 1. Harijadi T. Y. T. Yang di‐Pertua NegeriSarawak
2. Hari Pembentukan Malaysia (16 September 1963) 3. Harijadi T. Y. T. Yang di‐Pertua Negeri Sabah 4. Umat Islam menjalani ibadah puasa
● Guru Penasihat Kelab
● AJK Kelab