19
:HASYA NABILAH :NUR EZZATI :MOHAMMAD DZARUL HAZIQ :NABIL MEMORI SEORANG TUA

Cerpen memori seorang tua

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Cerpen memori seorang tua

:HASYA NABILAH:NUR EZZATI:MOHAMMAD DZARUL HAZIQ:NABIL

MEMORI SEORANG TUA

Page 2: Cerpen memori seorang tua

PERSOALAN Sikap kurang prihatin generasi muda

yang tidak menghargai jasa tokoh yang banyak berjasa kepada negara

Pengorbanan demi membuktikan rasa cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara

Rasa tanggungjawab terhadap nasib yang akan dialami oleh anak bangsa

Kekecawaan pada saat-saat akhir kehidupan seorang nasiolis Melayu

Kecintaan terhadap bangsa dan negara

Page 3: Cerpen memori seorang tua

WATAK DAN PERWATAKAN

PAK ITAM:Pak Itam anak Pahang yang berasal dari

Kuala Semantan:Berumur 85 tahun:Seorang pejuang tulen kerana

keberanian beliau menentang penjajah Inggeris.Sebahagian besar hidupnya dihabiskan di dalam penjara

:Seorang penulis dan wartawan yang berani

:Taat akan perintah agama dan kuat beribadah terutamanya pada waktu malam

Page 4: Cerpen memori seorang tua

TUK MAT

:Bekas anggota polis pencen berpangkat sarjan

:Berjiran dengan Pak Itam:Amat berdisiplin dan menjalankan

tanggungjawabnya dengan sempurna

:Pipi kanannya berparut kerana peluru Bintang Tiga dalam suatu pertempuran di Gua Musang semasa zaman darurat

:Seorang yang baik hati dan rajin

Page 5: Cerpen memori seorang tua

ROKIAH:Anak gadis Tuk Mat:Pelajar tingkatan empat. Rambutnya

bertocang:Seorang yang baik hati. Dia banyak

membantu Pak Itam, iaitu menghantar makanan dan mencuci pakaian Pak Itam

Page 6: Cerpen memori seorang tua

HALIMAH:Anak gadis Tuk Mat:Seorang yang baik hati kerana bersilih

ganti dengan Rokiah membantu Pak Itam

ROGAYAH:Isteri Tuk Mat:Seorang yang baik hati kerana banyak

membantu Pak Itam:Ikhlas membantu Pak Itam. Beliau tidak

mahu menerima sebarang bayaran daripada Pak Itam

Page 7: Cerpen memori seorang tua

JALI

:Rajin dan banyak membantu Pak Itam menjayakan majlis yang dianjurkan

:Merupakan lulusan daripada ITM dalam jurusan Komunikasi dan Pengiklanan

:Membuka sebuah galeri kecil di arked MARA Kajang

Page 8: Cerpen memori seorang tua

SITI NURHIDAYAH

:Janda Pak Itam yang menuntut fasakh ketika Pak Itam berada di dalam penjara

:Mempunyai dua orang anak, iaitu Izwan dan Nuryani Iman

Page 9: Cerpen memori seorang tua

LATAR TEMPAT1.Langat, iaitu tempat kediaman Pak

Itam2.Kediaman Pak Itam dan halaman

rumahnya, iaitu tempat majlis dan pameran diadakan LATAR MASA

1.Masa sekarang2.Waktu pagi, tengah hari, petang dan

malam

Page 10: Cerpen memori seorang tua

LATAR MASYARAKAT1.Masyarakat pejuang yang amat

mencintai bangsa dan negara. Contohnya, Pak Itam sanggup keluar masuk penjara kerana menentang Inggeris demi sayang akan bangsa dan negara

2.Masyarakat penulis dan wartawan yang menulis artikel untuk menentang penjajah. Contohnya, Pak Itam mewakili golongan masyarakat yang menentang penjajah melalui mata pena

Page 11: Cerpen memori seorang tua

3.Masyarakat kampung yang masih mengekalkan amalan bekerjasama dan bergotong-royong. Contohnya, Tuk Mat dan beberapa orang pemuda membantu Pak Itam mengadakan majlis sambutan hari jadi Pak Itam secara besar-besaran

4.Masyarakat yang sanggup berkorban untuk negara. Contohnya, Pak Itam menolak jawatan majistret yang mampu menjadikan hidupnya mewah demi perjuangan untuk negara.

Page 12: Cerpen memori seorang tua

GAYA BAHASA

:Pengarang memilih kata-kata yang sesuai dengan latar cerita cerpen tentang tokoh pejuang yang menentang penjajah.Pengarang turut menggunakan perkataan Inggeris, iaitu handsome, Cecile Street

:Pengarang menggunakan ayat pendek , ayat sederhana panjang dan ayat panjang

Page 13: Cerpen memori seorang tua

:Penggunaan Simile“…bagaikan rumput-rumput pada

musim kemarau”“Pak Itam terasa dirinya kian mengecil

seperti sebiji debu!”:Penggunaan Peribahasa“Anak muda seperti enau di belukar…”“Orang Putih memang cekik darah!”:Unsur Personifikasi“Angin di luar membedal daun pintu”“Nafas tuanya mendesis malas”

Page 14: Cerpen memori seorang tua

:Penggunaan Metafora atau Perbandingan Secara Langsung

“makanan kerohanian”“tangisan ketakwaan”:Sinkope atau Singkatan Kata“Tak payah, budak-budak tu pun dah muak,

hari-hari makan durian,”jawab Tuk Mat“…yang tak datang, biarlah!”:Pengulangan Kata“Menundukkan kepala Orang Putih

meminta sedekah, jadi abdi, jadi tukang mandikan anjing Orang Putih. Jadi unta, jadi keldai Orang Putih!”

Page 15: Cerpen memori seorang tua

NILAI

Nilai pengorbanan. Contohnya, Pak Itam sanggup berkorban dengan menolak kemewahan hidup demi cinta akan bangsa dan negara. Beliau menolak jawatan sebagai majistret

Nilai semangat patriotik. Contohnya, Pak Itam memiliki semangat patriotik yang tulen menentang Inggeris melalui mata penanya dan juga penentangan secara terus.

Page 16: Cerpen memori seorang tua

Nilai baik hati. Contohnya, Rokiah dan Halimah membantu membasuh pakaian Pak Itam

Nilai merendah diri. Contohnya, Pak Itam terasa dirinya kerdil dan sentiasa mengagungkan kebesaran Tuhan

Nilai murah hati. Contohnya, Pak Itam membiayai segala perbelanjaan menyediakan makanan dan keperluan lain untuk menjamu tetamu yang hadir pada majlis hari jadinya

Page 17: Cerpen memori seorang tua

PENGAJARAN

Kita hendaklah cinta akan bangsa dan negara dan tidak membiarkannya dijajah orang bangsa lain

Kita perlulah sanggup berkorban demi negara yang tercinta serta tidak terlalu mengutamakan kepentingan diri sendiri

Kita hendaklah sentiasa mentaati suruhan Tuhan dengan meningkatkan amal ibadah

Page 18: Cerpen memori seorang tua

Kita hendaklah menjaga kebajikan warga emas yang telah banyak meninggalkan jasa kepada kita

Warga muda hendaklah tahu mengenang jasa tokoh yang banyak berkorban untuk bangsa dan negara

Kita hendaklah meneladani semangat tokoh terdahulu yang memiliki semangat juang yang jitu

Page 19: Cerpen memori seorang tua

SEKIAN,,, TERIMA KASIH! ^_^