Upload
hassan-mohd-ghazali
View
1.403
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Orientasi Pelajar dalam berkarya dalam Pendidikan Seni Visual
Citation preview
ORIENTASI PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Mengenali ciri-ciri pelajar dalam kemahiran melukis mengikut John A. Michael dalam buku Art and Adolescence
Oleh: Hassan Mohd Ghazali. UPSI
ORIENTASI PELAJAR
1. ORIENTASI MEKANIKAL2. ORIENTASI PRIMITIVE3. ORIENTASI INTELEKTUAL4. ORIENTASI INTUITIF-
EMOSI
ORIENTASI MEKANIKAL
Hasil kerja yang dihasilkan oleh pelajar berbentuk KAKU, RIGID, dan diolah secara tidak tersusun.
Karya pelajar ini dalam bentuk struktur rekaan yang paling mudah dan tidak ada usaha melihat alam sebagai panduan.
SIKAP TERHADAP PENGALAMAN SENI
Pelajar sering berpuashati dengan hasil kerja kerana mempunyai ciri-ciri mekanikal
Suka penggunaan pembaris, kompas, alat-alat grafik walaupun dalam hasil seni halus.
Sentiasa menggunakan bahan yang diketahui sahaja untuk rasa selamat.
Mereka juga mempunyai persepsi yang kurang positif terhadap peranan seni dalam pendidikan.
ORIENTASI MEKANIKAL
Mereka sering beranggapan mereka kurang mempunyai bakat dalam seni, tidak dapat menghasilkan yang terbaik dan kurang melibatkan diri dalam proses P&P.
Sedia menerima teguran dan menyelesaikan kerja dengan apa yang ada sahaja
ORIENTASI MEKANIKAL
Terlalu bergantung kepada guru, bimbang tidak mencapai kehendak dan keperluan yang digariskan.
Dalam menghasilkan tugasan mereka memerlukan garis panduan yang nyata dan tepat kerana sesuatu yang tidak jelas akan menyebabkan kekangan dalam menjalankan tugasan.
Sukar untuk mendapat idea dan bertindak selamat dalam membuat tugasan
Bekerja secara langkah demi langkah(berfikir sehala)
ORIENTASI MEKANIKAL
Hasil kerja perlu selaras dengan garis panduan. Sehingga adakala tidak dapat melahirkan mod atau perasaan menerusi hasil kerja.
Kegagalan dalam pendidikan seni tidak menjadi masalah kepada mereka.
ORIENTASI MEKANIKAL
PERSONALITI PELAJAR INI…..
mempunyai personaliti yang pendiam, mengikut arahan, kurang keupayaan organisasi dan keupayaan intelek yang sederhana sentiasa bergantung kepada orang lain sukar membuat keputusan
Takut untuk mencuba dan sentiasa memerlukan bimbingan
CADANGAN KEPADA GURU
Guru mudah mengesan pelajar-pelajar berorientasi mekanikal
Kalau boleh kerja-kerja berbentuk imitasi dan meniru perlu dikurangkan atau dielakkan
Pelajar perlu diberi bimbingan untuk mengenal pasti kebolehan diri, bagi membentuk keyakinan diri kerana golongan pelajar ini kebiasaannya tidak akan melahirkan apa yang sebenarnya terkandung dalam pemikiran, dan perasaan
….sambung
Stimulasi yang diberi perlu lebih dramatik, menyeronokkan untuk memberi pembabitan secara menyeluruh pelajar dan dapat membentuk respond terutama dalam mengenal pasti ‘hal benda’, media, dan ekspresif.
Akibat daripada teknik mereka yang rigid dan terus kepada alam, pelajar perlu diberi pengalaman
Beri dan perkenal bahan baru untuk mengelakkan jawapan “saya tidak pandai”
ORIENTASI PRIMITIF
Mempunyai skema bentuk dan rupa yang simple/mudah
Menunjukkan ‘kekakuan’ dalam menghasilkan kerja
Simplikasi bentuk secara ‘naïve’ Mempamerkan ‘semuanya mudah
untuk dilakukan’
Personaliti pelajar ini….
Mempamerkan sikap ambil muda Tahu mengenai bahan, alat, media tetapi
tidak ada keyakinan terhadap diri sendiri Mahu mengambil risiko tetapi perlu dibimbing Fleksible Ada sikap ‘trial and error’ Tidak takut gagal kerana kegagalan tidak
menjadikan mereka lemah Namun pelajar ini sedia menerima teguran
Sikap diri…
Rigid Tidak bersedia untuk menerima
sesuatu yang baru Perasaan biasanya mempengaruhi
pemikiran terhadap tugasan Pengolahan media, bahan
berasaskan emosi Kurang menggunakan pemikiran
dalam melakukan kerja
CADANGAN KEPADA GURU Harus menunjukkan rasa hormat terhadap
perasaan pelajar Galakkan pelajar membuat meneroka Beri suasana kerja yang menyeronokkan Perlu diberi perhatian Beri mereka peluang menganalisis masalah,
proses penyelesaian masalah Bina suatu kaedah kreatif dalam
pembelajaran Beritahu, libatkan mereka dalam perancangan
pembelajaran berdasarkan tahap kebolehan bekerja pelajar
ORIENTASI INTELEKTUAL
Pemikiran yang lebih mencapah ‘out of art’
Menggabungkan seni dengan unsur lain Tahu matlamat Mementingkan ketepatan, kemasan,
perincian Menunjukkan kemahiran yang tinggi Terlalu yakin sehingga adakala ‘overlook
at their work’
Hasil kerja tidak menunjukkan wujud penglibatan perasaan dan mood dalam penghasilan idea, proses dan pengolahan idea
Menunjukkan ‘skill’ yang tinggi namun adakala begitu teknikal sehingga kurang ciri-ciri ekspresif
ORIENTASI INTELEKTUAL
Melakukan apa yang mereka fikir ‘thought’ (asas pengetahuan) dan tidak dikuasi olah perasaan(ekspresif)
Menyiapkan kerja secara berperingkat dan mengikut aturan “sistematik”
Mereka memegang kepada proses intelektual iaitu sesuatu mestilah logik dan dapat diterima, perkara yang membabitkan perasaan perlu dihindari
Sedia menerima kritikan tetapi tidak pasti akan mengubah pendirian
Personaliti pelajar ini….
Mengawal setiap proses dengan mementingkan matlamat akhir perlu menunjukkan kebijakan mereka berfikir.
Tidak suka kepada uji cuba, sentiasa yakin dengan apa yang dilakukan
Mereka mempunyai tanggapan yang berbeza terhadap seni dan sukar diubah
Melakukan kerja secara bersungguh-sungguh
SIKAP TERHADAP PENGALAMAN SENI
Ada keinginan untuk belajar namun seni bukan segalanya bagi mereka
Tahap kesediaan dan penglibatan yang diberi begitu memuaskan
Tidak menenkankan peranan emosi Ada keupayaan dan kemahiran
Sikap diri…
CADANGAN KEPADA GURU
Perlu menggunakan pendekatan yang lebih agresif Pengajaran guru perlu terancang, sistematik
kerana pelajar orientasi ini mampu mengkritik Bentuk pembelajaran yang kreatif dan ‘terbuka’
untuk menjana idea-idea baru. Simulasi alam, bahan dan media perlu untuk
membentuk nilai ekspresif dalam diri mereka supaya meningkatkan rasa sensitif, peka dan memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang sebelum ini tidak pernah mereka fikir
Pelajar tidak harus diberi ‘satu jawapan’ bagi persoalan yang perlu diselesaikan, beri merekapeluang untuk memikirkan kemungkinan yang logik dan kurang logik sesuai dengan konsep menggalakkan kreativiti dan ekspresif
Matlamat akhir guru perlu bersandarkan kepada ‘supaya pelajar golongan ini akhirnya menyedari bahawa pengalaman seni adalah suatu yang penting dan memberi makna kepada mereka
CADANGAN KEPADA GURU
ORIENTASI EMOSI-INTUITIF Menunjukkan pernyataan emosi
yang tinggi Mempunyai ciri-ciri ‘diversity’, nilai
keaslian, sensitif terhadap media, bahan, alat, menunjukkan organisasi bentuk dan rupa yang baik dengan menunjukkan ciri-ciri emosi di dalam hasil kerja
Adakala emosi mempengaruhi keseluruhan kerja sehingga meminggirkan aspek-aspek logik, formaliti dan persepsi visual
Mudah kecewa sekiranya hasil kerja tidak dipuji
Suka menggambarkan perasaan dalam hasil kerja
Menerusi penerokaan dan inkuari penemuan meraka cuba mencari diri mereka (kerana mereka meletakkan diri mereka ke dalam proses dan hasil) menerusi hasil kerja
Personaliti pelajar ini….
Respon dalaman – perasaan – berkait dengan subjek begitu penting sehingga dapat dilihat mengapa mereka begitu asyik dan tekun dalam menghasilkan karya
Adakala berlaku kerja tidak disiapkan, kurang menepati kehendak (keperluan) yang diminta
Tidak ada garis pemisahan antara diri dan subjek
Keupayaan mengolah karya ke dalam bentuk ‘genre’ seni yang lain seperti puisi
Personaliti pelajar ini….
Tidak bergantung kepada orang lain, suka menyendiri, mempunyai rasa yakin terhadap apa yang dilakukan
Akan melakukan sesuatu secara berulang sehingga berpuas hati
Mereka mementingkan proses dan bukan produk Susunan organisasi rekaan bukan suatu masalah
bagi mereka Adakala boleh memikirkan sesuatu yang di luar
logik Cara mereka ini menunjukkan ‘permasalahan
dalam hidup perlu mereka selesaikan sendiri menerusi cara mereka sendiri’
Perasaan melebihi pemikiran
Sikap diri…
CADANGAN KEPADA GURU Penyaluran perasaan dalam karya perlu
diarahkan secara bijak dan teratur. Guru perlu memperkenalkan idea dan
cara baru untuk memperbaiki kemahiran dan kebolehan pelajar agar tidak terlalu emosional
Aspek intelektual perlu dimasukkan ke dalam pembelajaran
Penggunaan kanta pembesar, adalah satu cara untuk memberi pelajar menggunakan dan mengawal emosi mereka secara lebih teratur.
Kekalkan gaya terbuka, fleksible, dan kreatif dalam pembelajaran
perlu penegasan untuk mengurangkan sindrom ‘kerja siap separuh jalan’ akibat terlalu terikat dengan masalah sehingga tidak dapat suatu penyelesaian yang memuaskan hati mereka
Perlu fokus kepada pengetahuan(aspek pemikiran) untuka membolehkan pelajar mengadaptasi, membuat hubung kait dan menggunakan maklumat dengan berkesan di dalam melaksanakan kerja
CADANGAN KEPADA GURU
Michael A. J. (1983). Art And Adolescence. Teaching Art at the Sceondry Level. London, Teacher College Press.
Bahan rujukan: