Upload
muhamad-fairuz-latif
View
117
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
~ 1 ~
BENGKEL PENGHASILAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN(E-BAHAN) PERINGKAT PERTAMA
SEKOLAH-SEKOLAH KELOMPOK PUSAT KEGIATAN GURU SUNGAI LAYAR 2011
1.0. PENDAHULUAN
Pusat Kegiatan Guru Sungai Layar akan menerbitkan koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran
interaktif dengan memfokuskan mata pelajaran Bahasa Inggeris. Kertas kerja ini bertujuan menjelaskan
hasrat murni kami dan memohon kelulusan daripada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah untuk
membenarkan kami mengadakan Bengkel Penghasilan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (E-Bahan)
Peringkat Pertama, Sekolah-sekolah Kelompok PKG Sungai Layar bagi tahun 2011 dan meluluskan
peruntukan untuk para peserta yang hadir.
Penghasilan produk ini akan diedarkan ke sekolah-sekolah kelompok PKG Sungai Layar dan akan
dimurnikan dalam bengkel peringkat kedua supaya ia bersesuaian dengan standard bahan Negeri Kedah.
2.0. SASARAN KERJA TAHUNAN
Penganjuran bengkel ini adalah bertepatan dengan Fungsi 3 (3.1.9) dan Fungsi 8 (8.1.5) dalam
Sasaran Kerja Tahunan Pusat Kegiatan Guru Tahun 2011.
3.0. OBJEKTIF
Penganjuran bengkel ini bertujuan untuk;
3.1. Menghasilkan persediaan bahan pengajaran yang lengkap untuk digunakan dalam pembelajaran murid di bilik darjah;
3.2. Mendedahkan kepada guru / peserta tentang cara penyediaan bahan pengajaran berbantukan media pelbagai;
3.3. Memberi ruang kepada guru / peserta untuk mempercambahkan idea dan pandangan supaya dapat diaplikasi di sekolah masing-masing;
3.4. Para guru / peserta dapat menggunakan teknik yang disampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah; dan
3.5. Para guru / peserta dapat membina pengalaman mencipta bahan bantu belajar berbantukan penggunaan teknologi secara individu.
4.0. PELAKSANAAN~ 2 ~
4.1. Tarikh : 20-21 Julai 2011 (Selasa dan Rabu)
4.2. Masa : 2:00 pagi – 5:00 ptg
4.3. Sasaran : Guru Bahasa Inggeris Tahun 1
4.4. Peserta : 11 orang ( 7 orang guru, 2 orang Fasilitator , 2 orang urusetia)
4.5. Tentatif Program : Rujuk Lampiran (10.1)
4.6. Tempat : Bilik IBNU SINA Pkg Sungai Layar
5.0. PEMBUDAYAAN TEKNOLOGI
Para guru / peserta dapat membina bahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian
Microsoft Power Point untuk paparan utama bahan, Microsoft Word untuk membina rancangan pengajaran
harian, penggunaan internet untuk pencarian bahan, penggunaan kamera untuk menghasilkan foto pegun,
penggunaan dan mesin pengimbas gambar (scanner) untuk mengimbas gambar.
6.0. OUTPUT
Penganjuran bengkel ini akan dapat menerbitkan empat buah koleksi bahan pengajaran dan
pembelajaran interaktif dengan memberi fokus pada mata pelajaran Bahasa Inggeris Tahun 1. Bahan-
bahan ini akan dimajukan ke peringkat Panel Penilaian Bahan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
Kedah untuk dimurnikan dan disebarluaskan ke seluruh Negeri Kedah.
7.0. OUTCOME
Para peserta terdiri daripada Guru-guru Bahasa Inggeris Tahun 1, Sekolah-sekolah Kelompok PKG
Sungai Layar diharapkan dapat menjalan dan mempraktikkan ilmu dan pengetahuan yang telah diberikan
kepada mereka sepanjang bengkel ini berlangsung iaitu ke arah membudayakan teknologi maklumat dalam
pengajaran dan pembelajaran mereka dan dapat melaksanakan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia
agar menggunakan kemahiran teknologi maklumat secara optimum.
Dengan terhasilnya bahan ini, murid dapat dirangsang minda mereka untuk mengikuti proses P&P oleh
guru berbantukan bahan pengajaran interaktif.
8.0. IMPLIKASI KEWANGAN
BIL OBJEK Sebagai CATATAN1 210002 29000 RM 4 x 11 orang x 2 hari = RM 88.00
~ 3 ~
9.0. PENUTUP
Pusat Kegiatan Guru Sungai Layar mengharapkan agar perancangan ini dapat dijalankan dengan baik dan
jayanya untuk mencapai objektif seperti yang dihasratkan. Pihak PKG Sungai Layar juga memohon dan
mengharapkan agar pihak pentadbiran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah mempertimbangkan
perancangan ini dengan sebaik mungkin dan dapat meluluskan perancangan yang murni ini.
Dengan ini kami memohon kelulusan aktiviti dan peruntukan sebanyak RM 44.00.
Disediakan Oleh;
…………………………………..Pegawai Teknologi Pendidikan,Pusat Kegiatan Guru Sungai Layar
Tarikh : 20/6/2011
10.0. LAMPIRAN
10.1. Tentatif Program
Tarikh : 20 Julai 2011 (selasa)
Masa Program / Aktiviti Catatan
02:00 ptg Pendaftaran di PKG Sungai Layar - Makan Tengah hari
2:30 ptg Slot 1AKTIVITI PERBENGKELAN
- Membina draf tentang tajuk secara khususTajuk telah disediakan dan guru terlibat / peserta bolehlah berbincang terlebih dahulu
~ 4 ~
MAKLUMAN KELULUSAN
CATATAN:
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
TANDATANGAN DAN CAP:
- Merujuk bahan-bahan tambahan untuk membina bahan bantu belajar (BBM)
- Membina Rancangan Pengajaran (RP)
sebelum hadir ke bengkel.
3:30 pagi Slot 2AKTIVITI PERBENGKELAN
- Membina papan cerita untuk tajuk- Menghubungkait papan cerita, bahan, dan
rancangan pengajaran- Menyediakan bahan-bahan sokongan
Tarikh : 20 Julai 2011 (selasa)
02:00 ptg Pendaftaran di PKG Sungai Layar - Makan Tengah hari
02:30 ptg Slot 3AKTIVITI PERBENGKELAN
- Pemurnian- Perbentangan
03:30 ptg Slot 4Rumusan Majlis Penutup
10.2. Senarai Peserta
Tarikh : 20-21 Julai 2011 (Selasa dan Rabu)
BIL NAMA GURU NO. KP NAMA SEKOLAH
1 PN ARIZA BINTI ABDUL RAHMAN 620907-02-5212 SK Syed Jan Al-Jafri
2 KARTHIYAYINI A/P PUNNIAVAN 760115-02-5788 SJK(T) Sungai Tukang
3 SK Khir Johari
4 PN THENG CHEW GOEK 650226-02-5804 SJK(C) Min Terk
5 VASANTHA A/P VENUGOPAL 601009-02-5890 SJK(T) Palanisamy ~ 5 ~
Kumaran
6 PARAMESWARI A/P VADAMALAI 640228-02-5362 SJK(T) Satraswathy
7 PUAN SUTA A/P ARUNASALAM 791104086368 SJK(T) Mahajothi
8 SHABARUDDIN BIN YOOB 660510-02-6221 PKG Sg Layar
9 MUSA BIN ISMAIL 760617-02-5737 PKG Sg Layar
10 MOHD ASHRAF BIN ABU BAKAR 860915-02-5493 PKG Sg Layar
11 RUZITA AYU BIN RAZAK 750428-03-5064 PKG Sg Layar
~ 6 ~