10
Fakta: Cara-cara Memperoleh Kejayaan Cemerlang Dalam Pelajaran. Setiap pelajar mempunyai impian untuk berjaya dalam pelajaran. Bagaimanapun, ramai pelajar gagal menggunakan cara-cara yang sesuai untuk mencapai hasrat tersebut. Antara cara untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran ialah membuat jadual aktiviti harian. Jadual ini akan memudahkan pelajar menguruskan aktiviti harian dan membolehkan mereka memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Selain itu, para pelajar perlulah rajin mengulang kaji pelajaran bagi memastikan mereka terus mengingati dan memahami topik pelajaran yang telah dipelajari. Mereka juga harus rajin membaca kerana membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan pembendaharaan kata. Di samping itu, pelajar juga mestilah menghadiri aktiviti- aktiviti kecemerlangan yang diadakan oleh pihak sekolah seperti kelas tambahan, kelas motivasi dan sebagainya. Aktitivi seperti ini akan memantapkan pemahaman dan kemahiran para pelajar dalam pelajaran. Seterusnya pelajar juga hendaklah menumpukan perhatian kepada pengajaran guru di kelas bagi mengelakkan ketinggalan dalam pelajaran. Jika kurang faham akan sesuatu topik, pelajar harus

Fakta

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Fakta

Fakta: Cara-cara Memperoleh Kejayaan Cemerlang Dalam Pelajaran.

Setiap pelajar mempunyai impian untuk berjaya dalam pelajaran. Bagaimanapun, ramai

pelajar gagal menggunakan cara-cara yang sesuai untuk mencapai hasrat tersebut.

Antara cara untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran ialah membuat jadual

aktiviti harian. Jadual ini akan memudahkan pelajar menguruskan aktiviti harian dan

membolehkan mereka memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin.

Selain itu, para pelajar perlulah rajin mengulang kaji pelajaran bagi memastikan mereka

terus mengingati dan memahami topik pelajaran yang telah dipelajari. Mereka juga

harus rajin membaca kerana membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan

pembendaharaan kata.

Di samping itu, pelajar juga mestilah menghadiri aktiviti-aktiviti kecemerlangan yang

diadakan oleh pihak sekolah seperti kelas tambahan, kelas motivasi dan sebagainya.

Aktitivi seperti ini akan memantapkan pemahaman dan kemahiran para pelajar dalam

pelajaran.

Seterusnya pelajar juga hendaklah menumpukan perhatian kepada pengajaran guru di

kelas bagi mengelakkan ketinggalan dalam pelajaran. Jika kurang faham akan sesuatu

topik, pelajar harus segera bertanyakan guru supaya masalah tersebut dapat

diselesaikan segera.

Kesimpulannya, setiap pelajar inginkan kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

Oleh itu, pelajar haruslah bijak  memilih cara-cara yang sesuai, selain berusaha dengan

tekun dan gigih demi mencapai impian tersebut.

Page 2: Fakta

Fakta: Cara-cara Menggembirakan Ibu Bapa

Ibu bapa merupakan orang yang banyak berjasa kepada kita. Tulis karangan cara-cara

kamu menggembirakan ibu bapa.

Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam sesebuah keluarga. Tanpa mereka, kita

tidak akan lahir ke dunia ini. Merekalah yang memberikan kita kasih sayang yang sejati

hingga sanggup berkorban harta dan nyawa demi kebahagiaan kita. Oleh sebab itu,

wajarlah kita sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati mereka.

Semua ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka berakhlak mulia. Akhlak mulia akan

menyebabkan seseorang itu mentaati perintah agama, menghormati orang lain,

bertanggunjawab, berdisplin dan sebagainya. Anak-anak yang berakhlak mulia juga

akan sentiasa menjaga nama baik ibu bapa dan keluarga. Hal yang demikian, sudah

tentu akan menggembirakan hati ibu bapa. 

Ibu bapa juga tentu gembira apabila mendapati anak-anak mereka belajar bersungguh-

sungguh. Anak-anak yang rajin belajar kebiasaannya akan mendapat keputusan yang

cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, kita mestilah rajin belajar agar ibu bapa kita

gembira serta memperoleh masa depan yang lebih cerah. 

Di samping itu, kita juga haruslah membantu mereka. Kita boleh membantu mereka

dengan melakukan kerja-kerja yang sesuai seperti mendidik adik, mengemas rumah

dan sebagainya. Dengan itu, kita dapat meringankan beban mereka dan ini tentu

menggembirakan hati mereka. 

Selain itu, Ibu bapa juga tentu gembira jika anak-anak menghormati mereka. Bercakap

dengan sopan, bersalaman dan mencium tangan, mendengar teguran dan nasihat,

mengucapkan salam dan senyum semasa berhadapan dengan mereka antara contoh

kita menghormati ibu bapa. Amalkan sikap ini agar ibu bapa kita sentiasa gembira

Page 3: Fakta

bersama anak-anak. 

Kesimpulannya, sebagai seorang anak sudah pasti kita ingin melihat ibu bapa kita

sentiasa gembira. Justeru, sentiasalah berazam dan berusaha untuk menggembirakan

hati kedua-dua ibu bapa agar hidup kita lebi

Fakta: Cara-cara Memupuk Semangat Kejiranan.

Jiran ialah orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah kita. Jiran memberi kesan

baik atau buruk kepada kita dan keluarga. Ini kerana jiran yang baik akan

mengembirakan kita, manakala jiran yang sebaliknya akan menyebabkan kita sengsara

seperti pergaduhan dan sebagainya. Oleh itu, sewajarnyalah kita sentiasa memupuk

semangat kejiranan.

Antara cara memupuk semangat kejiranan adalah dengan saling tegur-menegur dan

kunjung-mengunjungi sesama jiran. Aktiviti ini boleh dilakukan semasa perayaan, jiran

sakit, kelahiran anak, kenduri dan lain-lain lagi. Ini akan mengeratkan hubungan

kejiranan kerana kita saling mengambil berat antara satu sama lain.

Selain itu, semangat kejiranan dapat dipupuk dengan kegiatan gotong-royong. Melalui

aktiviti ini, kita dapat berkenalan, bertanya khabar berbual-bual dan sebagainya.

Justeru, kita dapat mengenali jiran dengan lebih rapat lalu mengeratkan hubungan

sesama jiran.

Di samping itu, kita mestilah mempunyai sikap perihatin terhadap masalah jiran. Apabila

jiran kita mengalami kesusahan seperti kereta rosak dan sebagainya, kita mestilah

bersedia menghulurkan bantuan sekadar mampu jika diperlukan. Dengan itu, lahirlah

sikap hormat-menghormati dan kasih sayang sesama jiran.

Kesimpulannya, kita mestilah berbuat baik kepada jiran tetangga. Pelbagai cara boleh

Page 4: Fakta

kita lakukan untuk mengeratkan kejiranan seperti mengada aktiviti hari keluarga

sesama jiran terdekat. Pupuklah semangat kejiranan agar hubungan kita dengan jiran

tetangga sentiasa aman dan harmoni.

Fakta: Cara-cara membasmi pembiakan nyamuk Aedes

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang sangat berbahaya. Demam

denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya. Peyakit ini

sudah menjadi masalah utama di negara kita kerana kematian akibat nyamuk Aedes di

negara ini terus meningkat dari tahun ke tahun.

Kita perlulah bekerjasama untuk membasmi pembiakan nyamuk Aedes. Antara cara

untuk membasmi nyamuk Aedes ialah memastikan tiada takungan air yang dibiarkan

yang boleh membiakkan nyamuk. Tempat-tempat tersebut seperti di dalam tempayan,

pasu-pasu bunga, dan kolam mandi.  Pastikan nyamuk tidak membiak di dalam tempat-

tempat ini dengan menyalinkan airnya pada setiap minggu dan dibasuh sehingga bersih

untuk memusnahkan telur nyamuk.

Selain itu, tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk

daripada bertelur. Bekas yang tidak digunakan pula hendaklah dikumpulkan dan

dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam.

Saluran bumbung juga boleh menakungkan air yang akan menjadi tempat pembiakan

nyamuk. Oleh itu, periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk

membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir.

Di samping itu, jika menggunakan  takungan air untuk memerangkap semut daripada

naik ke meja atau almari, air takungan itu perlulah dimasukkan garam sebanyak 2 sudu

teh untuk mencegah pembiakan nyamuk.

Ikan peliharan juga boleh membantu membasmi nyamuk Aedes kerana ikan seperti

ikan gapi dan puyu akan memakan jentik-jentik. Oleh itu, peliharalah ikan-ikan ini dalam

Page 5: Fakta

tangki-tangki besar bagi membasmi pembiakan nyamuk Aedes ini. Jika tidak, masukkan

ubat pembunuh jentik-jentik dengan mengikut sukatan yang betul ke dalam semua

bekas menyimpan air, tiga bulan sekali.

Kesimpulannya, kita mestilah bekerjasama bagi membasmi  pembiakan nyamuk Aedes.

Justeru, setiap orang mestilah prihatin akan tempat-tempat yang boleh menjadi tempat

pembiakan nyamuk. Ambillah tindakan yang sewajarnya jika mendapati tempat tersebut

boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Faedah Makan Buah-buahan Tempatan

Negara kita kaya dengan hasil buah-buahan.Buah-buahan tempatan ialah buah yang

berasal dari negara kita.Contoh buah-buahan tempatan yang banyak terdapat seperti

durian,langsat,rambutan manggis dan lain-lain.

Kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana buah-buahan ini masih

segar.Kebanyakan buah-buahan ini baru dipetik dari ladang dan sebagainya.Sudah

Page 6: Fakta

tentu khasiatnya banyak kerana kandungan vitamin dan zat yang terdapat dalam buah-

buahan tersebut masih terpelihara.

Di samping itu kita patut makan buah-buahan tempatan kerana buah-buahan ini mudah

didapati dan dibeli  terutama pada musim buah-buahan.Tambahan pula sekiranya kita

rajin bercucuk tanam terutama mereka yang tinggal di kampung, buah-buahan seperti

pisang dan betik hanya diperoleh di belakang rumah sahaja.

Selain itu , buah-buahan tempatan juga harganya jauh lebih murah jika dibandingkan

dengan buah-buahan yang diimport.Tahukah kita harga buah-buahan import harganya

dua kali ganda jika dibandingkan dengan harga buah-buahan tempatan.Oleh itu kita

dapat menjimatkan wang perbelanjaan seharian.

Seterusnya dengan makan buah-buahan tempatan, kesihatan kita lebih terjamin.Ini

disebabkan buah-buahan tempatan tiada bahan pengawet yang mengandungi bahan

kimia berbahaya.kebanyak buah-buahan yang diimport seperti buah epal disapu bahan

pengawet supaya tahan lama.Oleh itu kita dapat mengelakkan risiko penyakit seperti

keracunan makanan dan sebagainya.

Oleh itu makanlah buah-buahan tempatan.Banyak kebaikan yang dapat kita peroleh

sekiranya kita makan buah-buahan hasil keluaran negara kita sendiri.    

kARANGAN FAKTA : FAEDAH BERSUKAN

 

Page 7: Fakta

Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh

badan kita. Malah, kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan

aktiviti sukan.Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita peroleh.

            Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh

badan.Apabila kita berakreasi seperti berbasikal,bermain badminton dan

sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam

tubuh kita.Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika

belajar di dalam kelas.

            Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan

menambah kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira

umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman,

kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan

mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.

            Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara

bermanfaat.Sesi latihan  permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu

lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri

daripada terjebak dalam gejala sosial.

            Di samping itu, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama

sekolah.Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili

pasukan sekolah,daerah, negeri mahupun negara.Apabila kita berjaya memenangi

mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah berjaya mengharumkan nama

sekolah.Nama kita juga kian dikenali dan rezeki makin bertambah.

        Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan.Marilah kita

Page 8: Fakta

bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia

masyarakat yang cerdas dan cergas.