Upload
jessyca-ungat
View
3.296
Download
16
Embed Size (px)
Citation preview
Kumpulan 1
Ahli Kumpulan1. Jessyca Anak Ungat
2. Nur Hidayah binti John3. Mohd Hamdan4. Herman Marius
5. Ellif Mopilin
Frasa Kerja
Merupakan binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan intinya kata kerja.
Kata kerja tersebut boleh merupakan kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif.
- Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan.
- Kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain.
BINAAN FRASA KERJA
I. Frasa kerja yang tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai
objek untuk melengkapkannya.
Contoh ayat :
1. Ali menang.
2. Adik sedang tidur.
II. Frasa kerja yang mengandungi objek, yang kata kerjanya disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan
kata kerjanya. Contohnya :
BINAAN FRASA KERJA
SubjekFrasa Kerja
Kata Kerja Objek Keterangan
1. Mereka makan ayam goreng itu.
2. Pemburu menembak harimau itu dengan senapangnya.
3. Dia menjalankan tugasnya dengan baik.
Binaan frasa kerja tanpa objek
Frasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri daripada satu jenis kata kerja sebagai Intinya, yang disebut kata kerja tak transitif.
Frasa kerja tak transitif ialah jenis kata yang tidak disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek.
Frasa nama sebagai objek boleh ditakrifkan sebagai unsur yang mengikuti kata kerja transitif dalam ayat aktif dan ayat tersebut boleh mengalami ayat pasif.
Jenis kata kerja tak transitif
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
Kata kerja tak transitif dengan Kata Nama sebagai Penerang
Kata kerja tak transitif dengan pelengkap
Kata adjektif sebagai
pelengkap
Frasa sendi nama sebagai
pelengkap
Kata nama sebagai
pelengkap
KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA PELENGKAP
• Kata kerja tak transitif jenis ini tidak memerlukan apa-apa unsur sebagai pelengkap. Contohnya :
1. Semua penonton duduk.
2. Padi menguning.
3. Dia tercengang.
KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN PELENGKAP
• Kata kerja yang tidk mempunyai makna sekiranya tidak diikuti oleh unsur pelengkap.
• Unsur-unsur yang menjadi pelengkap ialah :
I. kata adjektif sebagai pelengkap
- Pelengkap kata adjektif seperti genting, kukuh, jahat, baik, lemah, dan miskin.
Contoh ayat :
1. Badannya menjadi lemah.
2. Mereka tidak berbuat jahat.
II. Frasa sendi nama sebagai pelengkap
Frasa sendi nama yang hadir selepas kata kerja tak transitif mendukung makna “tempat”. Contoh kata demikian ialah berada, tinggal, menetap, bemaustatin, membelok, singgah dan sebagainya.
Contoh ayat :
1. Mereka tinggal di Sibu Jaya.
2. Keretanya membelok ke kanan.
III. Kata nama sebagai pelengkap
Pelengkap ini boleh dibezakan daripada kata nama sebagai objek atas dasar pelengkap tidak boleh dijadikan subjek dalam ayat pasif.
Ada dua kumpulan kata kerja tak transitif yang memerlukan pelengkap demikian.
1. Kata kerja yang berimbuhan ber-…-kan
2. Kata kerja yang boleh diikuti oleh kata nama sebagai pelengkap ialah menjadi dan ada.
Contohnya : 1. Dia berbantalkan lengan.
2. Pengemis itu berbantalkan rumput.
3. Pak Kaduk berbajukan kertas.
Contohnya :1. Dia menjadi guru.
2. Orang itu ada harta.
KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN KATA NAMA SEBAGAI PENERANG
Kata nama sebagai penerang yang mengikuti kata kerja tak transitif bukanlah objek kerana ayat yang mengandunginya tidak boleh dipasifkan.
Kata nama tersebut hanya sebagai penerang bukan pelengkap kerana kata nama penerang boleh ditiadakan tanpa merosakkan kesempurnaan makna ayat.
• Contohnya :
SubjekFrasa Kerja
Kata Kerja Penerang
Lelaki itu berseluar jean.
Kanak-kanak itu
berbaju Melayu.
Mereka bersawah padi.
keluarganya berkedai kopi.
Peladang itu berkebun kelapa.
BINAAN FRASA DENGAN OBJEK• Contohnya :• 1. Saya menjawab surat itu. • 2. Dia tidak mengabaikan tugasnya.
Frasa kerja dengan satu
objek
• Frasa kerja yang dibentuk oleh kata kerja transitif.• Objek tepat ialah objek yang menjadi penyambut
secara langsung dan objek sipi tidak menjadi penyambut secara langsung.
• Contoh ayat:• 1. Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali.• - Ali objek tepat dan buku ialah objek sipi
Frasa kerja dengan Dua
objek
Frasa kerja dengan kata
bantu
Kata Bantu Aspek
Menerangkan waktu pada kerja yang
dilakukan.
Kata Bantu ragam
Menerangkan ragam
(atau suasana perasaan) sesuatu
perbuatan.
Kata Bantu Aspek- Kata bantu aspek tergolong kepada tiga jenis aspek
masa berdasarkan sama ada perbuatan itu sudah, sedang atau belum dilakukan, contohnya :
Contoh ayat :
1. Saya pernah melihat orang itu.
2. Adik saya masih tidur lagi.
3. Ibu belum memasak nasi.
Kata Aspek Bantu
Sudah dilakukan Sedang dilakukan
Belum dilakukan
SudahTelahpernah
sedangmasih
belumakan
Boleh hadir bersama Tidak boleh hadir bersama
Belum + pernahMasih + belumMasih + sedangSudah + pernahTelah + pernah
Akan + sedangBelum + akanSedang + masihPernah + akanTelah + masih
Kata Bantu Aspek
Dalam bahasa Melayu, kata bantu tertentu boleh hadir bersama dan tidak boleh
hadir bersama. Contohnya :
Kata Bantu Ragam- Antara kata-kata bantu jenis ini termasuklah :
Contoh ayat :
1. Encik Jumat hendak mengembara ke Afrika.
2. Mereka mahu berikhtiar lagi.
3. Kamu boleh pergi sekarang.
hendakmahuharus
boleh dapat mesti
Boleh hadir bersama Tidak boleh hadir bersama-sama
Harus + mahuHarus + dapatMesti + mahuMesti + dapat
Hendak + mahuMahu + mestiBoleh + mestiMahu + harus
Kata Bantu Ragam
Dalam bahasa Melayu, kata bantu tertentu boleh hadir
bersama dan tidak boleh hadir bersama. Contohnya :
• Kata bantu aspek juga boleh hadir bersama kata bantu ragam secara berderetan, baik secara mendahului atau mengikutnya. Misalnya :
Kata bantu aspek + kata bantu ragam
Kata bantu ragam + kata bantu aspek
Contohnya :1. Hamdan sedang hendak ke
pasar.2. Ellif belum hendak mandi.3. Herman masih belum dapat
tidur.
Contohnya :1. Mereka mesti akan datang
lagi.2. Hazairi harus sudah tidur.3. Polis mesti telah menangkap
pencuri itu.
Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen
- Frasa kerja, sama ada jenis transitif atau tak transitif, boleh menerima ayat komplemen. Apabila ini berlaku ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk. Contohnya :
Frasa kerja transitif dengan ayat komplemen
Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen
1. Orang itu menafikan bahawa barang-barangnya telah hilang.
2. Kami menegaskan bahawa kejayaan bergantung pada usaha gigih.
1. Pak Abut percaya bahawa tetamu anaknya dari kota.
2. Ibu Herna berpendapat bahawa sumbangan PIBG sekolah anaknya berkesan.