Hikayat hang tuah bab 13 slide

Embed Size (px)

Citation preview

NAMA PEMBENTANG :NOORHAFIZAH BINTI ZULKIFLIDK AINUL HAMIZAH BINTI PENGIRAN HAMDANI HIKAYAT HANG TUAH BAB 13

SINOPSIS

Perkahwinan Raja Melaka dan Tun Teja mengundang kemurkaan Betara Majapahit. Hang Tuah, Hang Jebat dang Hang Kasturi ke Majapahit. Setiba di Majapahit, utusan Melaka disambut dengan amukan 200 perajurit yang dirancang oleh Patih Gajah Mada. Peluang ini digunakan lagi oleh Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada untuk membunuh Hang Tuah. Namun segala cubaan mereka dipatahkan Hang Tuah dengan mudah.Patih Gajah Mada meneruskan rancangan mengupah perajurit mencuri keris Hang Tuah. Seketika kemudian, Hang Tuah sedar kerisnya hilang lalu mencuri keris Patih Gajah Mada.

SINOPSIS

Betara Majapahit mengetahui Hang Tuah ada keris Patih Gajah Mada lalu memulangkan semula keris Hang Tuah dan menjelaskan bahawa baginda hanya bergurau. Rancangan membunuh Hang Tuah diteruskan dengan mengupah Perwala mencuri baju Hang Tuah namun berjaya dikejar oleh Hang Tuah. Lalu, mengupah 40 perajurit membunuh Hang Tuah ketika mandi namun mudah ditewaskan oleh Hang Tuah. Selepas itu, Patih Gajah Mada mengupah Sang Kertaska mencuri keris Hang Tuah dan dia berjaya lalu menyembahkan keris itu ke hadapan Betara Majapahit.

SINOPSIS

Betara majapahit gembira kerana mendapat keris Hang Tuah. Hang Tuah sedar kerisnya hilang lalu pergi ke istana Betara Majapahit membaca pustakanya sehingga seisi istana tertidur lalu berjaya mendapatkan kerisnya semula. Keesokannya, Hang Tuah masuk menghadap dengan kerisnya tersisip dipinggangnya. Betara Majapahit kehairanan dan mendapati keris Hang Tuah tiada di peti baginda. Patih Gajah Mada menyuruh segala penggawa menghadang Hang Tuah namun berjaya melepasi dengan mudah dan Hang Tuah memohon kembali ke Melaka.

PERISTIWA PENTING

1. Betara Majapahit murka mendengar Raja Melaka ingin berkahwin dengan Tun Teja dan mengutus Rangga dan Barit ke Melaka.2. Hang Tuah menjelaskan bahawa Raja Melaka baru sahaja selesai berperang dengan megat Terangganu.

PERISTIWA PENTING

3. Raja Melaka mengutus Hang Tuah, Hang Jebat dang Hang Kasturi ke Majapahit.4. Patih Gajah Mada memerintahkan 200 perajurit mengamuk di hadapan utusan mereka.

PERISTIWA PENTING

5. Utusan Melaka selamat tiba ke istana betara Majapahit.6. Patih Gajah mada mengupah perajurit mencuri keris Hang Tuah ketika majlis penghadapan berlangsung.

PERISTIWA PENTING

7. Hang Tuah sedar kerisnya hilang lalu mencuri keris Patih Gajah Mada.8. Betara Majapahit mengetahui Hang Tuah dapat mencuri keris Patih Gajah Mada lalu memulangkan keris Hang Tuah.

PERISTIWA PENTING

9. Patih Gajah Mada mengupah Perwala mencuri baju Hang Tuah ketika mandi di sungai namun berjaya dikejar oleh Hang Tuah.10. Patih Gajah Mada mengupah Semirang menikam Hang Tuah ketika asyik menari dalam majlis santap diraja namun kerisnya tidak semana-mana terlekat disarung.

PERISTIWA PENTING

11. Patih Gajah Mada mengupah 40 perajurit membunuh Hang Tuah ketika mandi di sungai namun mudah ditewaskan oleh Hang Tuah.12. Patih Gajah Mada mengupah Sang Kertaska mencuri keris Hang Tuah.

PERISTIWA PENTING

13. Sang Kertaska berjaya mencuri keris Hang Tuah ketika tidur lalu menyembahkan keris itu ke hadapan Betara Majapahit.14. Betara Majapahit gembira lalu menyimpan keris Hang Tuah ke dalam peti.

PERISTIWA PENTING

15. Hang Tuah membaca pustakanya sehingga seisi istana tertidur lalu berjaya mendapatkan kerisnya semula.16. Keesokannya, Hang Tuah menghadap dengan kerisnya tersisip di pinggangnya.

PERISTIWA PENTING

17. Betara Majapahit kehairanan lalu masuk ke istana dan mendapati keris Hang Tuah tiada dalam peti.18. Patih Gajah Mada memerintah penggawa menghadang Hang Tuah namun berjaya melepasi hadangan dengan mudah dan memohon kembali ke Melaka.

WATAK

PATIHGAJAHMADAHANGJEBAT200PERAJURIT40PERAJURITSEGALAPENGGAWABETARAMAJAPAHITHANGTUAH HANGKASTURIRAJAMELAKAPERWALASEMIRANGSANGKERTASKARANGGAPERAJURITUPAHANBEBERAPAWATAKSAMPINGAN

PERWATAKAN HANG TUAH

Seorang yang berani

Seorang yang pemurah

Seorang yang bijaksana

Taat setia kepada pemerintah negara

Pandai dalam ilmu kesaktian

Memiliki sifat kepahlawanan

PERWATAKAN BETARA MAJAPAHIT

Betara Majapahit murka mendengar Raja Melaka ingin berkahwin lagi.

Betara majapahit memulangkan semula keris Hang Tuah dan menjelaskan bahawa baginda hanya bergurau.

Betara majapahit menyimpan keris Hang Tuah di dalam peti baginda selepas sang kertaska mencuri ketika hang tuah tidur.

PERWATAKAN PATIH GAJAH MADA

Berasal dari Majapahit.

Seorang pendendam

Sangat benci kepada Hang Tuah kerana perasaan cemburunya terhadap kehandalan & kesaktian Hang Tuah.

Sering mencari ikhtiar untuk membunuh Hang Tuah.

Patih Gajah Mada dan Seri Betara berhasrat untuk menguji keberanian pembesar-pembesar Melayu Melaka dan telah mengarahkan 60 orang pengamuk untuk menimbulkan kekacauan di hadapan rombongan utusan peminangan & seterusnya untuk membunuh Hang Tuah.

LATAR TEMPAT

Negeri melaka- Betara Majapahit menghantar Rangga & Barit ke melaka untuk mengetahui keadaan Raden Mas Ayu.

Negeri majapahit-Raja Melaka membalas utusan ini dengan menghantar Hang Tuah, Hang Jebat dan hang Kasturi ke Majapahit.

Sungai-Patih Gajah Mada mengupah perwala mencuri baju Hang Tuah ketika mandi di sungai.

LATAR MASA

Malam-Patih Gajah mada mengupah sang kertaska mencuri keris Hang Tuah ketika tidur.

Siang- Hang Tuah menghadap ke istana Betara Majapahit.

KONTEKS PENTING BAB 13

Arakian hari pun sianglah. Maka, Patih Gajah Mada pun masuk menghadap Seri Betara. Maka, sembah Patih, Ya tuanku, pada bicara patik baik Seri Betara mengerahkan segala pegawai dan periai rakyat sekalian beringat kalau-kalau laksamana itu amarah, kerana kerisnya hilang itu, kalau ia mengamuk ke dalam. Maka titah Seri Betara. Benarlah seperti bicara Patih Gajah Mada itu. Kerahkanlah segala rakyat kita.Hatta maka laksamana pun masuk menghadap diiringi oleh Hang Jebat, Hang Kasturi. Setelah sampai ke dalam; maka dilihat oleh laksamana segala penggawa dan raja-raja semuanya berhimpun. Maka laksamana berani, tiada diendahkan. Maka laksamana pun mengasak penduannya ke hadapan. Maka dilihat oleh Seri Betara laksamana datang itu dan kerisnya dua bilah dibawanya..Maka baginda pun masuk ke dalam istana. Maka dibukanya peti tempat menaruh keris laksamana itu,dilihatnya keris itu tiada. Maka seri betara pun terlalu hairan lalu keluar. (halaman 305-306)

PENJELASAN KONTEKS

Dalam petikan di atas, Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada bersiap siaga dengan mengarahkan segala penggawa dan rakyat berjaga-jaga kerana kemungkinan besar laksamana akan mengamuk kerana kehilangan kerisnya. Hang Tuah menghadap ke istana dengan kerisnya yang tersisip dipinggangnya. Betara Majapahit berasa hairan kerana keris Hang Tuah tidak ada dalam peti padahal Betara Majapahit menyimpan keris Hang Tuah dalam peti baginda. Mereka tidak tahu bahawa Hang Tuah semalam pergi ke istana Betara Majapahit dan membaca pustakanya sehingga seisi istana tertidur untuk mendapatkan kerisnya semula.

UNSUR PENTING

1. KEPAHLAWANANHang Tuah berjaya membunuh perajurit yang cuba membunuhnya.2. KEBERANIAN

Hang Tuah berani berhadapan dengan perajurit yang cuba membunuhnya.

UNSUR PENGAJARAN

Kita hendaklah berani menghadapi musuh supaya keselamatan negara akan terjamin.

Kita hendaklah rasional membuat keputusan agar tidak menyesal pada masa akan datang.

Janganlah kita mempunyai perasaan dendam supaya hidup kita sentiasa bahagia.

Kita hendaklah mengamalkan sikap pemurah agar kehidupan kita sentiasa dirahmati Tuhan.