Upload
zila93
View
22.520
Download
5
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Citation preview
INTERAKSI ANTARA TAMADUN
LAU MEE CHUNG NORZILA BINTI ABDU SALAM RAFIDAH BINTI AGUS SUZANNE JOSEPH JUMIN
PENGENALAN
Setiap tamadun mempunyai sifat, pencapaian serta keunikan yang tersendiri.
Sesebuah tamadun menerima pengaruh luar melalui interaksi dengan tamadun lain.
Interaksi berlaku di peringkat nilai, idea, institusi dan insan di sepanjang sejarah.
Interaksi ini melahirkan kesan positif dan negatif
Interaksi berlaku melalui proses tertentu dan dengan pelbagai cara yang berbeza.
Wujud kerana sifat saling menghormati dan toleransi yang tinggi.
Sifat terbuka ini memberi peluang kpd berlakunya percambahan pemikiran dan budaya serta memperkayakan lagi tamadun tersebut dalam pelbagai aspek.
Ini dapat mengelakkan sesebuah tamadun drpda mnjadi beku dan jumud.
KESAN POSITIF
Interaksi yang berlaku secara harmoni tanpa ada pertembungan terbuka antara budaya tempatan
dengan budaya yang dibawa masuk sama ada oleh masyarakat
tempatan sendiri atau sebaliknya
ISLAM, YAHUDI, KRISTIAN• Dalam Perlembagaan Madinah (Sahifah
Madinah) yg digubal oleh Nabi Muhammad (saw), hak-hak orang Kristian dan Yahudi serta penganut-penganut agama lain telah diberi perlindungan. Diberi kebebasan mengamalkan tuntutan agama mereka tanpa gangguan
• Di Andalusia (Sepanyol), muncul ramai penulis dan ahli intelektual daripada kalangan individu-individu Yahudi dan Kristian
INTERAKSI ANTARA TAMADUN INDIA DENGAN TAMADUN CINA
• Agama Buddha disebarkan ke negara China melalui interaksi ini
• Terdapat kemahiran teknologi membuat gula daripada tebu dari India telah diperkembangkan kepada orang-orang China
• Astronomi India turut diperkembangkan di negara China oleh ahli-ahli astronomi India
INTERAKSI ANTARA TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN CHINA
• Memperlihatkan kesan positif melalui perdagangan
• Berlaku perkahwinan campur antara pedagang-pedagang dengan wanita-wanita tempatan
• Wujud penyebaran agama Islam di negara China yg akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan Cina
INTERAKSI ANTARA TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN MELAYU
• Agama Islam tersebar di Kepulauan Melayu• Muncul kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka,
Acheh, Johor-Riau, Brunei, Pattani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dll
• Tamadun Islam mengubah pandangan hidup orang-orang Melayu
• Membawa tulisan Jawi yg berperanan dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu
• Pengaruh dari segi perundangan, kesusasteraan, kesenian, kebendaan spt pakaian, makanan dan istilah-istilah Arab yg digunakan dalam BM
INTERAKSI ANTARA TAMADUN CHINA DENGAN TAMADUN MELAYU
• Tamadun China membawa teknologi membuat gula daripada tebu ke Kepulauan Melayu, perusahaan sutera, membuat tembikar serta pertukangan logam
• Interaksi berlaku melalui 2 cara, iaitu secara aman dan secara konflik peperangan.
• Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan hubungan diplomatik
INTERAKSI ANTARA TAMADUN CHINA DENGAN TAMADUN JEPUN
• Agama Buddha dari negara China dikembangkan dalam tamadun Jepun. Ajaran Buddha ini diasimilasikan dengan agama asal orang Jepun, iaitu agama Shinto.
• Kuil-kuil Buddha didirikan di Jepun. • Tulisan Cina menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun• Tamadun China meninggalkan pengaruhnya ke atas upacara
tertentu di Jepun spt upacara minum the• Ajaran falsafah Konfusianisme dari China turut diasimilasikan
dalam tamadun Jepun – telah memantapkan lagi institusi keluarga Jepun
• Interaksi berlaku secara aman dan asimilasi tamadun China dalam tamadun Jepun telah memperkukuhkan indentiti tamadun Jepun
KESAN NEGATIF
EROPAH
• Hubungan antara orang-orang Kristian dan Yahudi telah mengalami kemerosotan
• Kesan : pembunuhan orang Yahudi secara beramai-ramai
• Zaman pertengahan di Eropah, hubungan orang-orang Kristian dan Islam juga merosot.
• Perang Salib ( Pemerintah Kristian melancarkan perang ke atas org Islam )
Faktor
Sosial
Ketidak seimbangan ekonomi
Perbezaan agama
INDIA
• Hubungan antara penganut Islam dan Hindu sentiasa berada dalam keadaan tegang
• Terdapat peristiwa org Islam dibunuh dan masjid dimusnahkan oleh raja India yang beragama Hindu.
• Keadaan yang sama berlaku kepada penganut agama Hindu.
• Cth : raja Islam dalam Kesultanan Delhi telah mengharamkan pembinaan kuil dan mengharamkan beberapa upacara keagamaan Hindu.
TAMADUN INDIA DENGAN
TAMADUN CHINA
• Dpt lihat konflik terutama semasa agama Buddha mula diperkenalkan ke dm masyarakat China. ( Dinasti Han Timur )
• Kemasukan agama mendapat tentangan dari cendiakawan Konfusianisme
• Sami Buddha telah dikurung dan kuil Buddha dimusnahkan untuk menghalang perkembangan agama itu.
TAMADUN ISLAM DENGAN
TAMADUN CHINA
• Cth: tentera Islam di bawah pimpinan Ziyad bin Salih tlh mengalahkan angkatan tentera dibwh pimpinan oleh kao Hsien-Chih.
• Permusuhan tercetus kerana rasa tidak puas hati terhadap percapaian ekonomi pihak bertentangan.
• Abad ke-8 masihi, penduduk Han di tenggara China telah mewujudkan permusuhan dengan orang Islam. ( iri hati dengan kemewahan org Islam )
• 758 dan 876 masihi, berlaku pemberontakan. (ramai org Islam dibunuh dan melarikan diri dari Canton)
• Kesan: ramai org Islam dari China dan berhijrah ke Asia Tenggara.
• Hbgn org Islam dengan penduduk tempatan China turut terjejas sms pemerintahan Dinasti Ching. ( pengukuhan ajaran Konfusianisme)
• Org Islam mendapat layanan yg tdk adil. • Rasa tdk puas hati penganut Islam disokong
oleh perkembangan pengaruh gerakan Kaum Muda atau Wahabi.
• Menyebabkan berlaku beberapa siri pemberontakansms pemerintahan Dinasti Ching. ( p. Sinkiang I , p. Kansu, p. Jehangir dan lain-lain)
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
HUBUNGAN ANTARA
TAMADUN
Kepemimpinan
Sikap golongan
agama
Kedudukan geografi
Perkahwinan
Perdagangan
Misi politik
KEPEMIMPINAN
• Faktor terpenting mempengaruhi interaksi -
pemimpin @ raja yang adil dan toleran, interaksi
akan berlaku dalam keadaan aman dan damai.
• Fenomena sebaliknya berlaku sekiranya pemimpin
bersikap kuku besi dan tidak bersikap toleransi
kepada rakyat jelata.
Sejarah telah membuktikan dua sikap berbeza di kalangan para pemimpin seperti contoh di bawah:
pemimpin Sikap/ cara memerintah
Nabi Muhammad SAW
Tidak menyekat orang Yahudi dan Kristian dalam pemerintahan Madinah, sebaliknya hak mereka dilindungi undang-undang.
Kerajaan Islam
Ghaznawi, Delhi, dan Moghul di
India
Bertoleransi kepada penganut Hindu malah pegawai dilantik dari kalangan mereka.
pemimpin Sikap/ cara memerintah
Sultan Shamsuddin Altamish di India
Bertindak keras terhadap penganut Hindu.
Han Wu Ti (Dinasti Han)
Melaksanakan dasar memihak kepada cendekiawan Confuciunisme berbanding sami Buddha.
SIKAP GOLONGAN AGAMA
• Faktor ini menjadi tunggak kepada kelangsungan
hidup beragama secara harmoni.
• Golongan ini wujud dalam setiap masyarakat
beragama tamadun Asia.
• Para ulamaGolongan agama dalam Tamadun Islam
• Berteraskan agama Hindu• Minoriti kasta BrahminTamadun India
• SamiGolongan agama
dalam kepercayaan Buddha
• PaderiGolongan agama dalam fahaman
Kristian
• Kesemua golongan agama berusaha mewujudkan
suasana harmoni dan memberi penekanan sifat
keinsanan.
• Sebagai contohnya, sikap dan akhlak mulia yang
dipamerkan ulama Islam di Alam Melayu
memudahkan berlakunya interaksi dan Islamisasi.
Mereka telah berjaya memberi tasawwur Islam
(pandangan Islam) yang sebenar kepada penduduk
Alam Melayu.
• Mereka juga telah membentuk pendidikan formal
dengan mendirikan beberapa institusi yang dikenali
dengan pelbagai nama seperti pondok, pesantren,
madrasah dan dayah (Acheh).
• Hasilnya, muncul ramai ulama di rantau Alam Melayu
seperti Hamzah Fansuri, Abdul Rauf al-Singkeli dan
lain-lain.
KEDUDUKAN GEOGRAFI
• Sejarah membuktikan kedudukan geografi
memainkan peranan sebagai pembentuk interaksi
antara tamadun – bentuk muka bumi & kemudahan
perhubungan.
• Contoh berikut memperlihatkan peranan geografi:
• i. Cina: Interaksi antara tamadun asing pesat berlaku kerana
terdapat 2 laluan iaitu laluan sutera yang menggunakan jalan darat
dan jalan laut. Laluan perhubungan ini telah menyebabkan Cina
mampu menjalin interaksi dengan negara Arab sejak tahun ke-3
Masihi lagi. Laluan sutera darat ini telah menghubungkan Cina
dengan Khurasan, Samarqand, Xinjiang hingga ke Peking. Laluan
laut pula merentasi Laut Arab ke Benua Kecil India, Kepulauan
Melayu hingga ke Canton di tenggara Cina. Laluan ini membolehkan
kedua negara ini berinteraksi dan menjalankan aktiviti perdagangan.
Terdapat catatan mengatakan kapal-kapal Cina telah pun sampai di
Teluk Parsi dan berdagang di Pelabuhan Siraf pada 5 Masihi.
• ii. Pelabuhan Melaka – Kedudukan geografi yang
strategik dan terlindung dari angin monsun
menjadikan pelabuhan ini tempat tumpuan dan
persinggahan para pedagang. Semasa singgah di
pelabuhan ini para pedagang telah menjalankan
aktiviti perniagaan di pelabuhan Melaka.
PERKAHWINAN
• Penduduk tempatan telah menjalinkan interaksi
dengan pedagang Arab sehingga terdapat sebilangan
pedagang yang telah berkahwin dengan gadis
tempatan kerana telah bermukim di pelabuhan Alam
Melayu untuk beberapa waktu sementara menunggu
peralihan angin monsun.
• Secara tidak langsung perkembangan ini telah
menjurus ke arah proses Islamisasi kerana bagi
membolehkan wanita tempatan berkahwin dengan
pedagang Arab yang beragama Islam, wanita tersebut
mesti diislamkan terlebih dahulu.
• Sejarah turut mencatatkan, perkahwinan ini tidak
sahaja mengislamkan gadis tempatan yang dikahwini
pedagang Arab, tetapi kaum keluarga gadis turut
menerima Islam.
• Selain itu, perkahwinan bukan sahaja berlaku di
kalangan rakyat jelata, malah juga berlaku di
kalangan golongan bangsawan dan pemerintah.
Sebagai contohnya, perkahwinan Megat Iskandar
Shah dengan Puteri Pasai.
PERDAGANGAN• Aktiviti perdagangan turut menjadi faktor penjalin interaksi
antara tamadun. Sebagai contohnya hubungan
perdagangan yang berlaku antara Arab dan Cina melalui
jalan darat dan laut.
• Pedagang Arab dan Parsi telah membuat penempatan
seperti di Kwang Cho (Canton), Chang Chow dan Chuan
Cow. Mereka juga telah mendirikan masjid di Guangzhou.
Situasi ini membuktikan berlaku Islamisasi di wilayah ini.
• Selain itu, wujud juga interaksi antara Tamadun India
dengan rantau Alam Melayu sejak kurun pertama
masihi lagi. Kesan interaksi ini menyebabkan nama
wilayah Asia Tenggara dicatat dalam kitab Ramayana
seperti isrilah Suvarnadvipa yang bermaksud
“Semenanjung Emas” dan Suvarnabhumi yang
bermaksud “Bumi Emas”.
MISI POLITIK
• Berdasarkan catatan sejarah, Melaka hubungan
diplomatik dengan Cina telah terjalin sejak tahun
1404 M.
• Tujuan Melaka mengadakan hubungan baik dengan
Cina adalah untuk mendapat perlindungan dari
ancaman Siam.
• Dasar perlindungan Cina terhadap negeri-negeri di
rantau Alam Melayu yang bertujuan politik secara
tidak langsung menggalakkan Islamisasi di rantau
Alam Melayu.
• Perlindungan ini juga memberikan impak yang sama
kepada negeri-negeri di Kepulauan Melayu yang lain
seperti Kedah, Johor, Kampar dan sebagainya.
Berlaku pd abad ke-2 sebelum Masihi.
Ajaran Buddha dihasilkan dlm tamadun India & disebarkn ke dlm masyrkt China.
Pd awalnya kurang diterima kerana ajarannya tidak sesuai dgn institusi keluarga, politik, etika serta moral msyrkt China yg tlh diresapi flsfh China terutmanya flsfh Konfusianisme.
Kemudian mengalami proses penyesuaian dgn tradisi & budaya China tetapi x mnjejaskn prinsip asasnya.
Maharaja Han, Ming Ti seorg pnganut agma Buddha yg diktakn mndpt mimpi ttg agma tersebut.
Penyebaran agama Buddha ke China mencapai kemuncak pda zaman pemerintahan Dinasti Han (zaman Han Timur).
Faktor Interaksi Tamadun China & India
Agma Buddha mndpt smbutan pd zaman Dinasti wei Utara (386-564M).
Disebabkan :- Golongan cendiakawan Konfusianisme tidak lagi
berpengaruh dlm pentadbiran kerajaan. Berlaku huru-hara dlm msyrkt China, oleh itu
agama Buddha mnjadi sumber kerohanian yg penting pd masa itu.
Ajaran Buddha ttg penderitaan & cara mengatasinya sehingga melepasi penderitaan tersebut iaitu mencapai ‘nirvana’ berperanan sbgai ubat kpd rakyat.
Mazhab Buddha Mahayana bkembang sbgi ajrn Buddha yg dipengaruhi oleh unsur² pnyembahan Dewa tmpatan.
Tokoh agma Buddha berketurunan China yg terkenal ialah Fa Hsien, Hsuan Tsang & I-Tsing yg mengembara ke India.
Kesan Interaksi Terhdp Tamadun China
Karya dri India diterjemahkn & pghasilan karya ttg agma Buddha oleh org China.
Bberapa alat muzik & struktur India diasimilasikn dlm Tamadun China .
Muzik & tarian India mnjadi tarian pling popular di istana & di klgn bangsawan China.
Kesusasteraan yg terhasil sperti kitab ajrn agama Buddha.
Puisi, cerita dongeng, kisah tauladan, kias ibarat, yg berkaitan dgn agma Buddha mpengaruhi penulisan sastera China.
Menyumbangkn perbendaharaan kata Sanskrit & Pali dlm bhsa Cina.
Perkmbgn pengajian fonetik bhsa Cina yg sgt penting semasa zaman Dinasti Sui.
Kesan Interaksi Terhdp Tamadun India
Bberapa ciptaan sains & teknologi org China bkembang dlm msyrkt India. Cth, teknologi pembuatan kertas, bhn letupan, percetakan, & penggunaan kompas.
Interaksi yg turut berlaku ialah melalui usha penterjemahan. Cth, 60 koleksi ilmu astronomi India diterjemahkn ke dlm bhsa Cina pd zaman Dinasti Sui.
China mdptkn khidmat ahli² cendiakawan India, cthnya gautama ( ahli astronomi India) diambil berkhidmat dlm G Dinasti Tang. Beliau mperknlkn sis kalendar China yg > tpt drpd thun 727 M. Jwtn tersebut dipegang oleh keturunan beliau selama 4 generasi.
Ajrn Buddha dibukukan dlm kitab Tripitaka yg meliputi Mahayana & Hinayana.
Prhubungan antra kedua tamadun terus berlangsung wlupun selepas kemerosotan agma Buddha di India pd abad ke-10 M.
Pkembgn sterusnya > bsifat diplomatik & pdgn.
INTERAKSI ANTARA TAMADUN ISLAM DAN CHINA
• Interaksi melalui perdagangan. Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini.
• Terdapat komuniti Arab-Islam yang menetap di China.
• Berlaku perkahwinan campur antara pedagang-pedagang dengan wanita tempatan
• Penyebaran agama Islam di negeri China yg akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan China.
• Muncul cendekiawan Islam tempatan yang mahsyur spt Liu Zhi dan Mha Zhu
• Konsep-konsep hubungan keluarga, ketaatan kepada ibubapa dan raja dan nilai-nilai moral yg terdapat dalam ajaran Konfusianisme telah dijadikan landasan utk memperkenalkan agama Islam kepada masyarakat China.
• Mendapat ilmu pengetahuan spt pengetahuan tentang perubatan, astronomi, farmasi dan beberapa pengaruh tamadun Islam di China
• Dari segi seni bina telah menyumbang kepada pembinaan beribu-ribu masjid dewan membaca al-Quran
• Reka bentuk masjid dipengaruhi oleh ciri-ciri reka bentuk Arab dan China
• Reka bentuk masjid selepas abad ke-14 lebih dipengaruhi oleh kuil atau istana China
INTERAKSI ANTARA TAMADUN
CHINA - JEPUN
• Berlaku melalui Korea sms zaman Raja Packhe memerintah Korea.
• Pernah meminta bantuan Jepun mengatasi pihak utara.
• Pada 405 masihi, Raja Pakche telah menghantar beberapa orang penasihat ke istana Yamato.
• Golongan-golongan penasihat ini membawa bersama mereka tukang-tukang mahir dalam peleburan logam dan lain-lain.
• Tahap penting dlm perkembangan intelektual Jepun.• Raja Pakche telah mengirimkan pemberian dokrin
dan patung Buddha ke Jepun.
• Kesan positif : sistem tulisan • Tulisan china telah digunakan sebagai perantaraan
komunikasi sosial dan penciptaan kesenian dalam masyarakat Jepun membawa kepada perkembangan intelektual.
• Tulisan ini digunakan untuk menyimpan rekod mengenai mitos agama Shinto dan rekod pentadbiran Jepun.
• Tulisan China digunakan untuk membentuk bunyi bahasa Jepun.
• Nihonshoki – rakaman rekod pentadbiran Jepun adalah tulisan pertama yg dihasilkan di Jepun
• Kesan positif : perkembangan seni sastera dan muzik Jepun
• Asimilasi tulisan China telah membawa kpd kemunculan tulisan asli Jepun ( Hiragana dan Katakana )
• Bnyk perubahan kpd budaya masyarakat Jepun.
• Kesan paling PENTING : pengenalan agama Buddha
• Shotoku Taishi - tokoh penting yg tlh memperkukuhkan kedudukan agama Buddha di Jepun.
• Ajaran Konfusianisme juga salah satu interaksi antara Tamadun China-Jepun
• Tahap pertama – perkembangan pendidikan China di Jepun
• Kandungan ajaran Konfusianisme menjadi teras kpd pendidikan China.
• Usaha drpd pemerintah Jepun menghantar pegawai Jepun utk mendapat pendidikan dan latihan di China.
• Perkembangan seterusnya ialah tahap Neo-Konfusianisme.
• Kesan : sistem pentadbiran berpusat• Pemerintah Soga telah mewujudkan sebuah
kerajaan diraja berpusat, gerakan pembaharuan Taikai dan kerajaan Jepun kemudiannya.
• 604 masihi, Soga telah berjaya mengawal istana dan mengisytiharkan kedaulatan unggul maharaja ke atas semua rakyat termasuk golongan bangsawan.
• 607 masihi, pegawai pegawai kerajaan yang layak telah dihantar ke negeri China utk belajar
• 702 masihi, sebuah perlembagaan yg berasaskan undang-undang Tang tlh digubal
• Kesan : stuktur pembinaan bandar pemerintahan Jepun amat dipengaruhi oleh struktur pembinaan bandar di China.
• Proses penyesuaian dan asimilasi atau E.L Farmer menggunakan istilah domestication( zaman Heian)
• Cth: sistem birokrasi. • Konfusianisme yang dibawa masuk ke Jepun turut
mengalami perubahan.• Konsep “mandat dari syurga” telah digunakan untuk
memperkukuhkan raja bukannya keterangan terhadap perubahan pemerintahan dari satu dinasti kpd dinasti yg lain
• Agama Buddha turut mengalami asmilasi dgn agama asal org Jepun iaitu Shinto.
• Shinti mengiktiraf kewujudan dua agama ( dewa-dewa luar dan dewa-dewa tempatan )
• Agama Buddha yang berkembang di Jepun ialah ajaran Buddha Mahayana yg turut menerima unsur penyembahan tempatan.
• Agama Buddha diterima sebagai agama rasmi Jepun pada zaman Nara.
• Abad ke-10, ajaran Buddha yang berkembang ialah yang mementingkan Amida atau Amitabha sebagai lambang penyembahan penting.
Interaksi Antara Tamadun India dengan Asia Tenggara
Secara teologi, interaksi ini telah memberi peluang kepada
perkembangan agama Hindu dan Buddha kepada
masyarakat Asia Tenggara.
Agama Hindu telah diterima sebagai agama yang penting
dalam kerajaan-kerajaan awal di AsiaTenggara seperti di
Funan,Angkor,Majapahit,Kedah Tua dan lain-lain.
Mazhab agama Hindu yang banyak tersebar di Asia Tenggara
ialah mazhab Saivisme, Vishnuisme dan Brahmanisme.
Agama Hindu turut mempengaruhi sistem
pentadbiran dan politik Asia Tenggara dengan
kewujudan konsep “devaraja”.
Konsep ini meletakkan kesucian seseorang raja
setaraf dengan dewa.
Mazhab agama Buddha pula yang berkembang di
Asia Tenggara ialah mazhab Mahayana dan Hinayana
(agama Buddha Theravada).
• Srivijaya pernah menjadi pusat pengajaran dan
perkembangan ajaran Buddha Mahayana seperti yang
dilaporkan oleh I-Tsing seorang mubaligh agama
Buddha dari China yang pernah singgah di Srivijaya
pada abad ke-7 masihi.
• Sebahagian besar penduduk tanah besar Asia Tenggara
iaitu di Thailand, Myanmar, Burma dan Laos menerima
agama dari Mazhab Buddha Hinayana.
• Kesan interaksi : Kemunculan tulisan Sanskrit dan Pali
yang berkembang di Asia Tenggara.
• Bahasa Sanskrit telah diterima menjadi bahasa penting di
istana.
• Kitab-kitab agama Hindu iaitu Mahabarata dan Ramayana
menjadi sumber pengajaran awal di Asia Tenggara.
Istilah-istilah sanskrit turut memperkayakan perbendaharaan
kata masyarakat Asia Tenggara.
Kemunculan banyak alat-alat muzik dan pengaruh dalam
kesenian dan tarian juga adalah kesan daripada interaksi ini.
Kedatangan dan hubungan masyarakat India dan
penduduk Asia Tenggara secara amnya telah
menyebabkan berlakunya perkahwinan campur secara
meluas semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Makanan berasaskan roti dan kari juga dilihat sebagai
kesan interaksi antara tamadun ini.
Selain itu, tamadun India juga mempengaruhi sistem
perundangan Asia Tenggara. Contohnya kaedah dalam
undang-undang Hindu yang digunakan dalam Undang-
undang Melaka dan Perundangan Majapahit.
Interaksi Antara Tamadun China & Asia Tenggara
Hbungan AT & China berlaku sejak G Funan pd abad ke-3 M. Disebut dlm rekod dinasti Qin(201-206M), Han(206-220M) & Wu(222-280M).
Mncapai kemuncak pd zaman Dinasti Tang (618-907M) d& Dinasti Ming (1368-1644M) .
Berlaku dlm suasana aman iaitu misi diplomatik, emigrasi & pdgn, serta dlm suasana konflik sprt peperangan .
Faktor Interaksi Antara Tamadun China & Asia Tenggara
Hbungan antra Melaka & China mencpai kemuncak semasa zaman kesultanan Melayu Melaka melalui pengutusan wakil China & Melaka.
Melalui pkahwinan puteri Hang Li Po dgn Sultan Mansyur Syah.
Kesan Interaksi Antara Tamadun China & Asia Tenggara
Melibatkn pngenalan bberapa brgn, mkanan & teknologi. Melalui misi diplomatik & pdgn, org China pkenalkn sutera,
porselin, tembikar & mkanan sperti taugeh, tauhu, kicap dll.
Teknologi persenjataan & membuat bhn letupan, membuat gula, kertas, perlombongan & ptukangan logamturut diperkenalkan.
Interaksi scara konflik blaku smasa zaman Dinasti Yuan(1279-1368). Turut dikenali sbgi Dinadti Monggol pernah menyerang kemboja (Myanmar) & Jawa pd abad ke-13.
Vietnam pernah mjadi jajahan China mewarisi ciri budaya China & sis pntadbiran brbentuk mandarin.
Ajaran Buddha Mahayana yg diamalkan di vietnam & Buddha Thervada (Hinayana) di negeri² jiran.
Emigrasi org Cina ke AT pd akhir zaman Dinasti Tang, Sung, Yuan & Ming yg menyumbang kpd bidang tamadun kebendaan kpd msyrkt AT melalui pengetahuan & kemahiran.
Penghijrahan menyebabkn berlakunya perkahwinan campur antra org Cina & penduduk tmptn AT yg melahirkn komuniti peranakn mewarisi 2 budaya dri ibu bpa mereka.
Proses pembudayaan melibtkn peminjaman sprti dlm aspek mknan, pkaian, teknologi, perkataan, dll .
INTERAKSI ANTARA TAMADUN ISLAM DAN ASIA TENGGARA
• Berkembang melalui perkembangan agama Islam secara aman
• Snouck Hurgronje merupakan cendiakiawan yg mempelopori teori bahawa Islam di AT datang dari India (terdapat batu nisan yg dijumpai mempunyai corak yg sama ukiran dengan batu nisan di Cambay/ Kembayat di Gujerat
• Teori kedatangan Islam dari China mengaitkan AT dengan kewujudan komuniti China-Islam di China sejak abad ke-7 M (S. Q. Fatimi)
• Membawa kemunculan beberapa buah kerajaan Islam tempatan spt Pasai, Melaka dll
• Dari aspek kepercayaan, tamadun Islam telah menarik minat penduduk di kepulauan AT utk terima agama Islam
• Membawa perubahan dari segi politik dan pentadbiran. Konsep ‘devaraja’ yg jadi pegangan politik dan lambang daulat raja-raja tempatan digantikan dengan konsep ‘khalifahtullah fit-ardhi’ (raja sultan)
• Mempengaruhi undang-undang, contohnya dalam Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka
• Perkembangan pemikiran dan intelektual- membawa 1 tahap pendidikan yg lebih baik kepada masyarakat AT (kandungan pengajaran berkisar mengenai ilmu-ilmu Islam cth ilmu syariah dan fekah)
• Pengajaran ilmu pengetahuan islam dilakukan melalui tulisan Jawi – jadi pemangkin kepada perkembangan intelektual dan pemikiran masyarakat Melaka
• Tamadun Islam mempengaruhi bidang seni bina terutama seni bina masjid
• Bentuk kubah potong bawah adalah pengaruh seni bina Arab dan Parsi
• Tamadun Islam juga membawa unsur seni bina China dan India
INTERAKSI ANTARA TAMADUN
ISLAM - INDIA
• Hubungan antara orang Arab dengan India telah berlaku sejak zaman kerajaan Ma’in dan Saba’.
• Hubungan perdagangan ( kain, pedang, hasil rempah )• Cara penyebaran pengaruh Islam adalah melalui
perdagangan. • Pengaruh Islam tersebar ke India melalui peperangan. • Tentera Islam telah sampai ke kaw. pantai Sind di India sejak
zaman Khalifah Umar bin al-Khattab.• Angkatan islam tawan Thana ttp gagal.• Menyerang Sind melalui jalan darat ( pemimpin tentera Islam
Abdullah bin Amir )• Sistan dan Makran tlh berjaya ditawan.• 659 masihi, serangan ke Sind pimpinan al-Haris ttp
peperangan tersebut dihentikan apabila dia meninggal dunia.
• ke-8 masihi, berjaya menguasai Sind. • Berjaya menguasai Kabul dan Lahore sms
zaman Umayyah. • Muhammad al-Qasim memain peranan
penting dlm usaha penaklukan ke atas India.• Penaklukan Islam ke atas India tlh dilakukan
oleh pemerintah keturunan Turki dan Parsi-Islam.
• Operasi ketenteraan memberi peluang kemunculan kerajaan Islam di India.
• Tamadun Islam dan India berlaku amat pesat semasa pemerintahan kerajaan Moghul.
• Pentadbiran Akbar tdk membezakan antara org Islam dengan bukan Islam.
• Menggalakkan perkahwinan seorang puteri Hindu dan juga telah meminang puteri-puteri Hindu utk dikahwinkan dgn puteranya.
• Menggalakkan program-program perdebatan agama di istananya.
• Banyak dipengaruhi oleh penasihat iaitu seorang ahli Sufi keturunan Parsi Abdul Fazal dan saudaranya Faizi.
• Akbar tdk menperdalamkan pengetahuan Islamnya sebaliknya menjauhkan dirinya dari cendiawan Islam.
• Melahirkan satu agama sinkritisme drpd semua ajaran yang dipelajari iatu agama Din-Illahi(Kesatuan Ketuhanan)
• tdk mendapat sambutan
• Hubungan 2 tamadun ini membawa kepada perkembangan kesusasteraan.
• 2 tokoh Islam yg memainkan peranan penting ialah Zain-ul- ‘ Abidin dr Kashmir dan Husain Shah dr Bengal.
• Cendiakawan Islam mempelajari mengenai yoga dan Vedanta serta ilmu perubatan dan astrologi India.
• Ahli astronomi India tlh meminjam terma astronomi, pengiraan latitud dan longitud bumi, pengiraan kalendar, bdg horoskop yg dikenali sbgi Tajik dn bdg perubatan.
• Sms zaman pemerintahan kesultanan Delhi bhs Urdu tlh wujud hasil percampuran antara bhs-bhs Hindi, Parsi, Arab dan Turki.
• Salah satu lambang penting interaksi antara Tamadun Islam dengan India.
• Asimilasi antara budaya Islam dengan budaya tempatan India sms zaman kesultanan Delhi tlh melahirkan bentuk baru dalam seni kesusasteraan.
• Interaksi antara Tamadun Turki-Islam sms zaman Kesultanan Delhi dan Parsi-Islam turut memperkayakan ciri-ciri seni bina India.
• penggunaan mortar dan konkrit juga merupakan hasil daripada pengaruh Islam.
• Sebuah masjid yang terkenal iaitu Quwwat-ul Islam telah dibina sms zmn pemerintahan Qutbuddin.
• Qutb-Minar adalah penciptaan seni bina Islam dengan ukiran ayat-ayat suci al-Quran yang indah.
• Kehidupan harmoni dapat dilihat dalam aspek pentabdiran.
INTERAKSI ANTARA TAMADUN ISLAM DAN EROPAH
Bermula sejak terbentuknya pemerintahan Islam di Afrika Utara, Sepanyol dan
Sicily.
Pendapat tokoh tamadun menyatakan Sepanyol dan Sicily adalah merupakan
pintu masuk Islam ke benua Eropah dan dianggap jambatan kemasukan
tamadun Islam ke dalam tamadun Eropah.
Proses interaksi ini berlaku dalam dua cara iaitu cara aman dan peperangan.
Proses cara aman berlaku melalui perdagangan.
Perang Salib yang berlaku dalam tempoh yang panjang antara orang Eropah
dengan Islam merupakan interaksi konflik.
Terdapat beberapa faktor berlakunya perang Salib ini. Antaranya ialah:
Faktor berlakunya
Perang Salib
Penindasan yang dilakukan oleh
pemerintah Kristian kepada penganut Islam.
Ketidakseimbangan ekonomi.
Peranan paderi Kristian yang
menyeru orang-orang Kristian
untuk berperang dengan orang-
orang Islam.
Perkembangan dan usaha penterjemahan buku-
buku adalah kesan interaksi positif yang berlaku.
Penterjemahan buku falsafah Greek telah
menghubungkan orang-orang Eropah dengan
tamadun Greek (Yunani).
Hal ini kerana penterjemahan buku telah dilakukan
dengan pesat semasa pemerintahan Bani Abbasiyah.
Hasil penulisan orang-orang Greek meliputi bidang-
bidang sains, sejarah, matematik, falsafah telah
dikembangkan oleh cendekiawan Islam.
Proses interaksi antara Islam dan Eropah berlaku
secara aman pada awalnya, diikuti konflik apabila
tercetusnya perang salib yang berlaku selama 200
tahun (antara abad ke-12 masihi hingga 14 masihi).
Sebelum perang salib,Eropah berada dalam zaman
gelap (abad ke-4 hingga ke-14 masihi)
Pada ketika itu, orang Islam telah mencapai
kemajuan dalam pelbagai bidang ilmu pada
pertangahan kurun ke-7.
Kemuncak perkembangan tamadun Islam berlaku
pada abad ke-10 hingga ke-12 masihi.
Sepanyol menjadi pusat perkembangan ilmu
pengetahuan Islam di Eropah.
Universiti-universiti Sepanyol di Cordova, Seville,
Malaga dan Granada telah menjadi pusat pengajian
terpenting kepada pelajar Kristian.
Bidang-bidang ilmu pengetahuan seperti falsafah,
matematik, astronomi dan seni muzik yang berkembang
pesat di Sepanyol telah mempengaruhi pemikiran orang-
orang Eropah.
Orang-orang Islam Sepanyol telah menyumbang karya-
karya penting dalam bidang seni muzik.
Pada abad ke-12, karya-karya mereka telah
diterjemahkan dalam bahasa latin dan memberi peluang
kepada masyarakat Eropah mempelajari seni ini.
KESIMPULAN
Interaksi antara tamadun dpt mperkayakn tamadun & mgelakknya drpda mjadi jumud, beku & statik.
Hasilnya sesuatu tamadun yg bersifat terbuka & dpt mengasimilasikan pengaruh luar akan semakin berkembang sertamelahirkn prubhn² penting.
Bagi tamadun yg lebih tinggi & lama, ia lebih bnyak mempengaruhi @ meninggalkn unsur penting kpd tamadun yg lbih rendah.
Tamadun yg lebih rendah pencapaiannya akn lebih bersifat receptive, wlupun ia turut mempengaruhi tamadun yg lebih tinggi.
TERIMA KASIH DAUN
KELADI,
PANJANG UMUR JUMPA
LAGI
^_^