Upload
adriana-djutek
View
362
Download
14
Embed Size (px)
Citation preview
Harga DiriHarga diri merupakan penilaian menyeluruh
tentang diri kita samada secara positif negatif.
Orang yang mempunyai Harga diri yang negatif
tidak selesa dengan keadaan dirinya dan kurang
yakin dengan diri sendiri, sebaliknya orang yang
mempunyai hargai diri yang tinggi, bangga dengan
diri sendiri dengan pencapaian
yang telah diperolehi.
Setiap pagi kita melihat diri kita di dalam cermin.
Adakah kita suka melihat apa yang kita lihat? Yang kita lihat di dalam cermin itu ialah diri kita sendiri.
Dia adalah diri kita. Perasaan suka kepada diri sendiri bermakna kita mengetahui ciri-ciri yang ada pada diri kita dan tidak malu mengakuinya.
Ingatlah, di sekeliling kita terdapat ramai yang mahu kita menjadi seperti itu dan ini, bukan seperti yang kita mahu. Terpulanglah kepada kita untuk menerima atau menolak saranan-saranan itu.
Estim-diri kita terpancar pada cara kita berperilaku dan berkata-kata. Ia juga terpancar pada sikap yang kita miliki, pada keyakinan kita terhadap diri sendiri dan pada apa yang kita rasa berkenaan diri kita.
Estem Diri
Arahan: Tuliskan (B) bagi BENAR
jika pernyataan di bawah
mengambarkan diri anda.
Tulis (T) jika pernyataan itu TIDAK
BERKAITAN dengan anda.
Anda hendaklah jujur dengan
respon anda.
Kuiz Harga Diri : Mengukur Harga Diri
BIL ITEM B T
1 Saya sayangkan diri saya
2 Saya seorang optimistik
3 Saya boleh mengambarkan diri
saya berjaya dalam hidup
4 Saya bertanggungjawab atas
kerja buat saya
5 Saya menganggap masalah
sebagai cabaran
Kuiz Harga Diri : Mengukur Harga Diri
BIL ITEM B T
6 Saya berasa sentiasa tenteram
7 Saya boleh mengakui kesilapan
saya
8 Saya boleh bergaul mesra
9 Saya boleh mengatur kehidupan
harian saya
10 Saya mempunyai matlamat yang
jelas
Kuiz Harga Diri : Mengukur Harga Diri
BIL ITEM B T
11 Saya sentiasa bangga dengan
kehidupan saya
12 Saya boleh membuat keputusan
dan berpegang teguh padanya
13 Saya suka mengemukakan
pendapat
14 Saya mengalu-alukan kritikan
membina
15 Saya bersedia menerima tugas
yang mencabar
Kuiz Harga Diri : Mengukur Harga Diri
BIL ITEM B T
16 Saya boleh berbual dengan orang
saya tidak kenali
17 Saya lakukan apa yang saya
fikirkan terbaik, walaupun orang
lain tidak bersetuju
18 Saya dapat memberitahu tentang
kebolehan saya kepada orang lain
19 Saya dapat mengemukakan
perasaan hati saya yang sebenar
20 Umumnya saya berpuas hati
dengan diri sendiri
Kuiz Harga Diri : Mengukur Harga Diri
Kuiz Harga Diri : Mengukur Harga Diri
0 - 4 Konsep Kendiri anda amat rendah
5 - 9 kendiri anda rendah
10 - 14 Konsep Kendiri anda tinggi
15 - 20 Konsep Kendiri anda amat tinggi
Yakin diri
Menghomati diri
Sentiasa memajukan diri
Tenang dan damai
Hubungan Interpersonal yang baik
Menerima tanggungjawab
Sabar menghadapi kekecewaan
Asertif/ Tegas Diri
Ramah
Sanggup mengambil risiko
Penyayang dan mudah disayangi
Bermatlamat
CIRI HARGA DIRI YANG TINGGI
Takut menerima risiko
Takut persaingan
Suka mengkritik orang lain
Tidak tegas
Kurang Inisiatif
Pesimistik
Pemalu
Ragu-ragu membuat keputusan
Kurang menyengi diri sendiri
Rasa tidak disayangi
Sentisasa memikirkan kelemahan diri
Aspirasi rendah
CIRI HARGA DIRI YANG RENDAH
Kelebihan konsep kendiri positif1. Dapat menilai diri mereka dengan
positif dan percaya bahawa mereka
lebih berkebolehan.
2. Mengawal diri pengaruh luar
3. Memikul tanggungjawab.
4. Daya ketahanan perasaan kecewa
5. Bercakap, berfikir dan bertindak
dengan positif.
MEMBENTUK PERSONALITIPercakapan negatif kepada positif
Usah berkata
Tak bolehlah ..
Tengoklah dulu..
Dah terpaksalah..
Sekejap lagilah..
Susahlah..
Tak yakinlah..
Tak apalah..
Seganlah..
Benci !Benci!
Dah nasib badan…
-Rangsangan negatif-
-Personaliti negatif-
Katakan
Aku bolehlah !
Aku pasti berjaya
Ini satu cabaran !
Sekarang juga !
Cuba lagi !
Pasti berjaya!
Jangan tangguh !
Buktikan !
Kasih ..
Aku pasti berjaya!
-Rangsangan positif
-Personaliti positif-
KELEBIHAN KONSEP KENDIRI POSITIF
6. Berasa bangga dengan diri.
7. Berupaya mencapai gred yang tinggi.
8. Lebih bersedia menerima risiko.
9. Menerima diri dengan lebih positif.
10.Menghargai diri sendiri serta
menyedari kekuatan & kelemahan diri.
Tabiat dan sikap
yang negatif.
Pemikiran yang negatif
Tiada
tindakan atau
hasil yang
negatif
Percakapan
yang negatif Negatif
Konsep Kendiri
Negatif
Peribadi Fizikal
Peribadi Rohani
Peribadi
Sosial
Peribadi
Emosi
Pribadi
Diri
Konsep Kendiri
Positif
Penghargaan Kendiri
Keyakinan Diri,
Bermotivasi
Daya tahan,
Proaktif
Estem diri• Jadi, sekiranya kita mempunyai estim-diri yang tinggi, antara tanda-tandanya
ialah:• 1. Kita menghormati dan menghargai diri sendiri, oleh itu kita tidak melakukan
perbuatan yang memalukan dan membahayakan diri sendiri. Kita juga tidak menerima sahaja apabila orang lain menyebabkan kita mendapat malu atau membahayakan diri sendiri. Sebagai contoh, kita tidak akan menipu kerana perbuatan seperti itu akan menyebabkan kita boleh mendapat malu. Kita tidak akan menunggang motorsikal dengan laju kerana takut kemalangan.
• Jadi, orang yang sanggup melakukan perbuatan yang menyebabkan orang lain tidak hormat kepada mereka adalah orang yang estim-diri mereka rendah.
• 2. Kita dapat memisahkan antara diri kita dengan perbuatan kita. Jadi, kita dapat mengatakan kita yang bodoh. Sebaliknya, kita akan mengatakan perbuatan kita yang silap. Umpamanya, kita akan berkata pada diri sendiri bahawa kita pandai, cuma pada hari itu cara kita menjawab soalan peperiksaan itu yang silap.
• 3. Kita dapat menerima diri kita sendiri sebagaimana adanya. Kita tahu kelebihan yang kita miliki dan kita juga tahu kekurangan diri.
• 4. Kita berupaya menentukan apa yang kita mahu dan apa yang kita tidak mahu untuk diri kita sendiri. jadi, kita tidak akan membuat sesuatu semata-mata hendak menjaga apa orang lain kata.
• 5. Kita boleh menerima kenyataan bahawa orang lain mungkin lebih berjaya,lebih kaya dan lebih berbakat daripada diri sendiri. Kita tidak dengki, dan tidak berasa diri kita malang.
• Estim-diri yang rendah tergambar pada perbuatan-perbuatan kita dan terpancar pada bahasa yang kita gunakan apabila kita bercakap.
Estem diriTerdapat beberapa cara untuk meningkatkan estim-diri. Berikut adalah
beberapa cara:
1. Kita mesti yakin kita berkuasa menentukan imej diri kita sendiri. Setiap orang boleh menentukan cara bagaimana dia mahu melihat dirinya sendiri. Oleh itu kita berkuasa mengubah imej diri kita. Kalau sekarang kita melihat diri sebagai seorang yang tidak memiliki apa-apa keistimewaan, kita mesti mengubah tanggapan anggapan itu. Imej diri kita ada dalam minda kita. Oleh itu kita ada pilihan sama ada mahu mengubahnya atau tidak.
2. Jangan biarkan orang lain menentukan matlamat hidup kita. Ramai orang terperangkap dalam keadaan mereka menilai diri sendiri dengan berpandukan apa orang lain kata.
3. Kenal pasti matlamat hidup kita yang tidak realistik. Salah satu punca kegagalan kita ialah ialah kita membuat matlamat yang di luar keupayaan diri kita untuk mencapainya.
4. Buang stail bual-diri yang negatif.
Kita semua berbual dengan diri sendiri. Perbualkan berlaku dalam otak dan hati. Kebanyakan perbualan kita dengan diri sendiri adalah berkenaan analisis diri, iaitu apa kita kata tentang diri sendiri. Untuk menaikkan estim-diri, kita perlu mengiktiraf keupayaan dan bakat yang ada pada kita.
Estem diriTerdapat beberapa cara untuk meningkatkan estim-diri. Berikut
adalah beberapa cara:
5. Kukuhkan kekuatan dan keistimewaan diri.
Setengah-setengah kelemahan memang tidak dapat kita ubah, sebagai contoh warna kulit dan tinggi tubuh kita. Hakikat ini mesti kita terima, tapi janganlah kita membesar-besarkannya.
6. Lipat gandakan usaha memperbaiki diri.
Antara perkara-perkara yang dapat kita lakukan ialah dengan membuat matlamat hidup yang realistik, menambah ilmu pengetahuan, belajar kemahiran baru dan menukar perbualan diri daripada perbualan negatif kepada perbualan positif.
7. Belajar menjalin hubungan positif dengan orang-orang lain. Kajian pakar-pakar psikologi mendapati orang-orang yang mempunyai estim-diri yang rendah cenderung melakukan perbuatan atau berkata-kata dengan niat merendah-rendahkan orang lain. -Abdullah Hassan dan Ainon Mohd., Daya Pengaruh dan Perubahan Sikap (Siri Komunikasi Utusan).
Berasal dari dasar laut
yang sangat dalam
Penyelam menyabung nyawa
untuk mendapatkannya
Di bawa keluar dari dasar laut
Mesti di buka kulit tiramnya
untuk mengeluarkan mutiara
Di bawa ke pakar untuk dijadikan
barang hiasan menarik / bermutu
Menjadi paling berharga apabila
wanita telah memakainya
-Haji Ali Sheikh Yacob-