2
JURNAL 2 MINGGU KEDUA 28 JANUARI – 1 FEBRUARI 2013 PEMILIHAN FOKUS Sikap murid MENGANALISIS Saya telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran ke atas murid pemulihan. Saya dapati sikap murid terlalu pasif dan takut untuk bersuara ketika saya mengajar. Hal ini terjadi apabila saya bertanyakan soalan kepada mereka, mereka kebanyakannya mendiamkan diri. Ada juga yang menjawab, tetapi mereka tidak yakin dengan jawapan yang diberikan. Saya telah menggunakan pelbagai BBB yang menarik untuk menarik perhatian murid. Namun begitu, mereka masih pasif dan seperti tidak tertarik dengan bahan yang saya sediakan. PERASAAN / BISIKAN HATI Bisikan Hati: Saya berasa sedikit kecewa kerana saya rasa saya gagal menarik perhatian murid-murid tersebut. Walaupun saya menggunakan BBB dan meletakkan diri saya seperti mereka namun, mereka masih bersikap pasif dan lebih banyak mendiamkan diri. Mengapa saya gagal menarik perhatian murid-murid? Saya rasa saya tidak garang dengan mereka dan BBB saya sediakan juga menarik. Kesedaran / Harapan : Saya fikir, mungkin ini kali pertama saya memasuki dan mengajar kelas pemulihan. Tambahan, saya juga guru baru, jadi mungkin murid-murid kelas pemulihan itu tidak biasa lagi dengan saya. Mungkin mereka menganggap saya garang, jadi disebabkan itu mereka tidak mesra dengan saya. Selain itu, walaupun saya menyediakan BBB yang menarik, mungkin BBB yang saya sediakan itu tidak bersesuaian dengan minat mereka. Oleh sebab itu, mereka tidak rasa tertarik dengan BBB yang telah saya sediakan. Barulah saya sedari bahawa BBB yang tidak mengikut kesesuaian murid, tidak dapat menarik dan memberi kesan kepada murid meskipun ia nampak cantik dan menarik.

Jurnal 2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Jurnal 2

JURNAL 2

MINGGU KEDUA 28 JANUARI – 1 FEBRUARI 2013

PEMILIHAN FOKUSSikap muridMENGANALISISSaya telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran ke atas murid pemulihan. Saya dapati sikap murid terlalu pasif dan takut untuk bersuara ketika saya mengajar. Hal ini terjadi apabila saya bertanyakan soalan kepada mereka, mereka kebanyakannya mendiamkan diri. Ada juga yang menjawab, tetapi mereka tidak yakin dengan jawapan yang diberikan. Saya telah menggunakan pelbagai BBB yang menarik untuk menarik perhatian murid. Namun begitu, mereka masih pasif dan seperti tidak tertarik dengan bahan yang saya sediakan.

PERASAAN / BISIKAN HATIBisikan Hati:Saya berasa sedikit kecewa kerana saya rasa saya gagal menarik perhatian murid-murid tersebut. Walaupun saya menggunakan BBB dan meletakkan diri saya seperti mereka namun, mereka masih bersikap pasif dan lebih banyak mendiamkan diri. Mengapa saya gagal menarik perhatian murid-murid? Saya rasa saya tidak garang dengan mereka dan BBB saya sediakan juga menarik.

Kesedaran / Harapan :Saya fikir, mungkin ini kali pertama saya memasuki dan mengajar kelas pemulihan. Tambahan, saya juga guru baru, jadi mungkin murid-murid kelas pemulihan itu tidak biasa lagi dengan saya. Mungkin mereka menganggap saya garang, jadi disebabkan itu mereka tidak mesra dengan saya. Selain itu, walaupun saya menyediakan BBB yang menarik, mungkin BBB yang saya sediakan itu tidak bersesuaian dengan minat mereka. Oleh sebab itu, mereka tidak rasa tertarik dengan BBB yang telah saya sediakan. Barulah saya sedari bahawa BBB yang tidak mengikut kesesuaian murid, tidak dapat menarik dan memberi kesan kepada murid meskipun ia nampak cantik dan menarik.

CADANGAN / TINDAKANUntuk pengajaran akan datang, saya akan :

Dekatkan diri dengan murid dan cuba mencungkil minat mereka. Banyakan berbual dengan murid-murid dan cuba fahami mereka dengan lebih

mendalam. Menyemak latar belakang murid terlebih dahulu sebelum menilai mereka. Mendapat pandangan dan berbincang dengan guru pembimbing terlebih

dahulu mengenai murid-murid tersebut. Menyediakan BBB yang bersesuaian dengan murid daripada aspek

pembinaan yang bersesuaian dengan minat dan kehendak murid.