14
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- Sekolah Rendah 1 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO Oleh: Aida Ibrahim Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah 86000 Kluang, Johor ABSTRAK Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 dalam kalangan murid-murid Tahun 5 Arif melalui pendekatan permainan DOMINO. Kemahiran mencongak fakta asas darab merupakan asas yang penting dalam Matematik. Seramai enam orang murid Tahun 5 Arif dan seorang guru penyelidik terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, latihan bertulis dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid-murid kurang mahir dalam mencongak fakta asas darab. Kesukaran mengingat fakta asas darab menyebabkan murid-murid mengambil masa yang panjang untuk menyelesaikan soalan yang berkaitan pendaraban. Suatu perancangan tindakan dibuat bagi meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab ini. Sesi bimbingan dijalankan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran selama empat minggu pada setiap hari Isnin hingga Khamis selama sejam bagi setiap sesi. Maklumat daripada pemerhatian dan temu bual menunjukkan terdapat peningkatan dari segi minat, sikap dan pencapaian murid dalam Matematik. Setelah kajian tindakan dilaksanakan, keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan prestasi murid. Semua murid kumpulan sasaran saya dapat menjawab semua soalan dengan tepat dan cepat. Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini telah dapat meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid dalam meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Pada tahun ini saya diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Matematik Tahun 5 Arif. Kelas 5 Arif merupakan kelas yang baik dan murid-muridnya berpotensi untuk mendapat gred A dalam Matematik. Untuk tujuan itu, perkara asas yang perlu mereka kuasai adalah fakta asas darab (sifir). Saya telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran saya dengan menjalankan latihan mencongak secara bertulis. Selepas setiap kali mengadakan latihan mencongak, saya menyemak jawapan bersama murid-murid. Saya dapati mereka hanya peroleh markah antara 50% hingga 60% sahaja. Hal yang demikian mengecewakan saya. Enam orang (16%) murid kelas saya tidak dapat menjawab dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jika tempoh masa dipanjangkan mereka boleh menjawab dengan tepat. Pada pendapat saya, keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kepada kelas yang baik. Apa yang berlaku setiap kali latihan mencongak dijalankan, mereka sering memberi alasan tidak membawa buku dan sering mengeluh apabila disuruh membuat latihan tersebut. Daripada temu bual secara tidak formal saya dapati kaedah mencongak yang saya jalankan selama ini membosankan murid-murid dan sebagai seorang guru saya akan cuba untuk menangani masalah ini.

Jurnal Kajian Tindakan

  • Upload
    upsi

  • View
    35.281

  • Download
    8

Embed Size (px)

DESCRIPTION

meningkatkan kemahiran murid mencongak fakta asas darab melalui pendekatan permainan Domino

Citation preview

Page 1: Jurnal Kajian Tindakan

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- Sekolah Rendah

1

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO

Oleh:

Aida Ibrahim

Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah 86000 Kluang, Johor

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 dalam kalangan murid-murid Tahun 5 Arif melalui pendekatan permainan DOMINO. Kemahiran mencongak fakta asas darab merupakan asas yang penting dalam Matematik. Seramai enam orang murid Tahun 5 Arif dan seorang guru penyelidik terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, latihan bertulis dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid-murid kurang mahir dalam mencongak fakta asas darab. Kesukaran mengingat fakta asas darab menyebabkan murid-murid mengambil masa yang panjang untuk menyelesaikan soalan yang berkaitan pendaraban. Suatu perancangan tindakan dibuat bagi meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab ini. Sesi bimbingan dijalankan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran selama empat minggu pada setiap hari Isnin hingga Khamis selama sejam bagi setiap sesi. Maklumat daripada pemerhatian dan temu bual menunjukkan terdapat peningkatan dari segi minat, sikap dan pencapaian murid dalam Matematik. Setelah kajian tindakan dilaksanakan, keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan prestasi murid. Semua murid kumpulan sasaran saya dapat menjawab semua soalan dengan tepat dan cepat. Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini telah dapat meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid dalam meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Pada tahun ini saya diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Matematik Tahun 5 Arif. Kelas 5 Arif merupakan kelas yang baik dan murid-muridnya berpotensi untuk mendapat gred A dalam Matematik. Untuk tujuan itu, perkara asas yang perlu mereka kuasai adalah fakta asas darab (sifir).

Saya telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran saya dengan menjalankan latihan mencongak secara bertulis. Selepas setiap kali mengadakan latihan mencongak, saya menyemak jawapan bersama murid-murid. Saya dapati mereka hanya peroleh markah antara 50% hingga 60% sahaja. Hal yang demikian mengecewakan saya. Enam orang (16%) murid kelas saya tidak dapat menjawab dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jika tempoh masa dipanjangkan mereka boleh menjawab dengan tepat. Pada pendapat saya, keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kepada kelas yang baik. Apa yang berlaku setiap kali latihan mencongak dijalankan, mereka sering memberi alasan tidak membawa buku dan sering mengeluh apabila disuruh membuat latihan tersebut. Daripada temu bual secara tidak formal saya dapati kaedah mencongak yang saya jalankan selama ini membosankan murid-murid dan sebagai seorang guru saya akan cuba untuk menangani masalah ini.

Page 2: Jurnal Kajian Tindakan

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- Sekolah Rendah

2

Memandangkan masalah murid-murid dalam Matematik berpunca daripada kurang mahir atau kukuhnya mereka dalam mencongak fakta asas darab maka saya mengambil inisiatif ini untuk mengetengahkan kajian saya bagi membantu murid-murid menguasai fakta asas darab yang sememangnya kurang dikuasai oleh murid dengan baik. Kemahiran mencongak fakta asas darab merupakan asas yang penting terutamanya soalan yang melibatkan penyelesaian masalah atau soalan Kertas 1. Saya berharap sekiranya kajian saya ini berjaya, saya akan mengubah cara atau strategi pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih berkesan di samping memberi keseronokan kepada murid-murid serta merealisasikan kata-kata bahawa ‘Mathematics is fun and easy’.

2.0 FOKUS KAJIAN Kumpulan sasaran saya merupakan murid yang tidak dapat mencongak dengan tepat dan cepat apabila diberi soalan yang berkaitan dengan darab. Mereka masih lagi termenung dan lambat memberi respon jika soalan yang berkaitan sifir diajukan kepada mereka. Saya menggunakan pendekatan permainan domino dalam kajian ini. Kemahiran mencongak fakta asas darab adalah sangat penting dalam Matematik. Sekiranya kemahiran ini tidak dapat dikuasai oleh murid dengan baik, maka kesukaran menjawab soalan pendaraban dan soalan-soalan yang berkaitan dalam tempoh masa yang ditetapkan akan timbul. Kajian yang dijalankan ini berfokus kepada meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab supaya kaedah ini dapat digunakan dalam menyelesaikan masalah Matematik dengan cepat. Di samping itu, kajian ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan daya ingatan murid-murid terhadap fakta asas darab. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Am

Membantu meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 dalam kalangan murid-murid Tahun 5 Arif dengan cepat dan tepat.

3.2 Objektif Khusus 3.2.1 Murid dapat memadankan soalan fakta asas darab dengan hasil

darabnya dengan tepat atau sebaliknya. 3.2.2 Murid boleh mencongak fakta asas darab secara bertulis dengan

tepat dan cepat. 3.2.3 Menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran

Matematik dan kemahiran mencongak fakta asas darab. 3.2.4 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria

dan harmonis.

4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran saya terdiri daripada enam orang murid Tahun 5 Arif yang didapati mempunyai masalah mencongak fakta asas darab. Murid-murid ini adalah dalam kalangan murid-murid yang sederhana.

Page 3: Jurnal Kajian Tindakan

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- Sekolah Rendah

3

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 TINJAUAN MASALAH 5.1.1 Pemerhatian Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian ini dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, melalui respon kepada soalan-soalan yang diajukan, latihan bertulis dan ujian pra.

5.1.2 Temu Bual Kaedah lain yang saya gunakan ialah temu bual yang mana dilakukan secara tidak formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran. Temu bual ini secara tidak langsung dapat mengenali punca sebenar murid tidak dapat menguasai kemahiran mengingat dan menghafal.

5.1 3 Soal Selidik Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk mengetahui maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik dan mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Borang ini diisi oleh murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang tepat. 5.1.4 Ujian Pra Ujian pra dijalankan untuk menguji tahap sebenar pencapaian murid-murid dalam tajuk ‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000’. Ujian pra dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula. Soalan Ujian Pra terdiri daripada 10 soalan objektif dan murid-murid dikehendaki menunjukkan jalan kerja mengira di atas kertas ujian. Tempoh masa menjawab adalah 15 minit.

5.2 ANALISA TINJAUAN MASALAH 5.2.1 Pemerhatian Daripada pemerhatian yang dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran, didapati kaedah mencongak menjadi masalah kepada enam orang murid Tahun 5 Arif. Teknik hafalan fakta asas darab berbeza-beza antara seorang murid dengan murid yang lain. Tiga orang (50%) daripada mereka menggunakan jari manakala tiga orang (50%) lagi membaca secara berturutan. Pada pendapat saya, kaedah mencongak fakta asas darab merupakan jalan terbaik kepada murid-murid saya berbanding kaedah lain bagi membantu mereka mencapai gred yang baik dalam Matematik.

5.2.2 Temu Bual Hasil temu bual daripada kumpulan sasaran, saya dapati semua (100%) murid meminati mata pelajaran Matematik. Lima orang (83%) meminati tajuk ‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000’. Enam orang (100%) mengatakan mereka tidak berupaya mencongak fakta asas darab dengan alasan susah, banyak sangat dan mudah lupa. Empat orang (67%) mengatakan teknik hafalan yang mereka amalkan membosankan.

Page 4: Jurnal Kajian Tindakan

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- Sekolah Rendah

4

5.2.3 Soal Selidik

Jadual 1: Soal Selidik Berkaitan Matematik dan Kemahiran Mencongak

Fakta Asas Darab Hingga 9 x 9

Jadual 1 menunjukkan enam orang (100%) murid saya tidak berupaya mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Empat orang murid (67%) mudah lupa fakta asas darab hingga 9 x 9. Begitu juga, empat orang murid (67%) berasa bosan menghafal fakta asas darab. Oleh kerana mereka tidak berupaya mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9, maka semua (100%) murid saya bersetuju dapat menjawab dengan tepat soalan pendaraban sekiranya tempoh masa menjawab dipanjangkan. 5.2.4 Ujian Pra

Jadual 2: Pencapaian Murid-murid Tahun 5 Arif Dalam Ujian Pra

UJIAN PRA GRED

BILANGAN %

A 24 65

B 7 19

C 6 16

D 0 0

E 0 0 JUMLAH MURID 37 100

Jadual 2 menunjukkan enam orang (16%) murid mendapat gred C. Murid-murid ini dikenalpasti kurang berupaya mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Walaupun jumlah murid yang kurang berupaya menguasai kemahiran tersebut

SETUJU TIDAK SETUJU BIL PERKARA

BIL % BIL %

1 Minat mata pelajaran Matematik. 6 100 0 0

2 Minat Tajuk ‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000’.

5 83 1 17

3 Berupaya mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9.

0 0 6 100

4 Mudah lupa fakta asas darab. 4 67 2 33

5 Bosan menghafal fakta asas darab. 4 67 2 33

6 Berupaya menjawab dengan tepat soalan pendaraban sekiranya tempoh masa menjawab dipanjangkan.

6 100 0 0

Page 5: Jurnal Kajian Tindakan

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- Sekolah Rendah

5

hanya enam orang sahaja, namun masalah ini dianggap serius jika tidak diambil tindakan segera untuk menanganinya memandangkan fakta asas darab hingga 9 x 9 merupakan asas penting dalam Matematik.

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 5.3.1 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan Sebanyak empat aktiviti telah dirancang untuk membantu meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab dalam kalangan murid-murid kumpulan sasaran saya. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah:

5.3.1.1 AKTIVITI 1 ( Permainan Domino Fakta Asas Darab ) 1) Aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan yang melibatkan pendekatan dua

dalam satu iaitu belajar dan bermain dalam satu masa. 2) Permainan ini dilaksanakan mengikut konsep permainan domino tetapi dalam

permainan ini padanan adalah kepada soalan fakta asas darab dengan hasil darabnya atau sebaliknya.

3) Selepas menjalankan aktiviti ini, murid-murid diberi aktiviti berbentuk individu. 5.3.1.2 AKTIVITI 2 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab - 5 minit ) 1) Aktiviti ini merupakan aktiviti bertulis. Murid-murid diberi satu set soalan yang

mengandungi 60 soalan. 2) Soalan Cepat Kira Fakta Asas Darab ini diuji sehingga 9 x 9. 3) Murid-murid dikehendaki menjawab soalan tersebut dalam masa 5 minit. 4) Tempoh masa mereka habis menjawab direkodkan. 5.3.1.3 AKTIVITI 3 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab - 4 minit ) 1) Aktiviti ini sama seperti aktiviti 2. Set soalan yang diberi kepada murid-murid 2) Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam masa 4 minit. 3) Tempoh masa mereka habis menjawab direkodkan.

5.3.1.4 AKTIVITI 4 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab - 3 minit ) 1) Aktiviti ini sama seperti aktiviti 2 dan 3. 2) Soalan-soalan yang sama diberikan kepada murid-murid. 3) Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan tersebut dalam masa 3

minit. 4) Tempoh masa mereka habis menjawab direkodkan.

5.3.2 Bahan-bahan yang digunakan dalan kajian ini adalah:

a) Aktiviti 1 ( Permainan Domino Fakta Asas Darab ) i) Buah dadu ii) Kad-kad Fakta Asas Darab iii) Kad Permulaan Permainan iv) Borang analisa pencapaian kumpulan v) Jam

b) Aktiviti 2 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 5 minit ) i) Lembaran kerja yang mengandungi 60 soalan Fakta Asas

Darab. ii) Borang analisa pencapaian individu. iii) Jam.

c) Aktiviti 3 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 4 minit )

Page 6: Jurnal Kajian Tindakan

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- Sekolah Rendah

6

i) Lembaran kerja yang mengandungi 60 soalan Fakta Asas Darab.

ii) Borang analisa pencapaian individu. iii) Jam.

d) Aktiviti 4 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 3 minit ) i) Lembaran kerja yang mengandungi 60 soalan Fakta Asas

Darab. ii) Borang analisa pencapaian individu. iii) Jam.

5.3.3 Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian.

a) Kajian tindakan ini dilaksanakan selama 4 minggu mulai 16 Februari 2004 hingga 11 Mac 2004.

b) Saya memperuntukkan masa selama satu jam setiap hari mulai hari Isnin hingga Khamis. Sesi bimbingan dijalankan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran.

c) Penyelidik sebagai guru mata pelajaran melaksanakan tindakan dan murid-murid juga turut terlibat dalam membuat pemerhatian, temubual dan soal selidik.

d) Pemerhatian dibuat bagi menilai keberkesanan aktiviti yang sedang dijalankan. Pemerhatian dijalankan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran, melalui latihan bertulis dan ujian pra.

e) Soal selidik juga dijalankan terhadap kumpulan murid sasaran ini. Borang soal selidik diedarkan kepada murid-murid dan mereka menjawab. Tujuan menjalankan sesi soal selidik agar murid lebih bebas dan berani menjawab berbanding mendapatkan maklumat secara temubual.

f) Temubual dijalankan terhadap murid-murid kumpulan sasaran sebanyak dua kali iaitu sebelum dan selepas kajian dilaksanakan untuk mendapatkan respon murid terhadap mata pelajaran Matematik dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

g) Ujian pra dijalankan di peringkat awal kajian manakala ujian pos dibuat pada akhir tempoh kajian. Ujian pos diberikan kepada kumpulan murid sasaran. Keputusan ujian pra dan ujian pos dianalisa untuk mengetahui perubahan prestasi murid.

h) Ujian pra mengandungi 10 soalan yang melibatkan soalan pendaraban di bawah tajuk ‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000’. Soalan ujian pra sama dengan soalan ujian pos.

i) Aktiviti 1, 2, 3 dan 4 diulangi bagi setiap sesi bimbingan cuma yang berbeza ialah set soalan bagi Ujian Cepat Kira.

5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN

5.4.1 Aktiviti 1 ( Permainan Domino Fakta Asas Darab) Murid-murid didedahkan dengan permainan Domino Fakta Asas Darab selama 4 minggu pada setiap hari Isnin hingga Khamis. Aktiviti ini dijalankan selama sejam setiap hari bermula dari 16 Februari 2004 hingga 11 Mac 2004.

Page 7: Jurnal Kajian Tindakan

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- Sekolah Rendah

7

Setiap set permainan terdiri daripada sebiji buah dadu, sekeping kad permulaan bertanda dan 100 keping kad berkembar yang setiap hujungnya mengandungi soalan fakta asas darab dan hasil darab fakta asas darab. Nilai nombor yang bersebelahan tidak mempunyai kaitan sama sekali. Sekiranya ada, cuma kebetulan sahaja.

Rajah 1: Contoh kad fakta asas darab.

Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran ditunjukkan seperti berikut:

LANGKAH PENERANGAN

Langkah 1

1) Guru mengedarkan satu set permainan Domino Fakta Asas Darab kepada murid-murid.

2) Guru menerangkan cara bermain kepada mereka. a) Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Guru meminta

murid meletakkan kad permulaan di tengah-tengah medan permainan.

b) Kad-kad fakta asas darab dibahagikan sama banyak antara kumpulan. Setiap kumpulan mendapat 50 keping kad.

c) Ketua kumpulan dikehendaki melontar buah dadu bagi menentukan giliran bermain. Kumpulan yang mendapat bilangan yang terbesar akan memulakan permainan terlebih dahulu.

d) Ketua kumpulan yang memulakan permainan akan membuat padanan kad fakta asas darab pada hujung kad permulaan tadi.

e) Kemudian giliran akan diambil oleh kumpulan lawan. Pemain tersebut akan membuat padanan kad pada hujung kad-kad yang tertera.

f) Langkah tersebut diulangi secara bergilir-gilir. g) Kad-kad boleh diletakkan secara:

i) melintang sebelah kanan atau kiri ii)menegak ke atas atau ke bawah.

h) Bagi pemain yang tidak dapat meneruskan permainan, giliran akan diambil oleh pemain kumpulan lawan.

Langkah 2 1) Murid-murid mula bermain.

2) Guru hanya bertindak sebagai fasilitator sambil membantu mereka yang masih tidak memahami cara-cara bermain.

Langkah 3 1) Murid-murid bermain sehingga tamat. Kumpulan yang dapat menghabiskan

dahulu kad-kad fakta asas darab dikira sebagai pemenang manakala kumpulan lawan dikehendaki terus bermain sehingga tiada kad di tangan.

3x0 27 Hasil darab Soalan fakta asas darab

Page 8: Jurnal Kajian Tindakan

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- Sekolah Rendah

8

Rajah 2: Contoh kedudukan sebahagian kad-kad semasa bermain

i) Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian guru, kumpulan sasaran murid-murid ini mula menunjukkan minat kerana mereka belajar sambil bermain. Murid-murid bersaing untuk menghabiskan kad-kad yang berada di tangan dan ingin menjadi pemenang. Bagi murid yang dianggap kalah dalam permainan tersebut, mereka juga dikehendaki menghabiskan kad-kad yang ada. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan kemahiran mencongak fakta asas darab mereka.

ii) Refleksi

Saya berpendapat bahawa pendekatan belajar sambil bermain berjaya merangsang minat murid-murid untuk mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Mereka berupaya memadankan kesemua kad yang ada dalam jangka masa yang singkat. Di samping itu, suasana ketika aktiviti dijalankan begitu ceria, harmonis dan memberikan keseronokan kepada murid-murid. Sekiranya ada masa terluang, mereka tidak lagi membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Mereka mengisi masa tersebut dengan bermain permainan domino ini. Perubahan ini begitu menggembirakan saya.

5.4.2 Aktiviti 2 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 5 minit ) Selepas menjalankan Aktiviti 1, saya menjalankan Aktiviti 2 pula. Berikut ialah langkah-langkah bagi aktiviti 2.

i. Guru mengedarkan satu set soalan yang mengandungi 60 soalan.

Guru menerangkan cara-cara menjawab. ii. Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam tempoh

masa 5 minit. iii. Kemudian guru menyemak jawapan bersama murid.

Kad permulaan

0 0

36

4x0 3x0 27

24

6x6

9x3

54

36 6x3 9x7

27

2x0

18

Fakta asas darab yang berkaitan

Page 9: Jurnal Kajian Tindakan

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- Sekolah Rendah

9

i) Pemerhatian Ujian Cepat Kira Fakta Asas darab dijalankan setiap kali selepas aktiviti 1

dijalankan. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan daya ingatan mereka terhadap fakta asas darab. Daripada pemerhatian guru, kumpulan sasaran ini dapat menjawab kesemua 60 soalan dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan semua jawapan ialah betul. Mereka dapat menjawab dengan lebih tenang dan dapat menyiapkannya lebih awal daripada tempoh masa yang ditetapkan. Hasil dapatan daripada borang analisa pencapaian individu.

Jadual 3: Pencapaian Murid Dalam Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab ( 5 minit )

Murid-murid Kumpulan Sasaran

Tempoh masa menjawab terpantas bagi semua jawapan betul.

( minit: saat )

Murid 1 1:13

Murid 2 1:16

Murid 3 1:14

Murid 4 1:13

Murid 5 0:59

Murid 6 0:59

ii) Refleksi

Saya berpuas hati dengan pencapaian murid-murid ini berbanding sebelum sesi bimbingan dijalankan. Terdapat perubahan yang ketara iaitu mereka mampu menjawab soalan dengan tepat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Lebih membanggakan mereka dapat menyiapkan lebih awal dari tempoh masa tersebut dan mempunyai lebihan masa untuk menyemak jawapan.

5.4.3 Aktiviti 3 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 4 minit )

i. Guru mengedarkan set soalan yang sama seperti dalam aktiviti 2. ii. Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam tempoh

masa 4 minit. iii. Kemudian guru menyemak jawapan bersama murid.

i) Pemerhatian

Kumpulan murid sasaran ini dapat menyiapkan soalan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Mereka juga tenang dan berkeyakinan dalam menjawab soalan walaupun tempoh masa dikurangkan kepada 4 minit. Mereka dapat menjawab semua soalan lebih awal daripada tempoh masa yang ditetapkan. Hasil dapatan daripada borang analisa pencapaian individu.

Jadual 4: Pencapaian Murid Dalam Ujian Cepat Kira Fakta

Asas Darab ( 4 minit )

Murid-murid Kumpulan Sasaran

Tempoh masa menjawab terpantas bagi semua jawapan betul.

( minit: saat )

Murid 1 0:58

Murid 2 1:16

Murid 3 1:13

Murid 4 1:05

Murid 5 0:52

Murid 6 0:58

Page 10: Jurnal Kajian Tindakan

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- Sekolah Rendah

10

ii) Refleksi Saya berasa puas hati kerana mereka dapat menguasai kemahiran mencongak fakta asas darab walaupun tempoh masa dikurangkan kepada 4 minit.

5.4.4 Aktiviti 4 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 3 minit ) i) Guru mengedarkan set soalan yang sama. Murid dikehendaki

menjawab soalan dalam tempoh masa 3 minit. ii) Kemudian guru menyemak jawapan bersama murid.

i) Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, murid-murid kumpulan sasaran ini dapat menyiapkan soalan yang diberi dalam tempoh masa yang ditetapkan. Mereka juga tenang dan berkeyakinan dalam menjawab soalan. Mereka dapat menyiapkannya lebih awal daripada tempoh masa yang ditetapkan. Hasil dapatan daripada borang analisa pencapaian individu.

Jadual 5: Pencapaian Murid Dalam Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab ( 3 minit )

Murid-murid Kumpulan Sasaran Tempoh masa menjawab terpantas

bagi semua jawapan betul. ( minit: saat )

Murid 1 0:59

Murid 2 1:05

Murid 3 1:08

Murid 4 0:58

Murid 5 0:51

Murid 6 0:56

ii) Refleksi

Saya berasa sungguh gembira kerana semua murid ini dapat menguasai kemahiran mencongak fakta asas darab. Latih tubi yang diberikan secara berterusan dapat memberikan impak yang positif terhadap pembelajaran mereka. 5.5 REFLEKSI KAJIAN 5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid.

Berdasarkan maklumat ujian pra dan ujian pos, didapati kajian tindakan yang dijalankan ini telah memberikan impak yang cukup baik dalam membantu murid-murid meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Hasil dapatan daripada kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan murid-murid dalam ujian pos.

Jadual 6: Perbandingan Pencapaian Murid Antara Ujian Pra dan Ujian Pos

UJIAN PRA UJIAN POS GRED

BIL % BIL %

A 0 0 6 100

B 0 0 0 0

C 6 100 0 0

D 0 0 0 0

Page 11: Jurnal Kajian Tindakan

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- Sekolah Rendah

11

E 0 0 0 0

Jadual 6 menunjukkan peningkatan kualiti dalam ujian pos. Enam orang (100%) murid tersebut telah mencapai gred A dalam ujian pos berbanding gred C dalam ujian pra yang telah dijalankan.

Saya juga telah membuat perbandingan pencapaian secara individu. Dapatan maklumat ditunjukkan dalam graf di bawah.

Graf 1: Perbandingan Murid-murid Secara Individu Antara Ujian Pra dan Ujian Pos.

Graf 1 menunjukkan peningkatan secara individu. Enam orang (100%) murid telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan. Mereka telah mencapai gred A dengan menjawab semua soalan dengan betul dalam ujian pos berbanding ujian pra.

Jadual 7: Perbandingan Sesi Temubual Sebelum dan Selepas Kajian

Jadual 7 menunjukkan enam orang (100%) murid berupaya mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Mereka (100%) juga tidak berasa bosan dengan teknik pengajaran saya berbanding sebelum kajian dijalankan. Keadaan ini menunjukkan

SEBELUM SELEPAS

YA TIDAK YA TIDAK BIL ITEM

BIL % BIL % BIL % BIL %

1 Minat mata pelajaran Matematik 6 100 0 0 6 100 0 0

2 Minat tajuk ‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000’

5 83 1 17 6 100 0 0

3 Berupaya mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9

0 0 6 100 6 100 0 0

4 Teknik hafalan mereka membosankan

4 67 2 33 0 0 6 100

4 Seronok belajar sambil bermain 6 100 0 0

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

M 1 M 2 M 3 M 4 M 5 M 6

Ujian Pra

Ujian Pos

MURID

MA

RK

AH

(%

)

Page 12: Jurnal Kajian Tindakan

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- Sekolah Rendah

12

permainan Domino Fakta Asas Darab dapat merangsang minat murid untuk mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 dan seterusnya mendorong minat mereka terhadap mata pelajaran Matematik dan tajuk ‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000’. 5.5.2 Rumusan Pemerhatian Aktiviti-aktiviti Yang Dijalankan. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, keempat-empat aktiviti yang telah dijalankan mendapat sambutan yang baik daripada murid-murid kumpulan sasaran saya. Mereka bukan sahaja dapat bermain malah dapat menjalani suasana pembelajaran dalam suasana yang terkawal.

Aktiviti 1 (Permainan Domino Fakta Asas Darab) mendorong minat murid-murid terhadap mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Hal ini demikian kerana naluri kanak-kanak yang sememangnya sangat cenderung kepada permainan menyebabkan pendekatan yang saya kaji ini mendapat sambutan yang baik daripada mereka.

Terdapat peningkatan pencapaian dalam tempoh masa mereka bermain. Mereka berjaya menamatkan permainan dalam tempoh masa 4 minit 16 saat sahaja berbanding pada peringkat awal kajian iaitu 11 minit 25 saat. Apabila mereka telah menguasai kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9, maka mereka dapat menjawab soalan Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab (Aktiviti 2, 3 dan 4) dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan tenang dan berkeyakinan. Tempoh masa menjawab paling pantas bagi semua jawapan betul adalah 51 saat.

5.5.3 Refleksi Keseluruhan Saya rasa bersyukur kerana kajian tindakan yang saya jalankan ini telah berjaya membantu murid-murid meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 dan seterusnya dapat menyelesaikan soalan Matematik yang melibatkan pendaraban dalam tempoh masa yang ditetapkan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat membina keyakinan diri yang tinggi dalam diri murid-murid. Secara tidak langsung aktiviti-aktiviti tersebut dapat menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik dan memberikan keyakinan kepada mereka bahawa ‘Mathematics is fun and easy’.

6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya.

Memandangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan amat memberangsangkan minat murid-murid, maka saya bercadang untuk mengaplikasikan kajian tindakan ini kepada kumpulan sasaran yang lain di sekolah saya untuk membantu meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Soalan-soalan Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab perlu ditambah kepada 100 soalan meliputi semua fakta asas darab hingga 9 x 9 dan ujian dijalankan mengikut tempoh masa yang difikirkan sesuai. Selain itu, pendekatan yang sama juga akan saya gunakan kepada fakta asas tambah, tolak dan bahagi dalam kajian seterusnya.

Page 13: Jurnal Kajian Tindakan

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- Sekolah Rendah

13

BIBLIOGRAFI Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 5, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia (1999). Prosiding Seminar Pengajaran Sains dan Matematik 1999 (27 – 30 September 1999), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Liew Su Tim & Leow Soo Kar (1996). Matematik Tahun 5, Dewan Bahasa dan Pustaka & Edusystem Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. Mazniyah Md Jaafar, Muhammad Hussin, S. L Choo, Mohd Zubir Embong, Aminuddin Mohd Sani, Zakiah Adris (1995). Modul Kajian Tindakan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Page 14: Jurnal Kajian Tindakan

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- Sekolah Rendah

14