Upload
nurhasimah-arshad
View
1.083
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
SENARAI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan 1
2.0 Kaedah Menulis Artikel Ilmiah 2
2.1 Kutipan 2
2.1.1 Kutipan Langsung 3
2.1.1.1 Cara menulis kutipan 4
2.1.2 Kutipan Tidak Langsung 5
2.1.2.1 Cara Menulis Kutipan Tidak Langsung 6
2.2 Nota Kaki 6
2.2.1 Fungsi Nota Kaki 7
2.2.2 Kaedah Menulis Nota Kaki 7
2.3 Bibliografi / Rujukan 9
2.3.1 Kaedah Penulisan Bibliografi 10
3.0 Penutup 13
4.0 Bibliografi 14
5.0 Lampiran 14
0
kaedah Menulis Artikel Ilmiah
1.0 Pengenalan
Menurut Kamus Dewan edisi keempat ( 2005 ). Kaedah adalah cara atau peraturan
membuat sesuatu terutamanya yang bersistem atau yang biasa berdasarkan prinsip-
prinsip tertentu. Menulis pula diertikan sebagai penulisan, manakala artikel pula adalah
karangan sama ada di dalam surat khabar, majalah, berita dan lain-lain. Seterusnya
ilmiah adalah ilmu pengetahuan yang diperolehi dari pelbagai sumber sama ada
melalui pembacaan mahupun pembelajaran.
Penulisan ilmiah adalah sangat penting kepada semua orang. Ianya adalah
sebagai satu cara untuk berkomunikasi selain daripada medium elektronik mahupun
media cetak. Menurut Khairuddin Mohamad ( 2011 ). Penulis perlulah mempunyai ilmu
dan kemahiran berbahasa dan dapat berhubung serta dapat menyalurkan buah
fikirannya kepada pihak pembaca sama ada secara formal ataupun tidak
formal.Penulisan yang baik adalah penulis yang mampu memujuk, memberitahu dan
menjelaskan sesuatu kepada pembaca dan ianya bergantung kepada keupayaan,
kemahiran dan pengalaman penulis. Manakala, menurut Dr Norizan Esa ( 2004 ), untuk
menghasilkan penulisan ilmiah yang betul dan lengkap perlulah menggunakan format
dan strategi dengan betul.
Menurut Sivachandralingam ( 2001 ), Penulisan ilmiah dapat dibahagikan
kepada dua iaitu ilmiah dan bukan ilmiah. Dalam penulisan ilmiah,segala kenyataan
penulisannya perlulah dijalankan secara saintifik, teratur dan teliti dan segala
kenyataanya perlulah disokong oleh bukti yang konkrit. Manakala, penulisan bukan
ilmiah pula perlulah melalui pelbagai sumber, kaedah dan pendekatan yang mana
penulis bebas menyampaikan perasaan dan pengalamannya tanpa memerlukan bukti.
1
2.0 Kaedah Menulis Artikel Ilmiah
Menurut Asmah Haji Omar ( 2006 ). Terdapat tiga kaedah menulis artikel ilmiah yang
boleh digunakan oleh penulis bagi menghasilkan artikel ilmiahnya. Kaedah tersebut
adalah kutipan, nota kaki dan juga rujukan atau bibliografi.
2.1 Kutipan
Menurut Kamus Dewan edisi keempat ( 2005 ).Kutipan bermaksud nukilan, petikan ,
pungutan , pandangan, pendapat atau idea yang diambil daripada pelbagai sumber.
Proses pengambilan gagasan itu perlulah dijelaskan sebagai mengutip daripada
kamus, jurnal, laporan, artikel, majalah, internet dan sebagainya. Kutipan terbahagi
kepada dua jenis iaitu kutipan langsung dan kutipan tidak langsung.
Kutipan juga mempunyai fungsinya yang tersendiri. Sivachandralingam ( 2001 )
juga menyatakan fungsi kutipan adalah untuk menegaskan isi huraian. Kutipan juga
dapat membuktikan kebenaran pernyataan yang dibuat oleh penulis. Selain itu, kutipan
berfungsi utuk memperlihatkan kepada pembaca tentang teori yang digunakan. Fungsi
seterusnya adalah untuk mengkaji interpretasi atau taggapan penulis terhadap bahan
yang digunakan oleh penulis. Penulisan kutipan ini juga berfungsi untuk menunjukkan
aspek topik yang akan dibahaskan oleh penulis. Selain itu, fungsi kutipan terpenting
adalah untuk mengelakkan penulis daripada melakukan plagiat. Penulisan yang tidak
disertakan kutipan akan menyebabkan penulis dianggap telah melakukan kesalahan
ini.
2
2.1.1 Kutipan Langsung
Sivachandralingam ( 2001 ) juga menyatakan bahawa Kutipan langsung adalah
kutipan yang ditulis dalam susunan ayat asal tanpa mengalami sebarang perubahan
dan diberi tempat tersendiri dan terpisah dari teks. Kutipan ini biasanya ditulis dalam
satu baris. Kutipan ini diperlukan apabila penulis tidak dapat menjelaskan idea dalam
kutipan asalnya dengan ayat sendiri. Selain itu, kutipan langsung juga diperlukan
apabila petikan asal kutipan mengandungi bahasa yang terlalu teknikal sehingga
dikhuatiri pengubahan perkataan sendiri akan mengubah makna asalnya.
Menurut Sivachandralingam ( 2001 ) lagi, Kutipan langsung ini terbahagi kepada
dua. Kutipan tersebut adalah kutipan langsung pendek dan kutipan langsung panjang.
Kutipan langsung pendek terbahagi kepada dua, iaitu kutipan langsung pendek kurang
40 patah perkataan dan kutipan langsung pendek di akhir ayat.
Bagi kutipan langsung pendek yang kurang 40 patah perkataan adalah perlu
diberi tanda petik. Tanda petik tersebut adalah tanda berikut ( “…” ). Kutipan langsung
pendek ini juga perlu dinyatakan nama penulis dan juga muka surat. Selain itu,
kedudukan kutipan perlu dimasukkan ke dalam teks. Bagi kutipan langsung pendek di
akhir ayat pula perlulah menyertakan petikan dalam tanda petik dengan tanpa
memasukkan tanda baca asal.
Bagi kutipan langsung panjang pula, ianya adalah kutipan yang mengandungi
lebih 40 patah perkataan ataupun 3 baris. Kutipan ini dibuat dalam perenggan khusus.
Saiz huruf di dalam petikan kutipan hendaklah 1 poin lebih kecil daripada saiz taip teks.
Kutipan langsung panjang ini juga perlu ditaip dengan langkau satu baris.
3
2.1.1.1 Cara Menulis Kutipan
Menurut Azmi Alwi ( 2011 ). Terdapat beberapa cara dalam menulis kutipan.
sekiranya terdapat dua orang penulis, maka penulisan kutipan perlulah dinyatakan
kedua-dua penulis tersebut dan menggunakan perkataan “dan” di antara nama-nama
penulis tersebut.Selain itu, sekiranya kutipan mengandungi tiga hingga lima penulis,
maka perlulah menyenaraikan semua nama untuk kali pertama memetik kutipan dan
menggunakan perkataan “dan” di antara nama-nama penulis di dalam kutipan tersebut.
Sekiranya di dalam petikan hanyalah menggunakan nama penulis pertama diikuti
dengan “et al”dalam kurungan. Bagi penulisan yang mengandungi enam atau lebih
penulis, maka kutipan tersebut hendaklah ditulis dengan mennggunakan nama
pengarang pertama diikuti oleh et al dalam kurungan atau nama pengarang dan et al,
berada sekali dalam kurungan. Begitu juga apabila kutipan mengandungi dua atau lebih
penulis yang sama pada tahun yang sama, maka penulisan kutipan hendaklah
menggunakan huruf lower a,b,c dengan tahun dalam senarai rujukan
Sekiranya kutipan berbentuk organisasi penulis perlulah menyatakan nama
organisasi pada kali pertama memetik sumber sekiranya organisasi mempunyai
singkatan terkenal, termasuk singkatan dalam kurungan pertama kali sumber itu dipetik
dan kemudian hanya menggunakan singkatan dalam petikan kemudian. Kaedah
menulis rujukan yang sama juga digunakan bagi memetik pengenalan, prakata dan
kata pengantar.
Apabila terdapat penulis dengan nama akhir yang sama, maka susun nama
akhir mengikut alphabet bagi mengelakkan kekeliruan. Bagi kutipan yang berbentuk
komunikasi peribadi yang digunakan untuk temuduga, surat, e-mel dan komunikasi,
penulis perlu memasukkan nama, tarikh, bulan dan tahun. Sekiranya kutipan diambil
daripada sumber yang dipetik dalam sumber lain, penulis dikehendaki menamakan
4
sumber asal, penulis juga perlu menyenaraikan sumber sekunder dalam senarai
rujukan termasuk sumber sekunder dalam kurungan. Seterusnya nama kedua-dua
pengarang perlulah dimasukkan ke dalam bibliografi.
Cara menulis kutipan jika tiada pengarang atau tarikh diberikan, kutipan
hendaklah menggunakan gelaran atau perkataan pertama atau dua tajuk dalam
kurungan diikuti dengan sigkatan “t.t” ( untuk “tiada tarikh” ). Adalah lebih baik
sekiranya penulisan kutipan mengadungi penulis dan tarikh. Apabila sumber elektronik
tidak mempunyai nombor halaman, kutipan perlu menggunakan singkatan “para” diikuti
dengan nombor perenggan . Jika perenggan tidak menyatakan perenggan yang di
bawah tajuk, contohnya dalam beberapa sumber elektronik, seperti laman web, orang
ramai boleh menggunakan fungsi dalam pelayar mereka untuk mencari apa-apa
petikan. Penulis dilarang daripada menggunakan nombor muka surat laman web yang
dicetak kerana laman web komputer yang dicetak berbeza dengan penomboran
halaman dokumen yang diambil.
2.1.2 Kutipan Tidak Langsung
Sivachandralingam ( 2001 ) juga menyatakan, kutipan tidak langsung adalah ungkapan
kembali pendapat, ringkasan, gagasan pokok atau kesimpulan daripada sesebuah
penulisan dengan gaya, bahasa dan ayat sendiri. Ianya lebih menarik jika penulis
berjaya mengolah semula petikan yang dipetik bagi tujuan memudahkan pemahaman
pembaca. Penulis perlulah memaklumkan nama penulis dan tahun bahan yang
diterbitkan jika terdapatsebarang perubahan daripada teks asal. Tujuan kutipan ini
adalah untuk menyokong idea penulis asal dan bukannya maklumat sedia ada.
5
2.1.2.1 Cara Menulis Kutipan Tidak Langsung
Terdapat dua cara dalam menulis kutipan tidak langsung. Cara tersebut adalah dengan
cara meringkas dan iktisar. Bagi cara meringkas, penulis perlu meringkaskan karangan
yang panjang dan menyajikan karangan tersebut dalam bentuk ringkasan. Tujuan
meringkas adalah untuk mengembangkan ekspresi penulisan, memudahkan
pemahaman naskhah asal dan memperkuatkan bukti. Cara seterusnya adalah cara
iktisar yang mana penulis menyajikan suatu karangan yang panjang dalam bentuk
ringkas dari naskhah asal tetapi tidak mempertahankan urutan, tidak menyajikan
keseluruhan isi dan menjelaskan secara langsung kepada inti bahasan yang berkait
dengan masalah yang hendak diperjelas.
2.2 Nota Kaki
Menurut Kamus Dewan edisi keempat ( 2005 ). Nota kaki ialah catatan ( keterangan )
pada bahagian bawah sesuatu halaman buku dan lain-lain pada ruang atas teks dan
jidar kaki . Nota kaki juga merupakan maklumat tambahan yang dimuatkan dalam
sesebuah penulisan. Ia adalah nota yang diletakkan di bawah rencana yang
menerangkan lebih lanjut mengenai satu bahagian dalam teks. Hubungan di antara
bahagian teks dengan nota kaki ditunjukkan dengan satu nombor atau simbol di teks
berkenaan. Nota kaki menambah bahan yang boleh menerangkan sesuatu fakta
dengan lebih terperinci, tetapi boleh menganggu perhatian sekiranya dimasukkan
dalam teks berkenaan.
Azmi Alwi ( 2011 ) turut menyatakan bahawa nota kaki juga digunakan dalam
memetik sumber untuk mengukuhkan lagi kredibiliti suatu rencana. Nota kaki adalah
amat diperlukan bagi memberi maklumat tentang asal-usul sumber yang boleh dirujuk
6
di dalam penulisan ilmiah. Penggunaan nota kaki yang terhad adalah dibenarkan bagi
penulisan tesis dalam bidang Sains Sosial dan kemanusiaan. Nota kaki juga diperlukan
sebagai catatan tambahan tentang asal-usul sumber yang boleh dirujuk yang
disediakan oleh penulis bagi menyokong dan menunjang maklumat yang sedang
dibuatnya.Nota kaki juga digunakan dalam bidang sejarah. Penulisannya hendaklah
dinomborkan mengikut nombor berturutan dan selaras dengan urutan ataupun
bilangan.
2.2.1 Fungsi Nota Kaki
Azmi Alwi ( 2011 ) juga menyatakan bahawa nota kaki mempunyai beberapa fungsi dan
kegunaanya. Diantaranya ialah memberi maklumat tentang asal usul sumber.Selain itu,
Ianya dapat memberikan maklumat yang lengkap mengenai sumber yang telah dirujuk
seperti buku dan juga internet. Nota kaki juga dapat membuat rujukan silang. Ianya
bertujuan untuk memaklumkan bahawa perkara yang sama dibincangkan dalam
halaman atau bab lain dalam bahan rujukan yang sama. Nota kaki juga adalah sebagai
bahan rujukan tambahan yang terdapat dalam teks kepada penulis. Fungsi nota kaki
seterusnya adalah sebagai tempat memindahkan petikan secara langsung daripada
bahagian teks kepada bahagian nota kaki. Selain itu, nota kaki juga merupakan
penghargaan kepada penulis dan juga sumber yang dirujuk.
2.2.2 Kaedah Menulis Nota Kaki
Menurut Azmi Alwi ( 2011 ) lagi, terdapat empat kaedah yang boleh digunakan dalam
penulisan nota kaki. Kaedah tersebut adalah gaya American Psychological Association
( APA ), Modern Language Association Of America ( MLA ), The Chicago Manual Style
( CMS ) dan juga gaya Dewan.
7
Kaedah penulisan nota kaki gaya American Psychological Association ( APA )
adalah gaya penulisan yang amat digemari oleh ahli psikologi, ahli sains sosial dan
bidang pendidikan. Sekiranya penulis menulis maklumat tentang rujukan, penulis hanya
perlu menyatakan nama keluarga pengarang, tahun penerbitan dan halaman buku
dalam kurungan. Maklumat lengkap bagi setiap sumber yang dirujuk dalam teks
diberikan dalam senarai bibliografi yang perlu disusun mengikut abjad dan nama
keluarga. Maklumat lengkap tentang rujukan perlulah disenaraikan dalam senarai
bibliografi sekiranya nota kaki tersebut meyatakan bacaan tambahan.
Kaedah penulisan nota kaki gaya Modern Language Association Of America
( MLA ) pula adalah kaedah yang agak jarang digunakan dalam bidang sains sosial.
Gaya penulisan nota kaki jenis ini memerlukan sesuatu petikan disusuli oleh
pengarangnya yang membuat kenyataan tersebut. Dalam penulisan gaya ini , adalah
perlu diletakkan sumber yang lengkap tentang tajuk buku, tempat terbit dan juga
penerbit.
Kaedah penulisan nota kaki gaya The Chicago Manual Style ( CMS ) pula
menggunakan dua kaedah yang utama. Ianya dikenali sebagai nota dan bibliografi.
Diantara ciri-ciri nota kaki gaya ini adalah penulisannya ditulis dengan nama penuh
pengarang. Bahan yang telah diterbitkan perlulah digaris atau diitalikkan. Nota kaki ini
perlulah diletakkan pada bahagian akhir setiap halaman kemudian disusun mengikut
nombor . Selain itu, ianya hendaklah dimulai agak ke dalam sedikit sepertimana
penulisan perenggan . Nota kaki gaya ini juga kebanyakan maklumatnya dipisahkan
oleh koma kecuali maklumat tentang penerbitan yang dinyatakan dalam kurungan.
Ianya perlu ditulis dalam langkau satu baris ( single spacing ), tetapi antara teks
dilangkau dengan dua baris ( double spacing ). Seterusnya bagi catatan nota hujung (
8
end notes ) pula, perlulah ditulis dengan langkau dua baris ( double spacing ). Nota kaki
gaya ini juga tiada penggunaan singkatan seperti op.cit dan loc.cit.
Kaedah penulisan nota kaki gaya Dewan pula adalah gaya yang dianjurkan oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka yang mengemukakan Gaya Dewan dengan kaedah
Penulis-Tarikh. Terdapat empat maklumat yang dinyatakan dalam penulisan nota kaki
gaya ini, iaitu nama penulis, tarikh terbit bahan dan halaman rujukan dalam tanda
kurung. Ianya ditaip pada halaman yang sama, sama ada dalam bahagian awalan,
bahagian teks atau bahagian akhiran. Ianya juga dipisahkan daripada teks oleh satu
garis halus sepanjang 2.5 sm. Cetakannya santak ke kiri diikuti nombor dan bahan nota
dicetak separas dan kedudukannya hanya dipisahkan oleh jarak 1 sm. Begitu juga,
barisnya hendaklah sejalur dengan ayat pertama nota. Saiz taipnya dua poin lebih kecil
daripada saiz teks. Nombornya perlu ditulis dalam bentuk superskrip di dalam teks.
Seterusnya, penomborannya hendaklah berurutan berdasarkan bab dan menggunakan
nombor baru bagi bab yang baru. Jika sekiranya bahan nota melebihi satu halaman,
maka bahan ini dijadikan nota baba atau nota hujung dan diletakkan di hujung bab
tersebut.
2.3 Bibliografi / Rujukan
Menurut Kamus Dewan edisi keempat ( 2005 ). Bibliografi bermaksud menyenaraikan
semua sumber rujukan dan bacaan sama ada yang telah diterbitkan seperti buku, jurnal
dan majalah ataupun yang belum terbit seperti kertas kerja, tesis dan disertasi. Secara
ringkasnya, Sivachandralingam ( 2001 ) menyatakan bahawa bibliografi dapat
membantu pembaca mengetahui sumber-sumber yang digunakan dalam sesuatu kerja
ilmiah. Bibliografi mengandungi senarai bahan yang dirujuk dan tidak dirujuk tetapi
berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan dalam sesebuah karya yang diterbitkan itu.
9
Rujukan pula adalah merupakan senarai semua sumber bahan yang dirujuk dan
digunakan dalam sesebuah penulisan.
Penulisan yang baik perlu mempunyai senarai bibliografi atau rujukan. Ianya
terdiri daripada bahan media cetak dan media elektronik seperti buku, jurnal, artikel,
tesis atau laman web. Bibliografi juga dapat membantu pembaca dan penulis
mengetahui sumber bahan yang dikutip atau disebutkan dalam penulisan.
Terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan dalam penyusunan
bibliografi, antaranya ialah tidak memberi nombor pada bibliografi, urutan nama penulis
adalah mengikut urutan huruf diikuti dengan tidak memasukkan gelaran penulis.
Bibliografi juga perlu diletakkan pada bahagian terakhir tulisan. Bagi nama pengarang
Melayu, Cina dan India perlulah ditulis penuh dalam susunan asal, tetapi bagi
pengarang barat, hanya nama keluarga sahaja yang ditulis. Unsur-unsur yang ditulis
dalam bibliografi adalah nama penulis, tahun penerbitan, judul samaada digaris atau
dicetak ‘italic’, termpat penerbitan dan nama penerbit
2.3.1 Kaedah Penulisan Bibliografi
Menurut Norizan Esa ( 2005 ). Terdapat empat gaya penulisan bibliografi. Gaya
tersebut adalah gaya Chicago The Chicago Manual Style ( CMS ), gaya American
Psychological Association ( APA ), Modern Language Association Of America ( MLA )
dan juga gaya Dewan.
Penulisan bibliografi mengikut gaya Chicago adalah dengan cara menulisnya
mengikut abjad yang terdiri daripada nama keluarga, tajuk buku, tempat terbit ,penerbit
dan tahun terbit. Bibliografi tidak diberi nombor dan disusun dalam langkau sebaris
10
( single spacing ). Bibliografi juga dimulakan di sebelah kiri dan baris kedua hendaklah
dijarakkan daripada baris pertama. Kebanyakan komponen maklumat dalam bibliografi
dipisahkan oleh noktah. Seterusnya nama keuarga pengarang ditulis dengan lengkap
Sekiranya bibliografi gaya ini daripada internet, penulisannya hendaklah
dimulakan dengan nama keluarga mengikut abjad dan diikuti dengan noktah. Baris
pertama hendaklah bermula dari sebelah kiri dan baris berikutnya ditolaktiga atau
empat ketikan ke dalam. Tajuk dokumen diletakkan dalam tanda kutip. Tajuk lengkap
penerbitan ( jika berkaitan ) ditulis dalam italic atau digaris, dan diikuti oleh tanda koma.
Tarikh penerbitan diikuti oleh titik. Alamat laman web pula diletak dalam tanda kurung
sudut ( < > ). Seterusnya tarikh bahan diakses daripada laman web dalam kurungan
dan diikuti dengan noktah.
Penulisan bibliografi gaya American Psychological Association ( APA ) pula
hendaklah disusun mengikut abjad, nama keluarga, tahun terbit, tajuk buku, tempat
terbit dan penerbit. Bagi penulisan nama keluarga pula hendaklah diikuti dengan nama
penuh pengarang dalam singkatan. Baris pertama tentang maklumat penerbitan akan
bermula dari sebelah kiri, sementara baris kedua dan berikutnya akan ditolak tiga
ketikan ke dalam dari sebelah kiri.
Perkataan pertama tajuk buku dimulakan dengan huruf besar dan selepasnya
huruf kecil.Huruf pertama dalam setiap subtajuk buku, artikel dan sebagainya haruslah
dieja dalam huruf besar.Bagi nama khas, di awal huruf adalah huruf besar.Sebahagian
besar daripada maklumat buku dipisahkan oleh tanda titik dan noktah bertindih.
Pengarang yang menghasilkan dua buah buku pada tahunyang sama akan diulang
dengan tahun penerbitan---a,b, dan seterusnya. Tajuk tesis dan kesemua rujukan yang
telah diterbitkanakan digaris. Tajuk artikel tidak digaris tetapi tajuk jurnal akan digaris.
Bagi artikel, jurnal dan tesis, perlu dinyatakan halamannya.
11
Penulisan bibliografi gaya ini perlulah dimulakan pada muka surat baharu, ianya
pelulah ditulis dengan huruf Times New Roman saiz 12, disusun secara berurutan
mengikut abjad berasaskan abjad pertama nama penulis, perlu ditaip tanpa langkauan
( single spacing ) dan santak kiri dan kanan ( justify ).
Penulisan bibliografi sekiranya terdapat seorang penulis dan beberapa buah
bukunya hendaklah digunakan sebagai rujukan, ianya perlu disusun secara kronologi
( mengikut tahun ). Jika sekiranya terdapat seorang penulis dan beberapa buah
bukunya yang telah diterbitkan pada tahun yang sama digunakan sebagai rujukan perlu
disusun tajuk bukunya mengikut turutan abjad dan dilabelkan dengan huruf a,b,c dan
seterusnya pada tahun.
Penulisan bibliografi gaya MLA pada bahagian akhir tulisan harus diletakkan
senarai rujukan dan dimulakan dalam halaman baru. Semua rujukan haruslah ditulis
dengan langkau dua baris ( double spacing ). Maklumat tambahan harus ditolak
sebanyak lima ketikan dari sebelah kiri jika suatu rujukan melebihi satu baris. Senarai
bibliografi perlu disusun mengikut abjad dan nama keluarga dan ditulis dengan lengkap.
Tajuk buku perlu ditulis pada permulaan sekiranya buku tersebut tiada pengarang. Bagi
rujukan buku pula, ia perlulah disusun mengikut nama keluarga pengajaran ( diikuti
oleh noktah ), tajuk buku ( digaris ), tempat terbit ( Bandar ), diikuti oleh noktah
bertindih, kemudian maklumat tentang penerbit yang diikuti oleh tanda koma dan tahun
terbit. Diakhiri dengan noktah. Sekiranya dua buah buku yang dihasilkan oleh
pengarang yang sama,maka perlulah menggunakan tanda sempang ( tiga ) dan diikuti
oleh titik dan kemudian dinyatakan tajuk buku.
Bagi penulisan bibliografi gaya Dewan pula diantara penyusunannya adalah
disusun mengikut abjad, nama keluarga, tahun terbit, tajuk buku, tempat terbit dan
penerbit. Nama penulis atau penyunting perlulah diikuti dengan tanda koma dan tahun
12
penerbitan. Tahun terbit perlulah diikuti dengan tanda noktah. Judul terbitan dicetak
dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah . Bilangan jilid, jika berkaitan, diikuti
dengan tanda noktah, dengan tanda jil. Nama penterjemah, jika bahan terjemahan,
diikuti dengan menjarakkan tanda noktah. Kemudian jadual penerbitan: jika penerbitan
berkala, diikuti dengan tada noktah. Diletakkan “dlm” dan “hlm” jika berkaitan.
Kemudian bilangan siri, jika berkaitan, diikuti dengan tanda noktah. Jika lebih daripada
satu karya dikarang oleh seorang penulis, nama penulis perlu diulang dan disusun
mengikut urutan tahun terbitan. Bilangan edisi / cetakan, jika berkenaan, diikuti dengan
tanda noktah. Tempat terbit diikuti dengan tanda noktah bertindih ( : ). Seterusnya
nama penerbit diikuti noktah. Seterusnya jika pengarang yang menghasilkan dua karya
pada tahun yang sama, judul karya harus disusun megikut abjad dan dicetak penanda
( abjad a-z ) selepas tahun terbit.
3.0 Penutup
Kajian ini pada keseluruhannya menunjukkan bahawa bidang penulisan adalah sangat
penting kepada semua untuk berkomunikasi selain daripada medium elektronik atau
cetak. Bidang penulisan ilmiah ini adalah perlu dipelajari dan difahami kerana ianya
berguna dan banyak memberi manfaat kepada pembaca yang membacanya. Selain
daripada itu, bidang ini juga dapat menyampaikan maklumat dengan lebih jelas dan
meyakinkan pembaca disamping memberikan ilmu pengetahuan secara langsung
kepada pembaca.
13
4.0 Bibliografi
Asmah Hj Omar.2006.Panduan Wacana Akademik: Teori dan Penerapan. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka
Azmi Alwi, Nur. 2011. Bahan Kuliah Menulis Karya Ilmiah. Padang: UNP Press
Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka
Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, Siti Normaniseh Zakaria, Azmi Ayub, Faiziah
Shamsudin, Abd. Rahim ismail, Maria Mansur.et al.(2012). Bahasa
Melayu Kontekstual. Shah Alam:Oxford Fajar Sdn.Bhd
Khairuddin Mohamad.2011. Bahasa Melayu Kontekstual. Oxford University Press.
Norizan Esa ( 2005 ).Kaedah Penulisan Ilmiah. Pensyarah Institut Perguruan
Antarabangsa.Kedah.
Sivachandralingam, Sundara Raja ( 2001 ). Pemikiran dan Penulisan Ilmiah. Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
https://docs.google.com/presentation/d/...d0/edit?pli=1
http://www.academia.edu/4814789/
Kutipan_langsung_dan_tidak_langsung_dalam_penulisan_karya_ilmiah
5.0 Lampiran
14