22
ASSINGMENT 1 ( CP 603 : SOCIAL ASPECT IN PLANNING ) KAEDAH PENYELIDIKAN SOSIAL - STUDY CASE KAJIAN KES : KAJIAN PENDIDIKAN ORANG ASLI DI MALAYSIA DISEMAK OLEH : EN. AZHAR B ABDUL AZIZ KELAS : DPW’6A / DISEMBER 2015 NAMA NO MATRIKS NUR AZUAN HAFIFI BIN MOHD NOORDIN 03DPW13F1053 SYED AHMAD FAIZ BIN SYED ZAINAL 03DPW13F1080 SYED AMILRUL ASYRAF BIN SYED BADLI SHAH 03DPW13F1083 MOHAMAD TAUFIQ BIN ABD HAMID 03DPW13F1005

Kajian Kes : Kajian Pendidikan Orang Asli Di Malaysia

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kajian Kes : Kajian Pendidikan Orang Asli Di Malaysia

ASSINGMENT 1

( CP 603 : SOCIAL ASPECT IN PLANNING )

KAEDAH PENYELIDIKAN SOSIAL - STUDY CASE

KAJIAN KES : KAJIAN PENDIDIKAN ORANG ASLI DI MALAYSIA

DISEMAK OLEH : EN. AZHAR B ABDUL AZIZ

KELAS : DPW’6A / DISEMBER 2015

NAMA NO MATRIKS

NUR AZUAN HAFIFI BIN MOHD NOORDIN 03DPW13F1053

SYED AHMAD FAIZ BIN SYED ZAINAL 03DPW13F1080

SYED AMILRUL ASYRAF BIN SYED BADLI SHAH 03DPW13F1083

MOHAMAD TAUFIQ BIN ABD HAMID 03DPW13F1005

Page 2: Kajian Kes : Kajian Pendidikan Orang Asli Di Malaysia

KANDUNGAN

BAB TOPIK M/S

BAB 1 Pengenalan 1

BAB 2 Konsep Kajian Kes 2-9

BAB 3 Kajian Kes : Kajian Pendidikan Orang Asli Di

Malaysia

1.0 Pengenalan

2.0 Kajian Literatur

3.0 Latar Belakang Masyarakat

4.0 Kajian

5.0 Penemuan Kes

6.0 Cadangan

10-20

Rujukan 21

Lampiran -

Page 3: Kajian Kes : Kajian Pendidikan Orang Asli Di Malaysia

Kajian memberikan kita pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membantu

kita membuat keputusan dalam pelbagai konteks. Bagaimanapun istilah “kajian” biasa

digunakan dengan makna “pengutipan data” (data collection). Ahli-ahli politik

menyatakan mereka menggubal polisi berasaskan kajian, manakala ahli-ahli perniagaan

memaparkan hasil kajian untuk meyakinkan pengguna tentang produk yang mereka

jual. Dalam kajian, pengutipan data adalah penting kepada hala tuju masa depan

penyelidik atau organisasi/institusi tertentu, orang-orang berkepentingan, yang menaja

sesuatu kajian itu.

Dalam kajian pendidikan, misalnya, masalah-masalah pendidikan dikaji oleh para guru

untuk mendapatkan penyelesaian, penjelasan atau ilmu baru yang boleh membantu

guru-guru meningkatkan prestasi mereka dan juga pelajar-pelajar mereka. Data kajian

boleh dikutip melalui pelbagai cara dan daripada pelbagai sumber, yang akhirnya

diringkaskan dalam satu dokumen. Bagaimanapun, sekiranya data ini tidak dapat

ditafsir dengan baik, ia tidak dianggap sebagai satu kajian.

Secara ringkas, data kajian perlu dikutip dan ditafsir secara sistematik berdasarkan

tujuan kajian yang jelas. Dalam hal ini, kajian boleh didefinisikan sebagai pendekatan

saintifik, iaitu sistematik, kepada kajian tentang sesuatu/beberapa masalah. Di sini,

sistematik atau saintifik bermaksud kajian dibuat dengan menggunakan hubungan logik

yang tidak hanya berlandaskan kepercayaan yang tidak mempunyai bukti nyata.

Hubungan logik dan sistematik ini melibatkan penjelasan tentang kaedah pengutipan

dan penganalisisan data, memberi penakrifan yang sesuai terhadap hasil kajian,

menjelaskan sebab-sebab berkaitan hasil yang diperoleh serta menjelaskan segala

batasan yang boleh memberi kesan kepada hasil kajian.

BAB 1 : PENGENALAN

Page 4: Kajian Kes : Kajian Pendidikan Orang Asli Di Malaysia

Di samping itu, ia juga boleh berupa suatu penelitian mendalam terhadap sesuatu

keadaan, atau suatu bentuk dokumen yang tersimpan atau suatu peristiwa tertentu

(Meriam, 1988). Pada umumnya, kajian kes digunakan untuk menjawab soalan kajian

yang bertujuan untuk menghuraikan “bagaimana” atau “mengapa” tentang sesuatu

fenomena. Pemilihan kajian kes juga dipengaruhi oleh kawalan penyelidik ke atas

peristiwa atau fenomena yang dikaji. Sekiranya peristiwa atau fenomena sukar dikawal

oleh penyelidik, maka kajian kes lebih sesuai. Di samping itu, kajian kes juga sesuai

sekiranya fokus kajian ialah fenomena kontemporari dalam konteks kehidupan sebenar

(Yin, 1994).

Kajian kes terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :-

1. Kajian Kes Penerokaan

2. Kajian Kes Deskriptif (cth. Street Corner Society oleh Whyte, 1943)

3. Kajian Kes Penerangan (cth. Essence of Decision: Explaining the Cuban Missile

oleh Allison, 1971.

BAB 2 : KONSEP KAJIAN KES

Kes didefinisikan sebagai suatu fenomena yang berlaku

dalam suatu konteks tertentu dengan lingkungan atau

sempadan yang tersendiri. Individu atau aspek tertentu

dalam sepadan berkenaan dipilih sebagai fokus kajian

untuk menghuraikan fenomena yang menjadi kes. Maka,

kes merupakan suatu unit analisis dalam sesuatu kajian

kes. Kajian kes merupakan suatu inkuiri empirikal yang

mengkaji fenomena semasa dalam lingkungan konteks

kehidupan sebenar. Kajian kes adalah suatu strategi kajian

komprehensif, bukannya suatu teknik pengumpulan data (Yin, 1994). Namun begitu, ia

juga merupakan kajian tentang suatu sistem yang terbatas, melibatkan kajian tentang

suatu detik pada waktu tertentu (Adelman, Jenkin & Kemmis, 1980).

Page 5: Kajian Kes : Kajian Pendidikan Orang Asli Di Malaysia

Proses pelaksanaan kajian kes melibatkan langkah-langkah sistematik yang khusus.

Setiap langkah perlu diikuti dengan teliti bagi membolehkan suatu kajian mendalam

dilakukan. Hal ini perlu kerana kajian kes melibatkan suatu lingkungan atau konteks

khusus yang biasanya terbatas. Tanpa pelaksanaan yang teliti dan sistematik peluang

untuk mendapat data yang secukupnya mungkin tidak tercapai.

Pertama, data tentang latar belakang konteks kes perlu diperoleh sepenuhnya, seperti

bentuk kes, latar belakang sejarah, konteks fizikal, konteks sosial, ekonomi dan politik,

lain-lain yang berkaitan dan, pemberi maklumat tentang kes kajian (Stake,

1994). Kedua, data yang dikumpulkan perlu dianalisis dan diinterpretasi. Proses ini

membolehkan data diurus dan dikelompok-kelompokkan untuk menunjukkan pola atau

tema tertentu. Ketiga, daripada data yang dikelompok-kelompokkan itu, rumusan

kajian dibina. Akhir sekali, keseluruhan laporan kajian ditulis mengikut suatu format

yang sesuai

Perkaitan antara soalan kajian dan pendekatan sangat penting. Soalan-soalan kajian

yang berbeza memerlukan kaedah-kaedah yang berbeza untuk menjawabnya. Secara

umum, jenis soalan yang berkaitan dengan pendekatan kajian kes adalah seperti berikut

:

i. Memerihal sesuatu fenomena untuk tujuan memahaminya.

ii. Meneroka sesuatu bidang yang belum dan kurang dikaji.

iii. Memahami perspektif responden kajian terhadap sesuatu fenomena yang

dipilih.

iv. Memahami sesuatu fenomena sosial secara mendalam

v. Membina teori melalui pendekatan induktif (teori yang dibina berasaskan

data kajian)

Page 6: Kajian Kes : Kajian Pendidikan Orang Asli Di Malaysia

Jadual 1 : Perbezaan Ciri-ciri Kajian Kuantitatif dan Kajian Kualitatif

PERKARA KUANTITATIF KUALITATIF

Istilah Yang

Berkaitan

Dengan

Pendekatan

Eksperimental

‘Hard data’

Perspektif luaran

Empirikal

Positivist

Fakta sosial

Statistik

‘Etic’

Etnografi

Kerja lapangan

‘Soft data’

‘Symbolic Interaction’

Perspektif dalaman

‘Naturalistic’

Ethnomethodologi

Diskriptif

Pemerhatian turut serta

‘Phenomenological’

Dokumentari

Riwayat hidup

Kajian kes

Ekologikal

‘Emic’

Konsep Utama

Pemboleh ubah

Mengoperasi Definisi

Kebolehpercayaan

Hipotesis

Kesahan

Kesignifikanan statistik

Replikasi

ramalan

Makna

Pemahaman sejagat

Definisi situasi

Kehidupan harian

Pemahaman

Proses

Rundingan

bertujuan praktikal

pembinaan sosial

‘Grounded Theory’

Gabungan

Teori

Structural functionalisim

Realism, Positivism

Behavioralisme

‘Symbolic Interaction’

‘Ethnomethodology’

‘Phenomenology’

Page 7: Kajian Kes : Kajian Pendidikan Orang Asli Di Malaysia

‘Logical Empiricm’

‘Systems Theory’

Budaya

Idealisme

Gabungan

Akademik

Psikologi

Ekonomi

Sosiologi

Sains politik

Sosiologi

Sejarah

Anthropologi

Matlamat

Menguji teori

Memperjelaskan fakta

Perihalan statistik

Hubungan antara pemboleh

ubah

Ramalan

Membina konsep

Memerihal realiti

pelbagai

‘Grounded Theory’

Meningkatkan

pemahaman

Reka Bentuk

Berstruktur

Ditentukan lebih awal

Formal

Spesifik

Prosedur kajian yang

terperinci

Terbuka kepada

perubahan

Fleksibel Umum

Membuat tekaan

terhadap cara kajian

Penulisan

Cadangan

Kajian

Panjang lebar

Terperinci dan jelas

fokusnya

Prosedur spesifik dan

terperinci

Tinjauan bahan kajian yang

mendalam

Ditulis sebelum data

dipungut

Menyatakan hipotesis

Ringkas

Spekulatif

Mencadangkan bidang

kajian yang hendak dikaji

Ditulis selepas mendapat

sebahagian daripada data

Tinjauan bahan kajian

tidak mendalam

Pernyataan pendekatan

yang umum

Page 8: Kajian Kes : Kajian Pendidikan Orang Asli Di Malaysia

Data

Kuantitatif

Koding boleh dikira

Kiraan dan ukuran

Pembolehubah yang boleh

didefinisikan

Statistik

Diskriptif

Dokumen peribadi

Nota kerja lapangan

Gambar

Pendapat perseorangan

Dokumen rasmi

Bahan-bahan artifak

Sampelan

Besar

Berstrata

Kumpulan kawalan

Tepat

Pemilihan secara rawak

Mengawal pengganggu

pembolehubah

Kecil

Tidak mewakili populasi

Persampelan teoritikal

Teknik /

Kaedah

Eksperimen

Tinjauan

Temubual berstruktur

Kuasi eksperimental

Pemerhatian berstruktur

Set data

Permerhatian

Mengkaji pelbagai

dokumen dan artifak

Pemerhatian turut serta

Temubual

tidak berstruktur

Hubungan

Dengan

Responden

Jangka pendek

Hubungan tidak akrab

Mengekalkan status sebagai

penyelidik dan responden

Empati

Menekankan unsur

kepercayaan

Kesamarataan

Hubungan mesra

Responden sebagai rakan

Mengutamakan

keobjektifan

Page 9: Kajian Kes : Kajian Pendidikan Orang Asli Di Malaysia

Alat Kajian

Inventori

Soal selidik

Indeks

Komputer

Skala

Skor ujian

Alat perakam suara

‘Transciber’

Penyelidik bertindak

sebagai alat kajian

Analisis Data

Deduktif

Dilaksanakan selepas

pungutan data

Statistikal

Berterusan

Model, tema dan konsep

Induktif

Analisis bersifat induktif

‘Constant Comparative

method’

Permasalahan

Dalam

Menggunakan

Pendekatan

Mengawal pemboleh ubah

yang lain

Terlalu rigid

Kesahan

Mengambil masa panjang

Kesukaran menyaring

data

Kebolehpercayaan

Prosedur tidak rigid

Sukar mengkaji

responden yang besar

jumlahnya

Page 10: Kajian Kes : Kajian Pendidikan Orang Asli Di Malaysia

Jadual 2 : Langkah Asas Proses Kajian

PROSES ASAS PROSES CATATAN

Mengenal Pasti

Focus/

Isu/Masalah

Pernyataan masalah

kajian

Persoalan kajian

/hipotesis

Definisi istilah

Tinjauan literature

Kerangka konsep kajian

Bacaan awal dan tinjauan awal

yang luas perlu dilakukan untuk

memahami isu /focus/masalah

yang ingin dikaji atau difahami.

Perbincangan dan pemikiran

perlu fokus, khusus dan perinci

atau didefinisikan sendiri

Pembinaan kerangka konsep

menentukan skop kajian dan akan

memudahkan perbincangan kelak.

Merancang

Strategi Kajian

Metodologi kajian

-rekabentuk kajian

-persampelan

-instrumentasi

-prosedur kajian

-kaedah analisis data

(Langkah 1 & 2 terkandung

dalam kertas cadangan kajian)

Komponen perancangan adalah

standard dan boleh berubah

mengikut jenis kajian atau

rekabentuk yang dibina.

Rekabentuk kajian harus

berpotensi menjawab semua

persoalan dan hipotesis kajian

dengan menyakinkan.

Melaksanakan

Strategi

Melaksanakan kerja

lapang mengikut

rancangan sambil

mengumpul data

Prosedur kajian mungkin perlu

diubahsuai mengikut reality dan

keadaan kerja lapang.

Pengumpulan data harus

mengikut prosedur yang

tepat dan sah

Mengumpul

Dan Analisis

Data dikumpul, disusun

dan dianalisis mengikut

Pengumpulan dan penyusunan

sebaik-baiknya setelah dikumpul

Page 11: Kajian Kes : Kajian Pendidikan Orang Asli Di Malaysia

Data kaedah analisis yang

sesuai

semasa kerja lapang. Data

dianalisis mengikut kaedah yang

dikenal pasti.

Membuat intepretasi.

Membuat

Kesimpulan /

Generalisasi

(Mereflek)

Membuat taksiran dan

kesimpulan

Menjawab soalan kajian

Membincangkan

implikasi dapatan kajian

Mencadangkan tindakan

atau kajian lanjutan

Kesimpulan harus berdasarkan

dapatan kajian sahaja

Page 12: Kajian Kes : Kajian Pendidikan Orang Asli Di Malaysia

1. Pendahuluan

1.1 Pengenalan

Pembangunan di Malaysia semakin menyerlah dalam pelbagai aspek seperti dari

segi struktur ekonomi, sosial dan politik. Peningkatan pencapaian pendidikan

yang semakin memberansangkan pula merupakan satu kriteria penting dalam

menyediakan tenaga kerja mahir dan separuh mahir. Prestasi cemerlang dalam

akademik merupakan kayu ukur kejayaan seseorang dan diiringi dengan

peluang-peluang pekerjaan yang bergaji lebih tinggi. Namun demkian,

pencapaian ini tidaklah dinikmati untuk semua etnik dalam masyarakat.

YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia, dalam

ucapannya semasa majlis Pecah Tanah di tapak pembinaan sekolah rendah di

Kampung Orang Asli Simpai, Pekan, Pahang, beliau menyatakan bahawa terdapat

tiga kunci utama untuk mengatasi fenomena keciciran dalam kalangan Orang

Asli, iaitu (Buletin ASLI , 2011):

1. Sekolah perlu dibina berdekatan dengan perkampungan Orang

Asli;

2. Sekolah perlu dilengkapi dngan sumber tenaga guru yang

berdedikasi dan memiliki komitmen tinggi dalam bidang

pendidikan; dan

3. Ibu bapa perlu mendorong kejayaan akademik anak-anak mereka.

Namun demikian, tidak semua perkampungan Orang Asli mempunyai

persekolahan dekat dengan penempatan mereka. Jika kedudukan sekolah jauh di

kawasan pedalaman, akan wujud pula kesukaran mendapat tenaga guru yang

dapat mengisi kekosongan tersebut.

BAB 3 : KAJIAN KES : KAJIAN PENDIDIKAN ORANG ASLI DI MALAYSIA

Page 13: Kajian Kes : Kajian Pendidikan Orang Asli Di Malaysia

1.2 Penyataan Masalah

Antara masalah yang berkaitan ialah :

i. Masalah kadar keciciran pendidikan dalam kalangan Orang Asli semakin

meningkat.

ii. Pengabaian aspek pendidikan oleh ibu bapa dalam kalangan masyarakat

Orang Asli.

1.3 Tujuan

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan mengenalpasti isu-isu berkaitan yang

mendorong kadar keciciran semakin meningkat dalam kalangan Orang Asli di

Malaysia.

1.4 Objektif

Beberapa objektif telah dikenalpasti, antaranya ialah :

i. Mengenalpasti peratusan kadar keciciran pendidikan anak-anak

masyarakat Orang Asli.

ii. Mengkaji isu-isu yang menjadi kekangan kepada peningkatan pendidikan

anak-anak Orang Asli

iii. Mencadangkan penambahbaikan kepada usaha mempertingkatkan

pendidikan anak-anak Orang Asli.

1.5 Proses Kajian

Berikut ialah peringkat kajian :

i. Peringkat Pertama : Kajian Awalan

ii. Peringkat Kedua : Kajian Literatur

iii. Peringkat Ketiga : : Latar Belakang Masyarakat Kajian

iv. Peringkat Keempat : Penemuan Kajian

v. Peringkat Kelima : Cadangan

Page 14: Kajian Kes : Kajian Pendidikan Orang Asli Di Malaysia

2. Kajian Literatur

Menurut Bynner (1998) pendidikan di Britain mendapat fokus yang tinggi

dariapada kerajaan. Ini adalah berikutan hasil pengamatan yang menunjukkan

penduduk pada tahun 1960-an yang berhenti persekolahan pada usia 16 tahun

mudah mendapat pekerjaan sebab jumlah peluang pekerjaan banyak dan kadar

pengangguran adalah rendah. Namun demikian, sejak tahun 1970-an trend ini

mula berubah, sebab individu yang berhenti alam persekolahan sukar mendapat

pekerjaan dan bagi yang dapat pekerjaan tidak dapat mengekalkan kerjanya

untuk tempoh yang panjang. Trend ini membimbangkan sebab peluang

pekerjaan menjadi semakin tipis. Dalam era globalisasi dengan rancaknya

pergerakan pekerja dan canggihnya ICT, pekerja memang perlu dilengkapi

dengan pendidikan dan latihan pendidikan vokasional (TVET).

Kajian yang dilakukan oleh Santha Kumar a/l Payani Yanai (2001) bertajuk

“Masalah Keciciran Pendidikan di Kalangan Anak-anak Orang Asli di Melaka”

menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi masalah keciciran pendidikan

dalam kalangan anak-anak Orang Asli adalah berdasarkan aspek ekonomi, sosial

dan persekitaran budaya. Saranan beliau ialah untuk meneruskan usaha

mempertingkatkan taraf pendidikan anak-anak Orang Asli dalam menyelesaikan

masalah ini.

Kajian Siti Huwaina Bt Yaacob (1999) bertajuk “Pencapaian Pendidikan di

Kalangan Orang Asli di Kelantan” lebih menekankan pencapaian pelajar Orang

Asli sebagai fokus utama dalam kajiannya. Sekolah dilihat sebagai faktor utama

dalam meningkatkan pencapaian pelajar Orang Asli. Beliau telah menumpukan

perhatian dalam aspek pentadbiran dan pengurusan sekolah, guru-guru dan

pelajar-pelajar serta strategi pelaksanaan program dan perkhidmatan

pendidikan yang telah dilakukan oleh kerajaan dan JHEOA (kini dikenali sebagai

JAKOA) dalam mengkaji pencapaian pelajar-pelajar Orang Asli.

Ruhaida Mohammad Shohor (1995) telah menjalankan kajian terhadap JHEOA

bertajuk “Penilaian Peranan JHEOA dalam pelaksanaan”. Kajian ini lebih bersifat

Page 15: Kajian Kes : Kajian Pendidikan Orang Asli Di Malaysia

kajian organisasi yang menumpukan perhatian kepada peranan yang dimainkan

oleh JHEOA. Beliau meneliti sejauh manakah penyediaan perkhidmatan

pendidikan oleh JHEOA telah mempengaruhi pencapaian di kalangan komuniti

Orang Asli.

Pada tahun 1991, seorang lagi penulis yang membuat kajian tentang Orang Asli

iaitu Mohamad Hanif Zakaria bertajuk “ Pendidikan Formal Orang Asli di Kuala

Langat Selangor”. Beliau meneliti persoalan keciciran dengan melihat bilangan

pelajar yang mendaftar masuk ke sekolah dan aliran jumlah para pelajar yang

dapat bertahan dari setahun ke setahun. Beliau menekankan bahawa masalah

keciciran kebanyakan disebabkan oleh sikap Orang Asli itu sendiri iaitu sikap

mereka yang malas. Walaupun begitu, terdapat faktor-faktor lain yang

mendorong kepada kecicirannya.

Kajian Zainal Abidin Borhan (1984) “Pelajaran dan Mobiliti Orang Asli di

Gombak” menfokuskan perubahan yang berlaku dalam kalangan Orang Asli

berhubung dengan pekerjaan dan pendidikan. Mobiliti sosial berlaku dengan

adanya pertukaran bentuk pekerjaan yang dahulunya lebih bersifat pertanian

kepada pekerjaan makan gaji.

Page 16: Kajian Kes : Kajian Pendidikan Orang Asli Di Malaysia

3. Latar Belakang Masyarakat Kajian

Orang Asli ialah penduduk terawal yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu.

Masyarakat Orang Asli di Malaysia dibahagikan kepada tiga kumpulan yang

terbesar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli. Setiap satu kumpulan ini

dipecahkan lagi kepada 18 suku kaum yang lebih kecil. Pecahan ini dibuat

berdasarkan perbezaan asal usul, tutur bahasa dan juga rupa bentuk fizikal

mereka. Mereka merupakan sebuah masyarakat yang unik, kaya dengan

kebudayaan dan amalan tradisi mereka yang tersendiri. Memahami dan

menghayati cara hidup mereka adalah perlu kerana mereka juga sebahagian

daripada rakyat Negara ini yang berhak untuk hidup selesa tanpa perlu

dipandang rendah.

Sejak dari zaman sebelum merdeka lagi, kehidupan mereka yang unik telah

menjadi tumpuan para pengkaji tumpuan para pengkaji terutama pengkaji dari

barat. Pihak kerajaan telah mewujudkan satu jabatan khas untuk menjaga hal

ehwal Orang Asli. Jabatan yang diberi nama Jabatan Kemajuan Orang Asli

(JAKOA) yang dulunya dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEAO)

menjadi payung kepada masyarakat Orang Asli selama ini. Peranan jabatan ini

adalah untuk menjaga kebajikan Orang Asli sepenuhnya. Mereka menyediakan

kemudahan asas seperti rumah baru, bekalan enjin kuasa (generator),

menguruskan saluran bekalan air, sekolah, balai raya, surau, menyediakan elaun

sara hidup untuk setiap keluarga dan banyak lagi kemudahan semasa yang

menjadi keperluan masyarakat istimewa ini.

Kebanyakan daripada mereka tinggal di hutan belantara dan tanah-tanah tinggi

di antara 2000 hingga 6000 kaki dari paras laut. Terdapat 40% daripada mereka

tingga di tanah rendah dan persisiran pantai. Secara tradisi, Orang Asli hidup

dalam kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri dari 10 hingga 50 kelamin.

Walaupun ada sebahagian daripada mereka yang masih hidup secara berpindah

randah tetapi 80%-90% sudah pun menetap di kampung-kampung.

Page 17: Kajian Kes : Kajian Pendidikan Orang Asli Di Malaysia

4. Hasil Kajian

Pencapaian pendidikan Orang Asli dalam tempoh 1980, 1991 dan 2000

ditunjukkan oleh Jadual 3.

JADUAL 3: Tahap Pendidikan Orang Asli di Malaysia, 1980, 1991 dan 2000 (%)

Jadual 3 menunjukkan bahawa peratus Orang Asli yang tiada pendidikan formal

semakin menurun dari tahun 1980 hingga 2000. Sementara, peratus penyertaan

dalam sekolah rendah, sekolah menengah rendah, sekolah menengah atas dan

tahap tertiary semakin meningkat. Tahap pendidikan secara keseluruhannya

lebih baik dalam kalangan lelaki berbanding dengan perempuan pada semua

tahap kecuali pada tahap sekolah menengah atas dan peringkat tertiari.

Jadual 4, Jadual 5 dan Jadual 6 menunjukkan enrolmen Orang Asli di peringkat

sekolah rendah, sekolah menengah (rendah dan atas) serta tertiari.

Page 18: Kajian Kes : Kajian Pendidikan Orang Asli Di Malaysia

JADUAL 4 : Enrolmen Orang Asli di Sekolah Rendah, 2000 - 2007

Daripada Jadual 4 di atas, dapat dilihat bahawa pada setiap tahap sekolah rendah

terdapat kanak-kanak Orang Asli yang tercicir yang tidak meneruskan

pendidikan mereka untuk tahap berikutnya. Kadar keciciranpaling ketara

apabila beralih daripada Tahun 5 kepada Tahun 6. Ini mungkin disebabkan

adanya peperiksaan UPSR yang menyebabkan murid-murid menjadi takut

menghadapinya dan terus keluar daripada alam persekolahan atau kos-kos

perbelanjaan di sekolah pada peringkat ini yang menjadi beban kepada ibu bapa

yang tidak dapat ditanggung dan memilih tidak menghantar anak ke sekolah.

JADUAL 5 : Enrolmen Orang Asli di Sekolah Menengah, 2000 – 2007

Jadual 5 menunjukkan bahawa tidak semua murid-murid yang tamat Tahun 6 di

peringkat sekolah rendah memasuki sekolah menengah rendah. Walaupun pada

setiap tahap sekolah menengah terdapat peningkatan jumlah murid-murid

Orang Asli, namun demikian, jumlah yang menyambung ke tahap berikutnya

semakin berkurangan menunjukkan exit atau keciciran Orang Asli daripada alam

Page 19: Kajian Kes : Kajian Pendidikan Orang Asli Di Malaysia

persekolahan sehingga akhirnya jumlah yang menduduki peperiksaan STPM dan

memasuki IPT juga menjadi kurang daripada 100 orang.

JADUAL 6 : Graduan Orang Asli di Peringkat IPT, 2000 - 2007

Jumlah graduan universiti dalam kalangan Orang Asli pula hanya berjumlah 316

untuk keseluruhan tempoh 2000-2007.

JADUAL 7 : Kadar Keciciran Orang Asli di Malaysia, 2000 -2007

Page 20: Kajian Kes : Kajian Pendidikan Orang Asli Di Malaysia

5. Cadangan

5.1. Aspek Ekonomi

Sektor ekonomi Orang Asli amat bergantung kepada kedudukan geografi. Bentuk

muka bumi yang berbeza memberikan sumber alam yang berbeza. Kegiatan

ekonomi memang mempengaruhi keseluruhan masyarakat hidup Orang Asli.

Mereka mula merebut peluang untuk mendapatkan pendapatan yang lebih.

Kebanyakan pekerjaan Orang Asli bersifat untuk tujuan sara diri walaupun

bekerja sekian lama. Apa yang dimaksudkan di sini ialah gaji ataupun wang yang

mereka perolehi untuk bulan tertentu akan dihabiskan dalam masa beberapa

hari sahaja, tidak untuk tujuan simpanan bagi persediaan masa tua ataupun

pelaburan pendidikan.

Selain itu terdapat juga masyarakat Orang Asli yang yang terlibat dalam sektor

pertanian. Terdapat juga penduduk mencari rezeki dengan menjual hasil hutan

seperti rotan, kayu dan dammar. Hasil hutan ini akan dijual kepada peraih yang

datang ataupun dijual mengikut permintaan. Atas faktor ini juga menyebabkan

wujudnya anak-anak Orang Asli yang berhenti sekolah disebabkan tiada

kelansungkan wang untuk membiayai kos pendidikan.

Usaha yang boleh dilakukan oleh kerajaan ialah membantu dalam meningkatkan

pendapatan isi rumah setiap keluarga supaya wang yang diporelehi bukan sahaja

bersifat sara diri tetapi memenuhi keperluan asas seorang manusia sekaligus

meningkatkan taraf pendidikan anak-anak Orang Asli. Dianggarkan pendapatan

isi rumah Orang Asli hanya sekitar RM 600 hingga RM 1,000 sebulan untuk

membiayai segala kos. JAKOA boleh menambahkan lagi peruntukan elaun

kepada masyarakat Orang Asli seluruh negara dan juga memberi kemahiran

pertukangan dan sebagainya yang difikirkan bersesuaian, yang boleh

mendatangkan pendapatan yang lebih lumayan.

Page 21: Kajian Kes : Kajian Pendidikan Orang Asli Di Malaysia

5.2 Aspek Pendidikan

Perkampungan Orang Asli biasanya terletak di kawasan pedalaman. Sekolah

tidak semestinya dekat dengan perkampungan. Ini disukarkan dengan keadaan

geografi setempat yang berbukit dan dihimpit jurang gaung dan keadaan hutan

yang tebal menjadikan mustahil menyediakan setiap kampung sebuah sekolah

untuk kemudahan penduduk kampung. Sungguhpun demikian, kemudahan

pendidikan tetap diberikan kepada masyarakat Orang Asli tetapi dalam bentuk

berpusat. Beberapa pusat pendidikan bagi anak-anak Orang Asli dibina bagi

kemudahan beberapa buah kampung. Pusat-pusat pendidikan ini dirikan di pos-

pos yang terdapat di kawasan Orang Asli.

Usaha yang paling penting dalam mengatasi isu keciciran anak Orang Asli di

seluruh negara ialah usaha menangkis mentaliti ibu bapa di kalangan Orang Asli

ini tentang pentingnya pendidikan kepada anak-anak mereka dan tidak boleh

lagi mengharapkan anak-anak yang akan membantu mencari hasil hutan

bersama mereka. Sekurang-kurangnya, taraf hidup anak-anak Orang Asli ini

lebih sempurna walaupun berada di dalam hutan belantara yang luas.

Pada masa yang sama, usaha dalam bentuk fizikal tidak boleh diabaikan begitu

sahaja. Antara usaha fizikal tersebut ialah :

i. Sekolah perlu dibina berdekatan dengan perkampungan Orang Asli.

ii. Sekolah perlu dilengkapi dngan sumber tenaga guru yang berdedikasi

dan memiliki komitmen tinggi.

iii. Keperluan silibus pendidikan yang bersistematik.

Pendidikan dan kerjaya sememangnya dua perkara yang berkait rapat dengan

taraf atau kualiti hidup sesebuah masyarakat. Bagi mendapatkan kerjaya yang

baik dan pendapatan yang bagus, hanya pendidikan yang baik sahaja yang

mampu menjamin impian ini. Begitu juga dengan masyarakat Orang Asli tidak

juga ketinggalan di dalam meningkatkan kualiti hidup mereka melalui

pendidikan. Pendidikan yang diterima mereka sedikit sebanyak telah membantu

mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.

Page 22: Kajian Kes : Kajian Pendidikan Orang Asli Di Malaysia

Ibu Pejabat Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEAO) Kuala Lumpur JAKOA. 2011. ”Tiga

Kunci Elak Keciciran Pelajar Orang Asli – PM.”Buletin ASLI. www.jakoa.gov.my.

Abu Talib Bon (1984) Perkembangan Pelajaran di Kalangan Orang Asli. Rampaian

Pengajian Melayu. Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Abdul Hamid Jaafar (2012) Transformasi Modal Insan melalui Peningkatan

Pendidikan: Kajian Kes Komuniti Orang Asli. Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

RUJUKAN