23
JABATAN PELAJARAN PERAK PROGRAM KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAK PERINGKAT SEKOLAH 2008 Meningkatkan Kemahiran Pertuturan Dalam Bahasa Inggeris Melalui Kaedah Ujian Oleh Zarina bt Mohamed Yusoff Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Wan Ahmad Rasdi 34850 Changkat Jering Perak Darul Ridzuan

Kajian tindakan bahasa inggeris

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: Kajian tindakan bahasa inggeris

JABATAN PELAJARAN PERAK

PROGRAM KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAKPERINGKAT SEKOLAH

2008

Meningkatkan Kemahiran Pertuturan Dalam Bahasa Inggeris Melalui Kaedah Ujian

Oleh

Zarina bt Mohamed YusoffSekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Wan Ahmad Rasdi

34850 Changkat JeringPerak Darul Ridzuan

27 Jun 2008

Kelolaan

UNIT KURIKULUMJABATAN PELAJARAN PERAK

Page 2: Kajian tindakan bahasa inggeris

SEKALUNG PENGHARGAAN

Assalamualakikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah kerana dengan limpah dan rahmatNya akhirnya dapat juga saya menyiapkan Program Kajian Tindakan bagi tahun 2008 ini. Tajuk kajian saya ini iaitu “English Golden Dreams Project” merupakan penambahbaikkan kepada program kajian tindakan yang telah dijalankan pada tahun 2002 dahulu. Saya merasakan perlu untuk menjalankan program yang sama ini memandangkan program ini telah terhenti begitu sahaja tanpa adanya sebarang program susulan bagi mengantikannya sedangkan rata-rata pelajar amat lemah dalam aspek pertuturan bahkan amat lemah dalam subjek ini sendiri. Oleh itu, saya merasakan amat perlu untuk menjalankan kembali program ini dengan diberi nilai tambah dimana yang perlu dan jumlah pelajar yang terlibat juga dikurangkan bagi memastikan lebih keberkesanan yang dapat diperolehi dari program ini.

Saya menggunakan Bahasa Melayu dalam kajian ini memandangkan kajian sebelum ini juga menggunakan bahasa ini dan saya merasakan jika diberi peluang membuat pembentangan, saya rasa rata-rata “ audience” yang ada akan lebih faham tentang apa yang cuba saya sampaikan (audience terdiri dari guru-guru yang pelbagai opsyen).

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berusaha Penolong Kanan Pentadbiran iaitu En. Muhamad Dan b. Mahat kerana telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Sesungguhnya, pengalaman dalam menyiapkan kajian ini merupakan pengalaman yang tidak ternilai harganya. Mungkin masih terdapat kelemahan dalam kajian ini walaupun telah dilakukan penambahbaikkan, namun diharapkan ianya sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam menjalankan kajian yang berbeza di kemudian hari.

Akhir sekali, sekalung penghargaan juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak untuk menyempurnakan laporan Kajian ini.

Sekian, WASSALLAM.

2

Page 3: Kajian tindakan bahasa inggeris

MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERTUTUR BAHASA INGGERIS SECARA LISAN DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2C

Oleh :Zarina bt. Mohamed Yusoff

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Wan Ahmad Rasdi34850 Changkat Jering, Perak Darul Ridzuan

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran bertutur Bahasa Inggeris secara lisan di kalangan pelajar Tingkatan 2C. Seramai 32 orang pelajar akan menjadi peserta dan seramai 21 orang pelajat Tingkatan 4Sc menjadi penguji. Tinjauan awal telah dilakukan melalui kaedah pemerhatian, temu bual dan soal selidik latar belakang pelajar.Hasil tinjauan menunjukkan hampir kesemua pelajar-pelajar kelas ini tidak dapat memberi respon yang baik dalam pertuturan yang memerlukan penggunaan Bahasa Inggeris. Ini menunjukkan bahawa rata-rata pelajar sekolah ini menghadapi masalah ini. Ini adalah disebabkan keadaan sosioekonomi serta latar belakang pelajar yang terdiri dari pelajar kampung yang tidak diberi pendedahan, sokongan dan bantuan dari segi petuturan sejak dari kecil lagi. Oleh itu, satu perancangan yang sistematik perlu dilaksanakan bagi mengurangkan masalah ini. Program yang dijalankan secara berkala ini sekurang-kurangnya dapat menarik minat pelajar untuk bertutur walaupun pertuturan tersebut telah ditentukan topik atau tema-tema tertentu yang perlu diikuti. Tajuk-tajuk yang diberi berkait rapat dengan kehidupan seharian pelajar dan sekurang-kurangnya pelajar dapat memberi respon seumpamanya apabila perkara yang sama di soal jika mereka telah keluar dari sekolah ataupun sekurang-kurangnya menolong dalam Ujian Lisan Bahasa Inggeris mereka nanti. Konklusi daripada tinjauan dan pemantauan yang dibuat menunjukkan satu perubahan yang positif ke arah memperkembangkan potensi dalam pertuturan Bahasa Inggeris mereka.

3

Page 4: Kajian tindakan bahasa inggeris

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ WAN AHMAD RASDI34850 CHANGKAT JERING

PERAK

TAJUK : PROGRAM “ENGLISH GOLDEN DREAMS” 2008

1. Pendahuluan

Program ini merupakan satu daya usaha berterusan yang dijalankan oleh Panitia Bahasa Inggeris dan Persatuan Bahasa Inggeris dalam melahirkan pelajar-pelajar yang boleh bertutur Bahasa Inggeris dengan menggunakan sebutan dan tatabahasa yang betul apabila berbual. Program ini merupakan satu program yang diwujudkan semula berdasarkan satu program yang telah dijalankan pada tahun 2002 dimana program ini dirasakan sesuai memandangkan rata-rata pelajar sekolah ini mempunyai masalah untuk bertutur secara lisan dengan rakan-rakan serta guru ( hampir 99.9% pelajar sekolah ini lemah dalam pertuturan Bahasa Inggeris).

Strategi yang dipilih ialah dengan meningkatkan kemampuan pelajar-pelajar bertutur Bahasa Inggeris. Pelajar dirangsang dengan pendekatan simulasi ( simulation ) dan main peranan ( role play ). Mereka dirangsang untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dalam suasana yang sebenar melalui beberapa siri ujian lisan dalam bentuk temubual dan pengucapan awam dalam kelas.

Peserta program ini merupakan pelajar-pelajar tingkatan 2C sahaja dan bukan pelajar-pelajar tingkatan tiga seperti yang dijalankan pada tahun 2002 dahulu. Para penguji yang dipilih pula ialah pelajar-pelajar dari Tingkatan 4Sains sahaja dan bukan pelajar-pelajar Tingkatan 5 seperti sebelum ini. Kedua-dua tingkatan ini dipilih memandangkan kelas-kelas terbabit tidak terlibat dengan peperiksaan awam dan ini membolehkan projek dijalankan bila-bila masa secara berterusan tanpa mengganggu pembelajaran pelajar-pelajar itu sendiri. Bilangan pelajar yang berkurangan (hanya 1 kelas terlibat ) diambil supaya pemantauan yang lebih kerap dilakukan dan boleh melibatkan semua pelajar dengan lebih menyeluruh lagi. Jika pelajar yang terlibat terlampau ramai, ianya pasti sukar diselia dan keberkesanan program ini kurang menyerlah ( diketahui dari keputusan program terdahulu ).

Pelajar-pelajar dilibatkan sepenuhnya dan guru bertindak hanya sebagai fasilitator dan melibatkan diri secara minima dalam membuat penilaian dan tugas-tugas pemantauan.

Keseluruhan program ini mengandungi tiga fasa ujian iaitu Fasa Pertama, Fasa Kedua dan Fasa Ketiga.Pada Fasa Pertama, pelajar akan diuji dengan cara ditemubual oleh penguji berkaitan dengan diri, keluarga, tempat-tempat tertentu, suasana di pasar, di restoran dan sebagainya. Pada Fasa Kedua pula mereka akan ditemubual dengan panduan soalan bergambar sebagai rangsangan. Akhirnya, pada Fasa Ketiga, pelajar akan dikehendaki bercakap secara lisan tentang topik-topik tertentu.

4

Page 5: Kajian tindakan bahasa inggeris

2. Kajian Literatur

Sebahagian besar daripada kalangan pakar berpendapat bahawa kemahiran lisan ( mendengar dan bertutur ) sebagai asas penting bagi kemahiran lain seperti menulis dan membaca, ( Abdul Aziz Abdul Talib, 1993 ). Selanjutnya beliau menambah, kemahiran menghasilkan bahasa yang betul dalam pertuturan sudah tentu akan mempengaruhi kemahiran menghasilkan bahasa melalui penulisan.

Mengikut Mohd Hilmy ( 1982 ), pertuturan adalah menjadi asas kepada hampir semua pembelajaran bahasa. Pertuturan mendahului bacaan dan latihan bertulis. Beliau seterusnya menyatakan, murid-murid sepatutnya boleh menyusun fikiran dan idea-idea dalam pertuturannya sebelum ia membuat latihan bertulis, fikiran dan idea-idea dalam pertuturannya sebelum ia membuat latihan bertulis.

Sementara itu dari segi pengujian lisan pula, Heaton ( 1979 ), mencadangkan teknik membaca secara kuat, bercerita tentang gambar bersiri, temu bual dan bercakap tentang sesuatu tajuk yang diberikan. Heaton seterusnya menambah pengujian kemahiran lisan dianggap lengkap dan seimbang jika pengujian itu mengandungi bahagian seperti berikut :

i) Temubual (mengandungi 60% daripada markah penilaian )ii) Bacaan secara kuat ( 20% )iii) Bercerita tentang gambar atau gambar bersiri ( 20% )

Merujuk kepada pengujian kemahiran bercakap menggunakan kaedah “ berucap menurut topic atau tema” Abdul Aziz Abdul Talib ( 1993 ), menjelaskan bahaw murid-murid akan diberi pilihan beberapa topik yang sesuai dan menarik. Seorang murid akan memilih satu topic daripada pilihan yang diberikan dan diberi masa satu atau dua hari bagi menyediakan ucapan pendeknya berkaitan dengan topik-topik yang dipilih ( topik-topik dipilih adalah mudah dan sesuai dengan tahap dan kebolehan pelajar ).

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua pula seharusnya agak berbeza sedikit berbanding pendekatan yang diambil untuk bahasa pengantar. Mengikut Boon, K.Koh ( 1981 ), guru bahasa kedua seharusnya memotivasikan pelajar dengan mengeksploitasikan keperluan yangsedia ada dan menimbulkan keperluan baru. Teknik-teknik pengajaran bahasa kedua patutlah sebanyak mungkin mewujudkan secara simulasi situasi-situasi sewajarnya dan merangsang penutur asli menggunakannya atau seperti ditegaskan oleh Mackey ( 1965 ), menghasilkan semula situasi-situasi dalam mana pelajar itu akan memerlukan bahasa itu. Beliau menjelaskan lagi bahawa seseorang guru bahasa kedua mestilah cekap memainkan peranannya sebagai “motivator” yang dapat menggunakan minat dan keinginan pelajar untuk belajar bahasa kedua.

5

Page 6: Kajian tindakan bahasa inggeris

Mengikut Mohd. Dahalan Mohd. Ramli (1994), bahawa teknik simulasi dan main peranan sesuai digunakan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa para pelajar, terutamanya dalam kemahiran mendengar dan bertutur.

Selain kemahiran mendengar dan bertutur simulasi dan main peranan juga dapat membantu para pelajar meningkatkan lagi kemahiran membaca dan menulis. Ini ternyata apabila pelajar dikehendaki membuat rujukan dan mencari serta mencatat maklumat sebagai persediaan sebelum sesi simulasi dan main peranan itu dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.

3. Pelan Tindakan

Nama Program : “ English Golden Dreams Project “

Sasaran : Pelajar Tingkatan 2C

Rasional : 1. Peratus Kelulusan PMR bagiSubjek Bahasa Inggeris masih rendah dan perlu diperbaiki.

2. Berusaha untuk meningkatkan peratus kelulusan BahasaInggeris PMR 47.14% (2007)kepada 50.0% (2008)

3. Menyediakan murid untuk memahirkan diri denganBahasa Inggeris sebagai persediaan awal untuk pembelajaran sepanjanghayat.

Matlamat : Menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran ini dengan meningkatkan kemahiran bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Objektif : 1. Supaya 60% daripada pelajar tingkatan 2C pada tahun 2008 menguasai asas berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

2. Meningkatkan peratus pencapaian Bahasa Inggeris dalam PMR pada tahun

2009 sekurang-kurangnya 5%.

3. Memberi peluang serta menggalakkan para pelajar untuk menggunakan Bahasa Inggeris di luar kelas selain daripada

6

Page 7: Kajian tindakan bahasa inggeris

mempertingkatkan kemahiran pelajar.bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Tarikh dan Tempoh Pelaksanaan : Mulai Mac 2008 hingga Mei 2008

Kekerapan Projek : Sepanjang bulan Mac hingga April

Pelajar Terlibat : 32 orang pelajar Tingkatan 2C ( peserta )

21 orang pelajar Tingkatan 4 Sc ( penguji )

Kos Pelaksanaan :

1. Kertas A4 3 rim x RM 15.00 = RM 45.00

2. Dakwat = RM100.00

3. Manila Kad 30 keping x RM 0.80 = RM 24.00

4.. Gam 3 botol x RM 5 = RM 15.00

5. Mounting Board 1 keping x RM 21.00 = RM 21.00

6. Kertas Warna tebal 20 keping x RM 0.50 = RM 01.00

7. Lain-lain = RM 80.00___________

RM286.00___________

7

Page 8: Kajian tindakan bahasa inggeris

Jawatankuasa

Pengerusi : En. Mustapa bin Embin, AMP

Naib pengerusi : En. Muhamad Dan bin Mahat

Pengarah Projek : Puan Rohaya bt Hanifa

Fasilitator : Cik Marzlina bt Mahmood

Setiausaha : Puan Zarina bt Mohamed Yusoff

Ahli jawatankuasa Pelaksana :

1. Pemilihan penguji dan peserta, latihan untuk penguji serta sijil penghargaan( Puan Zarina bt. Mohamed Yusoff )

2. Penggubalan item soalan, kad penguji dan lencana penguji ( Pn. Haliza bt. Ahmad )

3. Skema Pemarkahan dan Penganalisaan( En. Mohamad Basri b. Hamzah )

4. Pemantauan dan Penilaian( Cik Marzlina bt Mahmood )

5. Pengiklanan dan Promosi( En. Karunamurthy dan En. Gunabalan )

6. AJK Pelajar ( En. Khaw Cheng Aun dan Ahli Persatuan Bahasa Inggeris )

4. Perancangan dan Proses Pelaksanaan

Tanggungjawab dan tindakan

Proses Pelaksanaan

Tempoh setiap proses

Pelan Kontigensi

Pengetua Mesyuarat perancangan

1 hari Penolong kanan

AJK Pemilihan peserta 2 hariSetiausaha Tinjauan/Pra Ujian 1 hari FasilitatorFasilitator Taklimat untuk

peserta1 hari

Fasilitator Taklimat untuk penguji

1 hari

AJK Pemilihan penguji 2 hari

8

Page 9: Kajian tindakan bahasa inggeris

dan kad pengujiAJK Pembinaan item

soalan ujian, kad ujian dan skima pemarkahan.

5 hari

AJK Menyediakan peraturan ujian

1 hari

Fasilitator Latihan untuk penguji

1 hari

Pengerusi Pelaksanaan ujian fasa awal

10 hari

Pengerusi Pelaksanaan ujian fasa pertengahan

10 hari

Pengerusi Pelaksanaan ujian fasa akhir

10 hari

AJK Penganalisisan markah keseluruhan fasa

6 hari

AJK Pemantauan dan kawalan

5 hari

AJK Penyediaan sijil 2 hariSetiausaha Penilaian Projek 3 hari Fasilitator

Setiausaha Tindakan susulan 3 hariSetiausaha Tinjauan pasca

ujian2 hari

5. Penilaian Projek

Bilangan Indikator Penilaian1. Hasil tinjauan kemampuan bertutur

Bahasa Inggeris selepas programPeratus pelajar tingkatan 2 yang boleh bertutur Bahasa Inggeris bertambah. ( Meningkat sebanyak 5% )

2. Amalan bertutur Bahasa Inggeris di sekolah.

Penggunaan Bahasa Inggeris dalam pertuturan oleh pelajar tingkatan 2 meningkat. Peningkatan dicerap melalui pemerhatian.

3. Markah ujian/peperiksaan Bahasa Inggeris tingkatan dua.

Adanya peningkatan dari segi kualiti dan kuantiti.

6. Refleksi Kajian

~ Guru perlu perihatin dengan masalah pertuturan secara lisan pelajar dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan pelajar perlulah dikenal pasti.

9

Page 10: Kajian tindakan bahasa inggeris

~ Guru perlu mencari kaedah dan alternatif baru apabila mendapati kaedah pengajaran lama mereka kurang efektif.

~ Pencapaian setiap pelajar boleh ditingkatkan apabila masalah sebenar dapat dikenalpasti dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

~ Tahap pencapaian pelajar banyak dpengaruhi oleh kaedah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru.

~ Kegagalan meningkatkan penguasaan kemahiran pertuturan menggambarkan program tindakan guru kurang berkesan dan program lain mungkin lebih sesuai.

~ Guru menjadi kurang fokus kepada sesuatu program tindakan kerana guru-guru terlibat dengan berbagai aktiviti-aktiviti lain yang memerlukan perhatian dan komitment sehingga fokus utama mengajar menjadi perkara kedua kepadanya. Tugas-tugas perkeranian dan jawatan-jawatan lain yang dipegang menyebabkan sesuatu program itu gagal mencapai matlamatnya.

~ Jumlah pelajar yang ramai di dalam sesebuah kelas menyebabkan tumpuan guru tidak dapat diberikan sepenuhnya kepada setiap pelajar.

7. Cadangan Tindakan Seterusnya

Kajian Tindakan telah menghasilkan dapatan yang boleh membantu proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif. Kemahiran pertuturan pelajar dalam kelas kajian telah dapat ditingkatkan walaupun peratusannya kecil dan memerlukan komitment yang tinggi dari semua guru Bahasa Inggeris jika ingin melihat peratusan yang lebih besar diperolehi.

8. PENUTUP

Secara total, program yang dirancang tidak akan berjaya tanpa kerjasama dan komitment yang padu di kalangan warga sekolah. Oleh itu, pelajar yang lemah perlu dibantu. Pengabaian terhadap kumpulan ini akan menimbulkan pelbagai masalah disiplin. Menurut Prof. Atan Long “tidak seorang pun yang tidak dapat menerima pelajaran walaupun mereka dalam kategori yang amat lemah”.

“ PEMBELAJARAN TIDAK DIPEROLEHI SECARA KEBETULAN. IA HARUS DICARI DENGAN MINAT YANG MENDALAM DAN HADAPI DENGAN LEBIH TEKUN DAN GIGIH”.

10

Page 11: Kajian tindakan bahasa inggeris

SMART TEST OF LANGUAGE PROFICIENCY (SMARTEST)

QUESTIONS FOR ELEMENTARY LEVEL 2008

FORM 2

1. (a) Where can you go to get books? Name two places. (b) What kind of books do you like to read? (c) What kind of books can you get from your school library ?

2. (a) Give two reasons why it is good to go to the library (b) Name two advantages of staying in a school hostel. (c) Give two advantages of taking part in extra curricula activities.

3. (a) Suggest two ways to beautify your school. (b) Give two reasons why we must keep our school clean. (c) Suggest two ways to attract more tourists to Malaysia.

4. (a) Name two things you would do for others if you were rich. (b) What qualities do you look for in a friend? Give two qualities. (c) Why do we need friends in school? Give two reasons.

5. (a) Name two advantages of studying in a co-ed school? (b) Should examination be abolished? Give a reason. (c) Why do you think school rules are important? Give two reasons.

6. (a) What is your favourite TV programme? Why? (b) What type of movies do you like best? Why? (c) What type of music do you enjoy? Why?

7. (a) Do you think reading English newspaper is important? Give two Reasons.

(b) Why do you think learning English is important? Give two reasons.(c) Suggest two ways in which you can improve your English.

8. (a) Who is your best friend? Why? (b) Who is your favourite teacher? Why? (c ) Which subject do you like best? Why?

9. (a) Should boys learn to cook? Why? (b) Do you like travelling? Why? (c) What is your favourite fast food? Why?

10.(a) Should drivers use mobile phones while driving? Why? (b) Give two reasons why road accidents happen. (c) Suggest two ways to reduce road accidents.

11

Page 12: Kajian tindakan bahasa inggeris

SMART TEST OF ENGLISH LANGUAGE PROFICIENCY 2008QUESTIONS FOR INTERMEDIATE LEVEL

FORM 2

Stimulus A ( A Busy Street )1. What does the picture show?2. Where do you often see such s scene?3. Suggest two ways to cross a busy street safely.

Stimulus B ( poster )1. What is the poster about?2. Who organized the event?3. Why do you think this event is organised?

Stimulus C ( Eating Out )1. Where can you see such scene?2. Name two activities carried out by the people in the picture.3. Why do you think most restaurant provide ‘non smoking’ section for their

customers?

Stimulus D ( At the Zoo )1. What does the picture show?2. Name two types of carnivorous animals you can see at the zoo.3. Do you think these carnivorous animals should be kept in cages? Why?

Stimulus E ( A Brave Deed )1. What is happening in the picture?2. How do you describe a person who tries to save others in such a

situation?3. Name a person whom you think is brave and give the reason why you

think so.

Stimulus F ( In a Grocery Shop )1. Where can you see such a scene?2. Name two items you can get in this place.3. Where do you prefer to shop, in a supermarket or in a grocery shop?

Why?

Stimulus G ( A Fruit Stall )1. Who do you think this man is?2. Name two types of local fruits you can find at a fruit stall.

12

Page 13: Kajian tindakan bahasa inggeris

3. Give two reasons why it is good to eat local fruits.

Stimulus H ( Making a Telephone Call )1. What is this lady doing?2. Where do you often find telephone booths?3. Describe how you can make a local call.

Stimulus I ( At the Beach )1. Where can you see such scene?2. Name two activities carried out by the people in the picture.3. Where do you prefer to have your picture at the beach or at the waterfall?

Why?

Stimulus J ( Giving directions )1. Where is Hotel Ambassador?2. Name two buildings you can see along Farquhar Street.3. Describe how you can get to the museum from X.

13

Page 14: Kajian tindakan bahasa inggeris

TAJUK PUBLIC SPEAKING ( FASA TIGA )

1. MY HOBBY

2. MY FAMILY

3. MY FAVOURITE SPORTS

4. MY BEST FRIEND

5. A PERSON I ADMIRE

6. MY FAVOURITE MOVIE

7. MY NEIGHBOUR

8. BEING A YOUNGSTER

9. A CONCERT

10. A HAPPY OCCASION

11. WHAT I LIKE TO IMPROVE IN MY VILLAGE TOWN

12. MY FAVOURITE SUBJECT

13. WHAT I WOULD DO IF I WON A MILLION RINGGIT MALAYSIA

14

Page 15: Kajian tindakan bahasa inggeris

SENARAI NAMA PELAJAR TERLIBAT DALAM “ENGLISH GOLDEN DREAMS PROJECT”

PESERTA (TINGKATAN 2C)

1. Muhammad Ilyas b. Rizuwan2. Mohd Syafiq Solihin b. Mohd. Dahlan3. Muhamad Akmal izzulfian b Arifin4. Muhamad Hafizi b Yahya5. Zamir Asyraf b Subki6. Mahyuddin b Othman7. Mohammad Fikri b. Razali8. Mohammad Ridzuan b Zainal Abidin9. Rohimi b. Razali10. Muhd Asraf b. Muhd Sharipuddin11. Muhd Amirul Azryn b. Halid12. Muhamad izzul Haidhar b Mohammad Yunus13. Mohamad Syaiful Nizam b Mohd Hasan14. Muhammad Zulhusni b Sulaiman15. Mat Sahibi bin Abu Kassim16. Muhammad Hasrul b. Wahi17. Muhammad Razali b. Abdul Wahab18. Muhamad Ibrahim b Mat Ariffin19. Ibnu Mustaqim b Mohd Rawi20. Muhd Fadzillah b. Abd Latib21. Muhd Khairi b. Abdul Rahman22. Muhammad Omar b Samsudin23. Nurul Wahdah bt Ahmad24. Nabilah bt. Moktar25. Nor Amira bt Abd Halim26. Siti Norzizana bt. Abd Halim27. Nur Liyana bt Malek28. Mohd Nadzir b Nadzri29. Mohd. Faris b. Kamarodin30. Mohd. Nazzuan b. Mohamad Zamri31. Hafizuddin b Khairul Anuar32. Mohd. Amirul b Sajalee

15

Page 16: Kajian tindakan bahasa inggeris

PENGUJI (TINGKATAN 4SC)

1. Iffah Izzana bt Wahyad2. Junainah Nur bt Abd Halim3. Mohamad Hanis b. Mohd Rahim4. Massitah bt Ahmad5. Mohamad Amir Ahmad Khairi6. Mohamad Nazrul Hafiz b Ismail7. Mohamad Saiful Azri b Mohd8. Mohamad Zuhairi b. Mohd Yu9. Muhammad Hazizi b Abdul Halim10. Muhammad Sufi b. Saharudin11. Mumtaju Begam b Ibunu Suhood12. Norlela bt Saari13. Nur liyana bt Zainal14. Nur Rahsyma bt Yunan15. Nurul Aishah bt Ahmad16. Nurul Amanina bt Ali Budin17. Sakinah bt Abdul Kadir18. Saufi b. Sukardi19. Suzila bt Desa20. Zafirah bt Elias21. Muhamad Azrin b. Sajahan

16

Page 17: Kajian tindakan bahasa inggeris

SKOP KAJIAN :

URNAL 3 : Menguji keberkesanan satu teknik P&P yang dibentuk iaitu "Anecdotal Circles" yang memfokuskan kepada penglibatan pelajar secara menyeluruh dengan cara berkongsi pengalaman dan cerita untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka.

NSTRUMEN / SAMPEL KAJIAN :JURNAL 3 : Juga tidak disebutkan jumlah responden yang terlibat. pengkaji hanya menyebutkan bahawa di dalam setiap circle seramai 8-11 pelajar terlibat. Responden yang terlibat adalah terdiri daripada guru-guru yang bakal ditempatkan di sekolah kawasan pedalama

TEMPOH KAJIANURNAL 3 : Juga tidak dinyatakan tetapi hanya menyebut bahawa kajian selesai selepas pelajar berjaya menamatkan 3 tahap pembelajaran yang ditetapkan.

METODE KAJIAN :

JURNAL 3 : Pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil (8-11 orang) dan duduk di dalam 1 bulatan. Setiap kumpulan mempunyai seorang fasilitator dan seorang pencatat yang akan mencatat sebarang cadangan atau isi penting yang terdapat di dalam perbincangan pelajar.

1. Tahap 1 : Sesi pembelajaran dijalankan dengan cara setiap pelajar perlu menceritakan pengalaman pendidikan mereka sebelum ini di dalam bah

2. asa Inggeris seorang demi seorang dalam bentuk forum terbuka.

3. Tahap 2 : kumpulan tadi dipecahkan kepada kumpulan yang lebih kecil dan sesi pembelajaran yang sama dilakukan.

4. Tahap 3 : pelajar diminta untuk menulis pengalaman mereka secara individu.

MENGUMPUL DATAJURNAL 3 : Juga berbentuk KUALITATIF iaitu data-data yang dicatat oleh pencatat ketika sesi perbincangan di antara pelajar dijalankan.

MENGANALISIS DATAJURNAL 3 : Tidak dinyatakan

17

Page 18: Kajian tindakan bahasa inggeris

JURNAL 3 : Kesan yang positif. Mutu penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar dari 1 sesi ke 1 sesi sentiasa menunjukkan peningkatan.

CADANGAN

JURNAL 3 : Pengkaji menyenaraikan beberapa cadangan yang berbentuk nasihat dan motivasi kepada para guru iaitu menyentuh tentang peranan yang perlu dimainkan oleh setiap guru ketika melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik.

ETIKA KAJIAN :URNAL 3 : Tidak dinyatakan.

18