Upload
tuty-erahayu
View
3.362
Download
79
Embed Size (px)
Citation preview
KATA GANTI NAMA DIRI ORANGPelajaran Bahasa Melayu
Kata Ganti Nama Diri Orang
• digunakan untuk menggantikan nama diri orang • selalu digunakan dalam perbualan seharian
Kata Ganti Nama Diri
Orang
Pertama Kedua Ketiga
Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama
• digunakan untuk menggantikan nama orang yang bercakap
aku
saya
kami kita
Aku suka makan di
restoran ini.
Aku digunakan semasa bercakap dengan rakan.
Hari ini saya akan memberi ceramah tentang kehidupan
sihat.
Saya digunakan semasa bercakap dalam majlis rasmi atau dengan orang yang baru dikenali.
Kami gembira Encik Lim dapat
menyertai kelas ini.
Kami digunakan untuk mewakili pihak yang ramai apabila bercakap dengan orang lain.
Ayah, ibu, mari kita pergi beli aiskrim.
Kita digunakan kepada diri sendiri dan orang yang diajak bercakap.
Kata Ganti Nama Diri Orang Kedua
• digunakan untuk merujuk orang yang diajak bercakap anda
awak
kamu
engkau
kalian
Awak dan Kamu digunakan ketika bercakap dengan orang dalam situasi yang formal.
Awak faham soalan ini?ATAU
Kamu faham soalan ini?
Engkau digunakan ketika bercakap dengan orang yang rapat dengan kita. Contoh: rakan, ahli keluarga
Engkau boleh beri surat ini kepada Lina?
Kalian digunakan ketika bercakap dengan sekumpulan orang.
Kalian mesti menghantar tugasan ini pada hari ini juga.
Anda digunakan ketika bercakap dengan orang yang tidak dikhususkan percakapan atau dalam satu
kumpulan.
Terima kasih atas kehadiran anda di mesyuarat hari ini.
Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga
• digunakan untuk merujuk orang yang diperkatakan
merekadia
beliau
ia
Ini kucing kegemaran saya. Ia
mempunyai bulu berwarna putih.
Ia digunakan untuk merujuk benda yang bernyawa.
Dia digunakan untuk merujuk seseorang yang diperkatakan.
Puan Amirah akan bekerja di sini. Dia
berasal dari Australia.
Predisen John F. Kennedy merupakan presiden yang ke-35 negara Amerika Syarikat. Beliau berkhidmat sebagai presiden negara itu selama tiga tahun.
Beliau digunakan untuk merujuk seseorang yang
terhormat atau berkedudukan.
Kanak-kanak itu kelihatan gembira.
Mereka sedang bermain bola.
Mereka digunakan untuk merujuk sekumpulan orang yang diperkatakan.
SekianTerima Kasih