Upload
nor-yusof
View
6.338
Download
7
Embed Size (px)
Citation preview
KEMAHIRAN INSANIAH
APA ITU KEMAHIRAN INSANIAH?MENGAPA PERLU?
BAGAIMANA MEMPEROLEHINYA?
APA ITU KEMAHIRAN INSANIAH? Kemahiran insaniah atau soft skills
merupakan kemahiran generik yang merentasi pelbagai domain pembelajaran merangkumi aspek keperibadian dan kerja berkumpulan.
KEMAHIRAN INSANIAH kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran
menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan
pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, moral dan etika professional kemahiran kepimpinan.
KEMAHIRAN BERKOMUNIKASIDEFINISI & KONSEPPROSES KOMUNIKASIKOMUNIKASI BERKESANJENIS-JENIS KOMUNIKASIBENTUK-BENTUK KOMUNIKASIHALANGAN KONUMIKASI
DEFINISI DAN KONSEP KOMUNIKASI Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai
pemindahan maklumat dan makna daripada satu pihak(penghantar) kepada pihak yang lain (penerima).
PROSES KOMUNIKASI
Penghantar -Individu atauy pihak yang memulakan sesuatu komunikasi-Orang yang mencetuskan mesej untuk dihantarContohnya: Seorang pengurus pemasaran menyampaikanmaklumat tentang produk baharu kepada pasukan jurujual.
Enkod - Proses menterjemah maklumat dalam bentuk symbol seperti perkataan atau suara supaya mudah difahami oleh penerimaContohnya: Pengurus pemasaran menterjemahkan maklumat tentang produk baharu dengan menggunakan perkataan seperi nama, saiz, bentuk
Saluran - Alat perantaraan yang digunakan untuk menghantar mesej daripada penghantar kepada penerima.Contohnya pengurus pemasaran menggunakan persembahan power point untuk menerangkan produk baharu dalam pembentangan.
Dekod -Penerima cuba menginterpretasikanperkataan, tulisan atau gambar untukmemahami maksud mesejContohnya: pasukan jurujual cuba memahami mesej tentang produk baharu dengan menginterprasikan gambar yang ditunjukkan oleh pengurus pemasaran
Penerima -Sasaran individu atau kumpulan yang akanmenerima mesejContohnya: Pasukan jurujual yang mendengar taklimat tentang produk baharu
Maklumbalas -Tindak balas yang dihantar oleh penerimakepada penghantar setelah mentafsirsesuatu maklumat-Merujuk kepada tindakan yang dilaksanakan oleh penerima seperti setuju, tidak setuju atau sikap tidak peduli-Maklumbalas dilakukan dalam bentuk lisan dan bukan lisan
KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI
Kebolehan menyampaikan idea dengan terang, berkesan dan dengan penuh yakin secara lisan dan bertulis.
Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas
Kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar
Kebolehan menggunakan teknologi dalam berkomunikasi
KEMAHIRAN KOMUNIKASIPesanan Verbal Pesanan
ParaverbalPesanan bukan
verbal
Pesanan yang disampaikan secara ringkas dan tersusun, bebas daripada jargon dan tidak menimbulkan rintangan kepada pendengar.
Pesanan yang sampai melalui nada, intonasi dan suara bukan apa perkataan yang kita sebut.
Pesanan yang disampaikan boleh diterima dengan makna yang berbeza-beza jika disampaikan dalam nada dan intonasi yang berbeza-beza.
Pesanan yang sampai melalui mimik muka yang betul serta gaya yang sesuai.
KOMUNIKASI BERKESAN Mesej yang disampaikan difahami
dengan tepat dan jelas oleh penerima Makna mesej difahami dan dikongsi
bersama oleh penghantar dan penerima Perubahan yang berlaku (sekiranya
dikehendaki) akibat mesej adalah seperti perubahan yang dikehendaki pengguna
Mesej yang disampaikan mempunyai unsur kos-efektif
JENIS-JENIS KOMUNIKASI
KOMUNIKASI LISAN – Komunikasi dengan kata-kata.
KOMUNIKASI BUKAN VERBAL –Komunikasi bukan lisan.
KOMUNIKASI BERTULIS – Komunikasi melalui penulisan.
KOMUNIKASI LISAN
PERBENDAHARAAN KATA
•Kemampuan mengolah kata dan penguasaan perbendeharaan kata yang luas sangat penting dalam komunikasi. •Pemilihan perkataan yang tidak mempunyai erti jelas atau yang samar-samar maksudnya boleh menimbulkan salah faham.
KELAJUANPengaturan kelajuan berbicara yang baik (tidak terlalu cepat atau lambat) akan menyebabkan komunikasi lebih efektif.
INTONASI•Kemampuan memberikan intonasi yang tepat dan betul pada kata-kata yang dipilih akan mempengaruhi erti mesej.•Maksud mesej akan berbeza apabila diucapkan dengan intonasi yang berbeza.
HUMOR•Kemampuan menyampaikan sesuatu mesej dalam bentuk humor dapat mengurangkan beban penerima.•Mesej tersebut akan menimbulkan suasana santai dan dapat diterima baik oleh penerima.
SINGKATDAN
JELAS
Kemampuan menyampaikan isi mesej secara singkat dan jelas yang terus kepada pokok masalah supaya senang difahami akan menghasilkan komunikasi yang berkesan.
KOMUNIKASI BUKAN VERBAL
EKSPRESI WAJAH
Ekspresi wajah dapat menyebabkan komunikasi menjadi berkesan atau sebaliknya. Wajah sendiri merupakan sumber yang kaya dengan komunikasi dan mencerminkan suasana hati & emosi seseorang.
PANDANGAN
MATA
Ini merupakan isyarat ilmiah untuk berkomunikasi. Dengan mengadakan pandangan mata sewaktu berinteraksi bererti orang tersebut menghargai teman bicaranya dengan kemahuan untuk memerhatikan.
SENTUHAN Beberapa mesej seperti perhatian, sokongan emosi, kasih sayang atau simpati dapat diwujudkan dengan sentuhan.
GAYA TUBUH
DANGAYA
BERJALAN
Posisi tubuh dan gaya berjalan memperlihatkan ekspresi dirinya, mencerminkan emosinya, konsep diri dan tahap kesihatannya.
KOMUNIKASI BUKAN VERBALGERAK
ISYARAT Isyarat seperti mengerakkan tangan dan mengetuk-ngetuk kaki ketika berbicara, sebagai bahagian keseluruhan merupakan ekspresi keadaan seseorang.
PROKSEMIK
Ini adalah jenis komunikasi bukan verbal yang berkaitan dengan penggunaan ruang. Penentuan jarak bergantung pada tingkat keakraban antara komunikator. Kemungkinan besar anda akan berdiri lebih rapat dengan seseorang yang anda kenali lama dari seseorang yang baru anda kenal.
ARTIFAK
Ini adalah bentuk komunikasi melalui penggunaan pakaian, wangi-wangian, alat solek dan lain-lain.Contohnya: Menitiskan air mata menandakan perasaan terharu. Menangis sebagai tanda kecewa,sedih,kesal atau marah.
KOMUNIKASI BERTULIS
FAKTA Pandangan yang didapati dari teoti-teori, prinsip, falsafah dan ideologi merupakan bahan yang dapat penulis ilmiah gunakan sebagai fakta.
GAYA Pengetahuan tatabahasa & keupayaan menggunakan perkataan yang tepat dan sesuai serta olahan bahasa yang menarik dapat menghasilkan penulisan yang berkesan.
LARAS Laras adalah penggunaan bahasa mengikut bidang-bidang yang tertentu dan berdasarkan konteks dan situasi yang tertentu.
PENGOLAHAN
Pengolahan yang baik melibatkan penggunaan bahasa secara berkesan,menggunakan format dan bentuk penulisan yang ringkas,padat,mengalir,bersinambungan dan bertaut.
BAHASA Bahasa yang digunakan ialah bahasa yang berasaskan prinsip-prinsip tatabahasa. Ia haruslah mudah dibaca, difahami dan dinikmati.
BENTUK-BENTUK KOMUNIKASI
KOMUNIKASI INTRAPERSONAL KOMUNIKASI INTERPERSONAL KOMUNIKASI BERKUMPULAN KOMUNIKASI ORGANISASI KOMUNIKASI AWAM KOMUNIKASI SILANG BUDAYA KOMUNIKASI BERASASKAN
TEKNOLOGI
KOMUNIKASI INTRAPERSONAL Bermaksud apabila berkomunikasi
secara bersendirian tanpa melibatkan orang lain. Semua ini berlaku dalam fikiran individu.
Tujuan : i) Individu lebih memahami
kelemahan serta kelebihan dirinya sendiri.
ii) Memperkuat emosi dari segi pemujukan, penerimaan dan pembangunan diri.
KOMUNIKASI INTERPERSONAL Dua individu terlibat dan saling
menghasilkan serta menafsirkan maklumat.
Tujuan; i) Bertujuan membina hubungan
sosial atau mengukuhkan pertalian silaturrahim.
ii) Jalinan hubungan interpersonal yang terbina dapat membentuk satu sistem sokongan sosial yang baik terutamanya dalam situasi apabila individu menghadapi masalah.
KOMUNIKASI BERKUMPULAN
Melibatkan lebih daripada dua orang individu.
Komunikasi kumpulan kecil boleh melibatkan kelompok sehingga 25 orang malah lebih lagi dalam satu kumpulan besar.
Ciri-cirinya ialah saiz kumpulan yang sesuai, tingkat interaksi, peranan ahli, kesepakatan dan faham matlamat yang perlu dicapai.
KOMUNIKASI ORGANISASI Dalam sebuah organisasi terdapat kelompok kumpulan
kecil yang bebas, berwibawa dan berpusat di bawah suatu pemusatan kuasa yang lebih besar. Ia lebih rumit kerana melibatkan jumlah yang sangat besar dan protokol yang tertentu pula.
Arah aliran komunikasi - Komunikasi atas bawah: melibatkan pemakluman
arahan, dasar, pengumuman serta tunjuk ajar daripada pihak atasan kepada perigkat bawahan.
- Komunikasi bawah atas: melibatkan pula misalnya maklum balas, aduanm perbincangan daripada pekerja bawahan kepada pihak atasan.
- Komunikasi mendatar: lebih berbentuk pengecilan jurang antara pekerja atasan dengan pekerja bawahan. Kaedah komunikasi ini sering digunakan dalam sesebuah organisasi seperti lawatan dari satu jabatan ke jabatan yang lain serta mesyuarat jawatankuasa.
KOMUNIKASI AWAM Melibatkan komunikasi seorang komunikator dengan
sejumlah besar pendengar atau dengan rujukan lain sering disebut sebagai khalayak
Bentuk-bentuk pengucapan awam ialah pengucapan awam yang bersifat informatif dan pengucapan awam yang bersifat persuasif.
Jenis-jenis Pengucapan Awam- Ucapan spontan: disampaikan tanpa sebarang persediaan.- Ucapan ekstemporan: ucapan jenis ini kelihatan seperti ucapan spontan tetapi sebenarnya pengucap telah bersedia terlebih awal dengan kandungan ucapan dan sebagainya.- Ucapan manuskrip: dalam ucapan jenis ini penyampai membaca manuskrip ucapan yang telah tersedia. Kaedah ini sering digunakan oleh orang kenamaan seperi Perdana Menteri, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan sebagainya.- Ucapan Hafalan: ucapan begini lazimnya ringkas dan bertujuan untuk melayan khalayak. Ia lebih bersifat pengacaraan dan sering kita dengar dalam majkis hari jadi, perpisahan dan sebagainya.
KOMUNIKASI SILANG BUDAYA
Merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar budaya yang pelbagai.
Halangan budaya bagi komunikasi silang budaya;- Bahasa atau mesej lisan: perbezaan linguistik yang begitu ketara boleh menyulitkan sesuatu komunikasi.- Bahasa atau mesej bukan lisan: terdapat budaya bangsa yang kaya dengan bahasa bukan verbal. Hanya bangsa itu sahaja mengamalkan bahasa verbal tersebut dan ini berbeza dengan budaya lain.- Kesan etnosentrisme: etnorisme adalah kecenderungan seseorang melihat bangsanya sendiri lebih baik dari bangsa lain. Ini mewujudkan pelbagai andaian negatif terhadap kelompok suatu bangsa lain.- Sterotaip: kenyataan umum yang terbina melalui pemerhatian ciri yang lazim terhadap sebilangan kecil kelompok suatu bangsa.- Norma, resam & tuntutan moral: Kegiatan yang melanggar norma masyarakat akan menerima risiko dikenakan hukuman undang-undang yang berat dan jugak didiskriminasikan oleh masyarakat setempat, begitu juga apabila berlakunya penyimpangan adat resam dan jika melanggar tuntutan moral.
KOMUNIKASI BERASASKAN TEKNOLOGI Komunikasi berasaskan teknologi adalah
suatu bentuk komunikasi yang mana perantara utamanya ialah perkakas teknologi yang menjadi kegunaan utama komunikasi manusia dewasa ini.
Teknologi komunikasi telah berperanan dalam hubungan antara pemerintah dan masyarakat.
Misalnya dengan adanya laman sosial Facebook dan Twitter, politikus lebih mudah didekati, dan rakyat lebih mudah menyampaikan pandangan & kritikan.
HALANGAN-HALANGAN KOMUNIKASI
Halangan Persekitaran: komunikasi boleh terhalang sekiranya keadaan persekitaran tidak sesuai atau tidak tenang.
Halangan Sikap Penghantar: penghantar yang bersikap negatif akan menghalang kelancaran proses komunikasi dan memberi kesan kepada penerima mesej.
Halangan Sikap Penerima: penerima yang mempunyai sikap dan persepsi yang negatif terhadap penghantar dan mesej yang dihantar akan menjejaskan keberkesanan komunikasi.
Halangan Bahasa: penggunaan bahasa yang tidak sesuai dengan latar belakang, status, budaya, pemahaman, tahap pendidikan penerima serta sebutan yang kurang jelas akan menjadi suatu halangan komunikasi berkesan.
Halangan maklumat Kurang Tepat dan Jelas: akan mengelirukan penerima.
ASPEK KEBERKESANAN BERKOMUNIKASI
Latar belakang penghantar dan penerima maklumat: Pengetahuan mengenai perbezaan latar belakang seperti bangsa, bahasa, budaya, agama, status dan tahap pendidkan mempengaruhi pilihan bahasa, gaya&cara pertuturan serta penulisan yang bersesuaian agar apa yang hendak disampaikan akan difahami.
Mendengar dengan baik dan efektif: mendengar secara atentif di dalam apa jua bentuk ineteraksi akan dapat menyumbang kepada komunikasi berkesan.
Bersikap positif: sikap yang positif dapat mewujudkan suasana harmoni dan seronok yang membantu ke arah komunikasi lisan atau bertulis yang berkesan.
Q &A
AKTIVITI 1RADIO BURUK
AKTIVITI 2TEKA SAMPAI DAPAT
PEMIKIRAN KRITIS DAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN
MASALAH
PEMIKIRAN KRITIS
DEFINISI CIRI-CIRI
KOMPONENKELEBIHAN
SIKAP
DEFINISI PEMIKIRAN KRITIS Kritikos dari bahasa Yunani : menimbang atau
judge (asal ‘kritis’) Kamus Dewan Edisi 3 : kritis bermaksud ‘tidak
dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu’.
Orang yang berfikir secara kritis akan menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum menerimanya. (Maimunah 2004)
pemikiran kritis > pertimbangan sesuatu idea dengan cara menilai, membezakan dan menyoal sama ada sesuatu perkara itu benar atau salah dengan melihat kepada alasan-alasan yang dikemukakan agar dapat membantu dalam membuat keputusan.
CIRI-CIRI PEMIKIRAN KRITIS Tidak mudah untuk terus menerima atau
bersetuju terhadap sesuatu perkara; mempertimbangkan baik buruk sesuatu perkara dahulu
Berfikir secara mendalam dan memberi pertimbangan yang serius tentang sesuatu idea
Melibatkan tiga jenis aktiviti mental iaitu analisis, tafsiran dan penilaian. Ia juga meliputi proses-proses pemikiran lain yang berkaitan untuk mencapai satu kesimpulan yang kukuh
Penghujahan adalah aspek yang diutamakan dalam pemikiran kritis; cara-cara memberi alasan untuk menyokong atau menentang sesuatu pendapat
Bersifat reaktif, penilaian, analisis dan logik
KOMPONEN PEMIKIRAN KRITIS
Kemahiran Menganalisis1. Idea Pengkelasan Membanding Membeza Meneliti2. Hujah Menerangkan
sebab Mengusul periksa
andaian
Kemahiran Menilai1. Menilai
maklumat/fakta2. Membuat
kesimpulan
KELEBIHAN PEMIKIRAN KRITIS Menjadi lebih Matang Bersifat Objektif dalam Membuat Penilaian dan
Keputusan Sensitif dan Prihatin Berjiwa Besar, Yakin dan Berani Lebih Berhemat dan Bertanggungjawab Ketahanan Diri dan Estim Diri yang Tinggi Tidak mudah dipengaruhi
SIKAP PEMIKIR KRITIS YANG BAIK
Berfikiran rasional; mampu meneliti pengalaman lalu, menilai dan menimbang pelbagai pendapat dan idea sebelum membuat keputusan.
Mampu mempertimbangkan dan memutuskan kesahihan penyataan yang dikemukakan oleh pihak lain.
Ingin tahu dan minda terbuka. Mengutamakan kejituan, objektiviti dan inginkan
kejelasan serta ketepatan; sentiasa mempunyai maklumat yang cukup.
Sentiasa mencari alternatif. Sensitif terhadap perasaan orang lain.
KEMAHIRAN MENYELESAIKA
N MASALAH
DEFINISI MASALAH Jauharah (1995) masalah boleh ditafsirkan
sebagai perbezaan yang terdapat antara keadaan sebenar dengan keadaan yang diingini tentang sesuatu benda, perkara, hal atau keadaan.
Contoh: seseorang yang sedang berada di Johor Bahru perlu berada di Alor Setar dalam masa empat jam. Masalahnya bukan kerana dia tidak berada di Alor Setar tetapi jarak melebihi 600 kilometer itulah masalahnya untuk sampai dalam masa empat jam.
MUHAMAD AWANG (1990) MASALAH MEMPUNYAI 3 KOMPONEN ASAS :-
Sekumpulan maklumat yang tersedia, iaitu satu penghuraian tentang masalah.
Sekumpulan operasi atau pergerakan yang sah yang mungkin diambil bagi menghasilkan penyelesaian.
Matlamat atau penghuraian tentang keadaan yang dianggap sebagai penyelesai kepada masalah.
1.Kecondongan ilmu (knowledge-lean)
2.Kaya ilmu (knowledge-rich)
3. Jelas berstruktur atau jelas didefinisikan (well-defined)
4.Kurang berstruktur atau kabur definisi (ill-defined)
5.Kecondongan semantik (semantically-lean)
6.Kaya semantik (semantically-rich)
7.Masalah celik akal (insight)
ROBERTSON (2001), 7 KATEGORI MASALAH DIKENALPASTI DENGAN MELIHAT KEPADA KAEDAH PENYELESAIAN ;-
PROSES PENYELESAIAN MASALAHMenyedari masalah
Memahami masalah
Meneroka pilihan-pilihan penyelesaian
Meninjau kesan akibat pilihan
Memilih pilihan terbaik
STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH
AlgoritmaProsedur langkah demi langkah
HeuristikJalan pintas
Sub matlamatMemecahkan masalahYang kompleks
ALGORITMA Strategi ini mencadangkan supaya kita mencuba
semua cara yang ada bagi mencari penyelesaian dan cara tersebut memerlukan perlaksanaan secara urutan tertentu.
Algoritma boleh wujud dalam beberapa bentuk seperti formula, arahan atau percubaan untuk menyelesaikan masalah.
Contoh: seseorang individu yang tidak tahu memasak. Individu tersebut memasak mengikut resipi yang dirujuknya
Resipi tersebut bertindak sebagai arahan yang dijalankan dalam bentuk urutan bagi menghasilkan makanan yang dikehendaki.
Menurut feldman (2010), sesuatu masalah pasti akan dapat diselesaikan jika strategi algoritma diaplikasikan sesuai dengan masalah yang dihadapi.
HEURISTIK Heuristik berlawanan dengan algoritma dalam penyelesaian
masalah. Heuristik lebih kepada penyelesaian masalah secara singkat iaitu
dengan cara tekaan yang dirasakan paling tepat dan rasional, ia biasanya dilakukan dengan berpandukan pengetahuan dan pengalaman lalu (mahmood nazar mohamed, 2004).
Pendekatan strategi heuristik ini membantu untuk menyempitkan lagi alternatif penyelesaian untuk mendapatkan hanya satu penyelesaian yang terbaik.
Contoh: apabila kita mengalami masalah insomnia atau kesukaran untuk tidur malam, terdapat beberapa alternatif penyelesaian yang boleh diambil antaranya seperti mengatur waktu tidur yang tetap, bersenam pada waktu petang agar dapat tidur dengan mudah pada waktu malam, bertemu dengan kaunselor untuk mengatasi masalah tekanan ataupun makan ubat tidur agar dapat tidur dengan cepat.
Kita dikatakan menggunakan strategi heuristik apabila kita memilih salah satu sahaja daripada alternatif penyelesaian masalah bagi mengatasi masalah insomnia tersebut contohnya memilih untuk mengatur waktu tidur yang tetap manakala alternatif penyelesaian yang lain tidak diambil.
SUB MATLAMAT Strategi ini diambil dengan membentuk matlamat-
matlamat yang terdekat atau mendefinisikan masalah-masalah pertengahan yang meletakkan kita dalam kedudukan yang lebih baik untuk mencapai matlamat akhir (Ma’rof Redzuan & Haslinda Abdullah, 2003).
contoh: matlamat akhir :menyiapkan kertas kerja submatlamat: mengumpul bahan rujukan, berjumpa pensyarah untuk memeriksa draf, menetukan waktu bagi menyiapkannya dan membuat kertas kerja mengikut format yang diberikan oleh pensyarah.
Dalam hal ini analisis submatlamat berfungsi sebagai penyelesaian masalah untuk mencapai matlamat akhir,
Dalam situasi tadi tugas-tugas yang terlibat dalam menyiapkan kertas kerja adalah merupakan satu proses penyelesaian masalah.
BENTUK-BENTUK PENYELESAIAN MASALAH
Penyelesaian masalah secara saintifik. Penyelesaian masalah secara kritis / logik. Penyelesaian masalah secara kreatif /
lateral. Penyelesaian masalah secara Islam.
Munir Shuib et al. (2002) menyelesaikan masalah secara saintifik melibatkan 3 langkah ;-
Mengadakan hipotesis Mengumpul maklumat Membuat kesimpulan
Abdul Rahman (2002), menyelesaikan masalah secara logik melibatkan proses rasional-deduktif ;-
Mengenalpasti dan memahami masalah Mencari sebab dan punca masalah Menilai dan memilih kaedah penyelesaian terbaik Membuat kesimpulan terhadap kesan
perlaksanaannya
Abdul Rahman (2002) ciri-ciri penyelesaian masalah secara kreatif / lateral adalah ;-
Menunda penilaian / tidak ada keputusan yang dibuat = jana idea-idea baru
Mencipta penyelesaian baru / tidak menganalisis punca
Bersifat generatif, idea gila-gila, songsang dan tidak bergantung kepada logik
Abdul Rahman (2002) penyelesaian masalah secara Islam terbahagi kepada 3 pendekatan iaitu ;- Pendekatan tauhid @ aqidah Pendekatan hukum @ syariah Pendekatan sufi @ akhlak
PENGHALANG KEPADA PENYELESAIAN MASALAH
Takut tanggung risiko Bersikap tergesa-gesa Hanya suka menilai tidak mahu
menerbitkan idea
FAKTOR KEGAGALAN PENYELESAIAN MASALAH
tidak menyedari akan kehadiran masalah menyelesaikan masalah tanpa berfikir secara
meluas dan mendalam menyembunyikan masalah itu dan menganggap
seolah-olah masalah itu tidak ada tiada pengalaman atau tiada ilmu pengetahuan sering memberi perhatian pada bahagian yang
nyata sahaja dan bukannya pada bahagian yang penting
tidak cukup waktu untuk mengumpul data atau menganalisis data
Q &A
AKTIVITI 1
PULAU IMPIAN Anda diberikan sebuah pulau yang
belum diterokai dan anda diminta membangunkan pulau tersebut. Pilih 10 daripada yang disenaraikan yang perlu ada dalam pulau anda.
Doktor Polis Askar Bomba Ulama
Jurutera Selebriti Jururawat Tukang cuci Ahli farmasi
Ahli fisioterapi
Jurujual Angkasawan Cikgu Chef
Peguam Buruh Arkitek Usahawan Tukang kebun
AKTIVITI 2
Fikirkan satu pekerjaan yang anda rasa paling penting yang dapat membantu pembanguan di Malaysia.
Berikan hujah anda yang menyokong mengapa anda pilih pekerjaan tersebut.
KEMAHIRAN KERJA
BERPASUKANDefinisi
Bagaimana Membentuk Satu Pasukan Ciri-Ciri Sebuah PasukanCiri-Ciri Kerja Berpasukan
DEFINISI Kemahiran berpasukan merujuk kepada bagaimana
anda bekerjasama dalam satu pasukan/kumpulan. Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk
kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan.
Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama.
BAGAIMANA MEMBENTUK SATU PASUKAN
Setiap keputusan dibuat berdasarkan perbincangan
Setiap orang dianggap penting Sifat mempercayai dan menghormati
antara ahli kumpulan Setiap orang bebas menggunakan
kreativi, kemahiran dan kepandaian untuk mengahsilkan kerja
CIRI-CIRI SEBUAH PASUKAN:
CIRI-CIRI PASUKAN KERJA
KetuaKetua sebagai fasilitator dan membimbing pasukan
Membuat keputusan
Persetujuan seluruh pasukan setelah maklumat diterima dan dinilai
MatlamatMatlamat ditentukan oleh pasukan
Penentuan kerjaPasukan merangcang penugasan kerja secara bersama
KomunikasiKomunikasi dua hala yang lebih terbuka dan telus
Kerjasama
Anggota berkongsi kepakaran dalam menjadi pelengkap antara satu sama lain
Hasil kerja Hasil kerja berpasukan
Penilaian Prestasi di nilai secara kolektif
LAPAN NILAI UTAMA YANG MENJADI PRA SYARAT KEPADA PERLAKSANAAN KERJA SECARA BERPASUKAN IAITU:
1. Matlamat sama2. Tanggungjawab bersama3. Saling percaya mempercayai4. Berkongsi idea5. Saling bantu membantu6. Bertolak ansur7. Musyawarah8. Kerjasama
6 ELEMEN YANG MEMBENTUK SESEBUAH PASUKAN KERJA BERPRESTASI TINGGI YANG MANA TERDIRI DARIPADA:
1. Kompetensi anggota pasukan2. Kemahiran, proses dan cara kerja3. Kemahiran interpersonal,
komunikasi dan kelebihan personaliti4. Sistem nilai5. Visi, matlamat dan hala tuju yang
sama6. Nilai organisasi
CIRI-CIRI KERJA BERPASUKAN1. Rangkaian hubungan yang erat dan
berkesan Ketua mengenali ahli-ahli secara dekat Ketua wujudkan hubungan dan kerjasama
melalui pertemuan dan perbincangan yang kerap
Saling memahami peranan dan tugas, ada toleransi kesepakatan
Konflik dapat diselesaikan dengan hati tebuka
2. Cara menyelesaikan masalahBerdasarkan kata sepakat dan persetujuanMeningkatkan daya kreativiti dan
kemahiran dalam kerjaMelatihkan perkongsian idea dan pendapat
SAMBUNGAN……..3. Kepimpinan sebagai ketua
Dilantik kerana pengalaman, kecekapan dan hidmat yang bermutu tinggi
Sikap adil dan saksama dalam pembahagian tugas
Mampu menguasai konflikdan membuat keputusan
Ketegasan yang ada toleransi4. Keanggotan sekumpulan kecil ahli
Ahli yang bertanggungjawab Ahli yang aktif dalam membuat perancangan dan
tindakan Bekerjasama dalam menjalankan tugas supaya
meringankan beban yang ada
SAMBUNGAN…..5. Ke arah mencapai matlamat yang jelas
Mempunyai tujuan yang jelas yang ingin dicapai
Ketua dan ahli pasukan mempunyai pandangan dan wawasan yang sama
FAEDAH KERJA BERPASUKAN Mengikut Juran (1993), antara kebaikan
dan manfaat kerja berpasukan kepada pekerja termasuklah:
Mempertingkatkan motivasi, perasaan girang dan minat terhadap kerja,
Memberikan keyakinan diri pekerja tentang potensi dan kebolehan mereka,
Mendorong sikap ingin bekerjasama dan saling bantu membantu di kalangan pekerja,
Menanam perasaan saling percaya mempercayai dan hormat menghormati di kalangan pekerja
Menjadikan diri pekerja lebih berguna, lebih bermanfaat dan dihargai
Memupuk kebolehan berkomunikasi, kemahiran mengurus dan kemahiran memimpin di kalangan pekerja
Melahirkan minat pekerja untuk meneroka idea-idea baru dan kesediaan menerima perubahan
Memberi peluang kepada pekerja menyertai proses membuat keputusan
Melahirkan golongan pekerja yang sentiasa mementingkan budaya kerja dan hasil kerja yang berkualiti
Mewujudkan perasaan percaya mempercayai dan saling hormat menghormati di antara pekerja dan pihak pengurusan,
Memupuk semangat kekitaan dan semangat kepunyaan di kalangan pekerja yang menguntungkan organisasi,
Membolehkan pihak pengurusan memimpin pekerja tidak sebagaimana pendekatan tradisional,
Mewujudkan suasana harmoni dan selesa dalam organisasi
KEBIKN DAN MANFAAT KERJA BERPASUKAN KEPADA PIHAK
PENGURUSAN DAN ORGANISASI TERMASUKLAH:
NILAI KERJA BERPASUKAN Kepentingan bekerja dalam satu
kumpulan Mengutamakan kejayaan dan kualiti
kerja bersama Mementingkan hasil kerja yang terbaik
dan memberi kepuasan setiap ahli kumpulan dan pihak yang menerima usaha yang diberikan
Terapkan budaya yang diamalkan dalam kumpulan
Q &A
PEMBELAJARAN BERTERUSAN
DAN PENGURUSAN
MAKLUMATObjektif
kepentingan
OBJEKTIF Merancang strategi untuk mendapatkan
pengetahuan dan kemahiran. Meneroka isu atau masalah yang
memerlukan penyelesaian masalah secara sendiri.
Mengumpul dan mengurus maklumat secara kendiri.
KEPENTINGANNYA Zahiyah dan Abdul Razak (2010):
PEMBELAJARAN BERTERUSAN ialah satu proses pencarian ilmu pengetahuan samada untuk kepribadian atau golongan profesional yang berlaku sepanjang masa, bersifat sukarela dan atas motivasi kendiri.Pembelajaran Berterusan berupaya mengembangkan potensi seseorang itu melalui proses pembelajaran berterusan yang dapat memotivasi dan membolehkan seseorang individu itu menguasai ilmu, menghayati nilai murni, dan memperluaskan pengalaman hidup supaya individu itu berupaya menangani pelbagai cabaran hidup dengan yakin serta kreatif.Penguasaan Pembelajaran Berterusan adalah sejajar dengan kehendak sosial dan ekonomi semasa yang mendorong individu supaya menjadi aktif demi kebaikan diri sendiri.
Beijerse 1999:PENGURUSAN MAKLUMAT membantu individu merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran untuk meningkatkan kerjaya mereka. Alam kerjaya adalah berbeza daripada alam universiti. Banyak kemahiran dan pengetahuan yang baru perlu dipelajari oleh setiap manusia. kemahiran pengurusan maklumat amatlah penting untuk menguasai pelbagai kemahiran terkini. Pada peringkat organisasi, pengurusan pengetahuan juga dapat membantu organisasi dalam memperbaiki keberkesanan dan kecekapan, memperbaiki kedudukan pasaran, memperbaiki komunikasi antara pekerja, meningkatkan sinergi antara pekerja dan membolehkan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan cekap.
PEMBELAJARAN BERTERUSAN
DefinisiKonsepProsesModel
DEFINISI pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi
atau profesion yang dilakukan sepanjang masa, sukarela, dan atas motivasi sendiri.
Pembangunan potensi manusia melalui proses pembelajaran berterusan yang memotivasi dan mengupayakan individu menguasai ilmu, menghayati nilai murni yang diperlukan sepanjang hayat dan meluasi pengalaman hidup supaya individu mengambil tanggungjawab dalam berbagai peranan dan keadaan dengan yakin serta kreatif menghadapi segala cabaran hidup.
KONSEP Home schooling = berkonsep tidak formal
dan dijalankan di rumah. Pendidikan dewasa = berkonsep formal
untuk mendapatkan kemahiran dan sijil yang diperlukan untuk memulakan kerjaya.
Pendidikan lanjutan = berkonsep formal dan dijalankan di institusi pengajian tinggi.
Latihan dalam perkhidmatan =berkonsep formal / tidak formal untuk meningkatkan profesionalisme dan kemahiran melalu bengkel atau kursus yang dianjurkan oleh organisasi.
PROSES 0-5 tahun:
Pembelajaran menggunakan deria-deria yangmengaktifkan sel-sel otak dengan bimbingan ibubapa sehingga kepra sekolah.
6-24 tahun: Pembelajaran formal di peringkat sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi. Bertujuan untuk membangunkan fizikal, mental, emosi dan intelektual.
25-60 tahun:Pembelajaran tidak fomal melalui media pengajaran di tempat kerja, dari rakan sekerja, media massa, teknologi maklumat, persekitaran dan alam sekitar. Pembelajaran dari pengalaman dan penyelesaian masalah memerlukan pembangunan intelek, kemampuan dan integriti yang berterusan.
60 tahun ke atas: Pelajaran melalui aktiviti yang bersesuaian dengan tahap umur, seperti kerja-kerja kemasyarakatan. Individu dalam julat umur ini mampu: Mendapatkan pengetahuan dan menyumbangkan kepada masyarakat Menjalankan kerja-kerja sukarela melalui persatuan atau kelab komuniti Melahirkan rasa kepuasan kepada diri serta memberi faedah kepada
masyarakat.
Kesedaran kendiri (Self awareness).
Merancang pembelajaran (Planning forlearning -Selfmanagement)
Sedar apa yang perlu dipelajari )Understanding how to learn -Meta-learning).
Penilaian pembepajaran (Evaluating learning -Selfmonitoring).
Model pembelajar
an berterusan
PENGURUSAN MAKLUMAT
Definisi dan Konsep MaklumatCiri-ciri Maklumat
Konsep Literasi Maklumat Komponen Asas Literasi Maklumat
DEFINISI DAN KONSEP MAKLUMAT MAKLUMAT ialah data, bahan dan pengetahuan. Maklumat = data yang tersusun dalam satu
struktur yang mempunyai makna. Maklumat = pengetahuan diperoleh menerusi
proses mengetahui atau mengumpul maklumat yang akan mengembangkan kemampuan kita dalam berinteraksi dengan dunia sekeliling.
Proses pengumpulan maklumat adalah berterusan sepanjang hayat. Sepanjang kehidupan setiap individu akan mengalami pelbagai bentuk permasalahan yang membuatkan dirinya mempelajari sesuatu dan mendapat maklumat yang baru.
CIRI-CIRI MAKLUMAT1. Relevan2. Boleh dipercayai3. Boleh difahami4. Lengkap5. Tepat6. Membantu mengurangkan
ketidakpastian
KONSEP LITERASI MAKLUMAT Literasi dari sudut bahasa bermaksud celik
atau berpengetahuan. Dari segi istilah, literasi maklumat adalah
keupayaan mencari dan menggunakan maklumat yang menjadi kunci pembelajaran sepanjang hayat (Byerly et al. 1999).
Lau (2006), orang yang celik maklumat berkebolehan dalam :- Menggali : berkeupayaan mengesan maklumat
yang berkaitan, menyaring, menyisih, dan memilih maklumat.
Mentafsir : berupaya untuk menterjemahkan data dan maklumat kepada pengetahuan, wawasan, dan kefahaman.
Mencipta idea-idea baru : berkeupayaan membangunkan wawasan-wawasan baru.
TIGA KOMPONEN ASAS SEBAGAI PIAWAIAN LITERASI MAKLUMAT: Akses : Pengguna berkebolehan
mengakses maklumat dengan cekap dan berkesan
Penilaian : Pengguna menilai maklumat dengan cekap dan kritis.
Penggunaan maklumat:Pengguna berupaya mengaplikasikan / menggunakan maklumat dengan tepat dan kreatif
Q &A
AKTIVITI 1
Hasilkan petaminda berdasarkan maklumat yang anda perolehi daripada slide.
KEMAHIRAN KEPIMPINAN
DEFINISI PemimpinDitafsirkan sebagai seseorang yang diiktiraf oleh satu atau lebih daripada satu orang, di mana pemimpin tersebut mempunyai pengaruh, berwibawa dan mempunyai kuasa. Berlaku samaada dalam jangka panjang atau pendek dalam situasi tertentu (Al. Ramaiah, 1999).
Memimpin Merupakan satu tindakan atau satu siri aktiviti yang dilakukan oleh seseorang individu, dan individu itu memainkan peranan kepimpinan, menggunakan pengaruhnya terhadap orang lain iaitu pengikutnya ke arah pencapaian matlamat.
PRINSIP KEPIMPINAN DARI PERSPEKTIF BARAT
Memahami diri sebagai pemimpin Menguasai kemahiran teknikal Mencari peluang untuk menjalankan
tanggungjawab menurut kemampuan Berupaya menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan dengan cekap Menjadi contoh yang terbaik Fahami anggota pasukan,kesediaan mereka
memberi sumbangan dan mengambil berat kebajikan mereka
Pastikan anggota diberikan maklumat apabila perlu
SAMBUNGAN Wujudkan hubungan berasaskan rasa
hormat antara satu sama lain Pastikan anggota faham akan langkah-
langkah mencapai matlamat Memberi peluang latihan kepada
anggota sebagai sebuah pasukan Menggunakan secara maksimum
kebolehan anggota sebagai sebuah pasukan dengan semangat kekitaan yang tinggi
PRINSIP KEPIMPINAN DARI PERSPEKTIF ISLAM
Kepercayaan dan pengabdian penuh kepada Allah Kepimpinan adalah pelaksanaan amanah dan risalah yang
berkesinambungan dengan kepimpinan para Anbiya’ dan Rasul Memberikan, memperlihatkan dan berkongsi hala
tuju/wawasan dengan organisasi dan pengikut Mengambil peranan utama dalam mencorakkan dan
mengekalkan budaya organisasi Mewujudkan daya mapan organisasi untuk jangka panjang Menyediakan ruang dan mengalu-alukan pandangan yang
membina Pemimpin yang memulakan, membimbing dan mengawal
perubahan demi mencapai objektif yang ditetapkan Mempunyai nilai-nilai murni kepimpinan
FUNGSI PEMIMPIN•MEMAHAMI, MERANCANG DAN MENYELESAIKAN TUGAS •MEMBERI TUGASAN, MENGAWAL PERJALANAN KERJA DAN MENILAI
FUNGSI TUGASAN
•PEMIMPIN MENJADI CONTOH •KEKAL DISIPLIN,BERKOMUNIKASI
FUNGSI KUMPULAN
•MELIBATKAN ANGGOTA PASUKAN DALAM PERBINCANGAN DAN AKTIVITI•MENINGKATKAN KEMAHIRAN INDIVIDU
FUNGSI TERHADAP INDIVIDU
MEMBANGUNKAN KEMAHIRAN KEPIMPINAN
KEMAHIRAN MENTADBIR/MENGURUS
• -Mengurus manusia• -Mengurus sumber• -Menunjukkan kompetensi teknikal
KEMAHIRAN INTERPERSONAL
• -Sensitif kepada persekitaran sosial• -Menunjukkan kepintaran emosi• -Mengurus konflik interpersonal
KEMAHIRAN MENGKONSEPSI
• -menyelesaikan masalah • -perancangan strategik• -mencipta wawasan
PROSES KEPIMPINAN
Elemen Asas
Proses Kepimpi
nan
Pemimpin
KomunikasiSituasi
Pengikut
Pemimpin Seseorang pemimpin terlebih dahulu perlu memahami dengan
jelas bagaimana pemimpin perlu membimbing orang lain. Pengikut Proses kepimpinan tidak boleh berlaku dengan satu orang sahaja
kerana proses ini memerlukan sekurang-kurangnya 3 orang, seorang yang memimpin dan 2 lagi mengikut. Sekiranya tidak ada pengikut maka tidak ada pemimpin. Maka di sini kesetiaan seseorang pengikut terhadap pemimpin adalah penting.
Komunikasi Komunikasi dua hala antara pemimpin dan pengikut adalah
penting. Pemimpin sentiasa mencari peluang untuk menginovasi, membangun dan memajukan diri. Walau bagaimanapun, pemimpin bukanlah membentuk sesuatu dengan sendirinya. Malah ia memerlukan sokongan dan penglibatan serta kerjasama semua pihak.
Situasi Situasi merupakan persekitaran tempat berfungsinya sesebuah
organisasi sentiasa berubah kerana perubahan teknologi, undang-undang, kebudayaan, iklim dan banyak lagi. Oleh sebab itu, pemimpin perlu bijak memimpin organisasinya mengikut kesesuaian situasi yang sedang dilaluinya.
SIFAT-SIFAT ASAS PEMIMPINSifat Kemahiran
Senang menyesuaikan diri dengan keadaan
Pintar dan pandai
Berwaspada dengan persekitaran sosial
Kemahiran konsep
Bercita-cita tinggi dan berorentasikan pencapaian
Kreatif
Bekerjasama Berdiplomasi dan bijaksanaTegas Kebolehan berkomunikasiDominan/ berkuasa (berkeinginan untuk mempengaruhi orang lain)
Pengetahuan tentang tugas dan tanggungjawab
Cergas Berorentasi (kebolehan mentadbir)Keyakinan diriSabar terhadap tekananBertanggungjawab.
GAYA KEPIMPINAN•seorang yang dogmatik dan positif, memerlukan pekerjanya untuk menurut perintah yang diarahkannya dan memimpin mengikut kebolehnya untuk menarik balik ganjaran kerja serta hukuman.
Autokratik
•menggalakkan penglibatan dan penyertaan dari pekerjanya tentang tindakan dan pembuatan keputusan.
Demokratik
•melibatkan sedikit penggunaan kuasanya dan memberikan pekerjanya kebebasan untuk mengendalikan kerja mereka.
Laissez-faire
KEPIMPINAN AUTOKRATIK Kepimpinan autokratik ini juga dikenali
sebagai kepimpinan kuku besi yang mana gaya kepimpinan yang mementingkan status dan kedudukan. Pemimpin seperti ini akan membolot semua kuasa yang diberikan kepada kumpulannya
KEPIMPINAN DEMOKRATIK Demokratik kuku besi :
mereka yang mengambilkira pendapat orang bawahan apabila membuat keputusan tetapi mereka akan perhatikan kerja orang bawahan mereka dengan teliti serta terperinci.
Demokratik bebas : pemimpin yang membenarkan orang
bawahnnya memberi pandangan dan kritikan sebelum membuat keputusan.
LAISSEZ-FAIRE
Laissez-faire secara amnya difahami sebagai satu pemimpin (mengurus atau mentadbir) yang memberikan atau menjamin kebebasan kepada individu bawahan.
Dipandang dari satu sudut cara ini memberi ruang untuk individu lebih kritis dan kreatif.
Kebebasan diberikan kepada mereka yang faham akan tugas sebenar mereka.
Q &A
AKTIVITI 1
Ketua memberi arahan dan hanya boleh ulang 2 kali sahaja.
Tidak dibenarkan bertanya
Ketua memberi arahan dan boleh ulang sehingga ahli puas hati
Ahli boleh bertanya kepada ketua
MORAL DAN ETIKA
PROFESIONAL
DEFINISI Moral = Perkataan Greek; more; iaitu satu
cara dan bentuk perlakuan yang telah menjadi adat kebiasaan sesuatu kumpulan manusia kerana telah diterima dan dipersetujui bersama oleh kumpulan tersebut
Etika = perkataan Latin: Ethos, yang bermaksud adat atau keperibadian (custom or character).
Profesional = kemampuan atau kemahiran yang khusus untuk melaksanakannya, cekap dan memperlihatkan kemahiran tertentu dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab berdasarkan kepada ilmu dan latihan serta kepakaran.
ETIKA PROFESIONAL Merujuk kepada etika dalam sesuatu profesion
dan bidang yang profesional. Etika profesional pula ditafsirkan sebagai satu
panduan dan tatacara yang menentukan kualiti moral, profesional dan nilai.
Etika profesional ialah garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.
Prinsip moral sesuatu kumpulan yang dibuat untuk mengawal restasi mereka dalam menjalankan tugas megikut nilai dan amalan profesional serta bertindak mengikut etika yang ditentukan.
PEMBENTUKAN MORAL DAN ETIKA INDIVIDU: Pembentukan moral dan etika yang baik
adalah bermula daripada diri seseorang individu itu sendiri.
Seseorang itu perlu memiliki satu set panduan dan peraturan yang berhubung kait dengan tingkah laku bagi mengawal dirinya dalam setiap tindakan yang dilakukan.
Berasaskan etika yang ada maka konflik terhadap keinginan boleh diselesaikan dan seterusnya meningkatkan fungsi sosial seseorang individu.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI:
Faktor Mempengaruh
i Pembentukan
Moral dan Etika Individu
Pengaruh
Keluarga
Pengaruh
Rakan
Pengalaman Hidup
Nilai Peribadi
Dan Prinsip Hidup
Keadaan Persekit
aran
Sistem Kepercaya
an dan Rasionalis
asi
Q &A
AKTIVITI 1 Berikan lima faktor yang mempengaruhi
pembentukan moral dan etika seseorang individu berserta huraiannya.
KEMAHIRAN KEUSAHAWANA
N
DEFINISI & KONSEP USAHAWAN Adam Smith(1776)-usahawan adalah
individu yg bentuk organisasi utk tujuan komersial.
Schumpeter- seseorang yg perkenalkan sesuatu yg baru & bangunkan teknologi yg belum pernah dicuba.
Peter Drucker- usahawan memaksimunkan peluang
DEFINISI & KONSEP KEUSAHAWANAN
Shapero- definisi keusahawanan melibatkan gelagat spt: inisiatif; penerimaan risiko/kegagalan
Schumpeter (1934)-kombinasi baru organisasi firma spt produk/servis baru,sumber2 baru, kaedah pengeluaran baru, pasaran baru, dan bentuk organisasi baru.
Gartner (1985)- proses penghasilan organisasi baru
The process of creating something new with value (Hisrich & Peters, 2005) involve time and effortassume financial, psychic and social
risks receive rewards of monetary and
personal satisfaction gain independence
TEORI KEUSAHAWANAN Pendekatan Ekonomi
Merupakan golongan pertama membincangkan tentang keusahawanan. Usahawan ialah- individu yg menyatukan sumber,buruh,materials dan aset bagi hasilkan nilai yg lebih baik.
Ahli ekonomi spt Richard Chantillon dan J.B. Say.
Schumpeter – inovasi sebagai teras kepada kegiatan keusahawanan.
Pendekatan PsikologiMelihat keusahawanan dari sudut ciri &
personaliti orang yg memulakan busines.
Merasakan terdapat beza cara usahawan bertindak ciri-ciri mereka spt ciri-ciri personaliti keperluan pencapaian, lokus kawalan & kecenderungan mengambil risiko.
McClelland- Teori keperluan kpd pencapaian
Pendekatan SosiologiMenjelaskan tentang pengaruh keadaan
sosial yg pengaruhi seseorang untuk menjadi usahawan.
Max Weber(1958)-kaitkan keusahawanan dgn elemen keagamaan.
Menurut Shapero & Sokol- 2 faktor pengaruhi individu buat keputusan jadi usahawan iaitu faktor situasi(persepsi dorongan&persepsi kebolehlaksanaan)& faktor dorongan(Anjakan negatif;tempoh peralihan;tarikan positif;tolakan positif)
Pendekatan Islam9/10 drp sumber rezeki terdapat dlm
perniagaan. Sabda Rasulullah s.a.w "9/10 rezeki adalah datangnya daripada perniagaan".(Riwayat Tarmizi)
Islam tidak pernah terpisah dengan keusahawanan sejak zaman dulu lagi. Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang perniaga yg berjaya.
Termasuk dalam bidang fardu kifayah.
SUMBANGAN USAHAWAN Kepada Individu
rezeki mencukupi,Kehidupan selesa, status & imej yg lebih tinggi
Kepada masyarakattingkat kualiti kehidupan msykt, sediakan
peluang pekerjaan,menawarkan pilihan produk/servis
Kepada Negarapembangunan sosio-ekonomi negara,
peningkatan pendapatan perkapita, produktiviti negara, pdptn kpd negara dlm bentuk cukai dan zakat.
PERSONALITI SEORANG USAHAWAN Banyak ciri-ciri yang dikaitkan dengan
personaliti usahawan berjaya. Antaranya kajian oleh John Kao (1991), Gartner (1989), Shefsky (1994):
• Komitmen & keazaman• Melihat & merebut peluang yg ada• Toleransi terhadap risiko, kekaburan dan
ketidakpastian.• Kreatif & inovatif• Berkeyakinan tinggi & optimistik• Tahap tenaga yg tinggi• Berwawasan tinggi
SAMBUNGAN…… Kirby (1992): terdapat 4 ciri-ciri asas yang
perlu dimiliki oleh seorang usahawan Mengenalpasti peranan
Usahawan adalah satu jaringan proses temasuklah membuahkan, menialai, membangun dan melaksanakan idea yang telah terbentuk.
Berkemampuan Mampu utuk berfikir secara intuitif dan rasional Intuitif:Kemampuan menyedari keperluan
persekitaran dan melihat sesuatu sama ada masalah atau peluang dari pelbagai dimensi
Rasional: berfikir melinatkan logik, urutan, analisis dan penumpuan.
SAMBUNGAN………….. Bermotivasi
Adalah gaya penggerak yang membezakan antara potensi setiap usahawan. Keperluan dan matlamat individu adalah berbeza tetapi desakan ke arah pencapaian akan bertambah kuat apabila seseorang melihat hasil tidakan mampu untuk memenuhi keperluan dan kehendaknya.
Kedesiaan melakuakan perubahan Bersedia untuk menghadapi perubahan kerana ia akan
memberi kesan yang signifikan kepada perniagaannya. Perlu peka terhadap perubahan yang berlaku seperti
perubahan sosio ekonomi, kedudukan kitaran perniagaan, kekangan yang akan dihadapi dan perkembangan teknologi pengeluaran terkini.
Dua elemen penting dalam melakukan perubahan iaitu perekaan dan pembaharuan seperti menghasilkan sesuatu yang baru atau menyesuaikan apa yang ada mengikut peredaran masa.
RISIKO KEUSAHAWANAN MENGIKUT PERINGKAT Peringkat penentuan identiti yang
tersendiriMenentukan hala tuju perniagaan Memastikan matlamat dan tujuan
penglibatan dalam bidang yang diceburiDapat diatasi dengan berdikari dan
berusaha tanpa putus asa Keputusan awal untuk menjadi
usahawanTentangan daripada masyarakat, keluarga
dllModal dan jenis perniagaan – pinjaman
bank, persaingan, etika dan undang-undang, kepakaran dll.