12
KERTAS SEJARAH 3 SPM 2014 1. PENGENALAN (5m) a) Maksud sistem pemerintahan demokrasi berparlimen/Latar belakang demokrasi berparlimen di Malaysia. 1.Demokrasi berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. 2.Dalam konteks Malaysia pula, meletakkan Raja-raja Melayu sebagai lambang taat setia rakyat . 3.Selain itu demokrasi berparlimen memberi rakyat peluang membentuk kerajaan. 4.Rakyat juga bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. Umumnya pula negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. 5. corak pemerintahan Negara demokrasi iaitu sistem Raja berpelembagaan dan sistem republik. 6.Sistem Raja berpelembagaan pula bermaksud sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintahan tertinggi negara dan negeri. Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri. 7.Bagi sistem Republik pula ialah bermaksud sistem yang menolak institusi beraja. Kerajaan diketuai oleh presiden. Manakala Presiden dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. 8. Contoh seperti Negara Perancis, Korea Selatan, India dan Filipina. Presiden memegang dua jawatan iaitu sebagai ketua kerajaan dan ketua negara

KERTAS SEJARAH 3 SPM 2014 SEBENAR (TEPAT)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KERTAS SEJARAH 3 SPM 2014 SEBENAR (TEPAT)

KERTAS SEJARAH 3 SPM 2014

1. PENGENALAN (5m)

a) Maksud sistem pemerintahan demokrasi berparlimen/Latar belakang

demokrasi berparlimen di Malaysia.

1.Demokrasi berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara.

2.Dalam konteks Malaysia pula, meletakkan Raja-raja Melayu sebagai lambang taat setia rakyat .

3.Selain itu demokrasi berparlimen memberi rakyat peluang membentuk kerajaan.

4.Rakyat juga bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. Umumnya pula negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan

kedaulatan rakyat.

5. corak pemerintahan Negara demokrasi iaitu sistem Raja berpelembagaan dan sistem republik.

6.Sistem Raja berpelembagaan pula bermaksud sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintahan tertinggi negara dan negeri.

Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri.

7.Bagi sistem Republik pula ialah bermaksud sistem yang menolak institusi

beraja. Kerajaan diketuai oleh presiden. Manakala Presiden dipilih oleh rakyat

melalui pilihan raya. 8.Contoh seperti Negara Perancis, Korea Selatan, India dan Filipina.

Presiden memegang dua jawatan iaitu sebagai ketua kerajaan dan ketua negara

Page 2: KERTAS SEJARAH 3 SPM 2014 SEBENAR (TEPAT)

** Atau latar belakang demokrasi berparlimen di Malaysia

1.Asas demokrasi berparlimen bermula apabila British memperkenalkan Sistem Ahli 1955.

2. Seterusnya tertubuhnya Parti Perikatan iaitu kerjasama kaum melalui

UMNO dan MCA untuk menghadapi pilihan raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur

1952.

3.Asas ini bertambah kukuh apabila kemasukan parti MIC dalam Parti Perikatan bagi menghadapi pilihan raya umum pertama 1955.

4.Demokrasi berparlimen direalisasikan apabila Parti Perikatan menang dan membentuk kerajaan iaitu Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri.

5.Seterusnya demokrasi berparlimen jelas apabila peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

6.Antaranya menjadikan Yang diPertuan Agong sebagai Ketua Negara dan

konsep Raja Berperlembagaan. 7. Pilihanraya umum yang diadakan lima tahun sekali merupakan tonggak

utama demokrasi berparlimen di Malaysia.

8.Sejak merdeka hingga kini Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.

Page 3: KERTAS SEJARAH 3 SPM 2014 SEBENAR (TEPAT)

2.Pengenalan (5M)

Jelaskan konsep perlembagaan. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi sesebuah Negara. Ia

juga merupakan prinsip asas membentuk negara.Selain itu, perlembagaan dijadikan sebagaidokumen rasmi yang mengandungi peraturan dan prinsip

sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara.Ia juga sebagai panduanmengagihkan kuasa antara institusi kerajaan serta menentukan hala tuju pentadbiran negara. Ini akan menjamin kerajaan menunaikan

tanggungjawab kepada rakyat.

(Mana-mana jawapan munasabah)

i) Jelaskan maksud keluhuran perlembagaan (10 m) Keluhuran perlembagaan bermaksud keagungan dan

ketertinggian undang-undang yang mengatasi kuasa Yang di-Pertuan Agong,

parlimen, jemaah menteri dan mahkamah.

Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah tidak sah. Undang-undang negeri mestilah selaras dengan

perlembagaan persekutuan.

Perkara 75 menyatakan undang-undang negeri yang bertentangan dengan perlembagaan persekutan adalah terbatal dengan sendirinya. Perlembagaan persekutuan memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk membatalkan akta

yang diluluskan di luar bidang kuasa parlimen atau bercanggah dengan perlembagaan Malaysia.

Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap Undang-undang

bagimenjamin keluhuran dan ketertinggian perlembagaan Malaysia.

Page 4: KERTAS SEJARAH 3 SPM 2014 SEBENAR (TEPAT)

3. Kepentingan Perlembagaan dalam menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia

dibawah sistem pemerintahan demokrasi berparlimen / menjaga keharmonian

negara (15m)

Perlembagaan berperanan untuk menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia dibawah

sistem pemerintahan demokrasi berparlimen / kestabilan sesebuah negara dengan

menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya.

1.Perlembagaan membantu menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan, ketelusan

serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan.

2. Setiap pemimpin memerlukan panduan untuk memerintah supaya menepati

kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat.

3.Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi

kepada negara.

4.Rakyatnya memegang matlamat yang sama supaya semangat patriotisme dapat

dibentuk.

5.Perkara 24 Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai

kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraanya.

6.Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boteh dilucutkan

kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini.

7.Tujuannya supaya rakyat dapat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air

untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia.

8.Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini.

9.Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti berpersatuan,

beragama dan memiliki harta.

10. Dengan ini rakyat mengetahui had kebebasan mereka disisi undang-undang.

11.Perlembagaan Malaysia dalam perkara 153 memperuntukkan peranan YDPA

dalam menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan

bumiputera di Sarawak dan Sabah.

12.Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam,

biasiswa, kemudahan pendidikan serta pemberian lesen perniagaan dan

perdagangan.

13.Walaubagaimanapun, perlembagaan juga memastikan Perkara 153 tersebut

dilaksanakan dengan berhati-hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-

kaum lain.

Page 5: KERTAS SEJARAH 3 SPM 2014 SEBENAR (TEPAT)

14.Perlembagaan Malaysia menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dan

kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

15.Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang

persekutuan dan negeri.

16.Dengan cara ini sistem pemerintahan negara dapat diselaraskan tanpa sebarang

perbalahan.

17.Perlembagaan ini menjelaskan Perlembagaan Negeri pula tidak boleh

bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.

18.Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan

bumiputera di Sarawak dan Sabah tidak dipersoalkan. Ini adalah jaminan yang

ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia sebelum Sarawak dan Sabah menyertai

persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

19.Kerajaan Persekutuan menggunakan senarai kuasanya dalam bidang pendidikan

dan kesihatan untuk membantu memesatkan pembangunan di negeri Sarawak dan

Sabah.

20.Kesannya berlaku pembangunan yang pesat dalam bidang pendidikan dan

kesihatan serta perkhidmatan pos, telekom dan polis.

Page 6: KERTAS SEJARAH 3 SPM 2014 SEBENAR (TEPAT)

4.Sebab-Sebab Pindaan dan Kaedah-Kaedah Pindaan perlembagaan oleh

Parlimen Malaysia dalam pemerintahan demokrasi berparlimen (30m)

Sebab-sebab Pindaan (15m)

Pindaan perlembagaan bertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat. Selain itu, untuk menjaga keselamatan negara dan melicinkan urusan pentadbiran Negara.

Perlembagaan perlu di pinda supaya sentiasa relevan dengan keperluan semasa. Ia juga menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah dan kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati. Ia juga dipinda bagi melarang

perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka contohnya pemerintahan beraja, agama Islam, kedudukan bahasa melayu dan hak istimewa orang melayu.

Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang mengehadkan seseorang individu bercakap sewenang-wenangnya sehingga menyentuh perkara sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum. Selain itu, untuk

memelihara keselamatan, ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum. Antara pindaan besar yang telah dibuat ialah pemansuhan imuniti(kekebalan)

Yang Dipertuan Agong dan raja daripada kesalahan jenayah

(b) Terangkan kaedah pindaan perlembagaan yang digunakan di Parlimen Malaysia.

Kaedah pindaan perlembagaan oleh Parlimen Malaysia.(20M)

Kaedah pindaan perlembagaan oleh parlimen Malaysia merangkumi 4 kaedah pindaan. Kaedah pertama mendapat kelebihan suara dua per tiga dalam tiap -tiap

satu persidangan parlimen dan mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja. Perkara-perkara yang dipinda melalui kaedah pertama ialah kewarganegaraan(Perkara 14-31), tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja(Perkara38) dan keistimewaan

Parlimen(Perkara63). Selain itu, perkara yang melibatkan keutamaan raja, iaitu Yang di- Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong, Raja-Raja dan YangDipertua

Negeri(Perkara 70),jaminan persekutuan terhadap perlembagaan negeri(Perkara71) , keistimewaan Dewan Undangan Negeri(Perkara 71), bahasa kebangsaan(Perkara 152), kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera(Perkara 153) Pindaan

Perlembagaan Persekutuan(Perkara 159), kedaulatan raja-raja(Perkara 181) dan undang-undang yang berkaitan dengan perubahan sempadan.

Kaedah Kedua, mendapat kelebihan suara dua per tiga dalam tiap-tiap satu persidangan Parlimen dan mendapat persetujuan Yang di-Pertua Negeri Sabah dan

Sarawak. Contohnya keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak,hak dan kuasa kepada kerajaan negeri tentang kuasa menahan

kemasukan orang yang bukan dari Sarawak dan Sabah (Akta Imigresen 1961) dan

Page 7: KERTAS SEJARAH 3 SPM 2014 SEBENAR (TEPAT)

perkara perundangan dan pemerintahan dalam bidang kuasa negeri, hal agama, bahasa dan kedudukan istimewa kaum Bumiputera.

Kaedah Ketiga pula mendapat persetujuan lebih suara 2/3 dewan parlimen iaitu

perkara-perkara yang tidak disebut dalam mana mana tiga kaedah pindaan di atas. Kaedah keempat mendapat persetujuan lebih suara dewan parlimen. Perkara-

perkara yang dipinda melalui kaedah ini ialah pindaan jadual 2, 6 dan 7 bahagian 3 tentang kewarganegaraan, bentuk sumpah ikrar pemilihan dan persaraan ahli

Dewan Negara serta persempadanan pilihan raya.Seterusnya pindaan perkara 74 dan 76 dalam perlembagaan. Perkara 74 parlimen boleh membuat atau meminda undang-undang mengenai perkara yang disebut dalam Senarai Persekutuan dan

Senarai Bersama. Hal yang sama juga boleh dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri bagi perkara yang berhubung dengan Senarai Negeri atau Senarai Bersama

yang diperuntukan oleh perlembagaan Perkara 76 parlimen boleh membuat undang-undang dalam senarai negeri yang melibatkan pelaksanaan persetiaan perjanjian atau konvensyen antara persekutuan

dengan mana-mana negara lain (Mana-mana jawapan munasabah)

Page 8: KERTAS SEJARAH 3 SPM 2014 SEBENAR (TEPAT)

5.Kejayaan Malaysia kesan daripada pengamalan system pemerintahan demokrasi Berparlimen (10m) 1. Meningkatkan kestabilan Negara kerana kerajaan dipilih melalui pilihanraya yang telus 2. Perpaduan kaum di kalangan masyarakat majmuk dan etnik 3. Pengamalan pilihan raya setiap lima tahun (tempoh pemerintahan) 4. Peningkatan rakyat dalam bidang politik 5. Transformasi oleh kerajaan (pendidikan, ekonomi, pertahanan, kebajikan rakyat) 6. Meningkatkan imej Negara di mata dunia 7. Keluhuran dan ketertinggian perlembagaan kerana perlembagaan menjadi garis panduan untuk memerintah negara 8. Meningkatkan keyakinan pelabur asing 9. Meningkatkan ekonomi – Negara aman 10. Meningkatkan semangat jati diri kerana negara masih mengekalkan Sistem Beraja 11. Penambahbaikan system kehakiman yang bebas daripada dipengaruhi mana-mana pihak 12. Bangga jadi rakyat Malaysia – kerajaan dipilih oleh rakyat terbanyak 13 .Membentuk kerajaan adil dan berintegriti kesan persaingan sengit politik 14. Pemimpin diiktiraf masyarakat antarabangsa kerana dipilih melalui system pilihanraya yang bersih dan dipantau antarabangsa 15. Rakyat berkuasa memilih wakil rakyat untuk memerintah ( Terima mana-mana jawapan yang munasabah )

Page 9: KERTAS SEJARAH 3 SPM 2014 SEBENAR (TEPAT)

6. Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen Telah Menjadi Kunci Kepada Kestabilan Politik Di Malaysia. Buktikan Kebenaran Pernyataan Berikut (10m)

1. Hak rakyat untuk berpersatuan dan menyuarakan pendapat dijamin dalam perlembagaan persekutuan. (hak bersuara, dan hak berpersatuan)

2. Rakyat bebas memilih pemimpin dalam pilihanraya daripada parti-parti politik yang bertanding dalam pilihanraya.

3. Pembangunan ekonomi negara semakin berkembang baik. Rakyat asing dapat mencari nafkah di Malaysia dengan aman dan tenteram

4. Pelaburan modal asing semakin meningkat saban tahun di negara kita

5. Pilihanraya dapat dilaksanakan dalam suasana tenang dan lancar

6. Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dimansuhkan.

7. Kewujudan konsep 1Malaysia sebagai langkah perpaduan kaum yang diterima ramai.

8. Kedudukan sultan, bangsa melayu, dan bumiputera dijamin dalam perlembagaan 9. Rakyat dapat hidup dalam kejiranan yang majmuk.

10. Pencapaian negara dalam bidang sukan semakin mantap. Contohnya pencapaian oleh Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicole Ann David.

11. Hubungan baik Malaysia dengan negara serantau dan komuniti antarabangsa.

12. Kerjasama Malaysia dengan negara serantau dalam bidang ekonomi, dan sosial.

13. Pertumbuhan institusi pendidikan tinggi swasta semakin rancak

14. Pelancongan dalam negara dan luar negara semakin mantap. Kebanjiran pelancong asing dari eropah, timur tengah, jepun, china, korea, taiwan

15. Rakyat bebas melancong ke luar negara.

(Mana mana jawapan yang munasabah)

Page 10: KERTAS SEJARAH 3 SPM 2014 SEBENAR (TEPAT)

7. Cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen dan langkah-langkah untuk cabaran tersebut. (10m)

Cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen.

· Kemunculan golongan radikal. · Masalah perpaduan. · Kewujudan pelbagai kaum.

· Gejala sosial. · Perlakuan jenayah.

· Kebanjiran pendatang asing. · Peluang pekerjaan. · Globalisasi.

· Masalah kemiskinan. · Jurang ekonomi antara kaum.

Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas.

· Memperkukuh perpaduan.

· Penguatkuasaan undang-undang. · Mewujudkan konsep 1 Malaysia.

· Memastikan Wawasan 2020 tercapai. · Menghayati Rukun Negara. · Mewujudkan rakan cop.

· Menambah peluang pekerjaan · Memperketatkan kawalan sempadan.

Page 11: KERTAS SEJARAH 3 SPM 2014 SEBENAR (TEPAT)

8.Nilai-nilai murni/iktibar/daripada pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen (5m) Nilai-nilai murni atau iktibar yang dapat diambil daripada pelaksanaan sistem

demokrasi berparlimen terhadap diri sendiri, masyarakat dan negara ialah · Memelihara perpaduan

· Mengekalkan keamanan · Bersikap toleransi

· Bersedia menerima perubahan · Saling memahami · Bertanggungjawab

· Bersikap inovatif dan kreaktif. · Patuh kepada undang-undang

· Menghormati pemimpin · Semangat cintakan Negara · Menghormati lambang Negara

Page 12: KERTAS SEJARAH 3 SPM 2014 SEBENAR (TEPAT)

9 .Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan (5m) Pengetahuan yang saya diperoleh ialah:

Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.

Kuasa pemeritahan dibahagikan kepada tiga badan iaitu badan perundangan, badan pelaksanaan, dan badan kehakiman.

Sistem demokrasi melibatkan rakyat dalam pentadbiran. Iktibar kepada diri,bangsa dan negara ialah:

Sokongan rakyat menjamin kelicinan pentadbiran negara.

Kerjasama antara pemimpin dan rakyat menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.

Permuafakatan antara rakyat dengan kerajaan dapat mengekalkan keharmoniam negara.

Kesetiaan dan semangat patriotisme mengukuhkan pembentukan identiti negara dan bangsa Malaysia. Perpaduan rakyat menjamin kedaulatan negara. Harapan untuk menjadikan bangsa dan Negara Malaysia harmoni dan stabil :

Ialah rakyat bertanggungjawab mengamalkan ciri-ciri demokrasi supaya dapat meletakkan Malaysia sebagai negara yang berdaulat dan disegani di persada dunia. Diharap semua rakyat mematuhi dan menghormati sistem pentadbiran negara demi kemakmuran negara.