40
AKIDAH KEIMANAN MENURUT QURAN DAN SUNAH TULISAN DR. RAMLI AWANG an oleh Dr. Othman bin Napiah 2003/04

Kul.2 slq 1022 aqi

Embed Size (px)

Citation preview

AKIDAH KEIMANAN MENURUT QURAN DAN

SUNAHTULISAN DR. RAMLI

AWANG

©Disampaikan oleh Dr. Othman bin Napiah 2003/04

1. KONSEP TAWHID MENURUT QURAN DAN SUNAH 2. KAEDAH DAN KETETAPAN ISLAM DALAM BERAKIDAH

TAJUK PERBINCANGAN

© Dr. Othman bin Napiah 2003/04

1. KONSEP TAWHID MENURUT QURAN DAN

SUNAH

Tawhid Rububiyyah Tawhid Uluhiyyah Tawhid Al-Asma' Wa Al-Sifat

© Dr. Othman bin Napiah 2003/04

Tawhid Rububiyyah

Beriktikad secara pasti bahawa Allah adalah Rabb segala sesuatu, tiada rabb selain-Nya.Perkataan al-rabb pada bahasa Arab bermakna al-malik, al-sayyid, pemilik, pengatur atau pentadbir الـمــدبــ ] ، الـمــالــك ، رالـســيـد

© Dr. Othman bin Napiah 2003/04

Rububiyyah Allah ke atas makhluk-Nya bermakna mengesakan Allah pada ciptaan-Nya, milik-Nya dan tadbiran-Nya dalam segenap perkara.

© Dr. Othman bin Napiah 2003/04

mentawhidkan Allah pada rububiyyah adalah berikrar bahawa Allah sahaja satu-satu-Nya Khaliq kepada makhluk, memilikinya, menghidupkannya, mematikannya, memberi manfaat, mudarat, menyahut-perkenankan doa mereka; Maha berkuasa ke atas mereka, memberi kurnia dan menahan sesuatu dari sampai kepada mereka, bagi-Nyalah segala urusan pemerintahan dan tiada sekutu dengan mana-mana makhluk.

© Dr. Othman bin Napiah 2003/04

ـــبــارك تـ ـــر واألمـ ـــخــلـــق الـ ـــه لـ أالالــعــلــمــيــن . رب اللــه

Ingatlah kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan [sekalian makhluk] dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbir sekalian alam.[Surah al-Acraf/7:54]

© Dr. Othman bin Napiah 2003/04

Mereka yang berikrar bahawa Allah sebagai rabb segala sesuatu, tetapi tidak mengesakan-Nya pada uluhiyyah, sudah tentu ia akan mempersekutukan-Nya dengan sesuatu [yang lain] dalam beribadat kepada-Nya, dan tidak akan mengesakan-Nya pada al-asma' wa al-sifat [nama-nama dan sifat-Nya], lalu ia menta‘tilkan-Nya atau mentasybihkan-Nya dengan sifat-sifat makhluk, atau mentakwilkan-Nya dengan takwilan yang merosakkan

© Dr. Othman bin Napiah 2003/04

Tawhid seperti ini tidak memberi apa-apa manfaat kepada mereka, tidak pula mengeluarkan mereka dari sempadan kufur kepada sempadan keimanan. Firman Allah:

ومـــا يـــؤمــن أكــــثــرهــم بـــاللـــه إال وهـــم مــشـــركــون .

MaksudnyaDan tiadalah mereka iitu beriman kepada Allah melainkan dalam keadaan mempersekutukan [dengan sesuatu yang lain].[Surah Yusuf/12:106].

© Dr. Othman bin Napiah 2003/04

Golongan musyrikin beriman [percaya] lagi membenarkan Allah selaku pencipta langit dan bumi [alam seluruhnya]. Berkata Mujahid [M: 342 H]: "iman mereka dengan Allah adalah pengakuan mereka yang mengatakan bahawa Allah yang menjadikan kita, memberi rezeki, dan mematikan kita." Iman mereka ini masih beserta syirik dalam ibadat mereka kepada Allah. Allah memberitahu bahawa orang-orang musyrik itu juga percayakan Allah sebagai pencipta, pemberi rezeki dan pemilik kepada segala sesuatu.

© Dr. Othman bin Napiah 2003/04

Hakikat ini dijelaskan sendiri oleh Allah dengan firman-Nya:

ولــــــــــئــن ســـــــــــألــتــهــم مــــــــــن خــلــقــهـــــم لــيــقــولــن اللـــه .

MaksudnyaDan demi sesungguhnya! jika engkau [wahai Muhammad] bertanyakan kepada mereka: "siapakah yang menciptakan mereka?". Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah".

[Surah al-Zukhruf/43:87]

© Dr. Othman bin Napiah 2003/04

Firman-Nya lagi:ـــســمــاء ـــن الـ ـــرزقــكــم مـ ـــن يـ ـــل مـ قـواألرض أمـــــــن يـــــــمــلــك الـــــــســمــع واألبــــصـــر ومــــن يــــخــرج الــــحــى مــــن الـــمـيــت ويـــخــرج الـــمــيــت مـــن الـــحــى ومـــن يـــدبــر األمـــر فــســيــقــولــون اللـــه

فــقــل أفــال تــتــقــون ."Bertanyalah kepada mereka [yang musyrik itu]: "siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati dan mengeluarkan benda yang mati dari benda yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam?". maka nescaya mereka akan menjawab: "Allah". Oleh itu, katakanlah: "[Jika kamu mengakui yang demikian itu]", maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?".[Surah Yunus/10:31

© Dr. Othman bin Napiah 2003/04

Bertawhid dengan tawhid rububiyyah ini diakui oleh bangsa-bangsa purba terdahulu, termasuk juga para failasuf Greek Yunani bahkan manusia-manusia zaman kini juga. Ini adalah kerana iman akan wujudnya Allah itu merupakan suatu fitrah semulajadi yang tidak perlu kepada dalil untuk mensabitkan-Nya.Meskipun begitu penyelewengan mereka bersebabkan kepada menyelewengnya dari konsep uluhiyyah [`ubudiyyah] kepada Allah.

© Dr. Othman bin Napiah 2003/04

Tawhid Uluhiyyah dan Dasarnya

beriktikad secara pasti bahawa Allah Taala adalah al-Ilah al-Haq, tiada ilah selain-Nya dan mengesakan-Nya sahaja dalam ibadat Perkataan al-ilah adalah al-ma’luh iaitu al-ma`bud [yang disembah]. Sementara makna ibadat pada bahasa ialah tunduk, patuh dan rasa rendah diri.

© Dr. Othman bin Napiah 2003/04

Berkata Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah [M:728 H]:"Ibadat ialah nama yang meliputi apa sahaja yang dicintai dan diredai Allah samada ucapan, perbuatan, yang kelihatan atau pun yang tersembunyi..

© Dr. Othman bin Napiah 2003/04

Al-Imam al-Qurtubi pula menjelaskan pengertian ibadat itu seperti berikut:“Asal ibadat ialah rasa hina diri, tunduk dan patuh. Dinamakan tanggungjawab syarak ke atas mukallaf sebagai ibadat kerana mereka itu diperintahkan agar beriltizam dengannya dan melakukannya semata-mata tunduk dan patuh kepada Allah”.

© Dr. Othman bin Napiah 2003/04

Ibn Kathir pula menyebut sebagai berikut: "Ibadat ialah mentaati-Nya dengan melakukan yang disuruh dan meninggalkan yang ditegah. Itulah hakiat din al-Islam, kerana makna Islam ialah menyerah kepada Allah [mempasrahkan diri], terkandung di dalamnya kepatuhan, rasa rendah diri dan ketundukan”

© Dr. Othman bin Napiah 2003/04

bahawa segala gerak laku dalam kehidupan manusia tidak boleh terkeluar dari konsep ibadat atau beruluhiyyahkan Allah, lahir dan batin. Inilah juga tujuan manusia diciptakan oleh Allah, bahkan keseluruhan hidup dan mati manusia itu semata-mata bagi Allah sepertimana yang diikrarkan di dalam setiap salat mereka

© DrOthman bin Napiah 2003/04

Tawhid ini terbina di atas keikhlasan berubudiyyah bagi Allah sahaja, lahir dan batin, sekira-kira tiada sesuatu yang lain selain-Nya. Mereka yang mukmin dengan Allah mengabdikan diri kepada Allah semata-mata, tidak mengabdikan kepada selain-Nya, ia mengikhlaskan bagi Allah dalam kecintaan, takut, harap, berdoa, bertawakkal, taat, tunduk, patuh dan semua jenis serta bentuk ibadat.

© Dr. Othman bin Napiah 2003/04

Tawhid ini merangkumi dua jenis tawhid yang lain lagi, iaitu tawhid rububiyyah dan tawhid al-asma' wa al-sifat, kerana itulah dasar pokok syahadat dimestikan mengucap dengan kalimat la ilaha illallah - penyaksian tawhid uluhiyyah. Tidak dengan ucapan la rabba illallah.

© Dr. Othman bin Napiah 2003/04

Tawhid ini juga bertindak sebagai pemisah antara orang bertawhid dengan orang musyrik. Pembalasan serta ganjaran di dunia dan akhirat berasaskan kepada tawhid ini. Sesiapa yang tidak memiliki tawhid ini adalah ia dari kalangan musyrikin.

© Dr. Othman bin Napiah 2003/04

DASAR TAWHID ULUHIYAHWajib mengikhlaskan al-mahabbah [kecintaan] bagi Allah, tidak boleh seseorang itu mengambil sembahan-sembahan [ketaatan dan kepatuhan] yang lain dari Allah dalam kecintaan, sama seperti ia mencintai Allah atau mendahulukan kasihnya melebihi kasihnya kepada Allah. Sesiapa yang melakukan sedemikian adalah ia dari kalangan orang-orang musyrik. Firman Allah:

© Dr. Othman bin Napiah 2003/04

ومــن الــنــاس مــن يــتــخــذ مــن دون اللــه أنــدادا يــحــبــونــهــم كــحــب اللــه

والــذيــن ءامــنــوا أشـــد حــبــا للــه

Dan di antara manusia itu ada yang mengambil selain Allah [untuk menjadi] sekutu-sekutu [Allah], mereka mencintainya [memuja dan mentaatinya] sebagaimana mereka mencintai Allah, sedang orang-orang yang beriman itu tersangat cinta [taat] kepada Allah.

[Surah al-Baqarah/2:165].

© Dr. Othman bin Napiah 2003/04

Daripada syirik akbar yang tidak diampunkan Allah kecuali dengan bertawbat daripadanya ialah

seseorang itu mengambil selain Allah sebagai nidda [sembahan]. Ia mengasihinya sama seperti

mengasihi Allah. Memang manusia difitrahkan kasih kepada diri, ibu bapa, anak-anak, harta benda dan negara,

tetapi maksud ikhlas `ubudiyyah kepada Allah itu tidaklah bermakna memadamkan fitrah tersebut.

Apa yang dituntut ialah meletakkan kecintaan kepada Allah itu mengatasi segala-galanya dan

kasih kepada perkara-perkara tersebut diletakkan selepas kasih kepada Allah; mendahulukan

hukum-hukum Allah serta ketetapanNya dari hukum-hukum ketetapan manusia.

© Dr. Othman bin Napiah 2003/04

2. Wajib mengesakan Allah taala dalam berdoa, tawakkal, mengharap dalam

perkara-perkara yang tidak dikuasai ke atasnya kecuali Allah sahaja. Firman

Allah:وال تــدع مــن دون اللــه مــا ال

يــنــفــعــك وال يــضــرك فــإن فــعــلــت فــإنــك إذا مــن الــظــلــمــيــن

Dan janganlah engkau [wahai Muhammad] menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim [terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu].[Surah Yunus/10:106

© Dr. Othamn bin Napiah 2003/04

3. Wajib mengesakan Allah dalam perkara takut. Sesiapa yang beriktikad bahawa makhluk dapat memberi mudarat dengan kehendaknya, kudratnya, maka takut kepadanya itu menjadi syirik kepada Allah. Quran menyebut:

فـــإيــى فــارهـــبــون .

© Dr. Othman bin Napiah 2003/04

"Maka kepada Aku [Allah] sahajalah hendaknya kamu gerun gementar“ [Surah al-Nahl/16:51

Perlu dibezakan antara takut bersifat ibadat dengan takut yang bersifat fitrah. Takut ibadat bersifat ghaib, manakala takut fitrah bersifat lahir seperti takut kepada senjata yang dihunuskan atau takut kepada binatang buas yang ada di hadapannya. Takut fitrah ini tidak memudaratkan tawhid. Sebaliknya takut ibadat, merasa gerun di hati bila disebut sesuatu yang ditakuti itu dan beriktikad perkara tersebut dengan kudrat serta kehendaknya dapat memudaratkan.

© Dr. Othman bin Napiah 2003/04

4. Wajib mengesakan Allah dalam seluruh jenis ibadat tubuh badan seperti salat, rukuk, sembelihan, tawaf dan seluruh ibadat perkataan seperti nazar, istighfar dan lain-lain. Begitu juga dengan ibadat hati seperti kasih, benci dan seumpamanya.

© Dr. Othman bin Napiah 2003/04

Tawhid Al-Asma' Wa Al-Sifat

Beriktikad secara pasti bahawa Allah sahaja yang

bersifat dengan seluruh sifat kesempurnaan, bersih suci dari sifat-sifat kekurangan.

© Dr. Othman bin Napiah 2003/04

ASAS TAWHID ASMA’ DAN SIFAT

1. Memahasucikan Allah Taala dari penyerupaan dengan mana-mana makhluk dan dari sebarang sifat kekurangan. Firman Allah:

األمــثــال للـــه تــضــربــوا فــال“Maka janganlah kamu mengadakan sesuatu yang sebanding dengan Allah”.

© Dr. Othman bin Napian 2003/04

2. Beriman dengan nama-nama dan sifat-sifat yang sabit dalam

Kitab [Quran] serta Sunah tanpa melampauinya dengan

mengurangkannya atau mentakyifkan atau pun

mentactilkan-Nya menafikan sifat -[ تــعــطـيــل]

dan mengingkar sabitnya dengan Zat Allah.

© Dr. Othman bin Napiah 2003/04

Berkata Imam Ahmad bin Hanbal:“Janganlah mensifatkan Allah kecuali dengan apa yang disifatkan oleh Rasul-Nya. Janganlah melampaui Quran dan al-Sunah”.

© Dr. Othman bin Napiah 2003/04

Berkata Nu’man bin Ahmad Syaikh al-Bukhari:"Sesiapa yang mentasybihkan Allah dengan makhluk-Nya, maka ia kufur, sesiapa yang mengingkari apa yang telah disifatkan Allah mengenai diri-Nya, maka ia kufur, dan tiadalah apa yang telah disifatkan Allah dengan diri-Nya atau apa ynag disifatkan Rasul-Nya ada tasybih dan tamsil“.

© Dr. Othman bin Napiah 2003/04

3. Memutuskan rasa ingin tahu berhubung dengan kaifiyyat sifat-sifat tersebut. Inilah sikap pegangan dan sikap Ulama Salaf yang berpegang kepada zahir nas beserta menafikan kaifiyyat dan tasybih daripada-Nya.

© Dr. Othman bin Napiah 2003/04

PEMUSNAH TAWHID ASMA’ DAN SIFAT1. Tasybih - menyama-rupakan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhluk.2. Tahrif atau taghyir wa al-tabdil

© Dr. Othman bin Napiah 2003/04

Mentahrifkan lafaz-lafaz nama dan sifat dengan membuat penambahan atau mengurangkan atau merubah gerakan [harakat] i`rab atau mentahrifkan maknanya seperti mentakwilkan al-wajh dengan al-dhat; al-istiwa' dengan al-istila‘.

© Dr. Othman bin Napiah 2003/04

Bagi mengelakkan berlakunya perkara ini Iman Malik bin Anas pernah menegaskan:

االســتــواء مـعــلــوم والـكـيـف مـجــهــول واإليـمـان بــه واجــب

والـســؤال عــنــه بـدعــة"al-Istiwa' itu diketahui [dimaklumi], kaifiyyatnya tidak dapat difikirkan. Beriman dengannya adalah wajib sementara bertanyakan tentangnya adalah bidaah.

© Dr. Othman bin Napiah 2003/04

3. Ta‘til - iaitu menafikan dhat Allah seperti tactilkan Allah taala tentang kesempurnaan-Nya yang suci, begitu juga dengan ingkarkan sifat-sifat serta nama-nama-Nya. 4. Al-Takyif – iaitu menentukan kaifiyyat sifat dan mensabitkan ketentuan-Nya.

© Dr. Othman bin Napiah 2003/04

KESIMPULANKetiga-tiga akidah tawhid tersebut dinyatakan secara berulang kali oleh Quran dalam ayat-ayat-Nya.Tiga jenis tawhid tersebut menjadi asas akidah dalam Islam menurut Quran dan Sunah.

© Dr. Othman bin Napiah 2003/04

Muslimin wajib menjaga ketiga-tiga jenis tawhid [uluhiyyah, rububiyyah dan al-asma’ wa al-sifat] daripada sebarang rupa syirik agar akidah tawhidnya terselamat.Ketulenan tawhid tersebut inilah yang dimaksudkan dalam hadis: “man qala la ilaha illallah dakhalal jannah”.

Wallahu A’lam

© Dr. Othman bin Napiah 2003/04