3
LANGKAH-LANGKAH MENJIMATKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK DANIAL IKHWAN B. KHAIRUDIN 302 13013 Mutakhir ini, masyarakat malaysia gemar membazir dalam penggunaan elektrik. Akibatnya, bayaran bil elektrik yang ditanggung oleh masyarakat kini melambung tinggi. Masyarakat kini kian resah dengan apa yang sedang mereka hadapi. Penjimatan penggunaan elektrik merupakan satu- satunya cara bagi mengelakkan pembaziran elektrik. Sebenarnya, terdapat pelbagai langkah menjimatkan penggunaan elektrik. Antara langkah menjimatkan penggunaan elektrik ialah dengan menutup punca elektrik selepas digunakan. Hal ini adalah kerana sekiranya sumber elektrik tidak ditutup arus elektrik akan tetap mengalir dan akan meningkatkan jumlah elektrik yang kita gunakan. Ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dalam menerapkan langkah di atas kepada anak-anak mereka di rumah. Contohnya, ibu bapa boleh menyuruh anaknya menutup semua punca elektrik ketika ingin keluar dari rumah. Jadinya, dengan menutup punca elektrik kita dapat menjimatkan penggunaan elektrik. Selain itu, langkah seterusnya ialah dengan menggunakan peralatan elektrik yang kurang menggunakan elektrik. Hal ini disebabkan oleh peralatan yang sebegitu kurang menggunakan elektrik dan dapat mengurangkan jumlah bil yang perlu kita bayar. Pihak penjual barangan elektrik

Langkah penjimatan elektrik

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Langkah penjimatan elektrik

LANGKAH-LANGKAH MENJIMATKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK

DANIAL IKHWAN B. KHAIRUDIN 302 13013

Mutakhir ini, masyarakat malaysia gemar membazir dalam penggunaan elektrik. Akibatnya, bayaran bil elektrik yang ditanggung oleh masyarakat kini melambung tinggi. Masyarakat kini kian resah dengan apa yang sedang mereka hadapi. Penjimatan penggunaan elektrik merupakan satu-satunya cara bagi mengelakkan pembaziran elektrik. Sebenarnya, terdapat pelbagai langkah menjimatkan penggunaan elektrik.

Antara langkah menjimatkan penggunaan elektrik ialah dengan menutup punca elektrik selepas digunakan. Hal ini adalah kerana sekiranya sumber elektrik tidak ditutup arus elektrik akan tetap mengalir dan akan meningkatkan jumlah elektrik yang kita gunakan. Ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dalam menerapkan langkah di atas kepada anak-anak mereka di rumah. Contohnya, ibu bapa boleh menyuruh anaknya menutup semua punca elektrik ketika ingin keluar dari rumah. Jadinya, dengan menutup punca elektrik kita dapat menjimatkan penggunaan elektrik.

Selain itu, langkah seterusnya ialah dengan menggunakan peralatan elektrik yang kurang menggunakan elektrik. Hal ini disebabkan oleh peralatan yang sebegitu kurang menggunakan elektrik dan dapat mengurangkan jumlah bil yang perlu kita bayar. Pihak penjual barangan elektrik sewajarnya memberitahu pembeli atau pengguna tentang peralatan elektrik yang menggunakan kurang elektrik agar pengguna dapat buka mata terhadap peralatan tersebut dan membelinya. Contohnya, peti sejuk yang kurang menggunakan elektrik yang dijual kedai peralatan elektrik hendaklah dibeli oleh pengguna. Konklusinya, peralatan yang kurang menggunakan elektrik dapat menjimatkan penggunaan elektrik.

Page 2: Langkah penjimatan elektrik

Akhir sekali, langkah yang terakhir ialah kempen menjimatkan penggunaan elektrik harus diadakan. Hal ini adalah kerana kempen ini dapat menyedarkan masyarakat betapa pentingnya berjimat dalam penggunaan eletrik. Pihak kerajaan sepatutnya menjayakan kempen ini di setiap negeri dan setiap daerah agar masyarakat lebih sedar. Contohnya, kempen penjimatan elektrik boleh diadakan dalam tempoh seminggu atau lebih perlu diadakan. Kesimpulannya, kempen penjimatan elektrik perlu diwujudkan bagi masyarakat Malaysia tidak membazir elektrik.

Kesimpulannya, dengan mengikuti langkah-langkah yang diberikan kita dapat menjimatkan penggunaan elektrik di Malaysia. Pihak-pihak yang dinyatakan juga perlulah mengambil tempat membantu masyarakat dengan cara yang telah diberitahu. Besarlah harapan masyarakat agar pihak berkenaan dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dalam dilakukan dengan penuh ikhlas. Tuntasnya, penggunaan elektrik dapat dijimatkan dengan menggunakan langkah-langkah yang telah dicadangkan.