18
1 LAPORAN KESELURUHAN MENUJU PUNCAK KECEMERLANGAN 3 2014/2015 TARIKH 17 JANUARI 2015 TEMPAT KOMPLEKS TUN ABDULLAH MOHD SALLEH ANJURAN EXCO AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI DENGAN KERJASAMA PUSAT CITRA UKM TEMA “BICARA SISWA WADAH KEJAYAAN”

Laporan mpk3

Embed Size (px)

Citation preview

1

LAPORAN KESELURUHAN

MENUJU PUNCAK KECEMERLANGAN 3

2014/2015

TARIKH

17 JANUARI 2015

TEMPAT

KOMPLEKS TUN ABDULLAH MOHD SALLEH

ANJURAN

EXCO AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN PERSATUAN MAHASISWA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

DENGAN KERJASAMA PUSAT CITRA UKM

TEMA

“BICARA SISWA WADAH KEJAYAAN”

2

LAPORAN KESELURUHAN PROGRAM

1.0 MAKLUMAT KESELURUHAN PROGRAM

Program : Menuju Puncak Kecemerlangan 3

Penganjur : Exco Akademik dan Penyelidikan Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi

Tarikh : 17 Januari 2015

Tempat : Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia

Perasmi : Prof Dr Khaidzir Hj Ismail, Pengarah Pusat Citra UKM

Jumlah Peserta : 123 orang

Jumlah Pendapatan Sebenar : RM 500

Jumlah Perbelanjaan Sebenar : RM 482.30

Gambar-gambar sepanjang aktiviti : Lampiran A

Tentatif Program : Lampiran B

Jawatankuasa Program : Lampiran C

Borang penilaian aktiviti : Lampiran D

Ulasan Penasihat : Lampiran E

3

2.0 PENGISIAN PROGRAM KESELURUHAN

Dalam program ini, terdapat beberapa elemen pengisian bagi mencapai objektif dan seterusnya

menjayakan program ini. Antara elemen pengisiannya dalam Menuju Puncak Kecemerlangan 3

adalah

2.1 Slot Motivasi Bersama Dr. Rorlinda Yusuf, Kaunselor PERMATAPintar

Dr Rorlinda menyampaikan ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah bagaiman

untuk menghidupkan minda dan seterusnya untuk menjadi seorang pelajar yang

cemerlang. Ujian personality warna juga telah diadakan dan pelajar-pelajar sekolah

diminta untuk membuat SWOT Analysis untuk mengenalpasti kebolehan, kelemahan,

peluang dan kekangan yang ada pada diri setiap pelajar sekolah.

2.2 Majlis Perasmian

Majlis perasmian telah dirasmikan oleh Prof. Dr Khaidzir Hj Ismail yang merupakan

Pengarah Pusat Citra UKM. Beliau memandang program ini sebagai sebuah program

yang baik dan harus diteruskan pada masa-masa yang akan datang. Beliau juga berkata

program sebegini harus diberikan dana yang mencukupi supaya dapat dijalankan.

2.3 Slot Bicara Siswa

Dalam slot ini, pelajar didedahkan kepada pilihan-pilihan yang boleh mereka lakukan

selepas tamat peperiksaan SPM. Pelajar diberikan pendedahan tentang ASASI dan juga

Matrikulasi yang ada di sekitar Malaysia. Selain itu, mereka juga diberi maklumat

bagaimana ingin melanjutkan pelajaran ke luar Negara dan apakah biasiswa yang

ditawarkan untuk ke luar negara. Pelajar juga diceritakan tentang bagaimana kehidupan

di Asasi, Matrikulasi dan juga apabila sudah bergelar mahaiswa di universiti. Pihak panel

telah mengambil kesempatan yang ada untuk mempromosikan UKM kepada pelajar dan

juga mempromosikan Fakulti Sains dan Teknologi dengan lebih khusus.

4

2.4 Slot Bersama Vision Consultant Sdn Bhd

Ceramah telah disampaikan oleh Encik Zul Hifdzi yang merupakan pemilik syarikat

Vision Consultant Sdn Bhd yang bertajuk Menuju Remaja Cemerlang. Antara intipati

ceramah yang disampaikan adalah bagaiman untuk membina sikap positif dan yakin diri

dan seterusnya untuk menjadi seorang remaja yang cemerlang.

2.5 Language Games

Dalam Language Games, pertandingan antara kumpulan telah diadakan. Antara

pertandingan tersebut adalah pertandingan Tounge Twister dan juga Guess It Right. Slot

ini adalah untuk mengasah bakat berbahasa inggeris dalam kalangan pelajar sekolah dan

juga untuk memupuk minat yang mendalam dalam mempelajari Bahasa inggeris.

2.6 Tazkirah Maghrib

Tazkirah disampaikan oleh pelajar Rahmat Ikhsan bin Mohd Sofyan yang merupakan

finalis Pencetus Ummah Musim Pertama. Banyak kisah-kisah teladan yang telah

disampaikan dalam tazkirah tersebut.

2.7 Slot Penghayatan

Dalam slot penghayatan, pelajar diperingatkan tentang jasa kedua ibu bapa dan kewajipan

untuk mentaati dan juga menghargai kedua ibu bapa. Slot ini juga telah dikendalikan oleh

Rahmat Ikhsan bin Mohd Sofyan.

2.8 Penyampaian Hadiah

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Prof Madya Dr Fazilah binti Idris kepada pelajar-

pelajar terbaik dan juga kumpulan-kumpulan terbaik. Sebuah plak penghargaan telah

diberikan kepada setiap wakil pelajar dari setiap sekolah untuk diberikan kepada

pengetua sekolah.

5

3.0 Kesimpulan

3.1 Kelebihan Program

Mengasah kemahiran berkomunikasi dengan baik

Mengasah kemahiran berfikir secara kritis dalam menyelesaikan masalah

Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan pelajar

Memberi panduan tentang hala tuju pelajar selepas SPM

Memberikan motivasi kepada pelajar sekolah untuk lebih cemerlang

dalam pelajaran juga sebagai seorang yang beragama islam

Program dijalankan dengan menepati masa dan setiap slot dikendalikan

dengan baik dan teratur

3.2 Permasalahan

Terdapat masalah dari segi rasa makanan dan sarapan pagi yang kurang

elok.

Masa yang diperuntukkan untuk setiap slot adalah singkat dan perlu

ditambah pada masa akan datang.

Keadaan dewan DK 43.101 yang menggunakan pendingin hawa automatic

telah menyebabkan keadaan yang panas pada waktu malam.

4.0 Penutup

Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar tanpa masalah yang mampu

menjejaskan program ini. Alhamdulillah kerjasama daripada pihak mahasiswa dan pensyarah

yang member respons yang positif dan menyambut program ini dengan sukacitanya serba sedikit

membantu menjayakan majlis ini. Dengan ini, kami mengharapkan para pelajar sekolah dan juga

mahasiswa mendapat manfaat daripada program yang telah dianjurkan ini. Pihak kami juga tidak

berkeberatan untuk sekali lagi menganjurkan program ini pada masa akan datang.

6

Disediakan oleh,

MOHD IKMAL BIN ASMUNI

Ketua Projek, Program Menuju Puncak Kecemerlangan 3 Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi dengan Pusat Citra UKM

Universiti Kebangasaan Malaysia.

Disahkan oleh,

PROF. MADYA DR. FAZILAH BINTI IDRIS

Penasihat dan Pensyarah Kursus Kompetensi

Program Menuju Puncak Kecemerlangan 3 Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi dengan Pusat Citra UKM

Universiti Kebangasaan Malaysia.

7

Laporan cenderamata

Program Masalah Penyelesaian

Sebelum Hadiah untuk

pemenang pertandingan tidak

mencukupi

Kami telah membeli

barangan keperluan hamper sebagai hadiah

pemenang

Semasa Kekeliruan senarai

hadiah semasa majlis penyampaian hadiah

Dengan merujuk

kembali dengan post protocol untuk mengumumkan hadiah

untuk wakil sekolah

Selepas Sijil untuk peserta

belum disampaikan

Menghantar sijil ke

pengarah Pusat Citra UKM untuk ditanda

tangan dan dihantar ke sekolah

Laporan teknikal:

Program Masalah Penyelesaian

Sebelum Sedikit kecelaruhan

berlaku apabila pihak pengurusan JPP tidak menjawab panggilan

telefon AJK untuk mengadu masalah

dewan

- Pergi ke JPP untuk

mengadu masalah dan berjumpa terus

dengan staf yang bertugas

Semasa Pendingin hawa yang terlalu sejuk pada

waktu siang dan tidak berfungsi pada waktu malam

Membuka pintu dewan untuk

membenarkan udara panas masuk pada waktu siang

Membuka pintu pada waktu malam untuk

udara sejuk dari luar masuk ke dalam

dewan

cuba menghubungi pegawai JPP yang

terlibat

Selepas Tiada masalah yang

berlaku

Tiada masalah yang

berlaku

8

Laporan Post Protokol

PROGRAM MASALAH PENYELESAIAN

Sebelum Ahli jawatankuasa

kurang faham dengan tugas dan peranan

masing-masing.

Ketua post program

menerangkan secara terperinci tugas setiap

ahli jawatankuasa program.

Semasa Tiada tempat menunggu

untuk VIP.

Menyediakan tempat

menunggu.

Selepas TIADA TIADA

Laporan Post Program

PROGRAM MASALAH PENYELESAIAN

Sebelum Perubahan tentative dan slot ceramah

Penceramah tidak dapat hadir pada waktu yang

dirancang

Menyusun kembali tentative dan menukar

slot ceramah sebelum perasmian

Semasa Tiada buku program atau tentatif yang

disediakan untuk pelajar

Ahli jawatankuasa menerangkan secara

ringkas kepada mereka melalui lisan.

Selepas TIADA TIADA

9

Laporan Jamuan

Program Masalah Penyelesaian

Sebelum Terdapat perubahan

dari segi menu jamuan untuk penerima

anugerah dan VIP

Berhubung semula

dengan pihak katering untuk pengesahan

semula menu jamuan

Semasa Terdapat sebahagian

makanan yang sejuk dan berlendir pada waktu pagi

Mengadukan masalah

tersebut kepada pengusaha catering dan

Selepas TIADA TIADA

Laporan Kebajikan

Program Masalah Penyelesaian

Sebelum TIADA

TIADA

Semasa TIADA TIADA

Selepas Menghantar semula

sejadah dan tikar ke masjid UKM untuk dipulangkan tetapi

tiada kenderaan

Menyimpan tikar dan

sejadah sementara di bilik pelajar FST sebelum dipulangkan

ke masjid UKM dengan meminta

bantuan pelajar yang mempunyai kenderaan

10

Laporan Media dan Publisiti

Program Masalah Penyelesaian

Sebelum Terdapat perubahan

saiz kain rentang program

Menukar semula saiz

sebelum dihantar untuk cetakan

Semasa Keadaan kamera yang rosak dan tidak dapat

mengambil gambar dengan baik

Meminta jurugambar Pusat Citra untuk

berkongsi gambar selepas program

Selepas TIADA TIADA

11

LAMPIRAN A

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM

12

13

14

LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

7.30 - 8.00 Pendaftaran Pelajar

8.30 - 10.00 Slot Study Smart bersama

Kaunselor Permata Pintar, Dr Linda

10.00 - 10.30 Minum Pagi

10.30 - 11.00 Majlis Perasmian oleh ( Prof. Dr. Khaidzir

Hj. Ismail)

11.00 - 11.30 Ice Breaking

11.30 - 12.30 Slot Bicara Siswa

12.30 - 2.00 Rehat, Makan, Solat Zuhur

2.00 - 4.00 Slot bersama Kaunselor, En Zulhafidzi

4.00 - 4.30 Minum Petang

4.00 - 5.15 Rehat, Minum petang, Solat Asar

Tazkirah PU Rahmat

5.30 - 6.30 Languange Games

6.30 - 9.00 Makan, solat Maghrib dan Isyak

Tazkirah PU Rahmat

9.00 - 10.00 Slot Penghayatan

Majlis bersurai

15

LAMPIRAN C

JAWATANKUASA PROGRAM

CARTA ORGANISASI

Penaung

Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali

Naib Canselor UKM

Pengerusi

Y. Bhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UKM

Penyelaras

Lt. Kol. (Bersekutu) PA Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan

Pengarah Pusat Pembangunan Mahasisiwa dan Perhubungan Alumni

Penasihat Program

Prof. Madya Dr. Fazilah binti Idris

Pensyarah Pusat Citra Universitti Kebangsaan Malaysia

K007385

Ketua Pengarah

Mohd Ikmal Bin Asmuni / FST / 2 / A145513

013-7592963

16

Timbalan Ketua Pengarah 1

Nor Izzah Binti Marzuki / FST / 2 / A145541

010-9607062

Timbalan Ketua Pengarah 2

Ilyana Binti Rosmadi / FST / 2 / A145514

019-3559136

Setiausaha

Carolynna Buyau Anak James /A145781/ FST/ 2

Bendahari

Siti Naziha binti Md Jaki /FST/2/A145905

Exco – Exco

1. Program – Nur Aidasyakirah binti Mohd Tahir (A145843) 2. Media dan Publisiti – Nurathirah binti Khairuddin (A145824) 3. Teknikal – Mohd Bajuri bin Asruri (A145766)

4. Protokol – Nur Sahfiqah binti Basarudin (A145783) 5. Cenderamata – Nurul Atikah binti Yahya (A146098)

6. Kebajikan – Nuradila binti Mohd Adnan (A145658) 7. Jamuan – Najaa binti Baharin (A145797)

17

LAMPIRAN D

BORANG PENILAIAN AKTIVITI

18

LAMPIRAN E

BORANG ULASAN PENASIHAT

Nama Penasihat : PROF. MADYA DR. FAZILAH BINTI IDRIS Nama Aktiviti : MENUJU PUNCAK KECEMERLANGAN 3

Tarikh : 17 JANUARI 2015

Tempat : KOMPLEKS TUN ABDULLAH MOHD SALLEH, UKM

ULASAN :

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

Tandatangan

____________________________

Nama & Cop Jawatan