18
2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 1 HUBUNGAN LUAR MALAYSIA Latar belakang dasar luar Malaysia Bincangkan latar belakang dasar luar Malaysia. Matlamat dasar luar Malaysia Apakah matlamat dasar luar Malaysia? 1. Matlamat dasar luar Malaysia ialah berbaik-baik dengan semua negara. 2. Tujuannya ialah menjamin keselamatan rakyat dan negara 3. Ianya juga adalah untuk mengekalkan kedaulatan negara. 4. Selain itu dapat memelihara kepentingan nasional dengan menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi. 5. Di samping itu juga dapat mengekalkan keamanan sejagat dalam usaha untuk mengekalkan kerjasama di peringkat antarabangsa. 6. Secara langsung ia dapat menjadikan negara kita sebagai warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap terhadap usaha untuk memupuk kesejahteraan dunia. Bentuk hubungan luar Apakah bentuk hubungan luar Malaysia? 1. Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain iaitu hubungan bilalteral dan multilateral. 2. Hubungan bilateral merujuk pada hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu. 3. Contohnya hubungan Malaysia dengan Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam. 4. Selain itu hubungan luar juga diadakan dengan negara ASEAN yang lain, Amerika Latin. Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti Britian dan Amerika Syarikat. 5. Hubungan multilateral pula merujuk pada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan 6. Contohnya Persatuan negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Komenwel, Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan sebagainya. Asas penggubalan dasar luar. (a) Faktor sejarah 1. Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan dengan negara luar seperti China, Arab, Siam dan juga negeri-negeri di Kepulauan Melayu 2. Hubungan ini berbentuk hubungan perdagangan. 3. Pada masa ini telah terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu 4. Contohnya hubungan antara Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia. 5. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel 6. Hubungan diplomatik dengan Britian dan negara Komenwel lain seperti Australia dan New Zealand. 7. Pada masa itu, Malaysia sedang diancam oleh fahaman komunis yang disebarkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). 8. Ancaman komunis ini menggugat keselamatan negara Malaysia 9. Ini mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan antikomunis. 10. Pada masa yang sama, Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat kerana Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan . (b) Faktor ekonomi 1. Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas. 2. Malaysia juga menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia dalam usaha memajukan ekonominya. 3. Sejak zaman penjajahan British lagi Malaysia merupakan antara negara pengeluar utama bijih timah dan getah. 4. Pada masa ini telah terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara-negara maju seperti Britian dan Amerika Syarikat. 5. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga modal dari negara- negara tersebut. 6. Beberapa langkah telah diambil bagi menggalakkan pelaburan asing. 7. Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara 7. Ianya juga dapat menyediakan peluang pekerjaan.

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa

2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 1

HUBUNGAN LUAR MALAYSIA

Latar belakang dasar luar Malaysia Bincangkan latar belakang dasar luar Malaysia. Matlamat dasar luar Malaysia Apakah matlamat dasar luar Malaysia?

1. Matlamat dasar luar Malaysia ialah berbaik-baik

dengan semua negara.

2. Tujuannya ialah menjamin keselamatan rakyat dan

negara

3. Ianya juga adalah untuk mengekalkan kedaulatan

negara.

4. Selain itu dapat memelihara kepentingan nasional

dengan menggalakkan pembangunan dan

kemajuan ekonomi.

5. Di samping itu juga dapat mengekalkan keamanan

sejagat dalam usaha untuk mengekalkan

kerjasama di peringkat antarabangsa.

6. Secara langsung ia dapat menjadikan negara kita

sebagai warga global yang bertanggungjawab dan

peka terhadap terhadap usaha untuk memupuk

kesejahteraan dunia.

Bentuk hubungan luar Apakah bentuk hubungan luar Malaysia?

1. Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar

dengan negara-negara lain iaitu hubungan bilalteral

dan multilateral.

2. Hubungan bilateral merujuk pada hubungan secara

terus dengan negara-negara tertentu.

3. Contohnya hubungan Malaysia dengan Singapura,

Indonesia, Thailand dan Vietnam.

4. Selain itu hubungan luar juga diadakan dengan

negara ASEAN yang lain, Amerika Latin. Afrika,

Asia Barat serta negara maju seperti Britian dan

Amerika Syarikat.

5. Hubungan multilateral pula merujuk pada hubungan

dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan

6. Contohnya Persatuan negara-negara Asia

Tenggara (ASEAN), Komenwel, Pertubuhan

Persidangan Negara Islam (OIC) dan Pergerakan

Negara-negara Berkecuali (NAM) dan sebagainya.

Asas penggubalan dasar luar.

(a) Faktor sejarah

1. Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan dengan negara luar seperti China, Arab, Siam dan juga negeri-negeri di Kepulauan Melayu

2. Hubungan ini berbentuk hubungan perdagangan. 3. Pada masa ini telah terjalin hubungan Melayu

serumpun di Kepulauan Melayu 4. Contohnya hubungan antara Indonesia, Brunei,

Singapura dan Malaysia. 5. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia

menyertai pertubuhan Komanwel 6. Hubungan diplomatik dengan Britian dan negara

Komenwel lain seperti Australia dan New Zealand. 7. Pada masa itu, Malaysia sedang diancam oleh

fahaman komunis yang disebarkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM).

8. Ancaman komunis ini menggugat keselamatan negara Malaysia

9. Ini mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan antikomunis.

10. Pada masa yang sama, Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat kerana Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan .

(b) Faktor ekonomi

1. Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas.

2. Malaysia juga menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia dalam usaha memajukan ekonominya.

3. Sejak zaman penjajahan British lagi Malaysia merupakan antara negara pengeluar utama bijih timah dan getah.

4. Pada masa ini telah terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara-negara maju seperti Britian dan Amerika Syarikat.

5. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga modal dari negara-negara tersebut.

6. Beberapa langkah telah diambil bagi menggalakkan pelaburan asing.

7. Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara

7. Ianya juga dapat menyediakan peluang pekerjaan.

Page 2: Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa

2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 2

9. Menjelang tahun1980-an, melalui Dasar Pandang Ke Timur, pelaburan asing juga digalakkan dari negara-negara di Timur terutama Jepun dan Korea.

10. Pada masa yang sama, Malaysia juga menjalin hubungan baik dengan negara-negera sedang membangun dan negara-negara Islam.

11. Tujuannya ialah bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia

12. Di samping itu, dapat mengadakan pelaburan di negara berkenaan.

(c) Faktor politik

1. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat.

2. Dasar luar Malaysia menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain.

3. Contohnya dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat.

4. Malaysia juga berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia.

5. Oleh itu Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia.

(D) FAKTOR GEOGRAFI

1. Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara

2. Negara kita bersempadan dengan negara seperti Singapura,

Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei. 3. Perairannya juga menjadi laluan utama kapal-kapal

perdagangan di dunia. 4. Dengan itu, keselamatan negara serantau akan

mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia.

(e) Faktor Demografi

1. Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara Islam sejajar dengan penduduknya yang majoriti beragama Islam.

2. Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel

3. Ini disebabkan dasar negara berkenaan menceroboh dan menindas peribumi Palestin.

4. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai

kaum dan agama diberikan kebebasan

sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup

dan agama masing-masing.

5. Amalan konsep perpaduan dan sikap komited

terhadap hak asasi manusia menyebabkan

Malaysia menentang keras Dasar Aparteid yang

diamalkan di Afrika Selatan.

6. Malaysia juga tidak mengadakan sebarang

hubungan diplomatik dengan negara berkenaan

sehinggalah undang-undang Dasar Apartheid itu

dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan.

7. Oleh itu, faktor kepelbagaian kaum di negara ini

amat mempengaruhi penggubalan dasar luar

Malaysia.

8. Perkembangan dasar luar Malaysia.

Page 3: Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa

2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 3

Huraikan perkembangan dasar luar

Malaysia mengikut tahap berikut:

(a)Tahap Pertama

1. Tahap Pertama adalah semasa pemerintahan Perdana Menteri pertama iaitu Tunku Abdul Rahman (1957-1970) 2. Dasar luar Malaysia pada tahap pertama memperlihatkan dasar pro-Barat yang antikomunis 3. Malaysia juga berbaik-baik

dengan negara jiran dan Komanwel. 4. Dasar luar berkenaan dilaksanakan

oleh Tunku Abdul Rahman disebabkan faktor politik, ekonomi dan sosial.

5. Faktor politik merujuk pada ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga dalam negara melalui Parti Komunis Malaya.

6. Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand.

7. Bagi menyekat perkembangan pengaruh Komunis, Malaysia telah menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA) pada tahun 1956.

8. Mengikut perjanjian ini pihak British akan memberikan bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara.

9. Dasar luar Malaysia juga adalah berbaik-baik dengan negara jiran.

10. Hal ini disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran terutama selepas Malaysia mencapai kemerdekaan

11. Contohnya konfrontasi dengan Indonesia (1963-1965), terputusnya hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia (1965).

12. Usaha-usaha untuk memelihara hubungan dengan negara jiran terbukti melalui beberapa perjanjian.

13. Malaysia telah menandatangani perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina.

14. Seterusnya, MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama-sama Indonesia dan Filipina

15. Perjajian ASEAN telah ditandatangani pada tahun 1967 bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.

16. Faktor ekonomi pula memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain dalam menjaga kepentingan ekonomi negara ini.

17. Hal ini disebabkan Malaysia merupakan anggota blok sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang paun sterling.

18. Malaysia masih memberikan tumpuan kepada dua hasil utamanya, iaitu bijih timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada negara Barat termasuk Britain.

19. Pelabur Britain juga masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian.

20. Bagi mengurangkan pergantungan ini, Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman Barat

21. Tujuannya untuk mengurangkan pergantungan kepada Britain

22. Di samping itu ianya juga bertujuan mencari pasaran baru.

b)Tahap Kedua

1. Tahap Kedua adalah semasa pentadbiran Tun Abdul Razak (1972-1981) dan Tun Hussein Onn (1972 – 1976).

2. Menjelang tahun 1970-an, dasar luar Malaysia mula berubah kepada

dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.

3. Perubahan dasar luar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA

4. Pengaruh Britian juga semakin kurang di Timur. 5. Perubahan dasar ini juga disebabkan oleh pergolakan

yang berlaku di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan China.

6. Bagi mencapai matlamat dasar luar Malaysia, beberapa usaha telah dilakukan seperti mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan berkecuali (ZOPFAN) bersama-sama dengan anggota

negara ASEAN. 7. Malaysia juga telah menjalin hubungan diplomatik

dengan negara berfahaman komunis 8. Contohnya China, Jerman Timur, Korea Utara,

Vietnam Utara dan Mongolia.

Page 4: Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa

2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 4

9. Malaysia turut mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam pada tahun 1976.

10. Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran.

(c)Tahap Ketiga

1. Tahap ketiga adalah semasa pemerintahan Tun Dr

Mahathir bin Mohamad (1981-2003)

2. Ia masih mengekalkan dasar-dasar tahap kedua

tetapi memberikan penekanan kepada kepentingan

ekonomi

3. Kepentingan ini berkaitan dengan isu-isu

perdagangan, pelaburan dan pembangunan

terutamanya dalam kalangan negara membangun.

4. Bagi mencapai matlamat tersebut, Malaysia telah

mengadakan hubungan yang lebih erat dengan

negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan

krisis Vietnam dan Kampuchea.

5. Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada

tahun 1982 dengan menggunakan Jepun dan

Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan

negara Malaysia.

6. Dasar ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia

mengambil dan menerima pakai nilai-nilai yang

baik seperti semangat mencintai negara,

kesungguhan dalam pekerjaan dan etika

pengurusan kerja yang baik.

7. Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan

dua hala dengan negara-negara lain menerusi

lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri,

Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad ke negara Afrika,

Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan.

8. Dalam setiap misi lawatannya, misi perdagangan

Malaysia akan turut serta dan menandatangani

perjanjian perdagangan dua hala yang

menguntungkan kedua-dua belah pihak.

9. Beliau percaya Malaysia perlu menjalin hubungan

politik dan perdagangan dengan negara maju dan

negara Dunia Ketiga.

Dasar Luar Malaysia semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009)

1. Beliau meneruskan

kesinambungan dasar luar

Malaysia era Perdana

Menteri sebelumnya .

2. Malaysia menjadi

Pengerusi Pergerakan

Negara-negara Berkecuali

(NAM)

3. Beliau juga menjadikan

Malaysia sebagai negara Islam contoh yang

bertoleransi dan progresif melalui konsep Islam Hadhari

4. Penghantaran pelajar Malaysia ke Jepun untuk

mengikuti pembelajaran pelbagai bidang

5. Kerjasama dengan Jepun dalam bidang teknikal. Beliau

membentuk “task force” dalam membantu usaha

mewujudkan keamanan di Selatan Thailand

Dasar Luar Malaysia semasa pemerintahan Dato’ Seri Najib Abdul Razak (2009- kini)

1. Beliau

meneruskan

dasar luar yang

kukuh yang

membantu

mewujudkan

ekonomi yang

mantap dan

dinamik.

2. Penekanan diberikan dalam kerjasama serantau

dan antarabangsa terutamanya dengan

ASEAN,OIC, NAM.

3. Di samping itu, beliau juga menekankan

kepentingan hubungan dua hala dengan negara-

negara yang berdagang dengan Malaysia (trading

partner).

4. Contohnya seperti negara China, Jepun,

Singapura, Amerika Syarikat.

5. Dato’ Seri Najib meneruskan hubungan dua hala

yang mesra dengan negara jiran.

Page 5: Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa

2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 5

6. Pendekatan yang membina diambil untuk

menyelesaikan masalah tuntutan bertindih, penetapan

sempadan tanah dan maritim.

7. Setiap usaha diplomatik dilaksanakan untuk

memastikan hubungan dua hala dengan negara

jiran tidak terjejas.

8. Masalah berkaitan tuntutan wilayah bertindih

dirujuk kepada Mahkamah Keadilan

Antarabangsa (ICJ).

9. Perwakilan Diplomatik Malaysia di luar negara

telah meningkat kepada 105 buah negara hari ini

berbanding 21 buah pada tahun 1966.

10. Hubungan dua hala Malaysia-China semakin

kukuh sejak 42 tahun yang lalu

11. Dato’ Seri Najib telah meneruskan

kesinambungan usaha Tun Abdul Razak ke

peringkat yang lebih tinggi daripada sebelumnya

terutamanya dalam aspek perdagangan

12. China merupakan ‘trading partner’ yang penting

dalam pembangunan ekonomi negara Malaysia.

13. Hubungan dengan Singapura juga

dipertingkatkan yang merupakan pelabur utama di

Iskandar Malaysia

14. Malaysia juga meneruskan hubungan yang kukuh

dengan negara Jepun

15. Kesannya hubungan perdagangan Malaysia

Jepun terus meningkat dan berjaya menambah

pendapatan negara

16. Di samping itu, hubungan Malaysia dan Amerika

Syarikat terus diperkukuhkan

17. Kedua-dua buah negara telah bersepakat untuk

saling bekerjasama dalam bidang-bidang yang

memberi manfaat dan kepentingan bersama.

18. Amerika Syarikat merupakan rakan dagangan

Malaysia terbesar

19. Malaysia pula merupakan rakan perdagangan ke-

10 terbesar Amerika Syarikat.

Dasar luar Malaysia menyumbang kepada keamanan dunia.

-Dasar luar Malaysia menyumbang kepada keamanan dunia. Buktikan.

POLITIK

Keselamatan dan keamanan dunia

1. Pengisytiharan negara-negara ASEAN sebagai Zon

Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) agar dapat

mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di

rantau Asia Tenggara.

2. Melalui pengisytiharan ini Malaysia tidak akan

bersekongkol dengan mana-mana blok Barat.

Usaha ini bertujuan mengelakkan campur tangan

kuasa-kuasa besar dan larangan kuasa besar

mengangkut bahan atau senjata nuklear melalui

konsep SEANWFZ.

3. Malaysia menyertai pasukan pendamai PBB di

Congo(1960) bagi menamatkan perang saudara

4. Negara turut mewakili pasukan pengaman PBB ke

Namibia(1989) untuk membantu negara itu

mencapai kemerdekaan

5. Malaysia menjadi perantara pihak bertelagah

melalui penghantaran pasukan pemerhati ke

sempadan Iran –Iraq.

6. Malaysia juga pernah mennghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea dan pasukan pengaman ke Bosnia

7. Malaysia juga cuba mengatasi masalah

pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea dan

Malaysia turut serta dalam mesyuarat bagi

membentuk kerajaan Demokratik Campuran

Kampuchea.

8. Segala konflik dengan negara jiran diselesaikan melalui rundingan atau melalui mahkamah antarabangsa, contoh isu Pulau Batu Putih.

9. Malaysia mengusahakan perjanjian damai antara Kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro( MILF) bagi pewujudan wilayah autonomi bangsa Moro di selatan Filipina.

10. Malaysia menyokong perjuangan penubuhan

negara berdaulat Palestin di PBB

11. Malaysia menjadi mediator / orang tengah / perantara yang berjaya menyelesaikan konflik di sesebuah negara contohnya Selatan Thailand dan Selatan Filipina

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia perlu beralih

haluan daripada pendekatan lampau

memandangkan dasar luarnya perlu

berkisar kepada usaha menjalin

kerjasama yang membawa manfaat

kepada rakyat dan negara

Page 6: Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa

2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 6

12. Ini dapat dibuktikan melalui penubuhan Pergerakan Kesederhanaan Global yang berperanan sebagai perantara

13. Penubuhan ESSCOM atau Kawasan Keselamatan

Pantai Timur Sabah juga membuktikan

kesungguhan Malaysia untuk menguatkan kawalan

keselamatan maritim di bahagian Timur Sabah

susulan krisis pencerobahan Lahad Datu.

Membela dan menyokong hak asasi manusia

14. Malaysia lantang bersuara di PBB menentang

Dasar Apartheid di Afrika Selatan

15. Malaysia juga menyarankan agar Benua Antartika

menjadi warisan dunia yang menjadi hak milik atau

kuasa semua negara.

16. Malaysia mewujudkan cawangan Al-Quds

Foundation Malaysia iaitu sebuah yayasan

kebajikan untuk rakyat Palestin

17. UNICEF berkerjasama dengan SUHAKAM dalam

program keganasan dan penyeludupan serta

pendidikan mengenai konvensyen kanak-kanak

18. NGO Malaysia terlibat menyokong usaha dengan

menubuhkan Pusat Jana Jaya (IMPOWER ) dan

mendapat sokongan UNICEF bagi mengukuhkan

sokongan psikososial yang berasaskan komuniti

kepada kanak-kanak dan keluarga

19. UNICEF bekerjasama dengan Pertubuhan kanak-

kanak Malaysia (MAPC) bagi mengukuhkan

persekitaran yang terjamin keselamatannya

20. Kolej Universiti HELP yang ditubuhkan di Malaysia

telah berkerjasama dengan UNICEF untuk

membanteras gejala buli di sekolah

Menjadi ahli pertubuhan dunia

21. Malaysia berpegang teguh kepada prinsip-prinsip

Piagam PBB seperti memelihara keamanan dunia,

melindungi hak asasi manusia, menegakkan

keadilan dan kewibawaan undang-undang, serta

menggalakkan perkembangan ekonomi dan sosial

22. Malaysia turut menganggotai agensi-agensi PBB

yang lain seperti United Nations Educational,

Scientific and Cultural Organization (UNESCO) dan

United Nation Conference on Trade and

Development (UNCTAD) bagi merealisasikan

hasrat dunia untuk aman dan harmoni.

23. Dipilih menjadi Ahli Majlis Keselamatan PBB tahun

1965, 1989 , 1999 dan 2016.

24. Wakil Malaysia, Tan Sri Razali Ismail pernah

menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB

25. Beliau juga pernah dilantik sebagai wakil khas PBB

untuk menyelesaikan konflik politik negara

Myanmar.

26. Malaysia menyuarakan pandangan dan bantuan

kepada negara-negara ahli yang lain .

27. Misalnya usaha yang telah dibuat oleh Tunku Abdul

Rahman selaku Setiausaha Agung OIC yang

pertama.

28. Malah negara kita juga pernah menjadi tuan rumah

Persidangan OIC 1974 dan 2003.

29. Negara kita turut sama menganjurkan persidangan

menentang pengganas dalam kalangan negara

Islam pada 2002 bagi memerangi keganasan.

EKONOMI

Mewujudkan kerjasama ekonomi dengan

pertubuhan serantau dan antarabangsa

30. Melalui mesyuarat CHOGM di Van Couver, Kanada

pada tahun 1987 ,telah membuat menetapkan untuk

mewujudkan sistem perdagangan yang lebih adil.

31. Kerjasama ekonomi di peringkat serantau negara

turut menyertai kerjasama ekonomi melalui Zon

Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang

diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di

Singapura 1992.

32. Kerjasama secara tidak rasmi diteruskan melalui

konsep ASEAN + 3.

SOSIAL

Bersama-sama membenteras jenayah

antarabangsa

33. Malaysia lantang memerangi gejala

penyalahgunaan dadah dalam satu persidangan

antarabangsa diadakan di Vienna (Austria) Jun

1987. Perdana Menteri Malaysia pernah menjadi

Yang Dipertua persidangan tersebut.

34. Malaysia turut prihatin dengan isu pemerdagangan

manusia . Hal ini dapat dibuktikan apabila negara

kita telah mewujudkan Majlis Anti Pemerdagangan

Orang dan Anti Penyeludupan Migran (MAPO) bagi

memastikan hak asasi mangsa pemerdagangan

dijamin dan melalui proses pemulihan sehingga

mereka diintergrasikan semula ke dalam

masyarakat.

35. Bagi menyokong usaha memerangi keganasan,

Malaysia juga telah mewujudkan Akta Pencegahan

Page 7: Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa

2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 7

Keganasan (SOSMA) dan Rang Undang-undang

Majlis Keselamatan Negara.

36. Hal ini membolehkan kerajaan dapat mengawal dan

menguruskan ancaman serta bertindak awal

mengenai perkara yang berkaitan dengan

keselamatan negara. Sebagai contoh isu ISIS dan

keganasan Daesh.

Bekerjasama dalam pembangunan sosial

masyarakat

37. Bekerjasama dalam pengeluaran makanan di

bawah agensi Pertubuhan Makanan dan

Pertanian(FAO),

38. Kerjasama dalam bidang kesihatan dan perubatan

di bawah Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO)

Meningkatkan pembangunan sains dan

teknologi

39. Dasar luar negara juga penting untuk kemajuan

dalam bidang sains dan teknologi. Hubungan yang

erat dengan negara-negara maju memudahkan

pemindahan teknologi moden ke dalam negara.

40. Kemajuan dalam bidang teknologi diperlukan dalam

pembinaan LRT / MRT, empangan hidro elektrik

dan sebagainya.

41. Kemajuan teknologi yang dimiliki oleh Kereta Api

Tanah Melayu mendapat kepercayaan Arab Saudi

sehingga diberi peluang untuk mengendalikan

sebahagian perkhidmatan kereta api di sana.

42. Kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di

bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan

Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)

Mendapat bantuan pendidikan kepada rakyat

Malaysia dan negara anggota.

43. Tawaran biasiswa kepada para pelajar dari negara

OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa

(UIAM)

44. Rancangan Colombo menyediakan bantuan

teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan.

45. Malaysia mendapat penghormatan daripada

46. negara-negara anggota OIC kerana amat serius

memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara

Islam.

47. Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi yang

bersepakat mengawal dan mengatasi masalah

pencemaran

48. Malaysia berjaya menganjurkan Sukan Komanwel

1998 hingga hari ini.

Dasar luar negara menyumbang kepada kemajuan Malaysia.

- Bagaimanakah dasar luar negara dapat menyumbang kepada kemajuan ekonomi Malaysia.

Perluasan pasaran baru

1. Malaysia mendapat peluang pasaran eksport baru bagi barangan tempatan.

2. Hubungan ini mengukuhkan kerjasama ekonomi

dalam kalangan anggota pertubuhan

antarabangsa/serantau.

3. Contohnya melalui AFTA yang berjaya

mengembangkan perdagangan dan industri antara

negara anggota ASEAN.

4. Gabungan 513 juta orang penduduk ASEAN

menawarkan potensi besar untuk kerjasama

ekonomi dalam kalangan negara anggota.

Perdagangan yang lebih luas

5. Malaysia juga dapat mengikat perjanjian

perdagangan yang lebih luas contohnya

menandatangani Free Trade Area (FTA) dengan

beberapa buah negara lain.

6. Contohnya negara ASEAN, Jepun, Pakistan, New

Zealand, India, Chile dan Australia.

7. FTA yang sedang dirunding oleh kerajaan Malaysia pula adalah Malaysia-Turkey, Malaysia-European Union(EU), Malaysia-OIC dan Malaysia-D8 dan juga TPPA yang mendapat perhatian lebih masyarakat.

8. Hubungan ini telah menyediakan platform kepada pengeksport supaya lebih berdaya saing.

9. Hal ini dapat meningkatkan kebolehan inovatif melalui kerjasama dengan negara lain.

Meningkatkan eksport negara

10. Jumlah dagangan global Malaysia pada 2010 meningkat kepada 1.2% berbanding 1.1% pada 2009.

11. Malaysia meneruskan usaha memperkukuhkan hubungan perdagangan dan ekonomi dengan rakan dagang tradisi iaitu AS, EU dan Jepun.

12. Menurut laporan Trade Organization 2010 Malaysia telah berjaya meningkatkan prestasi ekonominya dengan memperbaiki kedudukannya ke tangga ke-24 daripada ke-26 dalam senarai negara-negara perdagangan global pada tahun sebelumnya menurut laporan World Trade Organization 2010.

13. Sejak 1983, Malaysia memperbaiki kedudukannya sebagai salah satu negara perdagangan dan pengeksport utama global.

Page 8: Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa

2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 8

Peluang pelaburan 14. Malaysia mencatat peningkatan yang signifikan

dalam bilangan projek dan pelaburan dalam sektor pembuatan.

15. Sejumlah 910 buah projek pembuatan dengan jumlah pelaburan bernilai RM47.18 bilion telah diluluskan berbanding 766 buah projek pembuatan dengan jumlah pelaburan bernilai RM32.64 bilion pada 2009.

16. Projek-projek yang diluluskan pada 2010 dijangka mewujudkan sebanyak 97,319 peluang pekerjaan, di mana 74.2% adalah dalam kategori pengurusan, teknikal dan penyeliaan serta pekerja mahir.

17. Projek-projek tersebut dijangka mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan

18. Peluang ini akan menjana Pendapatan Negara Kasar (PNK) berjumlah AS$523 bilion (RM1.63 trilion) menjelang 2020.

19. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memainkan peranan penting dalam aktiviti pelaburan komoditi utama Malaysia.

20. Pelabur utama negara kita adalah AS, Jepun, Hong Kong, Singapura dan Jerman.

21. Kerajaan akan meneruskan usaha mempromosi pelaburan domestik dan menggalakkan syarikat tempatan untuk menjadi pengusaha industri di peringkat gobal.

22. Ini dapat dibuktikan apabila prestasi pelaburan oleh syarikat domestik semakin baik pada tahun 2010 adalah dilihat sebagai tindak balas positif kepada ETP.

Memajukan bidang pertanian

23. Malaysia kini merupakan pengeluar kelima terbesar

dunia bagi produk berasaskan koko dan dieksport ke lebih 80 negara.

24. Malaysia membekalkan sumber akuakultur kepada 18 syarikat makanan laut yang mengeksport produk ke Eropah.

25. Agensi Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memperkenalkan 1 Malaysia Best sebagai produk untuk pasaran tempatan dan global.

26. Kaedah pengenalan ini dapat membantu dalam mempertingkatkan jualan produk asas tani.

Memajukan teknologi 27. Peningkatan penggunaan teknologi moden akan

menguntungkan masyarakat dan negara. 28. Jepun, China dan Korea telah berkongsi maklumat

dengan negara ASEAN mengenai perkembangan terkini dalam dasar Sains, Teknologi dan Inovasi (STI).

29. Pertukaran ilmu dan teknologi dengan negara luar dapat menjana kemajuan negara.

30. Pada tahun 2010, empat syarikat utama Australia berminat terhadap pertukaran teknologi dan inovasi melalui perdagangan dan pelaburan.

31. Hal ini memberikan keuntungan kepada Malaysia kerana perdagangan antara Australia dengan Malaysia berjumlah A$8.5 bilion dengan perdagangan memihak kepada Malaysia.

32. Melahirkan masyarakat yang kreatif dan berteknologi. Hal ini akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia terlibat dengan pertandingan di peringkat antarabangsa.

33. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Alor Gajah dalam pertandingan 8th International Exhibition for Young Inventors (IEYI) 2012 di Bangkok, Thailand.

34. Mereka berjaya meraih pingat emas sekaligus memartabatkan inovasi generasi muda Malaysia dalam bidang sains dan teknologi.

Page 9: Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa

2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 9

Malaysia telah melahirkan warganegara yang berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Buktikan.

Tun Dr. Mahathir Mohamad

1. Berjaya membawa Malaysia keluar daripada krisis Kewangan Asia 1997

2. Tidak membuat pinjaman daripada International Monetary Fund (IMF)

3. Buku Biografi Margaret Thatcher“The Downing Street Years”mengakui kagum dengan kepimpinan dan pencapaian beliau.

4. Menjadi jurucakap pemimpin Negara Dunia Ketiga 5. Melancarkan Wawasan 2020 yang menggariskan

cabaran mewujudkan negara maju mengikut acuan sendiri.

6. Merealisasikan projek-projek mega negara yang memodenkan negara.

7. Contoh Menara berkembar Petronas, Litar Sepang Formula One, KLIA, Pusat Pentadbiran Putrajaya.

8. Membangunkan kemudahan infrastruktur yang moden dan canggih seperti LRT, Monorel, terowong SMART.

Tan Sri Razali Ismail

9. Pengerusi Kumpulan 77 yang dianggotai oleh 128 buah negara membangun. 10. Ahli Lembaga Pengarah International Peace Academy 1989-1990.

11. Naib Presiden Majlis Ekonomi dan Sosial PBB (ECOSOC)

pada tahun 1991.

12. Mengetuai delegasi Malaysia ke United Nation Development Programme 1990-1992.

13. Mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Rio membahaskan isu alam sekitar 1992.

14. Dilantik oleh Setiausaha Agung PBB sebagai wakil khas ke Myanmar.

15. Dilantik sebagai pengerusi pertama Commision on Sustainable Development (CSD) pada 1993.

16. Pernah dilantik sebagai Pengerusi Perhimpunan Agung PBB pada 1989.

17. Anak Malaysia pertama memegang jawatan tertinggi dalam PBB

18. Beliau telah dilantik menjadi wakil tetap Malaysia ke PBB.

19. Seterusnya dilantik menjadi wakil Malaysia dalam Ahli Jawatankuasa Keselamatan PBB.

20. Pengerusi Jawatankuasa Majlis Keselamatan PBB berhubung sekatan senjata di Afrika

Selatan 21. Ketua Delegasi Malaysia ke PBB tentang alam

sekitar dan pembangunan (UNCED) Rio de Janeiro 1992.

Tan Sri Zety Akhtar Aziz

1. Wanita

pertama sebagai gabenor bank negara

2. Anugerah Ketua Bank Pusat terbaik dunia oleh majalah Global Finance.

3. Anugerah kerana faktor kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan matawang dan pengurusan kadar faedah

4. Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd sejak 2004

Page 10: Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa

2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 10

Datuk Dr Mazlan Othman

5. Melakukan penyelidikan dan pembangunan kajian astronomi negara.

6. Wanita pertama mempunyai Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang astronomi dan astrofizik.

7. Dilantik sebanyak dua kali sebagai Ketua Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOOSA) di Vienna pada November 1999

8. Dilantik menjadi Ketua Pengarah Bahagian Kajian Sains Angkasa Negara

Datuk Jimmy Choo

9. Dianugerahkan gelaran profesor oleh Universiti of

The Arts London atas sumbangan dalam bidang fesyen

10. Merupakan rakyat Malaysia pertama yang mendapat anugerah “Order of the British Empire” OBE (Knighthood) oleh Permaisuri England, Queen Elizabeth II pada

tahun 2002.

Datuk Siti Nurhaliza

11. Pada Disember 1999, menerima anugerah iaitu Anugerah Emas untuk Asia New Singer Competition.

12. Pada tahun yang sama, beliau menyertai South Pacific International Song and Singing Competition 1999 di Gold Coast, Queensland, Australia hingga merangkul gelaran 'Pop Winner'.

13. Siti turut menarik perhatian juri dengan kehebatan vokalnya sehingga dikurniakan hadiah 'Best Female Vocal Performance'.

14. Memenangi pertandingan Voice of Asia yang diadakan di Kazakhstan, dan mendapat gelaran tertinggi 'Grand Prix Champion'.

15. Siti pernah dijemput membuat persembahan di majlis Golden Melody Awards ke-15, Taiwan pada tahun 2004.

16. Beliau turut muncul dalam program khas setengah jam di Azio TV semasa lawatannya selama empat hari di Taipei, Taiwan.

Datuk Nicole David

17. Wanita pertama dari Asia yang menduduki

ranking nombor 1 dunia dalam bidang sukan squasy.

18. Wanita paling muda menjadi pemain nombor satu dunia (pada tahun 2005 ketika umur beliau 22 tahun)

19. Individu pertama menjuarai kejohanan terbuka dunia untuk lima tahun berturut-turut dari 2005-2010

En. Mohd Nasarudin Mohd Yusof

20. Penerima Anugerah

Nobel Keamanan 2013. 21. Anugerah yang diterima

adalah daripada usaha gigih dalam menghapuskan senjata kimia serta penggunaanya di seluruh dunia.

22. Hadiah Nobel Keamanan yang dimenangi OPCW termasuklah pingat, diploma dan juga hadiah wang tunai bernilai kira-kira 900,000 euro (RM 3.77 juta.

Page 11: Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa

2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 11

Apakah cabaran yang dihadapi oleh

Malaysia dalam hubungan serantau

dan antarabangsa serta langkah

mengatasinya.

Sebagai sebuah negara membangun,

Malaysia sering menghadapi pelbagai

tekanan daripada masyarakat

antarabangsa.

Bagaimanakah Malaysia menangani

tekanan tersebut.

1 Isu Tuntutan Bertindih

Contohnya isu Pulau Sipadan, Pulau Batu Putih dan

Pulau Spartly

Masalah ini dirujuk kepada Mahkamah Keadilan

Antarabangsa (ICJ)

2 Isu Pencerobohan Sempadan

Contohnya pencerobohan di Lahad Datu oleh waris

Kesultanan Sulu

Kerajaan Malaysia dengan kerjasama kerajaan

Filipina dengan tidak menyokong dan membantu

kumpulan pengganas.

Malaysia menubuhkan Eastern Sabah Security

Command (ESSCOM) untuk mengawasi perairan

Timur Sabah.

Penguatkuasaan Maritim negara telah berganding

bahu dengan Filipina untuk menjayakan Operasi

Phillipine-Malaysia (PHIMAL) yang bermatlamat untuk

mencegah aktiviti-aktiviti pelanggaran undang-

undang maritim di persempadanan perairan Malaysia-

Filipina di Laut Sulu.

3 Isu Pendatang Tanpa Izin

Contohnya PATI dari negara Indonesia,

Filipina,Thailand

Rundingan diplomatik antara negara telah diadakan.

Malaysia turut mengadakan rancangan Pemutihan

dan penghantaran balik PATI tanpa dikenakan

tindakan.

4 Isu Pemerdagangan Manusia

Contohnya jenayah pemerdagangan manusia di Bukit

Wang Burma dan Wang Kelian di sempadan

Malaysia-Thailand.

Kawalan keselamatan di sempadan negara dan

Thailand diperketatkan supaya ia tidak mudah dibolosi

oleh mana-mana pihak termasuk oleh sindiket

pemerdagangan manusia.

Kerjasama antara pihak polis dan pasukan

keselamatan dalam kalangan negara serantau.

5 Isu Jerebu

Contohnya pembakaran terbuka ladang-ladang

pertanian di Sumatera dan Kalimantan

Rantau Asia Tenggara mengalami kerugian AS$9.0

bilion (RM28.5 bilion) terhadap sektor pelancongan

dan perniagaan

Pasukan bomba negara kita telah dihantar ke

Indonesia untuk membantu usaha memadamkan

kebakaran

Malaysia menguatkuasa peraturan yang melarang

aktiviti pembakaran terbuka

6 Isu Pengganas Antarabangsa/Serantau Tuduhan terhadap negara kita yang membantu atau memberi perlindungan kepada kumpulan pengganas seperti IS/DAESH. Kerajaan memberikan kerjasama dengan Jabatan Operasi Keamanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN DPKO) dan Interpol untuk membolehkan polis memainkan peranan lebih penting bagi menjaga keamanan dalam agenda keselamatan antarabangsa. Malaysia membincangkan isu keganasan sewaktu menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak ASEAN 2015

7 Isu Jenayah merentasi sempadan. Contohnya penyalahgunaan dadah. Pengedar dadah menjadikan Malaysia sebagai negara transit dan ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang menjadi keldai dadah. Melalui penguatkuasaan undang-undang, kerajaan menjatuhkan hukuman berat kepada pengedar dadah Malaysia juga mengawal ketat di pintu-pintu masuk negara. Pertubuhan ASEAN juga boleh memainkan peranan dengan mengadakan mesyuarat dikalangan Menteri seperti Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan Ke-2 (SOMTC)

8

Isu Kemerosotan nilai mata wang Kemerosotan ekonomi dunia memberi kesan kepada kemelesetan ekonomi negara. Manipulasi pasaran saham dunia menyebabkan pasaran saham tempatan jatuh. Pelabur asing kurang yakin terhadap prospek ekonomi Malaysia. Kerajaan telah mengambil langkah jimat cermat dengan mengawal ketat perbelanjaan mengurus dan pembangunan dalam negara. Kerajaan juga menghadkan pinjaman asing dengan mengadakan peraturan dan pengawalan ketat ke atas sektor perbankan.

Page 12: Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa

2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 12

Bagi meneruskan rancangan DEB, Model Ekonomi Baru (MEB) telah dilancarkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). Diperingkat global, Malaysia adalah di antara 12 buah negara yang menyertai Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) yang bertujuan meningkatkan perdagangan dan pelaburan dalam kalangan negara anggota. (Negara TPPA : Amerika Syarikat, australia, Brunei,Kanada,Chile,Jepun, Mexico,New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Malaysia)

9 Isu penyalahgunaan teknologi nuklear Kuasa besar berminat menggunakan laluan perairan Asia Tenggara membawa muatan nuklear. Malaysia dan negara ASEAN memperkenalkan konsep ZOPFAN dan Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ)

Halatuju dasar luar negara dalam era

globalisasi.

Beri cadangan halatuju dasar luar negara

dalam era globalisasi

1 Mengekalkan dasar berbaik-baik dengan

semua negara tanpa mengira idealogi . Tujuannya untuk mengekalkan keselamatan dan keamanan negara

2 Malaysia perlu terus mengekalkan dasar berkecuali dalam hubungan luarnya. Hal ini kerana, dapat menjamin kedaulatan dan kestabilan negara

3 Malaysia terus komited menjalin hubungan luar dalam aspek ekonomi di peringkat ASEAN. ASEAN Free Trade Area (AFTA) dijadikan landasan saling memasarkan barangan negara anggota.

4 Malaysia menggalakkan kemasukan pelaburan modal asing. Ini membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

5 Negara juga meneruskan Dasar Pandang Ke Timur untuk mencontohi etika budaya kerja yang produktif dan efektif. Contoh negara model ialah Jepun dan Korea Selatan.

6 Hubungan bilateral dengan negera-negara jiran perlu dipertingkatkan demi menjaga kepentingan ekonomi dan politik serantau . Contohnya ialah hubungan dengan Indonesia, Singapura, Thailand.

7 Hubungan dua hala dengan negara Dunia Ketiga dikekalkan seperti Amerika Latin,Afrika,Asia Barat.

Hubungan dua hala dengan negara maju diteruskan seperti Britain dan Amerika Syarikat.

8 Malaysia juga perlu mengukuhkan hubungan multilateral dengan pertubuhan Komanwel, OIC, PBB, NAM. Ini bertujuan mengekalkan keamanan dan kesejahteraan sejagat Hubungan ini dilakukan melalui misi lawatan pemimpin dan delegasi perdagangan ke negara-negara tersebut secara rasmi dan berterusan

10 Malaysia perlu komited mematuhi Perjanjian TPPA yang telah ditandatangani. Tujuannya untuk kepentingan ekonomi jangka panjang demi mencapai misi negara maju menjelang tahun 2020.

11 Malaysia terus komited menyokong segala dasar dan prinsip PBB. Sebarang pertikaian diselesaikan secara rundingan dan diplomasi diperingkat antarabangsa.

12 Malaysia akan terus memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang di ceroboh oleh Israel. Usaha-usaha Malaysia melalui NGO, pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang disertai Malaysia seperti OIC dan PBB akan terus konsisten sehingga rakyat Palestin mendapat hak kedaulatan

Dasar luar Malaysia berjaya

memartabatkan nama negara di persada

antarabangsa. Buktikan.

Politik

1 Sejak tahun 1960,Malaysia dipilih untuk

menyertai pasukan pendamai di bawah panji-

panji PBB untuk menamatkan perang saudara di

Congo (Zaire)

2 Pada tahun 1989,Malaysia mewakili pasukan

pendamai PBB ke Namibia untuk membantu

negara itu mencapai kemerdekaan

3 Pada tahun 1990-an,Malaysia menghantar

pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq dan

Kampuchea

4 Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia

5 Usul Malaysia diterima agar Benua Antartika

menjadi warisan dunia yang diletakkan di bawah

hak milik atau kuasa semua negara

6 Malaysia pernah dipilih menjadi ahli Majlis

Keselamatan PBB pada tahun 1965,1989, dan

1999

7 Tan Sri Razali Ismail menjadi wakil khas PBB

untuk menyelesaikan konflik Myanmar

Page 13: Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa

2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 13

8 Malaysia menganjurkan persidangan

antarabangsa bagi menyelesaikan masalah

Palestin

9 Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Dr

Mahathir menjadi Yang Dipertua persidangan

antarabangsa diadakan di Vienna (Austria) pada

bulan Jun,1987 bagi memerangi gejala

penyalahgunaan dadah

10 Malaysia pernah menjadi tuan rumah bagi

persidangan-persidangan ántarabangsa seperti

Mesyuarat Commonwealth Head of

Governments Meeting (CHOGM) yang telah

menghasilkan Deklarasi Langkawi 1989.

11

12

Peranan Malaysia dalam mengurus dan

menyelesaikan konflik di Pulau Mindanao,

selatan Filipina telah mendapat pujian daripada

banyak pihak, pemerhati antarabangsa serta

PBB.

Misi diplomasi Malaysia di Pulau Mindanao

berakhir dengan termeterainya proses damai

antara bangsa Moro dengan kerajaan Filipina.

13 Malaysia menjadi 'perunding damai' di antara

Hamas dan Fatah di Palestin

14 Dato’ Seri Najib merupakan antara 46 pemimpin

dunia yang dijemput oleh Presiden Barrack

Obama untuk menghadiri Sidang Kemuncak

Mengenai Keselamatan Nuklear di Washington

Ekonomi

14 Bidang perusahaan automobil merupakan mercu

kecemerlangan dalam mencapai kejayaan

Malaysia dengan menghasilkan kereta nasional

negara

15 Syarikat PROTON berjaya mengeluarkan kereta

Proton Saga pertama di Malaysia pada 9 Julai

1985.

16 Melalui syarikat PERODUA pula, kereta yang

dihasilkan termasuklah Kancil, Kenari, Kelisa,

Myvi , Viva dan lain-lain

17 Kejayaan ini telah menandakan bahawa negara

Malaysia berupaya mengeluarkan kereta sendiri

setanding kereta asing.

18 Teknologi industri berat yang diusahakan oleh

rakyat Malaysia membolehkan kereta nasional

dieksport ke luar negara seperti Australia,

Singapura, United Kingdom dan sebagainya.

19 Hasil eksport kereta nasional menyumbang

besar dalam pendapatan negara. Contohnya,

pada tahun 2006, Malaysia telah mengeksport

20,675 unit kereta penumpang ke luar negara

yang telah menambahkan hasil Keluaran Dalam

Negara Kasar(KDNK) dengan jumlah RM 554.9

juta

20 Negara kita mendapat kepercayaan syarikat

multinasional asing untuk melakukan kerjasama

ekonomi. Contohnya, projek usaha sama industri

automobil antara Mitsubishi Corporation dari

Jepun dengan Proton dan Kia Motors dari Korea

Selatan dengan NAZA Motors Malaysia.

Sosial

21 Dato’ Nicol Ann David ialah pemain skuasy

Malaysia yang menjadi pemain nombor satu di

dunia telah mengharumkan nama negara di

persada antarabangsa.

22 Qabil Ambak Jaguh Ekuestrian Negara

Pelumba Ranking di Asia Tenggara. Beliau

muncul sebagai pelumba ranking terbaik Asia

Tenggara acara jumping pada Kejohanan Kuda

Antarabangsa Grand Prix Kuala Lumpur di

Stadium Putra Bukit Jalil.

23 Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998 (SUKOM)

adalah temasya yang paling berjaya yang

pernah dianjurkan.

24 Kejohanan Le Tour D’ Langkawi(LTdl) menjadi

perlumbaan berprestij di luar Eropah sehingga

Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI)

memberi penghargaan tertinggi Anugerah Merit

UCI kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana

telah memperkenalkan Kejohanan Le Tour de

Langkawi di mata dunia.

25 Daripada 163 negara, Malaysia berjaya meraih

tempat ke-36 dengan tiga pingat emas dan satu

gangsa dalam temasya Sukan Paralimpik ke-15

di Rio de Janeiro, Brazil pada 2016

26 Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar

PETRONAS merupakan mercu tanda kemajuan

negara.

27 Menara Berkembar PETRONAS, merupakan

menara kembar tertinggi di dunia dengan

ketinggian 452 meter

28 Malaysia berjaya melancarkan dua satelit

Malaysia Asia Timur iaitu MEASAT I dan

MEASAT II pada September 2000

29 Malaysia mempunyai mikrosatelit yang pertama

iaitu TIUNG SAT.

30 Ini menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah

negara ASEAN yang mempunyai satelit

angkasanya sendiri

31 Sheikh Muzaffar Shukor merupakan

angkasawan negara pertama yang telah

Page 14: Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa

2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 14

berjaya mengharumkan nama Malaysia di

pentas dunia

32 KLIA merupakan lapangan terbang moden

terbesar Malaysia dan antara yang terpenting di

rantau Asia Tenggara dan dunia

33 KLIA merupakan lapangan terbang pertama di

dunia dianugerahkan Sijil Airport Service

Quality(ASQ) daripada Airport Council

International(ACL).

Apakah cabaran yang dihadapi oleh

Malaysia dalam hubungan serantau dan

antarabangsa serta langkah

mengatasinya.

Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia sering menghadapi pelbagai tekanan daripada masyarakat antarabangsa.

Bagaimanakah Malaysia menangani

tekanan tersebut.

1 Isu Tuntutan Bertindih

Contohnya isu Pulau Sipadan, Pulau Batu

Putih dan Pulau Spartly

Masalah ini dirujuk kepada Mahkamah

Keadilan Antarabangsa (ICJ)

2 Isu Pencerobohan Sempadan

Contohnya pencerobohan di Lahad Datu oleh

waris Kesultanan Sulu

Kerajaan Malaysia dengan kerjasama kerajaan

Filipina dengan tidak menyokong kumpulan

pengganas.

Malaysia menubuhkan Eastern Sabah Security

Command (ESSCOM) untuk mengawasi

perairan Timur Sabah.

Penguatkuasaan Maritim negara telah

berganding bahu dengan Filipina untuk

menjayakan Operasi Phillipine-Malaysia

(PHIMAL) yang bermatlamat untuk mencegah

aktiviti-aktiviti pelanggaran undang-undang

maritim di persempadanan perairan Malaysia-

Filipina di Laut Sulu.

3 Isu Pendatang Tanpa Izin

Contohnya PATI dari negara Indonesia,

Filipina,Thailand

Rundingan diplomatik antara negara telah

diadakan.

Malaysia turut mengadakan rancangan

Pemutihan dan penghantaran balik PATI tanpa

dikenakan tindakan.

4 Isu Pemerdagangan Manusia

Contohnya jenayah pemerdagangan manusia

di Bukit Wang Burma dan Wang Kelian di

sempadan Malaysia-Thailand.

Kawalan keselamatan di sempadan negara

dan Thailand diperketatkan supaya ia tidak

mudah dibolosi oleh mana-mana pihak

termasuk oleh sindiket pemerdagangan

manusia.

Kerjasama antara pihak polis dan pasukan

keselamatan dalam kalangan negara serantau

dipertingkatkan.

5 Isu Jerebu

Contohnya pembakaran terbuka ladang-ladang

pertanian di Sumatera dan Kalimantan

Rantau Asia Tenggara mengalami kerugian

AS$9.0 bilion (RM28.5 bilion) dalam sektor

pelancongan dan perniagaan

Pasukan bomba negara kita telah dihantar ke

Indonesia untuk membantu usaha

memadamkan kebakaran

Malaysia menguatkuasa peraturan melarang

aktiviti pembakaran terbuka

6 Isu Pengganas Antarabangsa/Serantau Tuduhan terhadap negara yang membantu atau memberi perlindungan kepada kumpulan pengganas seperti ISIS/DAESH. Kerajaan memberikan kerjasama dengan Jabatan Operasi Keamanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN DPKO) dan Interpol untuk membolehkan polis memainkan peranan lebih penting bagi menjaga keamanan dalam agenda keselamatan antarabangsa. Malaysia membincangkan isu keganasan sewaktu menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak ASEAN 2015

7 Isu Jenayah merentasi sempadan. Contohnya penyalahgunaan dadah. Pengedar dadah menjadikan Malaysia sebagai negara transit tedapat dalam kalangan rakyat Malaysia yang menjadi keldai dadah. Melalui penguatkuasaan undang-undang, kerajaan menjatuhkan hukuman berat kepada pengedar dadah Malaysia juga mengawal ketat pintu masuk negara.

Page 15: Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa

2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 15

Pertubuhan ASEAN juga memainkan peranan dengan mengadakan mesyuarat dalam kalangan Menteri seperti Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan Ke-2 (SOMTC).

8 Isu Kemerosotan nilai mata wang Kemerosotan ekonomi dunia memberi kesan kepada kemelesetan ekonomi negara. Manipulasi pasaran saham dunia menyebabkan pasaran saham tempatan jatuh. Pelabur asing kurang yakin terhadap prospek ekonomi Malaysia. Kerajaan telah mengambil langkah jimat cermat dengan mengawal ketat perbelanjaan mengurus dan pembangunan dalam negara. Kerajaan juga menghadkan pinjaman asing dengan mengadakan peraturan dan pengawalan ketat ke atas sektor perbankan. Bagi meneruskan rancangan DEB, Model Ekonomi Baru (MEB) telah dilancarkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). Di peringkat global, Malaysia adalah antara 12 buah negara yang menyertai Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) yang bertujuan meningkatkan perdagangan dan pelaburan dalam kalangan negara anggota. (Negara TPPA : Amerika Syarikat, australia, Brunei,Kanada,Chile,Jepun, Mexico,New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Malaysia)

9 Isu penyalahgunaan teknologi nuklear Kuasa besar berminat menggunakan laluan perairan Asia Tenggara membawa muatan nuklear. Malaysia dan negara ASEAN memperkenalkan konsep ZOPFAN dan Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ)

Halatuju dasar luar negara dalam era globalisasi. Beri cadangan halatuju dasar luar negara dalam era globalisasi

1 Mengekalkan dasar berbaik-baik dengan semua

negara tanpa mengira idealogi . Tujuannya untuk mengekalkan keselamatan dan keamanan negara

2 Malaysia perlu terus mengekalkan dasar berkecuali dalam hubungan luarnya. Hal ini kerana, dapat menjamin kedaulatan dan kestabilan negara

3 Malaysia terus komited menjalin hubungan luar dalam aspek ekonomi di peringkat ASEAN. ASEAN Free Trade Area (AFTA) dijadikan landasan saling memasarkan barangan negara anggota.

4 Malaysia menggalakkan kemasukan pelaburan modal asing. Ini membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

5 Negara juga meneruskan Dasar Pandang Ke Timur untuk mencontohi etika budaya kerja yang produktif dan efektif. Contoh negara model ialah Jepun dan Korea Selatan.

6 Hubungan bilateral dengan negara-negara jiran perlu dipertingkatkan demi menjaga kepentingan ekonomi dan politik serantau Contohnya ialah hubungan dengan Indonesia, Singapura, Thailand.

7 Hubungan dua hala dengan negara Dunia Ketiga dikekalkan seperti Amerika Latin, Afrika, Asia Barat. Hubungan dua hala dengan negara maju diteruskan seperti Britain dan Amerika Syarikat.

8 Malaysia juga perlu mengukuhkan hubungan multilateral dengan pertubuhan Komanwel, OIC, PBB, NAM. Ini bertujuan mengekalkan keamanan dan kesejahteraan sejagat Hubungan ini dilakukan melalui misi lawatan pemimpin dan delegasi perdagangan ke negara-negara tersebut secara rasmi dan berterusan

10 Malaysia perlu komited mematuhi Perjanjian TPPA yang telah ditandatangani. Tujuannya untuk kepentingan ekonomi jangka panjang demi mencapai misi negara maju menjelang tahun 2020.

11 Malaysia terus komited menyokong segala dasar dan prinsip PBB. Sebarang pertikaian diselesaikan secara rundingan dan diplomasi di peringkat antarabangsa.

12 Malaysia akan terus memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang diceroboh oleh Israel. Usaha-usaha Malaysia melalui NGO, pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang disertai Malaysia seperti OIC dan PBB akan terus konsisten sehingga rakyat Palestin mendapat hak kedaulatan

Sejauhmanakah dasar luar Malaysia

mampu mengekalkan kedaulatan negara?

1 Malaysia memelihara hubungan diplomatik dengan negara-negara dunia. Malaysia sering mengadakan lawatan rasmi ke negara lain. Contohnya lawatan kerja Perdana Menteri Dato’Seri Najib Tun Razak ke Turki, Arab Saudi ,Jepun,Singapura bagi mengeratkan hubungan antara dua negara.

2 Malaysia mengekalkan hubungan baik dalam bidang ekonomi dan perdagangan dengan semua negara. Contohnya, projek usaha sama industri automobil antara Mitsubishi Corporation dari Jepun dengan

Page 16: Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa

2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 16

Proton dan Kia Motors dari Korea Selatan dengan NAZA Motors Malaysia.

3 Mengadakan mesyuarat / perbincangan dalam mengadapi konflik. Bertukar-tukar pendapat dan pandangan dalam semua isu dan bertindak dengan sebulat suara. Contohnya Mesyuarat Khas Menteri-Menteri ASEAN mengenai isu keganasan serantau seperti menangani masalah militan DAESH/ISIS

4 Mengadakan kerjasama pertahanan dengan negara serantau Contohnya Penguatkuasaan Maritim Negara telah berganding bahu dengan Filipina untuk menjayakan Operasi Phillipine-Malaysia (PHIMAL) yang bermatlamat untuk mencegah aktiviti pelanggaran undang-undang maritim di persempadanan perairan Malaysia-Filipina di Laut Sulu.

5 Meneruskan hubungan bilateral dengan negara maju dan negara dunia ketiga Hubungan multilateral dengan pertubuhan dunia seperti PBB, OIC, Komanwel,NAM

6 Menghormati kedaulatan negara lain dan hak asasi manusia Malaysia tidak mencampuri hal ehwal dalaman negara lain. Contoh tidak mencampuri isu perbalahan mazhab di Syria dan pembersihan etnik Rohingya di Myanmar.

7 Malaysia telah memberi bantuan kepada negara yang ditimpa bencana dan mengalami kesusahan. Contohnya Malaysia telah menyalurkan bantuan kemanusiaan ke bumi Gaza / Palestin. Bantuan makanan dan perubatan kepada mangsa-mangsa tsunami di Acheh dan taufan di Filipina.

8 Kedaulatan negara diperkukuhkan melalui pertukaran program media massa, pendidikan dan sains dan teknologi. Contoh rancangan televisyen Radio Televisyen Malaysia(RTM), Rancangan Televisyen Brunei(RTB), Rancangan Televisyen Indonesia(RTI) dan Media Corp Singapura. Pusat Penyelidikan Sains dan Matematik Asia Tenggara (RECSAM) di Pulau Pinang.

9 Mampu menjadi tuan rumah program bertaraf antarabangsa. Contoh Sukan Komanwel / Sukan SEA / Formula 1 / Festival Muzik Dunia / Halal Fest / Kuala Lumpur International Islamic Fashion Festival (KLIIFF).

10 Malaysia turut bekerjasama dalam perkongsian budaya antara negara. Contohnya menganjurkan Festival Makanan, Kraftangan dan Budaya Indonesia di Pulau Pinang untuk mendedahkan budaya tradisi negara jiran di Malaysia

Jelaskan iktibar yang boleh diperoleh daripada perkembangan dasar luar Malaysia

1 Kita hendaklah sentiasa menjaga hubungan antara negara supaya keharmonian sejagat terpelihara. Contohnya dalam menangani isu pendatang tanpa Izin (PATI) yang memasuki sempadan negara dibincangkan secara rundingan dengan negara terbabit.

2 Kita hendaklah sentiasa bertolak ansur dalam setiap perkara supaya masalah dapat diselesaikan secara bijaksana. Contohnya isu pembakaran terbuka di Indonesia

3 Kita hendaklah bersikap matang dalam menangani setiap cabaran agar keputusan yang diambil tidak secara terburu-buru. Contohnya isu MH370/MH17

4 Kita hendaklah menghormati keputusan dan dasar negara lain supaya hubungan dua hala berjalan lancar. Contohnya pelaksanaan hukum hudud di Brunei dan Acheh

5 Kita hendaklah tegas menyuarakan pendapat supaya keamanan dunia terpelihara. Contohnya berani menentang Dasar Apatheid dan mengutuk pencerobohan Israel terhadap Palestin.

Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan:

(a) Pengetahuan yang diperoleh

1 Pengetahuan yang diperoleh ialah penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti sejarah, ekonomi, politik, geografi dan demografi.

2 Pengetahuan yang diperoleh ialah selepas mencapai kemerdekaan, negara kita telah menyertai beberapa pertubuhan serantau dan antarabangsa serta memainkan peranan secara aktif dalam pertubuhan PBB, Komanwel dan OIC.

Page 17: Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa

2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 17

3 Pengetahuan yang diperoleh ialah Malaysia memainkan peranan yang penting dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin mendapatkan semula tanah air mereka daripada Israel mengikut prinsip yang terkandung dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

4 Pengetahuan yang diperoleh ialah penyertaan tentera Malaysia dibawah panji-panji PBB dengan menghantar tentera pengaman ke Bosnia dan juga Lubnan.

6 Pengetahuan yang diperoleh ialah Malaysia pernah menjadi perantara menyelesaikan krisis perang Iran-Iraq dan krisis di selatan Filipina.

Jelaskan nilai-nilai murni yang boleh diteladani daripada kepimpinan negara dalam menghadapi cabaran dunia.

1 Nilai murni yang boleh diteladani ialah kerjasama dalam menghadapi jenayah antarabangsa seperti menangani isu pengganas ISIS / DAESH

2 Nilai bertoleransi dalam menghadapi sebarang masalah. Contohnya isu tuntutan bertindih terhadap Pulau Batu Putih dengan membawanya ke peringkat ICJ.

3 Nilai murni yang seterusnya ialah bijak menangani masalah. Contohnya menjadi orang tengah dalam menyelesaikan isu di Selatan Filipina

4 Semangat setia kawan juga merupakan nilai murni yang boleh diteladani. Contohnya menghormati pengisytiharan ZOPFAN oleh anggota ASEAN.

5 Nilai seterusnya ialah sanggup berkongsi ilmu / teknologi / kepakaran Contohnya menghantar pekerja/pelajar Malaysia ke Jepun, Korea, China.

6 Nilai berwawasan seperti kerjasama dalam bidang aero angkasa dengan negara Rusia dan Amerika Syarikat Bukti penglibatan ialah pemilihan Dr. Sheikh Muzaffar Shukor dan Mejar Dr.Faiz Khalid dalam program tersebut.

7 Nilai berilmu pengetahuan Seperti tindakan bijak Tunku Abdul Rahman dalam menangani masalah komunis dengan menubuhkan ASA

8 Nilai bermoral / beretika seperti menyokong

usaha-usaha menentang kezaliman Contohnya Isu Palestin

9 Nilai bertanggungjawab Seperti bersama-sama dengan negara lain menangani kehilangan pesawat MH370/MH17

10 Nilai wasatiyah iaitu penyelesaian masalah secara diplomasi dan perbincangan seperti isu Jerebu / alam sekitar.

Jelaskan nilai patriotisme yang boleh diamalkan oleh generasi muda dalam menghadapi cabaran dunia hari ini.

1. Nilai patriotik yang boleh diamalkan ialah semangat cinta kepada negara. Seperti Sheikh Muzaffar diiktiraf sebagai angkasawan pertama negara.

2. Semangat juang untuk menaikkan nama negara di mata dunia. Seperti kemenangan atlet paralimpik di Sukan Paralimpik di Rio de Jenerio, Brazil 2016. Semangat jati diri. Seperti Jimmy Choo pereka kasut antarabangsa bangga menjadi rakyat Malaysia.

3. Mengekalkan nilai tradisi walaupun menerima pelbagai kemasukan budaya asing. Seperti Shila Amzah yang popular di China/ Yuna yang berada di Amerika.

4. Sanggup berkorban untuk negara Seperti Dr.Fauziah Zaytouna Olivia yang di tawan tentera Israel ketika membawa misi keamanan ke Gaza (Women Boat To Gaza)

Harapan menjadikan negara dan bangsa Malaysia lebih maju.

5. Saya berharap agar rakyat Malaysia mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat antarabangsa dalam bidang sains dan teknologi. Contohnya Mohamad Nasarudin Mohd Yusof memenangi hadiah Nobel Kemananan daripada Pertubuhan Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) yang terletak di Hague, Belanda dalam kemajuan budaya dan saintifik

6. Saya berharap generasi muda dapat mencontohi ketokohan para pemimpin negara yang memberi

Page 18: Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa

2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 18

sumbangan besar dan mewakili negara dalam pertubuhan antarabangsa. Contohnya Tun Dr. Mahathir bin Mohammad.

7. Saya berharap masyarakat mengambil iktibar daripada kekacauan dan ketidakharmonian di negara lain yang bergolak dengan mengukuhkan perpaduan demi menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara. Contohnya mengambil iktibar daripada peristiwa cubaan rampasan kuasa tentera di Turki gagal kerana rakyat bersatu hati menyokong kepimpinan Perdana Menteri Erdogan.

8. Saya berharap rakyat Malaysia menjadi warga global yang bertanggungjawab terutama dalam menghulurkan bantuan misi kemanusiaan. Contohnya bantuan makanan dan perubatan ke Filipina dan Acheh.

9. Semoga pemimpin negara kita terus gigih dan

berani memperjuangkan hak-hak kemanusiaan di peringkat antarabangsa Contohnya isu Palestin melalui pertubuhan NGO

Aman Palestin dan My Care