Upload
khai-khairy
View
1.494
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
TOPIK 2
KONSEP MALAYSIA MAJU DAN
SEJAHTERA
PENGENALAN
Kemajuan dan kesejahteraan sesebuah
negara hanya dapat diukur berdasarkan
kualiti hidup rakyat yang bertambah
baik secara berterusan
Kerajaan telah memberikan keutamaan
yang tinggi kepada pembangunan negara
dari semua dimensi, termasuk kualiti
hidup
Kerajaan telah menumpukan segala
usaha untuk
a) Meningkatkan taraf hidup golongan
miskin
b) Menyediakan peluang untuk
meningkatkan pendapatan
c) Menyediakan kemudahan
pendidikan, kesihatan, perumahan dan
kemudahan asas yang lain
d) Melindungi alam sekitar dan
PETUNJUK NEGARA MAJU DAN
SEJAHTERA
Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM)
ialah pengukuran komposit berdasarkan
sepuluh komponen terpilih, iaitu
pendidikan, pengangkutan dan
komunikasi, perumahan, kebudayaan dan
liburan, pendapatan dan
pengagihan, keselamtan
awam, kesihatan, penyertaan
sosial, alam sekitar, kehidupan
Pendidikan
◦ Sistem pendidikan merupakan alat utamauntuk menyampaikan pengetahuan dari satugenerasi ke satu generasi yang lain.
Pengangkutan dan komunikasi
◦ Merupakan faktor penting dalam menilaikemajuan dan pembangunan keranamembolehkan sumber mudah diangkut dandiperoleh
Perumahan
◦ Rumah merupakan keperluan asas sosialuntuk kehidupan yang sempurna danmemberikan keselamatan sertaperlindungan kepada keluarga
Kebudayaan dan liburan
◦ Kebudayaan digambarkan melalui kelakuandan pemikiran manusia, yang mempengaruhicara percakapan dan amalan sosial sertakeagamaan suatu masyarakat
Pendapatan dan pengagihan
◦ Pendapatan membolehkan individumenampung perbelanjaan untuk diri dankeluarga mereka dan agihan pendapatanpula menggambarkan kesaksamaan danpengagihan sumber ekonomi
Keselamatan awam
◦ Keselamatan awam penting untuk menjaminkeamanan dan kestabilan sosial yang menyumbang kepada kehidupan yang lebihberkualiti
Kesihatan
◦ Kesihatan yang baik membolehkan manusiabekerja dengan produktif serta melibatkandiri secara aktif dalam kehidupan sosialdan ekonomi masyarakat
Penyertaan sosial
◦ Menggambarkan komitmen dan kesediaanorang ramai untuk terlibat dalam aktiviti
Alam Sekitar
◦ Alam sekitar mempunyai kesan langsung
terhadap kesejahteraan penduduk.
Pencemaran air dan udara serta kawasan
hutan adalah antara petunjuk kualiti alam
sekitar
Kehidupan Keluarga
◦ Unit keluarga mewakili institusi utama
dalam struktur sosial dan berfungsi untuk
memenuhi keperluan sosial, ekonomi dan
psikologi individu
Persekitaran kerja
◦ Produktiviti yang tinggi dapat menjamin
pendapatan yang lebih baik dan seterusnya
meningkatkan taraf ekonomi dan kualiti
hidup
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBINA
NEGARA MAJU DAN SEJAHTERA
Mengamalkan budaya inovasi dan kreatif
1. Rakyat Malaysia perlu bersedia untuk
mencuba perkara baharu dan berinovasi
dalam apa-apa lapangan yang diceburi
Menyuburkan budaya ilmu
1. Sesebuah negara hanya akan benar- benar
maju dan berjaya apabila rakyatnya
memiliki ilmu yang tinggi
2. Negara perlu memiliki masyarakat yang
mengutamakan pendidikan dan
pengetahuan daripada segala-galanya
Mentransformasikan pendidikan
1. Pendidikan di Malaysia harus melalui
transformasi yang terancang untuk
mencapai status negara maju dan
sejahtera
2. Kepimpinan negara masa hadapan
memerlukan pemimpin yang berilmu, di
samping budi pekerti yang baik.
Mengamalkan budaya berprestasi tinggi
a) Budaya berprestasi tinggi bermaksud
mempunyai sifat untuk memastikan
bahawa setiap perkara yang dilakukan
mencapai tahap yang terbaik
b) Pengamalan budaya cemerlang dan
berprestasi tinggi akan membawa
Malaysia ke tahap kejayaan serta
pencapaian yang lebih tinggi
Mengamalkan pengurusan berintegriti
a) Dalam pengurusan negara, kepimpinan
negara harus mengamalkan pengurusan
berintegriti dalam melaksanakan
sebarang tugas dan tanggungjawab agar
bangsa dan negara sentiasa disegani
dihormati oleh semua pihak
Mempererat perpaduan kaum
a) Perpaduan kaum amat penting untuk
keharmonian dan kesejahteraan negara
b) Perpaduan kaum juga menjadi pemangkin
kepada kestabilan dan kemajuan negara
Menjamin keadilan sosial
a) Keadilan sosial hanya wujud sekiranya
setiap individu mendapat hak-haknya
sebagai rakyat Malaysia
b) Kerajaan akan membela hak semua rakyat
Mengamalkan budaya ketepatan
a) Perkhidmatan yang dilakukan mestilah
berdasarkan kualiti yang bagus dan perlu
dijalankan dengan berterusan
b) Ketepatan bermaksud setiap perkara
termasuk tindakan, masa, janji haruslah
dilaksanakan dengan tepat