Upload
mohd-afiq
View
161
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PANDUAN PELAN DATA GURU 2GB
SEKOLAH-SEKOLAH 4G
PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET FASA 2
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
12 OKTOBER 2016
HAK MILIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Muka 1/14 Bahagian Teknologi Pedidikan KPM – 1BestariNet Fasa 2
Pada pelaksanaan Fasa 1, guru-guru berkongsi pelan data dan Dongle
mengikut jumlah bilangan yang ditetapkan iaitu:
Bilangan Dongle Pelan Data GB Jumlah Data GB
1
1.5GB
1.5GB
5 7.5GB
10 15GB
20 30GB
30 45GB
Pelan Data 1.5GB telah ditamatkan pada 15 Ogos 2016
Pengurusan pengagihan Dongle pada Fasa 1 adalah 200,000 unit. Jumlah
dongle yang telah dibekalkan kepada sekolah-sekolah 4G di seluruh
Semenanjung, Sabah, W.P. Labuan adalah sebanyak 130,000 unit.
Perancangan baki 63,210 unit Dongle akan diedarkan ke 8 Negeri yang
terlibat iaitu, di 3,648 buah sekolah 4G Zoom sahaja. Pecahan pengagihan
baki Dongle adalah seperti berikut:
Bilangan
Dongle
Jumlah
Sekolah 4G
Zoom
Purata Agihan
Dongle Setiap
Sekolah
Catatan
63,210 3,648 5-20
Pelan perancangan agihan
Dongle sehingga bulan
Oktober 2016
Jadual agihan baki dongle
LATAR BELAKANG
Muka 2/14 Bahagian Teknologi Pedidikan KPM – 1BestariNet Fasa 2
BIL PERKARA PENGURUSAN
1 Peruntukan pelan data
bulanan guru
a. Pelan data Guru 2GB akan diperuntukan
secara bulanan melalui akaun ID guru yang
diluluskan oleh KPM.
b. Data bulanan hanya sah selama satu (1)
bulan sahaja. Data yang tidak digunakan
sehingga akhir bulan tidak akan dibawa ke
hadapan.
2 Pengagihan Peranti
a. YTLC akan menghantar Peranti ke pejabat
PPD. Pengedaran peranti akan dilakukan
oleh PPD ke sekolah masing-masing.
3 Penyerahan Pengurusan a. Pelan Data Guru 2GB.
Semua ID Guru di sekolah-sekolah 4G
Zoom akan diaktifkan pada bulan
Oktober 2016.
Sebarang perubahan pada senarai
guru yang layak hendaklah
dimaklumkan melalui ‘Service Order’
oleh KPM.
b. Pengagihan peranti
Dongle dari Fasa 1 akan terus
digunakan pada Fasa 2.
Pengagihan peranti tambahan akan
diedarkan ke semua sekolah-sekolah
dari bulan Oktober sehingga bulan
Disember 2016.
c. Guru-guru di sekolah yang baru naik taraf
talian ke 4G akan di bekalkan dengan
peranti selepas perkhidmatan 4G
dilaksanakan.
4 Rumusan
a. Pelan Data Guru disediakan untuk
kegunaan di semua kawasan yang
mempunyai liputan 4G, di sekolah dan di
luar sekolah.
b. Prestasi Perkhidmatan (kelajuan data)
adalah bersamaan dengan prestasi
industri rangkaian data mudah alih di
Malaysia.
OBJEKTIF
Muka 3/14 Bahagian Teknologi Pedidikan KPM – 1BestariNet Fasa 2
BIL PERKARA PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
1 Data Bulanan Guru KPM:
‘Service Order’ sebagai dokumen rujukan untuk
semakan maklumat guru yang tidak mendaftar
melalui CRM.
Memastikan hanya guru-guru KPM sahaja
menerima pelan data.
YTLC:
Mengaktifkan pelan data bagi guru secara
keseluruhan berdasarkan senarai NSMI.
2 Pengagihan
Peranti
KPM:
Mewujudkan pusat pengagihan untuk
penghantaran peranti.
YTLC:
Agihan peranti akan dihantar ke PPD.
Kemukakan borang penerimaan peranti kepada
PPD untuk dihantar ke sekolah (Delivery Order).
3
Pengantian Peranti
Rosak
KPM:
Mengumpul/ mengganti peranti rosak yang
diterima dari sekolah.
Menguji peranti yang dilapor rosak sebelum
menghantar kepada YTLC untuk penggantian.
YTLC:
Mengambil peranti rosak dari pusat
pengumpulan apabila diarahkan oleh KPM.
Menggantikan peranti rosak selepas peranti
disahkan rosak.
4
Penamatan
Perkhidmatan
KPM:
Menyediakan senarai ID Guru-Guru yang akan
ditamatkan kepada YTLC.
Mengumpul peranti yang disenarai untuk
ditamatkan dan memulangkan kepada Syarikat.
YTLC:
Menamatkan ID Guru yang diserahkan oleh KPM.
AKTIVITI, PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
Muka 4/14 Bahagian Teknologi Pedidikan KPM – 1BestariNet Fasa 2
Pelan data 2GB guru akan diaktifkan secara keseluruhan berdasarkan senarai
data rasmi NSMI bermula bulan Oktober 2016. Pelan data guru 2GB dikreditkan
ke dalam akaun guru masing-masing secara individu.
Guru wajib menukar kata laluan dan membuat pengesahan penerimaan
pelan data 2GB individu melalui portal VLE. Prosedur disediakan di halaman 6
& 7. Terma dan syarat pengguna pelan data disediakan di halaman 8.
Guru boleh menyemak baki pelan data melalui portal www.yes.my. Prosedur
semakan pelan data guru 2GB di sediakan di halaman 9.
Laporan pengesahan penerimaan pelan data guru akan dikemukakan
kepada pihak BTP untuk tujuan tuntutan pembayaran. Pihak BTP akan
mengesahkan pelan data guru melalui Sijil Akuan Penerimaan (SAP).
SAP asal yang telah disahkan oleh pihak BTP perlu diproses dalam tempoh tiga
puluh (30) hari kalendar dari tarikh tuntutan pembayaran. Pelan data guru 2GB
akan digantung sekiranya pengesahan SAP tidak diproses dalam tempoh di
atas.
Pelan data guru akan di kreditkan ke dalam akaun guru pada setiap tiga puluh
(30) hari mengikut kitaran bil bulanan. Jadual kitaran rasmi pelan data guru di
sediakan di halaman 5.
PELAN DATA 2GB INDIVIDU GURU
Muka 5/14 Bahagian Teknologi Pedidikan KPM – 1BestariNet Fasa 2
Bil Negeri Tarikh Kitaran
1 Selangor 01hb
2 Sabah 03hb
3 W.P. Labuan
4 K. Lumpur 07hb
5 W.P. Putrajaya
6 N. Sembilan 10hb
7 Melaka
8 Kelantan 13hb
9 Perak 16hb
10 Pahang 19hb
11 Terengganu
12 Kedah 22hb
13 Perlis
14 Penang 25hb
15 Johor 28hb
JADUAL KITARAN BIL RASMI BULANAN GURU
Muka 6/14 Bahagian Teknologi Pedidikan KPM – 1BestariNet Fasa 2
PROSEDUR MENUKAR KATA LALUAN DAN PENGESAHAN
MENERIMA PELAN DATA 2GB
Masukkan user ID
sekolah
2
Masukkan kata laluan
3
1
Taipkan https://schoolcode.1bestarinet.net
Paparan makluman
pengaktifan pelan data
2GB guru
4
3
Muka 7/14 Bahagian Teknologi Pedidikan KPM – 1BestariNet Fasa 2
Masukkan kata laluan
Masukkan kata laluan baharu
Ulang semula kata laluan baharu
5
4
3 6
7
5
4
3
Masukkan nombor kad pengenalan
8
7
5
4
3 Masukkan tarikh lahir 9
7
5
4
3
Pilih jantina 10
75
43 Masukkan
alamat email
11
10
75
43 Masukkan
nombor telefon 12
11
10
75
43
Masukkan alamat 13
12
11
10
75
43
Masukkan poskod 14
13
12
11
10
75
43
Masukkan bandar 15
14
13
12
11
10
75
43
Masukkan negeri 16
14
13
12
11
10
75
43
Maklumat nombor
akan dipaparkan 17
16
14
13
12
11
10
75
43
Masukkan nombor
yang dipaparkan
18
17
16
14
13
12
11
10
75
43
Jawab soalan
keselamatan &
masukkan jawapan
19
18
17
16
14
13
12
11
10
75
43
Klik untuk pengesahan 20
19
18
17
16
14
13
12
11
10
75
43
√
Dengan langkah 20 prosedur menukar
kata laluan dan pengesahan
penerimaan pelan data telah
lengkap
Nama guru akan dipaparkan
Muka 8/14 Bahagian Teknologi Pedidikan KPM – 1BestariNet Fasa 2
Terma & Syarat Pengguna
Guru-guru yang dihormati,
Dengan sukacitanya kami ingin memaklumkan bahawa akaun 1BestariNet yang
diperuntukkan kepada guru-guru di bawah fasa 1 akan dipertingkatkan di
bawah fasa 2 1BestariNet. Di bawah fasa 2, setiap guru individu diberi 2GB data
setiap bulan di bawah “Pelan Data Guru” untuk menggalakkan lagi pengajaran
dan pembelajaran melalui ICT.
Ciri-ciri utama “Pelan Data Guru” adalah seperti berikut:
Melalui “Pelan Data Guru” setiap guru akan menikmati muatan pelan data
sebanyak 2GB setiap bulan (“Data Bulanan 1BestariNet”).
Guru-guru adalah dinasihatkan untuk menggunakan Data Bulanan
1BestariNet secara sepenuhnya setiap bulan kerana baki Data Bulanan
1BestariNet yang tidak diguna tidak boleh dipindahkan ke bulan seterusnya.
Penggunaan Data Bulanan 1BestariNet tidak akan diambil kira selagi guru
mengakses ke dalam VLE tetapi sekiranya guru mengakses ke dalam
kandungan internet pihak ketiga yang terdapat dalam VLE seperti video,
YouTube maka Data Bulanan 1BestariNet akan diambil kira bergantung
kepada penggunaan oleh guru berkenaan.
Sila ambil perhatian bahawa Data Bulanan 1BestariNet ini hendaklah
digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran sahaja.
Sila juga ambil perhatian bahawa “Pelan Data Guru” adalah tertakluk
kepada terma dan syarat terperinci perkhidmatan 1BN di [www].
Untuk mengesahkan penerimaan “Pelan Data Guru”, sila klik di bawah
Saya menyatakan di sini bahawa saya telah menerima peruntukan “Pelan
Data Guru” di bawah fasa 2 1BestariNet.
TERMA DAN SYARAT PELAN DATA PENGGUNA
Muka 9/14 Bahagian Teknologi Pedidikan KPM – 1BestariNet Fasa 2
Taipkan laman sesawang
http://yes.my/what-we-
do#onebestarinet
1
Klik
‘My Account’
2
4
Masukan ID
pengguna dan
kata laluan
3
2
2GB pelan data
dipaparkan
Klik
‘Manage’
Klik
‘Order History’ untuk lihat tarikh pengaktifan pelan data
Tarikh
pengaktifan
pelan data
dipaparkan
5
7
6
PROSEDUR MENYEMAK PELAN DATA GURU 2GB
Maklumat penting:
Guru boleh rujuk pada pentadbir VLE untuk mendapatkan ID dan sekiranya
lupa ID dan kata laluan.
Muka 10/14 Bahagian Teknologi Pedidikan KPM – 1BestariNet Fasa 2
Dongle akan dihantar ke pejabat PPD. Edaran Dongle ke sekolah-sekolah
akan diuruskan oleh PPD di daerah masing-masing. PPD akan menjadi pusat
penyimpanan Dongle yang dihantar oleh YTLC.
Edaran Dongle bagi setiap sekolah adalah di antara lima (5) hingga dua puluh
(20) unit. Jadual agihan Dongle kepada PPD yang terlibat adalah seperti
berikut:
Negeri Jumlah Sekolah Jumlah PPD Jumlah Dongle
Johor 942 11 15,645
Kelantan 386 10 7,385
Negeri Sembilan 326 6 5,475
Pahang 405 11 7,285
Perak 742 10 11,950
Sabah 450 21 8,265
Terengganu 370 7 6,665
W.P. Labuan 27 1 540
Jumlah 3,648 77 63,210
Borang penghantaran ‘Delivery Note’ beserta perincian senarai sekolah di
bawah pentadbiran PPD masing-masing akan di serahkan kepada PPD untuk
pengesahan penerimaan. YTLC akan menyediakan borang pengakuan
penerimaan peranti untuk setiap sekolah. Berikut adalah senarai borang yang
berkaitan:
i. Dua (2) salinan ‘Delivery Note’ – Disahkan oleh PPD.
ii. Dua (2) salinan Borang pengakuan peneriman peranti –
Dilengkapkan oleh sekolah.
Guru Besar / Pengetua akan menentukan guru yang layak menerima Dongle.
Guru yang menerima Dongle dan pelan data 2GB wajib menukar kata laluan
dan mengesahkan menerima pelan data 2GB melalui aplikasi VLE yang
disediakan.
Guru besar/ Pengetua perlu melengkapkan borang di atas dan kembalikan
dua (2) salinan asal kepada PPD dalam tempoh 30 hari kalendar. Pihak PPD
mengumpul dokumen yang telah dilengkapkan oleh sekolah dan
melengkapkan bahagian pengesahan bahawa pihak sekolah telah mengisi
borang dengan betul.
PELAKSANAAN EDARAN BAKI 63,210 DONGLE
Muka 11/14 Bahagian Teknologi Pedidikan KPM – 1BestariNet Fasa 2
YTLC akan mengambil dokumen yang lengkap dari pejabat PPD dan
kemukakan kepada BTP untuk tuntuan pembayaran. Proses pembayaran
perlu dilakukan oleh BTP dalam tempoh tiga puluh (30) hari kalendar. Pelan
data guru 2GB akan digantung sekiranya pengesahan SAP tidak diproses
dalam tempoh di atas.
Pelan data guru akan dikreditkan ke dalam akaun guru pada setiap tiga
puluh (30) hari mengikut kitaran bil bulanan. Pelan data yang digantung
akan di kreditkan semula ke dalam akaun pada bulan seterusnya mengikut
tarikh pengaktifan yang ditetapkan di dalam akaun individu guru.
Muka 12/14 Bahagian Teknologi Pedidikan KPM – 1BestariNet Fasa 2
Borang penghantaran peranti ke PPD ‘Delivery Note’
PROSEDUR MELENGKAPKAN BORANG
Borang ini dilengkapkan
oleh YTLC dan PPD
mengesahkan penerimaan
peranti
Muka 13/14 Bahagian Teknologi Pedidikan KPM – 1BestariNet Fasa 2
Borang pengakuan peruntukan peranti:
2 Bahagian ini
dilengkapkan oleh
Sekolah
1
Bahagian ini dilengkapkan
oleh PPD
Bahagian ini
dilengkapkan oleh
Sekolah
3