Upload
kharthiga-selva
View
1.253
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
komsas dirgahayu bahasaku tingkatan 5
Citation preview
Rankap 2ini pasar perasaan
mereka memperdagangkan kata-kata
yang terbit daripada kalbu
bukan terbit daripada akal.
Maksud
Di tempat perhimpunan atau tumpuan ramai, orang-orang yang
suka bercakap akan berusaha mempengaruhi khalayak
(audien) dengan kepetahan mereka yang mempersonakan.
Namun, cakap-cakap mereka hanyalah berdasarkan kata hati,
dan bukannya berdasarkan akal atau fikiran yang dipandu oleh
ilmu pengetahuan. Ringkasnya, cakap-cakap mereka bertaraf
jalanan sahaja.
Rankap4ini pasar perasaan
di dalamnya mengalir sungai manusia
yang menghilirkan suara kosong.
MaksudTempat melayan cakap-cakap yang berteraskan hawa nafsu itu
memang berupaya menarik kehadiran khalayak yang
ramai (sungai manusia), tetapi langsung tiada nilai
atau tiada langsung signifikan. Pendek kata, kedua-
dua pihak yang bercakap dan orang ramai yang
mendengar hujah kosong telah melakukan kerja yang
sia-sia.
ini pasar perasaan
yang memperdagangkan akal cetek
dan tawar-menawar yang dangkal.
MaksudHujah-hujah dangkal berpunca daripada akal yang
cetek (lemah, kurang ilmu). Orang ramai yang hadir pula
lebih bersifat pengkagum yang melulu. Mereka hanya
terpegun dengan hujah kosong tanpa usul periksa dan
tanpa banyak soal.
Rangkap 6
kumasuki pasar ini
kususuri sungai sibuk ini
di tengah-tengah penjual dan pembeli
yang kaya dengan perasaan
tetapi miskin dengan kebijaksanaan.
MaksudPenyajak melewati tempat berhimpunnya
orang yang sedang bercakap kosong dan
khalayak yang bersesak-sesak
mendengarnya. Penyajak mendapati
perhimpunan itu lebih ketara dikuasai
perasaan. Kelihatannya kebijaksanaan
dipinggirkan (tidak dihiraukan).
Perbincangan kosong di kedai kopi.
Seringkali dikatakan kedai kopi sebagai
tempat perdebatan pengunjungnya.
Hujah mereka kosong tanpa fakta dan
ilmu. Hanya sekadar meluahkan
perasaan. Seringkali juga berlaku
perdebatan yang sia-sia kerana
dikuasai emosi.
Persoalan1. Persoalan perbincangan kosong dan tidak
ilmiah hanya sekadar menghamburkan kata-
kata dan meluahkan perasaan.
2. Persoalan luahan pendapat akan menjadi sia-
sia kerana kurangnya kebijaksanaan.
3. Persoalan pendapat tanpa ilmu dan fakta
mudah dipatahkan dan ditepis.
4. Persoalan kepentingan ilmu pengetahuan
dalam menyampaikan hujahan.
1. Bebas
2. Terdapat 7 rangkap
3. Rima akhir baris-baris ayat
• Rangkap 1 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abb
• Rangkap 2 terdapat 4 baris ayat. Rimanya abcd
• Rangkap 3 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abbcd
• Rangkap 4 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abc
• Rangkap 5 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abc
• Rangkap 6 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya aaabb
• Rangkap 7 terdapat 2 baris ayat. Rima akhirnya ab
NadaSinis
Gaya bahasa1. Ayatnya pendek-pendek
Contohnya ; ini pasar perasaan
2. Diksi – mudah difahami dan puitis.
Contohnya :bagai ranting kering
3. Aliterasi – perulangan konsonan’n’
Contohnya :: di tengah-tengah penjual dan pembeli
4. Asonansi – perulangan vokal ’i’
Contohnya : kususuri sungai sibuk ini
5. Personifikasi
Contohnya : ini pasar tidak berakal
6. Metafora
Contohnya : pasar perasaan , sungai manusia
7. Simile
Contohnya : bagai kayu buruk.
8. Epifora
Contohnya ; kumasuki pasar ini
kususuri sungai sibuk ini
1. Nilai rasional . Kerasionalan diperlukan dalam menyampaikan maklumat.
2. Nilai kerajinan. Kerajinan diperlukan untuk mencari ilmu untuk menguasai
kemahiran
3. Nilai kebijaksanaan. Nilai ini diperlukan untuk mengemukakan maklumat
4. Nilai kesabaran . Kesabaran diperlukan dalam menghadapi cabaran
hidup..
5. Nilai keprihatinan . Keperihatinan terhadap persekitaran amat diperlukan..
NILAI
Pengajaran1. Kita hendaklah mendengar dengan teliti sebelum
memberi pendapat.
2. Kita mestilah mengemukakan pendapat yang
bernas dan berfakta
3. Kita janganlah beremosi ketika berdebat kerana ini
akan mendedahkan kelemahan diri sendiri.