Upload
zabidah-awang
View
28.203
Download
5
Embed Size (px)
Citation preview
PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL
PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL
MATLAMAT
Matlamat modul ini ialah untuk membantu guru memahami, menguasai dan menggunakan pendekatan kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran.
OBJEKTIFSetelah menggunakan modul ini, guru berupaya :
Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual dan kepentingan menyerapkan pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual.
Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalam bilik darjah dengan yakin dan berkesan.
Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan kontekstual.
1
Apakah Pembelajaran Secara Kontekstual ?
2
PENGENALAN
Anda mungkin perlukannya suatu hari nanti.
Kenapa saya mesti belajar perkara ini?
3
• Mereka tidak boleh didorong untuk belajar• Mereka tiada kemampuan untuk menguasai mata pelajaran akademik
4
The Average Child
I don’t cause teachers trouble,my grades have been OK.
I listen in my classesand I’m in school everyday.
My teachers think I’m average,my parents think so too.I wish I didn’t know that
‘cause there’s lots I’d like to do.
I’d like to build a rocket, I havea book that tells you how,
or start a stamp collection-wellthere’s no use in trying now.
‘Cause since I found I’m averageI’m just smart enough you see,to know there is nothing special
that I should expect of me.
I’m part of the majority,that hump part of the bell,
who spends their life unnoticedin an average kind of hell.
5
• Bebanan pengurusan dan pentadbiran ke atas sekolah dan guru
• Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan
• Tekanan untuk menghabiskan sukatan pelajaran
• Kebimbangan bahawa pengenalan elemen baru dalam kelas akan menambahkan bebanan guru
• Terlalu terkongkong kepada pendekatan pengajaran secara behaviourist iaitu penekanan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan
Kegagalan membantu murid mencari hubungkait
• Antara maklumat baru dengan pengalaman sedia ada
• Antara sekolah dengan dunia luar
• Antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain
• Antara pengetahuan lepas dengan cabaran kini, dan cabaran kini dengan tanggungjawab masa depan
Apakah kekangan dalam membina hubungkait tersebut ?
6
Apakah kelemahan pengajaran dan pembelajaran hari ini ?
APAKAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL ?
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands – on dan minds – on.
7
Pengalaman Harian Individu
Persekolahan
Alam Pekerjaan
Kehidupan Masyarakat
Teori pembelajaran secara kontekstual
Pengetahuan sedia ada
Pengetahuan baru
Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka.
8
Psikologi
Budaya
Fizikal Sosial
Konteks yang Pelbagai
Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid.
9
Kehidupan Harian
Makmal
Bilik Darjah
Tempat Kerja
Kepelbagaian Persekitaran Pembelajaran
Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.
10
Untuk kumpulan sasaran murid yang manakah pendekatan kontekstual PALING sesuai ?
• Kumpulan sederhana
• 13 –17 tahun
• cenderung kepada aplikasi konsep
• terdorong melalui aktiviti hands-on
• tidak yakin mempelajari matematik dan sains secara abstrak
• sekolah-sekolah menengah teknik dan vokasional
• sekolah-sekolah menengah harian
Jenis murid
Ciri murid
Lokasi
11
SainsMatematik
Komunikasi
Teknologi MaklumatBahasa
Teknikal dan Vokasional Kemanusiaan
Pendekatan Kontekstual merentas pelbagai disiplin ilmu
12
Students’ involvement in their schoolwork increases significantly when they are taught why they are learning the concepts and how those concepts can be used outside the classroom. And most students learn much more efficiently when they are allowed to work cooperatively with other students in groups or teams.
Dan Hull
A curriculum and teaching methodology tied to the child’s experiences and interests.
John Dewey
Learning as a complex process that cannot be addressed adequately through drill-oriented, stimulus/response methodologies.
Howard Gardner
The mind seeks meaning through searching for relationships that make sense dan fit with past experiences.
Renate Numella Caine and Geoffrey Caine
Learning tasks that are situated in some meaningful real-world task, or are stimulated through some case-based or problem-based learning environment.
Jonassen
Suasana pembelajaran yang melibatkan pelbagai pengalaman yang mungkin dalam konteks sosial, budaya, fizikal dan psikologi.
D.A. Kolb
Apakah pandangan pakar pedagogi tentang pendekatan pembelajaran kontekstual ?
13
Mengapa Kontekstual ?
15
• Pembelajaran kontekstual mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran.
16
Mengapakah pendekatan kontekstual perlu dalam pengajaran dan pembelajaran?
• Individu mengekalkan maklumat dengan lebih berkesan melalui pengalaman
sendiri.
• Individu memiliki pelbagai jenis kecerdasan.
APA YANG KITA TAHU TENTANG APA YANG KITA TAHU TENTANG PROSES PEMBELAJARAN?PROSES PEMBELAJARAN?
• Kebanyakan murid belajar dengan berkesan melalui pengalaman penglibatan peribadi, aktiviti hands-on dan peluang untuk penemuan kendiri.
• Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep disampaikan dalam konteks hubungan yang tidak asing kepada murid.
• Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui komunikasi interpersonal, belajar dalam kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu dan maklum balas yang positif.
• Pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi yang lain adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari. 17
CIRI-CIRI KEJAYAAN DALAM PEMBELAJARAN
Kita kekalkan :
10 % Apa yang kita baca
20 % Apa yang kita dengar
30 % Apa yang kita lihat
50 % Apa yang kita dengar dan lihat
70 % Apa yang kita bincang dengan orang lain
80 % Apa yang kita alami sendiri
95 % Apa yang kita ajar kepada orang lain
Kita Belajar
Sumber : Secret of Ancient Chinese Art of Motivation18
TEORI KECERDASAN PELBAGAI
Menurut pandangan Howard Gardner, terdapat sekurang-kurangnya lapan jenis kecerdasan pelbagai.
Logik-Matematik
Kinestetik
Interpersonal
Visual-ruangNaturalis
Muzik
Verbal-Linguistik
Intrapersonal
Setiap orang memiliki kesemua kecerdasan tersebut. Walau bagaimanapun, tahap dan kombinasi kecerdasan berbeza-beza di antara individu. Teori kecerdasan pelbagai memberi maklumat tentang apa yang perlu dipelajari tetapi lebih penting lagi, bagaimana mempelajarinya. Justeru, pendekatan Pembelajaran Kontekstual dapat mencungkil potensi kecerdasan pelajar dengan lebih berkesan. 19
+
Gaya PembelajaranGaya Pembelajaran
20
Faedah Pembelajaran
Kontekstual Kepada :
Guru
Murid
Industri
21
MURID
• Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan
• Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian
• Boleh memindahkan kemahiran
• Boleh meneroka dan mendapatkan bukti
• Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit
• Dapat belajar secara kerjasama
22
GURU
• Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya.
• Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan.
• Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri.
23
INDUSTRI
• Menerima tenaga kerja yang berpotensi untuk dilatih atau dilatih semula secara berkesan mengikut keperluan
• Menggerakkan industri ke dalam pendidikan sebagai rakan kongsi
24
APAKAH KAEDAH-KAEDAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL?
R
E
A
C
T
Relating(Menghubungkait)
Experiencing(Mengalami)
Applying(Mengaplikasi)
Cooperating(Bekerjasama)
Transfering(Memindahkan)
Belajar dalam konteks penerokaan,
penemuan dan reka cipta
Belajar dalam konteks menghubungkaitkan
pengetahuan baru dengan pengalaman hidup
Belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau
informasi boleh digunakan dalam situasi lain.
Belajar dalam konteks bekerjasama, memberi
maklum balas dan berkomunikasi
Belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada
dengan menggunakan atau membina daripada apa
yang telah diketahui
Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran berikut :
28
Experiencing (Mengalami)
Murid dibawa ke makmal untuk menyaksikan demontrasi serta membuat latihan amali
menyambungkan wayar kepada plug 3 pin. Pengalaman ini boleh digunakan di rumah
apabila berlakunya situasi di mana wayar plug 3 pin sterika tertanggal.
Relating (Menghubungkait)
Murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap
cintakan kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal
mereka setiap hari.
29
Applying (Mengaplikasi)
Murid mempelajari teori dan konsep tuas. Mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan ini apabila bertemu situasi
di mana sebuah kereta yang tayarnya pancit tidak mempunyai jek. Dengan mengamalkan pengetahuan
yang ada, murid boleh menggunakan konsep tuas untuk menggantikan jek kereta bagi membolehkan penukaran
tayar.Cooperating (Bekerjasama)
Murid ditugaskan secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah pencemaran alam
menerusi satu aktiviti yang memerlukan mereka berbincang dan bekerjasama dengan ahli
kumpulan masing-masing . Hasil yang diperolehi adalah lebih baik disebabkan mereka menyelesaikan masalah secara bekerjasama.
Transfering (Memindahkan)
Murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan menggunakan Teorem Pythagoras. Murid boleh memindahkan pengetahuan bahawa
segitiga bersisi 3m, 4m dan 5m akan menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan
gelanggang permainan.30
Bagaimana Melaksanakannya ?
32
Bagaimanakah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kontekstual ?
Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran mesti memenuhi keperluan strategi berikut:
MOTIVASI
Pengenalan Isu perbincangan Alat bantu mengajar
PEMAHAMAN Penerangan konsep dan perbincangan kelas Bacaan dan melakukan Contoh kajian
KEMAHIRAN APLIKASI
Aktiviti Hands- On Penyelesaian masalah
IMBASAN KEMBALI DAN
PENILAIAN
Ingat kembali fakta utama Penilaian kemajuan 33
MOTIVASI
Memperdengarkan rakaman bunyi tembak menembak berserta dialog antara pihak polis dan komunis
Peristiwa Bukit KepongSejarah
Tayangan video permainan gendang oleh pelbagai kaum di Malaysia
Permainan gendangMuzik
MotivasiKonsepBidang
Segmen ini bertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap sesuatu tajuk yang akan dibincangkan, contohnya :
34
Segmen ini merangkumi kemahiran murid dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya. Kaedah penyampaian maklumat harus dipelbagaikan untuk dapat menarik minat murid terhadap sesuatu konsep itu. Murid diberi kebebasan mengutarakan perkara-perkara yang berkaitan.
PEMAHAMAN
35
Kemahiran yang diperolehi murid dapat diolah dan diubahsuaikan mengikut situasi. Murid dapat mengaitkan pengetahuan bilik darjahnya untuk menyelesaikan masalah harian. Guru boleh menyediakan senario tertentu untuk membantu murid menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, selepas murid mempelajari cara penggunaan ensiklopedia, guru mengutarakan persoalan yang akan mendorong murid menggunakan ensiklopedia sebagai rujukan.
Bidang kerjaya juga dibincangkan oleh guru dalam segmen ini. Guru mengaitkan isi kandungan pelajaran dengan bidang kerjaya yang berkaitan. Kebolehan murid mengaplikasikan pengetahuan sedia ada mereka dengan situasi sebenar dalam kerjaya yang akan mereka ceburi merupakan aset utama yang mereka perolehi hasil dari pembelajaran secara kontekstual.
APLIKASI
36
Menggulung fakta utama tajuk dan menilai kemajuan adalah dua aspek segmen ini. Apabila guru mengupas tajuk, murid diingatkan semula mengenai fakta penting. Di sini perbincangan dapat diarahkan untuk memperkayakan lagi pengetahuan murid. Selepas ini, guru perlu mengadakan penilaian kemajuan murid.
Penilaian tidak semesti secara bertulis. Guru boleh menggunakan kaedah lisan dan pemerhatian. Contoh-contoh aktiviti adalah seperti kuiz berkumpulan, perbincangan antara kumpulan dan penyediaan portfolio. Perubahan sikap dan perlakuan yang dapat dilihat juga boleh digunakan sebagai petunjuk bahawa murid telah menghayati isi pelajaran.
IMBASAN KEMBALI DAN
PENILAIAN
37
Pembelajaran Murid
Pengajaran Guru
Sokongan Pentadbir Sekolah
Sokongan Masyarakat
Matlamat utama pembelajaran secara kontekstual adalah untuk menghasilkan murid yang berkualiti. Untuk menjayakannya, semua pihak perlu bersetuju mengenai apa yang perlu dipelajari dan bersetuju mengenai strategi pembelajarannya. Di samping itu, sokongan daripada organisasi masyarakat diperlukan untuk menjayakan strategi pengajaran dan pembelajaran kontekstual. Sokongan luaran ini akan memberi galakan dan sumber-sumber untuk membantu murid dan guru mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
42
PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN
Sokongan Pentadbir Sekolah
Pengajaran Guru
Komunikasi
Sokongan Masyarakat
43
Komunikasi
Guru Murid
Ibu bapa Masyarakat
44
• Ibu bapa dan masyarakat perlu memahami keadaan dan kaedah pengajaran yang terkini dan memberi sokongan kepada perancangan dan perkembangan pembelajaran kontekstual.
• Pembelajaran kontekstual yang berjaya memerlukan komunikasi berterusan di kalangan murid, guru, ibu bapa dan masyarakat.
• Maklum balas daripada murid adalah satu komponen yang penting untuk mengukur keberkesanan program pembelajaran kontekstual.
Komunikasi Antara :
Murid Guru
Ibu bapaMasyarakat
45
Pengajaran Guru
Teks danBahan
Sokongan
Penilaian
Persekitaran Luar Sekolah
Kurikulum
Suasana Bilik Darjah
46
• Cara penilaian yang pelbagai dan adil perlu dirangka untuk membantu murid menguasai pembelajaran.
• Teks dan bahan sokongan yang pelbagai perlu disediakan.
• Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid
• Bilik darjah diubahsuai supaya murid boleh menjalankan aktiviti ‘ hands-on’ secara berkumpulan.
• Suasana pembelajaran koperatif di kalangan murid digalakkan.
Kurikulum
Teks & Bahan Sokongan
Penilaian
Suasana Bilik Darjah
Persekitaran Luar Sekolah
• Guru mengambil kira persekitaran luar sekolah. Misalnya bagi sekolah luar bandar, guru akan menggunakan konteks yang ada di persekitarannya.
• Disiplin tradisional diubahsuai dalam konteks yang bermakna.
• Strategi pengajaran baru perlu diwujudkan memandangkan peranan guru hanya sebagai fasilitator.
• Kandungan kurikulum yang sesuai untuk pembelajaran kontekstual dikenal pasti terlebih dahulu.
• Maklumat tentang hubungkait kurikulum dengan individu, masyarakat dan khususnya alam pekerjaan perlu disediakan.
• Bukan semua kandungan kurikulum boleh disampaikan dengan kaedah pembelajaran kontekstual.
47
Sokongan Pentadbiran Sekolah
Kepimpinan
Kewangan
Masa
Perkembangan Staf
Infrastruktur
48
• Guru perlu diberi latihan atau kursus untuk mempelajari teori dan kaedah pembelajaran kontekstual dan mempraktikkannya dalam bilik darjah.
• Guru perlu belajar dan memahami keadaan sebenar tempat kerja di mana murid mungkin ditempatkan.
• Kemudahan bilik aktiviti, makmal, bilik tayang, perkakasan komputer dan perisian serta peralatan lain perlu disediakan untuk menambahkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
• Peruntukan kewangan yang mencukupi mesti disediakan.
• Sokongan dan dorongan daripada pihak pentadbir amat perlu supaya guru boleh melaksanakan pengajaran kontekstual dengan berkesan.
•Jadual waktu perlu fleksibel supaya masa mencukupi untuk menjalankan aktiviti.
Perkembangan Staf
Infrastruktur
Kewangan
Kepimpinan
Masa
49
Sokongan Masyarakat
Sokongan TeknikalDan Kewangan
Kerjasama Industri Dan Sekolah
Penyediaan Situasi Tempat Kerja Sebenar
50
Sokongan Masyarakat
• Industri perlu berkomunikasi dengan Kementerian Pendidikan untuk menyumbang dalam perkembangan kurikulum.
• Hubungan rapat antara Kementerian Pendidikan dengan industri adalah penting untuk mendapatkan sokongan teknikal, kewangan dan memberi pendedahan
kemahiran kepada murid tentang alam pekerjaan.• Murid memerlukan pengalaman hands-on. Mereka menimba pengalaman ini dengan cara bekerja
atau membuat latihan amali di dalam situasi tempat kerja sebenar.
51
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SECARA KONTEKSTUAL
“ I knew Applied Math wouldn’t be easy for me. Math never is. I’m learning how to comprehend problems and think through instead of just doing the mechanics of math. I like being able to have a group or partner.”
(Komen seorang murid selepas satu semester kelas Matematik Gunaan secara kontekstual di Portage High School, Amerika Syarikat).
Oleh itu, pendekatan secara kontekstual ialah …Still the SAME
Mathematics, History, Music, Science …
BUT …
taught and learned DIFFERENTLY 53
TERIMA KASIH