4
Pembentukan KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan satu revolusi dasar kementerian pelajaran Malaysia. Keperluan sistem pendidikan Malaysia sentiasa berubah dan kajian serta resolusi terperinci harus sentiasa dinaik taraf untuk memastikan keberkesanannya. Dasar KSSR ini terhasil daripada kajian terperinci tentang keperluan murid sekolah rendah kini, untuk memastikan supaya mereka terus berkembang seiring dengan kehendak negara Malaysia yang pesat membangun. Dalam ucapan dasar Y.A.B Perdana Menteri Dato´ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada perhimpunan agung UMNO 2006, beliau menuntut supaya sistem pendidikan negara memberikan penekanan kepada empat perkara. Beliau memberi penekanan kepada pembangunan modal insan, penghasilan pelajar celik minda, pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat serta program untuk pembangunan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul Al-Bab. Transformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008. Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat sekolah rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan datang. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan transformasi kurikulum sekolah rendah. Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi ini adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan Keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke 21. Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan. Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM telah melakukan penandaarasan dengan kurikulum persekolahan Negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan yang

Pembentukan kssr

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pembentukan kssr

Pembentukan KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan satu revolusi dasar

kementerian pelajaran Malaysia. Keperluan sistem pendidikan Malaysia sentiasa berubah

dan kajian serta resolusi terperinci harus sentiasa dinaik taraf untuk memastikan

keberkesanannya. Dasar KSSR ini terhasil daripada kajian terperinci tentang keperluan murid

sekolah rendah kini, untuk memastikan supaya mereka terus berkembang seiring dengan

kehendak negara Malaysia yang pesat membangun. Dalam ucapan dasar Y.A.B Perdana

Menteri Dato´ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada perhimpunan agung UMNO 2006, beliau

menuntut supaya sistem pendidikan negara memberikan penekanan kepada empat perkara.

Beliau memberi penekanan kepada pembangunan modal insan, penghasilan pelajar celik

minda, pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat serta program

untuk pembangunan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul Al-Bab. Transformasi

Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah

Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008.

Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutamanya di

peringkat sekolah rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan

memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan datang. Sehubungan itu, Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya

keperluan untuk melakukan transformasi kurikulum sekolah rendah.

Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan

penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi ini adalah

untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan

dengan Keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke 21. Fokus transformasi

kurikulum persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira

(3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi

Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan. Dalam proses transformasi

kurikulum persekolahan rendah, KPM telah melakukan penandaarasan dengan kurikulum

persekolahan Negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan yang

Page 2: Pembentukan kssr

dibangunkan standing dengan pendidikan global. Di samping itu, KPM turut mendapatkan

input daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri,

akademik dan ibu bapa. Berdasarkan kepada input-input tersebut maka konsep kurikulum

persekolahan rendah berasaskan standard dapat dibangunkan dengan jayanya.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah ini telah digubal berdasarkan teras kedua Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan, yang mana ianya menekankan dasar untuk

membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta

menghayati nilai-nilai murni. Matlamat teras ini adalah untuk memastikan anak bangsa

Malaysia sentiasa terpupuk semangat untuk menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan

kompetensi serta menerapkan nilai-nilai murni. Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula

bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan

yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. KSSR

dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011 bermula dengan tahun 1 di semua

sekolah rendah seluruh negara. Dasar ini dilancarkan secara berperingkat-peringkat bagi

memberi peluang dan masa kepada pelajar serta guru untuk menyesuaikan diri.

Bermula pada tahun 1983, satu dasar kurikulum baru telah dilaksanakan. Dasar ini

dinamakan sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dimana ia lebih menekankan

kepada komunikasi, manusia dan alam sekeliling serta perkembangan diri individu. Dasar ini

banyak menekankan kepada aspek nilai dan teras dalam pelajar. Revolusi kedua dasar

pendidikan sekolah rendah ini telah dilakukan pada tahun 1993 yang mana ianya ditukar

kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). KBSR ini menggunakan reka bentuk

kurikulum linear. Semakan semula telah dibuat pada tahun 2003, untuk mengukuhkan lagi

sistem kurikulum pendidikan Malaysia. Organisasi kurikulum KBSR tertumpu pada mata

pelajaran wajib, teras dan tambahan bagi tahap 1 (tahun1, 2, 3) serta tahap 2 (4, 5, 6). Fokus

KBSR juga tertumpu pada kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira).

Pada tahun 2011, satu rombakan semula telah dilakukan untuk mengenal pasti

kelemahan dan meningkatkan lagi kemantapan dasar KBSR yang ditukar menjadi Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR). Dasar ini menekankan pengajaran modul teras asas,

modul teras tema dan modul elektif dalam organisasi kurikulum bagi tahap 1 manakala,

Page 3: Pembentukan kssr

mata pelajaran teras dan elektif ditekankan untuk tahap 2. Dasar kurikulum yang baru ini

membolehkan pelajar untuk bertindak dengan kreatif serta berinovasi, mempunyai

pengetahuan maklumat dalam keusahawanan serta kemahiran dalam IT. Dasar ini juga

membawa penekanan 4M iaitu membaca, mengira, menulis dan menaakul. Dasar ini

dilakukan dengan harapan untuk menguatkan lagi penguasaan bahasa melayu dan bahasa

Inggeris pelajar. Dasar ini juga lebih condong kepada kemahiran pelajar untuk mentakrif

sesuatu dengan menggunakan kemahiran berfikir kreatif secara sendiri.

Dasar KSSR ini telah menekankan kepada penggunaan bahasa Inggeris. Tujuan

penekanan ini adalah untuk memantapkan lagi penguasaan bahasa inggeris di kalangan

murid sekolah rendah. Dasar ini telah menekankan beberapa perkara di dalam silibus

pelajaran untuk menambah keberkesanan penggunaan bahasa inggeris.

Page 4: Pembentukan kssr

Pembentukan Kurikulum

Standard Sekolah rendah

Untuk diselaraskan

sesuai dengan teras

kedua pelan induk

pendidikan Mesyuarat pembentukan

pertama pada 23 Mei 2008

oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia

Bermula dengan

Kurikulum Baru

Sekolah Rendah

pada tahun 1983 Penambahbaikkan pada

1993 menyebabkan KBSR

ditukar kepada Kurikulum

bersepadu Sekolah

Rendah.

Semakan semula

pada 2003, untuk

mengukuh dan

menaik taraf

Hasil kajian, dasar baru

telah digubal dan

ditukar kepada

Kurikulum Standard

Sekolah rendah