Pemberontakan boxer

  • View
    129

  • Download
    13

Embed Size (px)

Text of Pemberontakan boxer

PEMBERONTAKAN BOXER

PEMBERONTAKAN BOXERDisediakan oleh ;Madelene Chang Li FeiNurul Sarmika OthmanPENGENALAN 1899Tercetus pemberontakan yang dikenali sebagai Pemberontakan Boxer di China.Tujuan ; menghalau orang asing dan membunuh orang Cina yang beragama Kristian. Pemberontakan Boxer reaksi orang Cina terhadap tekanan yang diberikan oleh kuasa-kuasa asing terhadap kerajaan China.Anggota Gerakan Boxer menganggap orang asing bertanggungjawab terhadap keruntuhan Kerajaan Manchu.Mereka juga menganggap orang asing sebagai punca kepada segala kepincangan yang berlaku dalam bidang ekonomi, politik dan sosial di China.Gerakan Boxer berasal daripada sebuah kongsi gelap Cina yang dikenali sebagai I Ho Chuan ( Persatuan Tinju Keadilan dan Keharmonian ).1813Kerajaan mengeluarkan perintah mengharamkan I Ho Chuan kerana pertubuhan ini bersifat antiManchu.Namun, anggota persatuan ini bergiat secara sulit di wilayah-wilayah Shantung, Hunan, dan Kiangsu.1818Pengaruh kesatuan I Ho Chuan merebak ke wilayah Chihli.Orang Barat menamakan ahli-ahli kongsi gelap ini sebagai Boxer kerana mereka mengamalkan sejenis tinju Cina yang disertai dengan ilmu sihir.Terdapat 3 tahap matlamat perjuangan Gerakan Boxer ;i) Tahap pertama Menghapuskan orang asing di China ii) Tahap kedua Menyelamatkan Dinasti Ching dan menghapuskan bangsa asing. iii) Tahap Ketiga Melindungi orang Cina ditambah kepada program Gerakan Boxer.Pemberontakan Boxer meletakkan asas bagi kejatuhan kerajaan Manchu dan kemunculan kerajaan republik di China.

PERJALANAN PEMBERONTAKAN BOXERSentimen Antiorang AsingPencerobohan yang dilakukan oleh kuasa Barat sejak Perang Candu Pertama (1839 1842) menimbulkan semangat antiorang asing dalam kalangan rakyat Cina.Semangat ini meningkat berikutan tindakan kuasa Barat yang berlumba-lumba untuk mendapatkan konsesi di China telah menjatuhkan maruah dan mencemar kedaulatan China.Semangat ini juga menebal dalam kalangan Sarjana dan Pembesar Istana.Antara tokoh ; Maharani Dowager, Putera Chuang, dan Kang-I . Contohnya ; Maharani Dowager Tzu menamatkan hak wilayah asingan yang diberikan kepada kuasa asing di China.Semangat ini telah menyebabkan rakyat China dan pihak istana berganding bahu untuk mengusir orang asing dari China.Sentimen AntiKristian1. Sikap Mubaligh Kristian-Golongan mubaligh menyebarkan agama kristian dalam kalangan masyarakat Cina.-Perjanjian Whampoa dan Konvesyen Peking membenarkan golongan mubaligh kristian menjalankan aktiviti keagamaan di Pelabuhan dan kawasan pendalaman.-Penyebaran agama kristian mencemaskan golongan konservatif yang menganggap ajaran kristian bertentangan dengan ajaran Confucianisme, Buddhisme, dan Taoisme yang diamalkan sejak turun-temurun.-Mubaligh Kristian juga campur tangan dalam kes-kes mahkamah yang melibatkan orang Cina yang bukan beragama Kristian.-Mereka juga memperjuangkan hak-hak istimewa bagi penganut- penganut agama kristian.-Sikap mubaligh kristian yang campur tangan dalam hal ehwal tempatan telah menimbulkan kemarahan orang Cina.2. Sikap Orang Cina yang beragama Kristian-Orang Cina yang memeluk agama Kristian telah menimbulkan permusuhan dengan orang Cina yang bukan Kristian.-Hubungan mereka menjadi renggang ;-Orang Cina yang beragama Kristian tidak menghormati adat resam yang diwarisi turun temurun ;Meninggalkan agama dan kepercayaan asal ;Enggan menyertai upacara keagamaan;Enggan membiayai upacara keagamaan.-Orang Cina beragama Krisitian Dibenci kerana sombong dan menganggap diri mereka lagi tinggi dari masyarakat Cina yang lain.-Mereka juga dianggap sebagai pengkhianat bangsa .Penguasaan ekonomi oleh Kuasa asingKemasukan barang-barang asing telah menyebabkan perusahaan tempatan mula merosot ; cth (Perusahaan Tekstil dan Pertukangan tangan )Pasaran tempatan dikuasai oleh orang asing kerana barangan buatan Barat lebih murah dan bermutu tinggi berbanding barangan tempatan.Kemasukan pelabur asing telah menyebabkan pengusaha tempatan hilang sumber pendapatan.Bilangan penduduk yang menganggur meningkat.Penguasaan ekonomi negara oleh kuasa asing telah menimbulkan perasaan benci rakyat tempatan.

Masalah KewanganKerajaan China menghadapi masalah kewangan dan ekonomi yang serius.Kerajaan terpaksa membayar wang yang banyak bagi membayar ganti rugi perang kepada kuasa-kuasa Barat.Bagi menghadapi masalah ini, kerajaan China memperkenalkan cukai-cukai baharu. ( yang telah membebankan rakyat)Golongan Petani dan penganggur menyertai pemberontakan bagi menghalau orang Asing dari negara China.Bencana AlamKejadian bencana alam yang melanda China menyebabkan rakyat terpaksa menanggung penderitaan. Bencana alam kebuluran dan kemusnahan harta benda.Rakyat Cina berpendapat bahawa Projek-projek pembangunan telah menganggu keharmonian alam serta menyinggung perasaan dewa-dewi mereka. Penyebaran agama Krisitian menganggu roh nenek moyang mereka dan golongan pendeta.Bencana alam yang melanda merupakan balasan daripada dewa-dewi.

Antara bencana alam yang melanda China ; - 1898 ; Banjir Wilayah sekitar Sg.Yangtze dan Sg.Hwang Ho- 1900 ; Kemarau bahagian utara negara China termasuk Peking.

Sokongan Istana20 Jun 1900 Kerajaan Manchu memberikan sokongan kepada pemberontak untuk mengusir keluar orang asing dari China.Maharani Dowager Tzu telah mengarahkan pemimpin tentera dan pegawai-pegawai istana untuk memberikan bantuan senjata kepada pemberontak.Sokongan daripada pihak Istana menggalakkan ahli-ahli Boxer menyerang orang asing dan orang Cina yang beragama Kristian.KESAN PEMBERONTAKAN BOXER Sekian.Terima Kasih!