Upload
saharuddin-abdullah
View
5.877
Download
5
Embed Size (px)
Citation preview
Transformasi KOMSAS 2016
Disediakan oleh :SAHARUDDIN ABDULLAH
SMK Sijangkang Jaya
Tujuan :
1.Mendedahkan tentang kandungan buku Antologi dan Novel untuk tingkatan 4 dan 5 bagi sesi 2016.
2.Supaya pelajar pelajar bersedia untuk menghadapi suasana Pembelajaran dan Pengajaran untuk sesi 2016.
3.Berkongsi Ilmu untuk menghasilkan satu contoh kupasan antologi bagi dijadikan panduan untuk proses P & P.
Novel / Antologi SPM(TINGKATAN 4 – mulai 2015)
Novel Antologi
Puisi Tradisional
Syair Bidasari Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)
SAJAK Sang Gembala Kuda (Mohd Hashim Othman) Aku Membaca Lagi (Razali Mohd. Yussof) www.sibermerdeka.com.my (Abd Ghaffar Ibrahim) Gelanggang (Onn Malini)
PROSA TRADISIONAL
Kepimpinan Melalui Teladan
Kaduk, Ayam dan Raja – Zurinah Hassan
Munsyi – Husna Nazri Jaket Kulit Kijang dari Istanbul –
Maskiah Haji Masrom
CERPEN
DRAMA Berkhidmat untuk Negara (Affix Zukarnaen Adam)
ANTOLOGI KOMSAS TING. 5 MULAI 2016
DIRGAHAYU BAHASAKUAntologi 2010
(Ting. 4
Novel
PUISI TRADISIONAL
Beberapa Petua Hidup – (Za’ba) Berbuat Istana Zaman Dahulu – (Za’ba)
SAJAK – Puisi Modeno Sejadah Rindu – Mohd Haikal
Aminuddino Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis
Kampus – Sazalee Yaacobo Erti Hidup Bererti – Teo Wei Singo Kudup Perang – Tuah Sujana
PROSA TRADISIONAL
Burung Terbang Dipipiskan Lada
CERPEN
Cinta Ahmad Mutawakkil Zainal Rashid Ahmad Hipertensi Illias Zaidi Gerhana Manusia Aminah Mokhtar
DRAMA
Bukan GilaShariff Shaary
ASPEK KAJIAN KOMSAS SINOPSIS Ringkasan cerita yang
memberikan gambaran keseluruhan sesebuah karya.
TEMA Sesuatu yang menjadi
menjadi fikiran atau persoalan yang mendasari sesebuah cerita. Tema adalah berdasarkan pengalaman watak utama dalam sesebuah karya.
PERSOALAN Perkara atau hal yang
ditonjolkan dalam sesebuah karya yang memantapkan tema.
PLOT Jalan cerita atau
rentetan peristiwa yang mempunyai sebab-musabab.
Binaan Plot PERMULAAN CERITA ( EKSPOSISI ) Memperkenalkan pembaca kepada satu-satu
situasi khusus seperti latar masa, tempat, dan watak-watak dalam cerita
PERKEMBANGAN Peristiwa-peristiwa yang mengandungi
konflik dan saspens
KLIMAKS Puncak cerita iaitu suatu detik yang paling
tegang akibat daripada konflik-konflik yang berlaku sebelumnya iaitu dalam perkembangan cerita.
Binaan Plot
PELERAIAN Peristiwa yang berlaku selepas
klimaks. Dalam bahagian ini, sesuatu masalah terlerai dan nasib watak-watak yang terlibat ditentukan.
PENGAKHIRAN/ PENYELESAIAN. Peristiwa yang mengarah kepada
penyelesaian
WATAK
Pihak yang mengambil bahagian dalam sesebuah cereka. Mereka dicipta untuk memain-kan peranan bagi menyokong idea pokok dan mengembangkannya hingga akhir cerita. Watak ini dipegang oleh manusia atau bukan manusia tetapi diberi sifat-sifat manusia.
Jenis Watak WATAK BULAT. Watak yang dibangunkan secara keseluruhan dan diberi
pelbagai kemungkinan sifat manusia. Digambarkan tidak sepenuhnya baik dan tidak sepenuhnya jahat. Oleh itu, tindakannya tidak dapat diagak oleh pembaca.
WATAK PIPIH. Watak yang tidak dibangunkan secara keseluruhan tetapi
diperkenalkan melalui satu aspek peribadinya sahaja. Kalau watak itu jahat, kita akan dihidangkan dengan tindak-tanduknya yang jahat sahaja sepanjang cerita tersebut. Biasanya watak sampingan boleh dianggap watak pipih.
WATAK DINAMIS. Watak yang penuh bertenaga dan sentiasa mengalami
perubahan mengikut perkembangan cerita. Watak dinamis ialah watak bulat.
Jenis Watak
WATAK STATIS Watak yang beku dan tidak mengalami apa-
apa perubahan sepanjang cerita. Watak statis boleh dianggap sebagai watak pipih.
WATAK UTAMA Watak yang memainkan peranan utama dalam
sesebuah lakonan.
WATAK SAMPINGAN Watak pembantu yang membantu watak
utama dalam menjalankan peranannya membangunkan sesebuah cerita.
PERWATAKAN
Sifat-sifat manusia secara menyeluruh yang dilihat melalui perasaan, keinginan, cara berfikir, cara bertindak dan sebagainya.
IMBAS MUKAPeristiwa yang diramalkan, dibayangkan atau dijangkakan akan berlaku.
IMBAS KEMBALIPeristiwa atau kejadian yang telah berlaku yang digambarkan melalui penceritaan semula.
PEMERIANPeristiwa, watak, objek atau perbuatan yang diceritakan atau digambarkan secara menyeluruh oleh pengarang.
TEKNIK PLOT
DIALOGPertuturan antara watak sama ada dalam bentuk perbualan, perbincangan, pertengkaran dan sebagainya.MONOLOG DALAMANPengucapan batin yang berupa kata hati atau perkara yang difikirkan.MONOLOGPertuturan atau pengucapan seseorang watak yang ditujukan kepada dirinya sendiri ataupun kepada pembaca.
TEKNIK PLOT
NILAI MURNI
Tingkah laku atau perbuatan baik dan disenangi yang boleh dijadikan teladan.
NILAI KEMANUSIAAN BAIK HATI JUJUR BIJAKSANA YAKIN DIRI MESRA BERANI BERTANGGUNGJAWAB TEGAS BERSIH TABAH SABAR SOPAN
NILAI KEMASYARAKATAN
TOLONG-MENOLONG BEKERJASAMA TAAT SETIA ADIL SIMPATI HORMAT-MENGHORMATI PATRIOTIK KEBEBASAN UNSUR KEKELUARGAAN UNSUR CINTA DAN
KASIH SAYANG.
LATAR - Gambaran tentang persekitaran atau latar belakang sesebuah cerita termasuklah
masa, tempat dan masyarakat LATAR MASA. Merujuk kepada masa atau zaman.
LATAR TEMPAT. Tempat sesuatu peristiwa itu berlaku.
LATAR MASYARAKAT. Keadaan atau gambaran masyarakat yang
terdapat dalam cerita. Ini termasuklah cara hidup mereka, cara mereka berfikir, cara mereka bekerja, status atau kedudukan mereka dan sebagainya.
SINKOF Perkataan yang telah dipendekkan
dengan cara menghilangkan huruf atau suku kata tertentu. Contoh : ”hendak” ditulis atau disebut ”nak”.
PERSONIFIKASI Unsur yang digunakan untuk
memberikan sifat manusia kepada benda-benda yang bukan manusia. Contoh : Hari telah merangkak senja.
Gaya Bahasa
METAFORA. Perbandingan secara langsung kerana
memberikan sifat sesuatu objek itu secara perbandingan terus. Contoh : Dada langit , Daerah pengalaman.
DIKSI Pemilihan kata yang tepat yang dapat
memberikan kesan yang maksimum kepada pembaca. Perkataan itu mungkin puitis atau indah, bersifat kedaerahan, bahasa klasik, bahasa slanga atau bahasa asing.
Gaya Bahasa
SIMILE Unsur yang digunakan untuk menyamakan sesuatu
benda dengan sesuatu benda yang lain. Unsur ini menggunakan perkataan seperti, umpama, bagai dan laksana sebagai perbandingan. Contoh : Dunia macam roda, Aksyen macam Hitler.
HIPERBOLA Unsur yang digunakan untuk membesar-besarkan atau
melebih-lebihkan sesuatu berbanding dengan keupayaan atau keadaannya yang sebenar. Tujuannya adalah untuk memperlihatkan kehandalan, kehebatan atau keagungan sesuatu peristiwa atau suasana. Contoh : Perniagaan adalah peperangan, Kalau pecah tentulah dia menghadapi hari kiamat
Gaya Bahasa
INVERSI Pembalikan susunan kata dalam kalimat.
Biasanya bahagian yang penting didahulukan. Contoh : Pintar kamu, Air mata berderai gugur.
PERIBAHASA Ayat atau kelompok kata yang mempunyai
susunan yang tetap dan membawa maksud yang tertentu. Peribahasa dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat iaitu simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan dan pepatah. Contoh : Pisang tak kan berbuah dua kali.
Gaya Bahasa
PERULANGAN/ REPITISI Pengulangan kata atau frasa dalam
satu kalimat beberapa kali. Contoh : Ini khazanah bapak, ini khazanah bapak.
ANAFORA Pengulangan kata atau frasa pada awal
kalimat. Contoh : masih di situ, masih memandu kereta lama, masih menuju sekolah yang sama
Gaya Bahasa
EPIFORA. Pengulangan kata atau frasa pada akhir
kalimat. Contoh : keli masuk ruan keluar, matahari masuk bulan keluar.
PEMBENTUKAN AYAT. Melibatkan penggunaan dan penyusunan ayat
hingga meninggalkan kesan rasa yang tinggi . Ayat yang pendek-pendek membawa impak yang teguh dan sesuai dengan suasana ketegangan , ketegasan dan keberanian. Ayat yang panjang sesuai dengan suasana yang tenang, aman dan damai.
Gaya Bahasa
PENGAJARAN Sesuatu perkara yang dikemukakan
secara halus yang dapat dijadikan pedoman, peringatan ataupun yang perlu dijauhi
Positif : Kita hendaklah ……. Kita haruslah….. Negatif : Kita janganlah…..
CARA MENGESAN TEMA MELALUI PERWATAKAN WATAK-WATAK Setiap percakapan, tingkah laku, konflik. Pandangan watak
perlu diteliti. MELALUI PERISTIWA PENTING YANG DILALUI Rujukan kepada peristiwa yang ditempohi oleh watak utama
dalam hidup MELALUI PERKARA-PERKARA YANG PALING MENONJOL DALAM
CERITA MELALUI PERSOALAN YANG DIKEMUKAKAN DAN KEMUDIAN
DAPATKAN PERSOALAN POKOKNYA.
MELALUI PEMERHATIAN KEPADA PLOT CERITA IAITU SUSUNAN DAN URUTAN PLOT.
CARA MENGESAN PERSOALAN, LATAR, NILAI DAN PENGAJARAN.
Melalui perlukisan atau pernyataan langsung yang dilakukan oleh pengarang.
Melalui percakapan atau dialog yang diucapkan.
Melalui butiran yang terdapat dalam peristiwa sama ada tindak-tanduk, aksi, perasaan, tabiat dan lain-lain.
TUGASAN BENGKEL Guru-guru dipecahkan kepada 4
kumpulan. Lantik ketua setiap kumpulan. Agihkan tugasan mengikut aspek kajian
komsas. Buat kupasan berdasarkan tajuk yang
diberi. Bentangkan hasil kupasan untuk
perkongsian ilmu.
Aspek Kajian Cerpen / Drama Sinopsis. Tema Persoalan Latar Watak dan Perwatakan Nilai Pengajaran.
Aspek Kajian Prosa Klasik. Sinopsis. Tema Persoalan Watak dan Perwatakan Nilai Pengajaran.
Aspek Kajian Puisi Tradisional / Sajak. Maksud. Tema Persoalan Gaya Bahasa. Nilai Pengajaran.
PENGAJARANKAJIANNOVEL
LATAR
WATAK&
PERWATAKAN
TEMA
NILAI
SINOPSIS MENGIKUTBAB
PERSOALAN
PLOT
Saharuddin-abdullah.blogspot.com
Sekian, Terima Kasih Selamat Berbengkel dan Berkongsi Ilmu.
Semoga Kita Mendapat Sesuatu yang Boleh dijadikan Panduan untuk Memperbaiki Pembelajaran dan
Pengajaran Kita. Semua hasil perbengkelan akan
dikumpulkan dan dijadikan modul untuk panduan sekolah-sekolah daerah Kuala
Langat.
Contoh - Contoh
KUPASAN ANTOLOGI