Upload
shah-awang
View
85.465
Download
5
Embed Size (px)
Citation preview
PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI (ICT) DALAM
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
Disediakan oleh: Shahwiran Shahrany / TESL K1.2
(1) Pengenalan
(2) Manfaat
(3) Penggunaan ICT dalam P&P (i) pengajaran = guru mengguna ICT
(ii) Aspek pembelajaran = murid mengguna ICT
Skop Perbincangan
Apakah Maksud Penggunaan ICT Dalam P&P ?
Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud
menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses
dan pengajaran dan pembelajaran
(1) PENGENALAN
Guru-guru dapat meluaskan lagi konsep pembelajaran.
Guru-guru dapat menyediakan suatu situasi pendidikan yang mencabar minda kepada murid cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan.
Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.
(2) MANFAATApakah Manfaat ICT dalam P&P? Sebagai
contoh dalam pembelajaran Sains.
memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang memiliki pelbagai keupayaan.
meningkatkan motivasi murid.
membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning).
✓ Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
Membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh.
Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa.
meningkat daya kreativiti dan imaginasi murid.
✓ memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.
✓ meningkat kemahiran ICT.
(2.1) Untuk memperolehi manfaat mengguna ICT dalam P&P Sains,
perkara berikut perlu diberi perhatian
Penggunaan ICT dalam P&P perlu dirancang dengan baik dan bukan sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum. Guru mesti menggunakan ICT bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk menyokong sesuatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran.
(Ada perkakasan dan perisian yang sesuai yang boleh diguna dalam aktiviti pembelajaran)
(3) PENGUNAAN ICT DALAM P&P
Penggunaan ICT dalam P&P dapat dilihat dari 2 aspek,
( i ) Aspek pengajaran iaitu (guru mengguna ICT), dan
( ii ) Aspek pembelajaran ( murid mengguna ICT).
(Unit 1) ICT sebagai Alat Tutorial
(Unit 2) ICT sebagai Alat Penerokaan (eksploratori)
(Unit 3) ICT sebagai Alat Aplikasi
(Unit 4) ICT sebagai Alat Komunikasi.
Dalam konteks pengajaran pula, ICT boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat
demonstrasi.
Dalam konteks pembelajaran , penggunaan ICT dalam P&P boleh
dikategori sebagai :
Guru tidak perlu menjadi pakar, cukup sekadar menguasai kemahiran asas ICT yang boleh diperolehi melalui aktiviti kelab komputer sekolah yang melaksanakan program Literasi Komputer Kementerian Pendidikan.
(3.1) Perlukah Saya Menjadi Pakar Komputer Sebelum Boleh
Menggunakannya Dalam P&P Sains?
(3.2) Bagaimana Menggunakan ICT Dalam P&P Sains?
Dalam konteks penggunaan ICT dalam P&P, tiada satu cara pun boleh dikatakan sebagai terbaik dan mesti digunakan
Pendekatan terbaik yang sebenarnya ialah apabila penggunaan ICT sesuai dengan keperluan murid, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah.
(Unit 1)ICT SEBAGAI ALAT TUTORIAL
ICT dikatakan sebagai alat pembelajaran
tutorial apabila digunakan untuk
menyampaikan kandungan pelajaran
berdasarkan urutan yang telah ditetapkan.
Apakah maksud ICT untuk Pembelajaran Tutorial ?
Pembelajaran tutorial ini merangkumi :
pembelajaran ekspositori,
demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan, babaknya oleh sistem, dan
latihan atau latihtubi yang disampai dan dikawal oleh sistem.
Alat ICT yang selalu diguna untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada yang
disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman
web.
Penggunaan ICT dalam Pembelajaran Tutorial
Secara umum, setiap perisian pendidikan mengandungi satu atau lebih daripada komponen berikut:
mempersembahkan maklumat,
membimbing,
menyediakan / memberi latihan, dan
menilai pencapaian
Sebahagian besar perisian pendidikan yang diguna dalam pembelajaran tutorial direka bentuk berdasarkan kepada model tradisional P&P, model transmisi, yang melihat guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima.
Sebelum para guru mengguna pendekatan ini, perkara-perkara
berikut perlu diberi pertimbangan:
Ada perisian pendidikan yang sesuai. Untuk tujuan ini, guru perlu terlebih dahulu menilai
setiap perisian pendidikan yang hendak diguna oleh murid.
Ada peralatan ICT yang sesuai untuk mengguna perisian.
Ada kemahiran mengendali peralatan ICT.
Ada keperluan untuk mengguna ICT (penggunaan ICT
dapat membantu pelajar memahami dan menguasai
pengetahuan yang dikehendaki)
Setelah pasti benar-benar wujud keperluan, guru hendaklah merancang
penggunaan ICT. Perancangan ini perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:
Lokasi peralatan ICT (dalam kelas atau di luar kelas)
Penggunaan secara berkumpulan atau individu.
Penggunaan di dalam atau di luar waktu waktu persekolahan.
Penggunaan ICT untuk pembelajaran tutorial sesuai diguna dalam situasi berikut:
✔Kelas yang mengandungi jumlah pelajar yang ramai dengan kemampuan
pembelajaran yang berbeza. (Dalam situasi ini,
guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian murid sementara sebahagian
yang lain mengguna komputer).
Apa Situasi Yang Sesuai Untuk Guna Pendekatan ini ?
✔ Guru terpaksa bertugas luar dan kelas diselia oleh guru ganti.
( Dalam situasi ini, guru tersebut boleh merancang pembelajaran mengguna komputer.)
✔ Terdapat murid yang sukar mengikuti pengajaran guru.
(Dalam situasi ini, guru boleh menggunakan perisian
pendidikan khusus untuk pemulihan.)
✔ Terdapat murid cerdik yang
memerlukan aktiviti pengayaan. (Dalam situasi ini, perisian pendidikan
yang mencabar minda boleh diberikan kepada mereka.)
(Unit 2)ICT SEBAGAI ALAT PENEROKAAN (EKSPLORATARI)
ICT dikatakan sebagai alat pembelajaran penerokaan apabila ICT digunakan untuk :
Apa Maksud ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan?
✔ Mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat dan sebagainya.
✔ Mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi.
✔ Melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.
Dalam pembelajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan
maklumat yang diterima melalui ICT.
Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial di mana murid hanya menerima
bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.
Pendekatan ini sesuai dalam menyokong pendekatan constructivism, iaitu teori pembelajaran yang memberi
penekanan kepada;-
Penggunaan ICT dalam Pembelajaran Penerokaan
pemikiran kritis,
penyelesaian masalah dalam masa sebenar (real-time),
pengalaman pembelajaran dalam situasi yang nyata(praktikal) dan pengetahuan yang dibina
melalui interaksi sosial.
Pelajar-pelajar di dalam kelas Sains boleh membuat penerokaan seperti merujuk kepada laman web NASA Kids di mana ia memberi pelbagai maklumat dalam bidang sains atau pun mana-mana laman web yang
bersesuaian melalui internet. Capaian juga boleh dibuat di rumah,
untuk tujuan ulangkaji.
Selain daripada mencapai maklumat terus daripada Internet, guru juga boleh menggunakan maklumat yang disimpan di dalam CD-ROM seperti, pangkalan
data, dan lain-lain maklumat yang boleh diperolehi di pasaran.
Pembelajaran penerokaan boleh dilaksanakan samada secara
bersendirian atau berkumpulan.
Penetapan masa perlu diberikan perhatian oleh guru kerana tanpa
kawalan, aktiviti pembelajaran boleh memakan masa yang
Apa Situasi Yang Sesuai Untuk Mengguna Pendekatan ini?
ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran penerokaan dalam situasi:
* pembelajaran yang berbentuk inkuiri penemuan.
* pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar.
* Aktiviti yang berkaitan kajian masa depan.
* Aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi.
Apa Kelebihan Mengguna ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan?
Memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan
pembelajaran masing-masing.
Mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.
.
Memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas
Memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden
seperti constructivism, multiple intelligence dan lain-lain.
(Unit 3)ICT SEBAGAI ALAT APLIKASI
Apa Maksud ICT Sebagai Alat Aplikasi?
ICT dikatakan sebagai alat pembelajaran aplikasi apabila ICT digunakan sebagai
medium bagi membantu pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran.
(Cth: Microsoft Word, Excel, Encarta dan CAD)
Penggunaan ICT dalam Pembelajaran Aplikasi
Di kalangan guru, ada yang beranggapan penggunaan ICT dalam konteks di atas telah
dipenuhi bila pelajarnya menyediakan esei dan huraian dengan menggunakan pemproses
perkataan.
Menurut Clark dan Sun, penggunaan seperti ini tidak menyokong mana-mana falsafah pendidikan, sebaliknya, komputer dan pemproses perkataan digunakan hanya digunakan seperti mesen taip sahaja.
Bagaimanapun, apabila sekumpulan pelajar berbincang, mengedit dan mengolah kandungan esei atau huraian dengan bantuan pemproses perkataan dan mempersembahkan hasil esei dan huraian ini, barulah boleh dikatakan ICT telah digunakan secara yang bermanfaat.
Situasi ini turut mengambarkan pengoperasian teori pembelajaran sosio-budaya (socio-cultural learning) yang mengatakan budaya atau persekitaran sosial turut membantu pembelajaran – pelajar saling mempelajari dan membantu sesama mereka membangunkan kemahiran kognitif, metakognitif, bertutur (verbal) dan bekerjasama (Brown, 1994; Perkins, 1992; McInerney & McInerney, 1998)
Apa Kelebihan Mengguna ICT Sebagai Alat Aplikasi?
Murid boleh memberikan tumpuan kepada aktiviti pembelajaran yang nyata(praktikal).
Guru boleh mengemukakan masalah yang boleh mencabar minda murid.
Murid dapat meningkat kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran.
(Unit 4 )ICT SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI
Apa Maksud ICT Sebagai Alat Komunikasi?
ICT dikatakan sebagai alat komunikasi apabila digunakan untuk menghantar,
menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk melalui media
elektronik diantara dua pihak.
Kemajuan ICT pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti berikut:
teks grafik audio video atau kombinasi pelbagai mod.
Terdapat empat teknik komunikasi melalui penggunaan ICT, iaitu: - Teknik Seorang - Sendirian,- Teknik Seorang kepada Seorang,- Teknik Seorang kepada Ramai, dan- Teknik Ramai kepada Ramai.
Penggunaan ICT sebagai Alat Komunikasi
Apa Kelebihan Guna ICT Sebagai Alat Komunikasi?
Boleh melaksana pembelajaran kolaboratif.
Tingkat penglibatan murid dalam proses pembelajaran melalui “peer group” yang bersifat global.
Boleh melibat pakar di dalam dan luar negara dalam proses pembelajaran.